UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT
KPPA BERSAMA-SAMA
PESERTA KURSUS KADET PEGAWAI
PTD BIL. 1/2014
19 MAC 2015, 8.30 MALAM
HOTEL BANGI-PUTRAJAYA
2
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Transformasi.
Salam “1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.
Yang Dihormati Saudara dan Saudari
Pengacara Majlis
Yang Berbahagia Tan Sri Haji Shukry
Hj Mohd Salleh
Ketua Pengarah
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri
3
Yang Berbahagia Ketua-Ketua
Setiausaha Kementerian
Yang Berbahagia Ketua-Ketua
Pengarah Jabatan Persekutuan
Yang Berhormat Setiausaha-
Setiausaha Kerajaan Negeri
Yang Berbahagia Dato’ Jalil Marzuki
Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Pembangunan)
4
Yang Berbahagia Dr. Ahmad Jailani
Muhamed Yunus
Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Operasi)
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mazlan
Yusoff
Pengarah INTAN
Yang Berbahagia Pegawai-Pegawai
Kanan Jabatan Perkhidmatan Awam
dan Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN)
Wakil-Wakil Jabatan yang terlibat
dengan pelaksanaan modul Kursus
5
Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Bil. 1/2014; Polis DiRaja Malaysia,
Kolej Tentera Darat, Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia, Outward
Bound School (OBS) Malaysia,
Genovasi dan juga Universiti Malaya,
Saudari Pengarah Program, Puan Nur
Azimah Mahmood,
Saudara dan Saudari para peserta
Kursus Kadet PTD Bil. 1/2014
sekalian.
6
PENDAHULUAN
Terlebih dahulu izinkan saya
memanjatkan kesyukuran kehadrat
Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia dan izinNya saya dapat
bersama-sama saudara-saudari pada
malam yang berbahagia ini. Pada
kesempatan ini, saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada
pihak INTAN kerana telah menjemput
saya ke Majlis Makan Malam ini yang
merupakan kemuncak bagi peserta
Kadet PTD Bilangan 1 Tahun 2014.
Saya difahamkan bahawa ini
merupakan minggu terakhir saudara
7
dan saudari bergelar Kadet Pegawai
Tadbir dan Diplomatik dan Insya
Allah bakal bergelar Pegawai Tadbir
dan Diplomatik tidak lama lagi.
2. Perjalanan saudara dan saudari
baru bermula dan dunia saudara dan
saudari di pelantar latihan ini jauh
bezanya dengan dunia yang bakal
ditempuhi di luar sana. Jerih payah,
suka duka yang dilalui sepanjang
berkursus merupakan sebahagian
daripada rencah kehidupan yang
bakal dilalui kelak. Oleh yang
demikian, latihan seumpama ini
dirangka bagi mempersiapkan
8
saudara dan saudari sepenuhnya
sebelum menggalas amanah besar
negara.
3. Kursus yang saudara dan
saudari telah lalui sememangnya
dirancang dan dirangka supaya
merangkumi tugasan dan cabaran
yang sangat menguji tahap
ketahanan fizikal, mental dan
intelektual bagi mengembangkan
potensi masing-masing.
Pendedahan sedemikian adalah
sangat kritikal dalam usaha
membangunkan pemimpin masa
hadapan.
9
PENGUASAAN ILMU JAMINAN
GERBANG KEJAYAAN
Saudara dan Saudari yang saya
kasihi sekalian,
4. Sejarah memperlihatkan bahawa
naik turun dan jatuh bangun tamadun
besar masa lalu seperti empayar
Romawi, Parsi, China dan
Uthmaniyyah, adalah ditunjangi
pentadbiran yang cekap dan
bertanggungjawab. Kecemerlangan
pentadbiran didasari kehebatan ilmu
yang dimiliki pentadbir tamadun
berkenaan. Oleh itu, kesinambungan
10
kecemerlangan pentadbiran adalah
terletak pada keupayaan mentadbir
yang disulami budaya keilmuan yang
tinggi dalam kalangan penjawat
awam. Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri sendiri telah
menggariskan aspek ilmu sebagai
prinsip utama di antara lapan Prinsip
Pekerja Berinovasi Menuju Negara
Maju.
5. Suka saya mengambil
kesempatan pada malam ini untuk
memberi peringatan dan galakkan
saudara dan saudari untuk terus
mencari dan menimba ilmu untuk
11
berjaya dalam perkhidmatan awam.
Ketinggian ilmu pengetahuan dan
kehebatan kemahiran diri merupakan
adunan terbaik ke arah melahirkan
seorang pegawai PTD muda yang
berprestasi tinggi. Mereka yang
menguasai pelbagai ilmu dan
kemahiran akan mendahului arus
perlumbaan dalam perkhidmatan.
6. Jika Kota Baghdad mempunyai
Bait al-Hikmah yang dikenali dengan
The House of Wisdom sebagai mercu
tanda kesarjanaan tamadun Islam
ketika itu, perkhidmatan awam kita
juga seharusnya memiliki institusi
12
rujukan dalam bidang keilmuan.
I wish to see INTAN to be elevated
into an eminent institution in
government studies and leadership
focusing on research and actions.
Sebagai permulaan, mengambil kira
kredibiliti, kepakaran dan
kemampuan tenaga pengajar INTAN
pada ketika ini, INTAN telah
mengorak langkah dan mengatur
arah untuk mendapatkan akreditasi
bagi Program DPA INTAN daripada
Agensi Kelayakan Malaysia.
Seterusnya harapan saya selepas ini
adalah untuk melihat INTAN
dinobatkan sebagai sebuah institusi
13
latihan yang hebat di dalam liganya
yang tersendiri.
7. Mengimbau kembali kisah
Presiden F. Kennedy, Presiden
Amerika Syarikat Ke-25 yang sangat
terkenal dengan misi mendaratkan
manusia di bulan, ramai melihat misi
Kennedy ini hanya dari aspek
kepimpinan di mana beliau mampu
mencetuskan idea besar di luar
jangkauan pemikiran manusia pada
ketika itu. Namun perkara yang
kurang diberikan perhatian ialah
kejayaan semua perkara tersebut
sebenarnya digerak dan didasarkan
14
dengan ilmu pengetahuan.
BAKAT DITEMPA, PRESTASI
ORGANISASI DIJULANG
Saudara dan Saudari yang saya
kasihi sekalian,
8. Kajian oleh Gallup ke atas 142
negara pada tahun 2014 mendapati
hanya 11% daripada tenaga kerja di
Malaysia komited dengan pekerjaan
mereka manakala 81% lagi tidak
komited kerana mempunyai tahap
motivasi yang rendah. Apa yang
15
lebih membimbangkan ialah 8%
tenaga kerja di Malaysia
dikategorikan sebagai golongan yang
actively disengaged, tidak produktif
serta menyebarkan sikap negatif
kepada rakan sekerja mereka. Ini
merupakan antara cabaran utama
pengurus sumber manusia pada hari
ini.
9. Menyedari hakikat ini,
Perkhidmatan Awam sedang
meneroka jalan penyelesaian terbaik
untuk menangani isu tahap
keterlibatan penjawat awam di
Malaysia melalui inisiatif Blue Ocean
16
Leadership atau BOL. BOL yang
diperkenalkan di bawah lembayung
Strategi Lautan Biru Kebangsaan
membawa satu pendekatan yang
sistematik bagi memantapkan
amalan kepimpinan ke arah
memaksimumkan bakat dan modal
insan sedia ada dalam usaha
meningkatkan prestasi organisasi.
Melalui pelaksanaan BOL ini, Key
Leadership Activities akan dikaji dan
dimuktamadkan bagi membentuk
kanvas kepimpinan terbaik dalam
Perkhidmatan Awam.
17
10. Transformasi pembangunan
modal insan dirasakan tidak lengkap
tanpa melibatkan komponen yang
lebih besar iaitu pengurusan bakat
dan perancangan penggantian.
Memperkatakan mengenai perkara
ini, Profesor Willam J. Rothwell,
seorang professor pembangunan
sumber manusia daripada
Pennsylvania State University telah
dibawakan khas dalam program
INTAN HR Premier Talk pada 12 Mac
2015 yang lalu. Dalam siri tersebut,
Profesor William J. Rothwell telah
mencadangkan satu model yang
komprehensif merangkumi peringkat
18
strategi dan taktikal dalam aspek
perancangan penggantian dan
pengurusan bakat. Model ini
memerlukan satu program yang
sistematik diwujudkan untuk
membangunkan potensi individu
melalui program pembangunan
kepimpinan, pusingan kerja,
pembelajaran serta strategi-strategi
lain untuk membina dan
memantapkan kompetensi pegawai.
Turut dicadangkan adalah langkah-
langkah untuk mendapatkan sumber
berpotensi daripada bakal pesara di
samping mencipta semula cara dan
proses kerja sedia ada.
19
11. Dalam hubungan ini, saya
menyarankan agar INTAN merangka
program yang melibatkan kepimpinan
tertinggi negara yang menghampiri
tempoh akhir perkhidmatan untuk
berkongsi pengalaman dan
pengetahuan bagi memastikan
kelestarian kecemerlangan
Perkhidmatan Awam. Saya percaya
melalui pemanfaatan perkongsian
tacit knowledge kepada pegawai
muda, hasrat kita untuk
mengekalkan institutional memory
dapat direalisasikan.
20
PRODUKTIVITI SEKTOR AWAM: SATU
BICARA BAHARU
Saudara dan Saudari yang saya
kasihi sekalian,
12. Tahun 2014 menyaksikan
pelbagai fenomena baharu yang
mewarnai landskap pentadbiran
Kerajaan di peringkat global.
Ketidakstabilan harga minyak dunia
dan beberapa komiditi lain telah
memberi banyak kesan kepada
ekonomi serantau. Senario ini
menuntut Kerajaan melihat semula
21
Tadbir Urus Fiskal Negara khususnya
dalam menangani cabaran defisit
fiskal untuk memastikan ia berada
dalam keadaan terkawal. Antara
penyumbang utama kepada defisit ini
adalah perbelanjaan mengurus yang
tinggi dengan pembayaran emolumen
sektor awam merupakan antara
komponen terbesar. Pada tahun 2014
sahaja, bayaran emolumen yang
terlibat adalah berjumlah RM66.9
billion atau 30.5% daripada
keseluruhan perbelanjaan mengurus
negara.
22
13. Fenomena ini telah
menyaksikan peralihan fokus
Kerajaan kepada aspek produktiviti
sebagai langkah mengimbangi
perbelanjaan besar dengan hasil
yang dikeluarkan. Bicara baharu
produktiviti ini tidak hanya dilihat
dari perspektif konvensional semata
– mata tetapi perlu dilihat secara
lebih inklusif dengan turut
mengambil kira aspek keberhasilan
atau outcome.
14. Menyahut seruan Kerajaan ini,
Jabatan Perkhidmatan Awam telah
mengambil inisiatif untuk bersama-
23
sama pihak Malaysia Productivity
Corporation untuk melaksanakan
pengukuran tahap produktiviti
sektor awam. Dapatan kajian ini
kelak akan dijadikan input untuk
penggubalan dasar sektor awam
yang lebih strategik berfokuskan
kepada outcome.
PERTEMBUNGAN GENERASI:
CABARAN BERINOVASI UNTUK
MENINGKATKAN PRESTASI
Saudara dan Saudari yang saya
kasihi sekalian,
24
15. Sesungguhnya, negara
mendambakan kemunculan dan
kelahiran pemimpin muda yang
mampu meneruskan legasi
kecemerlangan kepimpinan negara.
Usah dihitung hari berlalu dan
dikatakan sehingga cukupnya waktu
untuk saudara dan saudari
menjalankan peranan sebagai
seorang pemimpin kerana kita
pernah mendengar bahawa
“Leadership is action not position.”
16. Jelas kepada kita bahawa
pemimpin yang ada pada hari ini
25
terdiri daripada tiga kumpulan
generasi berbeza iaitu Baby
Boomers, Generasi X dan Generasi Y
yang mempunyai kekuatan tersendiri.
Justeru itu adalah sangat penting
untuk generasi-generasi ini saling
melengkapi supaya ianya dapat
memberi impak yang signifikan
kepada pencapaian organisasi dalam
era di mana inovasi menjadi tajuk
utama bicara.
17. Membicarakan mengenai mauduk
kepimpinan dan inovasi dalam
organisasi, ingin saya ketengahkan
26
buah fikiran Robert F. Brands,
pengasas InnovationCoach.com yang
dicurahkan beliau dalam artikel
bertajuk “Aligning Generation X, Y,
and Flux for Innovation
Implementation in 2015”. Dalam
artikel ini beliau telah
mencadangkan beberapa langkah
untuk membina ekosistem yang
berupaya mengembangkan bakat
yang ada iaitu:
(i) Yang Pertama: Cross-
Pollination di mana organisasi
digesa untuk membentuk
paradigma komunikasi
intra-organisasi bagi
27
mengoptimakan inovasi.
Langkah ini dilaksana bagi
menggalakkan pertukaran
idea dan memperluas jaringan
kolaborasi.
(ii) Yang Kedua: Potential vs
Expertise iaitu sekumpulan
pegawai berpotensi tinggi
dihimpunkan bersama-sama
kumpulan pakar bagi
meningkatkan bilangan
pegawai berprestasi tinggi
yang boleh dibentuk menjadi
“tomorrow’s innovators and
organisation leaders”.
28
(iii) Yang Ketiga: Failure is an
Option. Langkah ini dicadang
bagi mencetuskan kesedaran
bahawa kegalan juga satu
pilihan sebagai pengajaran
dan pembelajaran kerana
hasil kreativiti dan inovasi
yang dicipta didatangkan
bersama-sama risiko tertentu.
Kegagalan sebenarnya
membuka lembaran baharu ke
arah kejayaan.
Jangan pernah takut untuk gagal
tetapi takutlah jika saudara dan
saudari tidak bangkit daripada
29
kegagalan itu. Peganglah kepada
kata-kata ini iaitu “Kejayaan bukan
warisan, kegagalan bukan tradisi”.
Saudara dan saudari yang dikasihi
sekalian,
18. Melihat kepada realiti semasa,
tidak dinafikan bahawa pemimpin
dalam era ini juga terdiri daripada
golongan muda yang berkebolehan
tinggi. Insya Allah bakat yang ada ini
tidak akan disia-sia. Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri semasa
Program Wacana Kepimpinan
Perdana PPTD: “Mencipta Legasi
30
Menelusuri Transformasi” pada 17
Disember 2014 yang lalu menyatakan
bahawa pemimpin muda memiliki
peluang untuk memegang jawatan
tinggi jika mereka dapat
membuktikan kebolehan dan
keupayaan memimpin.
19. Sukacita saya memaklumkan
bahawa salah satu daripada
program transformasi yang sedang
giat dilaksanakan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam yang
menyokong hasrat YAB Perdana
Menteri ini ialah Program “Fast-
Track”. JPA sedang merancang
31
pelaksanaan program ini secara
lebih menyeluruh. Ini bermakna,
terdapat di kalangan tuan-tuan dan
puan-puan yang boleh
dipertimbangkan ke jawatan yang
lebih tinggi di masa hadapan dalam
tempoh yang lebih singkat
sekiranya saudara dan saudari
berjaya mempamerkan prestasi
kerja yang cemerlang secara
konsisten. Diharapkan dengan
adanya platform sebegini, akan
wujud persaingan yang lebih sihat
di kalangan saudara dan saudari
untuk menonjolkan bakat dan
kemampuan yang ada.
32
INTEGRITI: SEMANGAT CINTAKAN
NEGARA
20. Saya percaya saudara dan
saudari sekalian menyertai barisan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik
bukan untuk mengejar nama dan
glamour tetapi lebih kepada a sense
of pride to serve the country dan atas
dasar cintakan Negara dan semangat
patriotisme yang telah diterapkan
dalam diri saudara dan saudari
semenjak kecil lagi. Rasa cintakan
negara ini perlu sentiasa dipupuk dan
disertai azam untuk sentiasa
33
memelihara jati diri dan tidak
berkompromi dengan isu integriti.
21. Laporan Indeks Persepsi Rasuah
pada tahun 2014 menunjukkan
Malaysia berada di tangga ke-50
berbanding di tangga ke-53 pada
tahun sebelumnya. Perubahan positif
ini perlu dipertingkatkan. Janganlah
menjadi penyumbang kepada
peningkatan angka kes-kes rasuah
dan integriti dalam perkhidmatan
awam. Sentiasalah berwaspada dan
menjaga maruah diri.
34
PENUTUP
Hadirin dan hadirat yang saya kasihi
sekalian,
22. Mengambil kesempatan pada
malam yang gilang-gemilang ini, saya
ingin mengucapkan tahniah dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
pihak INTAN dan pegawai-
pegawainya yang saban tahun tanpa
jemu dan penuh semangat telah
melatih, mendidik dan membentuk
barisan pelapis skim perkhidmatan
PTD melalui Kursus Kadet PTD ini.
35
23. Saya juga ingin mengucapkan
tahniah kepada saudara dan saudari
yang telah berjaya menamatkan
Kursus Kadet PTD. Semoga usaha
dan niat murni saudara dan saudari
sentiasa diberkati dan terus
diberikan kekuatan untuk menabur
jasa bakti kepada nusa bangsa dan
pertiwi.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatulahi
Wabarakatuh.
Terima kasih.
Top Related