Download - tren ict dlam ptv

Transcript
Page 1: tren ict dlam ptv

Muka surat 1/17

Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT

Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT

Ting Kung Shiung Woo Yoke Ling

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Subtema: ICT Dalam Pendidkan Guru

Abstrak

Peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar dianggap penting dalam memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion perguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan tetapi, terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Oleh itu, dicadangkan penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum, perubahan sikap dan nilai guru terhadap ICT, penganjuran kursus ICT jangka pendek untuk guru, penyediaan infrastruktur komunikasi dan multimedia serta infostruktur yang lengkap, penyediakan kemudahan komputer di luar bandar dan rangkaan sumber kewangan yang mencukupi.

Abstract

In this century, Technical and Vocational Education play a important role. It has faces a lot of challenges in increasing the uses of Information Technology in teaching and learning process due to suit the changes of ICT era. The uses of computer have become significant in developing teachers’ ideas and creativity in the teaching and learning process. A skillful teacher that uses information technology and communication (ICT) to support the teaching of Technical and Vocational Education are able to enhance the acquisition and uses of the Technical and Vocational Education. ICT in teaching and learning process on technical and Vocational Education are use accordingly and organized due to increase the effectiveness in teaching and learning process. The development education in ICT needs changes in the role of education and teacher’s

Page 2: tren ict dlam ptv

Muka surat 2/17

profession. Develop country needs more teachers who have their majoring in ICT. However, there are several constraints and challenges face by Technical and

Vocational teachers when using ICT during the teaching and learning process. Such of the constraints a teacher faced are in finishing up the syllabus, teacher’s negative attitude, lack of skill, lack of infrastructure, crevasses of ICT and the less of money sources. There are several steps that can be taken to overcome this situation on the uses of ICT, such as plan an effective curriculum, changed the attitude on teachers, organize ICT training for teachers, provide enough infrastructure especially at villages and have enough money sources. * Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sikap Guru, Peranan ICT dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT, Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pengenalan

Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Dengan penubuhan MSC, wawasan ICT ialah memacu Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software. Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan dan penyeliaan, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Menurut B. G. Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan pelajar dan di antara pelajar dengan pelajar. Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan

Page 3: tren ict dlam ptv

Muka surat 3/17

kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa.

Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang. Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengunpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer

dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas; pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya berasa senang menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al. 1993).

Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran, dan berakhlak mulia bagi memenuhi kehendak ini. Untuk menjayakan pelaksanaan program PTV dengan lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian.

ICT dan Dasar Pembangunan Negara

Page 4: tren ict dlam ptv

Muka surat 4/17

Pembangunan negara pada abad ke-21 ditumpukan kepada pembangunan

ICT yang melibatkan pembangunan infrastruktur teknologi maklumat dan Koridor Raya Multimedia. Dasar ini akan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kemampuan ICT yang tercanggih dan menjadi pemangkin kepada pembangunan media elektronik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Peranan teknologi maklumat dalam pembangunan negara dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 - 2000). Menurut dasar ini:

“Kemunculan Era Maklumat telah menjadi penyumbang utama kepada kejayaan persaingan antarabangsa telah meletakkan teknologi maklumat (IT) di kedudukan yang penting dalam pembangunan sosio ekonomi negara. IT telah diakui sebagai satu teknologi penggerak yang strategik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dan juga meningkatkan kualiti hidup penduduknya. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RME), pelaburan yang besar telah disalurkan bagi menyediakan infrastruktur asas IT sebagai langkah ke arah menubuhkan rangkaian kemudahan dan perkhidmat yang canggih.” (Malaysia, 1996:447)

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), usaha ke arah memperhebatkan lagi dasar membangun dan memajukan ICT diberi keutamaan bagi mencapai matlamat berikut:

• Menjadikan Malaysia sebagai pusat ICT dan multimedia di peringkat global. • Menaikkan taraf dan menambah infrastruktur komunikasi untuk

meningkatkan kebolehcapaian di seluruh negara dengan tujuan merapatkan jurang digital.

• Meningkatkan pembangunan sumber manusia dalam bidang ICT bagi menambah bekalan tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan.

• Menggalakkan e-dagang dan meningkatkan penggunaannya bagi membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global.

• Memupuk keupayaan tempatan dalam mencipta pembangunan kandungan. • Meluaskan pelaksanaan aplikasi perdana MSC bagi meningkatkan lagi

momentum pembangunan MSC. • Memupuk pembentukan kumpulan kritikal PKS yang berasaskan ICT. • Menggalakkan kegiatan P & P bagi faktor bukan perkakasan bagi kemajuan

ICT dan era maklumat yang akan memberikan manfaat kepada individu, pertubuhan dan masyarakat.

(Malaysia,

2001:403) Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)

Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud

mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya

Page 5: tren ict dlam ptv

Muka surat 5/17

yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite(1987) pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah,

iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan komputer. Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki.

Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion keguruan. Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan guru-guru menguruskannya. Oleh itu, setiap guru mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-21. Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada masa hadapan. Sikap Guru Terhadap Komputer

Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untuk penerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa-apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer (Kay, 1990). Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru menggunakan komputer untuk menghasilan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, menguruskan pelajar mereka dengan cekap, dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar.

Page 6: tren ict dlam ptv

Muka surat 6/17

Ambigapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa cabaran baru dalam dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan

guru-guru dan aktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. Esah Sulaiman (2003) menyatakan bahawa dengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Guru mempunyai tanggungjawab menyediakan tenaga kerja berteknologi tinggi dan berupaya menjadikan negara ini pusat kecemerlangan di rantau Asia Tenggara.

Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam

kalangan guru-guru pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkaji sikap terhadap komputer dalam guru-guru pelatih siswazah. Kajian ini telah meninjau hubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengan komputer dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar (2003) membuktikan dalam kajian mereka bahawa guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetuju bahawa ICT merupakan alat bantu mengajar yang efektif. Downes (1993) pula menjalankan kajian terhadap guru-guru pelatih dan mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah membawa sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu, dapat dirumuskan pendedahan awal terhadap penggunaan komputer boleh memberi impak yang positif terhadap pembentukan sikap para guru. Kenyataan kajian beliau dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan oleh Zulkifri dan Raja Maznah (1994) dalam kalangan guru-guru pelatih siswazah di Universiti Malaya. Mereka mendapati hanya 12.1 peratus daripada sampel yang mengadakan bahawa mereka tidak mempunyai pengalaman dengan komputer, manakala mereka yang mempunyai pengalaman adalah tinggi, iaitu sebanyak 87.9 peratus. Sebanyak 49% daripada mereka yang mempunyai pengalaman dengan komputer mengalaminya semasa pengajian di peringkat Ijazah Pertama atau di bangku sekolah. Mereka merumuskan bahawa guru-guru pelatih yang mempunyai pengalaman dalam komputer semasa di sekolah atau di universiti cenderung untuk lebih mahir daripada mereka yang tidak berpengalaman. Di samping itu, Zulkifri dan Raja Maznah (1994) juga mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer.

Daripada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, &

Mohd. Ghazali ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003 didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ini dapat dibuktikan melalui penggunaan makmal komputer dalam tiga bulan pertama persekolahan hanya melibatkan 24.56% guru-guru sahaja dengan kekerapan penggunaan yang paling tinggi adalah 21 kali dan yang paling rendah hanya sekali sahaja dalam masa tiga bulan di mana hanya tujuh mata pelajaran sahaja yang menggunakannya iaitu mata pelajaran matematik, sains, kimia, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, biologi dan geografi. Guru-guru subjek lain tidak pernah menggunakannya dalam tempoh tersebut. Daripada rekod penggunaan makmal komputer untuk

Page 7: tren ict dlam ptv

Muka surat 7/17

penggunaan perisian kursus bestari dan melayari internet hanya 16 daripada 22 kelas sahaja yang menggunakannya dan 6 buah lagi tidak pernah masuk ke makmal

komputer dan kebanyakannya kelas tingkatan lima. Hasil daripada maklumat yang didapati hanya 40.53% sahaja masa P&P sepanjang tempoh tiga bulan digunakan oleh guru-guru dalam penggunaan komputer yang sebahagian besarnya menggunakan kemudahan internet untuk membantu P&P mereka. Memandangkan Sekolah Bestari yang berasaskan penggunaan ICT dan multimedia telah tercetusnya isu kekurangan penggunaan komputer apatah lagi sekiranya kajian ini diperluaskan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

Peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada abad ini amat mencabar

kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar meningkatkan penggunaan IT dalam pengajaran-pembelajaran sesuai dengan perubahan era ICT. Inovasi teknologi juga penting kerana selaras dengan dasar IT dalam pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasari pembaharuan pedagogi serta pengurusan pendidikan moden di sekolah-sekolah di Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICT perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baharu dalam reformasi pendidikan dan pembentukan sekolah berkesan. Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional perlu mempunyai kelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.

Peranan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Teknik & Vokasional

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah Teknik terdiri daripada komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah.

Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah

menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan e-pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan guru dapat mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu e-

Page 8: tren ict dlam ptv

Muka surat 8/17

pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat di mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, e-

mail, video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini guru dapat berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada guru dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion keguruan, khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada guru.

Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983; 1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring, et. al. 1988). Kesimpulannya antara peranan penggunaan ICT dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah:

• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar

terhadap pelajaran. • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang

pelbagai keupayaan. • Meningkatkan motivasi guru dan pelajar. • Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). • Membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi. • Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama

atau terlalu mahal untuk diperoleh. • Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. • Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar,

terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. • Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar. • Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan

yang minimum.

Page 9: tren ict dlam ptv

Muka surat 9/17

• Meningkat kemahiran ICT.

Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar, menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta meguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan, menggunakan alat bantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep, mengajar secara konstruktivisme, masteri dan lebih kontekstual serta menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan kreatif menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002).

Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional

Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penilaian Pendidikan Teknik Dan Vokasional: Ke Arah Pengartikulasian Yang Sepadu” menyatakan bahawa pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik dan vokasional terutama dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT. a) Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus

Daripada temubual dengan beberapa guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran. Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan bahawa untuk membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital. b) Sikap Negatif Guru

Daripada kajian lepas juga terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan

kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt, 1996). Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi

Page 10: tren ict dlam ptv

Muka surat 10/17

pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, e-learning dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam Sekolah Teknik dan Vokasional

telah membuka perspektif baharu tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya. c) Kekurangan Kemahiran

Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan artificial yang penting dalam era ICT.

Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran. d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting pendidikan teknik dan vokasional ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.

Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah teknik dan vokasional

pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memiliki sambungan kepada Internet, ada yang tidak. Guru-guru yang menggunakan panduan yang terkandung dalam dokumen ini haruslah terlebih dahulu mengetahui tahap keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah masing-masing sebelum merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT. Ini bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai dengan objektif pembelajaran. Sebagai panduan, disertakan di bawah ini matriks yang menunjukkan perkaitan antara tahap teknologi dan pembelajaran.

Page 11: tren ict dlam ptv

Muka surat 11/17

Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan

pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran. e) Jurang ICT dan Digital

Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion keguruan perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar bandar. Lebih banyak peruntukan dan guru-guru yang terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital. f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Cadangan a) Kekangan Menghabiskan Silibus

Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel, program pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah, dan perisian yang perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif dan ekstensif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia, khususnya powerpoint dan layar tayang boleh memberikan kesan positif kepada perkembangan minat pelajar. Program pembelajaran disusun dengan sistematik dan dipantau oleh guru-guru yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang IT. Guru-guru dalam bidang teknik vokasional perlu didedahkan kepada penggunaan internet, website, on-line, e-mel dan pendekatan dan kaedah lain berasaskan penggunaan komputer. Menurut Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik,

Page 12: tren ict dlam ptv

Muka surat 12/17

bukan secara “bidan terjun” atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan

menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran. b) Sikap Negatif Guru

Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan

selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.

Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994). Kajian ini mendapati bahawa persediaan mental dalam kalangan anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang akan dilaksanakan. Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam menghadapi cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001). Justeru, para pendidik perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas. Dalam mencapai objektif tersebut, guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. (Ambigapathy & Suthagar, 2003).

Menurut Robiah (2003) menyatakan bahawa lantas sikap guru yang positif akan

lebih mendorong dan menggerakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional berjalan secara lancar, pantas dan menyeluruh. Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Guru perlu bersedia melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. c) Kekurangan Kemahiran

Guru perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam kerjaya profession keguruan mereka. Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik. Ini boleh membawa kepada inovasi dan perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan. Profesion keguruan harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan

Page 13: tren ict dlam ptv

Muka surat 13/17

dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infostruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infostruktur. e) Jurang ICT dan Digital

Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Pembangunan perisian untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan. Manakala perisian untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan. f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat. Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Kesimpulan Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. ICT membolehkan pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status pendidikannya di peringkat global.

Peranan istitusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint. ICT menyediakan peluang kepada golongan guru Sekolah Menengah Teknik dan

Page 14: tren ict dlam ptv

Muka surat 14/17

Vokasional untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses pembelajaran serta pengajaran. Tambahan pula, ICT dapat mendedahkan mereka

ini dengan cabaran-cabaran baru dalam dunia pendidikan mereka hasil daripada penggunaan ICT. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pelbagai usaha akan dilaksanakan supaya ICT dapat digunakan dengan sepenuhya di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Bagi melaksanakan pembaharuan ini, guru dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional bersedia mengambil cabaran baharu dan melaksanakannya di sekolah.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Walau bagaimanapun, jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Jadi, prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas di kalangan guru-guru. Masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer merupakan faktor penting ke arah pembentukan sikap positif terhadap komputer yang masih kurang dalam kalangan guru. Usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam kalangan pendidik diperluaskan melalui kursus dan latihan yang berkesan perlu disarankan.

Sewajarnya lebih ramai tenaga pengajar di institusi pendidikan mengorak langkah seiring dengan zaman ledakan maklumat dengan membina perisian-perisian kursus serta laman-laman web untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Keadaan ini bersesuaian dengan peranan guru masa kini yang mengalami transformasi dari seorang pembawa dan penyampai maklumat kepada seorang pengurus, jurulatih dan fasilitator (Gallo & Houton, 1994; Killian, 1995). Oleh itu kejayaan pengajaran dan pembelajaran ini terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, kemudahan prasarana yang dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Seterusnya peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan terutamanya guru-guru amat penting untuk membawa penggunaan ICT ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada serta semangat, kesungguhan dan iltizam yang tinggi untuk menjayakannya. Justeru pengaplikasian ICT dan rekabentuk pengajaran dalam penggunaan bahan multimedia mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Penggunaan komputer dan Internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed. Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran terutamanya semasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui Internet.

Page 15: tren ict dlam ptv

Muka surat 15/17

Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). “Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ambigapathy, P. (2001). “Technology and English Literacy in the Malaysia

Classroom.” dalam Ambigapathy, P. (ed.). “Technologies of Learning: Learning Through and about The New Information Technologies.” Australia: Common Ground Publishing.

Ambigapathy, P. Dan Shanti, B. B. (2004). “Technological Literacy for Adults: Insights

from Malaysia.” dalam Kell, P., Shore, S. dan Singh, M. (ed). “Adult Education 21st Century.” New York: Peter Lang.

Ambigapathy, P. Dan Suthagar, N. (2003). “Literasi Teknologi Komputer: Persepsi dan

Penggunaan di Kalangan Guru.” dalam Pandian, A. (ED.). “Bahasa dan Literasi: Penyelidikan dan Peninjauan untuk Pendidikan.” Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Becker, W.E. & Watts, M. (1996). “Chalk and Talk: A National Survey on Teaching

Undergraduate Economics.” American Economic Review, 86(2) 448-453. Berita Harian. (7 Mei 2002). Kaji Semula Latihan Guru Sekolah Bestari. Berita Harian. (20 Julai 2002). Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris. hal. 4. Besag, F. P. dan Levine, L.P. (1984). “Computer Literacy for Teacher.” California: Dage Publication. Chakrabarty, P.K (1979). “Effective Use of Computer by Mathematic and Science

Teacher in Conference on Education Computing: Emerging Trends and Implication.” Kuala Lumpur: Malaysian Council for Computer in Education, 185-190.

Dologite, O.G. (1987). “Measuring Computer Literacy.” Journal of Education

Technology System, 16 (1): 29-43. Downws, T. (1993). “Student-teachers’ Experience in Using Computers during

Teaching Practice.” Computer Assisted Learning, 9: 17-33. Esah Sulaiman (2003). “Amalan Profesionalisme Perguruan.” Skudai: Universiti

Teknologi Malaysia. Ellington, H, Percival, F. dan Race, P. (1993). “Handbook of Educational

Technology.” London: Kogan Page Limited. Fakhrul Anuar Aziz. (2002). “Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan

WWW untuk Pendidikan.” Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan: “Penggunaan TMK dalam Pendidikan Pemangkin Kebestarian Pendidikan.” 18-19 Sept. 2002, Kuching, Sarawak.

Page 16: tren ict dlam ptv

Muka surat 16/17

Gallo, M.A. & Horton, P.B. (1994). “Assessing the Effect on High School Teachers of Direct and Unrestricted Access to the Internet : A Case Study on an East Florida High School.” Educational Technology Research and Development. 42 (4); 17-39.

Gbomita, V. K. A. (1997). “The Adoption of Microcomputers for Instruction:

Implications for Emerging Instructional Media Implementation.” British Journal of Educational Technology, 28 (2): 87-101.

Hunter, B. (1987). “My Student Use Computer: Curriculum Plan For Grade-8.” New

York: Reston Publishing. Hasselbring, T.S., Goin, L.I., & Bransford, J.D., 1988. “Developing Math Automaticity

in Learning Handicapped Children : The Role of Computerized Drill and Practice.” Focus on Exceptional Children, 20, 1-7.

Kay, R. H. (1990). “Predicting Student Teacher Commitment to Use the Computers.”

Journal of Educational Computing Research, 6(3):299-309. Killian, C. (1995). “Why Teachers Fear the Internet?” Internet World. 5(8); 86-87. Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. (1983). “Effects of Computer Based Teaching on

Secondary Students.” Journal of educational Psychology, 75 (1) : 19-26. Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. (1984). “Effects of Computer Based Education in

Elementery Schools.” Computer in Human Behavior, 1 (1) : 59-74. Kulik, C.C. & Kulik, J.A. (1986). “Effects of Computer Based Education in Colleges.”

AEDS Journal, 19 (2-3) : 81-108. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2002). ”Laporan Prestasi SPM 2001.” (atas talian).

http\\www.lpm.skali.com. (21 Oktober,2005) . Malaysia (1996). “Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996–2000.” Kuala Lumpur:

Percetakan Nasional Malaysia Bhd. Malaysia (2001). “Rancangan Malaysia Kelapan, 2002– 2005.” Kuala Lumpur:

Percetakan Nasional Malaysia Bhd. Mc Keown, P. G. (1986). “Living with Computer.” USA: Harcourt Brace Jovanovich

Publishers. Mohd. Arif Hj. Ismail, Norsiati Razali @ Mohd. Ghazali. (2003). ”Aplikasi Teknologi

Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Perspektif Mata Pelajaran Kimia SPM.” Jurnal Pendidikan UKM. Jilid 3. Bil 1. April 2003: hal.7-11.

Ngan Cheng Hwa. (1994). “Kepentingan Literasi Komputer dalam Proses Pengajaran

dan Pembelajaran Masa Kini.” Teknokrat-Jurnal Akademik MPIK, 12.

Page 17: tren ict dlam ptv

Muka surat 17/17

Rio Sumarni Shariffuddin. (1997). “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan Komputer.” Jurnal Pendidikan UTM. Jilid 3. Bil 1. April 1995: hal. 1-5.

Robyler, M.D. (1988). “The Effectiveness of Microcomputer in Education.” A review

of research from 1980-87. T.H.E. Journal 16 (2) : 85-89 Rosli Abd. Rahim, Zamalia Mahmud & Shafiee Ahmad. (2001). “ICT in Teaching and

Learning Among UiTM Lecturers.” International Conference On Challenges and Prospects in Teachers Education: Shah Alam.

Steers, R. M. Dan Black, J.S. (1994). “Organizational Behavior.” New York: Harper

Collins College Publishers. Ward, J. & Peppard, J. (2003). “Strategic Planning for Information Systems.” 3rd ed.

England: John Wiley & Sons Ltd. Wiburg, K. (1997). “The Dance of Change: Integrating Technology in Classroom.”

Computers in Schools. 13(2) 171-184. Yahya B. Emat. (2005). “Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia.” Petaling

Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd. Zhao, Y., Hueyshan, T.S. dan Mishra, P. (2000). “Teaching and Learning: Whose

Computer Is It?” di dalam Bruce, B.C. (ed.). “Literacy in the Information Age: Inquries into Meaning Making with New Technogies.” Delaware: International Reading Association.

Zulkifli Abdul Manaf dan Raja Mazrah Raja Hussain. (1994) “Attitudes, Knowledge

and Previous Computer Experience of Teacher Trainess in the Diploma of Education Programme at the University Of Malaya.” Journal of Educational Research, 16: 1-19.