1
NO. KUMPULAN: UPSI30 (A131PJJ) NAMA PENSYARAH: DR. JEFFREY LOW FOOK LEE
KERJA KURSUS
CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM
TUGASAN 2
NAMA PELAJAR
ROSLIZA BINTI RAZALI
NO. ID
D20112052413
NO. I/C
820731-03-5164
TARIKH SERAH
23 NOVEMBER 2013
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
2
ISI KANDUNGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM (TENTATIF)
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. MUKA HADAPAN 1
2. ISI KANDUNGAN 2
3. PENDAFTARAN PESERTA 3 - 4
4. UPACARA PERASMIAN PEMBUKAAN 7 - 8
5. TEKS PENGERUSI MAJLIS 11-14
6. SENARAI AKTIVITI YANG DIJALANKAN 15
7. PERASMIAN PENUTUP 16
3
2.1 PENDAFTARAN PESERTA UNTUK SETIAP RUMAH PASUKAN
Tarikh : 8 Oktober 2013
Tempat : Padang SK.Parit Kasan
Kumpulan Merah
Kumpulan Kuning Kumpulan Biru
Kumpulan Hijau
4
BORANG PENDAFTARAN
PESERTA KEJOHANAN BALAPAN KALI KE-16
SK. PARIT KASAN 2013
Rumah Sukan : Kategori : L/P
Kategori:
L/P
Guru Penasihat:
Ketua Rumah :
BIL NAMA PESERTA
ACARA
100M 4X100M 4X400M L.JAUH L.TINGGI REJAM LEMBING
LONTAR PELURU
JUMLAH
GURU PENASIHAT :
…………………………………………………….
5
ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN
BALAPAN SK PARIT KASAN KALI KE-16, TAHUN 2013
Tarikh : 08 OKTOBER 2013
Hari : SELASA
Tempat : PADANG SEKOLAH SK PARIT KASAN
MASA AKTIVITI
1.50
2.00
Semua murid dan kakitangan berkumpul di dalam khemah
masing-masing.
Semua penjaga, ibu bapa berada di dalam khemah khas
mereka.
2.00
Taklimat dan persiapan perbarisan untuk setiap kontijen dari
rumah pasukan masing-masing.
2.15
Kata alu-aluan juruacara
Lintas homat setiap kontijen
Ikrar Temasya Sukan
Doa
Perarakan masuk bendera Temasya Sukan Tahunan
Perarakan keluar semua kontigen
Persembahan Padang ( Senamrobik )
2.35
2.45
Pegawai bertugas mengambil tempat
Pertandingan akhir berlangsung
Penyampaian pingat-pingat
Sambungan acara akhir
Penyampaian pingat
6
4.10
4.20
Acara berhenti rehat
Acara sukan disambung semula
5.30
Majlis Penutupan Kejohanan Balapan Tahun
2013 Kali ke 16,SK Parit Kasan
Ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Kasan selaku
tuan rumah kejohanan.
Ucapan perasmian Kejohanan Olahraga Kali ke 16
Ketibaan VIP
Penyampaian hadiah
Khemah sekolah dan kontigen perbarisan yang terbaik.
Olahragawan 2013
Olahragawati 2013
Hadiah keseluruhan.
7
2.2 UPACARA PERASMIAN PEMBUKAAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAMAT PAGI, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SATU MALAYSIA
Yang dihormati barisan penolong kanan, barisan guru, ibu bapa dan murid-murid yang
dikasihi sekalian.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya dapat kita bersama-sama
berkumpul untuk menjayakan Majlis Perasmian Kejohanan Balapan Kali Ke-16 Sekolah
Kebangsaan Parit Kasan tahun 2013 ini.
Sidang hadirin sekalian,
Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita. Dengan
memberi latihan yang bersepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi dan lain-
lain faktor sama ada dalaman atau luaran akan membentuk seorang murid yang patuh
dengan aturan atau secara tidak langsung mendidik seorang atlet berhemah tinggi,
bertanggungjawab, berdisiplin dan membina jati diri ke arah kepimpinan.
Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh atau role model kepada pelajar lain.
Dalam sukan pelbagai perkara dipelajari dari patuh kepada arahan jurulatih sehinggalah
membina kesepaduan pasukan menerusi kesabaran, ketetapan masa, bertolak
ansur,bekerjasama dan sebagainya.
Saudara dan saudari sekalian,
Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan responsif terhadap keperluan
pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang berkecenderungan
memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan.
Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup
penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa
yang tercinta. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan,
aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat
8
memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gusmengeratkan silaturrahim
dan muhibah.
Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita
untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan
kecemerlangan institusi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan.
Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan
pada petang yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
tahniah kepada jawatankuasa Kejohanan Olahraga Kali Ke 16 Sekolah Kebangsaan
Parit Kasan ini.
Perasmian pembukaan Kejohanan Balapan SK.Parit Kasan kali ke 16
9
Lintas hormat setiap kontigen
10
Acara dijalankan dengan penuh kemeriahan
11
2.3 TEKS PENGERUSI MAJLIS
Yang Berusaha,Encik Mahat bin Yahya,Tuan Guru Besar SK.Parit Kasan,
Yang Dihormati,Encik Mohd.Hamzah bin Basar,Yang Dipertua PIBG SK.Parit Kasan,
Yang Dihormati ,Encik Keliwong bin Mohamad,Ketua Kampung SK.Parit Kasan,
Yang dihormati barisan guru-guru Penolong Kanan SK.Parit Kasan,
Barisan dif-dif jemputan,para hakim,pegawai-pegawai sukan,guru-guru,tuan-tuan dan
puan-puan serta para peserta kejohanan sekalian.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.
Assalamualaikum W.B.T dan Selamat datang ke Kejohanan Balapan SK Parit Kasan
Kali Ke 16 bagi tahun 2013.
Hadirin yang dihormati sekalian,sebentar lagi ialah acara tabik hormat dari para peserta
kejohanan.
(muzik marching)
Majlis dengan ini mempersilakan Yang Dipertua PIBG SK.Parit Kasan,Encik
Mohd.Hamzah bin Basar diiringi oleh Tuan Guru Besar SK.Parit Kasan,Encik Mahat bin
Yahya untuk menerima tabik hormat,dipersilakan.
Perbarisan didahului oleh ketua peserta kejohanan, adik Mohd.Ikmal bin Abd.Rohani
Diikuti dengan pembawa papan tanda kejohanan,adik Norsyuhaidah bt Mat Ayub dan
adik Najah bt Mur.
Seterusnya diikuti dengan pembawa bendera kejohanan oleh peserta dari 4 buah
pasukan iaitu Rumah Biru,Rumah Kuning,Rumah Merah dan Rumah Hijau.
Seterusnya diikuti oleh Kontijen Unit Beruniform iaitu Pasukan Pengakap SK.Parit
Kasan yang diketuai oleh adik Mohd.Nurilham bin Musa dan Pasukan Puteri Islam
SK.Parit Kasan yang diketuai oleh adik Norakma Syuhada bt Md.Faizal Azri.
12
Perbarisan seterusnya diketuai oleh pembawa bendera Rumah Biru iaitu adik Khairil bin
Anuar
Perbarisan seterusnya diketuai oleh pembawa bendera Rumah Kuning iaitu adik Emir
bin Sufian
Perbarisan seterusnya diketuai oleh pembawa bendera Rumah Merah iaitu adik
Muhd.Aiman bin Abd.Rahman
Perbarisan seterusnya diketuai oleh pembawa bendera Rumah Hijau iaitu adik Amsyar
bin Abu
Barisan seterusnya diikuti oleh peserta-peserta Prasekolah SK.Parit Kasan yang
diketuai oleh adik Azad Akbar bin Mahat.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG SK.Parit Kasan,Encik Hamzah bin
Basar dan Guru Besar SK.Parit Kasan,Encik Mahat bin Yahya kerana sudi menerima
tabik hormat daripada para peserta kejohanan.
(Muzik marching berhenti bila ketua kontijen memberi arahan berhenti)
Tuan-tuan dan puan-puan,begitulah tadi uapacara lintas hormat oleh para peserta
kejohanan.
Tuan-tuan dan puan-puan,bagi memberkati majlis,acara diteruskan dengan bacaan doa
yang diketuai oleh adik Muhd.Hafiey bin Mohd.Noor.
Amin-amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada adik Muhd.Hafiey atas
bacaan doa itu tadi.
Hadirin sekalian,majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera. Hadirin diminta
berdiri.
Majlis mengucapkan ribuan terima kepada hadirin atas kerjasama yang diberikan.
Hadirin sekalian,seterusnya ialah bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh
Ketua Peserta Kejohanan iaitu adik Muhd.Ikmal bin Abd.Rohani.
Begitulah tadi bacaan ikrar yang telah disampaikan oleh adik Muhd.Ikmal bin
Abd.Rohani.
Dengan ini peserta-peserta kejohanan olahraga akan bergerak keluar padang untuk
menuju khemah peserta mengikut rumah pasukan masing-masing.
(muzik marching)
13
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,acara yang akan berlangsung sebentar lagi acara
yang ke…………… Acara…………….
Peserta di :
Lorong Pertama, Nombor ………………………..adik………………………………
Lorong Kedua, Nombor ………………………..adik………………………………
Lorong Ketiga, Nombor ………………………..adik………………………………
Lorong Keempat, Nombor ………………………..adik………………………………
Lorong Kelima, Nombor ………………………..adik………………………………
Lorong Keenam, Nombor ………………………..adik………………………………
Lorong Ketujuh, Nombor ………………………..adik………………………………
Lorong Kelapan, Nombor ………………………..adik………………………………
Hadirin sekalian,acara yang akan berlangsung sebentar lagi adalah Majlis
Penyampaian Hadiah bagi acara ke…………………………………iaitu
acara……………………………….
Dengan ini,majlis dengan segala hormatnya menjemput Tn.Hj.Mohamad bin
Mohd.Amin (Guru Penolong Kanan 1,SK.Parit Kasan) untuk menyampaikan hadiah
kepada pemenang. Majlis dengan ini mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Demikianlah tadi berakhirnya keseluruhan acara bagi Kejohanan Balapan SK.Parit
Kasan kali ke 16 bagi tahun 2013.
Diminta semua peserta berbaris dan bergerak menuju ke hadapan khemah urusetia
dengan membawa papan tanda dan bendera rumah pasukan masing-masing bagi
acara penyampaian hadiah dan penutupan rasmi.
(muzik marching)
Diumumkan olahragawan bagi Kejohanan Balapan SK.Parit Kasan kali ke 16 bagi
tahun 2013 dianugerahkan kepada adik Muhd.Ikmal bin Abd.Rohani.
Diumumkan olahragawati bagi Kejohanan Balapan SK.Parit Kasan kali ke 16 bagi tahun
2013 dianugerahkan kepada adik Amiza Lyana bt. Mahat.
14
Diumumkan Penerima Piala Pusingan bagi Johan Perbarisan dimenangi oleh Rumah
Kuning.
Diumumkan pula Penerima Piala Pusingan bagi Johan Keseluruhan Kejohanan
Balapan SK.Parit Kasan kali 16 bagi tahun 2013 dimenangi oleh Rumah Kuning.
Kini tibalah masa majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Guru Besar
SK.Parit Kasan,Encik Mahat bin Yahya bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan beliau itu tadi.
Tuan-tuan,puan-puan dan hadirin sekalian,bagi menyempurnakan majlis ini,majlis
dengan segala hormatnya menjemput Yang Dipertua PIBG SK.Parit Kasan, Encik
Hamzah bin Basar untuk memberi ucapan seterusnya menutup rasmi Kejohanan
Balapan SK.Parit Kasan kali ke 16 bagi tahun 2013. Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan penutup oleh Yang Dipertua PIBG
sebentar tadi.
Begitulah selesainya majlis penutupan Kejohanan Balapan SK.Parit Kasan kali ke 16
bagi tahun 2013. Sebagai penutup marilah sama-sama kita menyanyikan lagu
Negaraku.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa
Lembaga Sekolah, PIBG, Guru Besar, guru-guru dan murid-murid SK.Parit Kasan
dengan ikhlas serta mengucapakan ribuan terima kepada orang perseorangan dan
badan-badan yang telah menyumbangkan pertolongan dan kerjasama bagi menjayakan
sukan sekolah. Harap kita akan berjumpa pada tahun depan sekali lagi. Sekian.
Pengacara majlis Kejohanan Balapan SK.Parit Kasan kali ke 16
15
2.4 Senarai Aktiviti Yang Dijalankan
a) 200m P 10
b) 200m L 10
c) 200m P 12
d) 200m L 12
e) 4x100m P 10
f) 4x100m L 10
g) 4x100m P 12
h) 4x100m L 12
i) 4x200m P 10
j) 4x200m L 10
k) 4x200m P 12
l) 4x200m L 12
m) Acara terbuka
wanita/lelaki
n) Acara
pegawai sukan
16
2.4 PERASMIAN PENUTUP
Yang berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Kasan En. Mahat b.
Yahya, guru-guru penolong kanan, barisan guru, ibu bapa dan murid-murid yang
dikasihi sekalian.
Para hadirin sekalian,
Sukan adalah merupakan satu landasan untuk menyumbangkan kepada nilai yang
positif seperti semangat pertandingan yang sihat, muhibbah, sikap tolak ansur atau
toleransi, kesefahaman, pembinaan moral dan fizikal yang lebih berkualiti. Tegasnya,
sukan mampu memberi manfaat atau faedah yang amat besar terhadap individu dan
organisasi.
Para hadirin sekalian,
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan Kali Ke-16 Sekolah Kebangsaan Parit
Kasan bagi Tahun 2013 ini kerana menjemput saya dan atas kejayaan penganjurannya.
Kepada pasukan yang menang, saya ingin mengucapkan tahniah dan kepada pasukan
yang belum bernasib baik jangan putus asa, tingkatkan usaha, cuba dan cuba lagi.
Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan
Kejohanan Balapan Kali Ke-16 Sekolah Kebangsaan Parit Kasan bagi Tahun 2013 ini.
Sekian dan terima kasih.
17
Ucapan Perasmian Penutup YB M. Asojan
Penyampaian Cenderahati oleh Tuan Guru Besar, Encik Mahat b. Yahya kepada
YB M.Asojan
18
Olahragawan bagi Kejohanan Balapan SK.Parit Kasan kali ke 16-Muhd.Ikmal bin
Abd.Rohani
Olahragawati bagi Kejohanan Balapan SK.Parit Kasan kali ke 16- Amiza Lyana bt.
Mahat
19
Penyampaian pingat kepada pemenang
Top Related