0
Tarikh Dibaca: 02 FEB 2018M l 16 JAMADILAWAL 1439H
Tajuk:
“MENJAUHI FITNAH MEDIA SOSIAL”
***
Terbitan: Unit Khutbah
Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: “Menjauhi Fitnah Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor
1
SENARAI AHLI JAWATANKUASA KHUTBAH NEGERI SELANGOR
1. SS. Dato’ Haji Haris Bin Kasim (Pengerusi)
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor 2. Tuan Haji Mohd Basori Bin Umar (Ahli)
Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Agama Islam Selangor
3. Ketua Penolong Pengarah, (Setiausaha)
Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor
4. SS. Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir (Ahli)
Timbalan Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor 5. Ustaz Muhammad Farhan Bin Wijaya (Ahli)
Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 6. Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid (Ahli)
Pegawai Majlis Agama Islam Selangor 7. Tuan Haji Abdul Halem Hapiz Bin Salihin (Ahli)
Ketua Penolong Mufti (Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Selangor
8. Dato’ Haji Abdul Majid Bin Omar (Ahli)
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
9. Yg. Berbahagia Dr. Haji Osman Bin Haji Sabran (Ahli)
Pesara Kerajaan
10. Tuan Haji Hamid Bin Md Isa (Ahli)
Pensyarah, Kolej Universiti Islam Selangor
11. Tuan Haji Md. Sahari Bin Abdullah (Ahli)
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: “Menjauhi Fitnah Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor
2
“MENJAUHI FITNAH MEDIA SOSIAL”
هحمد لل
لائ ا
ل
:لال
1
ا
ن لهد ؤ
ش
هؤ
ه وحده إل
ا الل
اهد وإل
ش
ه وؤ
سك ل
ش
ل
د نا محماى وا عبدهؤ
م عل
هما صل وسل
الل
ه. ا
وزسىل
صحابهى ءاله وؤ
د وعل ا محما
ده
جمعين س .ؤ
م وصك
ه، ؤ
ا الل
لىا سلمىن! اجا
ها اإلا ي
أ ؤ
ا بعد، ف ما
ؤ
لىن خا اش اإلا
د ف
ل
اي بخلىي هللا ف ا ى:وإ
عال
ه ح
اال الل
. ك
.
Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba-
hamba-Nya yang mendapat rahmat dan kasih sayang serta perlindungan
Allah SWT.
Pada kesempatan Jumaat sayyidul ayyam ini marilah sama-sama
kita menghayati khutbah yang bertajuk “MENJAUHI FITNAH MEDIA
SOSIAL”.
1 Al-Anfal : 25
Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: “Menjauhi Fitnah Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor
3
Hadirin Jumaat sekalian,
Dunia hari ini menyaksikan perkembangan media sosial baru yang
sangat pesat membangun. Agama Islam sama sekali tidak menghalang
kemajuan atau pemodenan, namun tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa kemudahan media sosial hari ini telah bertukar wajah membentuk
satu gejala yang sangat membimbangkan. Disamping perkara-perkara
positif, terdapat juga unsur-unsur kemungkaran yang telah timbul,
membesar, membiak dan mewabak dalam masyarakat kita melalui media
sosial ini. Bukan sahaja melibatkan pendedahan aurat di sana sini,
membuka keaiban orang lain juga sudah tidak menjadi asing lagi.
Melemparkan tuduhan, fitnah, saling salah menyalah antara satu sama
lain, menyebarkan cerita dan berita tidak pasti, menjadi punca pergaduhan
dan perceraian suami isteri.
Sebahagian umat Islam hari ini menghabiskan masa yang sangat
banyak melayari media sosial jika dibandingkan dengan membaca ayat-
ayat suci al-Quran, atau membaca bahan-bahan berunsurkan kerohanian,
keagamaan dan yang dapat membentuk akhlak yang baik.
Sungguhpun Allah telah memuliakan kita dengan akal
fikiran,mengurniakan kita nikmat yang tidak terhitung, namun dunia maya
dan internet ini kadang-kadang berjaya menjadikan kita seorang makhluk
yang kotor lidahnya dan buruk penanya, insan yang dusta dan fasiq, insan
yang terburu-buru, jiwa yang gopoh, tergesa-gesa dan lemah serta
pemikiran yang celaru. وعال
نم اهللب اذ
كلذ .
Dengan sebab nikmat akal kita inilah manusia berjaya mencipta
berbagai ciptaan samada untuk kegunaan di darat, udara dan lautan. Lihat
sahaja kemampuan akal manusia yang mampu menjadikan dunia hari ini
sebagai sebuah kampung yang kecil tanpa jarak dan sempadan. Dengan
penggunaan nikmat akal yang sebaiknya dan berpaksikan panduan
Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: “Menjauhi Fitnah Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor
4
agama, penggunaan teknologi moden ciptaan manusia ini akan terpandu
menuju kebaikan dan kesejahteraan kehidupan manusia. Al-Imam al-
Ghazali Rahimahullah menyatakan:
ا س إذ
ن ، وش
لعلل والدم ا
ا واف
ير إذ
العمل خ
ن لعلل والد
ا
ف
ال
خ
“Sesuatu pekerjaan itu adalah kebaikan jika memenuhi tuntutan aqal
dan agama, dan sesuatu perkara itu dikira keburukan jika menyalahi
tuntutan aqal dan agama”.
Semua ini membuktikan bahawa dalam menangani fenomena media
sosial ini, agama dan aqal perlu berjalan seiring. Apa sahaja berita, cerita
yang muncul di media sosial akan jadi harmoni jika dicerna oleh aqal yang
berlandaskan agama. Kebijaksanaan mengolah berita dan cerita ini juga
sangat memerlukan sifat malu dan taqwa. Tidak takutkah kita amalan
kebaikan kita hilang begitu sahaja akibat tersalah “share” atau berkongsi
perkara tidak baik dan tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan dan
kegelisahan dikalangan umat Islam seperti menyebarkan sesuatu hukum
yang disebut oleh para ulama sedangkan hakikatnya tidak benar. Atau
menyebarkan sesuatu fatwa sedangkan ianya tidak pernah difatwakan.
Tidak takutkah kita dengan amaran Allah SWT seperti firman Allah dalam
surah Al-Anfaal ayat 22:
“Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi
(hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu,
yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)”.
Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: “Menjauhi Fitnah Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor
5
Muslimin yang dikasihi Allah sekalian,
Saban hari gejala ini semakin merisaukan apabila semakin ramai
yang ketagih melayari media sosial tidak kira masa dan tempat termasuk
di dalam masjid dan ketika khatib berkhutbah Jumaat. Melayari media
sosial sehingga tidak menumpukan perhatian kepada khutbah yang
sedang disampaikan akan menyebabkan lagah ataupun sia-sia dan
merosakkan pahala mendengar khutbah serta mengurangkan pahala solat
Jumaatnya. Ini boleh difahami daripada maksud sebuah hadis Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa baginda SAW
menyatakan bahawa sesiapa yang bermain anak batu, maka adalah sia-
sia Jumaatnya.
Mafhum daripada maksud hadis ini menunjukkan bahawa kalaulah
bermain batu pun dianggap lagah inikan pula melayari media sosial yang
menghilangkan tumpuan kepada mendengar dan memahami kandungan
khutbah yang sedang disampaikan oleh khatib.
Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Inilah realiti yang perlu diubah dan diperbaiki supaya iman yang
dibina bertahun-tahun lamanya tidak mudah robek hanya dengan fitnah
media sosial. Ketika berhadapan dengan lambakan berita dan cerita yang
tumbuh melata dimedia-media sosial dan seumpamanya, mari kita awasi
dan ingatkan diri kita dan anak-anak kita serta rakan sekeliling kita dengan
pesanan Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 36:
Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: “Menjauhi Fitnah Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor
6
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan
serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa
yang dilakukannya”.
Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
صل بها ن فيها بياد لمت ما
ك
م بال
الخك لعبد
إنا ا
سبغ سق واإلا
ش
إلاا بين ا بعد مما
از ؤ إلى الىا
“Sesungguhnya seorang hamba apabila menuturkan satu perkataan
yang tidak dipastikan kebenarannya terlebih dahulu, akan membawanya
ke neraka yang jaraknya lebih jauh dari jarak antara timur dan barat”.
(Muttafaqun Alaih).
Kedua-dua panduan ini menyeru kita agar menggunakan media
sosial dengan sebaik-baiknya menurut ketetapan syarak dan sentiasa
mempunyai ilmu dalam sesuatu perkara dan berhati-hati dalam berkata-
kata termasuk ketika menggunakan media sosial. Jadikanlah media sosial
sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperkukuhkan
persaudaraan, menyuburkan perpaduan, menyebarkan ilmu pengetahuan,
yang seterusnya akan menambahkan kebaikan dan memperoleh rahmat
Allah SWT.
Hadirin yang dikasihi Allah sekalian,
Mengakhiri khutbah pada hari yang berbahagia ini, marilah kita
sama-sama memberi perhatian dan mengambil ingatan kepada pesanan
berikut:
Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: “Menjauhi Fitnah Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor
7
1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa setiap perkataannya
dan perbuatannya akan dihisab di hadapan Allah SWT di akhirat nanti.
2. Umat Islam hendaklah menjadikan setiap detik masa yang
diluangkan sebagai jambatan kebaikan dan saham menuju ke alam
akhirat.
3. Umat Islam hendaklah memanfaatkan media sosial untuk
menguasai kepentingan pembangunan agama Islam dan tidak sama sekali
menyalahgunakannya pada perkara-perkara yang menambah dosa.
“Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-
masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan walau seberat
zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”.
(al-Zalzalah : 6-8).
م، بازن هللا لي و عظلسآن ال
م في ال
ك
ل
عني ف
س وه
ه
اث والر ه من آلا م بما ف
اه ا وإ
م جالي ومىك ل من با
ل
م وج حك
هال
هووج هى و، إها
م. علع ال م السا
Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: “Menjauhi Fitnah Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor
8
ىليىل ك
ك
ا ؤ
م لهر عظ
فس هللا ال
سخغ
م وؤ
ك
ي ول
ه فسوه إهااسخغ
سلماث، ف
سلمين واإلا
ولسأئس اإلا
م. ح فىز الساغ
هى ال
******Aina/Nurul
25.01.2018
Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: “Menjauhi Fitnah Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor
9
KHUTBAH KEDUA
ىا من سلمين، وزشك
ىا من اإلا
ري جعل
اه ال
احمدلل
لا
ا .باثالط
ش
نهد ؤ
ؤ ه وحده
ا والل
ل
ا عبده د نا محماهد ؤ
ش
ه، وؤ
ك ل س
ه وش
. ووزسىل
م وبازن هما صل وسل
الل
ا د ا محما
ده
ىس وعل
بعهم بئحسان وصحبه آلهومن ج ى
مه،
ا الل
لىا ا عباد هللا، اجا
ا بعد، ف ما
ن. ؤ الد
لىن. خا اش اإلا
د ف
ل
اي بخلىي هللا ف ا م وإ
وصك
ؤ
.
م ا
هما صل وسل
اى لل
د عل ا محما
ها ومىل
ده
د س س
سابخه صحابه وك
هما عن ؤ
اسسلين وازض الل
اإلا
جمعين.اجه ؤ
اـ ز
شواجه وذ
وؤ
سلماث مسلمين واإلا
فس لل
هما اغ
الل
مىين ا
ؤ واإلا
مىاثؤ اء واإلا ح
مىاثمنهم ألا
ع وألا ك سم ، إها
حاجاثي ال اض
ا ك عىاث و ب الدا ب مج س
. ك
ا
ا ماهلل
سا صاعؤ
و مال
، نيملساإلا
بخدعت
واإلا
سة
ف
ك
هلك ال
وؤ
Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: “Menjauhi Fitnah Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor
10
سهين
ش ا واإلا
صسه
ن. واه
عداء الدعداءن ا
س ا ودم
ن. افسك
ىم ال
ل
ى ال
عل
هماالل
ك ا
ك بىب ل إل خىساك وه
لسإ
ا و إها
مين، ألا
حسنىسمأئك ال
ك بإ
لسإ
مى ،وو
عظ
اجك ال
ن ،وصف
ؤ
بعين عىظ
حف
تج ا اه با خك السا خك ،ا ا
وبحفظ وك
ت، جال ا مداه الصات
مل
اعظ
ان ،ملكىا اإلا
ط
سل
سالن ادزس شاه ڠ الد
سف
ان ش
ط
ىز، سل
ان صال ،الحاجط
ن عبد ابن اإلاسحىم سل ح الد
عىن وال
دم ال
هما ؤ
الل
ص شاه الحاج. ا العص
ت هدا
ال والسات حا م، والص ىف مىك، لىلى عهد والخا
مت
سالاهڠىز، حڠ
مير ش
،كى ؤ
سف
ان ش
ط
ل ابن الس
ن ادزس شاه الحاج من وصال ،الدت فى ؤ ح وعاف
جالاال
ا ذ سمك
ك وه هبمى
الل
سام. ا
طل ل وؤلاه
ما ؤ
بال ،عمسهمات وال ا ع فين والسا
امىظ
د، مصلحين لل
هدسم ال
اصدهما لط
غ مل
اد. يوبل
ش والسا
Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: “Menjauhi Fitnah Media Sosial”.
Jabatan Agama Islam Selangor
11
.
.
عباد هللا،
سوه ك
م واش
سه
ه
ر م عظ
هللا ال
سوا
ه
اذ
ىف
عل
ضله وعمهىه من ف
لم، واسإ
صده
معطك
صىعىن.م ما ج
عل ه
ابر والل
ه
س هللا ؤ
ره
ول
*****
Top Related