TEKNOLOGI BARU MEMPERKASAKAN BIDANG PERUBATAN
Izzati Ibrahim
Siti Fatimah Nor Mokhtar
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak
Otak manusia merupakan anugerah yang tidak dapat dinilai harganya. Ekoran itu, otak
manusia telah dimanipulasi dalam penghasilan pelbagai teknologi baru yang pastinya
lebih memudahkan kehidupan seharian manusia. Merentas abad, teknologi dalam
bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan
kepada jutaan pesakit yang menderita. Justeru, artikel ini membincangkan mengenai
teknologi-teknologi baru dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI,
Computed Tomography, mata bionik, teknologi Ilizarov serta implikasi-implikasi yang
terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif.
1.0 Pendahuluan
Rajah 1: Otak manusia terbahagi kepada otak kanan dan otak kiri
Otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak Neocartex,Otak Mamalian dan otak
reptilian. Impuls saraf dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke
100m sesaat(rujukan:Heimler dan Lockard). Otak Neocartex terbahagi kepada 2
serebrum iaitu otak kanan dan otak kiri. Secara umumnya bahagian serebrum berfungsi
menerima, menafsir dan mengawal aktiviti terkawal seperti berfikir, bercakap dan
mengingat. Otak kanan adalah otak artistik manakala otak kiri adalah otak logik. Seperti
yang kita ketahui, otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu otak kanan dan
otak kiri. Dua bahagian otak tersebut memiliki fungsi yang berbeza. Otak kanan
diidentifikasikan tentang kreativiti, dan memang benar fungsi dari otak kanan ini adalah
untuk mengurus proses berfikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan
komunikasi (lingusitik). Mereka juga suka kepada bayangan atau gambaran berbanding
dalam bentuk perkataan. Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan
cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu kompleks. Contoh orang yang
cenderung menggunakan otak kanannya berbanding otak kirinya adalah seniman. Otak
kiri biasa sinonim dengan kecerdasan analitik. Maksudnya otak kiri kita ini terkait dengan
kemampuan matematik dan kemampuan berfikir sistematik seseorang. Contohnya
kemampuan menyelesaikan soalan matematik. Cara kerja otak ini sangat rapi,
berstruktur dan sistematik. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat saat digunakan
untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mendalam. Orang
yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang peneliti atau saintis. Secara
umumnya, otak kanan dan otak kiri mempunyai pertindihan kemahiran dan perbezaan
cara berfikir. Memahami perbezaan ini akan menambah rasa menghargai diri dan orang
lain. Masing-masing mempunyai kecenderungan semula jadi berbanding satu sama lain.
Yang mana mengubah proses kedua belah otak. Matlamat utama adalah untuk
memproses menggunakan seluruh otak. Dalam mencipta teknologi baru, otak kiri
mengikut logik akal dan memanipulasi fakta-fakta dan pengetahuan sains manakala
otak kanan pula menggunakan imaginasi dan gambaran mengenai penciptaan sesuatu
yang baru yang memberi manfaat kepada manusia. Mereka melengkapi antara satu
sama lain. Jadi, integrasi antara kedua-dua belah otak melahirkan penerokaan
penghasilan teknologi-teknologi moden yang canggih dan dapat dimanfaatkan dengan
berkesan dalam pelbagai bidang, termasuklah dalam bidang perubatan
2.0 Teknologi Baru
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu
takrifan. Secara generalnya, teknologi ialah pembangunan dan penggunaan alatan,
mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi). Justeru, daripada perspektif perubatan saintis
dan pakar-pakar inovasi telah memainkan peranan mereka dalam memperkasakan
bidang ini dengan mencipta pelbagai alat teknologi moden yang canggih. Kini, terdapat
pelbagai kemudahan teknologi yang dapat membantu para doktor dalam memberi
rawatan kepada pesakit serta pesakit juga dapat membuat pilihan mengenai rawatan
yang akan mereka jalani..
2.1 MRI
MRI atau Magnetic Resonance Imaging merupakan kaedah penghasilan imej organ
dalaman organisma hidup melalui penggunaan daya magnet yang kuat mengelilingi
anggota badan. Selain digunakan untuk mengesan jumlah kandungan air dalam struktur
geologi, teknologi ini juga diaplikasikan untuk mengenalpasti perubahan psikologi dalam
tisu hidup.
Berbeza dengan teknik Computed Tomography (CT) scan, MRI tidak
mendedahkan pesakitnya kepada sebarang bentuk radiasi kerana proses tersebut tidak
menggunakan x-ray. Antara kelebihan perubatan MRI ialah ia digunakan untuk
membezakan tisu patologi seperti tumor otak dan juga tisu normal. Malah kualiti imej
yang dihasilkan melalui MRI juga kebiasaannya mempunyai revolusi yang lebih baik
berbanding CT scan terutama utuk pengimbasan otak dan dan tulang belakang.
2.2 Computed Tomography
Computed Tomography atau CT adalah kaedah pengimejan menggunakan tomography.
Pemprosesan geometri digital digunakan bagi menghasilkan imej tiga dimensi (3D)
dalam sesuatu objek daripada satu siri luas imej x-ray dua dimensi (2D) yang diambil
sekeliling pergerakan paksi tunggal. CT dahulunya dikenali sebagai imbasan EMI
kerana dibangunkan dalam cabang penyelidikan EMI, syarikat yang terkenal dalam
bdang muzik da rakaman. Ia kemudian dikenali sebagai computed axis tomography
(CAT atau imbasan CT).
CT menghasilkan banyak data yang boleh dimaniplasikan menerusi proses
windowing bagi mempamerkan beberapa struktur berdasarkan keupayaannya
menghalang sinar-X. Semasa permulaannya, imej yang dihasilkan dalam bentuk keratan
melintang, pengimbas moden membenarkan data-data diubah dalam bentuk berlainan
termasuk 3D.
2.3 Mata Bionik
Rod dan Kon: Sel Penterjemah Cahaya Daripada Solar Kepada Impuls Elektrik.
Teknologi mata bionik merupakan harapan baru untuk golongan buta. Di dalam otak
manusia terdapat dua sel penting yang dipanggil rod dan kon. Rod dan kod ini juga
dikenali sebagai sel solar biologi yang menukarkan cahaya kepada impuls elektrik.
Impuls-impuls elektrik ini akan dihantar ke otak menerusi saraf optik untuk membentuk
imej. Tanpa rod dan kon, manusia tidak akan dapat melihat. Rod dan kon telah memberi
idea kepada para saintis untuk mencipta mata bionik.
Penyelidikan mengenai mata bionik ini telah dikaji di Space Vacuum Epitaxy
Center (SVEC) dengan tajaan NASA. Sementara itu, sekumpulan saintis dari Universiti
Johns Hopkin, MIT dan di beberapa tempat lain telah menggunakan silikon dalam
proses pembuatan rod dan kon tiruan. Namun begitu, silikon adalah bahan yang toksik
yang membahayakan badan manusia dan akan memberi reaksi negatif terhadap cecair
di dalam mata. Masalah ini walau bagaimana pun, tidak wujud pada pengesan seramik
SVEC.
Menerusi eksperimen yang dijalankan di Wake Shield Facility (WSF), iaitu
sebuah platform berbentuk cakera dengan diameter 12 kaki yang telah dilancarkan dari
sebuah anak torak angkasa, para saintis telah menemui kaedah mencipta filem oksida
nipis dengan menggunakan atom oksigen yang diperolehi di persekitaran orbit bumi.
Eksperimen ini telah membantu para saintis untuk membina pengesan oksida atau
seramik untuk Projek Mata Bionik.
Percubaan merealisasikan mata bionik bermula seawal tahun 2002. Pada ketika
itu, seorang doktor dari Universiti Sekolah Perubatan Texas, Houston, Dr. Charles
Garcia telah diamanatkan untuk menjalankan pembedahan ini.
Pada ketika itu, retina buatan yang dibuat di SVEC mengandungi 100,000
pengesan seramik mini yang setiap satunya adalah 1 per 20 daripada saiz rambut
manusia. Para saintis pada ketika itu belum dapat memastikan bagaimanakah caranya
otak akan menterjemahkan voltan-voltan asing yang datang daripada rod dan kon yang
dibuat. Saintis-saintis percaya, otak akan dapat mempelajari dan menerima input-input
tersebut perlahan-lahan secara semulajadi.
2.3.1 Struktur Mata Bionik: Bagaimana Mata Bionik Berfungsi?
Mata bionik terdiri daripada tiga elemen utama. Mula-mula, satu kamera miniatur yang
dipasang pada cermin mata gelap, akan menghantar imej ke sebuah radio penerima
yang diimplan berdekatan mata pengguna.
Kemudian, satu signal akan dihantar pada silikon kecil dan cip platinum, sekitar
4mm persegi yang terletak di retina. Elektrod yang terdapat pada cip ini akan
merangsangkan sel-sel ganglion supaya maklumat visual akan dapat dihantar menerusi
saraf optik terus ke otak dan pada akhirnya membentuk imej visual.
Menurut Profesor Humayun lagi, imej akan terbentuk seakan-akan mesin cetak dot-
matriks, atau susunan piksels pada skrin komputer.
Teknologi ini walau bagaimana pun tidak akan dapat mengembalikan penglhatan
pesakit yang buta akibat kerosakan saraf optik yang disebabkan oleh glaukoma atau
stroke. Pesakit-pesakit biasanya akan mengambil masa sekitar satu atau dua bulan
untuk membiasakan diri dengan peralatan mata bionik Argus ini, sebelum otak mereka
dapat menterjemahkan imej-imej. Sebelum ini, pembedahan untuk memasang peralatan
mata bionik ini adalah sekitar tujuh jam, namun sekarang hanya memerlukan 90 minit.
Percubaan mata bionik ini akan diadakan di lima pusat sekitar Amerika Syarikat
ke atas warganegara berusia melebihi 50 tahun. Pihak US Food and Drug
Administration telah mengizinkan hanya subjek-subjek yang telah berusia sahaja layak
untuk menyertai eksperimen ini kerana bimbang kesan-kesan buruk yang mungkin
dihadapi pada kemudian hari. Setakat ini, beribu-ribu orang buta telah menawarkan diri
untuk menjadi sukarelawan bagi percubaan mata bionik.
Teknologi Mata Bionik - Fantasi Star Trek Menjadi Nyata
Geordi LaForge berpangkat ketua jurutera di atas kapal angkasa U.S.S Enterprise dan
dia dilahirkan buta. Geordi menggunakan VISOR untuk membolehkan dia melihat
menerusi input visual yang dihantar secara terus ke otaknya. Jika diperhatikan pada
peralatan mata bionik Argus II, dapat dilihat bagaimana pada suatu masa nanti teknologi
VISOR boleh menjadi kenyataan.
(http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/04/teknologi-mata-bionik-harapan-baru.html)
2.4 Teknologi Ilizarov
Teknik Ilizarov merupakan teknik bagi pemanjangan tulang. Di awal tahun 1950an,
Profesor Ilizaroy dari daerah terpencil Kugan, Siberia, memperkenalkan konsep baru.
Konsep tersebut adalah konsep formasi tulang lokal dengan tindakan invasif yang
paling minimum. Pesakit yang mengalami rekonstruksi cacat tulang post trauma yang
menyebabkan pemendekan dan tulang tidak membentuk merupakan golongan yang
mengaplikasikan teknik ini.
Transport tulang digunakan untuk menyelamatkan anggota badan yang telah
kehilangan segmen tulang yang luas. Setelah itu, Illizarov menggunakan kaedah ini
bagi membantu golongan kerdil dan sebanyak 15 – 30 % daripada pesakitnya telah
berjaya dipulihkan. Selama procedure pemanjangan, jaringan urat-urat saraf otot dan
pembuluh darah juga berkembang sebagai response dari pemanjangan tulang.
Regenerasi tulang ini adalah normal dan pesakit pada akhirnya dapat berjalan dan
berlari seperti semula.
3.0 Implikasi teknologi dalam bidang perubatan
3.1 Rawatan yang lebih efektif dan cekap
Dewasa ini pelbagai teknologi moden telah berjaya dicipta. Umum mengetahui
bahawa teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam
konteks bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan
cekap kepada para pesakit. Teknologi moden dilihat mampu memberi harapan yang
cerah kepada pesakit untuk sembuh. Penyakit-penyakit yang serius seperti tubercolosis,
polio, leprosy dan lain-lain telah dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring
dengan perkembangan teknologi, sesetengah penyakit kanser juga dapat diubati,
contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi
moden. Penyakit yang mungkin tidak dapat diubati pada zaman nenek moyang kita
suatu ketika dahulu juga telah dapat diubati dengan efektif dengan mengunakan
kepakaran teknologi perubatan yang semakin berkembang. Lihat sahaja penyakit
jantung dan penyakit-penyakit lain yang memerlukan rawatan yang mengambil tempoh
masa yang panjang untuk dirawat. Dengan kemajuan teknologi, pemindahan jantung
dan juga organ-organ lain dapat dijalankan dengan jayanya. Pesakit juga mengambil
masa yang singkat untuk sembuh. Selain itu, teknologi moden juga mengurangkan
kesan negatif yang mungkin dihadapi oleh individu, sebagai contoh, teknik sinar x-ray
yang digunakan sebelum ini menghasilkan radiasi yang dapat meningkatkan risiko
mereka yang menggunakannya untuk menghidap barah. Tambahan pula, ia membunuh
beribu-ribu sel darah putih setiap kali sinar X tersebut menembusi tubuh manusia.
Dengan menggantikannya denga MRI, masalah ini telah dapat diatasi. Jadi, tidak dapat
dinafikan lagi dengan bantuan teknologi, manusia dapat menjalani kehidupan yang lebih
selesa dan kondusif.
3.2 Jana ekonomi negara
Perkembangan pesat dalam kemajuan teknologi perubatan memberi peluang
yang baik dalam menjana ekonomi negara yang lebih mapan. Industri perubatan dilihat
sebagai industri alternatif yang dapat memberi pulangan ekonomi yang tidak ternilai
terhadap ekonomi negara. Zaman global, iaitu dunia tanpa sempadan ini
memperlihatkan bidang perubatan sebagai industri yang memberi peluang cerah untuk
meraih pendapatan yang lumayan. Dewasa ini, ramai individu yang sanggup
menghabiskan wang untuk menerima rawatan yang paling intensif dan terbaik bagi
merawat penyakit yang dihidapi. Tidak kurang juga ramai yang sanggup membelanjakan
sejumlah besar wang untuk menjalankan rawatan kosmetik sama ada untuk
mnghilangkan parut, mencantikkan wajah, membuang lemak di badan, membuang bulu
di badan dan memanjangkan tulang agar ketinggian bertambah. Jika negara kita
mengambil peluang memanfaatkan teknologi perubatan yang ada sekarang, tidak
mustahil ia dapat meningkatkan sumber pendapatan negara dengan menyediakan
perkhidmatan rawatan perubatan yang intensif, selesa dan efektif. Mungkin suatu masa
nanti ramai warga asing dan pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia akan
tertarik untuk mendapatkan rawatan perubatan di sini. Dengan ini, Malaysia dapat
melebarkan sayap untuk memanfaatkan teknologi perubatan untuk dikomersialkan bagi
menjana ekonomi negara. Bagi negara-negara Islam pula, mereka tidak akan teragak-
agak untuk menerima rawatan di sini jika projek pembuatan darah tiruan berhasil hasil
daripada integrasi dengan teknologi perubatan. kemungkinan Malaysia menjadi
pengeluar darah tiruan untuk manusia yang pertama di dunia jika rundingan kerajaan
dengan sebuah syarikat yang masih dirahsiakan namanya menjadi kenyataan.(Utusan
Malaysia, Mei 11,2007). Jika terbukti dari segi klinikalnya, ia dijangka menjadi satu
bahan yang amat besar kesannya kepada manusia dan dunia. Tambahan pula, agama
Islam tidak mengharamkan penggunaan darah tiruan asalkan proses pembuatannya
tidak melanggar syarak dan mendatangkan kebaikan kepada manusia. Justeru,
Malaysia dapat membantu negara-negara Islam demi agama disamping meningkatkan
ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
4.0 Kesimpulan
Dunia perubatan banyak mengalami revolusi dengan penciptaan teknologi baru
yang serba canggih. Teknologi baru khususnya dalam bidang perubatan membawa
pelbagai manfaat dalam menangani cabaran menghadapi pelbagai halangan dalam
rawatan penyakit. Dengan peningkatan taraf hidup manusia, penyakit menjadi semakin
kompleks, seterusnya menjadikan kaedah penyembuhan penyakit itu sesuatu yang
sofistikated. Tambahan pula, orang ramai kini berfikiran lebih terbuka dan lebih
menghargai kesihatan. Dengan inovasi dan revolusi yang tercetus dalam bidang
perubatan yang lahir daripada integrasi teknologi moden, diharapkan dapat memberi
manfaat dan kesejahteraan kepada semua pihak, bermula daripada doktor, pesakit,
agama, dan negara.
Bibliografi
Top Related