Download - Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

Transcript
Page 1: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� PENGENALAN

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini. Dalam topik ini, perbincangan akan dimulakan dengan konsep media dan media pengajaran, diikuti dengan pengkelasan, fungsi, pemilihan dan penyediaan media pengajaran. Perbincangan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang umum, tetapi jelas tentang media pengajaran yang biasanya disamakan pengertiannya dengan teknologi pengajaran.

TTooppiikk 33�

� Media Pengajaran

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan konsep media dan media pengajaran;

2. Merumuskan fungsi media pengajaran;

3. Menerangkan pengkelasan media pengajaran;

4. Membincangkan faktor dan cara pemilihan media pengajaran; dan

5. Mengaplikasikan langkah penyediaan media pengajaran.

Page 2: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 38

KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN

Media atau mmedium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud pperantara. Berdasarkan maksud asal media, ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Bagi Heinich et al. (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Namun, media masih mempunyai pelbagai makna. Percival dan Elington (1984) membahagi media kepada dua:

� PPelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan Ini termasuklah perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan

kombinasi di antaranya.

� PPelbagai Saluran Komunikasi Massa Ini termasuklah surat khabar, radio dan televisyen. Reiser dan Gagne (1983), pula mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Oleh yang demikian, guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa sahaja yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media. Jika diperincikan istilah di atas, gambaran sebuah media bagaikan sama seperti saluran paip. Yang menjadi fokus adalah peralatan yang membawa mesej. Konsep ini seolah-olah mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan, yang menggerak dan memberi kesan kepada manusia adalah mesej. Justeru, konsep ini boleh dianggap kurang lengkap. Konsep yang dikemukakan oleh Torkelson (1972) adalah amat menarik. Beliau membahagikan media kepada tiga bahagian, iaitu mmesej, bbentuk mmesej dan ssaluran mmesej. (Sila rujuk Rajah 3.1).

3.1

Page 3: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN � 39

Rajah 3.1: Konsep media menurut Torkelson

(a) MMesej adalah isi kandungani, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam

media itu sama ada mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain adalah dikira sebagai mesej.

(b) BBentuk mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Ia terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dengan bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.

(c) SSaluran mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar. Misalnya, televisyen, projektor filem dan lain-lain.

3.1.1 Media Pengajaran

Apakah media pengajaran? Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Kemp dan Smellie (1994), pula mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi

Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar:

(a) Sains mengenai rupa atom;

(b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan:

(c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur; dan

(d) Contoh binatang-binatang terancam di Malaysia?

AKTIVITI 3.1

Page 4: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 40

dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Terdapat definisi media pengajaran yang kelihatan lebih kemas daripada di atas. Definisi ini berbunyi:

Definisi ini jelas menunjukkan penggunaan media adalah untuk memberi kesan kepada pembelajaran. Namun, makna pembelajaran di sini adalah pembelajaran secara am, yang tidak dibataskan kepada pembelajaran di sekolah sahaja. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk juga proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total. Pandangan ini membuka skop media pengajaran dengan luas kerana ia tidak menekankan aspek alat sahaja tetapi juga teknik dan seluruh proses pembelajaran itu. Namun, penekanan kepada aspek pendengaran dan penglihatan sahaja tidak memadai kerana manusia belajar melalui seluruh pancainderanya. Walau apapun, semua definisi di atas jelas menekankan media pengajaran sebagai satu elemen yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan penghubung antara pelajar dan guru, antara pelajar dengan pelajar dan setiap orang yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penjelasan ini mungkin dapat menukarkan pandangan bahawa media pengajaran itu sama dengan alat bantu mengajar. Istilah alat bantu mengajar telah lama dibubarkan (sejak tahun 1960an) kerana istilah ini memberi kurang perhatian kepada:

(a) Pelajar;

(b) Pengembangan pembelajaran; dan

(c) Aspek penilaian. Istilah ini juga tidak lagi bertepatan dengan arus pendidikan semasa yang semakin terbuka dan terdedah dengan pelbagai pilihan. Pendidikan masa ini tidak bergantung hanya kepada alat semata-mata. Pendidikan sekarang juga

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Page 5: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN � 41

tidak memerlukan kehadiran guru setiap masa. Justeru konotasi „membantu guru‰ semakin kurang diterima.

FUNGSI MEDIA PENGAJARAN

Berhubung dengan dunia pendidikan yang semakin demokratik, fungsi media pengajaran turut berubah dan berkembang. Bahagian ini akan memaparkan fungsi media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada semasa kehadiran guru mahupun tidak.

3.2.1 Kelebihan Media Pengajaran

Untuk memulakan perbincangan, mari kita tinjau kelebihan yang ada pada media pengajaran yang sungguh fleksibel dan dapat memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran. (a) MMemperjelaskan Penyampaian Mesej Kita selalu beranggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan

sesuatu mesej. Seringkali, kepercayaan itu menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi.

Justeru, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar

atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Misalnya, untuk menyatakan besar, tunjukkan objek atau gambar yang menunjukkan saiz besar yang dimaksudkan. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat diperjelaskan dan ini memudahkan pelajar memahami pelajaran. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan dengan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

(b) MMengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan

pancaindera:

(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.

3.2

Buat carta yang menunjukkan definisi media dan media pengajaran.

SEMAK KENDIRI 3.1

Page 6: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 42

(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.

(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan.

(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dan lain-lain.

(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan. (c) PPenggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi

sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

(d) PPengalaman dan Persepsi yang Sama Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap

pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

3.2.2 Fungsi Media Pengajaran dalam Pengajaran

Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai cara, bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini. Berikut dihuraikan bagaimana media berfungsi dalam pelbagai bentuk pengajaran. (a) PPengajaran Bersama Pengajar Ini adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu

pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung (live).

LATIHAN 3.1

Dengan rigkas, nyatakan kelebihan menggunakan media dalampengajaran

Page 7: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN � 43

Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri.

(b) PPengajaran Tanpa Bergantung kepada Pengajar Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama

ada kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Pelajar dibimbing oleh pereka media tersebut (seperti mana penulis membimbing anda mempelajari modul ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai ppengajaran kendiri.

Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan

sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugas guru. Sebaliknya, dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.

(c) FFolio Bermedia Folio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan

sesuatu peristiwa dan proses dalam satu tempoh waktu. Folio biasanya merangkumi artifaks seperti buku bergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar.

Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus

dan membentang hasil fikiran mereka. Pembelajaran seperti ini dikenali juga sebagai „pembelajaran dengan media‰ (learning with media) yang didapati berupaya memupuk pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Ini adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagai pereka media. Untuk itu, mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentafsir maklumat, menyusun maklumat yang ada, dan menyampaikan maklumat itu kepada orang lain.

Apakah masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan mediadalam bentuk

(a) Pengajaran bersama pengajar; dan

(b) Pengajaran tanpa pengajar?

AKTIVITI 3.2

Page 8: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 44

Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang menitikberatkan soal ketepatan, bertanggungjawab terhadap maklumat yang dikemukakan, berupaya untuk akses pelbagai sumber maklumat dan mempunyai komitmen yang sangat tinggi terhadap tugas.

(d) PPengajaran Tematik (Thematic) Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau

ditentukan oleh guru. Ia bermula dengan „perkongsian pengalaman‰ yang diperolehi mungkin daripada tayangan video, lawatan ke muzium atau mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan „perkongsian kepakaran‰ di mana pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data dan maklumat, menganalisis data tersebut dan akhirnya menggariskan kesimpulan. Suatu laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di dalam kelas. Tema yang biasa dilaksanakan adalah seperti sejarah sukan Olimpik, sejarah tempatan, industri tempatan dan sebagainya.

(e) PPendidikan Jarak Jauh (PJJ) Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di

Malaysia. Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua orang.

Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik.

Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya. Ruangan berbual, papan buletin dan listserv turut menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini.

(f) PPendidikan bagi Pelajar Istimewa Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang

upaya. Pelajar pekak misalnya memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza daripada pelajar normal. Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang kurang berupaya/kecacatan.

Bagi pelajar pintar, yang juga terangkum dalam kumpulan pelajar

istimewa, mereka disediakan dengan bahan-bahan tambahan yang membolehkan mereka memupuk kepintaran yang ada seperti menerokai sesuatu tajuk dan mempersembahkan dapatan kepada kelas.

Page 9: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN � 45

PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN

Terdapat pelbagai klasifikasi media yang diasaskan kepada sesuatu teori tertentu. Namun, untuk tujuan perbincangan di sini, hanya sebahagian kecil sahaja yang akan disentuh. Klasifikasi media yang pertama dihasilkan oleh Hoban dan Zissman (1937). Ia berasaskan kepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar (istilah yang digunakan pada masa itu) terletak pada tahap realismenya. Semakin realistik sesuatu bahan, semakin tinggilah nilainya kepada pembelajaran. Dalam membangunkan konsep ini, para penyelidik tersebut menyusun pelbagai kaedah pengajaran dalam hierarki realismenya � bermula daripada konkrit (situasi sebenar) kepada abstrak (perkataan). Rajah 3.2 menunjukkan kedudukan media berbanding pengalaman yang diberikan.

Rajah 3.2: Model Hoban dan Zissman

3.3

LATIHAN 3.2

Lengkapkan jadual yang menunjukkan perbezaan antara konsep teknologi pengajaran dengan media pengajaran.

Teknologi Pengajaran Media Pengajaran

Page 10: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 46

Edgar Dale (1946), mengambil pendekatan yang sama dengan Hoban dalam membina „KKon Pengalaman Dale‰ (sila lihat Rajah 3.3). Dalam kon ini, pengalaman konkrit dimulakan dengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar. Pengalaman konkrit ini semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan. Peristiwa sebenar dalam bentuk salinan seperti rakaman video. Akhirnya, pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir simbol visual dan lisan yang mewakili peristiwa tersebut. Menurut Dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan mereka telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsep yang abstrak tersebut. Kon ini dianggap satu model yang praktikal bagi menganalisis ciri-ciri media pengajaran dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan.

Rajah 3.3: Kon pengalaman Dale

Berdasarkan kon yang sama, Brunner (1966), membahagikannya kepada 3 pengalaman, iaitu ppengalaman enaktif, ppengalaman ikonik dan ppengalaman simbolik atau ddigital (lihat Rajah 3.4). Beliau mencadangkan penyampaian

Page 11: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN � 47

pelajaran bermula daripada pengalaman enaktif (pengalaman secara langsung atau sebenar) ke pengalaman ikonik (melalui visual) dan seterusnya kepada pengalaman simbolik atau digital (melalui perkataan). Kebijaksanaan guru menyusun bahan-bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaan pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Prinsip penyusunan ini sama dengan yang disarankan oleh Dale.

Rajah 3.4: Kon pengalaman Dale menurut tafsiran Brunner

Jika dibandingkan dengan Hoban et al. dan Dale, klasifikasi media yang dilakukan oleh Gagne dan Briggs agak berbeza. Mereka mengumpulkan media dalam enam kategori berdasarkan rangsangan fizikal yang dihasilkan oleh setiap media. Enam kategori tersebut ialah:

(a) Perkataan yang diucapkan;

(b) Bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan;

(c) Perkataan bercetak;

(d) Gambar pegun;

(e) Gambar bergerak; dan

(f) Sampel sebenar.

Page 12: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 48

Daripada sifat fizikal ini, ia dikaitkan dengan peralatan yang memiliki ciri-ciri ini. Misalnya, gambar pegun boleh disampaikan melalui slaid, filem, video, CD dan sebagainya. Bagi Gagne dan Briggs (1974), mengenali ciri ini adalah lebih penting dalam membuat pemilihan media, daripada terus kepada menentukan peralatan dan bahan. Misalnya, jika pembelajaran itu memerlukan pelajar mengenal pasti ciri-ciri serangga, maka ciri fizikal media yang terbabit adalah gambar pegun, perkataan yang diucapkan, bunyi dan mungkin juga sampel sebenar. Terdapat pelbagai perkakasan yang memiliki ciri-ciri gambar pegun, perkataan yang diucapkan dan bunyi seperti video, slaid berpita, televisyen, CD-ROM dan sebagainya. Mana-mana satu daripadanya dapat melaksanakan objektif yang sama. Oleh itu, keputusan perlu diambil untuk memilih satu atau lebih media ini menurut kemampuan masing-masing. Andainya kos menjadi batasan, slaid berpita mungkin menjadi pilihan terbaik. Terdapat satu pengkelasan yang juga berdasarkan ciri-ciri fizikal media. Pengkelasan ini membahagikan media kepada 8 jenis, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Pengkelasan Media

Jenis Media Contoh

Media Tayang Kaku transparensi, slaid dan mikrofilem

Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan filem

Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf

Gambar Kaku gambar foto, kad imbasan dan poskad

Bahan Pameran Tiga-Dimensi model, boneka, diorama dan pupet

Papan Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin

Media Audio pita kaset, cakera padat dan komputer

Media Cetak modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

LATIHAN 3.3

Nyatakan secara ringkas jenis-jenis media pengajaran mengikutpengkelasan.

Page 13: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN � 49

PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN

Seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 2, pemilihan media merupakan satu perkara yang amat penting dalam memastikan pembelajaran berkesan. Dalam topik ini, pemilihan media akan berfokuskan kepada pemilihan format atau bentuk media. Ini bermakna, pendekatan yang akan diambil oleh anda adalah untuk menghasilkan sendiri media pengajaran. Biasanya kita menganggap pelajar yang tidak belajar itu malas atau bodoh, tetapi sebenarnya mereka tidak dapat belajar kerana media yang digunakan tidak sesuai dengan kandungan pelajaran serta gaya pembelajaran mereka. Misalnya, istilah yang abstrak seperti ÂionÊ dan ÂmolekulÊ sukar dibayangkan, jika hanya diucapkan secara lisan. Akan tetapi, untuk terus berada di bilik darjah, pelajar terpaksa menghafal dan menelan apa yang diberikan tanpa mengambil kira sama ada mereka benar-benar memahami konsep ini. Mereka mungkin berjaya dalam ujian, tetapi gagal dalam pengertian. Oleh kerana itu, pemilihan media pengajaran diumpamakan sebagai memilih kasut. Kasut yang muat di kaki sedap dipakai. Kasut yang terbesar atau terkecil, walaupun cantik dan murah tidak dibeli kerana ia tidak selesa dan tidak mudah diubahsuai. Pendek kata, kita hanya membeli kasut yang benar-benar padan dengan kaki kita. Menyentuh soal „padan‰, dalam konteks pengajaran, ia bermakna media pengajaran yang digunakan itu mestilah bertepatan dengan kehendak objektif pengajaran. Prinsip pemilihan media pengajaran menyatakan:

Ini bermaksud, kita perlu mengenal pasti objektif sebelum memulakan proses pemilihan seperti mana yang telah dibincangkan dalam model ASSURE. Seperkara lagi, pemilihan juga perlu mengambil kira keseimbangan antara soal kepentingan media itu dan keberkesanan kos. Rajah 3.5 mengilustrasikan aspek ini.

3.4

Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakanobjektif pembelajaran dengan berkesan.

Page 14: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 50

Rajah 3.5: Prinsip pemilihan media

Selain daripada faktor utama yang disebutkan di atas, terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi pemilihan media. Berikut disertakan carta (sila lihat Rajah 3.6) yang menunjukkan faktor yang terlibat dalam pemilihan media.

Rajah 3.6: Faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan media pengajaran

Page 15: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN � 51

Berdasarkan carta tersebut, faktor asas dalam pemilihan media ialah isi pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Faktor yang lain merupakan faktor sampingan yang boleh digolongkan di bawah satu label, iaitu praktikal. Dalam modul ini perincian akan diberikan kepada faktor asas, iaitu:

(a) Objektif;

(b) Pelajar;

(c) Kaedah; dan

(d) Praktikal.

3.4.1 Faktor Objektif

Terdapat beberapa panduan untuk memilih media berasaskan objektif. (a) Kajian telah menunjukkan terdapat hubungan antara media pengajaran

dengan objektif pembelajaran. Sebahagiannya dapat dilihat daripada Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Hubungan antara Media Pengajaran dengan Objektif Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

Jenis-jenis Media

Pengajaran

Belajar Maklumat

Faktual

Belajar Mengenal

Pasti Visual

Belajar Prinsip

dan Konsep

Belajar Peraturan

Menjalankan Kemahiran

Motor

MembentukSikap

Gambar Pegun Sederhana Tinggi Sederhana Sederhana Rendah Rendah

Filem bergerak Sederhana Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana

Televisyen Sederhana Sederhana Tinggi Sederhana Rendah Sederhana

Objek 3-D Rendah Tinggi Rendah Rendah Rendah Rendah

Rakaman video Sederhana Rendah Rendah Sederhana Rendah Sederhana

Penerangan Sederhana Sederhana Sederhana Tinggi Rendah Sederhana

Demonstrasi Rendah Sederhana Rendah Tinggi Rendah Sederhana

Bahan cetak Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana

Pengajaran lisan Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Rendah Sederhana

Page 16: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 52

Bagi menunjukan perkaitan antara media pengajaran dan objektif, lihat Rajah 3.7 berikut.

Rajah 3.7: Padanan antara media pengajaran dengan objektif

(b) KKon Pengalaman Dale juga boleh digunakan untuk membuat pemilihan

media berasaskan objektif. Satu peraturan umum ditetapkan untuk pemilihan cara ini, iaitu:

„Go as low on the scale as you need to, in order to ensure learning for your group, but go as high as you can for most efficient learning.‰

Apakah pengertian pernyataan ini? Jika kita ingin memastikan pembelajaran terjadi dengan sempurna, media yang patut dipilih adalah daripada kumpulan di tapak kon. Pendekatan ini dikatakan sebagai „Slow but sure‰. Ia sesuai bagi mencapai objektif yang kandungannya amat sedikit diketahui atau dialami oleh pelajar. Ertinya, pelajar asing dengan persoalan objektif tersebut. Misalnya, bagi guru pelatih yang tidak ada pengalaman mengajar, objektifnya ialah supaya mereka dapat menghayati peranan guru, maka latihan mengajar adalah kaedah dan media yang paling sesuai untuk mereka. Melalui latihan ini, guru berdepan dengan suasana pengajaran yang sebenar. Akan tetapi, cara ini mahal dan prosesnya agak lama.

Pendekatan yang kedua dikatakan sebagai "Fast but risky". Ertinya,

pembelajaran yang dirancang memanglah lebih cepat dan murah tetapi ada risikonya kerana penggunaan simbol verbal dan visual mungkin akan mengelirukan pelajar yang tidak mahir mentafsir simbol-simbol tersebut.

Page 17: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN � 53

Pendekatan ini sesuai diambil jika pengetahuan asas atau sedia ada telah dikuasai secara konkrit oleh pelajar.

(c) Sifat fizikal media terdiri daripada enam ciri fizikal, iaitu:

(i) Visual;

(ii) Perkataan bercetak;

(iii) Bunyi dan suara;

(iv) Pergerakan;

(v) Warna; dan

(vi) Bahan sebenar.

3.4.2 Faktor Pelajar

Mengetahui ciri-ciri pelajar merupakan satu lagi aspek utama dalam pemilihan media pengajaran. Dengan mengetahui siapa pelajar kita, kita dapat pastikan media yang terbaik bagi mereka, memandangkan keberkesanan media berbeza-beza menurut ciri pelajar. Model ASSURE menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek utama dalam analisis ini, iaitu ciri-ciri umum, keperluan khusus dan stail pembelajaran. (a) Daripada sudut cciri-ciri umum, khususnya umur, penyelidik mendapati

pelajar dewasa lebih berupaya mengendalikan pelbagai jenis pembelajaran. Mereka memerlukan panduan yang kurang berbanding pelajar yang muda.

Untuk mencapai objektif kognitif, media abstrak adalah lebih sesuai untuk

pelajar dewasa berbanding pelajar muda. Bagi sikap pula, media konkrit adalah penting bagi kedua-dua peringkat umur. Wager mencadangkan kanak-kanak didedahkan kepada ucapan daripada seseorang yang mereka pandang tinggi kerana sikap terbentuk apabila mendengar kenyataan daripada orang yang disegani.

Katakan objektif anda ialah, „Pelajar dapat menyenaraikan tiga sumberelektrik.‰ Apakah ciri media yang sesuai? Daripada ciri ini, guru dapatmenentukan penyalur yang sesuai lagi mampu diadakan.

SEMAK KENDIRI 3.2

Page 18: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 54

(b) Bagi kkeperluan khusus, visual didapati membantu pelajar yang kurang cekap membaca. Bagaimanapun, gambar foto membantu golongan yang cekap dan kurang cekap membaca. Pelajar yang kurang cekap membaca juga didapati lebih menggemari arahan yang berbentuk rakaman audio.

(c) SStail pembelajaran turut menyebabkan cara seseorang belajar berbeza dan

ini sekali gus memerlukan sesuatu yang sesuai dengannya. Pelajar kinestatik didapati belajar dengan lebih berkesan melalui kit pembelajaran yang terdiri daripada model dan latihan yang bersifat fizikal. Ini berlainan pula dengan pelajar audio yang lebih suka mendengar dan bercakap. Pelajar visual pula lebih suka melukis dan melakar buah fikiran mereka. Jadual 3.3 menunjukkan hubungan antara stail belajar dengan cara belajar yang sesuai.

Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar mereka. Ia tidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail, kerana setiap stail tidak lebih atau kurang daripada yang lain. Apa yang penting, stail ini disesuaikan dengan pendekatan pengajaran. Justeru, dalam pengajaran digalakkan menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk memenuhi keperluan yang pelbagai juga. Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar mereka. Ia tidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail kerana setiap stail tidak lebih atau kurang daripada yang lain. Apa yang penting, stail ini disesuaikan dengan pendekatan pengajaran. Justeru itu, dalam pengajaran digalakkan menggunakan pendekatan yang dipelbagaikan untuk memenuhi keperluan yang pelbagai juga.

Jadual 3.3: Stail Pembelajaran � Cara Mengenalpasti dan Tip Pembelajaran

Cara Mengenalpasti Tip Pembelajaran

Pelajar visual biasanya: � Perlu melihat apa yang sedang

dipelajari untuk memahaminya. � Sangat peka terhadap warna. � Berbakat seni (keupayaan artistik). � Menghadapi masalah dengan arahan

lisan. � Berkemungkinan bertindak balas secara

berlebihan terhadap bunyi. � Menghadapi masalah menyukai

syarahan. � Kerap salah tafsir makna perkataan.

Pelajar visual patut: � Guna grafik untuk membuat

pengukuhan; filem, slaid, ilustrasi, gambar rajah dan contengan.

� Gunakan kod warna untuk menyusun nota dan bahan-bahan persendirian.

� Minta arahan bertulis. � Guna carta alir dan rajah untuk

mencatat nota. � Gambarkan perkataan atau fakta yang

ingin dihafal.

Page 19: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN � 55

Cara Mengenalpasti Tip Pembelajaran

Pelajar auditori biasanya: � Lebih gemar mendapatkan maklumat

dengan cara mendengar. � Perlu dengar untuk memahami. � Menghadapi masalah mengikuti arahan

bertulis. � Kesusahan dalam membaca. � Bermasalah dalam menulis. � Tidak berupaya membaca bahasa gerak

badan dan mimik muka.

Pelajar auditori patut: � Guna alat perakam untuk membaca dan

mengikuti kelas dan syarahan. � Belajar dengan membuat temu bual

atau aktif dalam perbincangan. � Soalan peperiksaan dan arahan dibaca

secara lisan atau guna perakam.

Pelajar kinestatik biasanya: � Lebih suka „hands-on‰ (membuat

aktiviti). � Boleh mencantum bahagian-bahagian

alatan tanpa membaca panduan. � Susah duduk diam. � Belajar dengan lebih baik jika ada

penglibatan pergerakan fizikal. � Mungkin ada koordinasi badan yang

baik dan kemahiran atletik.

Pelajar kinestatik patut: � Menggunakan cara pembelajaran

„experiential‰ (buat model, jalankan kerja makmal dan lakonan).

� Rehat dengan kerap semasa pembelajaran.

� Tekap huruf dan perkataan semasa belajar ejaan dan menghafal fakta.

� Guna komputer untuk pengukuhan jenis sensori.

� Menghafal atau melatih dengan berjalan dan membuat jasmani.

� Kebolehan diluahkan melalui tarian, drama atau gimnastik.

Sumber: Middlesex Community College, Adaptasi daripada Tutor TrainerÊs Manual, Tyler Junior College, Tyler, TX.

Apakah stail pembelajaran anda? Adakah cara anda belajar samaseperti yang disenaraikan? Jika tidak, cuba berlatih dan lihat kesannya.

AKTIVITI 3.3

Page 20: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 56

3.4.3 Faktor Kaedah

Elton (1977), telah membahagikan kesemua pengajaran dan pembelajaran kepada tiga kumpulan yang besar, iaitu:

(a) Pengajaran Beramai-ramai.

(b) Pengajaran Kendiri.

(c) Pembelajaran Berkumpulan. Berdasarkan tiga kumpulan ini, beliau menggariskan kaedah dan media yang sesuai digunakan. Jadual 3.4 menunjukkan pekara ini.

Jadual 3.4: Tiga Kelas Kaedah Pengajaran

Kaedah Pengajaran Contoh Peranan Guru

Pengajaran Beramai-ramai

Kuliah konvensional, pelajaran ekspositori, siaran TV dan radio, kabel TV dan filem.

Penyampai tradisional, pengawal proses pengajaran.

Pengajaran Kendiri Pembelajaran jarak jauh, pembelajaran berbantukan komputer, mediated self-instruction.

Penerbit dan pengurus sumber pembelajaran, tutor dan fasilitator.

Pembelajaran Berkumpulan

Tutorial, seminar, latihan berkumpulan, projek, permainan dan simulasi, self-help groups.

Pengurus dan fasilitator.

Jika jadual di atas diperhatikan dengan teliti, pasti anda dapat melihat perbezaan media yang digunakan untuk setiap kumpulan.

3.4.4 Faktor Praktikal

Faktor praktikal berkaitan dengan isu dan sama ada pilihan ini dapat dilaksanakan. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu:

(a) Adakah media pengajaran mudah diperoleh?

(b) Jika mudah diperoleh, adakah mudah digunakan?

(c) Jika tidak mudah diperoleh, berapa kos dan masa yang diperlukan?

(d) Adakah pihak pentadbir meluluskannya? Persoalan sama ada media pengajaran mudah atau murah adalah persoalan yang relatif. Jawapan kepada persoalan ini sangat bergantung kepada individu

Page 21: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN � 57

berkenaan. Daripada konteks realiti, setiap individu mesti sanggup menghadapi kesusahan dan berikhtiar mengatasinya. Semangat ini harus ada di jiwa setiap guru. Andainya susah sedikit sudah mengalah, maka sukarlah untuk kita membangunkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing.

PENYEDIAAN MEDIA PENGAJARAN

Kunci kualiti sesuatu media pengajaran terletak pada perancangan yang rapi. Jika diteliti, proses penyediaan media hampir sama bagi semua jenis media. Yang membezakan adalah kemahiran teknikal yang diperlukan bagi sesuatu media tertentu. Justeru, disenaraikan langkah dalam proses penyediaan atau penerbitan media.

(a) CCetuskan idea. Idea tercetus daripada pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan sebagainya. Yang penting, fikiran diajukan kepada usaha membantu pelajar dan mengatasi masalah pembelajaran mereka.

(b) NNyatakan objektif. Tuliskan dengan jelas apakah yang kita inginkan pelajar kita dapat lakukan di akhir pengajaran nanti.

(c) AAnalisis pelajar dari segi:

(i) Latar belakang;

(ii) Pengetahuan sedia ada;

(iii) Kadar pembelajaran;

(iv) Kemahiran asas;

(v) Kebolehan bertutur;

(vi) Sikap; dan

(vii) Gaya belajar.

Analisis pelajar akan mempengaruhi:

(i) Perkembangan pengajaran;

(ii) Kepantasan pengajaran;

(iii) Paras perbendaharaan kata; dan

(iv) Cara dan tahap penglibatan pelajar.

3.5

Page 22: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 58

(d) KKumpul dan susun bahan

(i) Kenal pasti sumber dengan menjalankan kajian sama ada menerusi pembacaan atau pergi terus ke lokasi berkenaan;

(ii) Buat sorotan menyeluruh tentang kandungan;

(iii) Susun isi-isi utama; dan

(iv) Buat satu sinopsis ringkas.

(e) TTukarkan idea ke dalam bentuk visual. Perkara ini akan dibincangkan dengan mendalam dalam Topik 4.

(f) RRancangkan penglibatan pelajar. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan keberkesanan pengajaran. Pelbagai cara boleh dilakukan seperti:

(i) Memberikan soalan yang memerlukan jawapan segera, secara lisan atau bertulis;

(ii) Membuat kesimpulan atau menyatakan pandangan; dan

(iii) Membuat pemilihan, penilaian atau perkara yang berkaitan dengan membuat keputusan.

(g) SSemak perancangan anda. Dalam semakan ini, beberapa soalan perlu diajukan, iaitu:

(i) Adakah ia membantu pencapaian objektif?

(ii) Wujudkah kesinambungan, misalnya antara satu keping slaid atau transparensi dengan yang lain?

(iii) Adakah ia membawa pertambahan pengetahuan di kalangan pelajar?

(iv) Adakah ia berfokus kepada idea utama?

(v) Adakah idea itu jelas?

(vi) Adakah semua perkara yang tidak penting telah diketepikan?

(vii) Adakah ia dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan?

(viii) Adakah tajuk jelas dan cukup pendek untuk dibaca semasa persembahan?

(ix) Adakah aktiviti yang disediakan mencukupi?

(h) PPenerbitan Setelah anda berpuas hati dengan perancangan yang dibuat, maka

penerbitan merupakan langkah yang seterusnya. Dalam konteks ini, aspek

Page 23: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN � 59

teknikal penting dikuasai. Oleh kerana limitasi ruang, modul ini tidak mampu untuk menunjukkan secara terperinci penghasilan setiap jenis media. Namun, dalam Topik 4 akan dibentangkan prinsip reka bentuk visual yang merupakan asas dalam penerbitan kebanyakan media pengajaran.

� Media Pengajaran yang baik akan membantu agar proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Seorang pengajar seharusnya peka kepada faktor objektif, faktor pelajar, faktor kaedah dan faktor praktikal semasa membuat dan menyediakan media pengajaran. Penyediaan media pengajaran haruslah melalui langkah-langkah seperti:

� Pencetusan idea;

� Menyatakan objektif;

� Analisis pelajar;

� Mengumpul dan menyusun bahan;

� Tukar idea ke bentuk visual;

� Rancang penglibatan pelajar;

� Semak perancangan; dan

� Penerbitan.

Lakarkan carta aliran penyediaan media pengajaran.

LATIHAN 3.4

Jelaskan panduan untuk memilih media berasaskan objektif.

AKTIVITI 3.4

Page 24: Topik Media 3 Pengajaran - e-tech.mye-tech.my/Topik3 MediaPengajaran.pdf · Folio biasanya merangkumi artifaks ... Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang

� TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN 60

� Selepas penggunaan media pengajaran, haruslah dianalisis semula media tersebut, sama ada ia berkesan atau tidak. Sekiranya masih kurang berkesan, maka perlulah disediakan semula media pengajaran tersebut.

� Aspek penilaian telah diterangkan dalam Topik 3.

Media Pengajaran Media/Medium

Media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Jelaskan.

Apakah masalah yang mungkin timbul akhibat penggunaan media dalam bentuk:

(a) Pengajaran bersama pengajar.

(b) Pengajaran tanpa pengajar.