Download - Tugasan Badminton

Transcript

CSG 2041GROUP BTUGASAN BERKUMPULAN

GROUP BLOCKSHOT

NAMA PENSYARAHEN MUHAMMAD FARID BIN ABDUL RASHID

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN

NAMANO/KAD MATRIK

MOHAMAD FARID BIN ABU HASSAND20141067909

BONNIE BONGD20141067398

LIM HUI YINGD20131064755

NORHASMIERA BT ABDULLAHD20131064003

NURUL AZLIZA BT RAMLEED20131063374

NURFATIN ATHIRAH BT ZULKULNAIND20131063636

NUR FATANAH BTA ADZUAND20141066208

NUR HARDIAYANA BT ABD.TALIBD20122062001

NURHIMA BT JIMYD20122062014

NURUL ATIKAH BT BAKARD20131063326

LOKMANUL HAKIM BIN ABD LATIPD20132065206

WENDY CHUNG CHOO WEND20131063462

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BADMINTON

Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Permainan badminton yangdikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di PulauPinang oleh pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light.Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. DiMuzium Pulau Pinang pula terdapat gambar beberapa orang perempuan dan jugapegawai British sedang bermain permainan Poona atau badminton.Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atauperaturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanyasekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainanmereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk disitu.

Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan.Persekutuan ini bertindak sebagai satu-satunya badan khas yang bertanggungjawabkepada segala hal yang bersangkutan permainan badminton di seluruh dunia.Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presidenpertamanya ialah J.L Woods dari Perak.Pada masa yang sama Malaya terkenal kerana A. Samuel berjaya ke peringkatseparuh akhir dalam kejohanan All England. Pada tahun 1953 1957 Eddy Choongmenjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan namaMalaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuarai Piala Thomas.Sukan Badminton berkembang pada tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadiacara rasmi dalam sukan Olimpik. Rashid Sidek telah memenangi Pingat Gangsadan dua pasangan beregu mendapat pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpiktahun 1996.Akademi Badminton Malaysia(ABM) ditubuhkan pada tahun 1992. Salah seorangpemain yang berjaya dihasilkan ialah Dato Lee Chong Wei. Pada tahun 2000 ABMditutup. Semua pelajar dipindahkan ke Sekolah Sukan Malaysia, Bukit Jalil.Terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil(SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP). Pelajar untuk sukan badmintonditempatkan di SSBJ.

PERALATAN BADMINTON

PAKAIAN DAN KASUT

Baju,seluar pendek, kasut tergolong dalam aksesori utama. Pengikat tangan, ikat kepala, pelapik lutut sebagai aksesori tambahan. Kasut badminton haruslah baik & selesa dipakai agar pemain dapat bergerak, majuke hadapan atau mundur tanpa tergelecek.RAKET

Diperbuat daripada bahan grafit(graphite), walaupun masih ada yang dibuat dari bahan aluminium atau besi ringan. Memiliki string yang dibuat dari senar, berupa tali plastik sintetis. Senar yang baik adalah senar yang biasa dipasang dengan regangan yang kuat tetapi tidak mudah putus, agar raket dapat memantulkan bola tangkis yang dipukul dengan kencang atau laju.

BULU TANGKIS

Diperbuat daripada bulu angsa atau plastik. Berat bulu tangkis standard lebih kurang 5.67 gram. Bulu angsa yang terikat di gabus yang dibungkus kulit berwarna putih berjumlah antara 14-16buah, dan diikat dua tali agar tidak mudah terlepas. Bulu tangkis jenis bulu angsa adalah untuk kejuaraan rasmi. Bulu tangkis jenis plastik adalah untuk latihan sahaja

JARING(NET)

Tingginya adalah 155 cm. Merupakan pembahagi jaring yang merentangi antara dua bidang permainan yang diikatkan pada tiang. Tiang itu haruslah kukuh, supaya jaring yang dibentangkan tidak akan kendur apabila ditarik dan tegang agar lurus.

GELANGGANG

Ruangan seluas kira-kira 12 X 20 meter. Tempat terbuka akan mengalami gangguan angin. Tempat tertutup(beratap) tiada gangguan angin.

UKURAN GELANGGANG

Lapangan berukuran 6.1 x 13.4 m, dibahagikan dalam kawasan tertentu. Dua sisi berlawanan. Ada garis tunggal, ada garis ganda, ada ruang yang memberi jarak antara pelaku dan penerima servis. Berbentuk persegi panjang dan mempunyai ukuran . Garis-garis yang ada mempunyai ketebalan 40 mm dan harus berwarna kontra terhadap warna lapangan. Warna yang disarankan untuk garis adalah putih atau kuning. Permukaan lapangan disarankan dibuat dari kayu atau bahan sintetis yang lembut. Permukaan lapangan yang dibuat dari beton atau bahan sintetik yang keras sangat tidak dianjurkan kerana boleh mengakibatkan kecederaan kepada pemain. Jaring setinggi 1,55 m berada tepat di tengah lapangan. Jaring harus berwarna gelap kecuali bibir jaring yang mempunyai ketebalan 75 mm harus berwarna putih.

KEJOHANAN YANG TERDAPAT DALAM PERMAINAN BADMINTON YANG DIBAWAH PENGELOLAAN BWF

PIALA THOMAS

Sejarah Perlawanan Piala ThomasKejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton yang bertaraf antarabangsa untuk pasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap 3 tahun sekali sejak diperkenalkan pada tahun 1949 dan diubah kepada 2 tahun sekali pada 1984 hingga kini kekal sebagai acara dwitahunan badminton.Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas sempena nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang mendermakan piala ini pada tahun 1939. Kejohanan pertama diadakan diQueen's Hall,Preston,England.Malayamemenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskanDenmark8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dariAsia.Indonesiatelah memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikutiChina(tujuh kali) danMalaysia(lima kali). Denmark yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan kali bagaimanapun tidak pernah sekali pun memenanginya.Manakala bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai tahun1984kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber.

Negara Juara Piala ThomasSejak diperkenalkan pada kejohanan sulung 1949, hanya tiga negara sahaja yang menjuarai Piala Thomas. Kesemua negara terbabit adalah dari rantau Asia. Daripada tiga negara terbabit Indonesia lebih unggul apabila menjuarai Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China (lapan) dan Malaysia (lima).Berikut merupakan senarai juara Piala Thomas sejak kejohanan tersebut dianjurkan pada tahun 1949 sehingga edisi terakhir 2010 di Kuala Lumpur.BERIKUT ADALAH SENARAI PEMENANG KEJOHANAN PIALA THOMAS

PIALA UBERPiala Uber didapat dari nama Sang legendaris Bulu Tangkis dari Inggris di era 1930-an iaitu Betty Uber. Bentuk Piala Thomas Uber berbentuk bola dunia yang pada bahagian atasnya terdapat patung pemain bulu tangkis wanita yang sedang mengayunkan raket. Piala ini juga terbuat dari perak dengan tinggi kurang lebih 18 inci dan dibuat oleh Messrs Mappin & Webb di London.

Piala Uber pertama pada tahun 1956 dimenangi oleh Amerika Serikat setelah mengalahkan pasukan piala Uber dari Denmark yang berlangsung di Lancashire pada tahun 1956/5. Dan pada tahun 1984 kejuaran Thomas dan Uber Cup disatukan alias dibarengi. Kejohanan Thomas Cup & Uber Cup masing-masing melibatkan 12 pasukan, termasuk pasukan tuan rumah dan juara bertahan. Tuan rumah dan juara bertahan langsung lolos ke babak final, sedangkan 10 pasukan lainnya adalah mereka yang memenangi kualifikasi regional (Asia, Eropa, Oceania, Pan-Amerika, dan Afrika). Babak final kedua pertandinagn itu sering disebut sebagai pusingan Final Piala Thomas & Uber. Tapi pada tahun 2010, BWF mengumumkan bahawa keduanya akan terpisah.

BERIKUT ADALAH SENARAI PEMENANG KEJOHANAN

SEJARAH PIALA SUDIRMANKejuaraan Beregu Campuran Senior, kejuaraan ini diambil International Badminton Federation (IBF), nama BWF dulu, pertama kali dipertandingkan sejak tahun 1989. Kejuaraan ini adalah kejuaraan yang melibatkan beregu campuran untuk 5 acara yang dipertandingkan dalam 1 pasukan meliputi perseorangan lelaki,perseorangan wanita,beregu lelaki,beregu wanita dan beregu campuran yang melibatkan perserta lelaki dan wanita.. Sudirman Cup adalah satu kejuaraan yang utama, walau tidak memperebutkan hadiah wang tunai yang tinggi, kejuaraan yang berlangsung setiap 2 tahun sekali ini sangat penting, bagi kuasa-kuasa badminton dunia dimana kekuatan pasukan akan diuji dan yang menjuarai akan bergelar juara piala sudirman.

Nama Dick Sudirman adalah yang menjadikan kejohanan ini, salah satu daripada anjuran PBSI dan Ketua Umum PB PBSI selama 22 tahun (1952-1963 dan 1967-1981). Asal tercetusnya kejohanan ini yang melibatkan beberapa orang PBSI. Mereka berfikir bahawa kejohanan didunia ini ada 2 kejuaraan khusus untuk lelaki dan wanita dalam kejohanan badminton. Oleh itu kenapa untuk tidak menggabungkan acara berkenaan sekaligus. Maka tercetuslah untuk membuat kejuaraan badminton beregu campuran kemudian nama yang digunakan adalah piala Sudirman iaitu untuk mengenang jasa Dick Sudirman sekaligus mengenang Pahlawan Indonesia lainnya, Jeneral Sudirman. Akhirnya turnamen ini resmi menjadi kejohanan BWF yang berprofil tinggi. Acara ini dipertandingkan pertama kali pada tanggal 24 Mei sampai 29 Mei 1989 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia. Juara pertama kali kejohanan ini adalah pasukan Indonesia.pada kejohanan itu Indonesia menang 3-2 atas pasukan kuat, Korea.

SEJARAH SUKAN OLIMPIKDiperkenalkan diSukan Olimpik 1992dan sudah menganjurkan empat pertandingan Olimpik. 50 negara berbeza menyertai pertandingan badminton Olimpik, dengan 19 penyertaan empat kali. Ia diperbadankan olehPersatuan badminton dunia BWF. Sukan Olimpik 1992 diBercelona Sepanyol memperlihatkan penampilan sulung bagi sukanbadminton ini . empat acara telah diadakan, termasuk acara perseorangan dan beregu sama ada lelaki mahupun wanita. Empat pingat telah dianugerahkan bagi setiap acara, termasuk dua gangsa. Sukan Olimpik seterusnya,Atlanta 1996 yang mempunyai lima acara dengan penambahan acara beregu campuran. Ia juga mempunyai pusingan kalah-mati antara dua pemain yang tewas di separuh akhir untuk menentukan pemenang bagi pingat gangsa. Format ini digunakan semasa2000 dan sukan olimpk 2004.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BADMINTON

ASAS MEMEGANG RAKET

a. Cara menentukanpegangan

b. Pegangan hadapan

c. Pegangan kilas

Cara Memegang Bulu TangkisTiada pegangan yang spesifik. Kebiasaannya bulu tangkis dipegang padabahagian bulunya. Apabila melakukan servis, hendaklah dipukul padabahagian gabusnya.

Kedudukan / Posisi

a. Pemain bersedia untukmenerima servis

b. Pemain bersedia untukmembuat servis

ASAS GERAK KAKI

Asas gerak kaki di court badminton adalah seperti arah dalam rajah di atas.

Ke arah depan net

Bahagian tengah dinamakan pusat operasi Pemain single boleh bergerak ke arah kanan depan net samada menggunakan satu langkah, dua langkah atau tiga langkah Gerakan juga ke arah tengah depan net , samada satu langkah, dua langkah atau tiga langkah Gerakan kaki ke penjuru kiri depan net , juga menggunakan satu langkah, dua langkah atau tiga langkah

Ke arah sisi

Gerak kaki juga boleh ke arah sisi kanan menggunakan satu langkah, dua langkah atau tiga langkah Gerak kaki ke arah sisi kiri, menggunakan satu langkah, dua langkah atau tiga langkahKe arah sisi

Gerak kaki juga boleh ke arah sisi kanan menggunakan satu langkah, dua langkah atau tiga langkah Gerak kaki ke arah sisi kiri, menggunakan satu langkah, dua langkah atau tiga langkah

Ke arah belakang

Gerak kaki ke arah penjuru kanan belakang samada satu langkah , dua langkah atau tiga langkah Ke arah tengah belakang Ke arah penjuru kiri belakang

SERVIS PENDEK DAN PANJANG DAN LOBServis pendekServis pendek adalah pukulan service dengan mengarahkan shuttlecock ke sudut titik perpotongan antara garis service depan dengan garis tengah dengan garis service dan garis tepi. Jalanya shuttlecock menyusur tipis melewati net. Servis pendek sama seperti persediaan bagi melakukan servis panjang . antara perbezaanya adalah pemain perlu berdiri lebih hamper kepada garisan servis pendek mungkin dalam jarak 6 inci (12sm) atau kurang. Tangan yang memegang reket mula dalam posisi ayunan belakang yang sama dengan tangan pergelangan tangan dalam keadaan terkunci. Apabila melepaskan bula tangkis ,alih berat badan daripada kaki belakang ke kaki hadapan untuk menyentuh bulu tangkis dibawah paras pinggang. Tetapi sewaktu tangan memegang reket dibawa ke hadapan,tidak ada pergerakkan pergelangan tangan kerana pemain hanya menolak bulu tangkis melepasi jarring dan bukannya memukul. Ikut lajak di adallah pendek dengan reket diatas dan selari dengan servis. Lakukan servis spendek di hadapa badan permain dengan kedudukan kaki selari atau sedikit berganjak.

Servis panjangServis panjang adalah hampir sama dengan pergerakkan ayunan bawah tangan dalam pukulan hadapan. Permain perlu berdiri berhampiran dengan garisan tengah dan lebih kurang 4 hingga 5 kaki (1.5 meter) di belakang gerisan servis pendek. Posisi ini meletakkan permain berhampiran dengan bahagian tengah gelanggang dan dalam jarak yang hampir kesemua penjuru gelanggang. Kaki mesti dalam kedudulkn berganjak hadapan dan belakang dengan kaki dominan di belakang. Jari telunjuk dan ibu jari tangan bukan dominan memegang bulu tangkis dibahagian bawahnya,dihadapan badan paras pinggang . tangan yang memegang reket dalam keadaan ayuanan belakang dengan tangan dan pergelangan tangan dikunci. Sebaik sahaja bulu tangkis dilepaskan ,alihkan berat badan ke kaki hadapan dan bawa tangan ke hadapan untuk menyentuh bulu tangkis pada paras lutut . putaran lengan dan pergerakkan pergelangan tangan memberikan kuasa pada pukulan permain. Ikut lajak adalah dengan membawa reket selari dengan haluan bulu tangkis dan tamat pada bahu berlawanan

LOB (pukul tinggi)Pukulan lob dilakukan di belakang gelanggang dengan memukul bulu tangkis yangtinggi dari belakang gelanggang secara pukulan depan atau kilas.A. Kemahiran Asas Lob dilakukan seperti aksi membaling dengan bulu tangkis dipukul tinggiarah ke belakang gelanggang. Tangan dibengkokkan ke belakang. Tangan ditolak ke hadapan ke atas dan tangan lurus. Titik sentuhan pada ketinggian maksimum dan ikut lajak.

PUKULAN SMASHPukulan Smash terbahagi kepada 2 jenis pukulan iaitu, pukulan smashbiasa (regular smash) dan pukulan smash lompat (jumping smash) atau potong (cut smash). Pukulan smash boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Kaedah ini digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosong gelanggang lawan. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk menghasilkan pukulan smash yang terbaik ialah pertama, pandang bulu tangkis. Kedua, berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan dan hayun raket ke belakang dengan siku bengkok. Sementara itu, sebelah tangan lagi lurus ke atas dan hayunkan raket ke hadapan dengan lengan lurus. Akhirnya, dengan pantas dan mengikut lajak, pukul bulu tangkis tersebut.Pukulan smash yang paling kuat ialah apabila membuat pukulan curam terus ke tengah-tengah gelanggang pihak lawan. Pada tahun 2009, pemain beregu lelaki Malaysia, Tan Boon Heong telah mencatatkan rekod pukulan smash sehingga mencapai kelajuan 421 km/j di Kejohanan Terbuka Jepun.

PUKULAN DROPSHOT (PUKULAN POTONG)Seterusnya, teknik permainan badminton yang lain adalah teknik dropshot atau nama lainnya iaitu pukulan potong. Teknik ini begitu popular dan ianya seakan-akan dengan teknik pukulan smash. Cuma perbezaannya hanyalah pada gaya memegang raket semasa melakukan dropshot dan juga semasa melakukan pukulan smash. Semasa melakukan dropshot ini, bulu tangkis hendaklah dipukul dengan sentuhan yang halus dan perlahan. Dropshot yang dilakukan dengan teknik yang sempurna dan baik adalah apabila bulu tangkis akan jatuh berdekatan dengan net dan tidak melepasi garisan berganda. Terjadinya teknik dropshot ini adalah apabila bulu tangkis itu sentiasa jatuh berdekatan dengan jaring dan di dalam kawasan permainan lawan. Oleh hal yang demikian, setiap pemain harus mampu untuk melakukan dropshot daripada pelbagai posisi dan gaya badan dalam kawasan permainan. Pada waktu ini, faktor-faktor seperti gaya pegangan raket, posisi badan dan proses pemindahan berat badan yang baik ketika melakukan pukulan menjadi penentu kepada keberkesanan pukulan dropshot ini. Oleh itu, seorang pemain yang baik akan mengenalpasti faktor-faktor tersebut agar dropshot yangdilakukan akan membuahkan hasil yang memberansangkan. Semasa melakukan dropshot, pergerakan awal dan gerakan ketika memukul bulu tangkis adalah sama dengan gerakan ketika melakukan teknik smash. Selain itu, ketika melaksanakan pukulan ini, bulu tangkis akan disasarkan pada sudut-sudut lapang an

PUKULAN DRIVE

pukulan drive banyak digunakan dalam permainan double supaya lawan kita tidak mudah untuk membuat pukulan smasy dalam pukulan drive teknik menggunakan pergelangan tangan (wrist) sangat penting dan asas yang paling asas ialah teknik pegang raket (badminton grip) jika anda lemah dalam asas pegang raket (badminton grip) semua pukulan anda akan lemah , tidak tepat dan tersasar anda lemah dalam teknik pegang raket , menjadikan anda tidak cukup masa untuk mengubah cara pegang raket mengikut jenis pukulan mahirkan diri anda teknik pegang raket cara betul ramai pelatih dan pemain sosial mengambil mudah teknik asas ini menjadikan mereka pemain yang lemah kedudukan badan (posture) sangat penting dalam badminton kerana ia akan mempengaruhi pukulan anda jika anda berdiri tegak , tanpa bengkokkan , menjadikan gerakan kaki anda lambat

PERMAINAN ATAS ARAS JARING /NET PLAY

Pukulan dilakukan berhampiran dengan jaring pada aras sedikit di atas jaring. Jika dimain dengan baik, pihak lawan dipaksa melakukan kesalahan dan ini memberi peluang kepada pemain mengetuk bulu tangkis ke bawah sekiranya pukulan balas balik pukulan di jaring terlalu tinggi.

Cara melakukan kemahiran tersebut adalah seperti berikut:

1.Lonjak ke hadapan dan buat pukulan pada poin konteks paling tinggi di atas jaring. Pastikan gabus bulu tangkis ataucorkmelepasi kawasan pihak sendiri sebelum membuat konteks. Jika belum melepasi, pukulan itu dibatalkan.2.Gunakan pergelangan tangan semasa melakukan pukulan.3.Genggaman raket jangan terlalu ketat (loose grip).

Pukulan ini dilakukan apabila bulu tangkis berhampiran dengan jaring beberapa meter dari lantai dan jaring. Ia digunakan sebagai tindakan defensif dengan bulu tangkis dipukul melepasi aras atas jaring.

Cara melakukan pukulan jaring ini adalah seperti berikut:

1.Siku dibengkokkan dan dihulurkan sedikit dengan pergelangan tangan dilonggarkan.2.Bulu tangkis ditolak bukan dipukul.3.Konteks di hadapan badan pemain.4.Tolakan dimatikan selepas konteks.

Terdapat 2 jenis net-play iaitu di atas jaring dan bawah jaring. Pukulan dilakukanberhampiran dengan jaring pada aras atas jaring.

Di atas jaring - Pukulan dilakukan berhampiran dengan jaring pada aras atasjaring. Bawah jaring - dilakukan apabila bulu tangkis berhampiran dengan lantai.

A. Kemahiran Asas

Pukulan dilakukan berhampiran dengan jaring pada paras atas jaring. Lonjak ke hadapan dan pukulan dilakukan paling tinggi di atas jaring. Jika dilakukan dengan cepat pukulan ini dapat digunakan sebagai tindakanmenyerang. Jika lambat pukulan yang dilakukan sebagai tindakan defensif (bertahan

TAKTIK UMUM PERMAINAN BADMINTON

TAKTIK PERMAINAN PERSEORANGANPermainan perseorangan dalam badminton umumnya merupakan permainan yang memerlukan kesesuaian dan kesabaran. Setiap skor ataumarkah yang diperolehi bergantung sepenuhnya kepada teknik dan taktikseseorang. Justeru, seseorang pemain tersebut bertanggungjawab sepenuhnyaterhadap baik atau teruk pukulannya untuk mengalahkan pihak lawan. Oleh halyang demikian, untuk menjadi pemain yang baik dalam kategori perseorangan,seseorang itu haruslah menggunakan teknik serta taktik-taktik yang bersesuaiandan berkesan. Dengan ukuran 22 kaki panjang dan 17 kaki lebar gelanggangbadminton, seseorang pemain dapat menguasai sepenuhnya gelanggang melalui teknik dan taktik permainan yang baik.Beberapa perkara umum berhubung dengan taktik perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pemain. Antaranya, seseorang pemain haruslah bersedia untuk mengubah corak permainan jika ketinggalan mata, sebaliknya, seseorang pemain tidak perlu mengubah corak permainannya sekiranya mata mendahului pihak lawan. Justeru itu, setiap pemain haruslah mengetahui bahawa, pemainitu mesti mengejar bulu tangkis dan bukan menunggu bulu tangkis menujukepadanya. Pukul bulu tangkis pada titik pukulan paling tinggi.Hal ini untuk memudahkan seorang pemain dapat membalas dengansecepat yang mungkin sehingga mengakibatkan pihak lawan tidak sempat untuk bertindak kembali. Seperti yang diperkatakan dari awal, seseorang pemain haruslah menguasai sepenuhnya gelanggang untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan. Namun demikian, perkara yang paling penting ialahseseorang pemain tersebut haruslah mampu membaca fikiran pihak lawan dan memaksa pihak lawan untuk bermain mengikut corak permainan yang dikehendaki.Dalam menentukan taktik seseorang tersebut berkesan dan mampu digunakan untuk mengalahkan pihak lawan, perkara yang perlu diambil kira adalah servis yang dilakukan. Secara umumnya, terdapat dua jenis servis yang biasa digunakan untuk melakukan servis iaitu servis tinggi dan servis rendah.Namun, secara amnya, menggunakan servis tinggi kerana bulu tangkis yang dipukul akan jatuh paling hampir dengan bahagian belakang gelanggang. Hal ini menyulitkan pihak lawan untuk membalas balik pukulan tersebut dan terpaksa berundur ke belakang serta mengambil masa yang lama. Jadi, pemain tersebut dapatlah mengatur kedudukan selesa apabila mambalas pukulan pihak lawan. Seseorang pemain haruslah bijak menentukan kedudukan atau tempatmelakukan servis. Biasanya, taktik yang sesuai digunakan untuk melakukanservis ialah, seseorang pemain haruslah berdiri pada kedudukan yang palinghampir dengan garisan tengah dan kira-kira lima kaki berada di belakang garisandepan. Pada masa yang sama, dalam melakukan servis, bulu tangkis akan diarahkan sedekat yang mungkin ke garisan tengah kerana ini akan menyempitkan sudut pihak lawan untuk mengembalikan servis. Bila pihak lawan membuat servis tinggi dan jauh ke belakang, seboleh-bolehnya pukulan tinggi (lob) digunakan untuk menghantar semula bulu tangkis itu. Bila pihak lawan memberikan servis pendek dan rendah pengembalian bolehdibuat dengan pukulan junam lurus dekat ke jaring atau pukulan kuis (flick) lurus ke depan. Melalui cara ini, seseorang pemain dapat menggerakkan pihak lawandengan harapan pihak lawan tersilap langkah dan melakukan kesilapan atau meninggalkan ruang kosong untuk melaksanakan smash pantas (PersatuanBadminton England, 2006). Justeru, apa jua pukulan yang ingin digunakandalam permainan perseorangan yakni membalas pukulan, adalah penting untukcuba menghalakan bulu tangkis ke pangkalan utama di pertengahangelanggang, di pertengahan garis belakang sebagai tindakan untuk membalaspukulan pihak lawan.Apabila pengembalian mengalami kesukaran untuk membuatkan pihaklawan tersilap langkah, seseorang pemain perlulah memukul bulu tangkis secaratedas setinggi yang mungkin ke belakang gelanggang untuk memberi masa pihak lawan kembali ke pangkalan. Rajah 1 di muka surat sebelah menunjukkan sudut pengembalian pukulan yang luas iaitu taktik yang digunakan untukmemastikan pihak lawan mengambil masa mendapatkan bulu tangkis danseseorang pemain tersebut juga boleh mengatur kedudukan yang lebih selesa.Manakala rajah 2 menunjukkan sudut pengembalian yang sempit.

Rajah 1

i. Anak panah garis putus-putus tersbut mewakili garis perjalanan bulutangkis yang dipukul oleh pemain A.ii. Manakala, anak panah garis bersambung tersebut menunjukkan sudut yang boleh digunakan oleh pemain untuk membalas atau mengembalikanpukulan daripada pihak lawan.

Rajah 2

i. Anak panah garis putus-putus menunjukkan perjalanan bulu tangkis yangdipukul oleh pemain Aii. ii.Anak panah garis bersambung menunjukkan sudut yang boleh digunakanuntuk membalas pukulan pihak lawan.Dalam permainan perseorangan, smash digunakan untuk menamatkansatu rali atau untuk memaksa pemain lawan melakukan pukul balik yang lemahdan kemudian menamatkan rali.Oleh kerana smash digunakan untuk menamatkan rali, pemain itu mestiberusaha untuk memaksa pemain lawan memberikannya peluang untukmelakukan smash. Pukul tinggi yang berkesan mungkin akan mengakibatkanpukul balik yang lemah dan boleh dimatikan dengan smash. Pukul junam yangbaik dan dilakukan berdekatan jaring mungkin boleh memaksa pemain lawanmenaikkan bulu tangkis untuk satu smash.Pemain tidak digalakkan untuk melakukan smash pada semua pukulantinggi kerana smash akan menggunakan lebih tenaga dan cepat melemahkan jika dibandingkan dengan pukulan-pukulan lain. Pemain itu juga mengambilmasa yang lebih panjang untuk mengatur posisi bagi pukulan yang seterusnyaselepas satu smash dilakukan berbanding dengan pukulan jenis lain. Sebelummelakukan smash hendaklah dipastikan bahawa :(a)Pemain berada dalam keadaan seimbang dan boleh mengubahposisinya dengan cukup pantas untuk bersedia menerima kembalipukulan balik daripada smash tersebut.(b) Pemain telah melakukan satu pukulan smash lepas (clearance) danbukan satu pukul tinggi ke garisan belakangPukulan-pukulan smash biasanya diarahkan ke garisan-garisan tepi dan jauh daripada pemain. Melakukan smash sepanjang garisan tepi adalah lebih erkesan dibandingkan daripada smash-smash yang melintang gelanggang.Kadang-kadang smash-smash juga diarahkan ke arah badan pemain lawan.Smash selalunya diambil pada poin tertinggi untuk memastikan ia melaluisatu trajektori yang curam. Untuk menambahkan trajektori bulu tangkis, pemain-pemain antarabangsa kini telah mula menggunakan smash lompatan (leaping smashes). Pergerakan ini memerlukan kekuatan kaki yang kuat, masa yang baikdan imbangan yang sempurna semasa mendarat supaya boleh bergerak untuk mengambil pukulan yang seterusnya.Dalam suatu permainan yang terkawal rapi di antara dua pemain yang baik, masa atau peluang di mana smash boleh dilakukan adalah daripada kawasan berhampiran dengan garisan belakang. Jika berlaku keadaan sedemikian, tempat yang terbaik untuk memulangkan smash ialah di jaringkerana pemain yang membuat smash terpaksa berlari pada jarak yangmaksimum ke arah jaring untuk mengambil pukul balik tersebut.Untuk menambahkan jarak larian bulu tangkis boleh dipukul melintanggelanggang (cross-court ) ke arah jaring. Jarang terdapat smash yang dikembalikan dengan tinggi ke garisan bes. Jika smash itu dilakukan dengan baik, pukulan baliknya tidak akan dilakukan dengan memuaskan ke garisanbelakang di mana jaraknya tidak memuaskan dan akibatnya satu lagi smashakan dibuat.Bagaimanapun, terdapat pemain-pemain yang boleh berlari pantas ke jaring untuk membalas pukulan tersebut. Jika ini berlaku, bulu tangkis hendaklahdihantar di atas kepala pemain yang sedang bergerakTAKTIK PERMAINAN BEREGUPermainan beregu adalah lebih kompleks berbanding dengan perseorangan kerana ia memerlukan tindak balas yang lebih pantas danmemerlukan jangkaan terhadap apa yang pasangan kita dan lawan kita akanlakukan. Kerjasama di antara pasangan adalah penting dengan kedua-duapasangan tersebut boleh memilih untuk bermain dalam posisi masing-masingyang lebih baik dan kuat. Seorang pemain juga boleh membantu pasangannyadalam posisi atau pukulannya yang lemah. Seorang pemain boleh set untuk pasangan untuk menyerang. Secara amnya, strategi permainan beregu adalah untuk menyerang dengan laju.

Taktik asas permainan bereguTaktik asas permainan beregu adalah seperti berikut: Jangan menunggu bulu tangkis datang tetapi harus bergerak ke arah bulutangkis. Pukul bulu tangkis pada titik pukulan yang paling tinggi. Ambil inisiatif untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan. Belajar pergerakan penipuan (deception) dalam pukulan kesemua strok. Baca fikiran pihak lawan-taktik yang akan pihak lawan gunakan. Paksa pihak lawan bermain corak permainan yang kita kehendaki.

Taktik asas yang lain dalam permainan beregu: Komunikasi di antara pasangan. Selalu menyerang. Posisi dan jangkaan (anticipation) menunggu pukulan pihak lawan. Sentiasa sampai ke net awal. Beri perhatian kepada tiga pukulan pertama setiap rali. Serang bahagian tengah di antara 2 pemainPemain di depan perlu "set untuk pemain belakang menyerang. Pemain di depan harus cuba 'intercept pukulan pihak lawan. Cuba tukar permainan tahanan kepada serangan secepat mungkin.

Servis permainan bereguServis rendah ke bahagian tengah / tepi depan gelanggang untuk: Elakkan pihak lawan daripada membuat pukulan menyerang. Paksa pihak lawan menjadi "off balance. Elakkan pihak lawan daripada bergerak cepat ke net untuk menerimaservis.Servis asas dalam acara beregu ialah servis rendah. Beregu yangmelakukan servis rendah yang berkualiti akan memaksa penerima servismelambung bulu tangkis tinggi ke bahagian belakang dan memberikan peluangkepada beregu yang membuat servis tadi untuk menyerang.

Balasan servis permainan bereguServis rendah harus dibalas dengan: Net jatuh bahagian pembuat servis. Tolak rata sepanjang garisan tepi gelanggang semasa ke bahagiantengah atau belakang. Tolak rata ke badan pembuatan servis atau pasangannya. Letak ke bahagian belakang pembuat servis

Posisi Pasangan Beregu Posisi pasangan apabila menyerang adalah seorang berada di bahagiandepan gelanggang manakala yang seorang lagi adalah di belakang gelanggang.Keadaan ini adalah dipanggil sistem depan-belakang (front-back ). Posisi membuat servis adalah mengikut sistem ini. Faedah sistem ini adalah terdapat seorang pemain di hadapan yang dekat dengan net yang lebih berpeluang untukmembuat pukulan memaksa pihak lawan untuk menaikkan bulu tangkis untukpasangannya menyerang. Pemain hadapan ini juga dalam posisi yang mudahuntuk mematikan apa-apa pukulan tanggung di hadapan (loose returns).Apabila dalam keadaan menahan, pasangan beregu harus berada diposisi bersebelahan, iaitu seorang di kiri dan seorang lagi di kanan gelanggang(side by side). Keadaan ini adalah dipanggil sistem bersebelahan (side by side).Sistem ini menyenangkan setiap pemain untuk bertahan. Kedua pemain adalahbertanggungjawab untuk bahagian setengah gelanggangnya.Apabila pasangan bertukar dari bertahan ke serangan, mereka bolehmenukar dari sistem bersebelahan ke sistem depan-belakang dan begitu juga sebaliknya.

Pelbagai taktik permainan beregu Lebihkan pukulan rendah untuk memaksa pihak lawan menaikkan bulutangkis untuk serangan. Pemain depan harus sentiasa mencari peluang untuk mematikan pukulanbalas yang lemah atau memintas (intercept ) bulu tangkis yang boleh dicapai. Pemain depan harus meletakkan raket di atas bahunya supaya bolehmemintas (intercept ) atau mencapai bulu tangkis seawal mungkin.

Pemain belakang harus sentiasa menyerang.Selalu buat serangan smash atau drop pada bahagian tengah gelanggang diantara 2 pemain. Selalu serang pemain yang lebih lemah. Pukulan silang (cross) gelanggang harus digunakan dalam permainan untukmemaksa pemain hadapan pihak lawan supaya tidak bersedia atau di luar posisi sedia. Apabila bertahan selalu mengangkat bulu tangkis tinggi danpastikan pemain lawan di bahagian depan tidak boleh mencapai bulu tangkisatau pukulan tersebut. Pasangan yang bertahan boleh bertukar ke serangan dengan mengarahkanbulu tangkis ke bahagian depan gelangggang atau membuat blok di depan gelanggang.

TAKTIK BEREGU CAMPURANTaktik permainan beregu campuran tidak juah bezanya dengan permainan beregu. Apa yang membezakan acara beregu campuran ini adalah terdapat pergabungan diantara permain lelaki dan wanita. Dalam permainan beregu campuran ini menuntut kesefahaman yang kuat dalam beregu ini. Hal ini seperti sedia maklum kekuatan setiap beregu campuran ini terletak keserasian pasangan regu itu untuk mencapai kemenangan. Taktik-taktik yang diterapkan hampir sama dengan acara beregu.tiada perbezaan yang agak ketara dalam acara ini.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BADMINTON

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

i. Undang-Undang AsasPermainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badmintonboleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkatumur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badmintonjuga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secarapertandingan.Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseoranganlelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas /Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.

ii. Memulakan Permainan

a. Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulutangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian.b. Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis ataumemilih petak gelanggang.c. Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.

iii. Sistem Pengiraan Mataa. Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (the best ofthree games).b. Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.c. Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainanditeruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30dikira sebagai pemenang.d. Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servisdilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.e. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuatservis dan sebaliknya.

iv. Masa Rehat

a. Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama60 saat akan diberikan.b. Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu gametamat.

v. Servis

a. Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.b. Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkanmemijak garisan gelanggang.c. Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalamkeadaan tetap.d. Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuatservis.e. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft)mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.f. Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

vi. Servis Batala. Bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnyamenerima servis. Bulu tangkis melepasi bawah jaring.b. Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis.c. Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket.d. Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turute. Bulu tangkis tersangkut dijaring setelah melepasi jaring semasa membuat servis.

vii. Servis Semula ( Let )

Diberikan sekiranya:-a. Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.b. Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentakc. Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.d. Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabute. Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawanf. Pengadil tidak dapat membuat keputusan.

viii. Larangan Untuk Pemain

a. Jangan sengaja melambat-lambatkan permainanb. Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukarkelajuan.c. Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring ataupemain menyentuh papan iklan.d. Tidak berkelakuan kasar.e. Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil