TEKS UCAPAN
YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN
KETUA SETIAUSAHA NEGARA
MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN
PUSPANITA KE-29
5 MEI 2011 (KHAMIS), 2.30 PTG
DE’SERI ENDON PUSPANITAPURI
PUTRAJAYA
2
Bismillahir rahmanir rahim
Assalaamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Malaysia.
Y. Bhg. Puan Sri Dato’ Wan Noorlina
Binti Wan Hussin, Yang Di Pertua
PUSPANITA Kebangsaan
Y. Bhg. Dato’ Sri Abu Bakar Hj
Abdullah, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam
Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz
Wan Abdullah, Ketua Setiausaha
Perbendaharaan
Y. Bhg. dan Y.B. Penasihat-
Penasihat PUSPANITA Cawangan
Kementerian dan Negeri
3
Y.Bhg. Datin Sri Dato’ Hjh Zuraidah
Hj Mohamed
Timbalan YDP I PUSPANITA
Y. Bhg. Puan Sri Hayati Omar
Timbalan YDP II PUSPANITA
Naib-Naib YDP PUSPANITA
Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi
PUSPANITA
Ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA
Ahli Perwakilan PUSPANITA
YBhg Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan
Sri, Dato’ Sri-Dato’ Sri, Datin Sri-Datin
Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin serta
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
4
Para hadirin yang dihormati sekalian.
Terlebih dahulu, marilah kita
memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah SWT, atas limpah rahmat dan
izin Nya kita dapat bersama-sama
hadir pada petang ini, sempena
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
Perwakilan PUSPANITA kali ke-29.
Saya mengucapkan terima kasih
kepada PUSPANITA Kebangsaan
kerana menjemput saya bagi
menyampaikan sepatah dua kata,
dan seterusnya merasmikan Majlis
pada petang ini.
5
2. Saya juga ingin memohon maaf
kerana Majlis Perasmian yang
sepatutnya berlangsung pada pagi
ini terpaksa ditangguhkan ke
sebelah petang kerana saya serta
beberapa orang Ketua Setiausaha
Kementerian perlu menghadiri
Istiadat Sambutan Rasmi Tuan Yang
Terutama Perdana Menteri Lesotho
pada pagi tadi. Namun saya
difahamkan Mesyuarat Agung
Perwakilan telah pun berlangsung
dengan lancar serta Pemilihan
Jawatankuasa Kerja Tertinggi
PUSPANITA juga telah diadakan
dengan jayanya.
6
3. Pada kesempatan ini saya ingin
mengucapkan tahniah kepada
barisan ahli Jawatankuasa Kerja
Tertinggi PUSPANITA yang baru
dilantik, yang akan menyumbang
khidmat untuk tempoh 2 tahun, iaitu
2011 hingga 2013. Semoga amanah
yang diberikan akan dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya
demi memartabatkan peranan serta
sumbangan wanita dalam
pembangunan negara, khususnya
melalui PUSPANITA. Tidak lupa juga
saya merakamkan penghargaan dan
terima kasih kepada barisan ahli JKT
yang lama atas sumbangan khidmat
7
menggerakkan program PUSPANITA
dengan jayanya sepanjang tempoh
2009 hingga 2011.
Saudara-saudari sekalian,
4. Setiap kali Mesyuarat Agung
Tahunan ini diadakan, saya telah
dijemput untuk merasmikannya,
dan pada setiap kali itu juga saya
telah cuba sedaya upaya untuk
menghadirkan diri. Ini kerana
selaku Penasihat PUSPANITA
Kebangsaan, adalah menjadi
kewajipan saya untuk lebih
mendekati PUSPANITA serta
mengambil tahu akan
8
perkembangan dan aktivitinya.
Seterusnya di mana perlu,
berkongsi pandangan dan nasihat
demi memastikan PUSPANITA terus
relevan dengan perkembangan
semasa dalam melaksanakan
objektif penubuhannya.
Sehubungan itu, saya berharap di
peringkat Cawangan, sokongan
yang sama dapat diberikan oleh
Penasihat-Penasihat Cawangan
Kementerian dan Negeri dalam
membantu PUSPANITA menjadi
sebuah NGO yang matang dan
bergerak atas landasan yang betul,
Insya Allah.
9
5. Dalam hubungan ini, saya ingin
mengucapkan tahniah kepada
PUSPANITA kerana dari maklum
balas yang diterima, PUSPANITA
sangat aktif menjalankan aktiviti-
aktiviti, bukan sahaja untuk ahli-
ahlinya, malah merangkumi kaum
wanita secara amnya. Dengan
keahlian yang semakin meningkat
serta aktiviti yang padat yang
dianjurkan pada setiap bulan, boleh
saya simpulkan bahawa
PUSPANITA ialah sebuah persatuan
yang dinamik. Saya sendiri dapat
merasakan kesannya kerana Yang
Di Pertua PUSPANITA sering kali
10
sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan, sehinggakan kadang
kala mungkin saya yang lebih
dahulu pulang ke rumah sementara
beliau masih terlibat dengan aktiviti
PUSPANITA.
Saudara-saudari sekalian,
6. Saya dimaklumkan peruntukan
telah diagih-agihkan supaya
program dan aktiviti PUSPANITA
boleh dijalankan di peringkat
Kebangsaan dan juga di cawangan-
cawangan. Selain daripada
mengadakan aktiviti yang
merangkumi pelbagai bidang,
11
PUSPANITA juga telah mewujudkan
Tabung Latihan dan Tabung
PUSPADARA yang bukan sahaja
dimanfaatkan oleh ahli, malah
keluarga ahli juga dapat menikmati
faedahnya. Setiap tahun,
PUSPANITA, melalui Tabung
Latihan dan Tabung PUSPADARA
telah dapat membantu purata 450
orang yang terdiri daripada ahli dan
anak-anak ahli. Ini bermakna
sekiranya dihitung untuk tempoh 10
tahun, PUSPANITA telah membantu
lebih kurang seramai 4,500 orang
ahli serta keluarga ahli.
12
7. Ini membuktikan bahawa aktiviti
PUSPANITA yang berbentuk
bantuan dan kebajikan telah sedikit
sebanyak dapat menyumbang
kepada peningkatan mutu hidup
ahlinya dan juga masyarakat umum.
Mungkin tidak keterlaluan jika
dikatakan bahawa usaha ini adalah
selaras dengan aspirasi kerajaan
supaya rakyat didahulukan dan
pencapaian diutamakan. Syabas
diucapkan kepada PUSPANITA
dengan barisan ahlinya yang
sentiasa prihatin dengan kebajikan
ahli serta orang ramai, amnya.
13
8. Memandangkan kemampuan
PUSPANITA serta jumlah ahlinya
yang ramai, iaitu mencecah 98,563
orang, sudah tiba masanya
PUSPANITA lebih kreatif dan
inovatif dalam penganjuran aktiviti-
aktivitinya. Oleh itu, saya ingin
menyarankan supaya PUSPANITA
berusaha untuk mencungkil bakat-
bakat dari kalangan ahlinya dengan
menganjurkan pertandingan-
pertandingan tertentu – sebagai
contoh pertandingan dalam bidang
penulisan, seni kreatif, hasil
gubahan, dan mungkin inovasi-
inovasi bagi meningkatkan
14
kesedaran penjagaan alam sekitar,
dan sebagainya.
9. Melalui pertandingan yang
dianjurkan, PUSPANITA akan dapat
mengenal pasti bakat-bakat
cemerlang di kalangan ahli
PUSPANITA yang berkelayakan
dalam apa jua bidang untuk
diketengahkan di peringkat
kebangsaan dan seterusnya jika
berkelayakan, di peringkat
antarabangsa pula. Secara tidak
langsung PUSPANITA akan dapat
membantu kerajaan untuk membina
modal insan cemerlang yang boleh
menyokong pembangunan negara.
15
10. Selain daripada itu, dalam era
informasi dan teknologi maklumat
serta dunia tanpa sempadan masa
kini, PUSPANITA harus seiring
dengan kemajuan teknologi ICT dan
menggunakan Internet sebagai
platform untuk membolehkan ahli
PUSPANITA di seluruh pelosok
negara mencapai maklumat
mengenai program dan aktiviti
PUSPANITA dalam masa yang
singkat.
11. Di samping itu, media sosial
seperti Facebook yang semakin
popular penggunaannya di
16
kalangan anak-anak muda boleh
digunakan untuk menarik lebih
ramai golongan muda penjawat
awam untuk menjadi ahli
PUSPANITA. Ahli-ahli juga
berupaya memperluaskan
rangkaian perhubungan antara ahli
dengan persatuan sendiri atau
dengan persatuan yang lain di
dalam dan di luar negeri melalui
saluran Internet.
Hadirin yang dihormati sekalian,
12. Saya percaya PUSPANITA
adalah antara Persatuan yang
mengamalkan tadbir urus yang baik.
17
Namun, sebagai Penasihat adalah
menjadi tanggungjawab saya untuk
sentiasa mengingatkan supaya
pengurusan PUSPANITA di setiap
peringkat dijalankan dengan penuh
integriti. Seperti yang diketahui
umum, kerajaan telah melancarkan
Pelan Integriti Nasional pada 23
April 2004, dan pelan ini telah juga
menggariskan peranan Badan
Bukan Kerajaan, atau NGO, dalam
memartabatkan integriti.
13. Sehubungan dengan ini, saya
amat mengalu-alukan usaha
PUSPANITA menyediakan satu garis
18
panduan untuk memantapkan tadbir
urus PUSPANITA. Pada hemah
saya, tindakan ini amat wajar bagi
memastikan ada “check and
balance” dan akauntabiliti di dalam
pentadbiran PUSPANITA,
khususnya yang berkaitan dengan
aspek kewangan. Saya juga
berharap agar garis panduan
tersebut akan turut diguna pakai di
peringkat cawangan bagi
memastikan keseragaman proses
dan prosedur di dalam pengurusan
PUSPANITA.
19
14. Di samping itu, komitmen ahli-
ahli dalam melaksanakan tugas dan
aktiviti dengan jujur dan ikhlas
adalah sangat penting. Saya
percaya PUSPANITA mempunyai
ramai ahli yang komited dan
berdedikasi untuk menjalankan
tugas secara sukarela. Jika tidak,
mana mungkin PUSPANITA dapat
mencapai prestasinya yang baik
pada masa ini.
Saudara-saudari sekalian,
15. Saya percaya penasihat-
penasihat PUSPANITA bersetuju
dengan saya bahawa PUSPANITA
20
mempunyai peranan dalam
menjayakan agenda kerajaan dan
pergerakannya sehingga kini telah
membuktikan bahawa ahli-ahli
PUSPANITA adalah aset kepada
negara.
16. Dalam hubungan ini, saya ingin
menyarankan kepada semua
penasihat cawangan kementerian
dan negeri supaya memberi
galakan kepada pegawai-pegawai
wanita di semua peringkat untuk
menjadi ahli PUSPANITA di jabatan
masing-masing. Dari masa ke
semasa berilah sokongan kepada
21
mereka untuk menghadiri
mesyuarat serta melibatkan diri di
dalam program dan aktiviti
PUSPANITA di peringkat cawangan
dan kebangsaan.
17. Akan tetapi seyogia juga
diingatkan agar pegawai-pegawai
tidak mengambil kesempatan atas
“sokongan” yang diberikan dengan
mengabaikan tugas dan
tanggungjawab hakiki di jabatan
masing-masing. Dengan
pengurusan masa yang bijak, saya
percaya kita boleh memberikan
tumpuan kepada tugas-tugas hakiki
22
di samping tanggungjawab kepada
keluarga serta aktif berpersatuan.
Malah, sekiranya penglibatan aktif
pegawai di dalam PUSPANITA dapat
diimbangi dengan pelaksanaan
tugas hakiki yang berkesan, saya
ingin mengesyorkan supaya mereka
diberikan merit yang tinggi untuk
tujuan kenaikan pangkat,
menghadiri latihan di luar negara,
dan sebagainya.
Saudara-saudari sekalian,
18. Tempoh 29 tahun kewujudan
PUSPANITA merupakan satu
tempoh yang telah mematangkan
23
pertubuhan ini. Kejayaan yang
dicapai oleh PUSPANITA kini,
pastinya tidak datang bergolek,
malah merupakan usaha gigih serta
semangat juang semua ahli-ahlinya
dari dahulu sehingga sekarang.
19. Pada kesempatan ini, saya
ingin merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih
kepada bekas Yang Di Pertua
PUSPANITA serta personaliti-
personaliti PUSPANITA yang terus
aktif menyumbang kepada
kemajuan PUSPANITA serta
sentiasa menyokong aktiviti yang
dianjurkan. Antara mereka ialah
24
Y.Bhg. Toh Puan Datin Sri Sagiyah
Salikin, Y.Bhg. Puan Sri Teh
Zahariah Jahidin, Y. Bhg. Puan Sri
Datuk Suslita Abdul Majid dan ramai
lagi.
20. Berkat keazaman dan
keprihatinan perancangan Yang Di
Pertua serta ahli Jawatankuasa
Tertinggi yang terdahulu,
PUSPANITA kini semakin dikenali
ramai dan program-program
PUSPANITA sentiasa dinantikan
serta mendapat sambutan. Saya
percaya kehadiran dan penglibatan
“veteran” PUSPANITA di dalam
25
aktiviti-aktiviti PUSPANITA sentiasa
dialu-alukan dan amat dihargai oleh
semua ahli.
Saudara-saudari sekalian,
21. Bagi mengakhiri ucapan, saya
merakamkan penghargaan dan
terima kasih kepada semua
penasihat serta para hadirin yang
telah meluangkan masa untuk
sama-sama meraikan majlis pada
petang ini. Semoga semangat
kekitaan dan talian persahabatan
yang terjalin dalam PUSPANITA
sentiasa diteruskan, dan turut
dizahirkan semasa melaksanakan
tugas-tugas harian kita.
26
22. Akhir kata, saya mendoakan
agar PUSPANITA terus maju dan
berjaya pada masa akan datang.
“Wanita Sepakat, Negara
Meningkat”.
Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Top Related