Kaedah belajar Bahasa Melayu menggunakan teka silang kata.
Latar belakang
Permainan Teka Silang kata merupakan salah satu permainan mengasah minda yang sangat
diminati. Dalam permainan ini, pemain akan diminta untuk mengisi kotak-kotak kosong dengan
jawapan yang betul. Permainan akan dianggap berjaya jika pemain mampu mengisi kesemua
kotak-kotak kosong dengan jawapan yang tepat. Soalan terdiri daripada kotak-kotak dua warna
biasanya berwarna hitam dan putih. Kotak-kotak ini akan membentuk deretan kotak tempat suatu
kata yang merupakan jawapan dari soalan akan diisi. Setiap deretan kotak dapat berhubung
dengan deretan kotak lain baik secara mendatar mahupun menurun.
Setiap deretan kotak yang berhubung dengan deretan kotak lain akan memiliki persamaan
isi karaktor pada tempat terhubungnya kotak-kotak tersebut. Untuk itu, dengan adanya algoritma
Backtracking ini diharapkan mampu memberikan hasil yang tepat dan maksima, apakah deretan-
deretan kotak jawapan yang telah dibuat sudah sesuai dengan deretan jawapan kata yang telah
disediakan dan mampu menangani ketidaksinambungan yang dapat terjadi jika memasukkan
kata-kata yang salah. Teka teki silang kata merupakan sebuah permainan untuk mengasah minda.
Teka silang kata dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan untuk menguji kemampuan para
pelajar.
Kepentingan teka silang kata.
Seseorang guru haruslah menggunakan pelbagai pendekatan mengikut prinsip dan amalan
bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah perlu agar pengajaran dan
pembelajaran mampu mengembangkan diri, keupayaan, bakat dan minat kanak-kanak. Aktiviti
yang dirancang mesti melibatkan kanak-kanak secara maksima supaya pembelajaran menjadi
lebih aktif dan bermakna bagi mereka. Misalnya sewaktu mengajar guru perlu menggunakan
pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar, atau daripada konkrit kepada abstrak.
Oleh itu, sewaktu berhadapan dengan kanak-kanak di kelas tahap satu, guru haruslah
bijak memilih pendekatan yang digunakan. Ini kerana kanak-kanak ini datang dari pelbagai jenis
latar belakang dan sosioekonomi keluarga yang berbeza-beza. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap
kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sama
ada secara kelas, kumpulan atau pun secara individu. Pusat Perkembangan Kurikulum (2008)
mengesyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip dan amalan yang
bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak di sekolah rendah terutamanya tahap satu iaitu
pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu dan
pendekatan projek.
Belajar melalui bermain merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan dalam
pendekatan pengajaran guru sekolah rendah. Ia bermaksud pengajaran yang disampaikan secara
tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran. Kanak-kanak
bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat manfaat pembelajaran hasil daripada
permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah
cara mereka belajar. Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.
Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kerana melalui bermain mereka dengan gembira dan senang hati membuat
penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi. Oleh
itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu
menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi
perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran
berfikir secara kreatif dan inovatif.
Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil
bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan
persekitaran,melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri,memberi peluang kanak-kanak
untuk menumpukan perhatian dan kelonggoran masa bermain. Mengikut Vygotsky (1967),“Main
membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui
penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi
kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.
Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar.
Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”.
Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira
hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan.
Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid. Bahan konkrit,
benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang
terpenting sekali ialah permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid. Menurut
Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah,
daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat
memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.
Pernyataan masalah
Di dalam sesebuah kelas terdapat berbagai-bagai aras pemikiran murid. Ada yang terlalu aktif
dan bijak. Ada yang sederhana dan ada yang lemah. Untuk menarik minat dan memberi
pemahaman kepada murid sederhana dan lemah mempelajari, memahami dan mengingati kata
ganti nama, pendekatan bermain teka silang kata ini digunakan di kelas sewaktu pelajaran
Bahasa Malaysia. Dengan harapan semoga golongan ini akan lebih berminat untuk belajar.
Objektif
a) Untuk menanam minat dalam membaca dan menulis
Kebanyakkan para guru mengalami kesulitan dalam mendorong minat para pelajar dalam
pelajaran sekolah. Anak-anak tidak suka dipaksa membaca, apatah lagi dengan pelajaran yang
tidak mereka sukai. Teka silang kata dapat digunakan untuk menarik minat anak dalam membaca
dan menulis.
b) Untuk meningkatkan pengetahuan kosakata dalam diri pelajar
Apabila para pelajar mengisi teka silang kata bererti mereka akan menemui kosakata yang baru.
Mengisi TTS bererti juga menemui kata-kata yang baru. Para pelajar juga akan mengenal kata-
kata yang mempunyai makna yang berbeza dengan makna kata yang sudah diketahuinya.
Misalnya kata “perang” yang dikenali sebagai sejenis warna. Selain itu, “perang” juga dikenali
sebagai keadaan yang kucar kacir. Kosa kata para pelajar akan bertambah dan para pelajar akan
mempelajarinya dengan cara yang mereka sukai.
c) Untuk meningkatkan penumpuan para pelajar dalam proses pembelajaran bahasa Melayu.
Untuk menjawab teka silang kata, ia memerlukan tumpuan sepenuhnya daripada para pelajar.
Para pelajar perlu membaca pertanyaan dengan teliti dan memahami soalan yang diberi.
Kemudian para pelajar perlu mencari jawapan yang tepat dan sesuai dengan jumlah huruf yang
tersedia dalam kotak teka silang kata. Teka silang kata juga mengajar para pelajar menulis kata
dengan ejaan yang sebenar. Hal ini, membantu semua para pelajar untuk meningkatkan
kemampuan para pelajar untuk fokus terhadap sesuatu yang dilakukan termasuklah dalam
belajar.
d) Membentuk disiplin diri
Menyelesaikan teka silang kata memerlukan masa dan disiplin diri agar dapat menyelesaikan
semua soalan teka silang kata. Para pelajar harus membaca pertanyaan, mencari jawapan yang
tepat dan sesuai dengan kotak yang tersedia. Para pelajar mungkin juga perlu mencari jawapan
daripada sumber-sumber luar seperti buku atau kamus. Para pelajar akan belajar untuk berusaha
bagi menyelesaikan soalan yang sudah di beri.
e) Untuk mendorong para pelajar untuk mencari jawapan yang tepat untuk soalan yang diberi.
Teka silang kata mendorong para pelajar untuk bertanya kepada orang lain untuk mendapatkan
jawapan yang tepat. Selain itu, para pelajar mungkin akan mencari jawapan di buku atau kamus
dan di internet. Hal ini akan mendorong para pelajar belajar membuka kamus dengan lebih cepat
dan efisysen. Anda dapat mengajarkan anak-anak anda untuk mencari kata di kamus sesuai
abjad. Hal ini juga dapat membantu para pelajar mencari maklumat di internet dengan
menggunakan komputer.
f) Untuk membangkitkan rasa ingin tahu
Teka silang kata dapat membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri para pelajar. Apabila para
pelajar mendapat jawapan yang lain dari kebiasaanya, mereka pasti ingin mengkaji mengapa
jawapan yang diberikan adalah yang sedemikian. Hal ini, sedikit sebanyak mengalakkan para
pelajar mencari punca jawapan itu diberikan.
Kaedah dan aktiviti
1. Langkah pertama adalah mengadakan sesi percambahan otak tentang beberapa istilah
penting ataupun nama yang berkaitan dengan kursus pengajian yang sudah pelajar
selesaikan.
2. Buat teka silang kata mudah dengan memasukkan sebanyak mungkin butiran ini.
Hitamkan ruang yang tidak diperlukan.
3. Berikan petunjuk kepada butiran teka silang kata pelajar.
4. Edarkan teka silang kata kepada pelajar, secara individu ataupun dalam pasukan.
5. Tetapkan had masa. Berikan hadiah kepada individu ataupun pasukan yang mendapat
paling banyak butiran yang betul.
Refleksi selepas pelaksanaanya
1. Membantu serta meningkatkan pemahaman murid tentang penggunaan kata ganti nama
serta menarik minat murid untuk belajar bahasa Melayu.
2. Murid-murid lebih aktif dan seronok ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Kanak-kanak memperoleh kecekapan dan kemahiran yang membantu mereka
meningkatkan lagi keyakinan mereka.
4. Gunakan permainan teka silang kata dalam topik-topik yang lain dalam bahasa Melayu.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, di dalam apa jua pelajaran pun guru-guru haruslah bijak mengambil
pendekatan untuk menarik minat murid-muridnya mempelajari sesuatu tajuk dengan berkesan
dan mudah difahami. Pendekatan teka silang kata ini amat sesuai digunakan dalam mempelajari
sesuatu tajuk dalam bahasa Melayu. Banyak faedah yang boleh kita dapati daripada pendekatan
ini. Selain daripada itu, pendekatan teka silang kata ini juga dapat menarik minat murid yang
tidak berminat dalam mempelajari bahasa.
Belajar melalui bermain merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan dalam
pendekatan pengajaran guru sekolah rendah. Ia bermaksud pengajaran yang disampaikan secara
tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran. Kanak-kanak
bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat manfaat pembelajaran hasil daripada
permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah
cara mereka belajar.
Top Related