2
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
Hak Cipta Terpelihara © 2015. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Diterbitkan oleh Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
http://www.umt.edu.my/penerbitumt E-mel: [email protected]
Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data
BLUEPRINT KAMPUS LESTARI UMT / PUSAT TRANSFORMASI, PERANCANGAN STRATEGIK DAN RISIKO (TSR) ISBN 978-967-0524-79-5 1. Education, Higher--Terengganu--Planning. 2. Educational planning--Terengganu. I. Universiti Malaysia Terengganu. Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko. 378.10709595122
3
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
KANDUNGAN
42 43Kesimpulan Sekalung Budi
5 Salam SejagatYBhg. Profesor Dr. Mohd Effendy bin Abd Wahid Pengerusi, JawatankuasaBlueprint Kampus LestariUMT
7 PengenalanSalam LestariYBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji MokhtarNaib Canselor
4
910
16202631
3537
Komponen Blueprint
• Kecemerlangan Akademik - Biru Itu Hijau• Fasiliti Mesra Alam • Tenaga Hijau & Sumber Air • Ekosistem Makanan Lestari • Pemuliharaan Warisan Semula Jadi• Perolehan Lestari • Pengangkutan Mesra Alam
4
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
SALAM LESTARINAIB CANSELOR
YBHG. PROFESOR DATO’ DR. NOR AIENI BINTI HAJI MOKHTAR
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT yang
Maha Pemurah lagi Maha Pengasih yang tanpa henti
memberikan rahmat-Nya kepada kita semua.
Pada masa kini, konsep kelestarian sering diterapkan
di dalam pelbagai aspek pembangunan negara sejajar
dengan aspirasi untuk menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Sumbangan Universiti Awam
dalam kemajuan sesebuah negara sememangnya
tidak boleh dinafikan kerana di sinilah terkumpulnya
golongan cerdik pandai yang akan melahirkan
pemimpin gemilang untuk generasi akan datang. Oleh
itu, wajarlah segala aktiviti di kampus Universiti Awam
ini dirancang dan dikendalikan berdasarkan falsafah
kelestarian.
Penerapan rancangan pembangunan kampus lestari
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mempunyai
asas yang kukuh dan telah termaktub di dalam Pelan
Strategik UMT 2013-2017 melalui teras pemantapan
citra. Selain itu, konsep kelestarian ini juga amat
konsisten dengan kenyataan misi UMT iaitu Menjana
Ilmu untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Kelestarian
Alam dan slogannya iaitu Terokaan Seluas Lautan, Demi
Kelestarian Sejagat.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Bagi memantapkan perancangan pembangunan
kampus lestari , UMT telah menubuhkan satu
jawatankuasa khusus untuk menyediakan sebuah
blueprint yang dikenali sebagai Blueprint Kampus
Lestari UMT. Blueprint Kampus Lestari UMT merupakan
sebuah perancangan yang menerapkan unsur
kelestarian secara menyeluruh dan tidak hanya
tertumpu kepada pembangunan fizikal semata-
mata. Hasrat ini dizahirkan melalui tujuh komponen
yang diberi perhatian di dalam blueprint ini iaitu
Kecemerlangan Akademik – “Biru itu Hijau”, Fasiliti
Mesra Alam, Tenaga Hijau dan Sumber Air, Ekosistem
Makanan Lestari, Pemuliharaan Warisan Semula Jadi,
Perolehan Lestari dan Pengangkutan Mesra Alam.
Idea awal buku Blueprint Kampus Lestari ini telah
dicetuskan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr.
Ibrahim bin Komoo, mantan Naib Canselor UMT. Oleh
itu sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada beliau di atas segala jasa dan sumbangan yang
telah diberikan di dalam penghasilan buku blueprint ini.
Harapan saya agar pembangunan kampus lestari
di UMT bukan sahaja memberi manfaat kepada
seluruh warga UMT, tetapi juga akan menjadi contoh
dan menimbulkan kesedaran komuniti sekitar
tentang kepentingan persekitaran yang lestari untuk
kesejahteraan sejagat.
5
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
SALAM SEJAGATPENGERUSI, JAWATANKUASA BLUEPRINT KAMPUS LESTARI
YBHG. PROFESOR DR. MOHD EFFENDY BIN ABD WAHID
Ilham untuk merealisasikan kampus lestari ini
mengambil kira lokasi unik kampus UMT yang terletak
di kawasan paya laut dan di persisiran Laut China
Selatan. UMT mempunyai sebuah landskap yang cantik,
namun terdedah kepada gaya hidup warga kampus dan
komuniti setempat yang kurang lestari.
Sehubungan dengan itu, blueprint ini dihasilkan
sebagai satu rangka tindakan dan panduan kepada
warga kampus untuk mengamalkan gaya hidup
lestari. Pelbagai program dan projek telah dan
akan dirancang bagi membantu menjayakan
agenda kelestarian ini. Usaha murni ini haruslah
disokong oleh semua warga kampus yang terdiri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
“Menjana Ilmu Untuk Kesejahteraan Masyarakatdan Kelestarian Alam”
daripada ahli akademik, sokongan akademik dan
mahasiswa.
Saya melihat kesedaran mengenai kepentingan
kelestarian dalam kalangan warga kampus mula
difahami dan dihayati. Adalah diharapkan agar
kesedaran dan penghayatan tentang kepentingan
menjaga alam sekitar dan amalan kelestarian dapat
disebarkan kepada masyarakat umum.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
merealisasikan Blueprint Kampus Lestari bagi UMT.
Sesungguhnya penghasilan blueprint ini adalah selari
dengan misi UMT iaitu;
7
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PENGENALAN
Blueprint Kampus Lestari, Universiti Malaysia Terengganu
Blueprint Kampus Lestari ini merupakan satu polisi
panduan dan polisi perancangan pembangunan
kampus lestari di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Dokumen ini memaparkan visi dan misi warga kampus
bagi mencapai kelestarian dan kelangsungan masa
depan sebuah kampus hijau. Kampus hijau merujuk
kepada udara yang nyaman, air yang bersih dan
landskap yang indah.
Pelaksanaan Kampus Lestari adalah bertujuan untuk
menambah baik keberkesanan penggunaan tenaga,
memelihara sumber dan mempertingkatkan kualiti
persekitaran. Ini hanya dapat dicapai melalui pendekatan
kampus lestari serta projek-projek khusus yang
dirancang bagi menghasilkan sebuah ekosistem hidup
yang sihat dan kondusif. Pelaksanaan Kampus Lestari
ini sebenarnya dilihat sebagai satu pelaburan jangka
panjang yang baik dan menguntungkan.
8
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
UMT merupakan sebuah kampus yang unik dan berbeza
daripada kampus-kampus universiti lain di Malaysia.
Kedudukannya terletak di kawasan habitat paya laut
iaitu kira-kira lebih daripada 19% daripada keluasan
keseluruhan kampusnya menjadikan UMT sebuah
kampus yang kaya dengan sumber biodiversiti. Walau
bagaimanapun, tahap penggunaan tanah di UMT telah
mencecah lebih daripada 70% daripada keluasan 218
ekar. Sehubungan itu, blueprint ini dihasilkan sebagai
panduan kepada UMT untuk membangunkan kampus
secara lestari.
Blueprint Kampus Lestari UMT mempunyai tujuh
komponen utama iaitu Kecemerlangan Akademik - Biru
itu Hijau, Fasiliti Mesra Alam, Tenaga Hijau dan Sumber
Air, Ekosistem Makanan Lestari, Pemuliharaan Warisan
Semula Jadi, Perolehan Lestari dan Pengangkutan
Mesra Alam.
Blueprint Pembangunan Kampus Lestar i UMT
dilaksanakan dalam dua fasa iaitu ‘Tindakan Segera’
dan ‘Projek Jangka Panjang’. Fasa ‘Tindakan Segera’
dilaksanakan dalam tempoh enam bulan dan disusuli
dengan ‘Projek Jangka Panjang’ bagi memastikan
kelangsungan kelestarian kampus.
Blueprint yang dihasilkan ini adalah bersifat realistik,
bernilai tinggi, menguntungkan dari segi kos (ekonomik)
dan mengekalkan keutamaan di mana sesuatu projek
yang penting diutamakan dan didahulukan.
10
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
KECEMERLANGAN AKADEMIK – “BIRU ITU HIJAU”
PENGENALAN
Biru itu Hijau” merupakan metafora kepada slogan UMT, Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat.
UMT percaya kelestarian program pengajian dan pembangunan ilmu perlu diutamakan bagi memenuhi
tuntutan pasaran semasa tanpa menjejaskan peluang generasi akan datang untuk menikmati keseimbangan
alam sekitar dan kesejahteraan hidup.
Selaras dengan transformasi akademik dan program-program pengajian di UMT, kurikulum dan kepakaran
penyelidikannya berpotensi untuk menerajui konsep kelestarian pembangunan akademik di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa. Komitmen terhadap kelestarian pembangunan akademik seiring dengan misi UMT iaitu Menjana
Ilmu untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Kelestarian Alam.
Kerjasama antara universiti, komuniti serta institusi awam dan swasta dalam memupuk dan mengukuhkan
kelestarian kurikulum akademik dan penyelidikan amat penting untuk memastikan keharmonian alam sekitar,
keadilan sosial dan kemajuan ekonomi generasi sekarang dan akan datang.
11
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PROJEK SEMASA Amalan kelestarian akademik telah diterapkan dalam kurikulum dan penyelidikan di UMT menerusi program-
program akademik di pusat-pusat pengajian dan institut penyelidikan yang sedia ada.
Di antara program-program akademik yang ditawarkan yang menekankan aspek kelestarian ialah:
• Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti)
• Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)
• Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar)
• Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial)
• Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam)
12
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PROGRAM 1
Green CurriculumMisi Green Curriculum ialah semua warga universiti akan mempunyai ilmu, kemahiran dan nilai untuk bekerja ke arah persekitaran lestari pada masa depan. Pendidikan lestari memerlukan pendekatan bersepadu (integrated approach) dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mempromosikan pembangunan kelestarian merentas disiplin pengajian bagi tujuan kefahaman dan penyelesaian masalah secara holistik. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi tumpuan kepada kelestarian alam sekitar, sains dan teknologi, sosial dan ekonomi. Antara komponen-komponen yang ditekankan dalam Green Curriculum ialah: (i) Menghormati, menghargai dan mengekalkan pencapaian-pencapaian lepas;(ii) Menghargai flora dan fauna di bumi;(iii) Menakrif, cakna dan memulihara keseimbangan alam;(iv) Mencipta dan menikmati keseimbangan hidup yang mesra alam, selamat dan adil.
TINDAKAN SEGERA
1. Penyenaraian, penyusunan, penyemakan dan penambahbaikan kursus-kursus sedia adaa. Menyenarai, menyemak dan menambah baik kursus sedia ada yang relevan untuk diterapkan komponen
kelestarian dalam pengajaran dan pembelajaran.b. Memasukkan komponen kelestarian dalam modul latihan dan kompetensi staf akademik dan sokongan
akademik.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Kursus-kursus baharu dan pengukuhan kursus-kursus kelestarian sedia adaa. Penawaran kursus teras universiti berkaitan kelestarian alam kepada semua pelajar.b. Penggubalan dasar etika penyelidikan dan pembelajaran lestari.c. Penggabungan disiplin ilmu bidang pengajian dan konsep kelestarian di setiap kursus yang berkenaan. d. Pengenalan kepada “Program Sukarelawan Alam” sebagai pilihan kepada Projek Ilmiah Tahun Akhir/Latihan
Industri.e. Pembentukan Jawatankuasa Penarafan bagi tujuan pemantauan dan penilaian bagi penarafan program-
program pengajian dan penyelidikan yang mencapai taraf Green Curriculum.
Aktiviti gotong-royong memelihara keindahan pantai UMT
13
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
Pembangunan kelestarian merentas disiplin pengajaran dan pembelajaran
14
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PROGRAM 2
Research and Green ActionProgram ini memberi penekanan kepada isu dan topik penyelidikan yang menekankan aspek kelestarian pembangunan komuniti dalam dan luar kampus. Program ini menggalak dan melibatkan komuniti luar secara langsung dalam projek dan proses penyelidikan bagi mengurangkan lompang kerjasama antara UMT dan komuniti luar. Projek penyelidikan perlu melibatkan kumpulan-kumpulan yang secara tradisi tidak terbabit dalam proses penyelidikan untuk mempromosikan kelestarian komuniti. Memahami budaya dan local knowledge komuniti sekitar adalah penting untuk melihat hubungan antara gaya hidup dan amalan kelestarian mereka. Usaha juga perlu dilaksanakan bagi melibatkan perniagaan dan industri besar yang komited pada konsep kelestarian. Mereka berperanan untuk menyokong dan menggalakkan pendidikan tinggi bagi melahirkan para graduan celik kelestarian. Menerusi penyelidikan, UMT mendapat peluang mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kepada masalah-masalah setempat; pelajar mendapat pengalaman dunia sebenar secara hands-on; citra universiti dipertingkatkan; komuniti memperolehi inspirasi, tenaga kerja sukarelawan dan kemahiran. Kerjasama penyelidikan dan green action bertumpu kepada perkara-perkara berikut:(i) Penglibatan komuniti(ii) Kemudahan dan operasi(iii) Kurikulum dan Outreach (iv) Kepelbagaian dan membina jaringan(v) Polisi dan advokasi(vi) Model pelaburan dan kewangan(vii) Kepimpinan.
TINDAKAN SEGERA
1. Pengenalpastian Kumpulan Sasaran dan Profil Komuniti
a. Mengenal pasti komuniti, agensi, kumpulan berkepentingan dan pemain industri yang berpotensi untuk berkerjasama dalam penyelidikan.
b. Mengenal pasti projek-projek penyelidikan yang berpotensi dikembangkan dan memberi sumbangan kepada kelestarian pembangunan komuniti.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Pusat Khidmat Nasihat dan Bantuan Penyelidikan LestariPusat ini berperanan menyediakan khidmat nasihat, garis panduan dan bantuan kepada para penyelidik UMT untuk menjalankan kajian kelestarian komuniti. Ia turut berperanan menghubungkan para penyelidik dengan agensi, kumpulan berkepentingan atau industri luar yang berpotensi bagi memperkasakan kelestarian pembangunan komuniti. Dalam jangka panjang, UMT akan berfungsi sebagai satu institusi pengajian komuniti berintegrasi (integrated learning communities) yang mampu mengenal pasti keperluan pertumbuhan jaringan universiti-komuniti.
3. Tabung Penyelidikan LestariDana tabung disumbangkan oleh UMT, kerajaan negeri dan sektor korporat. Sumbangan kewangan badan korporat sangat penting untuk memastikan sumber kewangan tabung adalah lestari. Tabung digunakan untuk penyelidikan secara berterusan seperti:a. Meningkatkan kualiti kelestarian kehidupan komuniti tempatan.b. Mencipta peluang pekerjaan.c. Projek-projek penyelidikan yang berjaya akan digunakan untuk membangunkan kurikulum/modul yang
merentas disiplin berlandaskan cabaran-cabaran sebenar komuniti.
15
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PROGRAM 3
Program Pengajian Interaktif Kehidupan Semula Jadi(i) Semua kampus dan stesen penyelidikan UMT (Kampus Induk Kuala Terengganu, Taman Penyelidikan Alam UMT
Bukit Kor, Marang, Stesen Penyelidikan Tasik Kenyir, Stesen Penyelidikan Pulau Bidong dan Stesen Penyelidikan Setiu) diisytiharkan sebagai Makmal Kelestarian Kehidupan dan Semula Jadi (Sustainable Living and Natural Laboratory).
(ii) Konsep living and natural merujuk kepada iltizam berterusan UMT untuk mengekal dan memulihara flora dan fauna serta topografi asal di setiap kampus dan pusat penyelidikannya. Ia merujuk kepada pembangunan prasarana kampus dan stesen penyelidikan yang komprehensif tanpa menjejaskan ekologi alam sekitar.
(iii) Kewujudan makmal semula jadi ini merupakan ciri utama terhadap kelestarian kurikulum, akademik dan penyelidikan yang diterapkan dalam pengurusan, pentadbiran dan gaya hidup UMT. Makmal semula jadi ini merupakan pemangkin kepada UMT sebagai pusat rujukan dan bimbingan kelestarian secara in situ kepada para pelajar, komuniti dan pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara.
(iv) Kampus dan stesen penyelidikan merupakan living laboratory yang membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan secara interaktif dan informatif secara langsung apabila individu-individu memasuki kawasan UMT. Kewujudan makmal semula jadi ini berkait-rapat dengan komitmen kelestarian UMT yang diterjemahkan menerusi komponen-komponen blueprint yang lain dalam aspek pembangunan fizikal, pengurusan, pentadbiran dan gaya hidup warganya.
TINDAKAN SEGERA
1. Model Rintis Makmal Semula JadiPengenalpastian dan pemuliharaan tapak rintis yang berpotensi dibangunkan sebagai “makmal semula jadi” di Kampus Induk Kuala Terengganu. Beberapa pusat pengajian/institut penyelidikan juga perlu dikenal pasti untuk dijadikan model rintis dalam “makmal semula jadi” bertujuan mencapai matlamat “Biru itu Hijau”.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Makmal Kelestarian Kehidupan dan Semula Jadi
a. Pengisytiharan semua kampus dan pusat penyelidikan sebagai “Makmal Kelestarian Kehidupan dan Semula Jadi”.
b. Pelaksanaan penarafan Green Curriculum sebagai pakej pelengkap bagi semua program akademik dan penyelidikan UMT bagi mencapai tahap “Biru itu Hijau” dalam kerangka konsep makmal semula jadi.
3. Projek Inisiatif Lestari Akar Umbi UMT
a. Selaras dengan kewujudan makmal semula jadi, staf akademik dan sokongan akademik serta pelajar UMT memerlukan transformasi minda dalam mengubah amalan dan gaya hidup warga kampus yang diterajui dan dibimbing menerusi “Projek Inisiatif Lestari Akar Umbi UMT”. Mereka secara aktif mempromosi gaya hidup dan usaha penambahbaikan kelestarian yang berterusan di dalam dan luar kampus. Pelajar-pelajar yang memilih “Program Sukarelawan Alam” wajib menjalankan khidmat mereka dalam projek ini.
b. Komuniti dan pihak berkepentingan yang berminat untuk mempelajari kejayaan UMT dalam mewujudkan gaya hidup lestari secara fizikal dan mental akan dibimbing oleh warga kampus secara sukarela sekiranya melibatkan kumpulan pelajar sekolah atau pertubuhan bukan kerajaan; dan mengenakan khidmat bayaran profesional sekiranya melibatkan pihak berkepentingan lain.
16
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
FASILITI MESRA ALAM
PENGENALAN
Universit i Malaysia Terengganu (UMT)
dibangunkan di atas tanah berkeluasan
218 ekar, di mana lebih daripada 70% telah
digunakan untuk pembangunan. Berikutan daripada
pembangunan kampus yang telah mencapai tahap
optimum, UMT telah merancang pelbagai strategi
bagaimana untuk menambah baik prasarana sedia
ada agar ianya menepati aspek kelestarian kampus.
Kampus UMT merupakan sebuah kampus yang
unik kerana sebahagian kawasannya merupakan
kawasan habitat paya laut. Di samping itu, ia
dikelilingi oleh saliran air semula jadi lebih daripada
sembilan belas peratus daripada keluasan kampus.
Oleh itu, Blueprint Kampus Lestari ini adalah penting
bagi menjaga keharmonian pembangunan dan
persekitaran UMT.
Lampu jalan menggunakan tenaga solar.
17
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PROGRAM 1
Perkongsian Ruang dan FasilitiRuang merupakan satu entiti penting dalam menerapkan nilai lestari di dalam skop objektif strategi bangunan dan fasiliti. Setiap kali ruang diperlukan akan melibatkan pelbagai keperluan lain seperti keluasan tapak, pembangunan fizikal, elektrik, mekanikal, bekalan air dan lain-lain yang bersangkutan kepada pembinaan/keperluan sesebuah ruang. Oleh itu membina sesebuah ruang perlulah lebih berhati-hati bagi mengelakkan pembaziran binaan, pembaziran kos, tenaga dan pembaziran kawasan, lebih-lebih lagi kawasan sedia ada yang semakin berkurang. Penggunaan secara optima bangunan/fasiliti sedia ada harus diterapkan manakala pembinaan bangunan baharu perlu diminimakan dengan mengambil kira sudut kepentingan dan mematuhi garis piawai kerajaan yang ditetapkan. Salah satu nilai lestari yang dapat diterapkan adalah dengan mewujudkan pejabat am guna sama, ruang guna sama, ruang multi-fungsi dan meredupkan kawasan luar bangunan dengan pokok teduhan atau shelter sebagai ruang alternatif untuk beraktiviti. Perkara ini secara tidak langsung dapat menyelesaikan beberapa isu jangka pendek seperti masalah ruang tidak mencukupi, menghijaukan kawasan dan menggalakkan aktiviti pelajar secara berkumpulan di ruang guna sama dengan implikasi kos yang rendah dan efisien.
TINDAKAN SEGERA
1. Pengoptimuman Ruang Sedia Adaa. Meredupkan kawasan-kawasan terbuka dengan tanaman teduhan dan struktur berbumbung.b. Melaksanakan konsep pejabat terbuka dalam memaksimakan penggunaan ruang.c. Ruang makmal yang sedia ada boleh dijadikan makmal serba guna. d. Mengenal pasti ruang-ruang berpotensi dinaik taraf sebagai ruang guna sama.e. Membaik pulih ruang-ruang tumpuan pelajar terutama di kompleks kuliah dan juga bangunan makmal.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Pengoptimuman Ruang Baharua. Projek menambah gazebo, wakaf dan tanaman tumbuhan teduhan.b. Projek ubah suai pejabat sedia ada (sekiranya keperluan mendesak).c. Projek penyusunan semula ruang makmal bagi memberi kemudahan pelbagai guna.d. Projek menaik taraf ruang bangunan serba guna yang melibatkan aktiviti pelajar dan menaik taraf ruang
astaka di kolej kediaman agar menjadi ruang tumpuan aktiviti pelajar.e. Projek menyediakan kemudahan asas (bekalan air dan elektrik) di kawasan-kawasan terbuka bagi
menggalakkan aktiviti pelbagai.
Ruang pembelajaran tidak hanya tertumpu di
bilik kuliah.
18
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PROGRAM 3
Kampus Mesra Pejalan Kaki dan BasikalProgram mewujudkan kampus mesra pejalan kaki dan berbasikal merupakan satu aspek lestari yang perlu dipraktikkan. Program ini dapat mengurangkan kemasukan kenderaan bermotor dan secara tidak langsung mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida di dalam kampus. Selain daripada itu, ianya dapat meningkatkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus.
TINDAKAN SEGERA
1. Meningkatkan Akses Pejalan Kaki dan Basikal a. Pembinaan laluan pejalan kaki dan laluan basikal di dalam
kampus. b. Penggunaan tenaga diperbaharui (solar) bagi sistem pencahayaan
di laluan pejalan kaki dan basikal.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Meningkatkan Tahap Keselamatan Pengguna a. Projek penghubungan semua laluan pejalan kaki. b. Mewujudkan laluan basikal dan tempat meletak basikal berkunci
di dalam kampus.c. Projek menaik taraf sistem pencahayaan pada waktu malam
kepada tahap optimum untuk keselamatan pelajar.d. Projek mewujudkan zon pejalan kaki iaitu Pedestrian Mall.
PROGRAM 2
Sistem Parkir TerancangIsu parkir kenderaan merupakan satu aspek penting dalam mewujudkan satu kampus lestari. Oleh itu perletakan sistem parkir secara berpusat perlu dilaksanakan secara sistematik.
TINDAKAN SEGERA
1. Sistem Parkir Berintegrasi
Menghubungkan kawasan parkir sedia ada dengan laluan pejalan kaki berbumbung.
2. Sistem Parkir Terkawal
a. Mewartakan kawasan larangan berkenderaan.
b. Mengehadkan bilangan kenderaan pelajar.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
3. Parkir Mesra PenggunaProjek membina lebih banyak laluan pejalan kaki berbumbung.
Parkir basikal yang teduh dan berkunci
menggalakkan penggunaan basikal
di dalam kampus.
19
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PROGRAM 5
Taman Botani UniversitiUMT akan mewujudkan kawasan rekreasi utama yang menjadi simbol kehijauan kampus. Kewujudan kawasan ini sangat penting sebagai tempat riadah dan pembelajaran secara langsung berkenaan alam sekitar dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan biodiversiti flora dan fauna.
TINDAKAN SEGERA
1. Lokasi Taman Botani Universiti Mengenal pasti lokasi untuk dijadikan kawasan rekreasi.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Membina Taman Botani Universiti a. Mewujudkan kawasan rekreasi yang responsif dengan alam sekitar. b. Membina boardwalk di kawasan paya laut bagi menikmati keindahan alam semula jadi.
PROGRAM 4
Green BuildingGreen Building dilaksanakan secara berperingkat dalam usaha mewujudkan kelestarian secara berterusan pada bangunan dan fasiliti sedia ada di kampus ini. Perkara yang diberi perhatian ialah menambah baik bangunan, fasiliti dan sistem sedia ada ke arah lebih lestari seperti penjimatan tenaga elektrik dalam bangunan sedia ada, bangunan mesra alam dan bahan binaan yang efisien.
TINDAKAN SEGERA
1. Bangunan Mesra Alama. Mengenal pasti masalah bangunan lama dan menyelenggara ke arah lebih lestari iaitu:
i. Pencahayaan (retro fitting, sensor system) ii. Pengudaraan (natural ventilation)iii. Penyejukan bangunan iv. Sistem bekalan air secara tadahan semula jadi
b. Memasang submeter elektrik untuk mengukur tahap penggunaan setiap bangunan.c. Kerja-kerja baik pulih bangunan sedia ada dengan cara melestarikan penggunaan bahan binaan.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Kempen Jimat Tenagaa. Projek kempen penerapan penjimatan tenaga berterusan.b. Melaksanakan pengauditan tenaga secara berterusan.c. Memberi penghargaan kepada PTj yang mencapai kecekapan tenaga.
3. Teknologi Tanpa Wayar BersepaduMelengkapkan setiap kawasan tumpuan dengan teknologi terkini.
20
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
TENAGA HIJAU & SUMBER AIR
PENGENALAN
Salah satu komponen Blueprint adalah tindakan bagi menjaga
kelestarian alam iaitu pengurusan tenaga hijau dan sumber air
secara lestari dalam kalangan warga UMT. Konsep lestari itu
sendiri membawa makna tenaga dan air yang dihasilkan dan digunakan
dengan cara yang boleh menyokong pembangunan manusia dalam
jangka panjang dan merangkumi dimensi sosial, ekonomi dan alam
sekitar.
Penggunaan sumber tenaga lestari boleh ditakrifkan sebagai
penggunaan sumber tenaga yang boleh memenuhi keperluan manusia
pada masa kini tanpa mengabaikan atau menafikan keperluan generasi
akan datang. Setiap warga universiti mestilah berusaha mengamalkan
gaya hidup berhemah dalam penggunaan elektrik dan mengaplikasikan
sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar, angin, ombak dan
sebagainya. UMT bertekad untuk melaksanakan penggunaan tenaga
yang lestari dengan mengambil kira pengaplikasian teknologi hijau dan
kecekapan tenaga.
Dalam konteks penggunaan air dalam kampus UMT, penggunaannya
boleh dibahagikan kepada penggunaan asas, penyelidikan dan
perkhidmatan kampus. Hasrat utama program kelestarian air UMT
adalah memupuk kesedaran warga universiti terhadap kepentingan
air dan menghargai sumber air. Secara umumnya, cadangan program
kelestarian air merangkumi kesedaran kepentingan sumber air,
penggunaan air secara lestari di kampus UMT dan meneroka sumber
air alternatif.
Tenaga keterbaharuan berasaskan tenaga angin.
21
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PROJEK SEMASA
Berikut disenaraikan beberapa projek semasa yang telah disempurnakan dan telah diguna pakai oleh warga
kampus:
• Penguatkuasaan Polisi Pengurusan Tenaga
• Pemasangan lampu jalan dan lampu kawasan jenis solar
• Pemasangan sistem penyaman udara mesra alam dan jimat tenaga
• Pemasangan tiub lampu kalimantang yang jimat tenaga
• Pemasangan Sistem Automasi Bangunan untuk penyaman udara
• Pemasangan meter dan submeter elektrik bagi sebahagian bangunan dalam kampus
• Kempen Penjimatan Air
Kawasan tadahan air sekitar UMT.
22
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PROGRAM 1
Sistem Pengurusan Tenaga KomprehensifPolisi Pengurusan Tenaga UMT perlu diselaraskan supaya memenuhi piawaian ISO 5001 : Energy Management System. Setiap bangunan baharu perlu direka bentuk dengan mengambil kira elemen pengurusan tenaga.
TINDAKAN SEGERA
1. Penambahbaikan Sistem Pengurusan Tenaga a. Merangka dasar dan polisi tenaga yang komprehensif. b. Mewujudkan jawatan pengurus tenaga yang bertauliah.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Pengurusan Tenaga Cekap a. Menggubal Prosedur Pengoperasian Piawai (S.O.P) mengenai kelestarian tenaga. b. Gerak kerja pelaksanaan terhadap S.O.P kelestarian tenaga. c. Pemantauan dan pemantapan S.O.P.
PROGRAM 2
Budaya Tenaga LestariPenggunaan tenaga yang cekap dapat dicapai melalui penerapan budaya tenaga lestari dalam kalangan warga UMT. Budaya ini dapat diterap melalui kempen, pemantauan secara berterusan, analisa penggunaan tenaga dan menggalakkan penyertaan warga UMT dalam pengurusan kecekapan tenaga.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
1. Kempen Budaya Tenaga Lestari Berterusan a. Program kempen amalan lestari. b. Program hebahan penggunaan peralatan dan teknologi cekap tenaga.
Bangunan baharu di reka bentuk dengan mengambil kira
elemen pengurusan tenaga.
23
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PROGRAM 3
Penggunaan Tenaga Secara LestariEmpat kriteria utama perlu diambil kira untuk sesuatu sumber tenaga itu diiktiraf sebagai sumber tenaga lestari: (i) Mempunyai jaminan bekalan tenaga yang mencukupi bagi memenuhi keperluan masa kini dan akan datang. (ii) Sumber tenaga itu dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar. (iii) Penggunaan sumber tenaga tidak mencetuskan sebarang konflik dan menjejaskan keselamatan warga kampus. (iv) Kesaksamaan dan keadilan sosial kepada semua warga kampus.
TINDAKAN SEGERA
1. Audit Kecekapan Tenaga a. Pengauditan tenaga ini dilakukan bagi setiap bangunan bertujuan memastikan penggunaan tenaga dapat
dicapai secara optimum.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Tenaga Hijau a. Inventori data asas penggunaan tenaga dengan memperkenalkan submeter setiap bangunan. b. Pemasangan motion sensor di ruang-ruang yang berkaitan/dikenal pasti. c. Pemasangan mentol dan sistem penyaman udara cekap tenaga. d. Setiap peralatan elektrik/makmal perlu memenuhi penarafan empat bintang ke atas untuk kecekapan tenaga.
3. Penarafan Cekap Tenaga Pertandingan kecekapan penggunaan tenaga setiap bangunan.
PROGRAM 4
Tenaga AlternatifUMT seharusnya mengambil peluang menggunakan teknologi terkini iaitu tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan tenaga angin bagi membekalkan elektrik di tempat-tempat yang sesuai di dalam kampus. Ini adalah kerana kampus UMT terletak di pesisir pantai yang memberi banyak kelebihan dari aspek kesediaan sumber tenaga angin dan tenaga solar.
TINDAKAN SEGERA
1. UMT FiT UMT melaksanakan kajian skim Feed in Tariff (FiT) untuk tenaga solar bagi mengurangkan jejak karbon di dalam kampus.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Tenaga Boleh Diperbaharui
a. UMT FiT - UMT melaksanakan skim Feed in Tariff.
b. Melaksanakan projek tenaga hybrid solar dan angin untuk lampu jalan dan lampu taman.
c. Mewujudkan pusat pengecasan setempat untuk peranti elektronik seperti komputer riba, telefon bimbit,
tablet dan sebagainya yang berasaskan tenaga diperbaharui.
d. Kajian saintifik kebolehgunaan tenaga ombak.
24
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PROGRAM 5
Kesedaran Kelestarian AirKesedaran warga universiti terhadap kepentingan air merupakan perkara asas dalam program kelestarian air.
TINDAKAN SEGERA
1. Kempen Penjimatan Air
Merupakan kempen yang sedia ada yang diteruskan dan diperkasakan.
2. Syarahan Umum, Forum dan Ceramah Pakar Projek yang perlu diadakan secara berkala melibatkan warga UMT.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
3. Kelab Kelestarian Air Kelab Kelestarian Air diwujudkan untuk merancang, melaksana dan memantau tahap kesedaran warga universiti
serta keberkesanan program.
PROGRAM 6
Program Kelestarian Penggunaan AirProgram ini bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan air. Program ini dapat dilaksanakan melalui perancangan strategik iaitu mengkelaskan penggunaan air kepada tiga kategori:(i) Penggunaan asas yang wajib seperti untuk mandi, kebersihan diri dan sebagainya. (ii) Penggunaan untuk penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta penyelenggaraan. (iii) Pembaziran dan kebocoran.
TINDAKAN SEGERA
1. Penubuhan Skuad Air Skuad air ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran, memantau pembaziran dan kebocoran air.
Keanggotaan skuad air ini terdiri daripada staf dan pelajar.
2. Audit Kecekapan Air Pengauditan air ini dilakukan bagi setiap bangunan bertujuan memastikan penggunaan air dapat dicapai secara
optimum.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
3. Penarafan cekap air Pertandingan kecekapan penggunaan air setiap bangunan.
25
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PROGRAM 7
Program Penerokaan Sumber Air AlternatifProgram ini bertujuan untuk mempelbagaikan sumber air yang boleh diguna di kampus. Sumber alternatif yang dimaksudkan termasuk air hujan, air bawah tanah dan air permukaan di sekitar kampus. Program ini bertujuan untuk membangunkan kaedah rawatan air yang cekap untuk kitar semula air yang telah diguna. Kualiti air bagi sumber alternatif di Kampus UMT akan dipantau secara berkala untuk tujuan penggunaan dan pemuliharaan.
TINDAKAN SEGERA
1. Penuaian Hujan Memasang alat pengumpulan air hujan di kawasan strategik sekitar kampus bagi kegunaan hatcheri akuakultur,
penyelenggaraan dan sebagainya.
2. Air Bawah Tanah
Air bawah tanah merupakan satu langkah penggunaan sumber air alternatif yang strategik.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
3. Kitar Semula Air Kitar semula air akan menjadi agenda utama universiti ke arah kelestarian air.
Stesen Penyelidikan Tenaga Keterbaharuan UMT.
26
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
Pelajar menuai hasil roselle.
EKOSISTEM MAKANAN LESTARI
PENGENALAN
Ekosistem makanan lestari menekankan aspek sistem makanan dan pengurusan sisa secara holistik.
Pengurusan sistem makanan yang lestari merujuk kepada kaedah menghasilkan dan menggunakan
makanan secara sihat untuk kelangsungan sejagat. Kaedah ini akan memastikan proses penghasilan
makanan yang bersih dan selamat serta pengambilannya yang mengikut piramid makanan seimbang.
Pemakanan yang betul mengikut piramid makanan dapat memberikan nutrien yang mencukupi dan
seimbang kepada tubuh badan.
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) mendefinisikan sisa pepejal
termasuklah apa-apa bahan sekerap atau bahan lebihan lain yang tidak dikehendaki, keluaran yang
timbul daripada penggunaan apa-apa proses, buangan sudah pecah, lusuh, tercemar atau rosak. Sisa
yang dihasilkan di kampus lebih kepada bahan buangan pepejal dan bahan buangan terjadual yang
tidak mempunyai fungsi secara terus dan dilupus secara kekal.
Sistem makanan dan pengurusan sisa lestari perlu dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang
bersih di kawasan kampus bagi memulihara sumber dan melindungi alam sekitar serta meningkatkan
kualiti kesihatan awam. Selain itu, ianya adalah selaras dengan Polisi Pengurusan Sisa Pepejal Negara
yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
27
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PROJEK SEMASA
UMT amat prihatin dalam melaksanakan kelestarian sistem makanan dan pengurusan sisa yang efektif.
Beberapa projek yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
• Kempen Pengharaman Polisterin - “Ban White Coffin”
• Penjualan buah-buahan dan sayur-sayuran segar oleh pelajar dan staf
• Penjualan produk makanan sihat melalui kelas komersial makanan
• Pemantauan kafeteria kampus oleh Jawatankuasa Penyelarasan Kafeteria UMT
• Program kesedaran kitar semula
• Pengurusan sisa buangan terjadual mengikut garis panduan Jabatan Alam Sekitar
Pengharaman penggunaan bekas
makanan polisterin di UMT.
28
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PROGRAM 1
Tak Nak Makanan TerprosesMakanan terproses adalah makanan yang mengalami perubahan fizikal dan kimia menerusi proses penyediaan sama ada fizikal (haba), kimia (asid) dan biologi (mikroorganisma).
TINDAKAN SEGERA
1. Kempen “Katakan Tidak” a. Kempen Hari Tanpa Gula b. Kempen Makanan Segar
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Diet Sihat dan Seimbang a. Mewujudkan garis panduan diet seimbang. b. Mewujudkan garis panduan menu sihat di semua kafeteria dan pembekal makanan. c. Menyediakan polisi kafeteria lestari.
3. Penarafan Kafeteria Lestari Pengauditan kafeteria berdasarkan Polisi Kafeteria Lestari.
4. Tagging Makanan Melabel kalori makanan bagi makanan utama yang dijual di kafeteria.
PROGRAM 2
“Go 3R” (Reduce, Reuse, Recycle)Menggalakkan penggunaan semula bekas makanan bagi mengurangkan penggunaan plastik dan polisterin.
TINDAKAN SEGERA1. Kempen 3R Menghebahkan kepada warga UMT mengenai kesan buruk penggunaan bekas makanan pakai buang berasaskan
plastik melalui saluran media dalaman dan e-mel warga UMT (billboard UMT, Infokus, Samudera, MyNemo).
2. Kempen BYO – Bring Your Own Kempen menggalakkan warga kampus membawa bekas makanan dan minuman sendiri.
3. Kempen Paperless a. Mengadakan kempen paperless dalam kalangan warga kampus. b. Penyediaan tong kitar semula di setiap tingkat bagi setiap bangunan. c. Penggunaan cetakan dua muka surat. d. Simpanan dokumen digital.
TINDAKAN JANGKA PANJANG4. Polisi Ban White Coffin Mewujudkan polisi/peraturan larangan penggunaan bekas makanan pakai buang berasaskan plastik/polisterin di
kalangan warga kampus.
5. Water Cooler Menambah kemudahan water cooler di sekitar kampus.
29
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PROGRAM 3
Kebun dalam KampusMemfokuskan konsep kampus hijau dengan penanaman pokok-pokok daripada kategori ulam-ulaman, sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuhan kulinari.
TINDAKAN SEGERA
1. Lokasi Kebun Mengenal pasti tapak kebun yang sesuai.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Perluasan Kawasan Kebun Memperluaskan kawasan kebun di kampus bagi meningkatkan penanaman pokok-pokok berkenaan dan hasilnya
dijual kepada warga kampus secara berkala.
PROGRAM 4
Pasar Tani KampusKewujudan Pasar Tani di kampus dapat menggalakkan pengambilan bahan makanan segar oleh warga kampus.
TINDAKAN SEGERA
1. Lokasi Pasar Tani Mengenal pasti tapak pasar tani yang sesuai.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Kerjasama Strategik Agensi Kerajaan Mewujudkan MoU dengan agensi kerajaan untuk membekalkan bahan mentah dan segar secara berkala di kampus.
Pengambilan bahan makanan segar oleh
warga kampus dapat meningkatkan tahap
kesihatan.
30
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PROGRAM 5
Pengurusan Sisa Makanan LestariMemperkenalkan pengurusan sisa lestari di kafeteria dengan pengurangan dan pengasingan sisa makanan di kafeteria.
TINDAKAN SEGERA
1. Kempen Kesedaran a. Program kempen kesedaran pengurangan dan pengasingan sisa makanan di kafeteria. b. Kursus berkaitan porsi makanan dan kalori harian mengikut piramid makanan diberikan kepada warga UMT.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Kaedah Pengurusan Sisa Makanan Lestari a. Penyediaan tong organik dan bukan organik. b. Penyediaan tong kompos. c. Pemasangan perangkap minyak/perangkap sisa makanan. d. Tempat pengumpulan sisa makanan berpusat.
PROGRAM 6
Pengurusan Sisa Bukan MakananMenggunakan kaedah yang lestari bagi pelupusan sisa bukan makanan.
TINDAKAN SEGERA
1. Pengurusan Sisa Laman Mewujudkan Pasukan Pengurusan Sisa Laman.
2. Pengurusan Sisa Terjadual Pendaftaran dalam E- Consignment Note di bawah Jabatan Alam Sekitar.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
3. Pusat Kitar Semula UMT Mewujudkan pusat pengumpulan kitar semula UMT.
4. Polisi Penggunaan Kertas a. Menggalakkan PTj membeli kertas hasil daripada kitar semula. b. Projek guna semula daripada kertas terpakai kepada produk baharu.
5. Pengurusan Sisa Laman Mewujudkan Pusat Pengurusan Sisa Laman untuk memastikan sisa berkenaan diurus dengan sempurna melalui: i. Penggunaan mesin penghancur. iii. Penghasilan baja organik. ii. Penggunaan baja kompos. iv. Pemantauan berterusan.
6. Pengurusan Sisa Terjadual Mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Sisa Terjadual bagi memastikan sisa terjadual diuruskan berdasarkan Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Peraturan Sisa Terjadual 2005). Pengurusan ini dilaksanakan melalui proses berikut: i. Mengisytiharkan penjana sisa terjadual. iv. Melantik kontraktor. ii. Mengklasifikasikan jenis sisa terjadual. v. Menghantar ke tapak pelupusan. iii. Penstoran sementara. vi. Pemantauan yang berterusan.
31
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
Tanah bencah yang terpelihara penting untuk pengekalan habitat semula jadi dan kepelbagaian biologi setempat.
PEMULIHARAAN WARISAN SEMULA JADI
PENGENALAN
Kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dibangunkan di kawasan paya laut (tanah bencah)
yang terletak di sepanjang pantai menghadap Laut China Selatan dengan persekitaran yang sedang
pesat membangun. Kedudukan geografi UMT yang terletak di bahagian hiliran menjadikannya
kawasan takungan kepada bahan-bahan buangan domestik daripada kawasan sekitarannya. Enapan bahan
pencemar di kawasan UMT sendiri turut disumbangkan oleh kegiatan pengajaran dan penyelidikan yang
melibatkan penggunaan dan penghasilan bahan sisa toksik dan terjadual, hatcheri dan lain-lain aktiviti yang
menyumbangkan kepada penghasilan bahan pencemar. Di samping itu, kajian juga menunjukkan UMT
sedang menghadapi ancaman berterusan daripada hakisan pantai.
Tanah bencah di UMT amat penting dari segi khidmat ekosistem misalnya untuk kawalan dan tebatan
banjir, penapisan bahan enap cemar serta kawalan hakisan tanah dan pantai. Kewujudan tanah bencah
juga mempunyai hubung kait yang rapat dengan kawalan hidrologi setempat. Tanah bencah yang sihat dan
berfungsi dengan baik amat penting untuk pengekalan habitat semula jadi dan kepelbagaian biologi setempat
serta kelestarian hidup masyarakat. Kawasan ini berpotensi untuk dipulihara dan dibangunkan secara lestari
dan menjadi daya tarikan di UMT. Oleh itu, kawasan tanah bencah yang masih ada di UMT wajar dipulihara
untuk fungsi ekosistem serta nilai estetiknya kepada UMT.
32
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PROGRAM 1
Cakna SetempatMewujudkan jaringan kesefahaman di antara UMT, pihak berkuasa tempatan, organisasi, dan masyarakat setempat mengenai persekitaran lestari.
TINDAKAN SEGERA
1. Jawatankuasa Setempat Persekitaran Lestari Membentuk jawatankuasa yang dianggotai bersama oleh UMT, pihak berkuasa tempatan, organisasi dan
masyarakat setempat serta pihak-pihak berkenaan.
2. Kempen Kampus Indah Menganjurkan Program Kampus Lestari di UMT dan menanamkan konsep Kampus Indah di UMT.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
3. Kempen Komuniti Kempen Persekitaran Lestari yang melibatkan komuniti setempat.
PROGRAM 2
Cakna BanjirMengurangkan risiko kejadian banjir di UMT.
TINDAKAN SEGERA
1. Pemetaan Banjir Pemetaan banjir bagi kampus UMT dan kawasan sekitar.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Tebatan Banjira. Program penebatan banjir di kampus UMT.b. Mewujudkan kawasan tadahan air larian sementara untuk menampung limpahan semasa aliran puncak.c. Meluaskan kawasan hijau berkepadatan tinggi untuk meningkatkan kadar pintasan dan penyusupan air hujan.
Deklarasi menjaga, memelihara dan
memulihara kawasan pantai.
33
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PROGRAM 3
Cakna Tanah BencahMengekalkan kawasan hutan tanah bencah yang masih ada untuk kelestarian ekosistem.
TINDAKAN SEGERA
1. Kempen Cakna Tanah Bencaha. Kempen menyemaikan kecintaan kepada alam sekitar oleh warga UMT dan pengunjung.b. Menghentikan sebarang kegiatan tebus guna kawasan hutan tanah bencah.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Eko-Rekreasi Menghidupkan hutan tanah bencah sebagai tarikan eko-rekreasi dengan membina walkway dan living lab.
PROGRAM 4
Cakna MengabangMemastikan kualiti air mengabang sesuai untuk hidupan akuatik.
TINDAKAN SEGERA
1. Kajian Kualiti Air Mengabang Pemantauan kualiti air secara berkala.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Tanah Bencah Buatan Membina tanah bencah buatan untuk memastikan rawatan air secara semula jadi secara phytoremediation/
kaedah ekologi.
3. Zon Rawatan Air Mewujudkan zon-zon penapisan/zon rawatan air yang mengawal kualiti air mengabang.
PROGRAM 5
Telap AirMeningkatkan proses penyerapan air ke dalam tanah bagi mengurangkan larian air di permukaan.
TINDAKAN SEGERA
1. Pengurangan Larian Aira. Membina parkir menggunakan bahan yang telap air.b. Membangunkan kemudahan sub-surface retention pond.c. Menanam pokok yang mempunyai keupayaan menahan air untuk mengurangkan throughflow (contohnya
Juniper, Tembusu).
34
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
Kawasan mengabang –salah satu warisan alam semula jadi UMT.
Penyu merupakan salah satu warisansemula jadi yang perlu dipelihara dan dilindungi
PROGRAM 6
UMT HijauMeningkatkan kawasan hijau di sekitar kampus UMT.
TINDAKAN SEGERA
1. Kempen 1 Warga 1 Pokok Mengadakan program/kempen penanaman satu pokok bagi setiap warga.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Green Lunga. Melaksanakan program penghijauan semula UMT dan usaha pemantauan kawasan hijau.b. Setiap PTj mewujudkan kawasan tanaman pokok (green lung) di kawasan masing-masing.
PROGRAM 7
Cakna Hidupan Liar Memulihara habitat hidupan liar (haiwan yang tidak dijinakkan) di sekitar kampus.
TINDAKAN SEGERA
1. Inventori Hidupan Liar Menyediakan inventori hidupan liar yang ditampung oleh ekosistem semula jadi di kampus UMT.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Zon Perlindungan Haiwan Liar UMT Pewartaan zon perlindungan haiwan liar di kampus.
35
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PEROLEHAN LESTARI
PENGENALAN
Setiap produk yang dibeli menghasilkan sisa buangan yang
memberi kesan kepada alam sekitar. Oleh itu, perolehan
merupakan elemen penting dalam merealisasikan Kampus
Lestari. Bagi menjadikan UMT sebagai kampus lestari, perolehan
semestinya berdasarkan kriteria lestari dan warga UMT perlu
mempunyai pemikiran lestari.
Perolehan Lestari merupakan perolehan bekalan yang
mempunyai unsur mesra alam dan jimat tenaga atau pelantikan
pembekal yang mengamalkan nilai kelestarian dalam proses
pengeluaran produknya.
UMT mengutamakan perolehan
peralatan jimat tenaga dan mesra alam.
36
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PROGRAM 1
Perolehan LESTARI (Green Purchasing)Menggalakkan warga kampus membuat perolehan bekalan/perkhidmatan yang menepati ciri kelestarian.
TINDAKAN SEGERA
1. Bekalan lestaria. Menentukan kriteria/spesifikasi keperluan bekalan menepati ciri kelestarian.b. Menyatakan spesifikasi peralatan atau menetapkan syarat yang mempunyai ciri kelestarian berikut:
i. Jimat tenagaii. Tidak toksidiii. Tahan lama dan boleh dibaik pulihiv. Bahan boleh kitar semula
c. Kriteria pemilihan pembekal Mengutamakan pembekal yang mengamalkan nilai kelestarian dalam proses pengeluaran. Contoh: Mempunyai pengiktirafan ISO 14000 dan OSHAS 17000.
2. Kempen Perolehan Lestaria. Mengadakan taklimat kepada warga tentang kepentingan perolehan lestari.b. Hebahan tentang polisi dan pelaksanaan perolehan lestari kepada pembekal melalui e-Pembekal.c. Mencetak slogan kelestarian UMT pada dokumen rasmi.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
3. Pangkalan Data Perolehan Lestaria. Mewujudkan pangkalan data bekalan/perkhidmatan lestari.b. Mewujudkan pangkalan data pembekal lestari.
PROGRAM 2
Pemantauan Perolehan LestariPemantauan berterusan bagi memastikan perolehan lestari dilaksanakan secara konsisten.
TINDAKAN SEGERA
1. Jawatankuasa/Unit Audit Lestari Jawatankuasa/Unit Audit Lestari yang menjalankan tugas pemantauan bagi setiap projek yang dinyatakan dalam
Blueprint Kampus Lestari.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
1. Anugerah Kelestarian Pejabat dan Pembekala. Pengiktirafan kepada PTj yang mengamalkan perolehan lestari.b. Pengiktirafan kepada pembekal yang mengamalkan nilai lestari.
37
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PENGANGKUTAN MESRA ALAM
PENGENALAN
Pengurusan sistem pengangkutan kampus yang mantap merupakan aspek yang perlu dipandang serius.
Kampus UMT yang berkeluasan 218 ekar dengan bilangan kakitangan mencecah 1500 orang dan 8000
pelajar serta bilangan pelawat termasuk pekerja kontraktor sehingga 500 orang menjadikan kawasan
kampus kelihatan padat dalam satu-satu masa. Majoriti warga UMT membawa kenderaan sendiri ke kampus
dan ini menyebabkan berlakunya kesesakan, kemalangan dan pencemaran. Keadaan ini menyebabkan
ketidakselesaan dan mendedahkan warga kampus kepada risiko keselamatan dan kesihatan.
PROJEK SEMASA
Berikut disenaraikan projek semasa yang telah dilaksanakan:
• Pelan induk kampus lestari UMT yang merangkumi sistem pengangkutan
• Ruang letak basikal berkunci
• Ruang pejalan kaki berbumbung dan tidak berbumbung
• Parkir berpusat
Berbasikal – ke arah kampus bebas karbon.
38
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PROGRAM 1
Sistem PengangkutanBagi menjamin kualiti udara kampus yang bersih dan kelancaran lalu lintas kampus, pengurangan kadar kemasukan kenderaan bermotor ke dalam kampus perlu dititikberatkan.
TINDAKAN SEGERA
1. Pengangkutan Lestaria. Perkongsian kenderaan. b. Larangan penggunaan kenderaan bermotor oleh pelajar tahun 1.c. kempen berjalan kaki.d. Kempen penggunaan basikal.e. Mengadakan promosi jualan murah basikal.f. Menyediakan perkhidmatan shuttle bus.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Pengangkutan Lestaria. Menambah baik kemudahan tempat letak kenderaan berpusat.b. Menghubungkan keseluruhan laluan pejalan kaki berbumbung dalam kawasan
kampus.c. Penggunaan kenderaan hybrid sebagai kenderaan rasmi UMT.d. Perkhidmatan charging station di tempat letak kenderaan.e. Menyediakan tempat letak basikal berkunci dan berbumbung.f. Menyediakan laluan khas untuk penunggang basikal.g. Perkhidmatan sewaan basikal.
PROGRAM 2
Zon Bebas KenderaanZon bebas kenderaan dapat mengurangkan kesesakan sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan warga.
TINDAKAN SEGERA
1. Zon Bebas Kenderaan BerenjinMengenal pasti kawasan bebas kenderaan.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
2. Zon Bebas Kenderaan BerenjinMewartakan kawasan zon bebas kenderaan berenjin.
39
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PROGRAM 3
Keselamatan Sistem PengangkutanPemantauan keselamatan dari segi aspek fizikal jalan dan persekitaran merupakan fokus utama kepada keselamatan pengguna jalan raya. Perhatian dan kesedaran warga tentang tanggungjawab bersama menjaga keselamatan menjadi nadi utama keselamatan kampus.
TINDAKAN SEGERA
1. Penyelenggaraan Berkalaa. Menyelenggara pokok di kawasan parkir dan tepi jalan.b. Menyelenggara jalan agar sentiasa berada dalam keadaan selamat.
2. Penguatkuasaan Peraturan Lalu Lintas Memastikan peraturan lalu lintas di UMT dilaksanakan secara konsisten.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
3. Jaringan Keselamatan Kampusa. Menyediakan pencahayaan yang cukup di jalan, laluan pejalan kaki dan parkir.b. Menambah bilangan CCTV.
Laluan pejalan kaki berbumbung menggalakkan pergerakan
warga kampus tanpa menggunakan kenderaan.
42
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PELAN PEMBANGUNAN KAMPUS LESTARI UMT 2015
PEMBANGUNAN FIZIKAL KAMPUS LESTARI
Pembangunan Fizikal Kampus Lestari dipaparkan dalam tiga lakaran peta kampus UMT iaitu pada tahun
semasa (2015), fasa 1 (2015-2020) dan fasa 2 (2021-2030). Setiap fasa menunjukkan pembangunan fizikal
yang bakal dilaksanakan di dalam kampus. Projek-projek yang bakal dilaksanakan adalah berpandukan polisi
Blueprint Kampus Lestari yang diterangkan di bahagian polisi.
Laut China Selatan
43
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
SENARIO PEMBANGUNANSEDIA ADA (TAHUN 2015)
Peta Kampus pada tahun 2015 menunjukkan
senario semasa pembangunan kampus UMT. UMT
semakin pesat membangun hasil daripada pelan
pembangunan RMKe-8, RMKe-9 dan RMKe-10 di
kampus berkeluasan kira-kira 218 ekar. Kepadatan
pembangunan kampus sudah berada pada tahap
maksimum dengan keluasan guna tanah menjangkau
72.3 peratus.
Berikutan daripada pembangunan kampus yang telah
mencapai tahap optimum, UMT telah merancang
pelbagai strategi bagaimana untuk menambah
baik prasarana, terutama dari segi aspek kelestarian
kampus. Kampus UMT juga merupakan sebuah
kampus yang unik kerana sebahagian kawasannya
merupakan kawasan habitat paya laut. Di samping
itu, kawasan kampus juga dikelilingi saliran air semula
jadi kira-kira 19.5% daripada keluasan keseluruhan
kampus. UMT juga amat menitikberatkan alam
semula jadi dan biodiversiti dalam kampus terutama
hutan paya laut kampus sebagai kawasan hijau yang
terkawal dan dilindungi.
PETUNJUK BANGUNAN SEDIA ADA :
1 KOLEJ SISWA
2 KOMPLEKS SUKAN TENGKU MUHAMAD ISMAIL
3 PUSAT ISLAM SULTAN MAHMUD UMT
4 KOMPLEKS SISWA
5 PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL
SULTANAH NUR ZAHIRAH
6 DEWAN SULTAN MIZAN
7 BANGUNAN CANSELORI
8 KOMPLEKS SISWAZAH
9 PUSAT PENGAJIAN PERIKANAN DAN AKUAKULTUR (PPSPA)
10 PUSAT PENGAJIAN SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN (PPSTM)
11 PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI (PPPSE)
12 PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN MARITIM (PPPPM)
13 PUSAT PENGAJIAN SAINS MARIN DAN SEKITARAN (PPSMS)
14 PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KELAUTAN (PPKK)
15 KOMPLEKS KULIAH BERPUSAT
16 KOMPLEKS MAKMAL BERPUSAT
17 INSTITUT BIOTEKNOLOGI MARIN (IMB)
18 INSTITUT AKUAKULTUR TROPIKA (AKUATROP)
19 INSTITUT OSEANOGRAFI DAN SEKITARAN (INOS)
20 RUMAH UNIVERSITI
21 INSTITUT PENYELIDIKAN KENYIR (IPK)
22 KOMPLEKS KULIAH
23 PUSAT PENGAJIAN INFORMATIK DAN MATEMATIK GUNAAN (PPIMG)
24 PUSAT PENGAJIAN SAINS ASAS (PPSA)
44
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PELAN PEMBANGUNAN KAMPUS LESTARI UMT 2020
Laut China Selatan
45
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PEMBANGUNAN KAMPUS LESTARIFASA 1 (2015-2020)
Peta Kampus yang ditunjukkan dalam perancangan pembangunan
fizikal bagi fasa 1 akan dilaksanakan pada tahun 2015-2020. Kampus
UMT dibahagikan kepada lima zon iaitu zon pentadbiran, zon
akademik, zon penyelidikan, zon pelajar, dan zon komersial. Projek-
projek yang telah dirancang bagi fasa ini adalah seperti berikut:
Sistem Lingkaran Jalan UMT
Bagi memastikan kelancaran, keselesaan dan keselamatan warga
kampus, UMT memperkenalkan sistem pengurusan jalan lestari.
Sistem ini merangkumi dua komponen iaitu jalan bersepadu dan
jalan sekunder.
Jalan bersepadu merujuk kepada lingkaran jalan utama sehala
mengelilingi kampus yang terdiri daripada laluan kenderaan
bermotor, basikal dan pejalan kaki. Jalan bersepadu ini ditunjukkan
dengan warna kelabu di dalam pelan yang disediakan. Sistem jalan
sehala ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang sering
berlaku di dalam kampus UMT terutama pada waktu puncak.
Kadar kemalangan juga dapat dikurangkan hasil daripada keadaan
trafik yang lebih lancar.
Jalan sekunder merupakan laluan yang menghubungkan antara
bangunan bagi membenarkan kenderaan menjalankan kerja-kerja
penyelenggaraan. Jalan ini juga merupakan laluan basikal dan
pejalan kaki. Jalan sekunder ini merupakan jalan-jalan kecil yang
PETUNJUK :
1 JALAN LINGKARAN DAN JAMBATAN
2 ASRAMA PELAJAR (PFI)
3 LALUAN PELAJAR BERBUMBUNG FASA 1
4 TEBATAN BANJIR FASA 1
5 LALUAN BERBASIKAL FASA 1
6 KOLAM REKREASI PELAJAR
7 DATARAN PELAJAR 1
8 TAMAN ILMU BOTANI
9 BANGUNAN MAKMAL SAINS NAUTIKA
10 DATARAN PELAJAR 2
11 BANGUNAN INSTITUT BIOTEKNOLOGI MARIN
12 LALUAN PELAJAR FASA 1
13 BOARDWALK
14 GROIN PENCEGAH HAKISAN PANTAI
JALAN RAYA
LALUAN PELAJAR BERBUMBUNG FASA 1
LALUAN PELAJAR FASA 1
LALUAN BERBASIKAL FASA 1
46
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PERANCANGAN PEMBANGUNAN KAMPUS UMT 2015-2020
Taman Botani Struktur Pemecah Ombak Pembangunan Asrama secara PFI Boardwalk di kawasanpaya bakau
Kolam Rekreasi Pelajar
Sambungan jalan Lingkaran& Jambatan PenghubungLandskap Fasa 1
Bangunan InstitutBioteknologi Marin
Student Mall @ Dataran Pelajar
Bangunan Makmal Sains Nautika
47
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
menghubungkan jalan utama dengan bangunan, dan
di antara bangunan.
Bagi memastikan kampus UMT bebas karbon,
satu rangkaian laluan basikal dan pejalan kaki yang
menyeluruh akan diwujudkan. Untuk menyokong
hasrat ini, parkir basikal berkunci dan berbumbung akan
disediakan di setiap bangunan. Di samping itu, laluan
pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan
seluruh bangunan akan menggalakkan gaya hidup
sihat dalam kalangan warga kampus. Keselamatan
warga juga dititikberatkan dengan menaik taraf sistem
pencahayaan jalan serta kamera litar tertutup.
Bangunan
Terdapat beberapa bangunan baharu yang akan dibina
dalam fasa ini yang merupakan pelan pembangunan
RMKe-10 dan RMKe-11. Ia merangkumi kolej
kediaman, bangunan Institut Bioteknologi Marin
(IMB) dan Makmal Sains Nautika. Kolej kediaman
yang bakal dibina akan dapat menampung tambahan
3,000 pelajar untuk tinggal di dalam kampus dan
seterusnya menjamin keselamatan dan keselesaan
mereka. Bangunan Makmal Sains Nautika dan IMB
diwujudkan bagi memperkasakan pengajaran dan
penyelidikan di universiti dalam bidang tujahan.
Taman Edu-Rekreasi
Ke arah mewujudkan kampus hijau berkonsepkan
universiti dalam taman, UMT mengambil inisiatif
untuk membina kemudahan rekreasi bertemakan
living lab. Di antara taman yang akan diwujudkan
adalah taman botanikal, taman paya laut, marina
dan kolam rekreasi.
Taman botanikal yang bakal dibina di tengah-tengah
kampus akan menjadi habitat kepada flora dan fauna
semula jadi tempatan. Selain daripada menjadi
pusat riadah bagi warga kampus, ia akan berfungsi
sebagai pusat pendidikan, penyelidikan saintifik dan
pemuliharaan tumbuh-tumbuhan tempatan.
Taman paya laut diwujudkan bagi memulihara dan
mengoptimumkan fungsi hutan paya laut semula jadi
yang meliputi hampir 20% keluasan kampus. Pelantar
jalan kaki (boardwalk) akan dibina merentasi paya
laut bagi membolehkan warga kampus menghayati
dan menghargai khazanah alam semula jadi. Di
samping itu, kemudahan trek joging akan disediakan
di sekeliling taman paya laut ini. Kawasan ini akan
digazetkan sebagai kawasan bebas pembangunan
fizikal.
Tasik rekreasi UMT akan diwujudkan daripada tiga
kolam yang akan ditebus guna. Kawasan tasik ini
akan dilengkapi dengan trek joging, kemudahan
wall climbing dan bersenam, gazebo dan kawasan
berkelah.
Tebatan Banjir
Kedudukan geografi UMT yang terletak di bahagian
hiliran menjadikannya kawasan takungan air
yang datang daripada kawasan sekitarannya. Bagi
melancarkan pengaliran air, tebatan banjir yang lurus
akan dibina di sepanjang laluan terusan air. Ini akan
dapat menampung limpahan air semasa musim
tengkujuh. Selain daripada mengukuhkan struktur
tebing terusan, ia juga dapat dijadikan kawasan
rekreasi.
48
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PELAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG 2015
Pelan Laluan Pejalan Kaki Sedia Ada
49
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PELAN RANCANGAN SAMBUNGAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG 2016-2020
Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Sedia Ada
Sambungan Baharu
50
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PELAN PEMBANGUNAN KAMPUS LESTARI UMT 2030
Laut China Selatan
51
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PEMBANGUNAN KAMPUS LESTARI FASA 2 (2021-2030)
Pelan Pembangunan fizikal bagi fasa 2 akan dilaksanakan
bermula pada tahun 2021-2030. Pembangunan kampus utama
UMT ini telah mencapai tahap maksimum. Dalam fasa 2 ini,
pembangunan adalah tertumpu kepada pembinaan marina,
pusat-pusat komersial bersepadu, pangsapuri dan pintu masuk
utama sepertimana berikut:
Marina UMT
Sesuai dengan lokasi UMT di pesisir pantai, sebuah Marina akan
dibina bagi menyokong bidang tujahan universiti. Bagi tujuan
tersebut, penambakan selebar 80 meter sedang dilaksanakan
di sepanjang pantai bagi memulihkan kawasan berpasir yang
terhakis. Marina ini akan dilengkapi dengan pelabuhan mini
yang lengkap untuk pengurusan marina, bangunan pejabat,
ruang pengajaran dan pembelajaran, rumah penginapan serta
kafeteria.
Pusat Komersial Bersepadu
Pusat Komersial Bersepadu yang bakal dibina berada di tepi
laluan jalan raya utama bagi membolehkan pusat ini dikunjungi
bukan sahaja oleh warga UMT tetapi juga penduduk yang
tinggal di sekitar UMT. Pusat ini akan dilengkapi dengan
kemudahan parkir bertingkat, lot perniagaan dan kolej
kediaman antarabangsa. Sebahagian kemudahan parkir
bertingkat ini menjadi parkir utama staf UMT. Dengan
mewujudkan parkir berpusat ini, kampus UMT akan menjadi
sebuah kampus bebas kenderaan.
52
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PERANCANGAN PEMBANGUNAN KAMPUS UMT 2021-2030
Resort Penginapan Pembangunan Sistem Tenaga Diperbaharui
Tempat Letak Kenderaan BertingkatMarina
Pusat Komersial Bersepadu Asrama antarabangsa
53
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
Asrama Pelajar Antarabangsa
Pembinaan Kolej Kediaman Antarabangsa adalah selaras dengan hasrat UMT untuk menjadi tarikan
dan pilihan pelajar antarabangsa. Dengan itu, kolej kediaman ini akan menyediakan kemudahan
penginapan dan fasiliti bertaraf antarabangsa.
Bangunan Tempat Letak Kenderaan Bertingkat
Bagi memastikan kualiti udara kampus yang bersih dan kampus bebas kenderaan, UMT akan
membina sebuah tempat letak kenderaan bertingkat yang mampu menampung jumlah kenderaan
bagi seluruh warga kampus. Bangunan ini akan di bina di satu kawasan yang berdekatan dengan
pintu masuk utama dan berada di kawasan pinggir kampus.
54
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
PELAN RANCANGAN SAMBUNGAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG 2021-2030
Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Sedia Ada
Sambungan Baharu
55
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
PELAN RANCANGAN SAMBUNGAN LALUAN BERBASIKAL 2016-2030
Tempat Meletak Basikal Berbumbung
Laluan Berbasikal
56
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LE
STA
RI U
MT
KESIMPULAN
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyokong aspirasi kerajaan ke arah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020
melalui pembangunan yang lestari. Bagi menyahut seruan kerajaan ini,
UMT telah menggariskan pelan ke arah mewujudkan sebuah kampus lestari yang
diterjemahkan melalui penerbitan Blueprint Kampus Lestari UMT.
Di dalam misi mengejar kecemerlangan menjadi sebuah universiti berfokus marin
terunggul, UMT tetap memberikan perhatian yang tinggi kepada aspek penyediaan
persekitaran yang mesra alam untuk keselesaan warganya. Blueprint Kampus Lestari
UMT akan menjadi panduan kepada warga universiti bagi merealisasikan hasrat
mewujudkan persekitaran kampus mesra alam melalui pembangunan kampus yang
bersifat lestari.
Pelaksanaan perancangan yang terkandung di dalam blueprint ini akan melibatkan
kerjasama dan komitmen segenap warga kampus dan disokong oleh agensi-agensi
yang terlibat serta komuniti setempat. Hasrat ini adalah selari dengan keunikan lokasi
UMT yang begitu dekat dengan alam, dikelilingi tumbuhan menghijau di pesisir Laut
China Selatan.
Blueprint Kampus Lestari UMT telah menggariskan program dan projek segera
dan jangka panjang melalui tujuh aspek yang berkait rapat dengan persekitaran
kampus. Melalui perancangan ini, ciri-ciri kelestarian akan diterapkan di dalam
hampir segenap aspek pembangunan di UMT. Akhirnya, UMT juga berhasrat agar
pelaksanaan program kampus lestari ini akan menjadi model kepada komuniti
setempat dan Universiti Awam yang lain.
57
BLU
EP
RIN
T K
AM
PU
S LESTA
RI U
MT
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar
Naib Canselor UMT
YBhg. Profesor Dr. Mohd Effendy bin Abd WahidPengerusi, Jawatankuasa Blueprint Kampus Lestari
Ahli-ahli Jawatankuasa Blueprint Kampus Lestari UMT:
Ir. Haji Mohd Zaideen bin YusoffPuan Hajah Nor Azizah binti Kasim Prof. Dr. Ir. Ahmad bin JusohProf. Dr. Nora’aini binti Haji AliProf. Madya Dr. Aziz bin AhmadProf. Madya Dr. Mohd Pouzi bin HamzahProf. Madya Dr. Mohd Suzuri bin HitamProf. Madya Dr. Mohammad Fadli bin AhmadProf. Madya Dr. Mohd Zamri bin IbrahimProf. Madya Dr. Marzuki bin Haji IsmailProf. Madya Dr. Amiza binti Mat AminProf. Madya Dr. Hii Yii SiangProf. Madya Dr. Zaleha binti KassimProf. Madya Dr. Mohd Ikmar Nizam bin Mohamad IsaProf. Madya Zainal Ashirin bin ShahardinProf. Madya Dr. Jamilah binti Mohd Salim@Halim Kapten Mohd Naim bin Fadzil Dr. Nazli bin AzizDr. Jarina binti Mohd JaniDr. Nor Hayati binti IbrahimDr. Mohd Nizam bin LaniDr. Khatijah binti Omar
SEKALUNG BUDI
Dr. Siti Aisyah binti SaatDr. Shahrul bin IsmailDr. Zuraini binti AnangDr. Wan Bayani binti Wan OmarDr. Salisa binti Abdul RahmanDr. Noor Zaiton binti YahyaDr. Izan binti JaafarPuan Zahara binti KedriEngr. Mohd Faizal bin Mohd NoorPuan Azizah binti HasanTuan Haji Zukiferee bin IbrahimCik Roslina binti GhazaliEncik Wan Azman bin Wan AlwiTuan Syed Mohd Fadhlee bin Syed AlwiEncik Abdul Hadi bin MuhammadEncik Wan Abdul Manan bin Wan AbdullahEncik Kasawani @ Kazuwani bin IbrahimEncik Aisamuddin bin A. JalilTengku Iskandar Zulfahmie bin Tengku MohamadEncik Mokhtar bin IshakEncik Mohd Hasrul bin Awang MuniCik Azlin binti Bajuri
Serta semua pihak yang terlibat di dalam penghasilan Blueprint Kampus Lestari UMTBarisan Urus Setia:
Prof. Dr. Fauziah binti Hj. Abu HasanProf. Madya Dr. Zailani bin AbdullahDr. Mohd Nazli bin Mohd NorEncik Shahrul Jama bin OthmanPuan Marliana binti Asaari
Encik Abdul Rahim bin Uzip @ OthmanEncik Abdul Razak bin MamatPuan Hasliana binti HamaliCik Zubaidah binti AbdullahPuan Dalina binti Awang
Top Related