ULASAN BUKU
1.0 Pendahuluan.
Setelah menerima tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia daripada Ustazah Mukarramah binti Ibrahim, saya mengambil masa selama dua minggu untuk mencari buku yang sesuai bagi tugasan tersebut. Akhirnya saya berjaya mencari buku yang sesuai dan tajuknya telah menarik minat saya untuk membeli dan seterusnya mengulas buku tersebut.
2.0 Pengenalan Buku
Nama Buku : Adab Muslim
Ditulis/ Disusun : En Jaafar bin Salleh
Penerbit : Mulia Terang Sdn Bhd
Dicetak Oleh : Mulia Cetak Sdn Bhd
Tahun Terbit : 2010
No ISBN : 978-967-5586-09-5
Harga : RM 17.00
Mempunyai : 245 Halaman yang bercetak termasuk kulit
Buku yang ditulis adalah berbentuk ilmiah.
Pengulas : HALIFAH BINTI SIDEK
3.0 Ringkasan kandungan daripada buku ini.
Seorang muslim tentunya memiliki wawasan hidup masa depannya. Dan
wawasan itu pastinya berdasarkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Bagi
mencapai matlamat itu maka digariskan Adab Muslim dan agendanya sebagai
satu disiplin yang perlu ada bagi setiap individu Muslim. Buku yang ditulis lebih
memfokuskan amalan yang mempeka adab luhur sebagai agenda bagi mengisi
keperibadian seseorang itu untuk mencapai ketaqwaan disisi Allah S.W.T. Untuk
itu bagaimana Adab Muslim ini dapat dijadikan amalan hidup kita? Tentunya
perlu kepada petunjuk maka buku ini menyajikan jadual masa yang terancang
1
bukan sahaja dari sudut ibadahnya tetapi amalan zikir dan doa harian yang perlu
diamalkan dari keutamaan ibadah-ibadah sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W.
4.0 Skop yang diulas.
Memandangkan buku agak tebal, jadi saya memperincikan ulasan saya kepada
dua bab yang utama iaitu Bab 1 bertajuk Masa Keutamaan untuk Ibadah dan
Bab 2 iaitu Adab-Adab Harian.
Dalam bab 1, penulis telah membincangkan masa keutamaan untuk
beribadah dengan mengadakan jadual harian . Dalam bab ini, penulis telah
menerangkan jadual harian dari mula bangun dari tidur sehingga persiapan
menjelang tidur yang perlu diikuti oleh orang-orang Islam yang ingin menjadi
seorang muslim sejati. Sebagai seorang Muslim, dia wajib mempunyai jadual
hidup harian supaya kerja-kerja yang berkaitan dengan dunia dan akhirat
dilaksanakan dengan baik dan tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang
tidak berfaedah.
Dalam bab 2, penulis telah membincangkan tentang adab-adab harian yang
perlu diikuti oleh seorang muslim. Terdapat 27 adab yang telah ditulis oleh
penulis yang boleh dijadikan garis panduan kepada orang Islam yang ingin
menjadi seorang muslim yang sejati. Sebagai seorang Islam, selain daripada
mempunyai akhlak yang baik, dia juga perlu menjaga adabnya pada setiap masa
dan setiap perkara yang dilakukan. Sebenarnya ada banyak lagi adab yang perlu
kita amalkan tetapi penulis telah menulis hanya 27 adab sahaja dalam buku ini.
Penulis ingin menyampaikan kepada pembaca bahawa bukan mudah untuk
menjadi seorang muslim yang sejati. Banyak perkara yang perlu kita lakukan
sama ada perkara yang sunat, yang wajib dan perkara yang
dipertanggungjawabkan kepada kita.
2
Setelah membaca dan meneliti kepada keseluruhan buku ini, terdapat beberapa
kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada buku ini.
Penulis telah memilih tajuk buku yang sesuai dengan isi kandungan yang
ingin disampaikannya. Gambar laut yang dipersembahkan pada kulit muka
depan adalah bertepatan dengan tajuk kerana untuk menjadi seorang muslim
yang sejati kita perlu mengharungi pelbagai rintangan dan godaan yang melaut
banyaknya. Tajuk Adab Muslim Membentuk Peribadi Solehin, Memiliki Jiwa
Muqarabbin, Meraih Sakinah Dalam Kehidupan Ini. Grafik dan warna pada
tulisannya adalah menarik yang mana ia telah menarik perhatian saya untuk
membeli buku tersebut. Saya yakin, pembaca juga akan tertarik dengan
persembahan kulit buku tersebut yang mempunyai auranya tersendiri dan terus
untuk memilikinya.
Sumbangan buku ini wajar dibaca oleh semua umat muslimin jika beliau ingin
menjadi muslim yang sejati. Bagi pembaca yang telah mengamalkan adab
tersebut, ia adalah sebagai mengulangkaji ilmu dan bagi mereka yang baru
untuk mengamal adalah digalakkan untuk membaca buku ini kerana banyak
panduan yang telah disampaikan oleh penulis. Daripada tajuk-tajuk yang
dibincangkan, para pembaca tidak akan menghadapi sebarang masalah kerana
penulis telah menulis dengan menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan mudah
difahami. Penulis juga telah menyelitkan beberapa potongan ayat-ayat A-Quran,
doa dan hadis bagi menguatkan isi yang telah disampaikan supaya pembaca
boleh mengamalkan adab berserta dengan bacaan doanya sekali.
Buku ini wajar dibaca oleh semua golongan masyarakat terutama golongan
kanak-kanak, orang remaja, orang dewasa dan golongan orang tua. Penulis juga
telah menyampaikan isi kandungan tulisannya dengan terperinci di mana dengan
membaca buku ini sahaja, jika kita mengamalkannya, ia telah melayakkan diri
kita sebagai seorang mukmin yang sejati. Penulis telah berjaya menerangkan
bagaimana adab-adab perlu dilaksanakan dengan langkah demi langkah yang
mudah difahami sebagai contoh dalam bab 2, adab berdoa. Penulis telah
3
menerangkan bagaimana cara-cara berdoa dengan betul, syarat-syarat yang
boleh dimakbulkan doa seseorang dan masa yang baik untuk berdoa.
Melalui buku ini, penulis telah berjaya menginsafkan para pembaca terutama
sekali adalah saya sendiri kerana dengan membaca buku ini saya telah
mendapati bahawa saya masih lagi kekurangan dalam ilmu keagamaan Islam
dan banyak adab-adab yang tidak saya ketahui atau telah saya lupai. Dengan
membaca buku ini juga ia telah sedikit sebanyak menginsafkan saya tentang
perlunya saya mengamalkan adab-adab yang sepatutnya diamalkan oleh
seorang muslim.
Setelah diteliti dengan terperinci terhadap buku ini, terdapat beberapa
kelemahan pada buku ini yang perlu dibaiki supaya ia menjadi sebuah buku yang
boleh dibanggakan oleh penulisnya.
Terdapat banyak ejaan yang salah pada penulisan buku ini. Saya mendapati
lebih daripada 100 perkataan yang salah dieja pada buku ini. Terdapat juga
pembinaan ayat yang kurang tepat dan penggunaan tatabahasa yang tidak betul.
Sebagai seorang penulis yang ingin menyampaikan sesuatu maklumat dalam
penghasilannya, dia haruslah membuat semakan terhadap ejaan, tatabahasa
dan ayat yang betul sebelum membuat cetakan dan seterusnya menerbitkan
buku tersebut.
Dengan kesalahan-kesalahan kecil seperti ini telah menyebabkan minat
pembaca untuk meneruskan pembacaannya akan menjadi terbantut dan
seterusnya hilang minat untuk membaca pada tajuk yang seterusnya. Oleh itu
maklumat yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak tercapai dan pembaca
akan merasa rugi dengan membeli buku tersebut. Walaupun terdapat kesilapan-
kesilapan yang dinyatakan, namun ia tidaklah mencacatkan keseluruhan isi
kandungan buku ini.
Mutu buku ini adalah sederhana dan boleh penambahbaikan dengan
memasukkan beberapa contoh-contoh yang sesuai dengan masalah kehidupan
4
seharian supaya pembaca mendapat iktibar dari masalah kehidupan seharian.
Dengan contoh-contoh yang sesuai juga dapat menguatkan kefahaman
pembaca dengan keperluan-keperluan adab seorang muslim.
Penulis juga perlulah mencari inisiatif ataupun altenatif yang sesuai bagi
menghasilkan buku yang menarik perhatian pembaca sebagai contoh perlulah
menulis dengan menggunakan tulisan yang berwarna bagi tulisan ayat suci Al-
Quran, hadis-hadis dan doa-doa pilihan supaya ia lebih menarik dan lebih terang
untuk dibaca. Di dalam buku ini saya dapati tulisan yang digunakan tidak terang
dan agak kabur. Ia telah menyukarkan pembaca untuk membacanya.
Untuk menjadikan buku ini lebih baik dan menarik minat pembaca, penulis
boleh menyertakan gambar-gambar yang sesuai bagi menerangkan pada
sesuatu tajuk contoh adab berpakaian bagi lelaki dan wanita. Penulis bolehlah
memasukkan gambar cara berpakaian bagi wanita muslimin dan cara
berpakaian bagi lelaki muslim . Dengan adanya gambar-gambar tersebut,
pembaca akan lebih memahami dan secara tidak lansung akan menjadikan buku
itu lebih menarik.
Tiada bahan rujukan yang terdapat dalam buku ini. Pada pendapat saya,
penulis merupakan seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi kerana
penghasilan buku beliau tanpa merujuk daripada mana-mana buku.
Kemungkinan juga penulis merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab
kerana mengambil mana-mana penulisan orang lain untuk dimuatkan dalam
penghasilan buku ini.
Secara keseluruhannya, buku ini masih boleh menarik perhatian pembaca.
Ada beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan supaya ia menjadi sebuah
buku yang lebih menarik. Apabila kita menghasilkan buku ilmiah yang berbentuk
agama, rata-rata pembaca kurang berminat untuk membaca. Jadi sebagai
seorang penulis, kita harus bijak menyusun isi-isi, hujah-hujah yang bernas,
contoh-contoh yang sesuai, kejelasan dan susunan yang betul supaya
5
menjadikan ia lebih menarik dan dapat meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap diri pembaca.
6
REFLEKSI
Syukur, saya telah dapat melaksanakan kerja kursus Tamadun Islam dan
Tamadun Asia WAJ 3102 bertajuk Ulasan Buku mengikut perancangan. Melalui
kerja kursus ini banyak perkara yang telah saya pelajari disepanjang saya
menyiapkan tugasan tersebut. Sebagai warga pendidik, saya telah mendapat
banyak ilmu yang berguna berkenaan tajuk tugasan yang telah diberikan. Melalui
pembacaan dan pencarian bahan dari pelbagai sumber, secara tidak lansung telah
menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat-maklumat yang berguna kepada
saya. Ia juga telah menjadikan saya sorang yang rajin membaca buku.
Ulasan buku yang telah saya laksanakan, ia telah menjadikan saya seorang
yang boleh berfikir secara logik dan menjadikan saya seorang yang berani berhujah
dengan fakta-fakta yang kukuh dan dapat memberikan idea-idea dan pendapat yang
boleh digunapakai oleh orang lain.
Melalui tugasan ini juga ia telah menjadikan saya seorang yang sangat
menghargai masa kerana saya perlu menyiapkan tugasan mengikut waktu yang
telah ditetapkan. Banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,
antaranya ialah bebanan tugas sebagai seorang guru di sekolah, tugas sebagai
seorang isteri, tugas sebagai seorang ibu dan tugas sebagai seorang pelajar. Oleh
yang demikian, saya perlu bijak mengurus masa supaya semua urusan dapat
dilaksanakan dengan sempurna.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah
Pendidikan Islam & Moral terutama kepada Ustazah Mukarramah binti Ibrahim yang
telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Begitu juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan kelas matematik
yang banyak membantu dan memberikan idea-idea yang boleh dimuatkan dalam
tugasan.
Dengan siapnya tugasan ini, ia telah memberikan saya banyak pengalaman
dan info-info yang berguna mengenai Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
7
8
9