Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia(antara seorang individu dengan individu yang lain)( Kamus Dewan Edisi Ketiga,1996)
Alat yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat untuk berhubung. Keupayaan berbahasa adalah satu kebolehan asasi manusia (Kamaruddin Hussin,1993)
Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung(Simajuntak,1978)
Satu proses, iaitu satu gerak yang berlaku terus-menerus daripada fikiran kepada kata dan daripada kata kepada fikiran(Vygotsky,1962)