Diorama
PENGENALAN
Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama.
TTooppiikk
1100
3. diorama dibina melalui pemahaman konstruktivisme dankontekstual;
2. memahami konsep diorama yang dibentuk dengan pemilihan temadan subjek yang tertentu;
1. memahami dan diorama dibentuk melalui gabungan catan yangbersifat dua dimensi dan objek tiga dimensi;
Di akhir topik ini pelajar dapat:
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 10 DIORAMA
121
Sejarah awal diorama bermula dengan catan besar yang digantung di dinding bangunan
Figura manusia yang bersifat 3 D membentuk cerita di hadapannya
Rajah 10.1: Bagaimana diorama bermula di Eropah dan Amerika Syarikat. Catan besar berada di belakang sebagai latar belakang dan figura manusia sebagai pelaku atau
pewatak kepada cerita yang diperihalkan
122 TOPIK 10 DIORAMA
CONTOH-CONTOH ASEMBLAJ 10.1
10.1.1 Alatan
10.2.1 PENGGUNAAN ALATAN UNTUK MENGHASILKAN
DIORAMA
1. Playar - playar pemotong - playar muncung - playar pengapit
5. Acuan untuk memodel
6. Tukul besiTukul kayu
Ganden kayu
3. Ragum- ragum apit - ragum meja
4.Pisau NT, gunting, sesiku L, Pembaris keluli
7. Gerudi eletrik+ Pelbagai jenis
mata gerudi
2. Gunting dawai/ zing
- gergaji besi
Rajah 10.2: Alatan untuk menghasilkan diorama
AKTIVITI 10.1
Bagaimanakah faktor pensejarahan boleh dijadikan sebagai rujukan utama di dalam menjalankan aktiviti diorama di tempat anda dibesarkan atau tempat tinggal anda?
LATIHAN 10.1
Merujuk kepada alam sekitar tempat anda tinggal, senaraikan bahan-bahan yang boleh anda jadikan diorama. Apakah kekangan-kekangan yang mungkin anda tempohi dalam proses penghasilan diorama tersebut?
TOPIK 10 DIORAMA
123
10.1.2 Alatan Membuat Diorama
1. 2.
PERALATAN
MENGHASILKAN DIORAMA
3. 4.
Rajah 10.3: Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan diorama
AKTIVITI 10.2
Senaraikan peralatan yang digunakan untuk membuat diorama dari gambar 1 hingga gambar 4 seperti yang terdapat di dalam gambar di atas?
124 TOPIK 10 DIORAMA
10.1.3 Bahan Menghasil Diorama
8. Tanah liat/ Plestersin/kepingan tembikar, batu, pasir
PENGGUNAAN BAHAN/ MEDIA
UNTUK MENGHASILKAN
DIORAMA
1. Aluminium/ kepingan
aluminium, loyang 6. Kepingan plastik/
perspek/fiber glass
2. Cermin/ kepingan kaca
3. Kertas tebal/ Straw board,
plywood 4. Kepingan tembagaKepingan timah, zing
9. Bahan buangan dari ciptaan manusia
5. Dawai/gam UHU, gam PVA
Tali tangsi
7. Karangan laut, tulang ikan, tulang
binatang
Rajah 10.4: Penggunaan bahan untuk menghasilkan diorama
Rajah 10.5: Perspek dan plastik
Rajah 10.6: Set memotong
TOPIK 10 DIORAMA
125
1. Pelekat silikon 11. Pembaris keluli
2. Gam PVA 12. Jangka lukis
3. Pencungkil gigi 13. Pensel dan pemadam
4. Alat pembentuk 14. Pisau kraf
5. Berus lukisan 15. Gunting
6. Kertas cat air 16. Span
7. Akrilik 17. Pembaris sudut
8. Pelbagai jenis kertas warna 18. Kad polesterin
9. Berus gigi 19. Alas pemotong
10. Kertas tekap 20. Alas emboss
Rajah 10.7: Alat dan bahan menghasil diorama
126 TOPIK 10 DIORAMA
10.1.4 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama
Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama: 1. Menentukan Subjek dan Tema
(a) Alam Semulajadi dan Persekitaran
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Pelukis
TOPIK 10 DIORAMA
127
(c) Aliran dan Tema Sejagat
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian
SEMAK KENDIRI 10.1
Muzium menampilkan diorama sebagai kaedah perkongsian maklumat dan ilmu kepada orang ramai. Kaedah ini dianggap paling relevan dan berkesan sehingga kini dan belum digantikan dengan kaedah yang lain. Mengapa?
2. Menentukan Alat dan Media
Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui pemilihan objek yang real tetapi cantik dan
128 TOPIK 10 DIORAMA
dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau nisbah gambar latar secara idealistik.
Subjek dan Tema Tajuk Diorama Alat dan Bahan
Alam semulajadi dan persekitaran
Hidupan di dasar laut
Karangan laut, gam UHU, Tulang ikan,dawai, tangsi, kad tebal, pasir laut, batu-batu laut.
Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi
pelukis
Kehidupan di sebuah planet asing
Plastersin, polesterin, pasir, gam, model kapal angkasa, cat emulsi.
Aliran dan tema sejagat Sabung ayam di kampung saya
Model ayam jantan, Model manusia, platersin, tanah,pasir, cat emulsi, gam UHU, biji kacang.
Keperluan dan pengalaman hidup
harian
Memancing ikan di sebuah tasik yang permai
Model orang memancing, kaca, plastersin, plesterin, gam, pasir, batu-batu kecil, kad bod.
3. Membuat Thumbnail-print (Membuat Lakaran-lakaran Kecil) Apakah pentingnya thumbnail-print?
• Gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error.
• Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan.
• Sketsa yang mantap dan hebat untuk dijadikan diorama.
TOPIK 10 DIORAMA
129
Sketsa 1. Pelbagai jenis siput dan bertemakan hidupan laut
Sketsa 2 Pelbagai jenis kupu-kupu dan bertemakan alam sekitar yang permai
Sketsa 3Pelbagai jenis daun dan bertemakan tumbuh-tumbuhan
130 TOPIK 10 DIORAMA
4. Memilih Salah Satu Lakaran yang Terbaik Sketsa 2 dipilih untuk pengembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama. Kriteria pemilihan ini dipilih kerana berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.
5. Memperinci Lakaran
Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari diorama yang akan dihasilkan nanti.
6. Membuat Karya/Diorama
Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-perkara yang berikut diambil pertimbangan; • Bahan dan alatan, • Kos pembinaan/buatan • Masa yang diperlukan. • Kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.
SEMAK KENDIRI 10.2
Bagaimanakah diorama boleh dianggap sebagai bahan bantu mengajar pengajaran pembelajaran yang boleh merentasi mata-mata pelajaran yang lain di peringkat KBSR?
LATIHAN 10.2
Apakah ciri-ciri diorama yang baik? Apakah pertimbangan-pertimbangan yang perlu dibuat untuk menghasilkan diorama yang baik dan bermakna?
10.1.5 Proses Membentuk Diorama
Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan diorama.
TOPIK 10 DIORAMA
131
Sketsa 1: Hal subjek ditentukan
Sketsa 2: Hal subjek dilengkapi dengan latar belakang
Sketsa 3: Hal subjek, latar belakang dan kotak diorama
132 TOPIK 10 DIORAMA
Plywood
Tali tangsi
Hal subjek
Latar belakang
Pelengkap latar hadapan
Sketsa 4: Diorama yang lengkap untuk peragaan
PERSEMBAHAN HASIL KERJA 10.2
10.2.1 Ekspresi Diri
Diorama yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan strukur rekaan seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Seterusnya hasilan ini mengambil kira kepada beberapa ciri yang berikut: 1. Bentuk Diorama Menepati Tema dan Tajuk
• Tema disampai dan dikongsi dengan tepat.
• Lazimnya isu-isu semasa dan isu dalam pembelajaran pembelajaran menjadi pilihan tema.
• Namun begitu, ekspresi dalaman pembuat diorama boleh menjadi sebahagian daripada cetusan tema dan tajuk.
• Diorama menampilkan tema dan tajuk secara realism.
TOPIK 10 DIORAMA
133
2. Bahan Binaan Diorama Sesuai dengan Tujuan Hasilan
• Ketahanan dan kesesuaian diorama yang akan dihasilkan.
• Mudah diaplikasi, selari dengan tema dan tajuk.
• Menarik, sedondon dan saling lengkap melengkapi. 3. Pastikan ia Kuat, Kukuh dan Selamat
• Soal kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan.
• Diorama perlu mempunyai jangka hayat yang panjang.
• Diorama juga perlu kukuh kerana pemerhati akan membuat pengamatan dan penilaian dengan teliti.
• Pemerhati ada kemungkinan berasak-asak melihat diorama tersebut. 4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik,
Membentuk Suatu Komposisi Gubahan yang Artistik
• Menyusun atur komposisi bahan penting untuk artistik bahan dan estetika diorama.
• Adunan rentak, pergerakan dan kontra dan kesatuan perlu diteliti dan dinilai berkali-kali. Tujuannya jelas, untuk penampilan karya yang simple tetapi menarik.
• Tambahan pula kelainan alat dan bahan mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza mengikut kesesuaiannya.
5. Mengaplikasi Prinsip-prinsip Rekaan seperti Rentak, Pergerakan, Kontra,
Warna, Imbangan, Harmoni dan Kesatuan yang Menarik
Imbangan Rentak
Warna
Pergerakan
Kontra
APLIKASI PRINSIP REKAAN
DIORAMAHarmoni
Kesatuan
Rajah 10.8: Aplikasi prinsip rekaan diorama
134 TOPIK 10 DIORAMA
6. Asli, Unik dan Berketrampilan
• Melalui proses kreativiti yang tinggi.
• Jauhi plagiarism dan hasilan klise.
• Suatu penampilan yang baru
• Inovasi atau improvisiasi yang positif
• Pemerhatian, penelitian dan pro-aktif
• Cuba jaya yang tidak kenal erti putus asa.
• Penampilan reka bentuk baru dan bersifat futuristik.
10.2.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut:
1. Kesesuaian dengan pemilihan bahan dan alat
yang dikaitkan dengan tajuk, tema dan hal benda (subject-matter).
2. Daripada beberapa „thumbnail-print‰ yang dihasilkan, rancangkan pemilihan alat dan bahan yang berkaitan
bertujuan untuk membuat penghasilan diorama mengikut pilihan yang terbaik. .
5. Bagi tujuan peragaan yang menarik, kaedah menggantung, ruang peragaan dan latar perlu diteliti dan difahami. Konsep ambient perlu dipetimbangkan
k b ik
3. Pilih satu thumbnail-print yang baik, fikirkan kaedah, teknik dan tata aturan penggunaan alat dan bahan untuk
penghasilan diorama.
4. Fikirkan soal kemasan. Bagi tujuan peragaan yang baik diorama kelihatan kemas dan teratur.
Rajah 10.9: Kemahiran-kemahiran dalam mengaplikasi alat dan bahan mobail
TOPIK 10 DIORAMA
135
10.2.2 Apresiasi Diorama
Apresiasi diorama dilakukan berpandukan empat perkara berikut:
Rajah 10.10: Tata cara apresiasi diorama
1. Tajuk dan tema yang sesuai
2.Alat dan bahan yang sesuai dengan hasilan diorama
3. Pilihan reka bentuk dan aplikasi unsur seni yang sesuai
4. Kesesuaian secara keseluruhan
APRESIASI DIORAMA
Bagaimanakah keunikan dan ketrampilan diorama dapat diwujudkan? Bagi menghasilkan sebuah diorama di kawasan hutan bakau, apakah pertimbangan-pertimbangan yang perlu dilakukan untuk memperoleh keunikan dan ketrampilan seperti di atas?
LATIHAN 10.3
LATIHAN 10.4
Mengapa perlunya apresiasi di dalam hasilan diorama? Di dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, bilakah apresiasi ini dijalankan?
136 TOPIK 10 DIORAMA
LATIHAN 10.5
Anggaran bentuk figura di latar hadapan perlu diimbangkan dengan catan besar sebagai latar belakang untuk penampilan diorama yang baik. Bincangkan mengapa perkara ini perlu dilakukan dan nyatakan pertimbangan-pertimbangan yang perlu dilakukan.
• Diorama mula mendapat perhatian umum dalam dunia seni pada abad ke sembilan belas.
• Konsep diorama dikaitkan dengan catan yang besifat dua dimensi dan
figura yang bersifat tiga dimensi. • Diorama banyak mengesahkan mengenai sejarah, sains, alam sekitar dan
sastera rakyat. • Diorama menggabungkan objek-objek yang berbagai: dibentuk, dimodel,
dicetak dan bahan semulajadi yang diperagakan semula. Sifat objek telah melalui proses adaptasi ruang dan bentuk serta konsep ambient.
• Komponen objek diorama dibuat secara pateri atau kimpalan, gam plastik,
skrew, jahitan dan ikatan. • Kemasan diorama boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah
seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi. • Peragaan diorama di tempat tertutup. Untuk mengelakkan daripada
gangguan sipemerhati terhadap objek-objek yang dipamer, cermin diaplikasikan di bahagian hadapan untuk menghindar daripada kerosakkan diorama.
TOPIK 10 DIORAMA
137
Artistik
Figura
Fiksyen
Idealistik
Imaginasi
Imej
Kemasan
Kontekstual
Kontemporari
Naratif
Nukil
Real
Simple
Mengapakah diorama diletakkan di dalam bidang ketiga sukatan pelajaran Pendidikan Seni KBSR, Membentuk dan membuat binaan?
Dengan mengambil tema dan tajuk hidupan di terumbu karang, hasilkan sebuah diorama dengan memperlihatkan spesis ikan dan karang di kawasan tersebut.
Top Related