BSK 3082PENULISAN PUISI UNTUK PENERBITAN TUGASAN INDIVIDU (SAJAK)SEMESTER 8
NAMA : NUR NADZIRAH BINTI JOHARI NO MATRIK : D20111047412
NAMA PENSYARAH : EN GHAZALI DIN
BILTAJUKMUKA SURAT
1HIDUP CINTA3
2DALAMNYA CINTA4
3HANYA PADAMU5
4SINARAN6
5HADIRNYA CINTA7
6INSAN KERDIL8
7KASIH IBU9
8TERIMA KASIH10
9HENING MALAM11
10SALAHKAH AKU?12
11PENGEMIS SEPI13
12USANG14
13SUKAR AKU MENGERTI15
14KAWAN DAN SAHABAT16
15ANAK KECIL17
16GURU ITU AKU18
17RAHSIA-NYA19
18KESAYANGANKU20
19AKU22
20RAJA HATIKU22
21KAU KEKUATANKU23
HIDUP CINTA
Kerana cinta mula tiada kerana cinta sudah berpunyakerana cinta aku kecewakerana cinta aku gembira.
Tanpa airmata tiada erti kehidupan kerakusan cinta membawa seribu kedustaan walau ia hanya sementaranamun memberi sejuta warna.
Tiada lagi airmatatiada lagi senyuman ceriatiada lagi tangisan gembiratiada lagi gelak ketawa.
Tiada lagi keluhan tiada lagi tangisan yang ada hanyalah senyumandari diri seorang teman.
(Tanjong Malim, 2015)
DALAMNYA CINTA
Cintatidak hanya bermula dari tatapan matakerana cinta hadir dari tulusnya haticinta mampu mengubah derita mencari ceriacinta dari tulusnya insan sejati.
Cinta mampu menjadi kenangancinta mampu mencetus permusuhan cinta mewujudkan persahabatancinta membina ikatan kejujuran dan kesetiaan.
Cinta tidak bisa dipaksatidak mudah diungkaptidak mudah diterjemahkerana cinta wujud dari dalamnya hati.
(Tanjong Malim, 2015)
HANYA PADAMU
Hanya padaMu aku mengadu dengarlah rintihanku initerimalah penyesalankukabulkanlah permintaankujangan kau mengecewakan diriku.
Aku berdosaberdosa meninggalkan suruhanmumelakukan segala laranganmuampuni akuterimalah taubatkuhanya padamu aku mengadu.
Nukilan,Zeera Johari (Batu Pahat, 2015 )
SINARAN
Ku lihat bintang dilangitsinarnya menerangi gelap malamindah tiada yang bisa menandingiwalau jauh tidak bisa ku gapai namun cahaya mampu menenteram jiwa.
Berkerlipan jauh di sanamembawa beribu senyuman gembirawalau punah hati terasasenyuman terukir bak cahayamenerangi gelapnya jiwa lara.
Senyummu bak cahaya kerlipan bintangtiada yang bisa menandingsenyuman manis terukir di bibir buat insan tercinta tersayangsebagai kenangan indah terukir.
(Tanjong Malim, 2015)
HADIRNYA CINTA
Cinta takkan datang tanpa dicaripergi bila dikhianatikasih sayang tanpa cinta tiada ertiibarat mencurah air ke daun keladi.
Cintaadakala membawa bahagiaadakala mengundang kecewaadakala sehingga ke syurgaadakala menolak ke neraka.
Cintaadalah anugerahjuga indahtanpanya hidup punah salah cinta hidup musnah.
(Putrajaya, 2015)
INSAN KERDIL
Lahir seorang insan kerdilhidup penuh belaian manjaoleh kedua ibu bapa untuk menjadi insan berguna.
Hari demi hariadakah insan ini sedar tujuan diutus oleh sang pencipta di alam maya dunia fana.
Masa berlalu begitu pantasmeninggalkan kenangan hidupyang tidak mungkin kembali mengulang keindahan dulu.
Tersentak dari lamunan bangkit menerjah kehidupanyang penuh dengan khalayanlakonan dunia kehidupan.
(Batu Pahat, 2015)
KASIH IBU
Ibu kasih sayangmu membawa ke syurgatiada yang bisa menandingimuwalau aku diberi emas permatapilihanku hanyalah kamu.
Ibukasihmu tidak ternilai harganyajasamu tidak mungkin terbalastiada yang indah selain dirimuyang sering membuat aku rindu.
(Batu Pahat, 2015)
TERIMA KASIH
Terima kasih sukar diungkapkanwalau seribu pertolongan yang kau perolehnamun kau masih sukar untuk ucapkan.
Terima kasihungkapan indah menyentuh perasaan mengubah hati menjadi ikhlaswalau ianya hanyalah dua perkataan.
Terima kasihungkapan yang indah serta mudahnamun kau tak pernah endahwalau mampu membuat hati berubah kau sering anggap ia tak mudah.
(Tanjong Malim, 2015)
HENING MALAM
Di malam yang hening iniku lihat pepohon bertiupan angin lembut menghentam jiwakuterasa dingin diseluruh tubuhku.
Ku lihat dedaun berguguran kekuningan layu tidak kehijauanmemenuhi ruang menutupi bumitiada ruang segenap ini.
Kelayuan dedaunan seperti layunya jiwa inimengenang kembali kau yang dulukini tiada lagi disisi.
(Tanjong Malim, 2015)
SALAHKAH AKU?
Hidupku bahagia walau sering dicercaHidupku tenang walau sentiasa menjadi ceritaTiada walau sedikit ia menganggu hariankuKetidakpuasan hati sering menganggu hidupmuKerana kau sering membenci diri ini.
Apa salahku?Apa dosaku?Kau sering perlaku aku sebegituWalau aku hanya diam membisu Kau sering mengganggu hidupku.
Walaupun kau begitu Aku hanya mampu memaafkanWalau hati ini sering terluka Sehingga mengalir mutiara dari mataNamun kau masih sahabatku.
(Batu Pahat, 2015)
PENGEMIS SEPI
Dalam keheningan malam aku keseorangan bertema sepitermenung di kaki limatiada siapa disisiterkenang nasib diri ini.
Hidupku sentiasa sepi tiada yang menemani disetiap incihidupku bagai tidak bererti sering bertemankan airmataakulah pengemis sepi.
Beginilah nasib diri inisentiasa hidup dalam sepimengharapkan belas kasihan dari yang simpati mengharap simpati dari yang mengerti akulah pengemis sepi.
(Tanjong Malim, 2015)
USANG
Setiap hari aku menantisetiap saat aku berharapsetiap detik aku memikirkanapakah harapan seorang insan yang hidup berjauhan.
Saat ku kenang harapan yang semakin usangmenunggu yang tak pasti datangakhirnya ku faham erti pengorbanan
Walau tugasku jauh berbelah lautannamun tangisanmukeegoanmu, gelak tawamutidak pernah ku padamkanmakin jauh makin kerinduanperwatakanmu semakin kuat dalam ingatan.
(Batu Pahat, 2015)
SUKAR AKU MENGERTI
Sahabatsukar aku mengertiniat sebenar dihatimukeikhlasan mahupun paksaan kau berteman dengankuandai ada khilafkukumohon ampuni aku kau sahabatku walau kau sering curangi akubukan niatku memaksamunamun kerana ku sepiku mahu kau menjadi temanku.
(Tanjong Malim, 2015)
KAWAN DAN SAHABAT
Kawan adalah seorang yang datang dan pergibila gembira dia munculbila sedih dan terluka dia larimeninggalkan aku seorang diritak semua kawan menjadi rakan tak semua rakan menjadi temantak semua teman menjadi sahabat
Sahabat ada dikala suka dan dukatidak mengira walau di mana beradakau umpama keluarga yang sering menerimasegala kekurangan yang adasering menjadi rindusering membuat gembirasehingga mengalirkan airmatakaulah sahabat.
(Tanjong Malim, 2015)
ANAK KECIL
Baumu seperti syurgadisaat kau masih tidak mengerti ciuman sering singgah di pipikerana baumu sunggu istimewamemelukmu menenangkan jiwasenyuman membuat aku terpesona.
Nukilan,Zeera Johari
(Gombak, 2015)
GURU ITU AKU
Kau adalah yang pertama membuat aku menjadi berani berhadapan dengan tugaskuwalau sukar namun ku pasti keyakinan ku peroleh mampu membantukuwalau berhadapan saat sukarku tabah merantasi saat itumenjagamumengajarmumendidikmuadalah sukar bagiku namun kerana keakraban kitamembuat aku terus tabahmembantu merealisasikan impianmukini kau adalah jiwakuwalau kita terpisah jauh saat bersama tak mungkin pudar diingatan.
(Tanjong Malim, 2015)
RAHSIA-NYA
Jodohitu adalah rahsiayang tak mungkin kita ketahuisehingga smpai waktunyaia adalah serasi seperti mana kita begitulah diajadikan kekurangan sebagai kelebihan dan kelebihan sebagai kekurangania pasti sempurnaianya telah ditentukan tidak mungkin dipaksawalau tiada pertemuanpasti terjalin sebuah ikatan.
(Tanjong Malim, 2015)
KESAYANGANKU
Gelagatmu tingkah lakumusering menyakiti hatikusering menyentak hatikukau seperti tidak menerima kehadirankuaku dibayangi rasa maluaku dibayangi rasa pilu tatkala kau sering memandang sinis kepadakunamun berkat kesabarankuakhirnya kau menghormati kau menerimakau menyayangiwalau hanya sementarakasih sayang yang terbina akan kekal hingga akhirnyakau kesayanganku.
(Tanjong Malim, 2015)
AKU
Aku sukar kau fahamisukar kau mengertipelbagai rasa telah aku alamimembangkitkan rasa bencisehingga tidak meghiraukan akan insan yang cuba memahami
Akulemah tanpa bicaradiam tiada katahanya airmata yang menjadi igauansering membuat jiwa melonjak kemarahantanpa memikirkan hati dan perasaan.
(Tanjong Malim, 2015)
RAJA HATIKU
Kasih sayangmu tak pernah kau ucapkankau sering membisu dikala aku mengadukau ibarat seperti insan yang tidak menyayangikunamun disebalik itu aku mengerti kau sayang padakuterlalu banyak pengorbananmubukan sahaja dari wang ringgitmalah penat lelahmu membantukudalam segala macam perkaraaku selamat disaat kau berada disampingkuwalau jauh kau sering membantukujarak tidak menjadikan kau dan aku menjauhkau dan aku saling menyatuakan ku cuba membantumudisaat hari tuamuayah aku sayang padamu.
(Tanjong Malim, 2015)
KAU KEKUATANKU
Wanitawalau kau insan yang lemahnamun kau tak pernah kalahkau menjadi yang teristimewakepada seluruh ahli keluargakau menjadi kesayangankau menjadi kerinduanwalau kau jauh di matanamun kau menjadi harapandemi memberi kekuatan dalam ku mengejar sebuah impian.
Nukilan,Zeera Johari (Tanjong Malim, 2015)1