TUMBUH DARI
KERENCAMAN BUDAYA
DAN SEJARAH :
KESUSASTERAAN
SABAH & SARAWAK
WEBINAR SASTERA PELBAGAI KAUM 2020
(ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA-AKADEMI SENI
BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) MALAYSIA)
UCAP UTAMA
SN DATO’ DR. ANWAR RIDHWAN
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
1
PENDAHULUAN 1
1. Seminar Sastera Pelbagai Kaum 2020 memberi tumpuan kepada genre cerpen di Sabah & Sarawak, yang akan dibicarakan beberapa siri dalam seminar ini.
Tema : Cerpen Sebagai Penyataan Identiti
Penulis Sabah dan Sarawak
1. Ucap Utama ini memberi selayang pandang sahaja tentang sastera moden di Sabah dan Sarawak yang telah tumbuh dan berkembang daripada kerencaman budaya dan sejarah sosiopolitik di dua negeri yang hebat ini.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
2
PENDAHULUAN 2
(SERANGKAP TALAALA, SABAH)
Hok bunyi kijang Hok ka loh paus
Di jalan yang pertama Hilo dalan kaiso
Apa pula bunyi-bunyi Nunu ma ti lohok-lohok
Ambil jalan kedua Onuan ralan koduo
[Sumber talaala : KK Gambang Lingu]
Talaala merupakan puisi yang menyerupai pantun. Puisi talaala mempunyai peranan yang sangat penting dalam masyarakat Kadazandusun terutamanya untuk menyampaikan nilai-nilai pendidikan.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
3
PENDAHULUAN 3
(2 RANGKAP PANTUN SARAWAK)
Hendak menjala, jala tersangkut,
Jala baru dikibar juga;
Hendak mencuba hatiku takut,
Hati takut dicuba juga.
Bagaimana jalan ke Santubong,
Berjalan kaki tengah halaman;
Bagaimana cara menangkap burung.
Tabur padi di tapak tangan.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
4
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
5
SABAH (SELINGAN VIDEO)
SOSOMIDO – TTBB Choir Version by The Male-Efficient
https://www.youtube.com/watch?v=QI5tpk1lAJw
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
6
SABAH YANG UNIK
• Negeri kedua terbesar di Malaysia
selepas Sarawak
• 32 kumpulan etnik, 28 daripadanya
bumiputera atau etnik asli tanah Borneo
• Ini termasuklah Kadazandusun (terbesar),
Bajau, Melayu Brunei, Murut, Lundayeh,
Rungus, Kedayan dll.
• 50 Bahasa, 90 dialek.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
7
SABAH : SEJARAH MASA
LALUNYA
1. Pengaruh Kesultanan Brunei
• Kesultanan Bolkiah 1485-1524
2. Pengaruh Kesultanan Sulu
• Apabila terjadi perebutan kuasa dalam kalangan istana
Brunei antara Sultan Hakkul Mubin dengan Muhyiddin,
maka Kesultanan Sulu mengambil kesempatan.
3. British North Borneo
• 1761 Alexander Dalrymple (British EIC) dan Sultan Sulu :
pusat perdagangan
4. Malaysia
• MA63
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
8
SABAH : CERITA RAKYAT
Pastilah setiap etnik mempunyai puisi tradisional masing-
masing, serta cerita rakyat masing-masing.
Sebahagian cerita rakyat Sabah:
1. Legenda Bajau
2. Legenda Penyu
3. Batu Lunguyan
4. Cerita Dua Matahari
5. Tanaki
6. Buaya Putih Pegalan
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
9
SASTERA : TEMA ETNIK
Sumbangan K. Bali. Pada tahun 1957, bersama rakan-rakannya yang lain seperti Zakaria Gunn, Tun Faud Stephens, Shafie Anterak, Raskan Asing, dan beberapa orang lagi beliau membentuk persatuan Angkatan Gaya Baru (AGABA). Donald A. Stephens (allahyarham Tun Fuad) menjadi presiden manakala K. Bali setiausaha. K. Bali menjadikan rumah peribadinya Teratai Desa di Kampung Tanjung Aru sebagai markas AGABA, hasilkan sandiwara, penulisan, dan penerbitan majalah. .
Datuk Haji Ismail Abbas, penerima SEA Awards pertama dari Sabah, (Allahyarham) atau Amil jaya amat aktif dalam karya sastera tema etnik, contoh : Novel Ngayau.
Azmah Nordin, yang pernah menang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1988/89 menerusi cerpen “Singkowoton”
Penulis-penulis lain termasuklah Siti Rahmah G Ibrahim, Yatim Ahmad, Noorfadzliah Omar, Ruhaini Matdarin, Hasyuda Abadi, Dayangku Mastura, Faridah Abd Hamid, Ayang Nesa, penerima SEA Award Jasni Matlani, Noor Aisah Maidin, Jakaria Dasan, Sasjira dan lain-lain lagi.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
10
MOMOGUNSIA 1
Dalam satu perbualan ringkas, SN Dato’ Dr Anwar Ridhwan
membayangkan adanya keperluan mewujudkan badan
penulis etnik Sabah. Sekembali ke Kota Kinabalu, inspirasi
itu telah disampaikan kepada pihak DBP Cawangan Sabah.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
11
MOMOGUNSIA 2
Ditubuhkan selepas Seminar Sastera Pelbagai Kaum (DBP-
ASWARA) 2011.
Presiden : Dr. Henry Bating.
Ramai penulis Momogunsia menghasilkan karya tema etnik
diketuai oleh tokoh wartawan dan sasterawan Emin Madi,
tokoh penulis Kathrina Tati, Raymond Majumah, Mondu
Godon, Juilis Mokujal, Ramlee Jalimin Jainin, Angela
Engkuan, Witzer Gunik, Jamail Masador, Sofia Clara, Haini
Karno, Rozeline Vitalis, Martina Obod dan ramai lagi.
Dr Rosliah Kitingan, Linah Bagu adalah antara ahli akademik
dan ilmiah sastera etnik (KDM) selain Prof Madya Ramzah
Dambul.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
12
MOMOGUNSIA 3
Semoga Momogunsia terus berkembang, setelah berjaya
menganjurkan Seminar Penulis Etnik Serantau BIMP-EAGA
2016 (SPES-16) di Sekolah Menengah (SMK) Matunggong. Ia
pasti menjadi tanda aras untuk sastera etnik berkembang
maju.
Sempena seminar tersebut dilancarkan : Buku Rungus
Peribumi Momogun Sabah, Karya Raymond Majumah;
Antologi Cerpen Pangkot (Karya Raymond Majumah);
Antologi Cerpen Pugai Balabak (Karya 20 Penulis
Momogunsia) dan Anugerah Terindah: Sayang Kinabalu
(Angela Engkuan).
Saya harap cerpen-cerpen mereka akan mendapat sorotan
dalam Seminar Sastera Pelbagai Kaum 2020 ini.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
13
TENTANG SASTERA ETNIK
MENURUT
DR. RAMZAH DAMBUL
“ Sastera etnik memiliki keunikan tersendiri
kerana ia dihasilkan oleh kumpulan penulis
yang berasal dari sosiobudaya bukan alir
arus perdana. Justeru hasil karya mereka
secara natural dijangka membawa nafas
dan rona sastera yang berlainan. Secara mudah hasil karya pengarang sastera etnik dianggap satu platform yang berikan suara alternatif kepada komuniti terpinggir menerusi media kesusasteraan.
Walaupun konsep sastera etnik masih agak asing di negara ini kerana berbeza dengan konsep sastera rakyat, iaitu merujuk kesusasteraan pelbagai bentuk yang diwarisi daripada tradisi lisan suatu komuniti.”
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
14
ULASAN
1 Sastera etnik hasil daripada komuniti terpinggir melalui media
kesusasteraan – Dr. Rem
• Benar dalam konteks politik, ekonomi & pembangunan
• Dalam sastera : Keterpinggiran linguistik (-pendidikan
formal-media) & keterpinggiran penerbitan dan terjemahan.
2 CIVILIZATIONAL / SCRIPTORIUM • (C/S) vs (T/O) dari sudut pandang antropologi dan sosiologi.
• Konsep “The Other”
3 TRIBAL / ORAL • Konotasi etnik tertutup yang mempunyai leluhur, budaya dan
tradisi yang sama.
• ‘Strong loyalty to one’s own tribe’, hingga ‘tribe’ lain dianggap
lebih rendah atau musuh – dalam konteks etnosentrik.
• Etnik yang ‘tidak maju?’
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
15
SABAH : KESIMPULAN
Sebab-sebab berikut:
1. Bahasa Melayu telah lama menjadi lingua franca
2. Pendidikan kebangsaan yang meluas
3. Institusi (bahasa dan Sastera) serta penerbitan
Menyebabkan:
Sastera kebangsaan turut disuburkan oleh para penulis dari
Sabah yang datang dari pelbagai latar belakang etnik, agama
dan budaya.
Karya mereka bukan sahaja mengungkapkan tema etnik
masing-masing, malah terdapat tema silang budaya dalam
masyarakat Sabah yang unik ini.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
16
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
17
SARAWAK (SELINGAN VIDEO)
Sarawak East Malaysia Indigineus’s Old Folk Song
https://www.youtube.com/watch?v=xOrw5tcWgWE
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
18
SARAWAK YANG UNIK
• Negeri terbesar di Malaysia.
• 27 kumpulan etnik, 45 dialek (setiap satu dengan kepelbagaian sastera oral yang unik, kepercayaan, tradisi dan budaya).
• Nama herba berbeza mengikut etnik : daun jabang (Iban), daun bandung (Melanau) bandong betawai (Selako), itun obek (Kayan). ATAU jambu libas (Iban), nyibun (Kenyah), libo (kayan), jambu ubas (Bidayuh).
• “Themes like the relationship of the people to their past, particularly their ancestry, and the spirit world, including its influence on the production of food and health are the primary themes of the oral literature of various ethnic groups in Sarawak.”
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
19
SARAWAK : SEJARAH MASA
LALUNYA
1. Pengaruh Empayar Brunei kurun ke-16
2. Pentadbiran James Brooke/Keluarga Brooke
• Dari tahun 1841 – 1946
• Rajah of Sarawak
3. Malaysia
• MA63
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
20
KEHEBATAN CERITA RAKYAT
IBAN
Thirty-one years ago… John Derek
Freeman (b. August 15, 1916,
Wellington, New Zealand; d. July 6, 2001,
Canberra, Australia) was a New Zealand
anthropologist best known told me that
Iban folklore “probably exceeds in
sheer volume the literature of the Greeks.”
At the time, I thought Freeman excessive.
Today, I suspect he may have been
conservative in his estimate.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
21
TENTANG KARYA SANDIN &
EJAU
Andria Ejau ( Dilah Tanah) and Sandin ( Raja Durong)
represent two poles of the modernist-traditionalist continuum
running through the entire field of Iban media production.
Andria Ejau specialized in transforming oral accounts,
metaphors, and imagery into contemporary, power-laden
narratives that would “benefit his people.” He was using old
linguistic materials through new media technologies in order
to promote “modern” practices. Benedick Sandin took the
opposite route as he sought to salvage as much of the Iban
oral tradition as he could for the benefit of future
generations.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
22
SASTERA IBAN
Entelah (Teka-Teki) Masyarakat Iban: Bentuk dan
Keistimewaannya – Dr Patricia Anak Ganing, UPSI, Tg. Malim,
Perak; Rungus dan Gong – Dr Ronald Batahong, IPG
Keningau.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
23
BORNEO LITERATURE
BUREAU
The Borneo Literature Bureau operated in the 60s and 70s, publishing stories and folklore contributed by amateur writers in Sarawak.
(a) to support the various government departments in their production of technical, semi-technical and instructional printed materials for the peoples of Sabah and Sarawak
(b) to encourage local authorship and meet local needs.
(c) to help in building up a local book trade (Borneo Literature Bureau Annual Report 1960).
• Gawai Antu & Raja Durong (Benedict Sandin)
• Dilah Tanah (Andria Ejau)
• Aur Kira (Henry Gerinjih)
• Tanun Bidayuh (Arthur Atos Langgi)
• Ra turun ku pait, ra ru-an ku sayang (Arthur Atos Langgi)
• Foolish Saloi (12 cerita rakyat Sarawak untuk bacaan kanak-kanak, ilustrasi oleh Aini Abdul Rahman)
• Tekena’ Kenya (Anye’ Apui)
• Koda-koda Gaya Pingajar (Stephen Jussem Anak Dundon)
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
24
IBAN
Persatuan Penulis Iban Sarawak (SIWA).
Majalah Nendak dalam bahasa Iban. Editor : Jonathan Singki;
juga majalah Ngingit .
Antara penulis yang berkarya dalam bahasa Iban dan bahasa
Melayu : Jaya Ramba, Harry Usup Umbar.
Jaya Ramba turut membimbing Anita Nyuta hasilkan novel
Sulu Injau.
Casper Kayong Umping dengan buku-bukunya Biau Enggau
Sampi & Raja Singalang Burung.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
25
TELICHU DAN TELICHAI
ANTOLOGI CERITA RAKYAT SARAWAK
• 18 cerita mitos dan legenda.
• Kehebatan tokoh, asal usul tempat, kisah pertarungan,
cerita tentang binatang, kejadian-kejadian aneh dan
kepercayaan.
• Sumber : Iban, Bidayuh, Melanau, Bekelan dan Kayan.
• Turut menerapkan beberapa dialek kaum itu sendiri.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
26
WANITA :
PROTAGONIS DI LATAR DEPAN
1. Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang
2. Puteri Lela Menchanai
3. Dayang Ruku & Dayang Kubu
4. Dayang Isah Tandang Sari
5. Dato’ Permaisuri
6. Dayang Seri Bulan
7. Dayang Kumunah
8. Dayang Puteri
9. Orang Kaya Srigunim
10. Kumang
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
27
MEMULIHARA WARISAN
KUCHING: Khazanah bahasa dan sastera etnik yang unik di Sarawak perlu didokumenkan untuk tatapan generasi akan datang.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, karya seperti itu sekiranya tidak dilestarikan akan hilang ditelan zaman.
“Ia wajar didokumentasikan sebagai warisan negeri ini atau ia akan hilang begitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak di Bangunan Baitulmakmur di sini, semalam.
Fatimah turut memuji usaha DBP dalam penerbitan hasil kajian bahasa-bahasa etnik Sarawak iaitu Daftar Kata Bahasa Melanau Dalat – Bahasa Melayu dan Daftar Kata Bahasa Tatau – Bahasa Melayu, menjadikan jumlah daftar kata yang telah diterbitkan setakat ini sebanyak sembilan.
“Di Sarawak kita mempunyai banyak kumpulan etnik dan kita berharap Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri dapat membantu menerbitkan lebih banyak daftar kata,” katanya.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
28
UNGKAPAN BAHASA
KARYA SASTERA SARAWAK
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
29
MELAYU IBAN
MELANAU BIDAYUH
MELAYU SARAWAK ORANG ULU
INGGERIS CHINA
SASTERA BAHASA MELAYU
Penerima Anugerah Sastera Negeri Sarawak (Hadiah Utama)
• Muhammad Rakawi Yusuf – Melati Sarawak
• Muhammad Bujang – syair dan cerpen
• Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah - puisi
• Jong Chian Lai – cerpen dan novel
Sumbangan juga daripada:
Dahiri Saini, Jais Sahok, Hasyuda Abadi, Jeniri Amir, Roslan
Jomel. Abizai dll (maaf, ruang yang terbatas tidak memungkinkan
saya menyebut semua nama lain yang tidak kurang hebatnya).
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
30
BEBERAPA RUJUKAN
• Sastera tradisi etnik Sarawak : sumbangan terhadap kesusteraan
kebangsaan – Peny: Jeniri Amir.
• Sastera Melayu di Sarawak (Hamzah Hamdani, DBP, 2004).
• Di Sarawak sastera Melayu dan Inggeris adalah dominan, diikuti
sastera dalam bahasa Cina dan Iban – Saiee Driss.
• Penulis Cina berkarya dalam BM : antaranya Jong Chian Lai.
• Antara penyair Mahua Sarawak : Wu An
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
31
SASTERA DLM BAHASA
CHINA
The concept of 'Sinophone literature' reminds us that in this new century, the ideology of literary history is no longer stringent, as a result, the geographical view of literature should be changed accordingly as well. When we agree that Sarawak Chinese literature does not belong to Mahua literature, can we then classify all Sarawak Chinese literature into one category? This is the main argument of the paper. This paper consists of three parts. The first part discusses what does the strengthening of indigenous Sarawak Chinese literature mean based on the characteristics of the island of Borneo. The second part divides Sarawakian Chinese authors in two groups, namely 'Taiwan-based authors' and 'local authors' and further examines how regional experience affects their works. It is, however, difficult to distinguish which part is affected by Taiwan's influence and which part is their self-creation, especially in this era of globalisation. In spite of that, we can narrow the scope of study down to the works of rainforest writing of Sarawakian Chinese writers to gain more refined study. Therefore, the fictional works of Li Yongping and Chang Kuei-hsin who have been resided in Taiwan for many years will be taken as examples and compared with the works of local authors on rainforest writing, the differences and individual complexity between both will then be questioned and deliberated. Finally, the dialogues or contrasts between Sarawak Chinese literature in Taiwan and local Sarawak Chinese literature will be analysed based on the criticism and self- criticism in 'Sinophone Iterature'.
Chai, S.L. (2016) Sarawak Chinese literature in Taiwan or local Sarawak Chinese literature: A perspective from regional experience towards rainforest writing. In: The 2RD International Conference on Interrelationship between Taiwan Literature and Asia Pacific Humanities, 25 - 26 June 2016, National Taiwan University, Taipei, Taiwan.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
32
SARAWAK : KESIMPULAN
Sebab-sebab berikut:
1. Bahasa Melayu telah lama menjadi lingua franca
2. Pendidikan kebangsaan yang meluas
3. Institusi (bahasa dan Sastera) serta penerbitan
Menyebabkan:
Sastera kebangsaan turut disuburkan oleh para penulis dari
Sarawak yang datang dari pelbagai latar belakang etnik,
agama dan budaya.
Karya mereka bukan sahaja mengungkapkan tema etnik
masing-masing, malah terdapat tema silang budaya dalam
masyarakat Sarawak yang unik ini.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
33
KESIMPULAN UMUM /
PENUTUP
Jika saya merujuk genre cerpen dalam bahasa Melayu, oleh
penulis-penulis kontemporari Sabah dan Sarawak, antara
kesan saya:
1. Memperbaharui atau meninggalkan limbo realisme
2. Mengolah bahan narasi yang menarik dan kompleks
3. Strateginya mengarah kepada naratif baharu
4. Gaya bahasa sastera yang berkesan
5. Kaya metafora
6. Olahan dan strategi naratifnya seperti menyuntik serum
baru yang memperkaya langgam kesusasteraan kita.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
34
SEKIAN DAHULU
TERIMA KASIH
Ikan terubuk dipanggang liat,
Hendak dimakan takut kempunan;
Kepala tunduk mata melihat,
Di dalam hati rasa berkenan.
Sungai Bintangor airnya merah,
Tempat orang mencuci gigi;
Kalau sungguh dipanjang Allah,
Boleh kita berjumpa lagi.
Anwar Ridhwan 7 Oktober 2020 - Seminar Sastera
Pelbagai Kaum IV 2020
35
Top Related