7/31/2019 Teknologi terkini
1/25
PENGENALAN
Telekomunikasi merupakan satu bidang yang berkembang pesat dan terus
berkembang pada tahun-tahun yang akan datang. Ia penting dalam aplikasi pelbagai bidang
termasuk bidang perniagaan dan pentadbiran yang memerlukan keputusan dibuat dengan
cepat, tepat dan cekap. Tahun 1980 juga dikenali sebagai Dekad untuk telekomunikasi
oleh sesetengah pihak. Telekomunikasi telah berkembang dengan cepat sehingga bersaing
dengan kadar pertumbuhan komputer.
Sejak kebelakangan ini telekomunikasi telah mendapat perhatian pihak pengurusan
atasan. Telekomunikasi sekarang dilihat sebagai satu sumber yang benar walaupun ia
pernah dilihat sebagai "necessary evil". Sebagai satu sumber, telekomunikasi berupaya
menghasilkan pendapatan dan membolehkan mendapat keuntungan secara tidak langsung
dengan menambah efisi pekerja, dengan mengagihkan maklumat yang bernilai dalam masa
yang ditetapkan.
PERKEMBANGAN UTAMA DALAM TELEKOMUNIKASI
Perkembangan utama dalam telekomunikasi, yang mana perlu dikenalpasti dandiambil tindakan oleh semua pihak yang terlibat dalam adalah seperti berikut :
Kawalan telekomunikasi tanpa pergantungan kepada pihak lain. Telekomunikasi
adalah asas kepada pembentukan Masyarakat Informasi. Banyak maklumat perlu
diagihkan dengan betul dan teratur.
Bergerak ke arah dunia "digital" sepenuhnya. Perubahan dari dunia "analog" ke
dunia "digital" memberikan banyak kelebihan.
Penyatuan segala maklumat/kepintaran.
1
7/31/2019 Teknologi terkini
2/25
KEPENTINGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI
1) Berbagai-bagai maklumat dapat disalurkan melalui perniagaan, perdagangan dan
pentadbiran
cepat dan tepat berbanding dengan sistem lama
maklumat dihantar melalui sistem komputer berangkaian, wayarles, telefon,
internet, bahan-bahan cetak, tele-sidang
Sistem Pejabat Terbuka - urusan pembayaran bil letrik, air, telefon, ASN, ASB
dibuat di Pejabat Pos sahaja
Sistem komputer bank - urusan kewangan dilakukan dengan mudah dan pantas
contoh, GIRO, Maybank Kawanku - menggunakan Auto Teller Machine -
komputer berangkaian
Kerajaan eletronik, perkongsian maklumat melalui komputer yang dirangkaikan
untuk kecekapan pentadbiran.
2) Bidang pendidikan
penggunaan komputer dalam pendidikan, CAI
tahun 1980-an, pendidikan komputer diperkenalkan di sekolah menengah terpilih
wujud kelab-kelab komputer di sekolah - lahirkan pelajar-pelajar celik komputer
Sekolah Bestari - penggunaan aplikasi komputer multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah
3) Dunia tanpa sempadan
Penggunaan satelit - Malaysia lancar MEASAT 1 pada tahun 1995
Satelit memancarkan isyarat komunikasi telefon, faks, televisyen, telesidang dan
lain-lain
Satelit SITE kepunyaan India, PALAPA kepunyaan Indonesia
Siaran televisyen secara langsung ke seluruh dunia, menjalin hubungan manusia
sejagat - Siaran CNN, NBC, BBC
2
7/31/2019 Teknologi terkini
3/25
Internet - rangkaian komputer antarabangsa - komunikasi sejagat (Global Village) -
wujud masyarakat maklumat
4) Keselamatan, penyelidikan dan kesejahteraan manusia
Satelit kaji cuaca, mengkaji perubahan cuaca dan memberi amaran ribut dan taufan
Hubungan kapal ke kapal -kecemasan, komunikasi dan laluan pelayaran
Topografi dan kajibumi - pemeliharaan hutan, kawal pencemaran, mengenalpasti
kawasan logam dan kawasan perikanan
5) Ketenteraan dan pertahanan
Sistem satelit NAVSTAR kepunyaan Amerika Syarikat - rangkaian 18 buah satelit
tentera
berfungsi mengintip, mengesan kedudukan musuh, bilangan kereta kebal dan
pesawat, stesen pelancar peluru berpandu mengesan kedatangan peluru berpandu
ICBM dan pangkalan tentera musuh
strategi peperangan ala Star Wars Amerika - dapat mengesan dan memusnahkan
peluru berpandu nuklear sebelum tiba di bumi Amerika.
6) Dunia hiburan
pemain video, televisyen, radio, komputer, beriteks
penggunaan antena parabola - wujud "Multi-channel Society"
Dunia jadi global - tanpa batas sempadan geografi, bangsa, budaya
Di sini kami telah membincangkan beberapa teknologi terkini dalam komunikasi antaranya
ialah teknologi Telefon Suara melalui Protokol Internet, Bluetooth, General Packet Radio
Services ( GPRS ), Wireless Application Protocol ( WAP ) dan 3G( third generation ).
3
7/31/2019 Teknologi terkini
4/25
TEKNOLOGI TELEFON SUARA MELALUI PROTOKOL INTERNET / VOICE
OVER INTERNET PROTOKOL (VoIP)
Sejak telefon dicipta oleh Alexander Graham Bell pada suatu ketika dahulu, kita
hanya diperkenalkan dengan rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) untuk membuat
panggilan telefon. Rangkaian telefon berjenis ini hanya membenarkan komunikasi suara
dan faks sahaja dan tidak membenarkan jenis format maklumat lain seperti data untuk
dibawa bersama semasa komunikasi suara berlaku.
Kini, teknologi semakin berkembang pesat dan perubahan diperlukan dalam
komunikasi telefon iaitu bukan sahaja komunikasi suara tetapi komunikasi data juga perlu
dipertingkatkan lagi. Tetapi, rangkaian suara hanya membekalkan suara bukannya
komunikasi data. Oleh itu, teknologi yang berasingan perlu dibangunkan. Sesiapa yang
berhasrat untuk membuat pertukaran di antara suara dan data, dia memerlukan talian data
dan talian telefon yang berasingan. Ini bermakna kesemuanya adalah berganda seperti
perkhidmatan, kos panggilan, sewa talian, pemasangan dan kesulitan. Situasi ini masih lagi
wujud walaupun beberapa bahagian korporat dan LAN (Local Area Network ) masih
mempunyai ruang atau lebar jalur yang tidak digunakan. Dengan menggunakan lebar jalur
sedia ada pada talian data, kita boleh menghapuskan keperluan untuk menggunakan dua
rangkaian data dan suara yang berasingan. Ini merujuk kepada Telefon Internet iaitu telefon
suara melalui protokol Internet ( VoIP). Melalui teknologi ini, ia membolehkan pertukaran
data dan suara melalui satu rangkaian sahaja.
Teknologi Telefon Suara melalui IP atau VoIP merupakan satu teknologi terkini
yang sedang hangat diperkatakan. VoIP adalah teknologi yang membolehkan panggilan
telefon tempatan dan antarabangsa dapat dibuat melalui protokol Internet (IP)
menggunakan rangkaian suis berpaket dengan kadar panggilan jauh yang lebih murah
berbanding panggilan melalui talian tetap atau selular.
Protokol Internet atau Internet Protokol (IP) merupakan satu dari paras protokol
dalam suatu rangkaian. Dalam erti kata lain, apa-apa sahaja yang dihubungkan melalui IP
bermaksud melaksanakan suatu komunikasi melalui Internet. IP merupakan teknologi
4
7/31/2019 Teknologi terkini
5/25
terkini yang baik untuk komunikasi data. Banyak syarikat di negara-negara maju tidak
mahu ketinggalan dalam mengaplikasikan teknologi IP ini, Malaysia juga merupakan salah
sebuah negara yang turut terlibat dalam usaha untuk membina rangkaian IP dengan
matlamat untuk menawarkan perkhidmatan suara dan data bersepadu. VoIP atau panggilan
telefon melalui Internet dengan kos yang jauh lebih murah daripada sekarang menjadi idea
yang dibeli pengguna. Ini adalah janji VoIP untuk para pengguna yang menggunakannya.
Bagaimana komunikasi melalui IP ini dilakukan?
Secara teorinya, panggilan telefon melalui IP ini dilakukan dengan suara pengguna
dimampatkan dan dipindahkan dalam bentuk paket menerusi Internet seperti mana yang
dilakukan kepada kandungan emel yang dipindahkan. Paket ini dikenali sebagai paket IP
yang pergi dan kembali dalam Internet, ini membolehkan pengguna bercakap dan
mendengar pada masa yang sama. Dengan proses pemampatan suara ini menjadi paket,
syarikat penyedia perkhidmatan IP boleh mengendalikan lebih banyak panggilan VoIP
dalam satu masa berbanding dengan panggilan telefon biasa. Oleh itu, penjimatan dapat
dirasai oleh setiap pengguna perkhidmatan telefon suara melalui IP ini.
Secara keseluruhannya, perkhidmatan telefon suara melalui IP menggunakan
Internet ini memerlukan komputer atau komputer- peribadi (PC). Teknologi VoIP
merupakan gantian kepada rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) yang perlahan dan
berteknologi lama. Walaupun masa yang lama diperlukan untuk menggantikan semua
talian PSTN yang sedia ada, tetapi teknolgi VoIP ini mungkin dapat diperkembangkan
secara berperingkat sehingga semua pihak di negara ini dapat menerima dan memahami
teknolgi tersebut.
Perkhidmatan kad pra-bayar FlexiCall JARING merupakan perkhidmatan terkini
dalam pasaran yang menggunakan teknologi VoIP dengan menggunakan rangkaian tulang
belakang fiber optik Internet yang dipunyai oleh JARING. MIMOS Berhad telah
melancarkan kad pra-bayar FlexiCall JARING iaitu kemudahan untuk membuat panggilan
telefon jauh dan antarabangsa berasaskan teknologi suara melalui Protokol Internet (VoIP).
FlexiCall JARING yang dimajukan oleh MIMOS Internet Services ini menawarkan harga
yang lebih murah dengan kualiti suara yang lebih baik. FlexiCall JARING ini
membolehkan orang ramai menjimatkan bil telefon apabila membuat panggilan khususnya
5
7/31/2019 Teknologi terkini
6/25
untuk panggilan antarabangsa kerana ia menawarkan penjimatan kos dengan masa
percakapan lebih lama. Sasaran pengguna bagi FlexiCall JARING ini adalah para pekerja
dan penuntut serta pelancong asing yang berada di negara ini yang kerap membuat
panggilan antarabangsa sama ada untuk urusan peribadi mahu pun perniagaan.
Kad pra-bayar FlexiCall JARING ini dapat diperolehi dalam nilai RM30 dan RM50
dengan penjimatan sehingga 80 peratus untuk panggilan jauh dan antarabangsa di lebih 100
destinasi seluruh negara.Penglibatan MIMOS dalam pasaran baru ini adalah satu komitmen
untuk melengkapkan rakyat dengan teknologi terkini khususnya dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi melalui pembangunan teknologi tempatan. Ianya juga memberi
sumbangan besar dalam menjana perkembangan industri di linkungan akses Internet dan
merangsang pertumbuhan perkhidmatan Internet di Malaysia.
Beberapa syarikat yang bukan dari sektor telekomunikasi telah diberi Lesen
Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Individu di bawah penguatkuasaan syarat-syarat baru
untuk mengawal selia pembekalan dan pengoperasian fasiliti. Syarat-syarat tersebut bagi
membolehkan syarikat bukan telekomunikasi seperti MIMOS Berhad dapat bersaing di
pasaran dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan teknologi VoIP.
Teknologi VoIP dijangka mengalami kepesatan pertumbuhan dalam tempoh 3
hingga 5 tahun akan datang di Asia berikutan permintaan terhadap kos panggilan jauh yang
lebih rendah di samping pasaran bagi teknologi VoIP ini masih baru di rantau ini
berbanding di Amerika Syarikat dan Eropah.
KEBAIKAN TEKNOLOGI VoIP
i. Penjimatan dengan proses pemampatan suara menjadi paket, syarikat penyedia
perkhidmatan IP boleh mengendalikan lebih banyak panggilan VoIP dalam satu
masa berbanding panggilan telefon biasa.
ii. Penjimatan bil telefon dan masa percakapan lebih lama apabila membuat panggilan
khususnya untuk panggilan antarabangsa.
iii. Menggunakan satu rangkaian sahaja berbanding dua rangkaian yang digunakan
sebelum ini melalui rangkaian telefon pensuisan awam (PSTN) mengurangkan
sewa talian, perkhidmatan dan kesulitan.
iv. Kos panggilan lebih rendah atau murah:
6
7/31/2019 Teknologi terkini
7/25
- kos panggilan telefon jarak jauh dapat dikurangkan melalui panggilan jalan
lencongan PSTN ( calls bypass PSTN ).
- kos panggilan telefon bagi luar kawasan dan dalam kawasan dikurangkan
kerana menggunakan rangkaian korporat sedia ada.
v. VoIP boleh diaplikasikan kepada hampir sebarang keperluan komunikasi suara,
iaitu julat dari simple interoffice intercom hinggalah kepada complex multi-
point teleconferencing.
vi. Infrastruktur VoIP ini dapat diintergrasikan dengan mudah yang menyokong semua
bentuk komunikasi yang membenarkan lebih piawaian dan mengurangkan jumlah
peralatan kelengkapan .
vii. Penggabungan bermaksud penggabungan sistem perakaunan adalah amat
berfaedah.
KEBURUKAN TEKNOLOGI VoIP
i. Penggunaan teknologi VoIP ini hanya dihadkan kepada pengguna yang mempunyai
PC yang memerlukan perkhidmatan Internet.
ii. Kualiti suara atau Voice Quality(Qos) adalah rendah semasa panggilan dilakukan.
iii. Kawalan panggilan atau pengisyaratan dimestikan supaya telefon dapat memanggil
proses lutsinar.
iv. Pengurangan panggilan penolakan, kehilangan paket dan mudah putus hubungan
(disconnect ).
v. Melibatkan gateway antara persekitaran rangkaian data dan rangkaian suara.
Rajah 1 berikut menunjukkan keseluruhan Sistem Rangkaian VoIP:
7
7/31/2019 Teknologi terkini
8/25
Rajah 1
BLUETOOTH
Bluetooth merupakan teknologi tanpa wayar
(wireless). Ia menggunakan gelombang radio bagi
8
7/31/2019 Teknologi terkini
9/25
membolehkan peranti-peranti mudah alih seperti PDA atau laptop berkomunikasi antara
satu sama lain. Penggunaannya juga boleh diperluaskan lagi kepada desktop dimana
desktop boleh dihubungkan ke pencetak ataupun pengimbas tanpa menggunakan wayar
penyambung. Konsep perangkaian ini telah dinamakan sebagai Personal Area Network
atau PAN.
Pembangun asal Bluetooth ialah Ericsson, Intel, Microsoft, IBM dan
Toshiba. Kemudian satu kumpulan yang dikenali sebagai Bluetooth
Special Interest Group atau SIG telah ditubuhkan yang terdiri daripada
sembilan syarikat utama dalam bidang IT, iaitu 3Com, Ericsson, IBM,
Intel, Lucent, Microsoft, Motorola, Nokia dan Toshiba. Di samping itu,
terdapat 1882 syarikat yang terlibat dalam membangunkan produk yang
berasaskan teknologi Bluetooth.
Bluetooth telah dibangunkan bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada
pengguna yang menggunakan perkakasan mudah alih. Kajian Gartner Dataquest mendapati
bahawa terdapat lebih daripada 900 juta pengguna yang menggunakan pelbagai perkakasan
mudah alih terutamanya laptop dan telefon bimbit dalam tempoh lima tahun.
Kebanyakan urusan yang dilakukan oleh pengguna ini memerlukan penyelesaian
yang pantas. Ini termasuklah pertukaran dan perkongsian maklumat seperti nombor telefon,
jadual, fail-fail penting dan mungkin juga pasaran saham. Ia boleh menghubungkan
pencetak, Mobile Phones, Handsfree Headsets, LCD projectors, Modems, Wireless
LAN devices, Notebooks, Desktop PCs, PDAs dan lain-lain.
Sekiranya pengguna masih menggunakan sistem perkakasan yang konvensional
seperti sedia ada, ( dengan menggunakan wayar serta terpaksa pula mencari soket
penyambung ) sudah tentu masa akan terbuang begitu sahaja dan bagi memburukkan
keadaan beberapa tranksaksi penting tidak dapat dilakukan.
9
7/31/2019 Teknologi terkini
10/25
Peranti Bluetooth boleh dihubungkan ke LAN yang sedia ada seperti Ethernet LAN
korporat menerusi satu titik akses yang terdiri daripada pemancar Bluetooth, pengawal
jalur asas, litar untuk menterjemahkan data dari format Bluetooth ke Ethernet dan juga
antaramuka yang menghubungkan titik akses ke rangkaian LAN yang sedia ada. Pengguna
dapat menikmati kemudahan yang boleh didapati dalam rangkaian LAN asalkan ia tidak
terkeluar dari lingkungan titik akses tersebut.
Terdapat tiga ciri keselamatan yang ada dalam peranti Bluetooth iaitu pertama,
tanpa keselamatan di mana peranti tidak menetapkan ciri-ciri keselamatan ketika
komunikasi dijalankan. Kedua, keselamatan pada peringkat perkhidmatan, yang
memberikan ciri-ciri fleksibal ketika capaian aplikasi dilakukan dan ketiga, keselamatan
peringkat pautan di mana peranti akan menentukan prosedur keselamatan terlebih dahulu
sebelum komunikasi dilakukan.
Pada masa sekarang, teknologi Bluetooth digunakan dengan meluas dalam
perkhidmatan telefon bimbit, percetakan tanpa wayar, PC mudah alih, alat dengar tanpa
wayar, barangan elektronik seperti kamera, walkman, VCR, pen elektronik, pemain muzik
mudah alih dan juga industri robotik.
10
7/31/2019 Teknologi terkini
11/25
Bluetooth beroperasi dalam jalur frekuensi radio di sekitar 2.4Ghz. Ia
membolehkan transmisi data dilakukan dengan kadar 712Kb dan julat kawasan operasi
ialah di sekitar 10 meter ( 33 kaki ). Komunikasi di antara peranti-peranti yang
menggunakan Bluetooth ialah berkonsepkan peer-to-peer.
Kebaikan menggunakan teknologi ini ialah sesuatu peranti itu boleh digunakan dan
berkomunikasi tanpa menggunakan wayar. Ini sekaligus menjimatkan masa pengguna
dengan tidak perlu memasang wayar dan juga kabel penyambung ke peranti lain. Ia juga
menyatukan beberapa perkakasan mudah alih seperti laptop, PDA dan telefon bimbit.
Manakala keburukannya pula ialah maklumat boleh dicuri oleh peranti lain dan
juga mungkin terdapat gangguan gelombang bagi kawasan yang sesak. Di samping itu,
tidak begitu banyak perisian dan perkakasan yang menyokong teknologi ini, mungkin
kerana ia masih lagi baru digunakan. Laman web rasmi bagi Bluetooth ialah
www.bluetooth.com.
3G (THIRD GENERATION)
Kehidupan kita sehari-hari yang akan datang mungkin akan lebih bermakna dengan
Generasi Sistem Telekomunikasi atau biasa disebut sebagai 3rd Generation of Wireless
Communication yang mana sekarang ini tengah berkembang dengan pesatnya. Ia mula
diperkenalkan di Malaysia pada Bulan Mei 2000. Pada bulan September 2000, Jabatan
Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( Commisison ) telah berunding dengan semua
11
Pelbagai produk yang berkeupayaan Bluetooth
7/31/2019 Teknologi terkini
12/25
pemegang lessen di bawah Tindakan Komunikasi dan Multimedia 1998 ( CMA ) berkaitan
dengan pendekatan teknologi 3G di Malaysia.
Rundingan ini diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja bertajuk
Concepts and Proposed Principles on the Implementation of Mobile Celular Service in
Malaysia pada bulan November 2000 yang kemudiannya telah disiarkan dalam laman web
untuk mengetahui komen dan pendapat orang awam.
Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh sistem ini ialah
pelayanan video, pengaksesan ke multimedia dan mobile Internet berkecepatan tinggi.
Sistem 3rd Generation akan memperkembangkan lagi perkhidmatan-perkhidmatannya
dalam sistem komunikasi dan maklumat. Sistem ini juga menawarkan pelayanan dengan
kapabiliti yang tinggi, yang mana termasuk peningkatan dari segi kapasiti, kualiti dan
purata data yang ada sekarang.
Antara kebaikan menggunakan sistem ini ialah ia akan menghubungkan dunia
wireless dan dunia komputer atau internet. Sistem 3 rd Generation akan menggunakan tiga
jenis teknologi. Ketiga tiga jenis teknologi sedang diubahsuai supaya ianya sesuai dan
dapat bekerjasama serta dapat diaplikasikan dalam pelbagai jenis telefon bimbit. Integrasi
teknologi ini akan diperkenalkan di seluruh pelusuk dunia.
Sistem 3rd Generation akan menawarkan perkhidmatan pelayanan yang baru pada
Internet dan multimedia yang akan memerlukan skrin yang sesuai. Telefon bimbit akan
ditukarkan ke pelbagai variasi bentuk dari yang sederhana dan kecil seperti bentuk jam
tangan atau yang lebih besar seperti palm-pilot untuk melayari Internet.
12
7/31/2019 Teknologi terkini
13/25
WAP
Salah satu teknologi komunikasi interaktif terkini di Malaysia ialah perkhidmatan
WAP. WAP atau Wireless Application Protocol merupakan protokol baru dan juga
merupakan satu teknik penyampai dan mengakses maklumat yang canggih. Hanya telefon
mudah alih yang terkini sahaja yang menyokong perkhidmatan ini. Melaluinya pengguna
boleh menggunakan perkhidmatn internet dan beberapa lagi perkhidmatan baru contohnya
seperti mengakses berita semasa dan maklumat bursa saham.
13
7/31/2019 Teknologi terkini
14/25
Sebenarnya WAP merupakan protokol ynag terhasil daripada perkembangan
protokol Wireless Data yang telah ada sekarang. Sebuah versi piawaian HTML/IP yang
efisien dicipta khas untuk memindahkan maklumat antara rangkaian telefon mudah alih
dengan internet. Terminal-terminal tanpa wayar dengan HDML microbrowser atau
pelayar mikro HDML(handled Device Markup Language) dan HDTP(Handled Transport
Protocol) akan berhubung kepada pelayan dan seterusnya berhubung dengan internet atau
intranet yang merupakan pusat di man maklumat-maklumat berada.
Kemudahan WAP dalam sesebuah telefon mudah alih adalah menggunakan pelayar
mikro. Ia digunakan untuk:
1. Membuat arahan dalam WML(Wireless Markup Language) yang merupakan bahasa
kembangan daripada HTML. Biasanya ia digunakan dalam rangkaian tanpa wayar.
2. Mengambil alih maklumat dari sebuah pelayar internet sama ada dalam format piawai
atau dalam format yang telah disediakan bagi peralatan rangkaian tanpa wayar
mengguna arahan dalamWML tadi.
3. Informasi yang diminta ini kemudian akan dikirim oleh WAP GATEWAY ke
pengguna yang mengguna telefon mudah alih yang mempunyai kemudahan WAP
tersebut.
Terdapat beberapa faktor yang menarik minat pengguna mendapatkan perkhidmatan
WAP dalam telefon mudah alih mereka. Antaranya ialah:
1. Menyediakan kemudahan untuk mengakses maklumat di internet melalui telefon
mudah alih yang mempunyai kemudahan WAP tersebut
2. Di Malaysia perkhidmatan WAP ini didokong oleh beberapa syarikat industri telefon
mudah alih yang besar seperti NOKIA, Ericsson, Motorola dan sebagainya. Ini akan
14
7/31/2019 Teknologi terkini
15/25
menarik minat pengguna kerana telefon yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang
disebutkan diatas amat diminati.
3. Pengunaan komputer untuk mengakses maklumat di internet hanya terhad di satu
tempat sahaja kerana ia tidak mudah alih. Penggunaan Laptop mungkin salah satu
penyelesaiannya tetapi pengguna lebih gemar menggunakan peralatan yang lebih kecil
dan boleh di bawa ke mana-mana.
Namun di sebalik kabaikan-kabaikan di atas, terdapat juga keburukan perkhidmatan WAP
ini. Antaranya ialah:
1. Sangat susah untuk melakukan proses pengkonfigurasian telefon mudah alih yang
dapat mengaplikasikan perkhidmatan WAP.
2. Penggunaan kemudahan Short Message Service(SMS) masih lagi meluas berbanding
perkhidmatan WAP. Ini kerana pembayaran caj perkhidmatan SMS lebih murah
berbanding WAP. Tambahan pula perkhidmatan WAP kurang didedahkan kepada
semua peringkat pengguna.
3. Piawaian WAP masih lagi kurang lengkap.
4. Capaian maklumat di internet adalah terhad. Pengguna yang menggunakan
perkhidmatan WAP melalui telefon mudah alih tidak dapat mengakses maklumat-
maklumat daripada internet seperti mana mengakses maklumat-maklumat melalui
komputer.
Perkhidmatan WAP melalui telefon mudah alih adalah satu teknologi tercanggih di masa
kini. Penggunaannya yang banyak memberi manfaat dan kemudahan kepada pengguna ini
perlulah diperluaskan lagi.
15
7/31/2019 Teknologi terkini
16/25
GPRS
General Packet Radio Service atau lebih dikenali sebagai GPRS merupakan satu
lagi perkhidmatan tanpa suara terkini yang disediakan kepada pengguna telefon mudahalih
selain perkhidmatan SMS dan WAP. Dijangkakan teknologi baru ini bakal menggantikan
WAP dalam penggunaan Internet tanpa kabel.
Terdapat beberapa kelebihan pada GPRS yang menyebabkannya menjadi cepat
popular di kalangan pengguna Internet tanpa wayar.
16
7/31/2019 Teknologi terkini
17/25
7/31/2019 Teknologi terkini
18/25
Chat
Menyediakan perkhidmatan yang sama seperti di Internet di
mana sekumpulan pengguna boleh berkomunikasi antara satu sama
lain.
Maklumat berbentuk teks dan visual
Pengguna boleh mendapatkan maklumat dari telefon
mudahalih secara langsung samada senarai harga saham, maklumat
penerbangan, cuaca, berita terkini, peringatan solat serta banyak
lagi. Ia tidak semestinya dalam bentuk teks, boleh jadi juga dalam
bentuk peta, graf mahupun pelbagai maklumat visual lain.
Imej tetap
Pelbagai imej tetap (statik) seperti foto, gambar, e-poskad, e-
kad boleh dihantar dan diterima menerusi telefon bimbit.
Imej bergerak
Dengan teknologi yang berkembang pesat, industri wayarles
mungkin berkembang dari pesanan teks kepada ikon dan pesanan
bergambar malahan pesanan bervideo dan preview filem boleh
dimuatturun ke telefon bimbit menggunakan cara data stream. Ini
boleh dilaksanakan kerana ciri-ciri yang ada pada GPRS.
Melayari laman web
Sebelum ini, melayari laman web merupakan sesuatu yang
tidak efisyen untuk dilaksanakan melalui telefon bimbit keranakelambatan proses memuatturun dan memuatnaik data mengambil
masa yang lama. Jika adapun hanya terhad dalam bentuk teks sahaja
kerana jika memuatturun gambar lebih lama, tetapi dengan adanya
teknologi GPRS ini memungkinkan telefon bimbit menjadi salah
satu asset penting dalam perkembangan dunia Internet.
18
7/31/2019 Teknologi terkini
19/25
Email korporat
Setiap pekerja perlu sentiasa berhubung dengan pejabat
samada mereka berada di dalam mahupun jauh menggunakan
system email korporat syarikat mereka. Ini samada menggunakan
LAN, Microsoft Outlook, Lotus Notes dan sebagainya. Dengan
adanya GPRS ini maka urusan ini menjadi lebih mudah.
Email Internet
Ia membolehkan pengguna Internet diingatkan sebaik sahaja
ada email baru tiba kerana dengan cara yang lama pengguna perlu
mendail ke peti surat mereka dari semasa ke semasa untuk
mengetahui samada ada email baru atau tidak.
Kenalpasti lokasi kenderaaan
Global Positioning System (GPS) merupakan rangkaian
percuma yang disediakan oleh 24 satelit di bawah seliaan
Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Sesiapa sahaja yang
memiliki alat menerima (receiver) boleh mengetahui kedudukan
kenderaan mereka melalui satelit. Ini amat penting untuk mengesan
kenderaan yang dicuri atau disewa. SMS digunakan untuk
menghantar maklumat kedudukan kenderaaan seperti longitud,
altitud dab bearing. Sebagai alternatif GPRS boleh digunakan.
Akses ke rangkaian LAN
Bagi pekerja yang berada jauh dari meja pejabat, mereka
tetap perlu berhubung dengan rangkaian LAN di pejabat mereka.
Dengan adanya terminal mobil, mereka masih mampu akses ke
rangkaian dan mendapatkan email korporat mererkawalaupun tanpa
laptop atau notebook.
19
7/31/2019 Teknologi terkini
20/25
Pemindahan fail
Data boleh dipindahkan tanpa had saiz. Sumber maklumat
ini boleh jadi salah satu daripada method komunikasi Internet
samada FTP, telnet, http mahupun Java. Oleh kerana itu, sesebuah
telefon itu perlu dilengkapi dengan teknologi GPRS.
Rumah pintar
Gabungan dari aplikasi automatik di rumah dan kawalan
keselamatan dari jauh (remote control). Secara asasnya,kita boleh
mengawasi rumah dari mana sahaja kita berada menggunakan
telefon mudah alih kita.
Setakat ini teknologi GPRS ini telah diimplimentasikan di Amerika Syarikat oleh AT&T
Wireless. Di Malaysia sendiri, teknologi GPRS sendiri masih dalam tempoh percubaan di
mana ia cuba diaplikasikan dalam perkhidmatan telefon mudahalih oleh syarikat
telekomunikasi tempatan seperti Maxis dan Celcom.
Had penggunaan GPRS
Oleh kerana teknologi GPRS ini merupakan teknologi yang masih baru maka terdapat
beberapa had dalam penggunaannya.
Had bagi penggunaan serentak.
GPRS menghadkan penggunaan suara dan GPRS serentak di mana
jika GPRS sedang digunakan, telefon suara biasa tidak dapat
digunakan kerana keduanya menggunakan sumber rangkaian yang
sama.
Kelajuan berkurangan dalam dunia sebenar
20
7/31/2019 Teknologi terkini
21/25
Walaupun secara teorinya GPRS mampu memindahkan data pada
172.2 kbps namun ia mesti dilakukan oleh seorang pengguna
menggunakan kelapan-lapan slot masa tanpa sebarang ralat.
Hakikatnya sesuatu rangkaian mungkin membenarkan dua tiga
pengguna serentak dengan setiap pengguna hanya menggunakan
satu atau dua slot masa sahaja. Dengan ini kadar pemindahan data
akan berkurangan.
Modulasi suboptimal
GPRS adalah berasaskan kepada suatu teknik yang dikenali sebagai
Gaussian minimum-shift keying (GMSK).
Delay pengangkutan data
Tiada storan danforward
Berbanding engin stor danforwarddalam perkhidmatan SMS, tiada
mekanisma seperti ini yang piawai bagi GPRS.
CONTOH PERKAKASAN YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN GPRS
Telefon Motorola Timeport P280
21
7/31/2019 Teknologi terkini
22/25
Telefon Motorola Timeport P280 yang terbaru merupakan salah satu daripada
telefon bimbit yang ada menyediakan teknologi GPRS. Berdasarkan ujian servis
VoiceStream Wireless iStream, ia telah mencapai keputusan yang baik. Semasa menguji
kelajuan penghantaran data, satu laman web 220K telah dimuatturun dengan menggunakan
P280 sebagai modem wayarles dan disambungkan kepada laptop. Ujian yang sama
dilakukan menggunakan telefon CDMA serta sambungan menggunakan talian darat biasa.
Hasil mendapati kelajuan memuat turun menggunakan GPRS adalah empat kali ganda
CDMA dan hampir menyamai kelajuan modem 56K.
P280 ini membenarkan pengguna akses ke korporat email, berhubung dan membuat
rujukan. Ia turut menyokong penggunaan Microsoft Outlook, Exchangedan Lotus Notes.
Akses ke AOL mail serta AIM juga merupakan piawai bagi telefon ini. MotorolaTimeport
P280 ini sesuai untuk pengembara, peniaga dan sebagainya yang memerlukan
penghantaran data yang segera.
Kesimpulan
GPRS menyediakan penggunaan dan kelebihan secara besar-besaran dalam
teknologi pemindahan data secara wayarles. Ini diperkukuhkan lagi dengan ciri-ciri GPRS
yang fleksibel, efisyen dan pantas. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah berapa lama
tempoh untuk teknologi canggih ini mengambilalih serta mendominasi dunia pemindahan
data.
22
7/31/2019 Teknologi terkini
23/25
KESIMPULAN
Walaupun terdapat pelbagai teknologi terkini yang muncul dan heboh diperkatakan,
kita tidak seharusnya terus sahaja menerima sesuatu teknologi tersebut tanpa berfikir
terlebih dahulu. Kita seharusnya mengkaji dan menyelidik dahulu sesuatu teknologi itu
sama ada ianya mendatangkan kebaikan atau pun keburukan. Tidak semua teknologi terkini
yang muncul itu bersesuaian dengan persekitaran negara kita, Malaysia yang merupakan
sebuah negara membangun yang sedang meningkat maju dan berdaya saing.
Walaupun begitu, jika sesuatu teknologi itu sudah dikaji dan didapati bahawa ianya
membawa kebaikan kepada pembangunan negara dan rakyat, teknologi tersebut haruslah
diterima dan diaplikasikan demi kebaikan bersama.
23
7/31/2019 Teknologi terkini
24/25
Mungkin terdapat sesetengah individu yang sukar untuk menerima sesuatu
perubahan yang dibawa oleh sesuatu teknologi terkini, oleh itu langkah-langkah perlu
dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya pihak syarikat dan kerajaan. Contohnya,
MIMOS Berhad yang telah melancarkan perkhidmatan kad pra-bayar FlexiCall JARING
yang menggunakan teknologi Telefon Suara melalui Protokol Internet ( VoIP ) iaitu sebuah
teknologi yang masih baru di negara ini, pihak MIMOS seharusnya menjalankan promosi
dan memberi penerangan yang lebih jelas dan mendalam mengenai teknologi VoIP dan kad
pra-bayar tersebut kepada pengguna. Oleh itu, individu yang masih kabur mengenai
teknologi tersebut akan lebih memahami dan akan cuba menerimanya sedikit demi sedikit.
Teknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara
dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun
1999. Penubuhan MSC adalah sebagai langkah kerajaan untuk menggunakan sepenuhnya
keupayaan teknologi komunikasi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan negara kita
tidak ketinggalan dalam apa jua bidang dan teknologi terkini yang kebanyakannya lebih
awal muncul di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Teknologi-
teknologi terkini ini dapat membantu dalam kemajuan negara kita dan menjadikan
Malaysia sebuah negara yang berteknologi, mempunyai rakyat yang celik IT dan menjadi
sebuah negara yang dihormati oleh seluruh dunia.
24
7/31/2019 Teknologi terkini
25/25
RUJUKAN
1. http://www.gsmworld.com/technology/gprs/index.shtml
2. http://www.pcmag.com/article/0,2997,s%253D1470%2526a%253D22074,00.asp
3. http://www.nwfusion.com/edge/news/2001/1205wlessdata.html
4. http://www. CNETAsia.com/ProductReviews/htm
5. Artikel 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bluetooth, Majalah PC, bil 62,
keluaran Februari 2002, Karangkraf.
http://www.gsmworld.com/technology/gprs/index.shtmlhttp://www.pcmag.com/article/0,2997,s%253D1470%2526a%253D22074,00.asphttp://www.nwfusion.com/edge/news/2001/1205wlessdata.htmlhttp://www.gsmworld.com/technology/gprs/index.shtmlhttp://www.pcmag.com/article/0,2997,s%253D1470%2526a%253D22074,00.asphttp://www.nwfusion.com/edge/news/2001/1205wlessdata.htmlTop Related