TEKNIK MENJAWAB EKONOMI ASAS KERTAS 2( PERATURAN PEMARKAHAN )
Peraturan Pemarkahan Dokumen yang mengandungi jawapan/contoh jawapan, panduan untuk menskor jawapan pelajar dan pembahagian skor bagi setiap tugasan yang terdapat dalam setiap item
Kaedah Penskoran Penskoran Analitikal ( biasa digunakan dalam matapelajaran Ekonomi Asas ) Pemberian skor berdasarkan poin yang telah ditentukan
.. Kaedah Penskoran Penskoran mutu Keseluruhan/Penskoran Holistik Pemberian skor berdasarkan mutu jawapan secara keseluruhan
PERSEDIAAN SEBELUM PEPERIKSAAN Bahan Bacaan Latihan
MEMAHAMI KATA TUGAS Seseorang calon hendaklah memahami KATA TUGAS kepada sesuatu soalan sebelum mereka cuba menjawab soalan diberi
KATA TUGAS Kata kerja yang menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh penulis item supaya pelajar mampu memberi respon sejajar dengan tugasan item
Jenis kata tugas Apakah- memberi definisi secara tepat, jelas dan ringkas Nyatakan- memberi fakta yang spesifik tanpa huraian Jelaskan- memberi penerangan tentang sesuatu supaya mudah difahami ( lebih spesifik)
samb Kata Tugas Terangkan menyatakan sokongan atau menjelaskan dengan sebab ( lebih fleksibel ) dengan sesuatu
Huraikan menceritakan sesuatu dengan panjang lebar Mengapakah- memberi sebab mengapa sesuatu perkara tersebut berlaku
Samb Kata Tugas Bagaimanakah memberi penerangan tentang cara/ keadaan/ langkah/kejadian Bezakan memberi ketaksamaan antara dua atau lebih perkara
.. Kata tugas Bandingkan memberi pandangan tentang perkara yang dikemukakan dari pelbagai aspek termasuk pro dan kontra Bincangkan memberi pandangan tentang perkara yang dikemukakan dari pelbagai aspek termasuk pro dan kontra
..kata tugas Lukiskan memberi persembahan berbentuk grafik/ rajah/ gambarrajah suatu benda /perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala tertentu seperti melukis keluk permintaan dan penawaran dan menunjukkan keseimbangan Berapakah memberi kuantiti Hitungkan memberi jawapan dengan kaedah pengiraan
Peraturan Penting Soalan Masalah Asas 1. Jika calon menjawab apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa ( 0m) 2. Jika calon menjawab apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa barang hendak dikeluarkan boleh diberi markah untuk fakta
.keanjalan1. Jika calon hanya menjawab menggunakan P dan Q boleh di terima tetapi tidak jika menggunkan H dan K 2. Jika calon diminta untuk mentafsir keanjalan, calon mula dengan Apabila berlaku perubahan harga 0 markah 3. Jawapan calon hendaklah spesifik Contoh : Apabila harga barang A naik 1%, kuantiti diminta akan turun 1.5%
Soalan Pengiraan cukai Pendapatan 1. Jika calon menjawab dengan memberi angka sahaja tanpa butiran dan seballiknya 0 markah 2. Kalau calon hanya menulis angka sepenuhnya seperti Jumlah pendapatan tanpa ada butiran gaji, elaun, sewa dan sebagainya dapat markah penuh
3. Jika angka jumlah pendapatan salah perlu lihat kepada perincian untuk diberi markah 4. Jika dalam soalan , mengira cukai pendapatan dan telah ditolak zakat dan diberi markah maka tiada markah diberi pada pengiraan Pendapatan Boleh Guna
Soalan berkenaan dengan melukis keluk 1. Jika pelajar tidak menggunakan kertas graf tetapi skala betul markah ikut peraturan pemarkahan 2. Label paksi dan mesti ada titik origin dapat markah untuk paksi dan markah untuk keluk permintaan ataup penawaran
3.Jika skala diberi tetapi calon menggunakan skala sendiri dan betul semak ikut skema tetapi tiada markah untuk paksi 4. Jika paksi terbalik, beri markah untuk rajah spt contoh, titik keseimbangan, harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan.
5. Jika rajah berasingan spt contoh rajah keseimbangan pasaran tetapi calon melukis keluk permintaan dan penawaran berasingan maka markah untuk paksi sahaja diberi tetapi jika lukis satu keluk sahaja markah ikut skema
Soalan Perbezaan Contoh Soalan: Jelaskan perbezaan antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi Islam sari segi pemilikan sumber, pilihan individu dan motof pengeluaran. (6m) 1. Perbezaan boleh dalam bentuk jadual atau perenggan dengan penanda wacana yang boleh membezakan 2 ciri tadi
.samb2. Jika penerangan ciri sistem ekonomi kapitali dan sistem ekonomi Islam tanpa membezakan 3m 3. Penerangan ciri sistem ekonomi kapitalis atau sistem ekonomi Islam sahaja tanpa membezakan dapat 0m
KAEDAH P&P BERKESAN TEKNIK TOC ( TEORY OF CONSTRAINTS ) MEMERLUKAN CARA PENYOALAN YANG SISTEMATIK Murid memahami tentang sesuatu konsep dengan lebih mendalan dan dijadikan asas bagi pembelajaran tambahan
TOC Sebagai galakan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Dengan memulakan konflik, kepentingan kepada setiap konflik dan pencapaian kepada matlamat bersama
Contoh : Tajuk Tabungan Objektif : menyatakan tujuan menabung
MENABUNG-belanja untuk masa depan
Mencapai kesederhanaan
TIDAK MAHU MENABUNG -Dapat belanja sekarang
Teknik CIH Cari, Isi dan Hurai Boleh buat dalam bentuk kumpulan Menggunakan ICT sebagai pemudahcara - penggunaan powerpoint, excel ( berformat)
.teknik CIHMengingat Konsep dan terjemahkan dalam penulisan Mengumpul token sambil mengisi ruang kosong Token dikumpul Token paling banyak dapat ganjaran
Top Related