OLEH PUAN SITI SARINI BINTI YUNUS
SMK ST JOSEPH, KUCHING
Soalan mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Soalan berbentuk objektif aneka pilihan dan
gabungan. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 15 minit. Soalan meliputi semua pembelajaran
tingkatan 4 dan tingkatan 5. Alat tambahan iaitu kalkulator saintifik
dibenarkan.
Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B
Bahagian A : terdiri daripada 5 soalan, tetapi jawab 3 soalan sahaja.
Bahagian B : hanya satu soalan kajian kes yang wajib dijawab.
Kedua-dua bahagian meliputi pembelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam.
Markah Penuh
Kertas 1 40% Kertas 2 60%
Soalan 40 soalan aneka pilihan
Bahagian AJawab 3 daripada 5 soalan
Bahagian B1 soalan wajib/kajian kes
Masa 1 jam 15 minit 2 jam
Target 12 betul Bahagian A : 30 markahBahagian B : 10 markah
Jumlah 12 40
Peratus Markah
12% 24%
Jumlah Besar 36% Gred E
Pemahaman konsep Perdagangan mestilah jelas dan tepat.
Soalan meliputi semua tajuk Ting. 4 & 5 Pilih jawapan yang paling tepat. Beri perhatian kepada :
- perkataan “kecuali”/benar
- soalan menghitung
Kertas 1
Aras Rendah (R) : 20 soalan Aras Sederhana(S) :12 soalan Aras Tinggi(T) : 8 soalan
R : S : T 5 : 3 : 2
1. Tidak baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan yang salah.
2. Membuang banyak masa pada soalan yang sukar, sepatutnya beralih ke soalan yang lebih mudah dahulu dan akhirnya baru soalan yang sukar.
3. Calon salah tanda nombor soalan dengan jawapan, sebab calon menanda jawapan untuk semua soalan dalam kertas soalan dan kemudian baru pindahkan kesemua jawapan ke dalam kertas jawapan objektif.
4. Tidak membawa peralatan yang mencukupi.
5. Tidak menjawab semua soalan.
1. Sistem kotak2. Carta/graf/jadual3. Gambar foto4. Soalan pengiraan5. Situasi6. Cerita7. Pernyataan8. Dialog
Rajah menunjukkan hubungan dua hala antara perdagangan dengan perniagaan.
Apakah hubungan kedua-duanya dalam proses pengeluaran?
PERDAGANGAN PERNIAGAAN
A. Mencapai pengeluaran maksimum dalam proses pengeluaran.
B. Mencipta nilai faedah kepada kehidupan manusia.
C. Mendapatkan keuntungan melalui urusniaga.
D. Menyediakan tempat untuk urusniaga.
Pernyataan di bawah berkaitan dengan seorang pemborong.
Siapakah pemborong itu?
Menjual bagi pihak pelanggan.Menemukan penjual dengan pembeliMenerima komisen
A. BrokerB. Jober paraC. Ejen pengeluarD. Pemborong pesanan berwakil
Gambar di bawah menunjukkan 2 jenis kaedah jualan bagi sejenis komputer.
Apakah kelebihan sekiranya En. Abu membeli komputer itu secara kredit?
Jualan TunaiHarga Tunai RM 1500
Jualan KreditAnsuran RM80 sebulanTempoh Pembayaran 24 bulanWang Pendahuluan RM100
I. Boleh disewa untuk membayar ansuran.
II. Komputer tidak akan dirampas jika beliau gagal membayar ansurannya.
III. Terdapat wang lebihan untuk membeli barang lain.
IV. Harga belian secara kredit lebih murah daripada harga secara tunai
A. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IVD. III dan IV
Pn Siti menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran. Pada suatu malam rumahnya dimasuki pencuri dan beliau mengalami kerugian sebanyak RM80 000. Pn Siti telah membuat tuntutan gantirugi kepada insurer tetapi tuntutannya ditolak.
Apakah prinsip yang digunakan oleh insurer untuk menolak tuntutan Pn Siti?
A.SubrogasiB.Penuh percaya mutlakC.Doktrin sebab hampiranD.Kepentingan boleh insurans
Pada 1 Jan. 2009, Encik Imran membeli sebuah peti sejuk dengan harga RM3 000. Wang pendahuluan RM500 telah dijelaskan. Bakinya dibayar ansuran dengan tempoh bayaran balik 12 bulan. Kadar faedah 8% setahun dikenakan oleh pembiaya. Berapakah ansuran bulanan yang perlu dijelaskan oleh Encik Imran?
A.RM215
B.RM225
C.RM270
D.RM275
Antara berikut yang manakah bukan fungsi pemborong?A.Membiayai dari segi kewangan
B.Mengadakan kemudahan pergudangan
B.Membeli barang secara pukal dan memecah pukal
C.Memberi nasihat dan maklumat kepada pengguna akhir
Antara berikut yang manakah
peranan pengangkutan?
I.Mengurangkan kos insurans
II.Memudahkan mobiliti tenaga
buruh
III.Memperluaskan pasaran
barangan
IV.Membolehkan pengkhususan
dijalankan
A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV
Baca dan fahamkan soalan.
Tentukan kata tugas dan peruntukan
markah
Jawapan mesti menepati kata tugas dan
markah yang diperuntukkan.
Tulis dalam perenggan atau senaraikan
poin/fakta (guna kepala soalan)
Jangan memberi kenyataan umum
Nyatakan Memberi fakta
tanpa peneranganTerangkan/
Jelaskan Menyatakan fakta
dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab
Fakta : Penerangan.
Huraikan Memperihalkan
sesuatu dengan terperinci dan teratur:
Fakta : Penerangan :Contoh
Lakarkan Melukiskan sesuatu
secara kasar dan tanpa perincian ukuran
Bezakan Menyatakan
kelainan/ ketidaksamaan
Bandingkan Menyatakan
persamaan dan perbezaan
Apakah Memberi maklumat
yang khusus/spesifikBagaimanakah Memberi
penerangan tentang cara/keadaan/langkah
Mengapakah Beri sebabBerapakah Beri kuantiti
Sarankan
Syorkan
Cadangkan Memberi
pandangan / idea/ pendapat yang tepat/betul dari segi konsep perdagangan dan disokong dengan fakta-fakta perdagangan.
Soalan yang wajib dijawab. Kemahiran diuji ialah:-
Kemahiran mengaplikasi, menilai, membuat keputusan, dan menganalisis perkaitan.
Pelajar perlu membaca dan memahami rencana yang diberi.
Jawab dengan fakta/poin/bukti/contoh dari rencana/kes yang diberi.
• Tingkatkan pemahaman konsep Perdagangan
• Jawapan hendaklah berfokus pada tajuk dan bukan secara umum sahaja.
• Kenal pasti kehendak soalan sebelum menjawab
• Rangkakan jawapan terlebih dahulu
• Gunakan peruntukkan markah sebagai panduan.
• Membaca dan menguasai semua tajuk dan fakta penting
• Latihan tubi dan simulasi soalan SPM perlu dilakukan.