UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
I UTM.J.02.02/10.12/2 ..lid. 2(49) 21 Mei 2014
I
21 Rejab 1435
I
PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 19/2014 I
PERATURAN LAl"IHAN IKHTISAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Pekeliling Pentadbiran ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai Peraturan Latihan Ikhtis1as
untuk stat akademik di Universiti Teknologi Malaysia yang telah diluluskan oleh MeSYUa~at Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 4/2014 bertarikh 23 Februari 2014. I
2. Peraturan ini adalah bertuiuan untuk memberi panduan kepada staf bagi memohln I
dan mengikuti Latihan Ikhtisas. Latihan Ikhtisas adalah latihan yang diluluskan kepada stat I
yang berkelayakan untuk mendapatkan pengalaman praktik di industri/aqensi/badan
kerajaan/badan berkanun/swasta/badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan deng1an
bidang kepakaran statatau apa-apa bidang yang ditetapkan oleh Universiti yang diikuti sama I
ada di dalam negara (termasuk UTM) atau luar negara secara terancang dan diselia oleh
pegawai yang dipertanggungjawabkan. I
I3. Objektit Latihan Ikhtisas ialah seperti berikut
i. Meningkatkan bilangan stat yang mempunyai pengiktiratan kelayakan
protesional (bagi bidang yang berkaitan). I
ii. Meningkatkan pengiktiratan pihak luar terhadap Universiti.
iii. Meningkatkan jaringan dengan pihak industri.
4. Peraturan ini menjelaskan secara lebih terperinci berkenaan Pekeliling Pentadbiran
Bil. 15/2010 bertajuk Pelaksanaan Mewajibkan Stat Akademik UTM Berusia 40 Tahun ke
Bawah Menjalani Latihan Industri.
...121-
I
I
I
-2
5. Panduan, syarat dan tatacara permohonan boleh dirujuk seperti di Lampiran Latihan
Ikhtisas atau di laman sesawang Pejabat Pejabat Pendaftar di http://registrar.utm.myl.
6. Pekeliling Pentadbiran ini berkuat kuasa mulai dari tarikh 23 Februari 2014.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
"Berkhidmat untuk Negara kerana Allah"
WAN OHO. ZAWAWI BIN WAN ABO. RAHMAN Penda ar
s.k. YBhg Naib Canselor YBhg Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) YBhg Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) YBhg Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) YBhg Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Bendahari Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur Pegawai Kanan/Dekan/Pengarah
No. Siri Dokumen: 20140505265
1
LAMPIRAN
PERATURAN LATIHAN IKHTISAS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Peraturan ini adalah digunapakai bagi Latihan Ikhtisas dan Latihan Ikhtisas
Khas kecuali dinyatakan had penggunaannya.
Peraturan ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan yang berkuatkuasa di
Universiti dari semasa ke semasa.
2
KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 3
2.0 Definisi 3
3.0 Tafsiran 3
4.0 Objektif 4
5.0 Syarat dan Kelayakan untuk Mengikuti 4
Latihan Ikhtisas
6.0 Jenis Aktiviti/Program yang dibenarkan semasa 5
Latihan Ikhtisas
7.0 Tempat Latihan Ikhtisas 5
8.0 Tempoh Latihan Ikhtisas 6
9.0 Pengecualian Latihan Ikhtisas 6
10.0 Emolumen dan Kemudahan yang layak 8
Diterima oleh Staf menjalani Latihan Ikhtisas
11.0 Perancangan Latihan Ikhtisas 9
12.0 Prosedur dan Kaedah Memohon Latihan Ikhtisas 11
13.0 Kelulusan, Pemendekan Tempoh, Pembatalan dan 12
Penangguhan Latihan Ikhtisas
14.0 Peraturan yang perlu diikuti oleh Staf yang 12
Mengikuti Latihan Ikhtisas
15.0 Perjanjian dan Ikatan Perkhidmatan 15
16.0 Pemantauan Latihan Ikhtisas 15
17.0 Output Akhir Latihan Ikhtisas 15
18.0 Penamatan Latihan Ikhtisas 16
19.0 Tindakan ke atas Staf yang gagal mematuhi 16
Peraturan dan mencapai KAI
3
PERATURAN LATIHAN IKHTISAS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
1. Pengenalan
Latihan Ikhtisas adalah latihan profesional yang diikuti oleh Staf secara terancang. Ia
bertujuan memberi pendedahan industri dan meningkatkan profesionalisma dalam
bidang kepakaran masing-masing supaya Staf dapat menjalankan tugas pengajaran
dan penyelidikan dengan lebih berkesan dan menepati kehendak industri dan
semasa. Latihan Ikhtisas ini memberi peluang kepada Staf memperoleh pengalaman
kerja untuk meningkatkan kualiti pengajaran & penyelidikan selaras dengan
kehendak semasa industri. Ia juga dapat membantu Staf meningkatkan kemahiran ke
arah kompetensi profesional dalam bidang kepakaran masing-masing bagi
memenuhi syarat pengiktirafan oleh badan profesional berkaitan.
Selaras dengan aspirasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam meningkatkan
kompetensi profesionalisma Staf dan nilai tambah secara praktikal melalui
pengalaman Latihan Ikhtisas, maka Peraturan Latihan Ikhtisas diperkenalkan untuk
memberi panduan kepada Staf dalam memohon dan mengikuti Latihan Ikhtisas bagi
pembangunan kerjaya mereka.
2. Definisi
Latihan Ikhtisas adalah latihan yang diluluskan kepada Staf yang berkelayakan untuk
mendapatkan pengalaman praktik di industri/agensi/badan kerajaan/badan
berkanun/swasta/badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan bidang Staf
atau apa-apa bidang yang ditetapkan oleh Universiti yang diikuti sama ada di dalam
negara (termasuk UTM) atau luar negara secara terancang dan diselia oleh pegawai
yang dipertanggungjawabkan.
Latihan Ikhtisas Khas adalah Latihan Ikhtisas yang perlu diikuti oleh Staf bagi tujuan
memenuhi keperluan mencukupkan tempoh pengalaman Latihan Ikhtisas selama 12
bulan yang ditetapkan.
3. Tafsiran
i. Staf ertinya staf akademik Gred DS45 dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tetap.
ii. Universiti ertinya Universiti Teknologi Malaysia.
4
4. Objektif Latihan Ikhtisas
Objektif Latihan Ikhtisas ialah seperti berikut:
i. Meningkatkan bilangan staf yang mempunyai pengiktirafan kelayakan profesional (bagi bidang yang berkaitan).
ii. Meningkatkan pengiktirafan pihak luar terhadap Universiti.
iii. Meningkatkan jaringan dengan pihak industri.
5. Syarat dan Kelayakan Untuk Mengikuti Latihan Ikhtisas
5.1 Staf yang Layak
Staf yang layak mengikuti Latihan Ikhtisas adalah merupakan staf akademik Gred DS45 dan ke atas yang berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan.
5.2 Syarat
i. Warganegara Malaysia. ii. Staf mestilah berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan. iii. Bebas dari tindakan tata tertib.
iv. Mendapat sokongan Ketua Jabatan.
v. Aktiviti atau program yang akan diikuti adalah berkaitan dengan bidang
staf dan dipersetujui oleh Fakulti dan pihak tempat Latihan Ikhtisas.
vi. Disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh Pegawai Perubatan Universiti. Staf perlu menjalani pemeriksaan kesihatan yang lengkap seperti ditetapkan oleh Universiti sekiranya Latihan Ikhtisas melibatkan aktiviti/program di luar negara.
vii. Staf mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun perkhidmatan
sebelum umur persaraan wajib ketika Latihan Ikhtisas tamat.
viii. Semua staf berumur 40 tahun dan ke bawah pada 1 Jun 2010 wajib menyempurnakan Latihan Ikhtisas sebagai satu syarat untuk kenaikan pangkat.
ix. Staf yang sedang mengikuti Latihan Ikhtisas adalah tidak boleh dilantik sebagai penyelia utama pelajar pasca siswazah yang baharu kecuali pelajar sedia ada di bawah penyeliaannya tetapi boleh dilantik sebagai penyelia bersama.
x. Staf yang terikat dengan geran penyelidikan boleh menjalani Latihan Ikhtisas, namun sekiranya Staf adalah ketua projek untuk kumpulan
5
penyelidikannya, Staf perlu mendapatkan pengganti di kalangan ahli kumpulan bagi tempoh Latihan Ikhtisas yang dijalani Staf. Bagaimanapun, beliau boleh kekal sebagai ahli kumpulan penyelidikan berkenaan.
xi. Latihan Ikhtisas sepenuh masa hanya dibenarkan sekali sepanjang
tempoh perkhidmatan.
5.3 Syarat Latihan Ikhtisas Khas
Staf boleh memohon Latihan Ikhtisas Khas untuk tujuan memenuhi keperluan
mencukupkan tempoh pengalaman Latihan Ikhtisas selama 12 bulan dengan
syarat
a. beliau telah mempunyai pengalaman berkhidmat di industri/agensi/badan
kerajaan/badan berkanun/swasta/badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di
dalam negara (termasuk UTM) atau luar negara dalam bidang berkaitan
sebelum berkhidmat sebagai staf akademik
Atau
b. beliau telah mempunyai pengalaman menjalankan aktiviti/kerja praktikal
semasa melaksanakan projek seperti penyelidikan kontrak dan perundingan
dalam bidang kepakarannya yang melibatkan industri/agensi/badan
kerajaan/badan berkanun/swasta/badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di
dalam negara (termasuk UTM) atau luar negara.
6 Jenis Aktiviti/Program Yang Dibenarkan Semasa Latihan Ikhtisas
Jenis aktiviti/program yang diluluskan oleh Universiti untuk dilakukan oleh Staf adalah terdiri dari: i. Menjalankan kerja ikhtisas yang berkaitan dengan bidang masing-masing di
tempat latihan bagi mendapatkan ilmu dan pengalaman baru.
ii. Menjalankan aktiviti yang membolehkan Staf memenuhi prosedur, syarat dan keperluan untuk memperolehi kelayakan profesional seperti kerja lapangan, rekabentuk teknikal dan pengurusan projek bagi bidang yang berkaitan.
7. Tempat Latihan Ikhtisas
7.1 Staf boleh menjalani Latihan Ikhtisas di tempat berikut tertakluk kepada kelulusan Universiti:
Industri/agensi/badan kerajaan/badan berk
Top Related