1.0 PENDAHULUAN
Seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap
indah. Mengikut Kamus pelajar bahasa Malaysia, terbitan Dewan bahasa dan
Pustaka (1988), "seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok,
kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah". Manakala
berdasarkan Ensiklopedia Malaysian (1996:453), "Seni ialah sesuatu yang
indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan
atau pendengaran". Oxford Student' Dictionary Of Current English For KBSM,
Fajar Bakti (1989:33) menyatakan "Art: the creation or expression of what is
beautiful, especially in visual form: great skill or ability in such expression".
Mengikut Ibn. Khaldun "Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan
di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika". Seni juga
membawa maksud kebolehan mencipta, melukis, mengukir, mengubah dan
sebagainya. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai hasil buatan manusia yang
diatur dengan mahir dan boleh digunakan untuk menyuarakan pengalaman
manusia. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan
mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut
mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing. Antara
tokohnya ialah Plato, John Dewey, Herbert Read dan Aristotle.
1
2.0 TOKOH-TOKOH SENI
2.1 Plato
2.1.1 Latar Belakang Plato
Gambar Rajah 1 : Plato
Nama Plato yang sebenar ialah aristokles.disebabkan dahi dan
bahunya yang amat lebar ia mendapat gelaran plato dari seorang
jurulatih senamannya.Dalam bahasa Yunani,Plato berasal dari kata
benda “platos” iaitu kelebaran dibentuk daripada kata sifat “platus”
bererti si lebar. Beliau seorang ahli falsafah dan pemikir barat
berbangsa Athens .Plato dididik dan dibesarkan oleh pyrilampes
yang merupakan saudara mendiang ayahnya serta menjadi bapa
tiri kepadanya.. Beliau dilahirkan sekitar tahun 427 sebelum masehi.
Beliau adalah rakan karib dan juga sekaligus sebagai anak murid
kepada ahli fikir barat yang terkenali iaitu Socrates. Plato juga
adalah seorang pengarang dan penulis. Beliau telah menulis tidak
kurang 36 buah buku. Antara buku beliau yang tersohor ialah
Republik yang membicarakan tentang politik, ekonomi, pentadbiran,
sosial, seni juga seniman.
2
2.1.2 Konteks Seni Plato
Dalam konteks seni, Plato berpendapat bahawa membuat kasut,
membuat selipar [pereka fesyen / fishion designer],[ teater],
mengarang buku [ pengarang /penulis /karyawan], membaca puisi
[seniman /artis /pelakon], membuat kereta kuda [kraftangan] atau
memahat arca figura [pelukis / pembuat arca ], membina rumah
[arkitek] adalah dianggap sejumlah pekerja dan hasil-hasil kerja
yang dapat ditakrif sebagai seni.
Pentakrifan makna seni menurut Plato itu agak menyukarkan.
Namun dari satu segi yang lain pula mungkin akan menyenangkan.
Kita katakan sukar sebab apakah taraf setiap satu bidang itu sama
sahaja atau adakah setiap satu bidang itu mempunyai rangka
hirakinya yang tersendiri, yakni yang berperingkat-peringkat dari
satu tahap rendah ke tahap yang lebih tinggi. Berdasarkan hujah-
hujah Plato yang terkandung dalam bukunya Republik ini, kita dapat
membuat beberapa rumusan umum seperti berikut;
(i)Masyarakat yang dibayangi oleh Plato mesti distrukturkan
mengikut kelas. Oleh yang demikian mungkin hiraki seni juga turut
distrukturkan berperingkat-peringkat berdasarkan guna atau
faedahnya.
(ii) Plato sebenarnya tidak senang dengan kaum seniman.
Defenisinya terhadap orang-orang ini mempunyai sindiran-sindiran
yang tersirat; umpamanya dia mengatakan bahawa seseorang
penyair itu;
3
‘’…a poet is a light winged thing and holy, never able to compos until
he has become inspired, and is beside him self and reason is no
longer in him’’
Tiga perkara yang wujud;-
1. Seniman itu mestilah bersih segi fizikal dan mental.
2. Seniman memerlukan inspirasi atau sumber ilham.
3. Seniman itu juga seolah-olah hilang akal.
Namun Plato menegaskan bahawa ‘seni itu adalah ilmu’. Oleh
itu, sesuatu bidang kerja seni semestinya berdasarkan ilmu.
Katanya; ‘’ Seni itu sejenis ilmu atau jenis ilmu yang lain dan setiap
satunya aku berikan nama’.
Mengikut Plato juga, seorang arkitek boleh menjadi seorang
doktor, sekiranya dia mempunyai ilmu dalam bidang binaan juga
perubatan. Untuk itu bagi menilai sama ada sesuatu karya seni itu
baik atau tidak, maka seseorang penilai seni mesti tahu apakah
yang baik dan apakah yang tidak baik.
Oleh itu seseorang pengkritik tidak hanya tahu mengkritik
yang baik tetapi tidak arif tentang apakah yang tidak baik. Jadi sama
ada baik atau tidak baik, kedua-duanya memerlukan ilmu yang intim.
Jelas apa yang ditegaskan oleh Plato ialah bahawa pendapat
terutamanya yang berunsur judge mental mesti berasaskan ilmu dan
pengalaman.
4
Plato berpendapat, bahawa salah satu definisi seni ialah seni
itu harus bersifat imatasi (peniruan). Peniruan ini dilakukan oleh
seniman dengan cara sesempurna yang mungkin, yakni mengikut
kadar bandingan objek asal secara terperinci. Setiap benda yang
ingin ditiru oleh seniman itu mesti ditiru menggunakan warna dan
bentuk yang setepatnya dan sepadan mungkin.
Namun demikian Plato dengan sendirinya melakukan sesuatu
kontradaksi kerana dia juga berpendapat bahawa seniman jangan
terlalu dekat atau terlalu terpikat kepada objek asal yang ingin
dijadikannya imej. Bagi Plato yang penting ialah imej yang dihasilkan
oleh seniman itu mesti kelihatan cantik.
Dia mengajak kita menggunakan deskripsi seni. Namun pada
masa yang sama juga mengajak kita memberi kata lawan kepada
senarai-senarainya tadi. Dengan demikian maka dapatlah kita
bayangkan ciri-ciri kesenian yang cantik yang diinginkan oleh Plato
wujud di dalam Republik yang ideal itu. Bila istilah-istilah ini
dikenakan [dipadankan] kepada karya-karya seni, maka Republik
yang diidam-idamkan oleh Plato itu, pasti akan menghasilkan karya-
karya seni yang sama dengan idealnya..
Sebenarnya sikap Plato terhadap seniman adalah berbelah
bagi. Kepercayaannya kepada seniman mempunyai syarat iaitu
bahawa seniman mesti bergantung kepada akal dan bukan kepada
hati [perasaan].Untuk menentukan samada hasil karya itu terbit dari
sikap peniruaan [akal] atau imaginasi atau emosi [perasaan], maka
mesti ada pihak yang menapis karya-karya seniman tersebut,
terutama oleh pihak berkuasa. ‘ Sensorship’ atau penapisan ini
dilakukan demi menentukan bahawa hanya karya-karya yang
bersifat seperti yang disebutkannya tadi lulus penapisan itu.
5
.
Karya-karya yang baik dan yang benar-benar harmoni boleh
tinggal di negeri Republik idamannya. Namun orang tidak baik, suka
bercakap bohong, mengganggu keharmonian atau kelas hendaklah
dibasmi [dipinggirkan] atau dibuang keperbatasan. Malahan jika
perlu, dibuang negeri sama sekali. Begitu juga dengan seni.
Tindakan yang dianggap keterlaluan ini adalah wajar bagi plato demi
menjaga keharmonian dan keselamatan negara.
Plato menginginkan para seniman menjadi ‘ Pendidik Negara’
dan bukan Pengkritik pemerintah. Oleh itu para seniman di zaman
Plato sering tidak menggalakkan terbitnya elemen-elemen yang
rendah [tidak bermoral dan beretika] di kalangan para penduduk
sehingga terbitnya berjenis-jenis nafsu [ mesej dalam karya] yang
tidak puas yang boleh menganggu gugat keharmonian elemen-
elemen [dalaman] yang rasional yang ada di dalam diri manusia.
Plato juga menegaskan para pelukis dan para seniman yang
amat suka meniru khayalan orang lain sehingga penonton atau
pembaca yang menonton dan pembaca karya mereka terpisah
daripada realiti. Hasil karya seni seperti itu akan mencabar
keupayaan [minda ] penonton mengenal mana-mana yang besar
[karya terbaik ] serta mana-mana karya yang kecil [kurang bermutu].
penonton juga sukar mengenal mana-mana yang baik dan mana-
mana yang tidak baik. Oleh itu Plato menganggap seniman adalah
mahluk yang mesti dikawal kelakuannya dan ditapis karyanya.
6
2.2 Aristotle
2.2.1 Latar Belakang
Gambar rajah 2 : Aristotle
Aristotle dilahirkan pada 384SM di Stagria, Greek, yang merupakan
sebuah kota koloni Yunani di Semenanjung Chalcidiee yang berada
di wilayah Macedonia. Aristotle merupakan putera kepada
Nichomachus, doctor kepada raja Macedonia. Beliau diasuh dan
dididik oleh ayahnya dalam bidang kedoktoran sejak kecil dengan
harapan dapat menggantikan kedudukan ayahnya sebagai doktor
keluarga Kings Amyntas III of Macedonia. Aristotle berasal dari
keluarga menengah dan mempunyai tingkah laku yang luar biasa
seperti beliau gemar memakai cincin di jari dan berambut kemas
mengikut fesyen semasa.
Aristotle telah berpindah ke Athens pada usia tujuh belas tahun.
Beliau adalah seorang pelajar yang sangat rajin. Beliau mula
menuntut dengan Plato pada usia dua puluh tahun. Di akademik
Plato beliau telah mempelajari ilmu Matematik, Politik, Etika dan
pelbagai ilmu pengetahuan. Aristotle mengumpulkan buku sehingga
rumahnya menjadi seperti perpustakaan. Ini adalah salah satu
kegemarannya. Beliau merupakan seorang pemidato yang petah
berhujah serta kaya dengan idea-idea yang tidak pernah difikirkan
oleh orang lain. Contohnya, Aristotle akan mengemukan hujah-hujah
7
yang bernas dan logik-logiknya yang tidak disangkalkan oleh pihak
lain sekiranya beliau tidak sependapat dengan sesuatu isu. Hal ini
telah menyebabkan beliau menjadi terkenal jika berbanding anak
pelajar Plato yang lain.
Hubungan Aristotle dengan gurunya, Plato tidak begitu baik
kerana sentiasa berbeza pendapat melalui hujah-hujah. Aristotle
lebih memberi tumpuan kepada persoalan seni dengan melihat
bahawa unsur penipuan atau mimesis sebagai yang lebih positif.
Mimesis ialah aksi dan kehidupan manusia melalui sesuatu rangka
cerita atau struktur yang sesuai. Beliau mengatakan bahawa karya
seni harus mempunyai nilai peniruan, iaitu meniru kejadian aktiviti di
dunia. Aristotle tidak bersetuju dengan pendapat Plato yang
mengatakan bahawa peniruan adalah kategori ketiga dan karya
peniruan itu adalah tidak benar.
Aristotle menerangkan bahawa proses mimesis adalah
merujuk kepada proses meniru atau menghasilkan semula kata-kata
dan gerak-geri orang lain dan ini adalah sebagai imitasi. Aristotle
mengatakan seni bukanlah meniru hasil buatan orang atau meniru
alam sekitar tetapi meniru aktiviti alam sekitar. Alam semula jadi
menghasilkan sesuatu dengan menyatukan bahan yang sesuai
dengan sesuai bentuk. Bagi Aristotle, karya seni harus dinilai
sebagai suatu peniruan yang bermaksud tiruan dunia alamiah dan
dunia manusia sendiri.
Aristotle juga meninggalkan pelbagai keistimewaan yang
boleh medidik manusia seperti konsep kemurahan hati, cara berfikir
serta perpandangan jauh. Beliau adalah seorang yang pandai
menghargai persahabatan dan percaya kepada kemampuan diri.
Kebolehan Aristotle dalam pidato dan pengajaran amat dihargai oleh
8
masyarakat. Beliau memperoleh tempat dan telah membina sebuah
sekolah. Aristotle selalu menjalankan kajian untuk membuktikan
sesuatu kebenaran. Prinsip ilmu perlu dikongsi untuk perkembangan
dan penyuburan yang dimiliki oleh Aristotle telah menyebabkan
beliau selalu berkongsi semua dapatan kajiannya.
2.2.2 Karya-Karya
Aristotle telah banyak memberi sumbangan melalui karya yang
dihasilkan oleh beliau. Beberapa karya yang dihasilkannya ialah
dalam bentuk ilmiah iaitu dalam bidang zoologi, biologi, dan botani
melalui pengkajiannya di pantai Asia dan Lyceum di Athens. W. D.
Ross telah membahagi tiga bidang utama Aristotle iaitu Karya
tulisan bersifat popular, kumpulan data ilmiah dan bahan kuliah.
Terdapat beberapa karya yang berkualiti dihasilkan oleh
Aristotle dalam pecahan tiga bidang utama tersebut. Contohnya,
Categoriae, Analytica Priora, Topica, Physica,
Metaphysica,Meteorologica, Politica, Ethica Eudemia, Rhetorica,
Poetica, Logika dan lain-lain. Karya beliau yang terbaik dihasilkan
ialah logika kerana beliau dikatakan sebagai penemu, pelopor atau
bapa logika. Karya yang dihasilkan oleh Aristotle begotu sempurna
dan tidak perlu ditambah sedikit pun. Will Durant juga mengatakan “
The first great distinction of Aristotle is that almost without
predecessors, almost entirely by his own hard thinking, he created a
new science.” terhadap karya yang dihasilkan oleh Aristotle.
Kebanyakan karya Aristotle telah digunakan oleh manusia untuk
rujukan serta kehidupan.
9
2.3 John Dewey
2.3.1 Latar Belakang
Gambar rajah 3 : John Dewey
John Dewey lahir di Burlington pada 20 Oktober 1859 dan
meninggal pada 1 Jun 1952. Dewey lahir di Vermont berasal dari
keluarga sederhana. Dewey telah berkahwin sebanyak 2 kali.
Perkahwinan pertama Dewey bersama Alice Chipman dan
perkongsian ini mereka mendapat enam orang anak. Perkahwinan
kedua Dewey bersama Roberta Lowitz Grant. Dewey adalah Bapak
Pendidikan Amerika (Yusufhadi, 2005), kariernya di bidang filosofi
dimulai setelah lulus tahun 1879. Tahun 1884 Dewey mendapat
gelaran doktor dari John Hopkins Universiti dengan disertai tentang
filsafat Kant.
Sebahagian besar kehidupannya dihabiskan dalam dunia
pendidikan dan diterima mengajar di University of Michigan (1884-
1894). Beliau dikenal sebagai kritikus sosial dan pemikir dalam
bidang pendidikan. John Dewey telah mengikut jejak langkah
abangnya iaitu Davis Rich Dewey dengan melanjutkan pelajaranya
ke University Of Vermont pada 1879.
10
Peranan John Dewey ialah beliau adalah seorang filsuf Amerika,
psikologi, dan pembaharu pendidikan yang sangat berpengaruh di
Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Beliau diakui sebagai salah
satu pencetus sekolah filsafat Pragmatisme (bersama dengan
Charles Sanders Peirce dan William James).
Beliau juga merupakan seorang pelopor dalam psikologi
fungsional. Beliau seorang pengembang gerakan pendidikan
progresif di Amerika Syarikat selama separuh pertama abad 20.
Beliau juga tercatat sebagai profesor filsafat di Columbia Universiti,
New York dari tahun 1904. Setelah menyelesaikan pelajarannya di
Baltimore, ia menjadi guru besar dalam bidang filsafat dan kemudian
dalam bidang pendidikan pada beberapa universiti.
Setelah bekerja di G Stanley Hall, dan bekerja di Makmal
Psikologi AmerikaSyarikat, beliau telah menerima PHD daripada
Fakulti Pendidikan Seni. Bermula daripada tahun 1904 hingga 1952
Dewey merupakan tenaga pengajar di Universiti Colombia dan
Maktab Perguruan Universiti Colombia. Dewey merupakan seorang
daripada ahli tetap Persatuan Keguruan Amerika Syarikat. John
Dewey bersama-sama Charles Bread, Thorstein Veblan dan James
Harvey Robinson mengasaskan The New School.
Sepanjang kariernya, Dewey menghasilkan 40 buku dan lebih dari
700-an artikel. Dewey telah banyak menulis buku mahupun artikel
mengenai teori pengetahuan dan metafisika, serta pendidikan.
Antara karyanya ialah How We Think (1910), Democracy and
Education (1916), Freedom and Cultural, Art and Eksperience, The
Quest of Certainty Human Nature and Conduct (1922), Experience
and Nature (1925).
Seperti dapat dilihat dalam bukunya Demokrasi dan
Pendidikan, Dewey mensintesis, mengkritik, dan memperluas
dengan filsafat pendidikan demokratis atau proto-demokratis
11
Rousseau dan Plato. Dewey membuktikan dalam bukunya bahawa
pengalaman belajar seseorang akan berpengaruh dalam
penjelajahan.
Falsafah John Dewey yang terkenal ialah “Learning by doing”.
Idea John Dewey mengenai sistem pendidikan walaupun cukup
popular namun tidak pernah secara luas dipraktikkan pendidikan di
Sekolah-sekolah Amerika. Pendidikan Progresif tidak banyak
digunakan selama Perang Dingin, ketika perhatian dalam pendidikan
menciptakan dan mempertahankan ilmu dan teknologi untuk
kepentingan militer. Pasca Perang Dingin,pendidikan progresif
muncul kembali dalam di banyak sekolah dan lingkaran teori
pendidikan. Dalam perkembangan revolusi cara-cara belajar
falsafah Dewey mengenai belajar kini telah dipakai secara luas di
seluruh dunia yang mengilhami munculnya pendekatan kontekstual
(CTL) dalam proses pembelajaran.
2.3.2 Konsep Seni Menurut John Dewey
Konsep seni menurut John Dewey ialah aktiviti seni merupakan
satu pengalaman kepada kanak-kanak dan memberi kebebasan
kepada kanak-kanak menyusun pengalaman untuk
mencerdaskannya (kreativiti, pemikiran).
12
2.4 HERBERT READ
2.4.1 Latar Belakang
Gambar Rajah 4: Herbert Read
Nama penuh beliau ialah Herbert Edward Read. Beliau lahir pada 4
Disember 1893 dan dilahirkan di Kirkbymoorside, North Yorkshire.
Selain bekerja sebagai pengkritik seni, beliau bekerja sebagai
penyajak, sejarawan seni moden dan pengkritik sastera. Beliau
berbangsa Inggeris dan meninggal dunia pada 12 Jun 1968.
Beliau melanjutkan pengajian di University of Leeds . Semasa
melanjutkan pengajian di sana, pengajian beliau tergangu oleh letusan
Perang Dunia Pertama, semasa beliau berkhidmat dengan Green
Howards di Perancis.
Beliau menerima Palang Tentera dan Perintah Khidmat
Cemerlang, dan mencapai pangkat kapten. Semasa perang, beliau
menjumpai jurnal Seni dan Surat jurnal dengan Frank Rutter, salah
satu terbitan berkala pertama sastera untuk menerbitkan karya oleh TS
Eliot.
13
2.4.2 PERMULAAN KERJA
Jilid pertama puisi Read’s adalah Lagu Chaos, terbitan beliau sendiri
pada tahun 1915. Koleksi kedua beliau, yang diterbitkan pada tahun
1919, telah dipanggil Naked Warriors, dan menggunakan pengalaman
beliau berjuang di medan pertempuran Perang Dunia Pertama. Puisi
yang dikumpulnya,muncul pada tahun 1946.
Sebagai pengkritik sastera, Read terutamanya berkenaan
dirinya dengan penyair English Romantic poets (contohnya, The True
Voice of Feeling: Studies in English Romantic Poetry, 1953) tetapi
beliau juga seorang pemerhati imagism.Beliau menerbitkan sebuah
novel, The Green Child. Beliau menyumbang kepada Criterion (1922-
1939) dan selama bertahun-tahun beliau menjadi pengkritik seni yang
mendengar( Listener).
Manakala W.B. Yeats memilih banyak generasi penyair dari
Perang Besar untuk The Oxford Book of Modern Verse (1936), Read
dikatakan menonjol di kalangan rakan-rakannya. Read juga berminat
dalam seni menulis. Beliau amat mengambil berat tentang gaya dan
struktur dan diringkaskan pandangan beliau dalam English Prose Style
(1928) , sebagai buku asas, dan falsafah, penulisan yang baik.
Buku ini dianggap sebagai salah satu yang terbaik di atas asas-asas
bahasa Inggeris dan bagaimana asas itu akan dan telah digunakan
untuk menulis Bahasa Inggeris dengan keanggunan dan terbilang
14
2.4.3 Pandangan Read Tentang Seni
Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah
penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan
dan kesenangan estetik ( Art is Expression )
Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan
yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual.
Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di
dalam kesenangan ini.
Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk menimbulkan keindahan
bukan sahaja bertujuan untuk digunakan tetapi ia bertujuan supaya
keindahan itu dapat melahirkan rasa dihargai , menggembirakan dan
menyenangkan hati.
2.4.4 Bahan Rujukan Yang Dihasilkan Oleh Read
Education Through Art (1943)
Art Now (1933)
Art And Alienation (1967)
15
3.0 RUMUSAN
Tuntasnya, seni adalah sesuatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang
dianggap indah dalam kehidupan ini. Pelbagai pendapat menurut setiap
pandangan orang khususnya tokoh-tokoh seni seperti Plato, Aristotle, John
Dewey dan Herbert Read tentang seni yang diperolehi serta dapat diterima
oleh masyarakat. Pengetahuan mengenai latar belakang dan karya tokoh seni
juga didapati. Manusia melahirkan sesebuah hasil seni melalui perasaan,
pengalaman dan ransangan dan dilahirkan melalui hasil seni. Seni terjelma
daripada penjanaan fikiran yang kreatif. Semuanya tentang hidup ini maka
pandangilah dunia ini dan rasai kewujudannya.
16
Top Related