SOALAN 2
Pengajaran bahasa Melayu menggunakan bahan sastera banyak mengandungi unsure
kebahasaan dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses penerapan kemahiran
bahasa.
Berdasarkan genre cerpen, huraikan bagaimana anda merancang aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa secara terancang.
PENGENALAN
Bahan yang digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu perlu dipelbagaikan
untuk memperkembang pengetahuan murid-murid seluas yang mungkin. Selain
bahan-bahan yang merentas pelbagai laras dan mata pelajaran seperti Geografi,
Kajian Tempatan, Matematik, Sains, Agama, Pendidikan Seni dan seumpamanya,
sastera merupakan satu lagi bahan yang patut diberi perhatian. Sesungguhnya,
bahan sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat
membantu dalam proses penerapan EQ dalam kalangan murid.
ASPEK BAHAN SASTERA
1. Bahasa Kiasan
Bahasa kiasan adalah bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan
mengkiaskan kepada perkara yang lain sama ada dengan menyebutkan
bandingannya ataupun tidak.
(a) Kiasan asal: iaitu kiasan yang menyebutkan bandingan dengan terang.
Contoh:
(i) Matanya merah semerah biji saga.
(ii) Pahit bagai hempedu.
(iii) Hatinya remuk bagai kaca terhempas ke batu.
(b) Kiasan berpindah: iaitu kiasan yang tidak menyebut bandingan sebaliknya
terus berpindah kepada benda bandingan itu sendiri.
Contoh:
(i) Pekak badak.
(ii) Tidur ayam.
(iii) Mandi kerbau.
(c) Kiasan terus: kiasan yang mempunyai makna yang lain dari makna asal.
Contoh:
(i) Harimau berantai.
(ii) Mentega laut.
(iii) Kutu embun.
2. Ragam Bahasa
Ragam bahasa ialah ciri gaya penceritaan tertentu menurut bidang
penggunaannya bertujuan untuk menguatkan dan mempertajamkan maksud
supaya pembaca atau pendengar mendapat kesan daripadanya.
(a) Bahasa sindiran
perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang
dengan tidak disebutkan secara tepat, hanya disinggung atau dikias-kiaskan
kepada perkara lain kerana tidak mahu disebut secara terus terang. Jika
orang yang ditujukan itu mengerti, maksud sindiran itu dapat dirasakan.
Contoh:
(i) Aku seorang saja yang bekerja bagai nak mampus di sini.
(Menyindir orang lain yang malas bekerja).
(b) Bahasa menggiat
seakan-akan bahasa sindiran juga tetapi tiada berisi
kiasan, maksudnya hanya mengusik dan kadang-kadang untuk bergurau
tetapi kadang-kadang bersungguh-sungguh hingga boleh menimbulkan
perasaan kepada orang yang kena giat.
Contoh:
(i) Ada hati juga orang tua ni!
(ii) Amboi, besarnya hati kawan kita ni, nak jadi Perdana Menteri!
(c) Bahasa turun
bahasa yang menurun dari dataran yang tegang, selangkah
demi selangkah ke dataran yang kendur. Biasanya ia mengandungi perasaan
yang menggelikan hati sama ada secara sengaja atau tidak.
Contoh:
(i) Malang benar nasibnya, mula-mula mati isteri, mati pula anaknya,
kemudian rumahnya kecurian, sudah itu orang gajinya pula berhenti
kerja dan akhirnya kucing kesayangannya pula lari tak pulang-pulang.
3. Nilai
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk
melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Melalui nilai murni
akan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia.
Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran
dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk
pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan atau
kelas.
4. Struktur
Struktur bahan sastera adalah seperti berikut:
(a) Tema
- Gagasan fikiran atau persoalan utama/ pokok yang mendasari
sesebuah karya Sastera dan terungkap secara langsung dan tidak
langsung.
(b) Persoalan
- Perkara atau masalah yang diketengahkan dalam sesuatu karya dan
ada hubung kait dengan tema.
(c) Watak dan Perwatakan
(i) Watak - tokoh yang menggerakkan cerita dalam sesebuah karya.
(ii) Perwatakan – pengisahan tentang watak dalam sesebuah karya
(d) Plot
- Susunan atau jalinan peristiwa yang menggerakkan cerita berdasarkan
sebab dan akibat.
(e) Gaya bahasa
- Cara penggunaan bahasa dalam sesebuah karya.
(f) Latar
- Latar ialah latar belakang sesebuah karya sastera. Latar
mengandungi pelukisan masa, tempat, dan keadaan masyarakat yang
melingkungi cerita.
(g) Nilai
- Merupakan sesuatu yang tinggi sifatnya. Nilai yang memberi kebaikan
dan bersifat positif dikatakan sebagai nilai murni.
5. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MASA AKTIVITI CATATAN
Set Induksi
Guru menunjukkan contoh beberapa ekor ikan
dalam aquarium. Contoh-contoh ikan itu ialah :
a. toman
b. haruan
c. tilapia
Murid diminta bercerita tentang ikan-ikan
tersebut seperti :
a. saiz ikan
b. warna sisik ikan
c. tempat tinggal ikan
Bahan Bantu
Mengajar
1. ikan
Langkah 1
Guru menerangkan tajuk cerpen hari ini iaitu
“Anaknya Menjadi Ikan”.
Video
“Anaknya Menjadi
Ikan”
Murid-murid menonton sebahagian cerita tersebut
dalam cakera padat
Murid membaca cerpen “Anaknya Menjadi Ikan”
secara senyap.
Langkah 2
Guru dan murid bersoal-jawab secara lisan
tentang cerpen tersebut
1. Siapakah nama ibunya?
2. Di manakah mereka tinggal?
3. Mengapakah anaknya menjadi ikan?
Murid menjawab soalan tersebut secara lisan dan
berpandukan cerpen yang telah dibaca tadi.
Lampiran 1
Cerpen “Anaknya
Menjadi Ikan”
Langkah 3
Guru menerangkan sinopsis cerita tersebut
mengikut plot dan gaya bahasa yang betul.
Guru juga menerangkan maksud watak dan
contoh-contoh nilai murni kepada pelajar.
Slaid Powerpoint
- watak
- nilai-nilai murni
Langkah 4
Dalam kumpulan, murid diminta mengenalpasti
watak-watak yang terdapat dalam petikan seperti
berikut:
1. Janda
2. Orang Minangkabau
3. Anak perempuan
4. Anak lelaki
Murid-murid juga dikehendaki mengenalpasti
nilai-nilai murni serta pengajaran yang terdapat
dalam cerita tersebut.
Lembaran kerja
berkumpulan
- nilai-nilai murni
- watak
Langkah 5
Beberapa kumpulan akan membentangkan hasil
kerja mereka kepada rakan-rakannya yang lain.
Penutup
Guru memberi ulasan untuk semua kumpulan
yang terlibat.
Guru menyatakan nilai-nilai murni dan
pengajaran yang tedapat dalam cerpen tersebut.
LAMPIRAN 1
Sinopsis cerpen “Anaknya Menjadi Ikan”
Terdapat seorang janda yang sangat kaya tinggal di Pekan Baso. Dia mempunyai dua
orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kekayaan janda tersebut adalah
melimpah ruah tetapi diperolehi dengan cara yang tidak halal.
Suatu hari semasa kenduri keramaian di kampong tersebut, anaknya telah hilang. Semasa
janda itu tidur, datang perempuan tua yang mengatakan anaknya telah terjatuh ke dalam
Sungai Jernih. Untuk mendapatkan semula anaknya itu, janda tersebut perlu menabur
beras ke dalam sungai tersebut.
Setelah dilakukan seperti yang diminta oleh perempuan dalam mimpinya, maka janda
tersebut dapat berjumpa dengan anaknya tetapi anak tersebut telah bertukar menjadi ikan.
Janda tersebut berasa sangat menyesal dan dia terus bertaubat.
LAMPIRAN 2
TAJUK : ANAKNYA MENJADI IKAN
NAMA KUMPULAN : ………………………………………………………
TARIKH : …………………………………………………………………….
Nyatakan watak-watak yang terdapat dalam cerpen “Anaknya Menjadi
Ikan”
1. ………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………
4. ………………………………………………………………………………
5. ………………………………………………………………………………
Tuliskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen “Anaknya
Menjadi Ikan”
1. …………………………………………………………………………………….
2. …………………………………………………………………………………….
3. …………………………………………………………………………………….
Nyatakan pengajaran cerita “Anaknya Menjadi Ikan”
Pengajaran yang dapat diperolehi dalam cerita ini ialah
……………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
BIBLIOGRAFI
Modul Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5 (2005). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, et al., (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yulis Haji Alwi, Kumpulan Cerita Rakyat (2009), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
LAMPIRAN