UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MESYUARAT SENAT
BIL. 01/2020/2021
PADA 28 OKTOBER 2020
KERTAS KERJA
BIL. 01/2020/2021/16
KERTAS KERJA CADANGAN SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (PENGUKURAN DAN PENILAIAN)
(KELULUSAN)
DISEDIAKAN OLEH
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SULIT
KERTAS KERJA CADANGAN PERMOHONAN SEMAKAN KURIKULUM UNTUK KELULUSAN MESYUARAT SENAT
CADANGAN SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM
SARJANA PENDIDIKAN (PENGUKURAN DAN PENILAIAN)
BIL. ITEM PERINCIAN MAKLUMAT/KEPERLUAN
1.
UNIVERSITI AWAM
Universiti Teknologi Malaysia
2.
TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan kelulusan Mesyuarat Senat mengenai cadangan semakan kurikulum program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian)
3. VISI, MISI & MATLAMAT PENDIDIKAN UNIVERSITI
3.1 Visi Universiti Teknologi Malaysia adalah untuk menjadi sebuah
institusi akademik dan penyelidikan utama dunia, cemerlang
dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.
3.2 Misi Universiti Teknologi Malaysia adalah untuk menjadi
peneraju dalam pembangunan bakat holistik dan teknologi
berinovasi untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.
3.3 Matlamat Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia adalah
untuk:
i) Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran dalam
pelbagai bidang pengajian, amalan penyelidikan dan
profesional yang bersesuaian serta proses-proses
pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan penyelesaian
masalah untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.
ii) Mempamerkan taraf etika yang tinggi, watak positif, dan
tanggungjawab sosial.
iii) Menghayati dan sentiasa berpandukan nilai-nilai teras
Universiti Teknologi Malaysia iaitu integriti, sinergi,
kecemerlangan dan kelestarian.
SULIT
iv) Berkomunikasi dan bekerjasama secara berkesan dengan
ahli profesional yang lain serta masyarakat.
v) Menunjukkan keupayaan untuk belajar dan meningkat
secara profesional dan seterusnya menyumbang kepada
pembangunan sains, teknologi dan kejuruteraan.
4. BIDANG TUJAHAN UNIVERSITI
• Kejuruteraan
• Sains dan Teknologi
• Alam Bina dan Sains Sosial
5.
ENTITI AKADEMIK YANG MEMOHON
5.1 Entiti akademik yang memohon ialah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia.
5.2 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan terdiri daripada Sekolah
Pendidikan, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Akademi Tamadun Islam, Akademi Bahasa dan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah.
5.3 Sekolah Pendidikan mempunyai 10 program di peringkat
prasiswazah dan 15 program di peringkat pascasiswazah. Bidang dan peringkat pengajian yang ditawarkan seperti berikut:
5.3.1 Program Prasiswazah
i) Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian
ii) Sarjana Muda Pendidikan (TESL) dengan Kepujian
iii) Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan Kepujian
iv) Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) dengan Kepujian
v) Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Binaan Bangunan) dengan Kepujian
vi) Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian
vii) Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) dengan Kepujian
viii) Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kimia) dengan Kepujian
ix) Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Fizik) dengan Kepujian
SULIT
x) Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian
5.3.2 Program Pascasiswazah Program Mod Kerja Kursus:
i) Sarjana Pendidikan (Kimia) ii) Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) iii) Sarjana Pendidikan (Pendidikan dan Pembangunan) iv) Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) v) Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) vi) Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) vii) Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) viii) Sarjana Pendidikan (Matematik) ix) Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) x) Sarjana Pendidikan (Fizik) xi) Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa Kedua/TESL) xii) Sarjana Pendidikan (Pendidikan Teknik dan
Vokasional) Program Mod Campuran xiii) Sarjana Pendidikan
Bidang pengkhususan:
• Kimia
• Kurikulum dan Pengajaran
• Pendidikan dan Pembangunan
• Psikologi Pendidikan
• Teknologi Pendidikan
• Bimbingan dan Kaunseling
• Pengurusan dan Pentadbiran
• Matematik
• Pengukuran dan Penilaian
• Fizik
• Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
• Pendidikan Teknik dan Vokasional
Program Mod Penyelidikan xiv) Sarjana Falsafah xv) Doktor Falsafah
SULIT
Bidang pengkhususan:
• Kurikulum dan Pengajaran
• Pendidikan dan Pembangunan
• Psikologi Pendidikan
• Bimbingan dan Kaunseling
• Pengurusan dan Pentadbiran
• Kimia
• Teknologi Pendidikan
• Matematik
• Pengukuran dan Penilaian
• Fizik
• Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
• Pendidikan Teknik dan Vokasional
• Pembelajaran Atas Talian
• Multimedia dalam Pendidikan
• Generik
5.4 Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi mempunyai 2 program di peringkat prasiswazah dan 2 program di peringkat pascasiswazah. Bidang dan peringkat pengajian yang ditawarkan seperti berikut:
5.4.1 Program Prasiswazah
i) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber
Manusia) ii) Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan
Sumber Manusia 5.4.2 Program Pascasiswazah
i) Sarjana Pembangunan Sumber Manusia (Mod Campuran)
ii) Sarjana Pembangunan Sumber Manusia (Mod Penyelidikan)
5.5 Akademi Tamadun Islam mempunyai 4 program di peringkat
pascasiswazah. Bidang dan peringkat pengajian yang ditawarkan seperti berikut:
5.5.1 Program Pascasiswazah
i) Sarjana Penyelidikan (Sains Halal)
SULIT
ii) Sarjana Penyelidikan (Generik) iii) Doktor Falsafah (Fiqh, Sains dan Teknologi) iv) Doktor Falsafah (Generik)
5.6 Akademi Bahasa mempunyai 3 program di peringkat
pascasiswazah. Bidang dan peringkat pengajian yang ditawarkan seperti berikut:
5.6.1 Program Pascasiswazah
i) Sarjana Bahasa dalam Komunikasi dan Budaya Digital
ii) Sarjana Falsafah iii) Doktor Falsafah
5.7 Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja
Zarith Sofiah mempunyai 2 program di peringkat pascasiswazah. Bidang dan peringkat pengajian yang ditawarkan seperti berikut:
5.7.1 Program Pascasiswazah
i) Sarjana Penyelidikan dalam Tamadun Islam ii) Doktor Falsafah dalam Tamadun Islam
6. LOKASI PENAWARAN
Program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) ini dijalankan di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Baharu.
SULIT
7. PROGRAM AKADEMIK YANG DISEMAK
Nama program yang disemak dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu:
Kod Nama Program
MPPU1 Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian)
Bahasa Inggeris:
Kod Nama Program
MPPU1 Master of Education (Measurement and Evaluation)
Nama penganugerahan program dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu:
Nama Penganugerahan Program
Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan
Penilaian)
Bahasa Inggeris:
Nama Penganugerahan Program
Master of Education (Measurement and Evaluation)
8.
TAHAP KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA (MQF)
Sarjana (Tahap 7) .
9. NATIONAL EDUCATIONAL CODE (NEC)
142 (Sains Pendidikan)
10.
PENGIKTIRAFAN BADAN PROFESIONAL
Tiada
SULIT
11.
INSTITUSI/ ORGANISASI KERJASAMA
Tiada
12.
SESI PENGAJIAN KURIKULUM YANG DISEMAK SEMULA BERKUATKUASA
2020/2021
13. MOD PENAWARAN
Kerja Kursus i.
14. KREDIT BERGRADUAT
45 Kredit
15.
KAEDAH DAN TEMPOH PENGAJIAN
Kaedah Pengajian
Tempoh Minimum
Tempoh Maksimum
Sepenuh Masa
1 tahun 6 bulan (3 semester)
4 tahun (8 semester)
16.
KAEDAH PENYAMPAIAN PROGRAM
16.1 Kaedah penyampaian program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) adalah secara konvensional
16.2 Kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang
transformatif berasaskan penyampaian Abad ke-21 menerusi ruang pembelajaran yang futuristik serta penggunaan teknologi digital terkini diserapkan bagi mewujudkan pembelajaran imersif berdasarkan pengalaman. Antara kaedah yang dilaksanakan adalah:
i) Penggunaan e-learning di dalam kursus, termasuklah
aktiviti online seperti kuiz, forum dan video ii) Penggunaan MOOCs di laman web OpenLearning iii) Pembelajaran aktif iv) Pembelajaran berasaskan masalah v) Pembelajaran berasaskan projek individu dan
berkumpulan
17. JUSTIFIKASI SEMAKAN KURIKULUM
Berikut merupakan rasional kepada semakan kurikulum bagi
Program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian):
17.1 Penyelarasan Hasil Pembelajaran Program (PLO) mengikut
keperluan Standard yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) berpandukan Kerangka Kelayakan Malaysia
2.0 (MQF 2.0).
SULIT
17.2 Mengambilkira cadangan beberapa pembaharuan dalam
semakan kurikulum melalui bengkel penilaian kurikulum
program akademik bersama Panel Penasihat Industri (IAP)
dan Penilai Luar yang telah diadakan oleh Fakulti FSSH pada
29 Julai 2019 (rujuk Lampiran 2 bagi intipati dapatan).
17.3 Mengambikira perkembangan teknologi /Revolusi Industri 4.0,
keperluan Pembelajaran Abad Ke 21(PAK21) bagi menyokong
agenda Kurikulum Tersedia Masa Hadapan dalam pemurnian
kursus sedia ada dari segi kandungan, penyampaian,
pentaksiran setelah mengambilkira laporan Continual Quality
Improvement (CQI).
18. KELESTARIAN PROGRAM
Kelestarian Program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) dapat dibuktikan berdasarkan; 18.1 Graf Pendaftaran Program: Penganugerahan Biasiswa daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia meningkat bagi Program Sarjana Pendidikan dan Ijazah Kedoktoran bidang Pengukuran dan Penilaian. Ini bermakna kesedaran terhadap kepentingan bidang pengukuran dan penilaian mendapat perhatian serius daripada pemegang taruh – Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Lampiran 1)
18.2 Analisis dapatan Exit Survey:
Secara umum, dapatan exit survey graduan Sarjana
Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) menunjukkan persepsi positif terhadap kualiti kurikulum, sistem penilaian, kualiti tenaga pengajar, prasarana pembelajaran dalam julat (4.04 – 4.27) berdasarkan skala 5 mata.
18.3 Dapatan Employer Survey:
KPM sedang dalam usaha mempertingkatkan kompetensi pentaksiran Bilik Darjah di kalangan guru mulai tahun 2019. Keperluan ini termasuk menghasilkan prosedur kerja pentaksiran yang sistematik, membangunkan instrumen pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai, membuat interpretasi pencapaian / prestasi yang bermakna dan menghasilkan laporan akademik yang jelas dan tepat
SULIT
menggunakan kemahiran statistik yang baik. Justeru, bidang Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan merupakan bidang yang relevan dengan keperluan semasa.
18.4 Pembangunan Kerjaya Guru
Graduan dari program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan
Penilaian) berpeluang untuk meningkatkan laluan kerjaya
dalam bidang yang dipelajari - pengujian, penilaian, penskoran
dan pentaksiran pendidikan ke peringkat lebih tinggi seperti
dilantik menjadi pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
18.5 Kemahiran teknologi/digital dalam pasaran kerja dalam era
Revolusi Industri 4.0
Hasil Pembelajaran Program (PLO) Digital dan Numerasi
dimasukkan sebagai kemahiran generik adalah bertepatan
dengan pembaharuan pendekatan dalam bidang pengukuran
dan penilaian bagi menghasilkan graduan yang kompeten
mengaplikasi kemahiran teknologi / digital dan numerasi dalam
proses kerja pendidikan (kursus MHPR 1133, MHPR2213 dan
MHPR2223, MHPR2243)
19.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM
Objektif Pendidikan Program (PEO) bagi program Sarjana
Pendidikan (Pengukuran dan penilaian) ialah:
PEO1: Proficient in applying and communicating in-depth relevant knowledge in solving problems critically and analytically in the field of measurement and evaluation education.
[Mahir dalam mengaplikasi dan menyampaikan pengetahuan
mendalam yang relevan bagi menyelesaikan masalah secara kritis dan analitikal dalam bidang pengukuran dan penilaian pendidikan]
PEO2: Career advancement through life-long learning and
competencies in leadership, interpersonal and digital skill. [Peningkatan kerjaya melalui pembelajaran sepanjang hayat dan
kompetensi dalam kepimpinan, interpersonal dan kemahiran digital]
PEO3: Practice ethical principles and entrepreneurial mindset within profesional and societal contexts
SULIT
[Mempraktikkan prinsip etika dan minda keusahawanan dalam
konteks profesional dan masyarakat]
Matriks PEO lawan matlamat pendidikan universiti (Rujuk Lampiran 3)
20.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
20.1 Hasil pembelajaran Program Sarjana (Pengukuran dan
Penilaian) adalah:
At the end of the program, students should be able to:
PLO1: Apply knowledge critically and integratively to manage and resolve problems or issues in measurement and evaluation towards making decision and producing new ideas and solutions.
[Mengaplikasi pengetahuan secara kritis dan bersepadu untuk
mengurus dan menyelesaikan masalah atau isu dalam
Pengukuran Penilaian Pendidikan bagi membuat keputusan
dan menghasilkan idea serta penyelesaian baharu]
PLO2: Analyze and synthesize critically to solve real world problems or issues in measurement and evaluation.
[Menganalisis dan mensintesis secara kritis untuk
menyelesaikan masalah atau isu dunia sebenar dalam
Pengukuran dan Penilaian Pendidikan]
PLO3: Demonstrate advanced practical and technical skills in
measurement and evaluation to solve educational problems.
[Menunjukkan kemahiran praktikal dan teknikal yang terkini
dalam Pendidikan Pengukuran dan Penilaian untuk
menyelesaikan masalah Pendidikan]
PLO4: Collaborate among learning and/ or working communities and
other groups and networks.
[Bekerjasama dalam komuniti belajar dan/atau kerja serta
kumpulan dan jaringan yang lain]
PLO5: Communicate clearly the knowledge, skills and ideas using appropriate methods
SULIT
[Berkomunikasi secara jelas pengetahuan, kemahiran dan idea
menggunakan kaedah yang sesuai]
PLO6: Use a wide range of suitable digital technologies and
appropriate software competently to enhance study and
research.
[Menggunakan pelbagai teknologi digital dan perisian yang
sesuai secara kompeten dalam pembelajaran dan penyelidikan]
PLO7: Demonstrate skills in designing, planning and executing
statistical analysis through quantitative and/or qualitative research.
[Menunjukkan kemahiran dalam merekabentuk, merancang dan
melaksanakan analisis statistik dalam penyelidikan kuantitatif
dan/atau kualitatif]
PLO8: Demonstrate autonomy, leardership and responsibility in
managing work within own team and with other teams in the
context of problem solving.
[Menunjukkan autonomi, kepimpinan dan tanggungjawab untuk
menguruskan kerja dalam kumpulan sendiri dan/atau bersama
kumpulan lain dalam konteks penyelesaian masalah]
PLO9: Exemplify self-advancement through continuous academic or
professional development.
[Menunjukkan kemajuan diri yang boleh diteladani melalui
pembangunan akademik atau professional yang berterusan]
PLO10: Initiate or lead entrepreneurial projects.
[Mencetuskan atau memimpin projek keusahawanan]
PLO11: Adhere to legal, ethical and professional codes of conduct.
[Mematuhi undang-undang, etika dan kod etika profesional]
SULIT
20.2 Matriks Objektif Program (PEO) lawan Hasil Pembelajaran Program (PLO) di Lampiran 3.
20.3 Matriks Kursus lawan Hasil Pembelajaran Program (PLO) di
Lampiran 4. 20.4 Matriks Kursus lawan Taksonomi Pembelajaran di Lampiran 5. 20.5 Matriks Kursus lawan Kemahiran Insaniah di Lampiran 6. 20.6 Matriks Kursus Lawan Jam Pembelajaran Pelajar (SLT) di
Lampiran 7.
21.
KOMPONEN/ MAKLUMAT YANG DIUBAH DAN STRUKTUR KURIKULUM BAHARU
21.1 Perubahan komponen/maklumat program diringkaskan seperti dalam jadual berikut:
Komponen Program
Komponen Semakan
DESKRIPSI PERUBAHAN SEMAKAN KURIKULUM
BERUBAH TIDAK BERUBAH
Nama Nama Program
- Kekal
Kod Kod Program
MPPU kepada MHPR
PEO dan PLO
Kandungan dan Bilangan Pernyataan
1.Tiga PEO digugurkan DAN diganti 2. Dua PEO digugurkan TANPA diganti
1. Sembilan (9) PLO digugurkan
2. Sebelas (11) PLO ditambah
-
Struktur Kurikulum
a. Tempoh Pengajian Kekal
b. Jumlah Kredit Keseluruhan
- Jumlah kredit kekal 45 kredit
Maklumat Kursus
Perubahan kepada Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)
Penyataan CLO dimurnikan
Jadual di bawah menunjukkan pengiraan peratus perubahan bagi semakan kurikulum program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian):
SULIT
Bil. Kategori Kursus
Jumlah Kredit Kursus Sedia Ada
Jumlah Kredit Kursus selepas Semakan Kurikulum
Jumlah Perubahan Semakan Kurikulum
Peratus Perubahan
1 Kursus Umum Universiti
3 3 0 11/45 x100
2. Kursus Teras 20 20 (8+3)11
3. Kursus Elektif 12 12 0
4. Projek Sarjana 10 10 0
Jumlah 45 45 11 24.4%
21.2 Struktur semakan kurikulum Program Sarjana Pendidikan
(Pengukuran dan Penilaian) yang membandingkan kursus sedia ada dengan kursus baharu adalah seperti dalam jadual di bawah (rujuk Lampiran 8).
21.3 Butiran perubahan dari segi struktur kurikulum adalah seperti
berikut:
a. Perubahan pengkategorian kursus dilakukan bagi kursus elektif kepada teras (MHPR 1133 Application of Measurement and Evaluation in Research) manakala perubahan nama kursus bagi MPPR 1323 Pengenalan Analisis Multivariat kepada MHPR 2243 Application of Measurement Theories in Data Analysis).
b. Satu kursus telah dijumudkan iaitu MPPR 1343
Supervision in Education kerana berlaku pertindihan dengan kursus bagi program lain.
c. Penambahan kursus teras adalah bagi kod kursus
MHPU1044 iaitu Analisis Data Penyelidikan. Penambahan kursus baru ini melibatkan penambahan CLO daripada 5 CLO kepada 6 CLO dengan mengambilkira PLO kemahiran digital dan numerikal yang selari dengan kemahiran IR 4.0. Kursus ini menggantikan kursus MPPU1034 iaitu Penggunaan Statistik dalam Penyelidikan Pendidikan (perubahan CLO>30%)
d. Pemilihan elektif program juga diubah dengan membenarkan pelajar memilih sekurang-kurangnya 2 kursus (6 kredit) dari elektif program dan 2 kursus (6 kredit) dari elektif sekolah (Rujuk Lampiran 14).
SULIT
21.4 Faktor perkembangan dan perubahan teknologi ke arah
Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) juga diambilkira dalam bidang pengukuran dan penilaian. Oleh itu, empat kursus telah ditambahbaik dengan memasukkan kemahiran digital dan numerikal bagi memenuhi keperluan IR 4.0 seperti dalam jadual di bawah.
Kursus Elemen IR 4.0 Aplikasi
MHPU 1044 ANALISIS DATA PENYELIDIKAN
TERAS SEKOLAH
CLO3: Display proficiency to perform, analyse and interpret quantitative and qualitative analysis. PLO7 Numeracy Skill
Pelajar perlu menggunakan kemahiran numerikal untuk menginterpretasi data analisis kuantitatif
MHPR1133 APPLICATION OF MEASUREMENT AND EVALUATION IN RESEARCH TERAS PROGRAM
CLO3: Analyse research data validly using the appropriate software PLO6 Digital Skills
Pelajar perlu menggunakan kemahiran digital semasa membuat penilaian ke atas data penyelidikan bagi tujuan kesahan
MHPR2213 INTRODUCTION TO SCALING AND INSTRUMENTATION
ELEKTIF PROGRAM
CLO3: Construct a survey, collect data, analyse and interpret the result using statistical evidence PLO7 Numeracy Skill
Pelajar perlu menguasai kemahiran numerikal dalam penganalisan data kajian.
MHPR2223 PROGRAMME EVALUATION
ELEKTIF PROGRAM
CLO4: Demonstrates self-advancement in implementing program logic model to evaluate a selected educational program. PLO7 Numeracy Skill
Pelajar perlu menggunakan kemahiran numerikal untuk menilai program pendidikan
MHPR2243 APPLICATION OF MEASUREMENT THEORIES IN DATA ANALYSIS ELEKTIF PROGRAM
CLO4: Use appropriate software in analysing data based on social science research ethical point of view PLO6 Digital Skills
Perlu perlu mengaplikasikan kemahiran digital bagi memproses data kajian bidang sains sosial yang bersesuaian
21.5 Agihan peratusan kredit mengikut komponen kurikulum
Program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) selepas semakan kurikulum adalah seperti di Lampiran 9.
SULIT
21.6 Pelan pengajian terkini untuk program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) adalah seperti di Lampiran 10.
Kesimpulannya, semakan Kurikulum Program Pengukuran dan Penilaian dibuat berdasarkan faktor berikut: Semakan terhadap kandungan selari dengan keperluan MQF 2.0 agar kekal relevan dengan perkembangan dunia pendidikan global, menjurus ke arah IR 4.0 dan Pembelajaran Abad Ke 21 dalam tiga komponen asas pendidikan; Kurikulum, Penyampaian dan Pentaksiran.
Semakan juga dibuat berdasarkan latarbelakang pelajar; pelbagai tahap pengalaman, kecenderungan, tempat kerja (sekolah/jabatan pendidikan/kolej/politeknik/universiti) dan keperluan kemahiran terkini dalam pekerjaan.
22. UNJURAN PELAJAR
Bilangan pengambilan pelajar yang dicadangkan untuk mengikuti program ini serta unjurannya bagi tempoh lima tahun adalah seperti dalam jadual berikut:
Tahun 2019/20 2020/21 2021/22 2022/23 2023/24
Unjuran 10 10 10 10 10
Enrolmen 10 20 20 20 20
Keluaran 0 10 10 10 10
23. SYARAT KEMASUKAN
23.1 Pengambilan calon daripada peringkat Sarjana Muda mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan mendapat PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 2.50. Bagi calon dengan PNGK/CGPA kurang daripada 2.50 dan sekurang-kurangnya 2.00, pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun akan diambil kira.
23.2 Syarat Bahasa Inggeris (bagi mahasiswa antarabangsa): Semua pelajar antarabangsa yang memohon ke program
Pascasiswazah Universiti Teknologi Malaysia mesti mempunyai sijil TOEFL dengan skor 550 (atau 79 IBT) atau IELTS dengan Band 6. Manakala, pelajar yang tidak memenuhi syarat tersebut, boleh mengambil kursus Intensive English Programme (IEP) untuk memperbaiki tahap penguasaan Bahasa Inggeris di Akademi Bahasa, UTM atau CIEP di mana- mana ELS Language Centre di Malaysia. Setelah pelajar tamat dan lulus kursus berkenaan serta mendapat sijil IELTS Band 5.5 atau sijil ELS English (skor 107), pelajar telah memenuhi
SULIT
syarat Bahasa Inggeris dan boleh diterima untuk mengikuti pengajian di UTM.
23.3 Calon warganegara Malaysia yang mempunyai sijil APEL T-7
boleh diambil kira bagi tujuan kemasukan (tertakluk kepada kelulusan fakulti).
24.
PERBANDINGAN PROGRAM AKADEMIK YANG DIPOHON DENGAN UNIVERSITI LAIN DALAM NEGARA/ PERTINDIHAN PROGRAM
24.1 Program yang sama ada ditawarkan di universiti lain dalam negara seperti Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia seperti ditunjukkan dalam Lampiran 11.
Program yang ditawarkan di UKM melibatkan jumlah kredit
penyelidikan yang rendah dalam komponen penyelidikan berbanding UTM manakala UM pula hanya menawarkan Sarjana Pendidikan mod disertasi yang melibatkan jumlah kredit penyelidikan yang besar iaitu 30 (62.5%). Ramai calon lebih suka memilih mod Kerja Kursus disebabkan jumlah kredit penyelidikan yang sederhana dan kurang bebanan. Faktor masa mempengaruhi pemilihan mod pengajian kerana kebanyakan calon terdiri dari guru-guru / pegawai pendidikan/ pensyarah yang bekerja sambil belajar. Dengan keseimbangan rangka kurikulum dan mod kerja kursus yang ditawarkan membolehkan program ini kekal lestari.
Antara kelebihan program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) yang ditawarkan di UTM adalah kurikulum yang mengambilkira perubahan teknologi ke arah Revolusi Industri di mana beberapa kursus telah dirancang penerapan Digital Skills dan Numeracy Skills (MHPR1133, MHPR2213, MHPR2223, MHPR2243 dan MHPU1044) dan pendekatan pembelajaran abad ke 21 melalui aktiviti 4C (Communication, Collaboration, Creativity and Critical Thinking)
25 PERBANDINGAN DENGAN PROGRAM AKADEMIK DI UNIVERSITI LUAR NEGARA
25.1 Program yang sama ada ditawarkan di universiti terkemuka lain
seperti Oslo University, Norway dan Kent State University, USA
seperti dalam Lampiran 12
Kekuatan program di luar negara adalah kepada struktur
kandungan yang memberatkan teras dan elektif program dalam
julat 80% (Oslo University, Norway) dan 90% (Kent State
University, USA). Walau bagaimana pun, kelemahannya
adalah tiada langsung (0%) komponen penyelidikan. Rumusan
perbandingan mendapati program Sarjana Pendidikan
(Pengukuran dan Penilaian ) UTM mempunyai kelebihan yang
meliputi tiga komponen pembelajaran yang saling melengkapi
SULIT
iaitu Teras, Pengkhusuan dan Elektif program serta
penyelidikan dalam peratusan yang munasabah yang
bersesuaian dengan keperluan tenaga kerja pendidikan di
Malaysia.
26. IMPLIKASI PERJAWATAN/ FIZIKAL DAN KEWANGAN
26.1 Implikasi Perjawatan
Program ini akan memanfaatkan tenaga pengajar sedia ada
di Universiti Teknologi Malaysia dan tidak memerlukan
tambahan tenaga pengajar. Bilangan staf akademik sedia ada
dan staf sokongan sedia ada yang bernaung di Sekolah
Pendidikan bagi membantu menguruskan program ini adalah
mencukupi. Untuk meningkatkan keberkesanan program ini,
tenaga pengajar perlu meningkatkan pengetahuan dan
mengikuti perkembangan terkini dalam bidang Pendidikan
dengan menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dari
semasa ke semasa. Senarai nama pensyarah dan staf
sokongan yang terlibat didalam program ini seperti dalam
Lampiran 13.
26.2 Implikasi Fizikal
Tiada implikasi ke atas kemudahan fizikal kerana
mengguna pakai kemudahan yang sedia ada di Universiti
Teknologi Malaysia.
26.3 Implikasi kewangan
Program ini tidak memerlukan peruntukan kewangan
tambahan malahan dijangkakan akan memberi manfaat
kepada Universiti Teknologi Malaysia dengan menarik lebih
ramai yang mendaftar dari pelbagai latar belakang sama ada
dari universiti awam atau swasta baik dalam mahupun luar
negara.
27. PENJUMUDAN/ PEMBEKUAN/ PELUPUSAN PROGRAM
Tiada
SULIT
28. MAKLUMAT KELULUSAN ASAL PROGRAM AKADEMIK
Kelulusan Tarikh
Kelulusan asal program oleh Senat
2010
Kelulusan asal program oleh JKPT
25.8.2010
Sesi program asal ditawarkan 2009/2010
Nombor rujukan/kod QR akreditasi dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) bagi program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan
Penilaian) adalah MQA/SWA0477.
29.
TARIKH SEMAKAN KURIKULUM DILULUSKAN
Kelulusan Tarikh
Tarikh Semakan Kurikulum Terdahulu oleh JKPT
2013
Akreditasi Penuh/MQA 4 Disember 2013
Sesi program asal ditawarkan Sesi 2014/2015
Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Fakulti (JKAF)
3 September 2019
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Universiti (JKKU)
25 Februari 2020
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Kurikulum dan Kualiti Akademik (JKTS KKA)
14 Oktober 2020
Mesyuarat Senat
Mesyurat Lembaga Pengarah Universiti
30.
KESIMPULAN/ SYOR
Mesyuarat Senat dengan segala hormatnya dipohon untuk meluluskan kertas kerja cadangan permohonan semakan kurikulum Program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian).
SULIT
MAKLUMAT PEGAWAI PENYEDIA DOKUMEN UNTUK DIHUBUNGI:
MAKLUMAT URUS SETIA UA ENTITI AKADEMIK YANG
MEMOHON
Nama Nama Pegawai Pentadbiran Prof. Madya Dr. Azlina binti Mohd Kosnin
Jawatan Jawatan Pegawai Pentadbiran
Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar)
No. Tel Pejabat 07-5531931
No. Tel Bimbit 019-728 1923
E-mel [email protected]
Nota : Pihak UA hendaklah menghantar dua (2) salinan dokumen berserta satu (1) cakera padat yang mengandungi kertas cadangan dalam format Microsoft Word, saiz font 12 dan jenis Arial.
Top Related