8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 1/33
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEKOLAH SAINS SOSIAL
TUGASAN TUTORIAL SEJARAH EROPAH SEBELUM PERANG DUNIA KE-2
NAMA : NORKHALISAH BT MOHD KHALID ( BA09110122)
TAN AIK MUND ( BA09110002)
YUSNI BT MUHD ALI ( BA09110037)
NAMA PENSYARAH : EN WAN SHAWALUDIN
NAMA TUTOR : CIK NORHAYATI
SUBJEK : SEJARAH EROPAH SEBELUM PERANG DUNIA KE-2
TAJUK : SEJAUHMANAKAH DASAR STALIN BERJAYA
MENGUKUHKAN
KESATUAN SOVIET UNION SEBELUM 1939?
1
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 2/33
Item
.
Isi kandungan Halaman
01. Pengenalan:
1. Siapa Stalin?
Halaman……….
2
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 3/33
PENGENALAN
Siapa Stalin?
Josep Stalin, nama sebenarnya ialah Dzhugashvili. lahir pada 21 Disember 1879 di
Gori, Georgia. Merupakan seorang pemimpin Soviet dari pertengahan 1920-an
hingga 1953. “Stalin was subjected to a brutal childhood at the hands of his
alchoholic abusive father, an impoverished shoemaker” ( Axelrod & Phillips, 1995).
Sejak muda lagi beliau telah menceburkan ciri dalam parti Sosial Demokratik
Rusia. Sebagai pengikut fahaman komunis yang dedikasi, beliau berazam untuk
menyebarkan fahaman komunis ke seluruh dunia. Sewaktu Lenin masih hidup
(sekurang-kurangnya sehingga tahun 1922), Stalin disanjung tinggi oleh Lenin.
Beliau juga mendapat kedudukan yang wajar dalam parti pada keseluruhannya.
Stalin sering mengikut rapat prinsip-prinsip dan amalan-amalan Lenin. 1
Stalin ialah anak Vissarion Dzhugashvili yang tertua antara yang hidup.
Ayah Stalin seorang tukang kasut di Gori, Georgia. Pada hari ini pondok tempat
Stalin dilahirkan masih dipelihara dengan baik. Sebuah bangunan yang berbentuk
seperti kuil dibina meliputinya. Semasa kecil beliau mendapat didikan di sebuah
sekolah agama di Gori. Kemudian beliau telah meneruskan pelajarannya ke sekolah
kaji ketuhanan di Tiflis. Pada hari ini sekolah tersebut telah dijadikan sebagai
sebuah muzium seni lukis Georgia pada zaman pertengahan.2
1 Donald W. Treadgold, 1986. Rusia Abad Ke-20. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hlm 2672 Ibid . hlm 268
3
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 4/33
Stalin telah menceburkan diri dalam satu pertubuhan Marx yang dikenali
dengan nama ‘Mesamedasi’ semasa beliau masih seorang penuntut di sekolah kaji
tersebut. Dalam tempoh dua tahun selepas itu fahaman beliau terhadap ajaran
Marx menjadi sangat padat sekali. Pada masa itu beliau sudah mula menghasilkan
penulisan nya yang pertama iaitu pada tahun 1901 dalam sebuah akhbar di
Georgia. Beliau cuba memperjuangkan pendapat-pendapat dan dasar-dasar Lenin
dan pendapat golongan penganut Marx ortodoks yang dalam buangan.3
Stalin sangat aktif dalam gerakan revolusioner di Tiflis, Batum dan lain-
lain tempat lagi, bukan sebagai Dzhugashvili ataupun sebagai ‘Stalin’ tetapi sebagai
‘Koba’. Perkataan tersebut bermaksud ‘Keberanian’ dalam bahasa Turki.4
Selepas kematian Vladimir Lenin pada 21 Januari 1924, satu perebutan kuasa
berlaku di antara Stalin, Kamanev, Trotsky dan Zinoniev. Namun begitu, Stalin
berjaya mengalihkan kuasa daripada mereka dengan mengisolasikan mereka
daripada pembuatan keputusan. Lama-kelamaan mereka telah dikeluarkan
daripada Central Commitee dan akhirnya parti komunis itu sendiri. Tindakan ini
menyebabkan Josef Stalin menjadi pemerintah bagi Kesatuan Soviet yang kedua
selepas Vladimir Lenin. Selepas menjadi pemerintah, Stalin melaksanakan beberapa
polisi atau dasar yang bertujuan untuk menguatkan Kesatuan Soviet.5
3 Ibid .4 Ibid . hlm. 2695 Ibid .
4
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 5/33
Kesatuan Soviet di bawah pemerintahan Stalin
i. Sejarah penubuhan kesatuan Soviet
Kesatuan republik sosialis soviet ataupun lebih dikenali dengan nama kesatuan
soviet muncul diakhir pemerintahan rejim Tsar yang pada ketika itu merupakan
pemerintah mutlak Rusia. Kemunculan kesatuan soviet juga sedikit sebanyak
dipengaruhi dengan peristiwa pemberontakan yang dilakukan oleh rakyat
tempatan. Siri pemberontakan ini sebenarnya telah dimulakan oleh ‘rakyat
Petrograd’ yang kini dikenali sebagai ‘leningrad’6. Mereka bangkit untuk
menggulingkan tampuk pemerintahan rejim Tsar yang terkenal dengan polisi
pemerintahannya yang zalim dan menindas rakyat. Tertekan dengan desakan pihak
perusuh,Tsar Nicholas 11 tidak mempunyai jalan lain selain menurunkan takhtanya.
Kesan daripada itu, berlaku kekosongan takhta dalam kerajaan Rusia. Namun
kekosongan ini tidak lama kerana tampuk pemerintahan Rusia akhirnya diisi
dengan pengaruh Perwakilan Rakyat Duma. Sebuah kerajaan sementara dibentuk
sebagai badan pentadbir utama dibawah penguasaan perwakilan ini. Ironinya
kerajaan ini tidak bersifat kekal kerana peralihan kuasa berlaku sekali lagi. Hal ini
merujuk kepada peristiwa rampasan kuasa yang dilakukan oleh golongan Bolshevik
pada November 1917.Dibawah pimpinan Vladimir I. Lenin, pemberontakan tersebutmencapai objektif pelaksanaanya dimana pada tahun 1922 mereka telah
memegang tampuk pemerintahan secara rasminya sekaligus menubuhkan
kesatuan republik Sosialis Soviet7.
6 “kesatuan Soviet Union” dalam http/Wikipedia.com.Diakses pada 12 Julai 20107 Abdul Karim.1981, Sejarah Dunia Jilid Dua, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn620
5
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 6/33
Secara dasarnya kesatuan soviet merupakan sebuah kerajaan yang besar
dan disegani dengan kerajaan lain. Kerajaan ini merangkumi kesemua bekas
wilayah jajahan empayar Rusia. Kesemua kerajaan tersebut telah disatukan
dibawah satu payung pemerintahan sama yang berpusat di Rusia. Kerajaan yang
baru ditubuhkan ini mengamalkan satu polisi pentadbiran yang lebih tegas dimana
kerajaan pusat mengawal semua pergerakan politik, sosial, ekonomi mahupun
kebudayaan rakyat-rakyatnya. Dalam erti kata lain, pemerintah mengharamkan
penubuhan organisasi-organisasi politik kerana penubuhan organisasi sedimikian
dikhuatiri akan mengancam pemerintahan yang sedia ada. Sehubungan dengan itu,
tidak hairanlah jika kerajaan kesatuan soviet hanya mengamalkan pemerintahan
berdasarkan one party rule iaitu pemerintahan berdasarkan satu parti tunggal
sahaja. Sejajar dengan fahaman komunis yang menebal, Lenin dilantik menjadi
pemerintah pertama kerajaan kesatuan soviet.
Dibawah pemerintahan Lenin, pengaruh kesatuan soviet semakin
berkembang. Dari segi demografinya saja telah memperlihatkan kekuasaan
kerajaan ini. Secara umumnya kesatuan soviet dianggotai oleh empat kerajaan.
Empat kerajaan ini merupakan antara kerajaan terawal yang menganggotai
kesatuan soviet. Antaranya ialah Rusia, Transcaucasian, ukrain dan belarus.
Dengan pengagabungan empat kerajaan ini kesatuan soviet telah diiktiraf sebagai
satu negara yang sangat luas. Kesatuan soviet kemudiannya semakin meluasdengan kemasukan negara-negara lain pada tahun-tahun berikutanya. Umumnya
negara kesatuan soviet ini bersempadan dengan dengan 12 buah negara yang
mana separuh daripada angka ini adalah negara benua eropah dan selebihnya
adalah negara-negara di benua asia.
Berbanding dengan negara angggota soviet yang lain, Rusia dilihat sebagai
satu kuasa yang sangat dominan dengan kerajaan kesatuan Soviet ini. Rusia juga
merupakan kawasan yang terbesar dalam kesatuan ini. Dari segi kepadatanpenduduk saja, Rusia mendahului negara-negara anggota yang lain. Uniknya juga
walaupun kesatuan ini dibayangi dengan satu fahaman yang sama iaitu ideologi
komunis, kebudayaan mereka masih terpelihara dan mempunyai nilai estetika yang
tersendiri. Sebagai bancian awal, terdapat lebih kurang 22 bangsa iaitu seramai 1
juta penduduk yang dipercayai 15 daripadanya mempunyai kesatuan republiknya
6
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 7/33
sendiri. Antara bangsa terbesar yang cukup berpengaruh pada ketika itu adalah
Slav, Baltik, Caucacus dan satu lagi bangsa yang bertapak di asia tengah.
Semasa proses penubuhan kesatuan soviet sedang berjalan, berlaku
beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Sebagai contoh besarnya adalahperang. Perang saudara yang berlaku telah menyebabkan perubahan yang ketara
dalam sektor pentadbiran. Hal ini terbukti bilamana satu dasar ekonomi yang
dikenali sebagai komunisme perang telah diperkenalkan. Pertanian dan
perindustrian adalah aspek yang ditekankan dalam pelaksanaan aspek ini8.Pada
mei 1918, satu deklarasi menentang golongan Borjuis desa telah dilakukan dibawah
kelolaan golongan Bolshevik. Penentangan terhadap kaum ini dilakukan kerana
kaum tersebut dipercayai telah menyembunyikan bekalan bijirin disamping
mengawal harga bekalan makanan tersebut. Setahun kemudian telah lahir puladoktrin baru yang dinamakan sebagai jawatan petani miskin. Jawatan ini
diwujudkan untuk meknghapuskan dominasi petani-petani kaya terhadap
penyembunyian bahan makanan yang menjadi nadi kehidupan masyarakat soviet
yang lainnya.
Dari segi ekonomi perindustrian pula memperlihatkan jalan cerita yang
berbeza.Dasar Komunisme Perang dalam bidang industri adalah berkisarkan
dengan pengaruh Bank dan badan-badan perniagaan yang bersifat global
termasuklah perniagaan dalam industri komersial seperti industi arang
batu,besi,gula,minyak dan sebagainya. Lenin silap percaturan kerana meletakkan
sektor ini sebagai satu langkah yang mampu memperbaiki ekonomi Kesatuan soviet
pada ketika itu. Walaupun dasar ini dilakukan secara beransur-ansur namun ianya
hanya memburukkan lagi keadaan ekonomi yang sememangnya telah berada
dalam tahap yang agak kritikal. Kegagalan ini ditambah buruk lagi dengan peristiwa
mogok yang dilancarkan oleh para pekerja yang inginkan pentadbiran industri
mutlak tanpa adanya pengaruh kerajaan yang membayangi kerja mereka.
Peperangan yang berlanjutan juga menyebabkan kemerosotan dalam jumlah
penduduk dalam kalangan negara kesatuan soviet terutamanya Rusia. Penduduk
kota mengalami susutan yang mendadak iaitu penurunan seramai lapan juta
8 Ibid . hlmn 625
7
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 8/33
penduduk berbanding dengan jumlah yang telah dicatatkan peda tahun 1914. Bukti
yang jelas dapat dilihat dalam populasi masyarakat petrograd dimana jumlah
keseluruhan seramai 2 000 000 telah mengalami penurunan secara drastik.Hanya
seramai 6 00 000 orang yang selamat dalam tempoh kritikal tersebut. Satu bukti
lagi adalah melalui jumlah penduduk Moscow dan rusia yang telah susut daripada
angka 1 500 000 kepada 500 0009.
Masalah ekonomi kesatuan soviet tidak terhenti dengan keadaan ini sahaja.
Kemerosotan kini berubah kepada kemelesetan ekonomi apabila rusia dihambat
dengan masalah inflasi yang teruk. Kejatuhan nilai matawang rusia “Ruble” pada
tahun 1920 sebanyak 1 peratus daripada nilai matawang pada tahun 1917 telah
menyebabkan ekonomi berada ditahap yang sangat membimbangkan10. Dalam
tempoh ini sahaja kadar harga barangan dianggarkan meningkat dan menyebabkanrakyat yang sememangnya hidup susah bertambah merana. Contoh terdekat yang
dapat diperhatikan adalah melalui tambang keretapi. Dipercayai kadar tambang ini
meningkat tahun demi tahun yang mana pada tahun 1922 nilai tambang tersebut
telah meningkat sebanyak 1 juta kali jika dibandingkan dengan harga tambang
pada tahun 1917.Pada akhir tahun yang sama,kadar tambang meningkat lagi
sebanyak 4 juta kali lebih tinggi daripada harga tambang yang asal.
Lenin yang merupakan pemerintah kesatuan soviet pada ketika itu melihat
keadaan ekonomi ini sebagai satu masalah yang harus ditangani segera. Satu-
satunya hal yang terlintas dalam fikiran beliau adalah menukarkan corak
pentadbiran ekonomi yang bersifat ekonomi kawalan kepada ekonomi yang bersifat
bebas. Namun pelaksanaan ekonomi bersifat sebegini memerlukan perancangan
yang rapi dan disebabkan itu ada diantara rakyat soviet yang ragu-ragu dengan
pelaksanaan ekonomi sebegini. Masyarakat bolsevik merasakan ekonomi
sedemikian tidak wajar diaplikasikan dalam kerajaan kesatuan soviet kerana
ekonomi kawalan sudah mampu menggerakkan kemajuan kerajaan itu sendiri.Dalam satu keadaan lagi mereka tidak mahukan ekonomi bercorak bebas kerana
ekonomi sosialis sudah sebati dengan jiwa mereka. Lenin terpaksa berdepan
9 Qasim Ahmad,1985, Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn 16910 Ibid.
8
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 9/33
dengan senario ini dan akhirnya beliau melihat pelaksanaan dasar ekonomi baru
(DEB) adalah merupakan jalan terbaik untuk keluar dari belenggu tersebut11.
DEB merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Lenin untuk mengurangkan
pengaruh dasar ekonomi yang bersifat kawalan. Ianya mula dijalankan pada bulanMei 1921. Walaupun pada dasarnya ekonomi mampu menjejaskan ideologi sosial itu
sendiri, dasar ini terpaksa juga dilakukan untuk mengimbal balik kestabilan
ekonomi. Disamping menjadi jalinan ekonomi yang berteraskan pengeluaran, dasar
ini juga mengiktiraf kedudukan petani sebagai orang penting yang mencorakkan
turun naik ekonomi itu sendiri. Dasar kapitalis yang telah diterapkan dalam
ekonomi tersebut telah menyebabkan segelintir masyarakat Bolshevik tersinggung
dengan Lenin. Sebagai penjelasan terhadap masalah ini, Lenin mengatakan bahawa
tindakan beliau hanyalah bertujuan untuk mengembalikan kesatabilan ekonomidisamping memberikan manfaat kepada semua. Tambahnya lagi, pelaksaan
ekonomi tersebut tidak mungkin akan menghapuskan ideologi sosialis yang telah
sebati dalam diri mereka.
Dalam pada itu, unsur-unsur kesamarataan juga telah diterapkan.
Pengaplikasian ini dilakukan dalam sektor pertanian. Dasar yang mengkehendaki
petani supaya menyerahkan keseluruhan hasil tanaman telah dimansuhkan. Meraka
hanya dikehendaki membayar cukai untuk setiap hasil pengeluaran mereka. Pada
awalnya dasar Ekonomi ini tidak memperlihatkan perkembangannya. Pengaruhnya
hanya dirasakan pada tahun 1922 dan tahun 1923 dimana hasil pengeluaran dalam
sektor pertanian semakin bertambah. Pengeluaran ini telah meningkat sebanyak 75
peratus daripada jumlah pengeluaran yang dicatatkan sebelum perang.
Akibat daripada perkembangan DEB yang telah membuahkan hasilnya,dasar
kapitalis telah meresap secara perlahan-lahan. Hal ini menjadi kekhuatiran kepada
masyarakat sosialis di kesatuan soviet. Penentangan terhadap DEB telah dilakukan
namun Lenin berjaya mematahkan setiap hujah yang dikemukakan oleh golongan
ini. “Keperluan” dimanipulasi oleh Lenin untuk menyedarkan masyarakat sosialis
yang menentang DEB ini. Beliau turut menyatakan bahawa kapitalisme hanya satu
jalan pintas yang dilakukan untuk mencapai kejayaan Sosialisme.
11 Ibid. hlmn 170
9
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 10/33
Selepas era pemerintahan lenin, Kesatuan soviet telah dipelopori oleh Joseph
V. Stalin. Peralihan kuasa ini berlaku apabila Lenin meninggal dunia pada tahun
192412. Dari sebab itu Stalin telah mengambil alih sebagai pemerintah kedua
kesatuan soviet. Jika dibandingkan dengan Lenin, Stalin merupakan pemerintah
yang lebih tegas dalam memerintah. Dibawah kekuasaan beliau,perindustrian dan
pertanian dijalankan secara besar-besaran. Walaupun pada dasarnya pembaharuan
ini mampu menjana pendapatan negara namun nasib rakyat menjadi galang
gantinya. Rakyat khususnya terpaksa memerah keringat dalam memastikan dasar
ekonomi tersebut terlaksana. Segala hasil tanaman mereka dirampas dan
menyebabkan mereka terindas sekali lagi. Semasa dasar ini dijalankan ramai rakyat
mati kebuluran akibat kekejaman yang dilakukan oleh Stalin.
ii. Kemunculan Kekuasaan Stalin
Koba, nama beliau dalam Demokrat Sosial, bekerja dalam pergerakan bawah
tanah di Transcaucasia sebagai organiser dan agitator sehingga 1911. Pernah
menjadi editor Pravda dengan nama Stalin pada tahun 1913. Sewaktu perang
saudara, beliau menghabiskan masa pada soal-soal militer, dan menjadi
supervisor politik kepada tentera Merah menentang tentera Putih. Pada April
1922, Stalin menjadi setiausaha parti komunis yang membolehkan beliaumenjadi orang yang paling berkuasa di Russia. Beliau berjaya menyisihkan
Trotsky untuk menjadi pemimpin Soviet yang paling berkuasa.13
12 Abdul Karim et all,1981, Sejarah Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm.62413 Anthony Wood, 1984, Europe 1815-1960, Second Edition, England: Addison WesleyLongman Limited, hlm. 265
10
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 11/33
Dari segi intelek, Stalin dikatakan tidak dapat menyaingi tokoh-tokoh seperti
Trotskyy dan Zinoviev atau Kamanev- lantas Stalin sentiasa merasa terancam
(Qasim Ahmad, 1999). Roberts sebaliknya menyatakan bahawa Stalin
merupakan seorang yang licik dan perahsia dengan kesabaran petani, dia tahu
bagaimana untuk menunggu masanya. Lawannya tidak menyedari bahaya
sehingga terlalu lewat. Bahkan Trotsky menyangka Stalin sebagai sederhana
(mediocrity) (Roberts, 1995). keganasan Stalin juga sering dijelas berdasarkan
kepada keadaan masyarakat Rusia pada masa itu. 14
Keadaan dalam negeri dan luar negara memaksa Stalin melaksanakan
segala tindak tanduknya dengan cepat. Dalam kes yang sedemikian itu paksaan
dan kekerasan sukar dielakkan. Stalin terpaksa menggunakan kekerasan,
revolusi mungkin akn terus bergerak di atas landasan ekonomi bebas, bukansosialis. Stalin terkenal kerana menjadikan pemujaan personaliti dirinya dan
Lenin dengan menamakan Bandar selepas nama mereka –Stalingrad dan
Leningrad atau gelaran Arkitek Agung Komunis, Bapa Bangsa dan lain-lain.15
Stalin Dan Perubahan Masyarakat Soviet Union
Dasar Dalam Negara Oleh Stalin
i. Dasar Ekonomi Baru:
Menurut Wood, “selepas beberapa tahun diperkenalkan (DEB), pertanian bebas
telah mewujudkan beberapa peringkat kemakmuran di kalangan petani. Mereka
14 Ibid .15 Ibid
11
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 12/33
yang paling berjaya, kulak berjumlah kira-kira 2 juta, petani pertengahan antara 15
dan 18 juta dan mereka yang miskin yang masih menggunakan tenggala kayu di
antara 5 dan 8 juta. 16
Hasil tuaian cukup bagus tetapi petani menyorok gandum bagi mendapatkan
harga yang tinggi. Pada tahun 1928, hasil dari ketidakcukupan makanan di Bandar-
bandar membawa kepada dasar pengambilahan paksaan dan kritik di kalangan
parti terhadap kulak dan DEB semakin bertambah. DEB digantikan dengan
rancangan lima tahun (mula 1928) dan perladangan kolektif.17
1) Ladang Kolektif
Teori di sebalik ladang kolektif bahwa ia akan menggantikan ladang
berskala kecil serta tak efisyen dengan ladang berskala besar yang akanmenghasilkan makanan dengan lebih efisyen. Kolektivisasi bermakna
perubahan sosial secara drastik dalam skala yang tak pernah dilihat sejak
penghapusan serfdom pada tahun 1861. Kolektivisasi juga bermakna
kejatuhan dalam taraf hidup bagi ramai petani, menghasilkan tentangan
ganas dari petani. Dalam tahun pertama dijangka pengeluaran pertanian
dan industri akan meningkat 50% dan 200%. Stalin menyalahkan
kegagalan ini kepada kulak yang menentang kolektivisasi.18
Menjelang akhir 1929, Stalin mendapati kulak sebagai halangan
kepada pengkolektifan. Pada 1930, satu resolusi komuniti sentral, mahu
menghapuskan kulak sebagai satu kelas. Kulak tidak diizinkan menyertai
sistem pengkolektifan dan mereka dikehendaki menjadi contoh bahawa
adalah tidak elok untuk menjadi petani yang kaya. Hasilnya, 2 juta
keluarga kulak terbunuh, terpenjara atau disingkirkan ke Siberia, atau
dalam setengah-setengah kes dihantar ke kawasan yang tidak subur.19
Dalam hal ini, menurut Wood,“Harapan pihak berkuasa adalah untukmerangsang perang kelas luar bandar menjadikan gerakan ke arah
pengkolektifan diterima oleh majoriti yang tidak kaya. Dalam hal ini
16 Ibid . hlm. 37117 Ibid . hlm. 37218 Ibid 19 Ibid . hlm. 372
12
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 13/33
mereka gagal, sebahagian besar petani telah menentang idea bekerja
sebagai petani bergaji di ladang-ladang kolektif dan mereka bertindak
membunuh ternakan. Menjelang 1934, tentangan petani menghasilkan
pembunuhan 18 juta kuda, 30 juta sapi dan 100 juta kambing dan bebiri.
Ini diikuti satu kebuluran tercetus pada 1933.20
2) Industrialisasi
Meskipun perjuangan ke atas pengkolektifan berterusan, Russia juga
memulakan tahap baru revolusi industri. Ekoran terjejasnya industri Rusia
akibat revolusi dan perang saudara. Pengeluaran industri pada tahun
1922 cuma 13% maka pada 1925, satu program telah diluluskan untuk
membangunkan industri.21
Menurut Qasim Ahmad, dua faktor utama mengapa ini berlaku.
Pertama, kebimbangan tercetusnya perang antara Rusia dan Britain
ekoran terputusnya hubungan diplomatik antara kedua negara pada Mei
1927. Kedua, untuk mengatasi masalah pengangguran yang kian
meruncing ketika itu. “Kita tertinggal lima puluh atau seratus tahun di
belakang negara-negara maju”, jelas Stalin pada Feb 1931. “Kita mesti
baiki ketinggalan ini dalam sepuluh tahun. Sama ada kita lakukan atau
mereka akan hancurkan kita.”22
3) Sosialisme Dalam Satu Negara
Dasar pengkolekktifan pertanian dan pengindustrian pesat Stalin adalah
saling berkait. Pengeluaran jentera pertanian adalah perlu bagi membantu
memastikan peningkatan hasil pengeluaran bahan makanan.
20 Ibid .21 Ibid . hlm. 37322 Ibid .
13
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 14/33
Pengeluaran kadar bahan makanan yang lebih banyak ini bagi
menampung keperluan para pekerja industri yang kian meningkat.
Kedua-dua dasar merupakan tonggak penting kepada dasar sosialisme
dalam satu negara Stalin. Sosialisme dalam satu negara menimbulkan
satu kontrakdiksi dengan teori Marxis yang tidak mengiktiraf batasan
negara.23
Ini juga selari dengan amalan Lenin, bahawa kejayaan Rev. Russia
akan diikuti oleh revolusi proletariat di negara Eropah yang lain. selari
dengan slogan Marx, ‘para pekerja sedunia bersatu, anda tidak akan
kehilangan apa-apa melainkan rantai anda’. Stalin akur peranan
proletariat Rusia adalah terhad. Biarpun mereka mampu merampas kuasa
dan tegakkan struktur dan dasar sosialis di negara tersebut secarasendirian, mereka juga perlukan bantuan para proletariat sejagat. Namun
Stalin telah menegaskan pada April 1925 tentang kemungkinan sosialisme
dihasilkan dalam sesebuah negara tanpa bantuan luar.24
ii. Rancangan 5 Tahun
Sebelum menjadi sebuah kuasa yang kuat, Kesatuan Soviet adalah sebuah negara
yang mengamalkan pertanian. Selepas bencana pada 1921, tahap pengeluaran
pertanian telah pulih ke tahap pra-1914. Namun begitu, penglibatan petani kedalam pasaran bukanlah sepenuhnya , kesannya banyak makanan berada di
kampung dan menyebabkan bekalan makanan di bandar berkurangan. Kawasan
penghasilan makanan utama adalah seperti Lembah Volga, Caucasus Utara dan
Ukraine. 25
Pengunaan haiwan adalah kurang sekali dalam pertanian apatah lagi mesin.
Pada 1927, sebanyak 28 % petani tidak mempunyai binatang perliharaan. 32% lagi
menggunakan tangan untuk pertanian dan kurang daripada 15% mempunyai kuda
untuk menolong mereka dalam pertanian. 26 Menjelang 1928, populasi Bandar telah
bertambah 18.5 juta orang kerana kebanyakan petani meninggalkan kampung
23 Ibid .24 Ibid .25 Angatha Ramm, 1984, Europe in The Twentieth Century 1905-1970, England: PearsonEducation Limited. Hlm. 12326 Ibid .
14
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 15/33
untuk bekerja di kilang. Justeru itu bilangan petani yang kurang terpaksa
menghasilkan lebih banyak tanaman untuk menyokong lebih ramai rakyat.27
Dalam tempoh pendek, kerajaan bercadang untuk membekalkan tentera dan
bandar dengan makanan. Tetapi bagi tempoh panjang kerajaan terpaksa mengubah
ekonomi Soviet yang bercorak pertanian kepada industri. Gosplan telah bercadang
untuk membebankan golongan pertanian untuk membiayai industrialisasi. Petani
mesti membekalkan lebih banyak makanan dan mengurangkan kegunaan bersama
dengan masyarakat bandar. Ini kerana kerajaan memerlukan lebihan makanan
untuk dijual di pasaran antarabangsa dan bersaing dengan Amerika, Kanada dan
negara barat yang lain. 28
Jika terpaksa, makanan akan dijual di bawah harga pasaran kerana kerajaan
memerlukan wang untuk membeli mesin serta bahan mentah, teknologi serta
kemahiran buruh. Kerajaan Soviet telah membuat keputusan untuk melancarkan
Rancangan 5 tahun untuk mempercepatkan industrialisasi kesatuan Soviet. Ini
kerana ekonomi Soviet adalah dianggap mundur jika dibandingkan dengan negara
Eropah Barat yang lain, namun begitu ianya kekurangan modal untuk berbuat
demikian. 29
Penindasan rakyat adalah tidak dibenarkan mengikut ajaran Marxism-Lenin
oleh itu satu cara ialah untuk meninggalkan ajaran tersebut. Rancagan 5 tahun iniadalah satu rancangan yang akan mengariskan dasar dan perkara yang perlu
dibuat dalam tempoh masa 5 tahun ini. Dasar-dasar adalah digariskan dan dibuat
oleh kerajaan pusat, oleh itu ekonomi Soviet adalah berteraskan pusat. Setiap
rancangan ini adalah bertujuan untuk memodenisasikan semua sektor seperti
kepenggunaan, pertanian, komunikasi, pengangkutan, kesihatan serta kebajikan. 30
Namun begitu fokus utama adalah berbeza dalam rancangan yang berlainan
walaupun secara kasar fokus utamanya ialah kepada industri berat. Rancangan 5
tahun yang pertama telah diperkenalkan oleh Stalin pada 1928 serta tamat pada
1932 iaitu lebih awal daripada tempoh yang diberi.31 Dalam satu ucapan, Stalin
27 Ibid . hlm. 12428 Ibid .29 Ibid .30 Ibid . hlm. 12531 Ibid .
15
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 16/33
mengatakan bahawa Soviet adalah mundur sebanyak 50-100 tahun berbanding
dengan negara maju dan jurang tersebut mesti dirapatkan dalam tempoh 10 tahun
untuk mengelak daripada dihapuskan. Rancangan ini ialah satu kejayaan kepada
kesatuan Soviet kerana industri berat dijadikan asas kepada pengembangan
industri masa hadapan. Misalnya, pengeluaran arang dan besi bertambah empat
kali ganda, industri penghasilan elektrik bertambah dan sebanyak 1500 kilang telah
dibina.
Dalam tempoh ini juga Stalin telah mengamalkan polisi kolektivisasi ataupun
dikenali sebagai ‘collectivization’ yang akan mengabungkkan ladang beberapa
petani dan menguruskanya seperti satu entiti.32 Ini bertujuan untuk menambahkan
pengeluaran makanan dan juga menghapuskan kelas tuan tanah yang dianggap
sebagai satu cabaran kepada kerajaan di samping menambah baik keadaangolongan petani. Dalam tempoh ini juga bilangan pekerja dalam industri
perkilangan, pengangkutan dan pembinaan telah bertambah dari 5 juta kepada 13
juta orang. Keluaran output kilang juga bertambah dengan mendadak walaupun
dengan kos tinggi dalam bentuk kehilangan banyak nyawa dan tahap kehidupan
yang menurun.
Rancangan Lima Tahun yang kedua pula berjalan dari 1933-1937. Walaupun
ianya dimulakan dalam 1932 tetapi tahun rasmi ia dilancarkan ialah 1933.
Rancangan ini juga memberikan keutamaan yang berat kepada industri berat dan
ini meletakkan Kesatuan Soviet di tempat kedua di belakang Jerman dalam industri
pengeluaran besi keluli. Selain itu, komunikasi melalui kereta api telah bertambah
maju kerana semakin banyak jalan kereta api berjaya dibina dan digunakkan.
Rancangan ini juga mengimplankan sistem ganjaran dan hukuman untuk
menambahkan pengeluaran. Sasaran telah diturunkan kerana ada di antaranya
sudah dicapai dalam rancangan yang pertama. 33
Di samping itu, golongan wanita telah digalakkan untuk berkerja denganperlaksanaan polisi penjagaan anak supaya mereka boleh bekerja tanpa risau
tentang anak masing-masing. Kerajaan juga berusaha untuk mengembangkan
semula sektor pertanian tetapi gagal berbuat demikian kerana kebanyakan petani
32 The Grolier Society Limited. 1965 .European History . London :Odhams(Watford) Ltd. Hlm.419.33 Agatha Ramm, op.cit , hlm. 126
16
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 17/33
telah bekerja di kilang, dihantar ke kem buruh ataupun dibunuh semasa era ‘The
Great Purge’ . Kualiti kehidupan telah menurun juga dalam tempoh ini kerana
pengukhususan kepada keluaran industri berat dan peralatan tentera. Ini
menyebabkan kualiti barangan pengguna tidak sebaik mana peralatan industri
berat.
Rancangan Lima Tahun yang ketiga pula berlangsung dari 1938-1941.
Rancangan ini hanya bertahan selama 3 tahun kerana penglibatan Kesatuan Soviet
dalam Perang Dunia Kedua. Fokus diberikan kepada pengeluaran peralatan tentera.
Di samping itu, untuk mengelakkan kemusnahan semasa serangan Jerman ,
kebanyakan industri berat dan kilang-kilang telah dipindahkan ke timur Rusia. Di
kawasan baru ini kilang tersebut terus beroperasi tetapi keluaran output mereka
adalah tidak setinggi berbanding dengan rancangan yang pertama dan kedua.
34
iii. Depotasi
Sebelum, semasa dan selepas PD2, Stalin melaksanakan beberapa siri deportasi
berskala besar yang mengubah peta etnik Soviet. Lebih 1.5 juta penduduk telah
dideportasi ke Siberia dan Republik Asia Tengah. Gerakan pemisahan, tentangan
terhadap pemerintahan Soviet dan kolaborasi dengan pihak Jerman dianggap
sebagai punca kepada deportasi ini.35
Antara kumpulan etnik yang terlibat ialah Chechen, Kalmyk, Pole, Jerman
Volga, Tatar Crimea, Korea, Ingush, Balkan, Karachay, Turki Meskhitia, Finn,
Bulgaria, Greek, Armenia, Latvia, Lithuania & Estonia. Bahkan ramai kulak turut
menerima nasib didepotasi ke Siberia dan Asia Tengah.36
iv. Kuasa kepada NKVD
34 M.K Dziewanowski. Op.cit . hlm. 16935 Ibid . hlm. 400-40136 Ibid.
17
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 18/33
Semasa menjadi pemerintah, Stalin telah memberikan lebih banyak kuasa kepada
polis rahsia Soviet yang juga dikenali sebagai NKVD. Di bawah pimpinannya,
Kesatuan Soviet berjaya menubuhkan banyak cawangan di seluruh dunia untuk
mendapatkan maklumat seperti di Britain, Amerika, Perancis serta Jepun. Ini kerana
beliau percaya bahawa maklumat yang didapatkan boleh memberi pertolongan
yang besar bagi menguatkan Kesatuan Soviet seperti maklumat ketenteraan dan
juga teknologi yang baru di Barat.
Stalin juga tidak menampakan perbezaan antara propaganda dengan
pengumpulan maklumat dan keganasan yang dianjurkan oleh kerajaan, oleh itu
beliau telah bertindak mengabungkkan semua aktiviti tersebut di bawah bahagian
NKVD. Beliau juga mengunakkan pergerakan Antarabangsa Komunis bagi
menyeludup agen rahsia ke dalam parti komunis asing untuk memastikan bahawamereka terus menyokong Stalin dan juga kesatuan Soviet. Salah satu contoh yang
terbaik adalah beliau mampu memberikan kebenaran kepada polis rahsia untuk
membunuh Leon Trotsky walaupun dia berada di Mexico pada masa itu.37
v. The Great Purge
The Great Purge ialah satu tempoh di bawah Stalin dari 1936-1938 yang bertujuan
untuk menghapuskan musuh politiknya. Cara yang dilakukan adalah seperti
dibuang parti, dihantar ke kem Gulag ataupun dihukum mati selepas perbicaraan
oleh NKVD. Ini kerana Stalin percaya bahawa cara yang terbaik untuk membuat
seseorang mencapai sesuatu adalah dengan memasukan perasaan takut di dalam
diri mereka.
Dalam tempoh ini, bukan sahaja musuh politiknya terkena, tetapi ada juga
kawan-kawanya yang terpengaruh dalam tindakan ini. Misalnya pada tahun 1930-
an Stalin menjadi semakin bimbang atas populariti Sergei Kirov kerana padaKongress Parti 1934 , Kirov hanya mendapat 3 undi negatif manakala Stalin
mendapat lebih daripada 1000 undi negatif.38 Oleh itu, beliau mengarahkan
37 Woodford, McClellan, 1998, Russia: The Soviet Period and After , New Jersey : Simon &Schuster. Hlm. 9538 ‘Josep Stalin’ dlm http://en.wikipedia.org/wiki/Joseph_Stalin#Purges_and_deportations.Diakses pada 17 ogos 2010
18
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 19/33
pembunuhan terhadap Kirov oleh polis rahsia. Selepas itu, beliau telah merancang
beberapa skema yang bertujuan untuk menolak tanggungjawab pembunuhan Kirov
adalah di tangan musuhnya seperti Kamenev, Trotsky dan Zinoniev.
Penyiasatan dan perbicaraan telah diluaskan serta Stalin meluluskan satu
undang-undang baru di mana penyiasatan dan perbicaraan sebarang aktiviti dan
oraganisasi yang berkaitan dengan keganasan tidak boleh melebihi sepuluh hari
yang bertujuan untuk menjatuhkan hukuman dengan cepat. Selepas itu, terdapat
perbicaraan yang dikenali sebagai Perbicaraan Moscow yang melibatkan bekas ahli
yang berpengaruh dalam parti dan kerajaan. Oleh kerana perbicaraan itu diadakan
di Moscow, maka ia dikenali sebagai Perbicaraan Moscow. Perbicaraan yang
pertama diadakan pada Ogos 1936 yang melibatkan Zinoniev, Kameniev dan 14
lagi ahli berpengaruh. Mereka dituduh terlibat dalam aktiviti keganasan Trotsky-Zinovievite. Perbicaraan tersebut tamat dalam tempoh empat hari dan kesemua
dijatuhkan hukuman mati dengan serta-merta.
Empat bulan selepas itu, perbicaraan yang kedua diadakan yang melibatkan
beberapa orang yang diketuai oleh Karl Radek. 13 daripada 17 yang dituduh telah
dijatuhkan hukuman mati. Namun begitu, Radek tidak dijatuhkan hukuman apabila
memberikan maklumat-maklumat yang berguna. Selepas itu, Stalin pula membawa
golongan berhaluan kanan Bolshevik ke perbicaraan yang ketiga dan juga
merupakan yang terbesar pada March 1938. Perbicaraan tersebut melibatkan 21
orang yang terdiri daripada Rykov dan Bukharin dan juga mengandungi ketua
komunis dari negara lain terutamanya dari Ukraine. Perbicaraan Moscow ini bukan
sahaja tekanan yang dilancarkan oleh Stalin terhadap musuhnya samada dahulu,
sekarang ataupun akan datang. Pada Jun 1937, satu perbicaraan mengejut dan
pembunuhan serta merta terhadap pengawai atasan tentera juga dilakukan. 3
daripada 5 orang pengawai telah didakwa pelbagai kesalahan dari pemberontakan
kepada berhubung dengan Jepun dan Jerman.39
Namun begitu kebanyakan dakwaan yang dibuat oleh NKVD adalah tidak
beasas tanpa bukti yang kukuh. Dakwaan tersebut adalah dibuat secara sengaja
dan tanpa sebarang perancangan yang rapi. Tetapi Stalin tidak mempedulikan
39 M.K Dziewanowski, 2003, Russia in the Twentieth Century , Pearson Education Inc. New Jersey. Hlm. 188-190
19
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 20/33
dakwaan tersebut adalah berasas atau tidak asalkan beliau boleh menghapuskan
musuhnya.40
The Great Purge ini memberikan kesan yang amat luas kerana ianya bukan
sahaja melibatkan golongan atasan tetapi juga orang kebanyakan. Biasanya jika
seorang ahli keluarga ditahan atau dihukum bunuh ini akan menyebabkan ahli
keluarganya yang lain dipenjarakan unutk mengelakan mereka daripada
memberontak. Dakwaan adalah seperti sabotaj, ketidaksetiaan serta membuat
jenaka politik yang tidak boleh diterima. Mangsa dakwaan yang berjaya melarikan
diri ke Barat menyatakan bahawa pernyataan yang dikeluarkan boleh membawa
kepada hukuman berat.
Hukuman ke kem buruh sebanyak 5 tahun adalah dianggap ringan jika
dibandingkan dengan hukuman lain. Menjelang 1938, dengan kadar dakwaan yang
dilakukan, sebanyak 8 juta orang telah dihantar ke kem buruh dan penjara. Kuasa
yang diberikan kepada polis rahsia telah menjadi begitu luas sehingga ia
membimbangkan Stalin dan membuat keputusan bahawa ‘The Great Purge’ ini
sudah sukar dikawal sepenuhnya. Jika dibiarkan berterusan maka kesatuan Soviet
akan runtuh, oleh itu beliau menghentikan ‘Purge’ ini dan untuk menyelamatkan
dirinya telah mendakwa bahawa NKVD adalah bertanggunjawab dan bukannya
dirinya. Stalin juga berjanji tidak akan membenarkan ‘Purge’ berlaku lagi. Tetapi
kesan ‘The Great Purge’ sudah terasa di mana-mana , seramai 7 hingga 8 juta
orang telah ditahan, sejuta telah dibunuh dan 8 juta lagi berada di kem buruh.
Kebanyakan mangsa terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Seperti mana
dahulu, Stalin telah memilih orang lain untuk dipertanggungjawabkan Yezhov iaitu
ketua NKVD telah ditahan dan diganti dengan Lavrentii Beria yang ditugaskan untuk
menangkap golongan yang mengaturkan ‘ The Great Purge’ ini. Jumlah kematian
yang dianggarkan oleh pakar sejarah adalah sebanyak 20 hingga 30 juta orang.41
vi. Kebuluran di Ukraine
40 Ibid. hlm. 190-19141 ‘Great Purge’ dlm. http://en.wikipedia.org/wiki/Great_Purge. diakses pada 17 ogos 2010
20
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 21/33
Semasa pemerintahan Stalin, negara-negara di sekitar Rusia telah dibuli dengan
pelbagai cara seperti peras ugut, paksaan dan pembunuhan beramai-ramai. Ukraine
merupakan antara negara yang menjadi mangsa kepada kekejaman dasar Stalin.
Salah satunya adalah Kebuluran Holodomor dari 1932-1933. Dalam dasar ini,
berjuta-juta rakyat Ukraine dibiarkan kebuluran hasil tindakan kerajaan Soviet.
Salah satu tujuan Stalin berbuat demikian adalah untuk menghapuskan Ukraine
sebagai satu entiti dan negara. Kerajaan Soviet telah bertindak menyekat bekalan
makanan daripada sampai ke tangan rakyat.42
Menjelang tahun 1933, terdapat kesukaran yang besar untuk mendapatkan
makanan di bandar kerana sistem ‘ration’ yang dijalankan. Ini menyebabkan
pelbagai tempat dijangkiti oleh penyakit seperti malaria dan tiphus. Pada April
1933, Kharkiv Oblast menjadi kawasan yang paling teruk dipengaruh oleh kebulurandan satu laporan telah dibuat pada bulan Mei. Keadaan di sana menjadi begitu
teruk sehingga ada kes berlaku yang manusia memakan manusia yang lain.
Walaupun kerajaan Ukraine cuba mengatasi masalah ini, tetapi ia hanya
mempunyai bekalan yang sangat terhad dan terpaksa bergantung kepada bantuan
luar terutamanya dari Kesatuan Soviet. Walaupun kerajaan Soviet akhirnya
menghantar bekalan makanan, tetapi pengedarannya adalah kepada beberapa
kawasan sahaja dan lambat tiba ke destinasi. 43
Kerajaan tempatan juga gagal mengedarkan makanan tersebut dengan
efisien dan kesanya ramai rakyat yang masih gagal mendapatkan makanan yang
diperlukan. Disamping itu, pengeksportan bahan makanan yang keterlaluan juga
menyebabkan kebuluran ini berlaku. Bahan makanan yang terdapat di pasaran
tempatan adalah tidak cukup untuk menampung populasi Ukraine. Selain itu, tujuan
kebuluran ini dibiarkan berlaku oleh Stalin adalah kerana ingin menghalang
golongan petani daripada terus berhijrah ke Bandar. Pelbagai sekatan jalan telah
diadakan untuk menahan golongan luar bandar daripada pindah ke Bandar. Selepas
ditahan, ada yang dihantar pulang manakala ada juga yang dihantar ke kem buruh.
Jumlah mangsa daripada kebuluran Holodomor ini adalah hampir 8 juta orang.
42 Ibid. 43 Ibid.
21
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 22/33
Kebanyakan adalah mati kerana kekurangan zat dan menghidapi penyakit-
penyakit.44
Dasar Luar Oleh Stalin
i. Kestabilan dengan China.
Stalin bertujuan mengstabilkan kuasa Hegemoninya kepada rakyat China,
dalam konteks lingkungan “Bloc of four classes”. Dalam perjuangan menentang
imperialism, Soviet Russia bersetuju terhadap dasar yang diperkenalkan oleh
Stallin, kerana harus guna pasukan ini bagi tujuan dasar persahabatan dengan
Golongan tempatan Borjuis, dan bagi melanjutkan imperialism di luar benua kecil di
china, seterusnya untuk memegang dan menentukan kedudukan mereka di Dunia.
Stalin menjalin hubungan dengan negara China yang dipimpin oleh Chiang Kai Shek
pada masa itu, tujuanya adalah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dan
Chiang dapat dijadikan sebagai satu pengalih perhatian kepada Jepun. Jika tidak
memberikan bantuan dan sokongan kepada Chiang, maka China akan dikalahkan
oleh Jepun dengan cepat dan kawasan timur Soviet akan terbuka kepada serangan
Jepun bila-bila masa. Dengan perhatian Jepun dialihkan kepada China, maka
kedudukan Soviet adalah selamat buat sementara waktu di Asia.45
Walaupun terdapat parti komunis di China pada masa itu tetapi Stalin tidak
menyokong Mao secara terbuka kerana tidak percaya bahawa pihak komunis dapat
mengalahkan Chiang Kai Shek. Di samping itu, masyarakat antarabangsa
mengiktiraf bahawa Chiang merupakan pemerintah China pada masa itu. 46
ii. Dasar Stalin mencari keselamatan.
44 ‘kebuluran di ukraine’ dlm. http://en.wikipedia.org/wiki/Holodomor. diakses pada 18 ogos2010.45 James Wilkinson and H. Stuart Hughes, 2004, Contemporary Europe A History , London:Pearson Education Ltd. Hlm. 1546 ‘ Rusia dan dasar luarnya’ dlm. http://en.wikipedia.org/wiki/Sino-Soviet_relations#KMT.2C_CCP.2C_the_Chinese_Civil_War_and_the_establishment_of_diplomatic_relations. Diakses pada 18 ogos 2010.
22
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 23/33
Dalam hal in stalin mengukuhkan kekuasaannya dengan mencari naungannya
dengan Negara Asia dan Eropah, bagi menghalang pengaruh Jerman yang kian
berkembang pada waktu itu. Justeru beberapa perjanjian telah dibuat antara USSR
dengan Negara jiran barat, ianya telah tercapai pada tahun 1930 dan 1932 oleh
seorang diplomasi (Litivinov), pakatan ini dengan Stalin, ianya memperlihatkan 2
tokoh daripada 2 negara yang berbeza bersubahat, yang jelas agar ianya dapat
menghalang serangan daripada Barat.47
iii. Menyokong Sepanyol.
Keadaan itu tercetus akibat perang saudara (civil war) yang berlaku pada tahun
1926-1929, perang saudara itu berlaku diantara kedua belah iaitu Republikan (Theleft of Direction)dan parti yang berfahaman Fasisme ( The right of is Direction).48
Dalam keadaan yang kucar kacir akibat perang saudara itu, bolelah kita
membuat pengadilan moral bahawa Stalin mengambil kesempatan untuk terlibat
secara langsung dalam pergelutan itu, memandangkan beliau anti fahaman
fasisme, stallin nampaknya bukan sahaja menyokong parti republikan malahan
beliau dengan tangan yang terbuka memberi bantuan dalam peralatan ketenteraan
dan menghantar agen bagi membantu parti republikan itu, maka sudah tentulah
secara mudahnya keadaan itu telah menyebabkan sepanyol under republican parti
membekalkan emas kepada USSR yang pada ketika itu dibawa pemerintahan
Stallin, bukan sahaja itu malah parti republikan menganggap diri mereka bertindak
dibawa arahan Stallin (USSR), sekali lagi stallin Berjaya meluaskan pengaruhnya.
Pada masa yang sama, Stalin juga melibatkan diri dalam Perang Saudara Sepanyol.
49
Beliau menghantar bekalan makanan dan senjata kepada golongan komunis
di sana untuk menentang Jeneral Franco yang mendapat pertolongan daripada Jerman dan Itali. Penasihat tentera juga dihantar dan jabatan-jabatan yang penting
seperti komunikasi jatuh ke tangan Soviet. Emas simpanan Sepanyol juga dihantar
ke Soviet untuk dilindungi dan kerajaan Soviet berjanji akan memulangkan emas
47 James Wilkinson and H. Stuart Hughes, op.cit , hlm. 1848 Anthony Wood, op.cit, hlm. 41049 Ibid . hlm. 411
23
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 24/33
tersebut selepas tamatnya perang itu dengan kos bantuan Soviet ditolak daripada
nilai emas tersebut. Menjelang tahun 1937, campur tangan Soviet itu telah
menyelamatkan Republik Sepanyol. Namun begitu, bantuan dihentikan apabila
Stalin terpaksa berdepan dengan polisi dalaman negeri pada tahun yang sama.50
Namun begitu Stallin kelihatan risau atas kemenangan parti republikan itu
kerana menyedari ada sekutu Eropah yang berkeupayaan dan mampu mengganggu
gugat pengaruh beliau dalam Europen are entire, kerana ada sebahagian daripada
mereka yang anti komunis.51
iv. Hubungan dalam konteks Antarabangsa.
Tahun 1934 merupakan tahun penubuhan Liga bangsa. Keselamatan sejagat
sesuatu yang menjadi teras Stallin, namun pada sebelum itu stallin menghadapi
ketegangan apabila Britain dan perancis tidak mahu mengambil risiko untuk
berperang dalam konteks kesepakatannya dengan Stallin bagi meluaskan wilayah
dan pengaruhnya, maka akibat daripada Itali dan Jerman telah berpengaruh dan
menular kekuatan mereka in the are entire the world universal.52
Bantuan dalam aspek ketenteraan pada tahun 1935 dengan perancis dan
Cheshoslovakia. Sementara itu menyedari bahawa dalam benua Eropah terdapat
Negara yang anti terhadap Komunis, German diberikan kebebasan untuk mengatur
Diplomasi terhadap Negara itu setelah keduanya membuat perjanjian damai dalam
tahun tersebut.53
V. Penubuhan “Third International ”.
Untuk beberapa tahun USSR mnggunakan parti komunis Russia (Comintern) atau
lebih menggunakan saluran diplomatik untuk menghebahkan kepada dunia bahawa
50 Woodford, McClellan, 1998, Russia: The Soviet Period and After , New Jersey : Simon &Schuster, hlm. 111-11251 Anthony Wood, op. cit , hlm. 41252 Woodford, McClellan, op.cit , hlm. 11253 Ibid.
24
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 25/33
parti dan fahaman komunis itu merupakan yang terbaik, fahaman komunis daripada
banyak Negara telah pergi ke Russia bagi memahami pemahaman yang asas
berkaitan dengan Komunisme, Russia merupakan Negara agen yang serta merta
merupakan Negara agen dalam membangunkan Belanda, India, Eropah dan
Amerika, sehingga tahun 1927 china yang menghadapi Revolusi telah meminta
bantuan daripada USSR, dan secara nyata Russia merupakan badan penasihat
dalam urusan Negara China itu sendiri.54
Manakala Negara England mengumumkan melalui “surat Zinoniev ”
menyatakan untuk bersama parti conservative, dan manakala Bolshevik bertindak
melalui kekuatan yang mereka ada, dan itu merupakan inisiatif Bolshevik untuk
bangkit dalam konteks fahaman fasisme.55 Secara nyatanya USSR (comintern party )
telah mempunyai pengaruh yang cukup besar selepas tahun 1917, tahun 1939telah jelas kemunculan satu sistem ekonomi USSR, walhal sebelum tahun 1917
tiada satu pun Negara eropah atau Asia mengikuti jejak pengaruh USSR dalam
konteks hubungan serantau. Seperti dalam tahun 1924, Kerajaan British mengikuti
gabungan formasi perdagangan yang diketuai oleh Ransey MacDonald, dan British
juga bersama Perancis dalam proses mengstabilkan “Diplomasi soviet” dan
menaikkan prestij USSR dalam arena antarabangsa.56
vii. Soviet Mewujudkan Ruang Persahabatan Dengan Perancis dan
Czechlovakia.
Pada 2 mei 1935, USSR dan Perancis menandatangani sebuah tanda tali
“persetiaan” atas dasar persahabatan dan kedua Negara ini berjanji untuk bantu
membantu antara satu sama lain dalam konteks persahabatan mereka khususnya
dalam hal tidak membangkitkan serangan pada bahagian Negara eropah, namun
buat sementara waktu parti komunis Perancis menyatakan sesuatu bahawa mereka
54 Ibid. hlm. 74155 Ibid .56 Mk. Dziewahcwski. 1997. A history of Soviet Russian and its aftermath 5th edition. New jerseyprientice hall. Hlm 165.
25
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 26/33
ingin menjatuhkan propaganda anti pada fahaman ketenteraan dan polisi
pengkhianatan dalam satu ikhtiar untuk persenjataan semula, dan pada 16 mei
1935, dunia terkejut lantaran persetujuan perancis menyokong dasar pertahanan
kebangsaan bagi mengekalkan pasukan persenjataan mereka dalam keperluan
untuk,57 mengekalkan keamanan dan keselamatan sejagat.58
Beberapa hari selepas perancis memeterai sebuah perjanjian, Czechlovakia
mengikuti tindakan itu bagi melindungi kawasan barat dan sekaligus
menandatangani persetiaan yang sama, perjanjian yang dikenali sebagai Soviet-
Czechlovakia.59walaubagaimanapun wujud konflik akibat tiada Negara Soviet yang
membantu dalam peperangan yang telah melanda Negara Czechlovakia. Justeru
tanpa sesuatu yang spesifik, terperinci persetujuan ketenteraan bagi menyediakan
persahabatan dengan beberapa kewujudan sahaja, perjanjian 1935 lebih kepadasebuah tujuan untuk melindungi alatan persenjataan sahaja, nampaknya perjanjian
itu kurangnya kepercayaan diantara anggota yang terlibat, tetapi juga perasaan
diantara mereka bertekad untuk memerangi bersama.60
Manakala hubungan Perancis dengan Kesatuan Soviet adalah tidak baik pada
mulanya atas sebab Kesatuan Soviet membantah Perjanjian Versailles yang
disokong kuat oleh Perancis. Stalin ingin menyebarkan kuasanya ke Eropah Timur
tetapi Perancis berkeras untuk melindungi negara-negara di sana. Namun begitu
dengan kenaikan kuasa jerman bawah pimpinan Hitler yang bercadang untuk
menguasai Eropah Timur dan kesatuan Soviet telah memaksa Stalin untuk menjalin
hubungan yang baik semula dengan Perancis. 61
Pada 1935, satu perjanjian dibuat antara Soviet, Perancis dan Czechoslovakia
bagi menentang Jerman. Tetapi kerjasama tersebut tidak berjaya kerana sentimen
anti-Soviet yang kuat di Perancis, kengganan Poland membenarkan tentera Soviet
memasuki negaranya , strategi Perancis yang lebih bersifat pertahanan daripada
serangan serta keinginan Soviet untuk menjalin hubungan baik dengan Jerman.Selepas serangan Jerman terhadap Czechoslovakia, Stalin bercadang untuk
menjalin kerjasama ketenteraan dengan Britain dan Perancis pada 1939 tetapi
57 Ibid. hlm. 21958 Ibid.59 Ibid . hlm. 220.60 Anthony Wood, Op.Cit , hlm. 42461 Ibid.
26
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 27/33
gagal juga kerana Britain dan Perancis hanya menghantar pengawai yang
berpangkat rendah ke Kesatuan Soviet lalu Stalin beranggap mereka tidak ikhlas
unutk bekerjasama dengannya.62
viii. Dasar luar dengan German.
Nazi- Soviet yang telah membuat perjanjian pada bulan ogos 1939 merupakan
pengajaran yang nyata dalam tipu daya soviet untuk terlebih penulisan dan
pengajaran tahun 1930. Namun walaubagaimanapun kesilapan itu, mereka
pandang sekurang-kurangnya melihat fasisme.63
Dibawah perjanjian ketenteraan Soviet-German dan kerjasama dalam aspek
ekonomi, banyak timbul rasa prejudis diantara kedua-belah pihak di Berlin,
negarawan Barat seperti Gustav Stresemann menteri luar dari tahun 1923-1929,
telah mewujudkan pendamaian dengan perancis dan Britain, dan ia merupakan satu
tekanan kepada Jerman.64
Justeru itu, Stalin bercadang untuk menjalin hubungan baik dengan Hitler.
Apabila menjalin hubungan dengan Jerman, Stalin juga berjaya mendapatkan
teknologi yang baru untuk tenteranya. Namun begitu , beliau terpaksa
membekalkan bahan mentah seperti besi dan arang batu kepada Jerman kerana
terdapat sekatan ekonomi terhadap Jerman pada masa itu. Tanpa bantuan Stalin,
ekonomi Jerman sebenarnya tidak mampu bangkit semula kerana kekurangan
bahan mentah yang diperlukan di samping tekanan yang diberikan oleh kuasa Barat
selepas Perjanjian Versailles. 65
Pada 1939 juga satu perjanjian telah dibuat antara Kesatuan Soviet dan
Jerman yang bernama ‘Perjanjian Molotov-Ribbentrop’ . Perjanjian ini adalah
bertujuan untuk menjamin bahawa setiap pihak tidak akan memihak kepada pihak
musuh jika mana-mana diserang. Selain itu, perjanjian ini telah mengariskan
pemecahan Eropah Timur dan Utara kepada kawasan Soviet dan Jerman. Kesannya,
62 Ibid.63 Spencer M. Discala, 2004, Twientieth Century Europe Politics, Society, and Culture,Boston: University Of Massachusetts, hlm. 5264 Ibid . hlm. 5365 Ibid.
27
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 28/33
Jerman dan kesatuan Soviet masing-masing bertindak menyerang Poland dari timur
dan barat serta membahagikan negara itu kepada dua. Estonia, Latvia, Lithuania,
Bessarabia dan Finland juga diserang dan dikuasai oleh Soviet selepas itu. 66
Perjanjian ini juga dibuat oleh Stalin kerana beliau mempercayai bahawa
peperangan adalah tidak dapat dielakkan lagi dan bimbang kepada kuasa Barat
yang akan bertindak mengepung negaranya dengan satu organisasi ketenteraan di
kalangan mereka.67 Walaupun Perancis berkelihatan lebih sanggup mengadakan
perjanjian dengan Soviet kerana bimbang akan kerjasama antara Soviet dengan
Jerman tetapi Stalin tetap mempunyai pilihan samada bekerjasama dengan Perancis
ataupun dengan Jerman. 68
ix. Mewujudkan rangkaian kawalan dalam sfera stallin.
Stallin telah mewujudkan rangkaian kawalannya dalam wilayah naungannya,
tujuannya agar kesemua Negara itu dapat dikawal dengan mudahnya lalu
mewujudkan pengaruhnya yang luas keatas Negara-negara seperti Eropah dan
Asia, langkahnya Stallin merangka dan mewujudkan empayar Satellit, namun dalam
empayar satelit itu Negara-negara komponennya mengekalkan identiti
perundangan yang berasingan diantara satu sama lain, akan tetapi apa yang nyata
kesemua Negara itu tertakluk kepada tujuan-tujuan Rusia dengan realiti kuasa
militari Rusia dan gaya parti komunis dan pemerintahan polis dan perjanjian-
perjanjian ekonomi yang dilihat sebagai berat sebelah.69
Kesimpulan
66 Ibid . hlm. 54-5967 ‘ hubungan Stallin dan German’ dlm. http://en.wikipedia.org/wiki/Molotov-Ribbentrop_pact. diakses pada 19 ogos 201068 Ibid .69 Herbertl Peacock, 1976, Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa DanPustaka. Hlm. 287-318
28
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 29/33
Melalui dasar dalam dan luar negeri yang telah dirangka oleh Stalin telah Berjaya
mengukuhkan kedudukan nya sebagai pemimpin ulung dalam sejarah Kesatuan
Soviet selepas Lenin. Dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh Stalin juga Berjaya
melonjakkan Kesatuan soviet dimata dunia dengan menjadi salah sebuah kuasa
besar yang hebat dan digeruni oleh Negara lain. Namun yang demikian disebalik
kejayaan dasar yang dilaksanakan dibawah pemerintahan Stalin juga turut
meninggalkan banyak kesan negatif terutama kepada rakyat jelata. Antaranya
pembunuhan, kebuluran, kemiskinan tegar yang kesan nya masih boleh dilihat
sehingga kini.
29
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 30/33
Lampiran
Rujukan:
30
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 31/33
Buku:
Abdul Karim et all,1981, Sejarah Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Angatha Ramm, 1984, Europe in The Twentieth Century 1905-1970, England:
Pearson
Education Limited.
Anthony Wood, 1984, Europe 1815-1960, Second Edition, England: Addison Wesley
Longman Limited.
Donald W. Treadgold, 1986, Rusia Abad Ke-20, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Herbertl Peacock, 1976, Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
James Wilkinson and H. Stuart Hughes, 2004, Contemporary Europe A History ,
London: Pearson
Education Ltd.
Mk. Dziewahcwski. 1997, A history of Soviet Russian and its aftermath 5th edition,
New jersey
Prientice hall.
M.K Dziewanowski, 2003 , Russia in the Twentieth Century .Pearson Education Inc.New Jersey.
Qasim Ahmad,1985, Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala
Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka.
The Grolier Society Limited. 1965 .European History . London :Odhams(Watford)Ltd
Woodford, McClellan. 1998 . Russia: The Soviet Period and After . New Jersey :
Simon &
31
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 32/33
Schuster
Internet:
‘Great Purge’ dlm. http://en.wikipedia.org/wiki/Great_Purge. diakses pada 17 ogos2010
‘hubungan Stallin dan German’ dlm. http://en.wikipedia.org/wiki/Molotov-
Ribbentrop_pact.
Diakses pada 19 ogos 2010‘Josep Stalin’ dlm
http://en.wikipedia.org/wiki/Joseph_Stalin#Purges_and_deportations.
Diakses pada 17 ogos 2010
‘kebuluran di ukraine’ dlm. http://en.wikipedia.org/wiki/Holodomor. diakses pada 18ogos 2010.
‘kesatuan Soviet Union’ dlm http://Wikipedia.com. Diakses pada 12 Julai 2010
‘Rusia dan dasar luarnya’ dlm. http://en.wikipedia.org/wiki/. Diakses pada 18 ogos
2010.
32
8/7/2019 tugasan esei group sej eropah. word 2003
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-esei-group-sej-eropah-word-2003 33/33
‘