TEKS UCAPAN
YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA KURSUS INDUKSI MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI
KAMPUNG NEGERI PULAU PINANG DAN PERLIS
HOTEL THE LIGHT SEBERANG JAYA, PULAU PINANG
19 MAC 2019 (SELASA) / KETIBAAN YBM: 8.30 MALAM
2
Terima kasih kepada saudara / saudari pengacara majlis Bismillahiirrahmaanirrahiim Assalamu’alaikum Warahmatullhi Wabarakaatuh Salam Bahagia dan Salam Luar Bandar Sejahtera SALUTASI AKAN DILETAKKAN DI ATAS ROSTRUM
3
1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan izin dan hidayahNya jua, kita diberi kelapangan masa
untuk mengisi program hari ini yang penting di bawah
kerajaan hari ini dalam memastikan usaha untuk
memperkasakan pembangunan kampung-kampung di luar
bandar dapat dijalankan dengan tersusun. Seterusnya akan
memberi manfaat kepada masyarakat kampung khususnya
dan juga Negara amnya. Semoga kehadiran dan usaha
murni kita ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
2. Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Yang
4
Berhormat Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman,
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang serta Yang Berhormat
Exco-Exco Luar Bandar Kerajaan Pulau Pinang dan Perlis,
Dr. Afif Bahardin dan Puan Asmaiza Ahmad. Terima kasih
juga kepada Kerajaan Pulau Pinang kerana telah memberikan
kerjasama kepada Kementerian dalam menjayakan Kursus
Induksi dan majlis pada malam ini.
3. Majlis interaksi bersama MPKK adalah inisiatif Kementerian
sebagai satu medium perkongsian ilmu dan pengetahuan
5
bagi memupuk semangat kerjasama dalam menjayakan
agenda pembangunan komuniti luar bandar.
4. Inisiatif kerajaan ini juga adalah misi kerajaan untuk
Meningkatkan Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar
kepada semua tanpa prasangka politik, latar belakang mahu
pun keturunan. Matlamat kita yang utama adalah untuk
menjadikan desa kita berdaya saing dan mampu membawa
kemakmuran kepada rakyat luar bandar.
5. Saya telah diberitahu pada majlis ini, kita telah dapat
menghimpunkan seramai 1,498 orang MPKK iaitu 740 orang
6
dari negeri Pulau Pinang dan 758 orang dari Perlis untuk
mengikuti Kursus Induksi selama 2 hari (19 – 20 Mac) anjuran
Institut Kemajuan Desa (INFRA) iaitu pusat latihan di bawah
Kementeria.
6. Kursus di Pulau Pinang ini adalah siri ke-5 selepas
pelaksanaan bagi MPKK negeri Melaka, Johor, Kedah dan
Perak. Selepas ini, kursus akan teruskan kepada MPKK N
egeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Selangor, Terengganu
dan Sabah.
7
Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian
Kepentingan Latihan Kepada MPKK
7. Kursus Induksi adalah kursus asas yang dilaksanakan oleh
Kementerian bertujuan untuk melatih kepimpinan MPKK
yang baharu dilantik oleh Kerajaan Negeri. Kursus ini perlu
dihadiri oleh semua Pengerusi dan Setiausaha MPKK bagi
mendapat maklumat awal berkenaan tugas dan
tanggungjawab yang perlu dijalankan.
8
8. Saya yakin MPKK yang dilantik adalah ahli-ahli baharu yang
belum begitu jelas mengenai tugas yang sepatutnya
dilakukan. Sebab itu, latihan asas ini sangat penting untuk
dihadiri bagi melengkapkan MPKK dengan kemahiran urus
tadbir di peringkat kampung.
9. Melalui kursus ini, MPKK dibimbing serta diberi latihan secara
teori dan amali untuk mempersiapkan mereka dengan ilmu
dan kemahiran mengurus, membangun serta memajukan
kampung.
9
10. Justeru, saya percaya setelah mengikuti kursus ini, MPKK
akan lebih bersedia untuk menggalas tugas dan
tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat dan pentadbir
di kampung masing-masing.
11. Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh MPKK adalah
penyediaan profil kampung yang lengkap untuk tujuan
perancangan masa hadapan.
12. Maklumat ini perlu dikemaskini menerusi Sistem Profil
Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) yang mengandungi
maklumat terperinci kampung dan Sistem iDesa iaitu aplikasi
10
telefon pintar yang memaparkan maklumat ringkas kampung
kepada masyarakat umum.
13. Dalam hal ini, MPKK akan dibantu oleh jabatan dan agensi
KPLB di peringkat negeri dan daerah supaya maklumat
tersebut dapat dilengkapkan segera pada tahun ini. Maklumat
yang telah dimasukkan dalam sistem perlu dikemaskinikan
dari semasa ke semasa supaya ia menjadi sumber data yang
tepat dan boleh dipercayai.
11
14. Sebagai pemimpin masyarakat, kepekaan kepada ilmu dan
maklumat adalah antara ciri kepimpinan berkesan. Melalui
latihan dan pendidikan, bermacam pengetahuan dapat
dikuasai. Ia juga dapat membantu pemimpin mengetahui
sesuatu maklumat yang bukan sahaja berfaedah untuk diri
sendiri tetapi juga kepada masyarakat.
15. Usaha pencarian ilmu dan maklumat boleh didapati melalui
pelbagai kaedah selain menghadiri kelas seperti pembacaan,
perbincangan dan rujukan kepada sumber yang boleh
dipercayai. Tambahan, dalam era digital ini, sumber maklumat
12
hanya terletak di hujung jari dan boleh diakses pada bila-bila
masa atau di mana-mana sahaja.
Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian
Sejarah Pembanguan Luar Bandar
16. Kita sedia maklum, Malaysia mempunyai sejarah
pembangunan luar bandar yang amat panjang.
Pembangunan luar bandar dengan perancangan yang lebih
13
berstruktur telah bermula selepas negara mencapai
kemerdekaan khususnya selepas penubuhan Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959.
17. Antara strategi perancangan ketika itu ialah melalui Buku
Merah yang diperkenalkan dalam tahun 1960 sebagai Pelan
Dasar Pembangunan Luar Bandar. Pembangunan ini
memberi tumpuan kepada daerah di seluruh negara dengan
perancangan dan pelaksanaan oleh pihak berkuasa negeri
dan daerah.
14
18. Antara aspek pembangunan luar bandar pada masa itu,
menambah baik sosioekonomi kampung dengan usaha
membasmi kemiskinan yang pada ketika itu kadar kemiskinan
luar bandar berada di tahap 59% di samping menyediakan
kemudahan asas kepada masyarakat.
19. Ketika itu juga telah wujud penyelarasan pembangunan
melibatkan peringkat kampung, daerah, negeri dan
kebangsaan. Hasil usaha pembangunan yang dilaksanakan
secara berterusan, pada hari ini tahap kemiskinan luar bandar
telah menurun kepada 1%.
15
20. Hal ini menunjukkan, pemimpin kampung dan penduduk luar
bandar telah dilibatkan dalam agenda pembangunan luar
bandar sejak dahulu lagi. Peranan institusi kampung semakin
terserlah apabila institusi kepimpinan akar umbi telah
diwujudkan. (YBM – ni pada tahun 1962 di bawah
Rancangan Pembangunan Negara dan Luar Bandar)
21. Namun, pembangunan luar bandar hari ini perlu melalui
fasa-fasa pembaharuan sejajar dengan perkembangan
semasa terutama perubahan teknologi dan kemajuan industri.
16
22. Sebab itulah, mulai tahun 2018 institusi kepimpinan akar umbi
telah melalui penambahbaikan dan diberi nafas baharu yang
dikenali kini sebagai Majils Pengurusan Komuniti Kampung
atau ringkasnya MPKK untuk membawa hala tuju baharu
pembangunan kampung yang lebih berdaya saing dan
membawa kesejahteraan kepada semua masyarakat.
23. Bagi menggalas hala tuju baharu ini, kepimpinan kampung
perlu kepada kualiti diri dengan menguasai pelbagai
pengetahuan dan kemahiran terutama kemahiran tadbir urus
desa yang lebih profesional.
17
24. Sebab itulah, pada hari ini Tuan-Tuan dan Puan-Puan berada
di sini untuk menyahut cabaran yang kita rencanakan sebagai
strategi Pembangunan Modal Insan masyarakat luar
bandar.
25. Kementerian berpendirian, Modal Insan adalah satu
komponen yang amat penting dalam kita membicarakan
pembangunan luar bandar. Justeru, modal insan telah
dijadikan antara Teras dalam Pelan Harapan Pembangunan
Luar Bandar yang telah dilancarkan pada tahun lepas.
18
26. Terdapat 6 teras di bawah Pelan harapan Pembangunan Luar
Bandar. Teras-teras tersebut adalah Prasarana, Ekonomi,
Keusahawanan, Modal Insan, Wanita dan Sistem
Penyampaian.
Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian
Mengemudi Desa Secara Berhemah dan Bijaksana
27. Personaliti atau keperibadian adalah sifat-sifat atau nilai diri
yang boleh diperhatikan oleh persekitaran kita. Sebab itulah
19
dalam kehidupan manusia, keperibadian diri sangat penting
dipelihara kerana kesilapan kita bertutur dan bertingkahlaku
boleh membawa sesuatu imej yang tidak baik. Kesannya
tidak hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada organisasi
yang diwakili.
28. Setiap kita adalah pemimpin, sama ada pemimpin sebuah
keluarga atau sebuah komuniti mahupun negeri dan negara.
Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita pimpin. Baik
dan buruknya kepimpinan itu juga boleh memberi kesan
kepada kehidupan keluarga, masyarakat mahupun negara.
20
29. Berusahalah kita membawa imej pemimpin yang baik, yang
tidak hanya berilmu tetapi juga mempunyai personaliti yang
disenangi. Sifat ini juga jika dipelihara, dapat menarik
kepercayaan dan keinginan anggota masyarakat untuk
bersama-sama berganding bahu memajukan diri, keluarga
dan kampung.
30. Seorang pemimpin juga perlu mempunyai kebijaksanaan
dalam setiap tindakan. Bekerja secara berorganisasi
memerlukan semangat kerja berpasukan dan menjalinkan
hubungan yang baik dengan pihak lain. Di sinilah kayu ukur
21
untuk menilai sejauh mana hubungan kerja dengan orang lain
bagi menjayakan setiap program yang dirancang.
31. Sokongan yang diberi oleh anggota masyarakat boleh terbit
dalam bentuk tenaga kerja, sumbangan atau idea pemikiran.
Begitu juga dalam pengurusan kampung, pemimpin
seharusnya bijak menggunakan sumber dan potensi yang
ada di persekitaran kampung untuk dimanfaatkan
sepenuhnya. Misalnya kekurangan kemudahan dan peralatan
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di
kampung, boleh mencari jalan melalui perbincangan bersama
22
masyarakat untuk mengenalpasti sumber dan pihak yang
boleh membantu.
32. Oleh yang demikian, MPKK disarankan untuk meluaskan lagi
hubungan kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan di
daerah, wakil-wakil rakyat malah ahli-ahli kariah sendiri untuk
mendapat kemudahan seperti keperluan bilik gerakan,
komputer, kelengkapan pejabat dan lain-lain keperluan untuk
kegunaan masyarakat. Tidak seharusnya semua perkara
disediakan oleh Kerajaan sebaliknya ia juga boleh
dikenalpasti dari sumber-sumber yang lain.
23
33. Di bawah Kementerian sendiri, agensi-agensi seperti KEMAS,
MARA, PERDA di Pulau Pinang dan pejabat-pejabat KPLB
negeri boleh dihubungi untuk berbincang atau memerlukan
bantuan mengenai program-program kemajuan kampung
yang ingin dilaksanakan seperti mendapatkan bekalan
kemudahan asas jalanraya, bekalan elektrik, bekalan air,
kemudahan seperti dewan, balairaya atau gelanggang sukan
dan juga bantuan-bantuan untuk perniagaan atau latihan
serta kursus kemahiran.
24
Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian
Peruntukan Khas Bagi Golongan B40
34. Tuan-Tuan dan Puan-Puan sedia maklum, Kerajaan sentiasa
melakukan pelbagai usaha untuk membawa kesejahteraan
kepada rakyat. Setiap tahun pelbagai program dirancang dan
dilaksanakan melalui belanjawan yang dibentangkan oleh
Kerajaan.
35. Bagi tahun 2019 ini, antara program yang disasarkan secara
langsung kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan
25
rendah (B40) ialah Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Dana
Perlindungan Kesihatan Nasional B40.
36. Program ini disediakan oleh Kerajaan di bawah fokus
Memastikan Kesejahteraan Rakyat. Tuan-Tuan dan Puan-
Puan sebagai pemimpin masyarakat perlu membantu
penduduk kampung untuk mendapat kemudahan yang
disediakan ini. Berilah maklumat dan kefahaman kepada
mereka tentang perkara ini supaya mereka mendapat
manfaatnya.
26
37. Bantuan Sara Hidup membolehkan golongan B40 mendapat
bantuan sebanyak RM1,000 bagi isi rumah berpendapatan
bulanan RM2,000 dan ke bawah. Isi rumah berpendapatan
RM2,001 hingga RM3,000 menerima bantuan RM750 dan
mereka yang berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga
RM4,000 mendapat RM500. Kemudahan ini dapat memberi
manfaat kepada 4.1 juta isi rumah yang melibatkan
peruntukan sebanyak RM5 bilion.
27
38. Selain itu, golongan B40 juga boleh mendapat perlindungan
takaful atau insuran bagi menghadapi keadaan kecemasan
seperti mengalami penyakit kritikal.
39. Program ini dinamakan Skim Perlindungan Nasional B40
atau Skim MySalam yang telah dilancarkan oleh YAB
Perdana Menteri. Skim ini telah disediakan oleh Kerajaan
mulai tahun 2019 yang menyediakan perlindungan sehingga
RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian
semasa rawatan di hospital kerajaan pada kadar RM50
sehari atau RM700 setahun.
28
40. Maklumat ini MPKK perlu menyampaikan kepada ahli-ahli
masyarakat supaya mereka mendaftar dengan skim ini.
Antara syarat yang perlu dipenuhi adalah:
i. Berusia antara 18 hingga 55 tahun;
ii. Golongan B40;
iii. Menerima rawatan di hospital kerajaan; dan
iii. Menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal.
41. Skim MySalam ini dapat memberi faedah kepada kira-kira
3.69 juta rakyat. Tuan-Tuan dan Puan-Puan perlu
29
mendapatkan lagi maklumat lanjut mengenai skim ini
khususnya daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Skim
ini mula beroperasi untuk pendaftaran permohonan mulai 1
Mac 2019.
Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian
Dana Aktiviti MPKK
42. Saya cukup yakin bahawa MPKK masih belum dapat
bergerak aktif untuk melaksanakan pelbagai aktiviti
disebabkan kekangan sumber kewangan. Kita amat sedar
mengenai perkara ini dan oleh yang demikian Kementerian
30
mengambil inisiatif menyediakan sedikit peruntukan bagi
membolehkan MPKK menggerakkan masyarakat dan
melaksanakan aktiviti untuk faedah bersama.
43. Dana yang kita namakan Geran MPKK ini tidaklah begitu
besar jumlahnya iaitu RM10,000 bagi setiap kampung tetapi
ia dapat menghasilkan impak yang besar jika dirancang
dengan baik bagi melaksanakan aktiviti menjana pendapatan,
keceriaan dan kesejahteraan kampung.
31
44. Geran yang disediakan ini dapat membantu kampung
membangunkan sumber-sumber pelbagai prospek seperti
sektor pelancongan desa, perkhidmatan, pertanian,
penternakan, pembuatan dan peruncitan. Keceriaan dan
keindahan kampung juga boleh ditingkatkan menggunakan
geran ini melalui pembinaan lanskap kreatif untuk menjadikan
kampung lebih menarik.
45. Di sini, suka saya mengingatkan bahawa penyediaan Geran
MPKK oleh Kementerianm, dilaksanakan dengan cara yang
profesional tanpa prasangka politik. Kementerian
menyediakan mekanisme yang telus untuk mengendalikan
32
permohonan Geran ini terutamanya dari aspek penilaian
permohonan geran yang diputuskan melalui jawatankuasa
khas dianggotai oleh pelbagai pihak termasuk UPEN, Pejabat
Pembangunan Negeri dan jabatan/agensi negeri yang
berkaitan.
46. Saya berharap agar Tuan-Tuan dan Puan-Puan tidak
membuat tanggapan yang negatif terhadap kesetiaan dan
keupayaan agensi-agensi khususnya di bawah KPLB yang
mengurus Geran ini.
33
47. Kita harus sedar, kesejahteraan rakyat di bawah hala tuju
baharu Kementerian adalah untuk semua rakyat
sebagaimana yang saya tegaskan tadi.
48. Saya juga berharap supaya setelah mengikuti Kursus Induksi
ini, apabila balik ke kampung masing-masing, MPKK akan
segera membincangkan program atau projek yang hendak
dilaksanakan dan mengemukakan permohonan kepada wakil
yang telah dilantik.
49. Dalam hal ini, sekiranya terdapat kesulitan dalam
menyediakan kertas cadangan, Tuan-tuan dan Puan-puan
34
boleh merujuk kepada agensi Kementerian di negeri
khususnya KEMAS yang mempunyai anggota sehingga ke
peringkat kampung.
Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian
Peluang Pembelajaran Sepanjang Hayat
50. Bagi memperkukuhkan kemahiran MPKK dalam menjalankan
tugas, Kementerian menyediakan pelbagai program latihan
yang boleh diikuti oleh MPKK dari semasa ke semasa.
35
51. Untuk masa yang terdekat ini, INFRA akan menawarkan satu
lagi program latihan di peringkat yang lebih tinggi bagi
meningkatkan profesionalisme MPKK iaitu Diploma
Profesional Pembangunan Luar Bandar.
52. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Kuala
Lumpur (UniKL) dan tawaran dibuka kepada mana-mana ahli
MPKK yang berminat untuk menambah pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran dalam pentadbiran kampung. Untuk
itu, apabila tawaran dikeluarkan kelak diharap ramai daripada
kalangan MPKK negeri Pulau Pinang dan Perlis akan
menyambut dan menerima peluang yang kita sediakan ini.
36
53. Selain program Diploma ini, Kementerian juga menyediakan
latihan berterusan berkaitan tugas mentadbir kampung dan
mengurus masyarakat kepada semua ahli MPKK supaya biro-
biro yang dilantik memahami peranan dan fungsi masing-
masing untuk menjalankan tugas dengan cekap dan
berkesan.
54. Kita mahu lihat institusi kepimpinan akar umbi yang baharu ini
mempunyai hala tuju yang jelas dan lebih proaktif dalam
menggalas tanggungjawab memajukan kampung.
37
Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian
PENGHARGAAN KEPADA KEPIMPINAN AKAR UMBI
55. Kerajaan amat menghargai peranan Tuan-tuan dan Puan-
puan sebagai pemimpin MPKK. Di kampung kita menabur
bakti, di kampung jugalah kita mewarisi segala harapan dan
cabaran. Bukan mudah untuk mencapai hasilnya tetapi
percayalah dengan komitmen serta semangat muafakat dan
perpaduan, kita boleh membuktikan kampung kita juga boleh
berjaya dan maju.
38
56. Kita juga memerlukan kerjasama yang padu daripada semua
pihak, baik Kerajaan di setiap peringkat mahupun lapisan
masyarakat, demi membina masyarakat desa yang sejahtera
yang berpegang kepada nilai dan budaya yang baik.
57. Kementerian juga meletakkan keyakinan penuh kepada Tuan-
tuan dan Puan-puan untuk melaksanakan tanggungjawab
besar seperti yang telah saya sebutkan tadi. Insya-Allah jika
kita bekerja dengan amanah dan mengemblengkan pelbagai
sumber yang ada kita boleh mengatasi kesukaran hidup yang
dihadapi oleh masyarakat kita.
39
58. Di Majlis yang amat bererti ini, saya mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan syabas kepada semua kepimpinan
MPKK dari seluruh negeri Pulau Pinang dan Perlis yang
terpilih mengikuti Kursus Induksi MPKK pada tahun ini.
Semoga Tuan-Tuan dan Puan-Puan dapat memberi khidmat
yang terbaik kepada masyarakat di kampung masing-masing.
40
Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian
PENUTUP
59. Sebelum mengakhiri ucapan, saya berdoa semoga segala
ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada kursus ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan tugas yang
telah diamanahkan.
60. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perlis
kerana memberi laluan dan kerjasama kepada Kementerian
41
untuk menganjurkan program latihan kepada keseluruhan
MPKK.
61. Harapan agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa
akan datang dalam usaha untuk memacu pembangunan luar
bandar. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua
MPKK yang telah dilantik bagi penggal pertama dan terima
kasih kerana dapat hadir pada kursus anjuran Kementerian
ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha Tuan-
tuan dan Puan-puan beroleh keberkatan.
42
62. Dengan lafaz Bismillah, saya merasmikan KURSUS INDUKSI
MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG NEGERI
PULAU PINANG DAN PERLIS.
Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 19 MAC 2019
Top Related