UCAPAN
YAS DATO WAN MOHD NOR BIN HJ IBRAHIM KETUA PENGARAH
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BULAN SEPTEMBER 2012
IBU PEJABAT JBPM PUTRAJAYA
PADA 6 SEPTEMBER 2012 (Khamis)
MASA
10.00 pagi
TEMPAT Dewan Sutera
Ibu Pejabat JBPM Putrajaya
2
Selamat pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Yang Berusaha Saudara/Saudari Pengacara Majlis YAS Dato’ Mahadi bin Md Ali Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia YAS Dato’ Haji Amer bin Haji Yusof Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia YS PKPjB Yusof bin Sidek Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan selaku Hos Perhimpunan Bulanan Bulan September 2012
3
Yang Setia Penolong Ketua Pengarah Bahagian-bahagian,
YS Pengarah-Pengarah Bomba Negeri,
Rakan-Rakan Media, Tuan-tuan dan Puan-puan
yang dikasihi sekalian.
1. Alhamdulillah, pertama sekali saya memanjat
rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
diberi kesempatan, usia dan kesihatan untuk kita
bersama-sama berkumpul pada pagi yang
berbahagia ini di Majlis Perhimpunan Bulanan
bagi Bulan September Tahun 2012, yang
dihoskan oleh Bahagian Pembangunan.
Pada pagi ini juga Jabatan akan menyampaikan
Sijil Penghargaan kepada 20 orang pegawai
bomba sebagai menghargai tindakan cemerlang
4
mereka semasa melaksanakan tugas dan
khidmat bakti kepada masyarakat yang telah
menaikkan imej dan reputasi Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia. Syabas dan tahniah
kepada pegawai-pegawai bomba daripada:-
i. Balai Bomba dan Penyelamat Sungai
Bakap, Pulau Pinang
ii. Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth,
Pulau Pinang; dan
iii. Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi,
Kuala Lumpur.
Kepada penerima-penerima sijil penghargaan
saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih. Sesungguhnya jasa-jasa serta
sumbangan tenaga tuan-tuan kepada jabatan
5
khasnya dan masyarakat amnya tidak terbalas
dengan sekeping sijil, tetapi anggaplah ianya
sebagai suatu tanda ingatan bahawa jasa-jasa
dan sumbangan tuan-tuan dekat dihati kita
semua.
Dato’-Dato, tuan-tuan dan puan-puan
sekalian,
2. Dalam kesempatan Bulan Syawal ini, saya
juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri kepada semua yang hadir pada hari ini
dan kepada seluruh warga bomba di seluruh
Negara. Saya yakin semua pegawai, anggota
dan kakitangan JBPM telah bersedia
sepenuhnya untuk meneruskan momentum kerja
terbaik dengan minda yang segar setelah bercuti
6
panjang pada Hari Raya baru-baru ini. Baki
empat bulan ini merupakan tempoh kritikal bagi
Jabatan untuk merealisasikan segala agenda
yang telah dirancang pada awal tahun
termasuklah pengisian perjawatan,
meningkatkan prestasi perbelanjaan dan
sebagainya sebelum tahun 2012 berakhir.
3. Kerajaan pada hari ini sedang bergerak ke
arah negara maju berpendapatan tinggi
menjelang Tahun 2020. Bagi merealisasikan
hasrat tersebut, YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri
Najib Tun Abdul Razak sering menekankan
tentang perlunya transformasi terutama di dalam
sektor awam yang menjadi pelaksana dasar
Kerajaan.
7
Dato’-Dato, tuan-tuan dan puan-puan
sekalian,
4. Tarikh 8 Julai 2012 bertempat di Teras
Jernang, Bangi, Selangor merupakan detik
bersejarah bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia dalam siri Program Jelajah ‘Janji Di
Tepati’ dimana YAB Perdana Menteri, telah sudi
untuk meluangkan masa untuk melawat ruang
pameran Jabatan.
Ruang tersebut telah dimanafaatkan sebaik
mungkin oleh Jabatan untuk menerangkan
kepada YAB Perdana Menteri mengenai
transformasi Jabatan ke arah sebuah organisasi
kebombaan dan penyelamatan yang ulung di
negara ini. Jabatan kini di era pembangunan
8
fizikal yang terbaik, namun kita sebagai
pelaksana perlu melakukan transformasi minda
iaitu bersedia untuk menyahut cabaran di zaman
yang serba canggih ini. Penerimaan ilmu dan
teknologi baru, mengadaptasi konsep National
Blue Ocean Strategy (NBOS), berfikir di luar
kotak perlu diterap oleh setiap lapisan pegawai
dan kakitangan sekiranya kita ingin maju ke
hadapan standing dengan negara maju. Jika
tidak kita akan tertinggal di belakang.
5. Peranan Jabatan dalam aspek kebombaan
dan penyelamatan terbukti memberi impak yang
sangat besar kepada tarikan pelabur ke
Malaysia. Ini dibuktikan dengan perkembangan
dan kestabilan ekonomi negara yang positif
terutamanya melalui industri pembinaan negara.
9
Pada suku tahun pertama 2012, industri
pembinaan telah menunjukkan perkembangan
yang signifikan dalam perkembangan ekonomi
negara.
6. Berdasarkan Laporan Bank Negara Malaysia,
industri pembinaan telah berkembang sebanyak
15.5% berbanding 11.5% pada suku tahun
keempat tahun 2011. Perkembangan positif ini
disokong oleh pelaksanaan projek-projek utama
seperti Pembinaan Jambatan Kedua Pulau
Pinang, KLIA 2, Landasan Berkembar Elektrik
Ipoh – Padang Besar, Saluran paip gas Sabah–
Sarawak dan juga Sektor Perumahan Negara.
7. Keyakinan pelabur ke negara ini dijangka
meningkat dengan pelaksanaan projek–projek
pembinaan balai bomba di seluruh negara yang
10
kini sedang rancak dibangunkan. Tahun ini kita
berada di tahun kedua Rancangan Malaysia
Kesepuluh. Beberapa strategi telah dirangka
dalam memastikan kelangsungan penyampaian
infrastruktur untuk pembangunan Jabatan.
Dato’-Dato, tuan-tuan dan puan-puan
sekalian,
8. Bagi Rolling Plan ke-2, Rancangan Malaysia
ke-10, Jabatan telah diperuntukan sebanyak RM
362.48 juta bagi tujuan pembinaan bangunan
termasuk ibu pejabat, balai bomba, pusat
penyelidikan dan akademi serta pembelian
peralatan kebombaan.
Mulai bulan Januari sehingga bulan Ogos 2012,
Tiga buah balai bomba yang baru telah berjaya
11
disiapkan iaitu BBP Kinabatangan di Sabah,
BBP Jasin Bestari di Melaka dan BBP Jalan
Hang Tuah di Kuala Lumpur menjadikan
jumlah keseluruhan balai bomba sebanyak 265
buah. Manakala sejumlah Tujuh buah balai
bomba kini dalam proses untuk disiapkan di
seluruh negara.
Selaras dengan itu, Jabatan juga kini sedang
merangka pembaharuan dalam Pelan Strategik
Jabatan yang turut memberi fokus kepada kajian
pembinaan balai bomba yang menjadi nadi
utama kepada aspek operasi kebombaan dan
penyelamatan.
9. Bagi memperkasakan ilmu pengetahuan
pegawai bomba dalam aspek penyelamatan,
12
Akademi Bomba dan Penyelamat Tronoh,
Perak kini dalam proses pembinaan dan
dijangka siap pada tahun 2014. Projek yang
akan menelan belanja sebanyak RM 24.54 juta
ini akan dilengkapi dengan kemudahan
bangunan pentadbiran dan bangunan latihan
termasuk kemudahan latihan penyelamatan di
air.
Manakala Pusat Penyelidikan Kebombaan
(PUSPEK) di ENSTEK, Negeri Sembilan juga
dijangka siap dibina pada tahun 2014 dengan
kos pembinaan sebanyak RM 19.369 juta. Ianya
akan dilengkapi bangunan pentadbiran dan
bangunan penyelidikan berserta fasiliti-fasiliti
yang akan membantu meningkatkan kecekapan
pegawai bomba dalam aspek kebombaan dan
penyelamatan melalui penyelidikan bertaraf
13
antarabangsa. Pentadbiran di negeri juga kini
mengalami transformasi melalui pembinaan ibu
pejabat negeri diantaranya melibatkan Negeri
Pahang, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang.
Hanya Negeri Kedah yang belum mempunyai
bangunan ibu pejabat tersendiri dan insyaallah
jika diluluskan peruntukan, ianya dijangka akan
dibina pada tahun 2014.
Sementara itu, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia di Putrajaya dijangka siap
pada 31 Oktober 2012 manakala perpindahan
sepenuhnya dijangka pada awal tahun 2013.
10. Selari dengan penambahan balai bomba,
Jabatan juga telah membuat perolehan
peralatan kebombaan termasuk 100 unit jentera
Fire Rescue Tender (FRT) Fasa I bagi tahun
14
2012 dengan peruntukan sebanyak RM 171 juta
yang dijangka penghantaran sepenuhnya pada
akhir Disember 2012.
Dato’-Dato, tuan-tuan dan puan-puan
sekalian,
Dikesempatan ini juga saya bagi pihak Jabatan
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pihak Kerajaan kerana telah meluluskan
perolehan 100 unit FRT bagi Fasa II yang mula
dilaksanakan pada Ogos 2012 dan dijangka
penghantaran sepenuhnya pada akhir tahun
2013 yang juga menelan belanja sebanyak RM
171 juta.
15
Dengan pertambahan jumlah jentera bomba ini
menjadikan keseluruhan jentera bomba yang
berumur kurang enam tahun adalah sebanyak
309 buah FRT dan 200 buah LFRT, menjadikan
keseluruhannya 509 buah kereta bomba yang
baru. Selain daripada itu, pada 3 Ogos yang
lepas kerajaan juga telah meluluskan perolehan
200 unit kenderaan EMRS yang dilengkapi
dengan peralatan menyelamat. Pada peringkat
ini perolehan kenderaan EMRS ini sedang
dalam rundingan pelaksanaannya dan dijangka
akan diterima pada hujung tahun 2014. Jumlah
ini adalah mencukupi bagi Jabatan beroperasi di
tahap yang optima bagi menangani panggilan
kecemasan di seluruh negara.
16
11. Pada 30 Jun 2012, Jabatan telah
mengemukakan permohonan sebanyak 67
projek pembangunan bernilai RM
507,048,400.00 kepada Unit Perancang
Ekonomi bagi Rolling Plan Ke-3 Rancangan
Malaysia Ke-10. Diharap agar pelaksanaan
projek-projek tersebut akan dapat membawa
Jabatan pada landasan yang terbaik dalam
memberikan perkhidmatan yang berkualiti
kepada rakyat selari dengan hasrat kerajaan
‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.’
Dato’-Dato, tuan-tuan dan puan-puan
sekalian,
12. Bahagian Pembangunan juga telah
dipertanggunjawabkan untuk menggubal dasar
17
dan garis panduan Penyelenggaran Aset Tak
Alih JBPM. Ianya mula dikuatkuasakan mulai 1
januari 2012. Dengan adanya dasar yang jelas
ini, saya mengharapkan semua aktiviti
penyelenggaraan bangunan, kuarters, akademi,
bangunan kejuruteraan dan sebagainya dapat
dilaksanakan secara bersistematik dan
terancang. Zaman kita bermewah-mewahan dan
berbelanja tidak mengikut keutamaan tidak
boleh dijadikan amalan sebaliknya amalkanlah
budaya berbelanja secara berhemah untuk
jangkamasa seterusnya.
13. Sebelum saya mengakhiri ucapan pada pagi
yang berbahagia ini, suka saya mengambil
kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari
Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada
18
semua pegawai, anggota dan kakitangan JBPM
yang beragama islam semoga sambutan Aidil
Fitri pada tahun ini akan mengeratkan lagi
hubugan silaturahim antara kita dan seterusnya
akan meningkatkan produktiviti jabatan.
Akhir kata, saya sudahi dengan Wabillah Hitaufik
Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih
Top Related