1
TEKS UCAPAN PERASMIAN
YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT
MERANGKAP AHLI PARLIMEN P201 BATANG LUPAR
SEMPENA KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR
27 NOVEMBER 2016 (AHAD)
DAMAI BEACH RESORT, SARAWAK
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia
PENDAHULUAN 1. Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan inayahNya dapat kita bersama-sama berkumpul di pagi
ini sempena Seminar Kepimpinan Transformasi Ketua-Ketua
Masyarakat Parlimen P201 Batang Lupar.
2. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program
anjuran Pusat Perkhidmatan ADUN P201 Batang Lupar terutamanya
para peserta yang merupakan pemimpin di DUN Sebuyau, Lingga
dan Betang Maro. Bukan mudah bagi kita mengumpulkan semua
barisan kepimpinan ini dalam satu masa dan tempat bagi manfaat
kepada diri sendiri, orang kawasan dan Parlimen P201 sendiri.
KURSUS KEPIMPINAN PARLIMEN BATANG LUPAR 3. Kursus yang diadakan bertujuan untuk berkongsi idea dan pendapat
mengenai hala tuju penduduk dan masyarakat di Parlimen Batang
Lupar. Sebagai pemimpin, seharusnya rintihan, permasalahan serta
segala bentuk isu harus dapat kita bawakan untuk perhatian di
peringkat tertinggi dan seterusnya kepada saya bagi
menggambarkan keprihatinan sebagi tanggungjawab yang telah
rakyat amanahkan untuk kita. Pembangunan juga harus kita pantau
3
bagi memastikan tidak timbul isu-isu yang boleh memudaratkan
rakyat.
4. Selain daripada itu, saya sendiri telah mengarahkan YBrs. Dr. Rose
Lena binti Lazemi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut hadir serta Ketua-Ketua
Pengarah agensi di bawah Kementerian bagi memberi penerangan
secara terperinci mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh
Kementerian dan agensi dibawahnya bagi memanfaatkan
masyarakat.
KEBAJIKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Hadirin sekalian,
5. (Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)) merupakan salah sebuah
agensi yang terpenting dan terbesar bagi Kementerian. (JKM
bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan
kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan
perkongsian tanggungjawab yang strategik.)
6. Bagi memastikan Jabatan kekal relevan dan berupaya meningkatkan
daya saing, perubahan persekitaran yang berlaku harus ditangani
dengan bijaksana supaya terangkum dan sepunya dalam semua
program dan yang dikendalikan di samping mampu menyokong
kepada agenda Transformasi Negara.
4
7. Saya sentiasa mengingatkan agar kakitangan JKM haruslah peka
dan sentiasa bersiap sedia untuk mengharungi segala cabaran ini
dengan memahami peranan, tugas dan tanggungjawab petugas
kebajikan kepada masyarakat setempat.
8. Dalam konteks perkhidmatan bantuan, (Jabatan akan memastikan
kakitangan untuk lebih peka dengan perubahan persekitaran,
memastikan permohonan bantuan atau isu-isu yang timbul samada
dalam media cetak atau media sosial dapat diurus dengan cepat,
cekap dan berkesan. Maklumat-maklumat segera ini boleh diperolehi
dengan tepat dan cepat melalui pelaksanaan 100% eBantuan.)
9. Bagi (Negeri Sarawak, Kerajaan Persekutuan telah
memperuntukkan lebih dari RM150juta setahun bagi tujuan tersebut.)
10. Jumlah tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam
mendalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan golongan yang
memerlukan di Negeri Sarawak.
Penubuhan Komuniti PERWANI 1Malaysia
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
11. Pada tahun 2013, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri telah mengumumkan pelancaran inisiatif baharu,
iaitu (Komuniti PERWANI 1Malaysia) di bawah Strategi Lautan Biru
Kebangsaan. (Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan 100,000
kumpulan PERWANI di seluruh Malaysia dengan setiap kumpulan
terdiri daripada 10 hingga 20 ahli.) (Sejak penubuhan Komuniti
PERWANI ini, sehingga kini sebanyak 11,024 kumpulan PERWANI
5
telah ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 151,688 orang
wanita.)
12. PERWANI ini berperanan untuk (mempromosi kesejahteraan
masyarakat dengan mengenal pasti program atau aktiviti yang
memberi faedah kepada anggota masyarakat setempat.)
13. Saya berkehendakkan supaya lebih banyak kumpulan PERWANI
ditubuhkan di kawasan oleh kelompok-kelompok kecil di antara rakan
kerja, perkampunagn, rakan sebaya yang saya lihat ia bertindak sebagai
penghubung masyarakat, menjadi mata dan telinga Kerajaan atau secara
ringkasnya ialah sebagai agen transformasi di peringkat komuniti. Dengan cara begini ketua-kketua masyarakat dan pemimpin setempat
dapat menjadikan PERWANI sebagai pemudahcara kepada
pemyampaian segala program dan isu-isu berbangkit dikalangan
masyarakat setempat.
14. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Komuniti
PERWANI yang telah diwujudkan oleh Puan-puan yang hadir pada
hari ini. (Sehingga bulan Ogos 2016, sebanyak 987 kumpulan
PERWANI telah ditubuhkan di Sarawak dengan keanggotaan ahli
seramai 14,849 orang wanita. Dari jumlah tersebut, sebanyak 241
kumpulan PERWANI telah diwujudkan di Batang Lupar dengan
keanggotaan ahli seramai 3,221 orang wanita.)
Hadirin yang dihormati sekalian,
6
16. KPWKM melalui (Jabatan Pembangunan Wanita) telah merangka
strategi dan usaha-usaha bersepadu bagi meningkatkan lagi tahap
kehidupan wanita ke arah pencapaian yang lebih baik. Ini kerana
saya percaya wanita mempunyai peranan dan pengaruh yang cukup
signifikan dalam kehidupan keluarga, masyarakat dan negara.
17. Jabatan Pembangunan Wanita telah menyediakan pelbagai bentuk
inisiatif dan bantuan untuk memperkasakan wanita dalam bidang
perniagaan di pelbagai peringkat. (Melalui Program Inkubator
Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Program Inkubator Kemahiran
Usahawan Wanita (IKEUNITA), kemahiran wanita digilap agar dapat
bersaing di peringkat lebih tinggi.) Program berbentuk bantuan tapak
perniagaan iaitu Bazar Wanita juga turut disediakan untuk memberi
peluang kepada lebih usahawan wanita menempatkan diri dalam
persaingan perniagaan.
18. Kementerian akan terus komited untuk menggerakkan agenda
pembangunan dan pemerkasaan wanita agar mereka dapat
menyumbang dengan lebih aktif kepada pertumbuhan ekonomi,
meningkatkan produktiviti dan menikmati taraf kehidupan lebih baik.
19. Saya juga ingin memaklumkan kini terdapat pelbagai bentuk skim
bantuan, tabung dan program telah disediakan oleh kerajaan dan
sektor swasta yang boleh diterokai oleh para usahawan. (Agensi-
agensi seperti MDEC, MARA, TEKUN, AMANAH IKHTIAR, SME
CORP, SIRIM, Jabatan Pertanian, banyak menyediakan bantuan,
malah sektor perbankan seperti SME Bank juga turut membantu
mana-mana usahawan yang memerlukan bantuan pinjaman bagi
memulakan perniagaan.)
7
(PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA SEBAGAI KEUTAMAAN RMK-11)
20. Selari dengan agenda pembangunan lestari, Kementerian ini telah
memastikan Kerajaan menjadikan “pengukuhan institusi keluarga
sebagai teras masyarakat” sebagai keutamaan dalam Rancangan
Malaysia Kesebelas. Strategi ini akan dilaksanakan melalui inisiatif
peningkatan kemahiran keibubapaan dan nilai kekeluargaan,
menambah baik perkhidmatan kaunseling dan sistem sokongan
keluarga. Di bawah strategi ini, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat dan agensinya mestilah secara bersepadu
meningkatkan program latihan dan pemerkasaan, perkhidmatan,
penyelidikan, penyelarasan dan pemantauan supaya Indeks
Kesejahteraan Keluarga Malaysia berupaya mencapai skor 8
daripada skala maksimum 10 menjelang tahun 2020.
21. Secara ringkasnya, (LPPKN menawarkan perkhidmatan kesihatan
reproduktif dan program kekeluargaan. Perkhidmatan kesihatan
reproduktif khusus untuk wanita merangkumi perancang keluarga,
Mamogram, suntikan Human Papiloma Virus (HPV), pemeriksaan
payudara, pap smear dan perkhidmatan MamaCare.) Wanita amat
penting peranannya dalam keluarga sebagai isteri dan juga ibu,
apatah lagi jika wanita tersebut berkerja, maka lebih besar
tanggungjawabnya. Kementerian saya amat prihatin dengan
keperluan wanita dalam aspek kesihatan reproduktif ini, dan
Alhamdulillah, apa yang kementerian perjuangkan membuahkan
hasil apabila kita telah diberi kepercayaan untuk memperluaskan
perkhidmatan mamogram untuk mencegah kanser payudara dan
8
suntikan HPV untuk mencegah kanser serviks,kepada kumpulan
sasar. Perkara ini lah seharusnya diambil peluang oleh masyarakat
setempat agar segala perkhidmatan, program dan manfaat dapat
direbut oleh khasnya masyarakat yang saya wakili di P201.
22. (Pada tahun 2013 hingga 2016, seramai 37,938 orang wanita telah
menjalani saringan mamogram di Sarawak.) (Untuk HPV pula
seramai 17,546 orang wanita dalam lingkungan umur 20 hingga 23
tahun telah menerima suntikan HPV (dos pertama) sejak ia
diperkenalkan pada tahun 2013.) Oleh itu, dengan bajet yang kita
terima pada (tahun 2017, kementerian melalui LPPKN akan terus
menyumbang untuk kesejahteraan wanita di Sarawak ini. Di samping
itu, (2017 - seramai 571 orang wanita telah diberi bantuan coli
prostesis bagi wanita yang memerlukan.) (Untuk perkhidmatan pap
smear pula seramai 6769 orang wanita telah disaring dan bagi
perancang keluarga pula seramai 3463 orang wanita telah mendapat
perkhidmatan ini.) Untuk membantu wanita meningkatkan
pendapatan mereka, (seramai 60 orang pengamal MamaCare telah
dilahirkan.)
23. Terbaru, di bawah LPPKN, telah memperkenalkan program bagi
(Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti atau FACE (Family and
Community Empowerment).) Saya telah melancarkan FACE
bersempena November sebagai Bulan Kelurga Kebangsaan 1Malaysia
di lokasi pertama baru-baru ini di kawasan saya iaitu Beladin yang
merupakan salah satu daripada 14 komuniti yang dipilih pada tahun
ini.
24. Melalui program FACE, LPPKN telah mengambil inisiatif untuk
melaksanakan program yang memberi fokus kepada pengukuhan
9
institusi keluarga dan selaras dengan keputusan Majlis Sosial Negara
pada yang mahukan satu halatuju bagi program pembangunan
keluarga di Malaysia.
25. Program FACE ini dilaksanakan melalui kaedah yang komprehensif
iaitu dengan mengenal pasti keperluan setempat dan tahap
kesejahteraan keluarga di komuniti yang dipilih. Setelah kita
mengenal pasti isu dan keperluan tersebut, maka akan dirancang
evidence-based program intervensi yang sesuai dan yang
diperlukan. (LPPKN akan memperkasa komuniti dan keluarga
melalui penwujudan Family Champion (Teraju Keluarga).)
Pemimpin dalam komuniti sedia ada contohnya dari Persatuan
Penduduk, Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung serta sukarelawan boleh diberi
tanggungjawab sebagai Family Champion dalam komuniti terpilih
dengan memegang tanggungjawab dalam salah satu dari
intervensi kesejahteraan keluarga.
PENUTUP
26. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya berharap semua di sini
dapat memanfaatkan apa jua program dan aktiviti yang dijalankan
oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
bagi membawa kesejahteraan keluarga dan komuniti ke arah yang
lebih baik.
27. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta yang turut
mengambil bahagian dengan komitmen yang begitu tinggi bagi
10
menjayakan kursus ini. Kerjasama yang erat bukan sahaja dengan
agensi-agensi Kerajaan tetapi juga sektor swasta ini penting bagi
merealisasikan matlamat program ini dan diharapkan kolaborasi
strategik ini akan berterusan pada masa akan datang. Semoga
usaha murni ini membuahkan hasil sepertimana yang dihasratkan.
Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Top Related