8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
1/24
R1001 / UNIT 3/1
PENCEGAHAN KEBAKARAN
Objektif am :
Mengetahui konsep asas kebakaranMemahami kegunaan alat memadam api kecil permulaanMenggunakan alat pencegahan kebakaran dalam situasi sebenar
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
menerangkan bagaimana api terhasil membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api kecil permulaan menggunakan alat memadam api kecil permulaan menerangkan dan melaksanakan tatacara pengunsian bangunan.
UNIT 3
OBJEKTIF
PENCEGAHAN KEBAKARAN
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
2/24
R1001 / UNIT 3/2
PENCEGAHAN KEBAKARAN
3.1 PENGENALAN KEBAKARAN
Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-
kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan
harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan
menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.
3.1.1 Definisi pencegahan kebakaran
Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi
mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi
mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada
peringkat yang tidak boleh dikawal lagi.
3.2 KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN API
3.2.1 Asas kebakaran kimia
Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang
bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan
minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi
untuk menghasilkan api atau nyalaan.
INPUT
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
3/24
R1001 / UNIT 3/3
PENCEGAHAN KEBAKARAN
3.2.2 Cara memadam kebakaran
Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur
iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda
perlu untuk memisahkan gabungan tersebut.
Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan
dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana tiadanya
bahan untuk dibakar. Anda juga boleh menghalang udara dari sampai ke
tempat kebakaran dengan menutup kawasan kebakaran dengan
mengunakan guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil.
Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:
a. Melaparkan.Ini dilakukan dengan:
i. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.ii. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lainiii. Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya
mudah dipadamkan.
API
OKSIGEN HABA
BAHAN
Rajah 1: Segitiga api
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
4/24
R1001 / UNIT 3/4
PENCEGAHAN KEBAKARAN
b. Melemaskan.Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara dengan cara
menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat
membantu kebakaran.
c. Menyejukkan.
Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan
haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran
sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan
akan terpadam.
d. Memutuskan Rantai Tindakbalas.Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan
alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.
3.2.3 Cara api merebak
Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan
kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.
a. Olakan haba.
Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan, asap dan gas-
gas yang panas akan mengalir naik ke atas. Asap dan gas panas ini
biasanya akan terperangkap di bahagian atas bangunan ataupun
rumah yang terbakar. Keadaan ini akan menyebabkan suhu di mana
kawasan asap dan gas terperangkap akan meningkat dengan
mendadak. Suhu yang meningkat ini akan menyebabkan bahan yang
mudah terbakar akan terbakar dengan sendirinya apabila telah sampai
ke suhu pembakaran.
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
5/24
R1001 / UNIT 3/5
PENCEGAHAN KEBAKARAN
c. Pengaliran.Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak terbakar, tetapi
boleh menghasilkan bahang dan suhu yang panas. Jadi apabila
sesebuah bangunan terbakar, besi dan tembaga merupakan agen
pengaliran yang akan mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat
ke satu tempat yang lain. Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu
dan bahang yang dihasilkan akan menyebabkan bahan-bahan di
sekitarnya terbakar dengan sendirinya.
d. Bahangan.Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di sekitar
kawasan terbakar turut meningkat. Keadaan ini juga boleh
menyebabkan bahan-bahan bakar yang berada berhampiran dengan
kawasan terbakar akan turut terbakar walaupun ianya tidak
bersentuhan.
e. Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah untuk apimerebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah
merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.
3.2.4 Kelas-k elas api
Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca bahan yang
menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting kerana
ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk
memadamkan kebakaran tersebut.
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
6/24
R1001 / UNIT 3/6
PENCEGAHAN KEBAKARAN
KELAS
APICONTOH
ALAT PEMADAM AP I
PERMULAAN
AJENIS PEPEJAL- kertas, kayu habuk,
kain
ABC(Serbuk Kering)
Air
Buih
BJENIS CECAIR - minyak, gasolin,
alkohol
ABC
Buih
CO2
Air Semburan
Halon
CJENIS GAS - acetylene, ammonia,
butane
ABC
Air Semburan
Halon (BCF)
DJENIS LOGAM - aluminium, kalsium,
magnesiumABC
Rajah 2: Simbol kelas-kelas api yang biasa digunakan
A B C D
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
7/24
R1001 / UNIT 3/7
PENCEGAHAN KEBAKARAN
3.2.5 Alat pemadam api permulaan
Ramai orang biasa melihat alat pemadam api permulaan, tetapi tidak semua
yang biasa melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini tidak
direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar tetapi ia
adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran.
Setiap alat pemadam api permulaan mestilah ditandakan simbol kelas api
dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan
banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat
pemadamnya berwarna biru muda.
Rajah 3 : Alat pemadam api permulaan
(Fire Extinguishers)
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
8/24
R1001 / UNIT 3/8
PENCEGAHAN KEBAKARAN
JENIS WARNAJARAK
PANCUTAN
MASA
KESELURUHAN
PANCUTAN
CATATAN
AIR MERAH 4 meter 120 saatTidak sesuai
jenis B , E
BUIH KUNINGLANGSAT
6 meter 30 - 90 saat
Boleh beku.
Tidak sesuai
jenis E
CO2 HITAM 3 meter 120 saat Tiada kesan
DEBU
KERING
BIRU MUDA 3 6 meter 120 saat Kesan kotor
Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah
berdasarkan singkatan perkataan PASS
P - Pull - Tarik pin di atas alat pemadam api
A - Aim -Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan)
S - Squeeze - Pusingatau tekan pemegang
S - Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter
sehingga api padam.
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
9/24
R1001 / UNIT 3/9
PENCEGAHAN KEBAKARAN
3.3 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN
Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan harta-benda
yang bernilai berjuta-juta ringgit dan mungkin membabitkan kehilangan nyawa.
Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang
menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya
terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:
i. Pembuangan puntung rokok atau mancis apiii. Timbunan sampah sarap,kertas atau bahan mudah terbakar.iii. overloading kepada litar letrik plug atau soket.iv. Bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api.v. Halangan kepada sistem pengudaraan (ventilation system) untuk
jentera dan peralatan letrik.
Rajah 4: Cara menghalakan pancutan ke punca api
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
10/24
R1001 / UNIT 3/10
PENCEGAHAN KEBAKARAN
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUTSELANJUTNYA!
SI LA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMANBERIKUTNYA.
Jawab soalan-soalan yang berikut:
3.1 Senaraikan tiga unsur yang memyebabkan terjadinya api3.2 Senaraikan tiga kaedah untuk memadamkan api.3.3 Senaraikan tiga kaedah api merebak.3.4 Nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh.3.5 Sekiranya anda ingin memadam api yang terbakar disebabkan
i. ranting-ranting kayu.ii. Tumpuhan minyak tanah di kedaiNyatakan jenis-jenis alat pemadam api permulaan yang sesesuai
digunakan.
AKTIVITI 1a
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
11/24
R1001 / UNIT 3/11
PENCEGAHAN KEBAKARAN
Jawapan :
3.1 Udara haba dan bahan3.2 Melaparkan, melemaskan dan menyejukan3.3 Olakan haba, pengaliran , bahangan dan terus menerus.3.4 Kelas A- terdiri dari bahan perpejal seperti kertas, kayu dan kain
Kelas B terdiri dari jenis cecair seperti telaga minyak, gasolin dan
alkohol.
Kelas c terdiri dari jenis gas seperti kebakaran amonia, butane danacetylene.
Kelas D terdiri dari jenis logam seperti aluminium, kalsium dan
magnesium.
3.5 Jenis ABC (serbuk kering), air atau buih.Jenis ABC, buih, CO2, dan air semburan.
MAKLUMBALAS 1a
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
12/24
R1001 / UNIT 3/12
PENCEGAHAN KEBAKARAN
3.4 PENCEGAHAN KEBAKARAN
Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti
diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal
bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada
merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi ( uncontrollable stage )
3.4.1 Pengurusan risiko kebak aran
Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di
tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah
keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi
sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
i. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkandiri (mean of escape).
ii. Mengadakan pelan pengunsian bangunan.iii. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunaniv. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkalav. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesanvi. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupivii. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang
bagus.
viii. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secaraberkala.
INPUT
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
13/24
R1001 / UNIT 3/13
PENCEGAHAN KEBAKARAN
3.4.2 Ke lengkapan amaran kebakaran
Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran
kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik
dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau
premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran
kebakaran.
i. Alat pecah k aca.Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan caramemecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai.
Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik
dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada
kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan.
ii. Alat pengesan haba.Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akanmengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau
suhu tertentu diperingkat awal kebakaran
iii. Alat pengesan asap.Alat ini juga beroperasi secara automatik. Iajuga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila
mengesan sejumlah asap yang tertentu.
3.4.3 Kelengk apan menent ang kebakaran pada bangunan
Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan yang siap dipasang
dikategorikan kepada 2 jenis;
i. Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasangtetap di bangunan untuk mengawal dan memadam kebakaran secara
manual atau automatik
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
14/24
R1001 / UNIT 3/14
PENCEGAHAN KEBAKARAN
ii. Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapatpada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api
dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung,
menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat
menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan
kebakaran
Perlindungan aktif.
i. Sistem pemasangan sprinkler . Ianya bertujuan untuk mengawalkebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang
bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini
dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara
automatik.
ii. Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis pancuriaitu Pancur basah dan Pancur kering
iii. Sistem pili bomba (hyderant)iv. Sistem salur Bantu m ula (hosereel)v. Sistem gas CO2.vi. Sistem pemasangan tetap buih (foam)
Perlindungan pasif.
i. Tangga terlindung.ii. Koridor terlindungiii. Pintu rintangan apiiv. Ruang akses menentang kebakaranv. Lif Bomba
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
15/24
R1001 / UNIT 3/15
PENCEGAHAN KEBAKARAN
3.4.4 Housekeeping
Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran
daripada berlaku.
Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut:
i. Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan
sempurna.
ii. Pembuangan sampah sarap secara tetap.
iii. Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap.
iv. Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak
terhalang.
v. Penjagaan kebersihan keseluruhan premis.
vi. Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok.
vii. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul.
viii. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.
3.4.5 Tubuh pasukan sukarelawan melaw an kebakaran
Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan satu tindakan
yang amat berguna di premis-premis besar seperti kilang, bangunan tinggi,
intitusi pengajian dan sebagainya.
Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan Penyelamat
untuk mengadakan latihan atau kursus untuk melengkapkan diri dengan
kemahiran melawan kebakaran dan menyelamat mangsa-mangsa yang
terperangkap dalam kebakaran.
Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan awal atau
serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran sebelum ia merebak dan
tidak terkawal.
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
16/24
R1001 / UNIT 3/16
PENCEGAHAN KEBAKARAN
3.4.6 Pemeriksaan dan ujian peralatan/ pendawaian elektrik
Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan
ujian peralatan pendawaian hendaklah di lantik agar ianya sentiasa dalam
keadaan baik. Pegawai keselamatan tersebut sebaiknya adalah terdiri dari
anggota pasukan bomba sukarelawan. Selain dari melakukan pemeriksaan
ke atas peralatan elektrik, beliau juga hendaklah menjalankan pemeriksaan
harian di tempat bekerja seperti berikut:
i. tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa bekerja.
ii. alat-alat pemadam api.
iii. struktur bangunan
iv. tempat simpanan bahan mudah terbakar.
v. tahap housekeeping yang sentiasa baik.
vi. panel sistem kawalan kebakaran sentiasa berfungsi.
vii. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan yang tidak digunakan.
3.4.7 Pelan kontigensi
Melepaskan diri dari bangunan terbakar
i. Tutup mulut dan hidung dengan kain basahii. Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan searah
hingga jumpa pintu
iii. Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan. Genggamtangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan jika ingin menyentuh
sesuatu yang tidak pasti atau halangan.
iv. Merangkak jika asap tebal kerana udara bersih/sejuk beradaberhampiran lantai.
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
17/24
R1001 / UNIT 3/17
PENCEGAHAN KEBAKARAN
v. Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding (bahagian yangagak kuat)
vi. Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan seluruh badanvii. Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu sebelum terjun.viii. Jika ditenikat dua, gunakan cadar, selimut sebagai taliix. Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci) pintu untuk
mengurangkan asap
x. Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni. Gulingkan mangsadiatas lantai. Jika diri sendiri, tutup mulut dengan tangan dan gulingkan
diri di atas lantai.
3.5 TATACARA PENGUNSIAN BANGUNAN
1. Tujuan latihan pengunsian bangunan.i. Dapat bertindak dengan tenang dan teratur.ii. Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas
Routine untuk menjaga keselamatan boleh bertindak lebih serius.
iii. Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan mengikut pelan yangtelah dirancang.
iv. Semasa berlakunya kebakaran, pergunsian bangunan akan berjalandengan cepat dan teratur.
2. Arahan / Latihan.i. Jenis/keadaan bangunan akan menentukan tatacara pengunsian
bangunan. Arahan hendaklah terang , ringkas dan jelas serta mudah
difahami.
ii. Latihan hendaklah kerap diadakaniii. Tempat diubah-ubahiv. Mengetahui jalan keluar
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
18/24
R1001 / UNIT 3/18
PENCEGAHAN KEBAKARAN
v. Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu kecemasanatau kemalangan yang tidak diingini.
vi. Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit, bagi kilangyang mempunyai kawasan luas.
3. Butiran tugas Routine jika berlaku k ebakaran.i. Tindakan/ isyarat amaran.
Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.
ii. Tenaga elektrik.Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga elektrik yang
tidak perlu.
iii. Memanggil pihak bomba .Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis kejadian,bangunan/kawasan
berhampiran yang diketahui umum,bilangan mangsa,nama pemanggil,
no. telefon pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil) agar pihak
bomba dapat bertindak dengan segera.
iv. Pengunsian bangunan.Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup. Lantik
orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari penghuni di tandas
dan sebagainya jika disyaki masih ada yang belum keluar.
v. Pengumpulan.Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau dinyatakan di
papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu dalam pengunsian
bangunan.
vi. Berbaris (Roll Call)Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada Pegawai Bomba
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
19/24
R1001 / UNIT 3/19
PENCEGAHAN KEBAKARAN
4. Kekerapan melakukan latihan.
Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada risiko bahaya kebakaran,
kemerebakan, pembinaan serta kapasiti bangunan. Jumlah sebenar
penghuni hendaklah diketahui dan sentiasa dikemaskini oleh pihak yang
bertanggungjawab.
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
20/24
R1001 / UNIT 3/20
PENCEGAHAN KEBAKARAN
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUTSELANJUTNYA!
SI LA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMANBERIKUTNYA.
Jawab soalan-soalan yang berikut:
3.6 Senaraikan tiga jenis perlindungan pasif dan aktif yang biasanya terdapatdi sebuah bangunan.
3.7 Apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda berhadapandengan situasi kebakaran di dalam sebuah bangunan tempat anda belajar.
AKTIVITI 1b
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
21/24
R1001 / UNIT 3/21
PENCEGAHAN KEBAKARAN
Jawapan :
3.6 Jenis pasif- tangga,koridor, pintu rintangan api dan lift bomba.Jenis aktif- Pili bomba, salur bantu mula, sistem pemasangan sprinkler
dan pemasangan pancur.
3.7 Tindakan yang perlu dilakukan adalah:
a) Gunakan alat pemadam api permulaan sekiranya api diperingkat awalkebakaran.
b) Sekiranya api tidak dapat dikawal. Ambil tindakan berikut:
- Aktifkan alat amaran kebakaran dengan memecahkan kacanya.
- telefon segera pihak bomba. Berikan butiran alamat, jenis kebakaran,
lokasi, nama anda dan no. Kad pengenalan anda kepada pihak
bomba. Anda mungkin perlu memberikan no. telefon anda sekiranya
anda tidak menggunakan telefon awam.- lakukan tindakan pengunsian bangunan. Segera arahkan semua
penghuni untuk berkumpul di tempat lapang.
MAKLUMBALAS 1b
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
22/24
R1001 / UNIT 3/22
PENCEGAHAN KEBAKARAN
Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah
anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!
Soalan
1. Anda ingin membeli sebuah alat pemadam api permulaan untukkenderaan anda. Alat pemadam tersebut mestilah tidak mengotorkan
kenderaan anda apabila digunakan. Apakah jenis alat pemadam api yang
sesuai.
2. Anda seorang pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk membuat satulatihan kebakaran di syarikat anda. Apakah yang perlu anda lakukan.
PENILAIAN KENDIRI
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
23/24
R1001 / UNIT 3/23
PENCEGAHAN KEBAKARAN
Adakah anda telah m encuba dahulu ???
Jika YA , sila semak jawapan anda .
JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI
1. Jenis CO 2
2. Tindakkan yang perlu anda ambil adalah
i. Kenal pasti tempat yang sesuai untuk berhimpun jika berlaku
kebakaran.
ii. Menyediakan laluan yang perlu di lalui oleh pekerja semasa
kebakaran agar semua pekerja mengetahui laluan yang perlu
mereka lalui semasa kebakaran dan terus menuju ke tempat
perhimpunan.
i. Pelan-pelan laluan dan perhimpunan ditempat di papan-papankenyataan dan tempat-tempat yang sesuai supaya semua pekerja
dapat mengetahuinya. Arahan hendaklah terang, ringkas dan jelas
serta mudah di fahami.
ii. Melantik ketua-ketua bagi setiap lokasi/tingkat jabatan untukmenjalankan tugas latihan/semasa kebakaran.
iii. Memberi taklimat kepada semua pekerja mengenai laluankecemasan dan tempat perhimpunan semasa latihan/kebakaran.
iv. Memberi taklimat kepada ketua-ketua yang dilantik mengenaitugas-tugas mereka semasa latihan atau kebakaran terutamanya
tugas:
MAKLUMBALAS
8/4/2019 unit 3-100222102748- php app 02
24/24
R1001 / UNIT 3/24
PENCEGAHAN KEBAKARAN
a. Memberi isyarat kecemasanb. Memastikan suiz utama ditutupc. Memastikan semua pekerja telah keluar dengan memeriksa
bilik-bilik tertentu seperti bilik rehat dan bilik air
d. Membuat pemeriksaan dalam barisan (roll call) membacanama setiap pekerja.
Top Related