Bagi soalan 1 hingga soalan 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan
SULIT 4571/1
Bagi soalan 1 hingga soalan 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan pada kertas jawapan objektif.
1. Pilih definisi Sains Sukan yang betul
AKajian yang membabitkan tindakan manusia
BKajian yang membabitkan sains dalam sukan
CKajian yang membabitkan sains perubatan
DKajian yang membabitkan anatomi dan fisiologi manusia
2. Atlit A merasakan sepakan penalti adalah satu ancaman kepada beliau.
Atlit B pula sudah biasa dengan sepakan penalti tetapi mula merasa bimbang bila mengetahui penjaga gol itu adalah seorang pemain kebangsaan.
Pilih padanan yang sesuai dengan jenis kebimbangan yang dialami oleh kedua atlit di atas.
Atlit A
Atlit B
A
Kebimbangan tret
Kebimbangan tret
B
Kebimbangan sementara
Kebimbangan sementara
C
Kebimbangan tret
Kebimbangan sementara
D
Kebimbangan sementara
Kebimbangan tret
3. Jumlah perlawanan sebanyak 10 perlawanan disusun dalam satu pertandingan liga.Berdasarkan maklumat di atas, berapakah bilangan pasukan yang terlibat?
A90
B45
C10
D5
4. Berapakah jumlah peserta yang bertanding sekiranya pertandingan kalah mati itu mempunyai 5 orang menunggu (bye)?
A8
B9
C10
D11
5. Sekiranya terdapat dua pasukan yang memakai jersi yang sama warna, bagaimanakah ditentukan pasukan yang perlu menukar warna jersi?
AUndian lambungan duit syiling dilakukan dan pasukan yang kalah perlu menukar jersi
BMesyuarat pengurus pasukan dilakukan untuk membincangkan masalah ini dan menentukan warna jersi.
CMenyemak jadual perlawanan dan nama pasukan yang mula-mula tercatat nama dalam jadual akan menukar jersinya
DDitunda perlawanan sehingga ada pasukan yang menukar jersinya
6. Pernyataan di bawah berkaitan motivasi dan ganjaran X Y
Apakah jenis ganjaran X dan Y yang boleh meningkatkan motivasi intrinsik seorang atlit?
X
Y
A
Intrinsik
Intrinsik
B
Ekstrinsik
intrinsik
C
Ekstrinsik
Ekstrinsik
D
Intrinsik
Ekstrinsik
7. Situasi yang berikut menunjukkan sosialisai berlaku menerusi sukan?
ABerminat menceburi permainan golf kerana ada pemain yang mendapat ganjaran wang yang banyak
BIkut kakak berjogging kerana kakak nampak lebih sihat dan bertenaga dalam aktiviti harian.
CBerminat untuk bermain ragbi kerana permainan ini walaupun kasar dapat membina disiplin yang tinggi.
DBapa seorang pemain bola sepak negeri dan saya pun akan menjadi seperti bapa saya.
8. Apakah tindakan yang TIDAK perlu dilakukan oleh pengelola sesuatu pertandingan sebelum kejohanan bermula?
AMesyuarat post mortem
BMengadakan pelan tindakan
CMenyediakan senarai semak setiap jawatankuasa
DMenyediakan bajet kewangan bagi setiap Jawatankuasa Kejohanan.
9. Gambarajah menunjukkan beberapa aksi dalam sukan
A B C D
Aksi manakah merupakan perlakuan bukan lokomotor?
10. Gambarajah menunjukkan satu aksi dalam acara tukul besi.
Apakah sistem tenaga yang digunakan oleh atlit di atas?
AAerobik
BAnaerobik laktik (Glikolisis Anaerobic)
CAnaerobik alaktik(ATP-PC))
DAerobik dan laktik
11. Pilih padanan yang TEPAT berkaitan ciri pergerakan yang dilakukan oleh aksi-aksi atlet di bawah?
Aksi Atlet X Aksi Atlet Y
Atlit X
Atlit Y
A
Kemahiran diskrit
Kemahiran diskrit
B
Kemahiran diskrit
Kemahiran berterusan
C
Kemahiran bersiri
Kemahiran diskrit
D
Kemahiran bersiri
Kemahiran bersiri
12. Aktiviti yang berkaitan kemahiran motor halus ialah
AMengayuh basikal
BMelakukan rejaman
CMenendang bola sepak
DMenembak dengan tepat
13. Pernyataan yang manakah adalah pergerakan voluntari?
AKerdipan mata
BPantulan lutut bila diketuk
CMenarik tangan bila terkena benda panas
DMenendang bola dengan kuat ke arah pintu gol
14. Taufik mempunyai kadar denyutan sebanyak 60 denyutan seminit dan isipadu strok sebanyak 70ml. Berapakah keluaran jantung Taufik ?
A7 L/min
B6 L/min
C5 L/min
D4 L/min
15. Gambarajah menunjukkan satu aksi fleksi di lengan.
Pilih padanan interaksi otot-otot dalam pergerakan diatas.
Otot X
Otot Y
A
Agonis
Sinergis
B
Antagonis
Angonis
C
Antagonis
Sinergis
D
Agonis
Antagonis
16. Gambarajah menunjukkan beberapa jenis aktiviti sukan.
A
A B C D
Antara berikut manakah aktiviti yang kurang menggunakan isipadu strok?
17. Pernyataan manakah menunjukkan prinsip kebolehbalikan dalam program latihan?
AIntensiti latihan ditingkatkan secara progresif.
BLatihan dipilih dan dirancang menumpu kepada matlamat.
CLatihan yang dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu
DLatihan tidak berterusan akan mengakibatkan penurunan dalam prestasi.
18. Gambarajah menunjukkan satu aksi dalam permainan sofbol.
X Apakah klasifikasi tulang yang terlibat dalam aksi di bulatan X?
ATulang pendek
BTulang panjang
CTulang leper dan tulang panjang
DTulang panjang dan tulang pendek
19. Gambarajah menunjukkan satu aksi dalam sukan hoki.
Apakah jenis sendi X?
ASendi ensil
BSendi kondil
CSendi lesung
DSendi gelunsur
20. Antara sistem berikut yang manakah berfungsi dalam kawalan imbangan badan?
AFokal
BKinestetik
CVestibular
DAmbient
21. Gambarajah menunjukkan dua jenis pergerakan khusus yang boleh dilakukan oleh kaki.
X Y
Apakah jenis pergerakan pada kaki X dan Y?
X
Y
A
Fleksi-dorsi
Plantar-fleksi
B
Elevasi
Depresi
C
Pronasi
SupinasiD
Eversi
Inverse
22. Gambarajah menunjukkan satu poster berkaitan pertandingan sukan
Berdasarkan penyataan dalam poster di atas, apakah jenis bantuan ergogenik yang sesuai diberikan kepada atlit dalam acara ini?
AKreatin
BAsid Amino
CBeta-blockers
DTokokan karbohidrat
23. Gambarajah menunjukkan aksi dalam sukan
X
X Y
Pilih kecekapan fizikal pada X dan keupayaan persepsi motor pada Y sebagaimana yang dikemukakan oleh Fleishman
XKecekapan FizikalYKeupayaan Persepsi Motor
AKekuatan Statik Ketepatan kawalan
BKekuatan Eksplosif Koordinasi pelbagai anggota
CKekuatan Dinamik Keupayaan manupulasi jari
D
Kekuatan Tubuh Bahagian Atas Ketangkasan manual
24. Gambarajah menunjukkan satu kemahiran mengelecek dalam satu permainan sukan.
.
Pilih jenis permainan di bawah yang boleh berlaku pemindahan pembelajaran secara positif bila pemain ini bermain permainan ini.
ABelajar main bola tampar
BBelajar main bola sepak
CBelajar main bola baling
DBelajar main sepak takraw
25. Gambarajah menunjukkan dua aksi dalam permainan sukan.
X YPilih kelas kemahiran dalam stabiliti persekitaran yang tepat untuk X dan Y?
XY
ALuar kawalTerkawal
BLuar kawalLuar kawal
CTerkawalTerkawal
DTerkawalLuar kawal
26. Gambarajah menunjukkan beberapa aksi dalam sukan.
A B
C D
Antara aksi sukan di atas yang manakah menunjukkan keagresifan ketara (hostile)?
27. Gambarajah menunjukkan aksi kemahiran dalam sukan
. Atlet X Atlet YApakah klasifikasi tuas yang digunakan dalam aksi atlet X dan Y di atas?
Atlet X
Atlet Y
A
Tuas kelas pertama
Tuas kelas kedua
B
Tuas kelas kedua
Tuas kelas ketiga
C
Tuas kelas pertama
Tuas kelas ketiga
D
Tuas kelas kedua
Tuas kelas pertama
28. Apakah definisi tapering-off.dalam periodisasi latihan?
APenambahan isipadu dan intensiti latihan
BMembuat penilaian tahap kecekapan fizikal
CMengurangkan masa latihan dari 6 bulan kepada 2 bulan
DUbahsuai intensiti dan isipadu latihan kepada yang lebih rendah.
29. Hukum newton manakah yang diaplikasikan oleh atlet di bawah untuk mengerakkan bola itu?
AHukum Newton Pertama dan Kedua
BHukum Newton Pertama dan Ketiga
CHukum Newton Ketiga dan Kedua
DHukum Newton Kedua sahaja
30. Pilih situasi yang berkaitan dengan dimensi lokus penyebab?
AAtlet lumba basikal menyalahkan kegagalan basikalnya berfungsi dengan baik menyebabkan kekalahannya.
BAtlet pecut 100 meter merasakan sekiranya beliau berlatih lebih lama di luar negara tentu beliau akan berjaya.
CPemain bola sepak pasukan A merasakan pasukan itu boleh menjuarai liga itu sekiranya pasukan itu banyak mengadakan perlawanan persahabatan.
DAtlet angkat berat yang tewas menyatakan kegagalanya mungkin disebabkan kurangnya latihan kekuatan otot dilakukan
Bagi Soalan 31 hingga Soalan 40, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Pilih satu jawapan yang betul daripada pilihan A,B,C dan D yang berikutnya.31. Gambarajah menunjukkan satu aksi dalam sukan angkat berat.
Apakah komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang membantu atlet di atas melakukan aksi tersebut?
I. Fleksibiliti
II. Kekuatan otot
III. Daya tahan otot
IV. Daya tahan kardiovaskular
AI dan II
BI dan IV
CII dan III
DIII dan IV
32. Aktiviti yang manakah digunakan untuk menguji koordinasi ?
I. Lompat jauh berdiri
II. Lompat kuadran
III. Lompat heksegon
IV. Mengelecek bola sepak
AI dan II
BI dan IV
CII dan III
DIII dan IV
33. Latihan manakah yang boleh meningkatkan prestasi anaerobik ?
I. Fartlek
II. Pliometrik
III. Pecutan berulang
IV. Jarak jauh perlahan (LSD)
AI dan II
BI dan IV
CII dan III
DIII dan IV
34. Antara struktur anatomi berikut yang manakah boleh membantu mengurangkan geseran di sendi?
I. Rawan
II. Tendon
III. Ligamen
IV. Bendalir senovial
AI dan II
BI dan IV
CII dan III
DIII dan IV
35. Antara berikut yang manakah latihan pliometrik ?
I. Lari pecut berulang
II. Bangkit tubi
III. Lari lutut tinggi
IV. Latihan lompat sebelah kaki
AI dan II
BI dan IV
CII dan III
DIII dan IV
36. Antara berikut yang manakah merupakan kecederaan tisu lembut?
I. Patah jari
II. Luka dilutut
III. Kekejangan otot
IV. Dislokasi sendi bahu
AI dan II
BI dan IV
CII dan III
DIII dan IV
37. Apakah tugas lembaga tatatertib dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan?
I. Memberi amaran
II. Mengantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
III. Mengatur jadual perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir
IV. Menentukan pasukan yang perlu menukar jersinya sekiranya sama warna.
AI dan II
BI dan IV
CII dan III
DIII dan IV
38. Aktiviti yang manakah hanya menggunakan sistem tenaga ATP-PC sepenuhnya ?
I. Lompat Jauh
II. Merentas desa
III. Lari 3000 meter
IV. Pecut 100 meter
AI dan II
BI dan IV
CII dan III
DIII dan IV
39. Gambarajah menunjukkan beberapa aktiviti latihan berkaitan otot.
I II III IVManakah yang berikut adalah lakuan untuk penguncupan isometrik?
AI dan II
BI dan IV
CII dan III
DIII dan IV
40. Gambarajah menunjukkan beberapa aktiviti sukan. I II III IVAntara aksi di atas yang manakah menggunakan otot sentak cepat yang banyak?
AI dan II
BI dan IV
CII dan III
DIII dan IV
*KERTAS SOALAN TAMAT*Disediakan oleh,
Disemak dan disahkan oleh:
(HASNITA BT HASHIM)
(PN. LAILATUL AKMAR BT SAIDIN)
Ketua Panitia Pengetahuan Sains SukanGKMP Kemanusiaan
Dianggap wira sekiranya menang
Mendapat wang tunai
X
Y
X
EMBED PBrush
B
F
D
B
D
F
12