BERITA HARIAN Rabu, 20 Disember 2006 Halaman Lima
Lembaga Tabung Haji (TH) menguruskan seramai 26,000 jemaah haji Malaysia bagi
tahun 2006. Penerbangan pertama telah berlepas ke Madinah pada 22 November lalu melalui penerbangan MH8000. Bagi memastikan pengangkutan, penginapan serta kebajikan jemaah haji di tanah suci Makkah dan Madinah berjalan lancar, TH menyediakan 600 petugas termasuk petugas kesihatan yang terdiri daripada 40 orang doktor. Pusat perubatan TH terletak di Syisah, Makkah dan Aziziah di Mina.
Haji dari sudut bahasa bermaksud matlamat, manakala dari sudut istilah pula pula bermaksud menziarahi Baitullah alHaram untuk menunaikan ibadah tertentu pada masa tertentu. Haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang mesti dilakukan oleh orang Islam yang baligh, berakal dan berkemampuan.
Allah SWT telah memfardukan ibadah haji ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan pada akhir tahun kesembilan Hijrah sebagaimana firmanNya (surah Ali Imran 3:97) yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerja-kan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”, dan Rasulullah S.A.W. telah menunaikan haji pada tahun kesepuluh Hijrah.
Haji merupakan ibadah yang paling baik kerana manusia terpaksa mengorbankan harta dan jiwa untuk melaksanakannya. Ibadah haji merupakan amalan yang paling utama dan sekiranya seseorang itu mendapat haji mabrur, balasannya ialah syurga. Allah SWT mengampunkan dosa orang yang mengerjakan haji. Malahan Allah SWT juga akan mengampunkan dosa sesiapa
yang meminta jemaah haji mendoakan keampunan mereka. Inilah faedah paling besar dari sudut agama yang dicitacitakan oleh orang Islam dan menarik minat mereka untuk mengerjakan haji.
Ibadah haji juga dapat menghilangkan kefakiran, beriltizam dengan akhlak yang mulia, memelihara kesucian jiwa dengan menjauhkan diri daripada maksiat dan perkataan keji, membiasakan diri menanggung kesabaran dan kepayahan, menyucikan jiwa daripada sifat bakhil dan cinta akan harta dan melatih umat Islam menepati masa kerana ibadah haji wajib dilakukan di tempat dan masa yang telah ditetapkan.
Syaratsyarat haji terdiri daripada beberapa perkara, iaitu Islam, mukallaf dan berkemampuan dari aspek kesihatan, memiliki harta yang mencukupi, aman dalam perjalanan, mempunyai muhrim bagi perempuan, merdeka dan haji boleh diwakilkan sekiranya uzur atau meninggal dunia.
Haji hanya dilakukan pada bulanbulan tertentu dan tidak boleh dilakukan pada bulanbulan lain. Firman Alah Taala (surah al-Baqarah 1:197) yang bermaksud, “Masa untuk mengerjakan ibadah haji itu ialah beberapa bulan yang telah ditentukan”. Bulanbulan itu ialan Syawal, Zulkaedah dan sepu
luh hari pertama bulan Zulhijah. Manakala tempat menunaikan haji pula ialah di Makkah, Mina, Muzdalifah dan ‘Arafah.
Ibadah haji bermula dengan memakai ihram dan berniat di miqat. Setelah itu jemaah haji menuju ke Makkah dan masuk ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) dengan mengelilingi Kaabah dalam keadaan berwuduk. Selepas tawaf, jemaah haji disunatkan bersembahyang dua rakaat di belakang Makam Ibrahim. Kemudian disunatkan meminum air zamzam dan berdoa kepada Allah bagi meminta apa yang dihajati.
Sa’i pula dilakukan selepas tawaf sebanyak tujuh kali bermula dari Safa dan berakhir di Marwah. Apabila jemaah haji selesai mengerjakan sa’i, maka dia hendaklah bercukur atau memendekkan rambut
nya. Selepas itu, dia dikira selesai menyempurnakan umrahnya (Haji Tamattu’). Manakala jemaah yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran, mereka tidak boleh bercukur setelah bersa’i dan tidak boleh bertahallul.
Apabila tiba hari Tarwiyah, jemaah yang mengerjakan Haji Tamattu’ berihram dan semua jemaah haji menuju ke Mina dan bermalam di sana. Pada hari kesembilan Zulhijjah, jemaah akan menuju ke ‘Arafah untuk berwukuf. Wukuf adalah rukun haji yang paling besar dan tidak sah jika meninggalkannya berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Haji itu adalah ‘Arafah” (Abu Daud dan Ibn Majah).
Apabila terbenam matahari hari kesembilan Zulhijah, jemaah akan bertolak ke Muzdalifah dan bermalam di sana pada malam 10
Zulhijah dan bersembahyang Subuh di situ serta mengutip tujuh ketul anak batu.
Pada Hari Raya Haji, jemaah menuju ke Jamrah al‘Aqabah untuk melontar anak batu. Setelah itu jemaah bertahallul dengan bercukur atau bergunting rambut. Pada hari ke 11, 12 dan 13 Zulhijah, jemaah membuat lontaran di ketigatiga jamrah bermula dengan Jamrah al‘Aqabah, Jamrah alWusta dan Jamrah alKubra. Jemaah kemudiannya melakukan Tawaf Ifadah dan Sa’i bagi melengkapkan ibadah haji. Sebelum meninggalkan Makkah untuk pulang ke negara masingmasing, jemaah diwajibkan melakukan Tawaf Wida’.
Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan ibadah haji, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 8 bagi artikel yang berkaitan dengan Haji.
TAWAF. Selepas berniat ihram, jemaah haji menuju ke Makkah dan memasuki Masjidilharam untuk mengerjakan Tawaf Qudum mengelilingi Kaabah.
BH PILIH L5 18 (emel)
TEROKAIENSIKLOPEDIA
DUNIASIRI KELAPAN
Perjalanan Ibadah Haji
MINA. Jemaah haji menuju ke Mina pada Hari Tarwiyah.
Top Related