UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA √√
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: TINGKAHLAKU MAKLUMAT DIKALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya: HAIRUL ANAS BIN ZAKARIA ( HURUF BESAR )
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian 4. **Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan dimana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD
Disahkan Oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 252 KAMPUNG CHEPOR EN ABDUL RAZAK BIN IDRIS 33400 LENGGONG PERAK Nama Penyelia Tarikh: 2 Mei 2008 Tarikh: 2 Mei 2008
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD,sila lampirkan surat dari pihak Berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan Tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan,atau laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
i
PENGHARGAAN
“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang “
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya , kajian
ini dapat disiapkan dengan jayanya. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan
kepada pihak Fakulti Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia di atas sumbangan
pengurusan yang telah diberikan.
Jutaan ucapan terima kasih kepada penyelia kajian saya, En Abdul Razak atas
bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan kajian ini. Segala bantuan yang telah
diberikan oleh beliau sangat saya hargai dan mudah-mudahan dirahmati Allah.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar Sarjana Muda
Pendidikan Yang terlibat dan menyokong saya dalam menjalankan kajian ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah-pensyarah,
staf-staf Fakulti Pendidikan serta rakan-rakan seperjuangan dalam menyiapkan tugasan
ini secara langsung mahupun tidak langsung.
ii
TINGKAHLAKU MAKLUMAT DIKALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA
PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HAIRUL ANAS BIN ZAKARIA
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer serta Pendidikan
( Matematik )
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
”Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer serta Pendidikan
( Matematik )
Tandatangan :.......................................................... Nama Penyelia : EN ABDUL RAZAK BIN IDRIS Tarikh : 18 APRIL 2008
iv
”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :.......................................................... Nama Penyelia : HAIRUL ANAS BIN ZAKARIA Tarikh : 18 APRIL 2008
v
Khas buat insan yang amat ku sayangi
Ayah dan Ibu Zakaria Bin Awang Kechil
Norsidah Binti Seaad
Teristimewa Buat adik-adikku
Nursaadah Nursyafiqah Mohd Safwan Mohd Zikri
Buat teman seperjuangan serta sahabat-sahabat
Dan akhir buat insan tersayang....
vi
ABSTRAK Kajian ini adalah untuk mengetahui tingkahlaku maklumat dikalangan pelajar
sarjana muda. Ianya merangkumi aspek keperluan maklumat,penggunaan
perpustakaan,sikap dan strategi dalam mendapatkan maklumat ,sumber pilihan maklumat
dan sebagainya. Instrumen yang dipilih dalam menjalankan kajian ini adalah melalui soal
selidik. Sebanyak 225 orang responden telah menjawab soalan selidik ini yang mana
ianya daripada 41.8% lelaki dan 58.2% perempuan. Hasilan kajian menunjukkan
responden adalah mahasiswa yang sistematik dan teratur. Mereka menggunakan pelbagai
sumber dalam mendapatkan maklumat. Mereka menetapkan langkah kerja dahulu
sebelum mendapatkan maklumat. Responden juga memilih sumber internet sebagai
sumber utama rujukan mereka. Disamping itu peminjaman buku di PSZ juga adalah salah
satu cara yang utama dalam mendapatkan maklumat. Strategi utama dalam mendapatkan
maklumat adalah dengan berbincang dengan rakan-rakan sebelum mencari maklumat.
Walaubagaimanapun mereka menganggap bahawa urusan peminjaman bahan maklumat
di PSZ adalah penghalang dalam mendapatkan lebih maklumat mereka
vii
ABSTRACT
The purpose of this study is to know the information needs of the bachelor of
Education students. The scope which is included in the study are students informations
needs,library usage,students behaviour and strategy in obtaining information and
information source preffered. The instrument for this study is questionnaire . From all the
questionnaire distributed,225 were returned. Out of the 225 respondents,41.8% of
respondent were male and 58.8% were female. From the analysis,the respondent are
systematic and shoes good behaviours. The respondents use various source in obtaining
the information needs. They will first establish their work outline beforesearching the
informations. From the analysis,internet is found as the major source of reference used by
the respondents . Apart from that the library reading resources in Psz is another important
source of gaining information. The main strategty used by the respondent for gaining
informations is discussing with their peer before they hunt for the information. On the
whole,the procedure of borrowing material from the PSZ is the main factor that prevent
the respondents from getting additidional needed
viii
KANDUNGAN
MUKA
SURAT
PENGHARGAAN i
PERAKUAN PENULIS iv
DEDIKASI vi
ABSTRAK vii
ABSTRACK vii
KANDUNGAN viii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definasi
1.8.1 Maklumat 7
1.8.2 Tingkahlaku Maklumat 7
1.8.3 Keperluan Maklumat 8
1.8.4 Tingkahlaku Mendapat Maklumat 8
1.8.5 Tingkahlaku Mencari Maklumat 9
1.8.6 Tingkahlaku Mencari Maklumat 9
ix
1.8.7 Pelajar Sarjana Muda 9
1.9 Kerangka Teori Kajian 10
1.10 Kerangka Konseptual Kajian 13
1.11 Kesimpulan 13
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Kajian Awal Tingkahlaku 15
2.3 Keperluan maklumat 16
2.4 Jenis Sumber Maklumat 16
2.5 Strategi mendapatkan Maklumat 17
2.6 Masalah-Masalah Dalam Mendapatkan Maklumat 18
2.7 Faktor-Faktor Mempengaruhi Tingkahlaku Maklumat 19
2.8 Proses Mendapatkan Maklumat 20
2.9 Kesimpulan 25
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 26
3.2 Reka Bentuk kerja 26
3.3 Kajian Rintis 27
3.4 Pembolehubah 28
3.5 Prosedur Kajian 28
3.6 Keesahan dan kebolehpercayaan 29
3.7 Instrumen Kajian 29
3.8 Populasi Dan Sampel 32
3.9 Penganalisian Data 33
3.10 Kesimpulan 34
x
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 35
4.2 Analisis Profil Responden 36
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 37
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Program Pengajian 37
4.2.4 Taburan Responden Mengikut keperluan Maklumat 38
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Strategi Mendapatkan Maklumat 39
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Melayari Internet 40
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Enjin Pencarian 40
4.3 Analisis bahagian C Hingga I
4.3.1 Analisis Data Ke atas Keperluan Maklumat 42
4.3.2 Analisis Data Ke atas Sikap dalam Mendapatkan Maklumat 42
4.3.3 Analisis Data Ke atas Strategi dalam Mendapatkan Maklumat 43
4.3.4 Analisis Data Ke atas Penggunaan Perpustakaan Sultanah Zanariah Dalam
Mendapatkan maklumat 44
4.3.5 Analisis Data Ke atas Penggunaan Sumber maklumat Elektronik 45
4.3.6 Analisis Data Ke atas Proses Pencarian Maklumat 46
4.3.7 Analisis Data Ke atas Masalah-Masalah Yang dihadapi 46
4.4 Kesimpulan 47
BAB 5 RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 48
5.2 Rumusan,Perbincangan kajian 48
5.2.1 Aspek Keperluan Maklumat 49
5.2.2 Aspek Strategi Dalam Mendapatkan Maklumat 50
5.2.3 Aspek penggunaan Sumber maklumat Elektronik 51
xi
5.2.4 Aspek Proses pencarian Maklumat 51
5.2.5 Aspek Masalah Yang Dihadapi 52
5.3 Perbincangan 52
5.4 Cadangan Kajian lanjutan 54
5.5 Kesimpulan 55
6.0 Rujukan 56
LAMPIRAN A
Soal selidik
LAMPIRAN B
Jadual Kesemua Ujian Min Dan Sisihan piawai
Perincian Setiap Item-Item
xii
SENARAI JADUAL NOMBOR TAJUK MUKA JADUAL SURAT
3.1 Rekabentuk Soal Selidik 31
3.2 Saiz Sampel Dalam Subsampel Pelajar sarjana Pendidikan di Fakulti
Pendidikan 32
3.3 Taburan Item Mengikut Aspek-Aspek Tingkahlaku Maklumat Dalam
Kalangan pelajar Sarjana Muda 33
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36
4.2 Taburan Responden mengikut umur 37
4.3 Taburan Responden Mengikut Program Pengajian 37
4.4 Taburan Responden Mengikut Keperluan maklumat 38
4.5 Taburan Strategi Dalam Mendapatkan Maklumat 39
4.6 Taburan Kekerapan Melayari Internet 40
4.7 Taburan Responden Mengikut Enjin Pencarian maklumat 40
4.8 Jadual Penentuan Min 41
4.9 Rumusan Min Dan Sisihan Piawai 42
(Keperluan Maklumat)
4.10 Rumusan Min Dan Sisihan Piawai 42
(Sikap Dalam Mendapatkan Maklumat)
4.11 Rumusan Min Dan Sisihan Piawai 43
(Strategi Dalam Mendapatkan Maklumat)
4.12 Rumusan Min Dan Sisihan Piawai 44
(Penggunaan PSZ Dalam Mendapatkan Maklumat
4.13 Rumusan Min Dan Sisihan Piawai 45
(Penggunaan Sumber Maklumat Elektronik)
xiii
4.14 Rumusan Min Dan Sisihan Piawai 46
(Pencarian Maklumt)
4.15 Rumusan Min Dan Sisihan Piawai 46
( Masalah-Masalah Yang Dihadapi)
SENARAI JADUAL NOMBOR TAJUK MUKA JADUAL SURAT 1.1 Rajah Model Tingkahlaku Maklumat Wilson 1996 11
1.2 Kerangka Konseptual Kajian (Adaptasi dari Model Wilson) 12
2.1 Model Mendapatkan Maklumat Ellis 1989 20
2.2 Model Proses Mencari maklumat Kulthau 1992 22
2.3 Model Tingkahlaku Maklumat (Nested Model) Wilson 1999 23
1
BAB 1
PENGENALAN 1.1 Pengenalan.
Dewasa kini adalah merupakan zaman teknologi maklumat. Ini menunjukkan
bahawa maklumat merupakan sumber yang penting dalam peredaran masa kini.
Maklumat juga menjadikan sesebuah negara itu maju dan menjadi nadi penggerak kearah
pembangunan sesebuah Negara. Ia juga dapat melahirkan masyarakat yang celik
pengetahuan dan masyarakat yang berilmu. Walaubagaimanapun , masyarakat mahupun
individu perlulah menggunakan kemajuan maklumat ini dengan sebaik yang mungkin.
Kemajuan maklumat ini perlulah diaplikasikan dan dimanfaatkan kerana ianya menjamin
kearah pembentukan sesebuah Negara yang cemerlang.
Walaubagaimanapun, keperluan maklumat ini adalah berbeza dengan tahap
keperluan individu masing-masing. Antara golongan yang memerlukan keperluan
maklumat yang tinggi adalah pelajar Universiti. Mereka ini adalah golongan yang
banyak menggunakan maklumat dalam menyiapkan tugasan mereka.Keperluan maklumat
mereka adalah tinggi (Abdullah 2000) Golongan ini perlu berusaha dalam mendapatkan
maklumat untuk keperluan mereka masing-masing. Pelajar universiti terutamanya di
peringkat akhir pengajian perlu menyiapkan penyelidikan mereka . Oleh yang demikian
maklumat adalah penting dalam kehidupan mereka
Dengan kecanggihan teknologi era maklumat kini, pelajar universiti amat mudah
dalam memenuhi keperluan tingkahlaku maklumat mereka. Dengan kecanggihan media
2
maklumat seperti internet, media cetak seperti suratkhabar, sistem pesanan ringkas atau
SMS memudahkan mereka menerima mahupun mendapatkan maklumat mereka. Ini
menjadikan pelajar universiti ini sentiasa mengetahui maklumat-maklumat terkini tentang
cepat, tepat dan pantas.
Keperluan dalam mendapatkan maklumat ini disokong oleh perkembangan
tingkahlaku maklumat yang pesat . Antaranya adalah seperti kemajuan dalam kemudahan
internet, pembangunan teknologi maklumat, peningkatan dalam media komunikasi,
kecanggihan media cetak dan sebagainya. Dengan adanya perkembangan kemajuan ini ,
ianya memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat tanpa batasan , Ia juga
membantu pelajar ini belajar selaras dengam pembelajaran sepanjang hayat.
Perkembangan kemajuan ini banyak mengubah senario kehidupan para pelajar
khususnya pelajar universiti. Ini kerana mereka dapat mendapatkan maklumat dengan
mudah dan fleksibel. Walaupun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh
pelajar ini dalam memenuhi keperluan tingkahlaku maklumat mereka. Antaranya adalah
masalah kekangan masa, faktor keluarga, masalah individu sendiri dan sebagainya. Selain
itu kekangan dari segi penguasaan bahasa inggeris juga menyebabkan pelajar ini sukar
mendapatkan maklumat dari sumber internet mahupun bercetak. Pengetahuan yang
kurang dalam menggunakan kemudahan perpustakaan juga membantutkan mereka
dalam mendapatkan maklumat secara optima.
1.2 Latar Belakang Kajian Kajian ini adalah untuk mengetahui tingkahlaku maklumat pelajar. Pelajar yang
di maksudkan disini adalah pelajar universiti. Mereka ini memerlukan maklumat dalam
3
keperluan mereka masing-masing. Menurut Parnell (2001) kemudahan mengakses
maklumat dipengaruhi oleh minat dan tingkahlaku mereka.
Kemudahan maklumat terutama kemudahan perpustakaan menyumbang kearah
pelajar mendapatkan maklumat dengan mudah. Kemudahan perpustakaan juga
menjadikan pelajar ini sentiasa berdamping dengan maklumat dan ini dapat membantu
mereka mengembangkan kemahiran dalam mengaplikasi maklumat, kemahiran ,
mengenalpasti dan menentukan kepentingan sumber maklumat tersebut.
Pelajar universiti adalah pelajar yang mempunyai banyak kekangan dalam
memenuhi keperluan tingkahlaku maklumat mereka.Antaranya seperti maklumat tidak
lengkap dan kekangan masa Raw (1987). Berbanding dengan pelajar pra siswazah ,
pelajar universiti menghadapi masalah yang mencabar. Ini kerana mereka terdiri daripada
golongan yang bekerja dan kursus separuh masa. Masa yang gunakan adalah terhad
dalam memenuhi keperluan maklumat mereka.
Mengikut kajian oleh Suriya, Sanggeta dan Nambi (2004) mereka telah membuat
penyelidikan mengenai tingkahlaku maklumat di fakulti kesenian daerah Cuddalore.
Tujuan kajian mereka adalah untuk menyelidik bagaimana siswazah memenuhi keperluan
maklumat daripada sumber perpustakaan. Hasilannya mereka menyatakan bahawa
kebanyakan mereka menggunakan kemudahan perpustakaan beberapa ketika dalam
seminggu sahaja bagi memenuhi keperluan maklumat mereka (38.12%). Ini
menunjukkan pelajar pra siswazah kurang dalam memenuhi keperluan maklumat dan
menunjukkan tahap tingkahlaku maklumat mereka yang rendah.
Menurut Challener (1999) hasil kajiannya menyatakan respondennya memerlukan
maklumat untuk pengajaran . Semua respondennya menggunakan jurnal dan suratkhabar.
4
Meraka juga mengunjungi perpustakaan tetapi dengan bertanya kepada pustakawan untuk
mendapatkan maklumat mereka. Ini menunjukkan mereka menghadapi masalah dalam
mencari maklumat di perpustakaan
1.3 Pernyataan Masalah Berdasarkan latar belakang kajian, pengkaji ingin membuat kajian tentang
tingkah laku dalam mendapatkan maklumat dikalangan pelajar sarjana muda fakulti
pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
1.4 Objektif kajian Tujuan utama kajian ialah untuk mengetahui tingkahlaku maklumat dan kaitan
dengan para pelajar sarjana muda fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Untuk mengetahui tingkahlaku pelajar dalam mendapatkan maklumat
2. Mengetahui teknik-teknik atau strategi-strategi yang digunakan dalam
mendapatkan maklumat
3. Untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam mendapatkan
maklumat
4. Penggunaan Perpustakaan Sultanah Zanariah oleh pelajar dalam memenuhi
keperluan maklumat?
5
1.5 Persoalan kajian
1. Bagaimanakah tingkahlaku maklumat pelajar dalam mendapatkan maklumat?
2. Apakah teknik-teknik atau strategi yang digunakan oleh para pelajar dalam
mendapatkan maklumat?
3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam mendapatkan maklumat ?
4. Bagaimanakah tahap penggunaan Perpustakaan Sultanah Zanariah oleh pelajar
dalam memenuhi keperluan maklumat?
Kepentingan kajian Kajian tingkahlaku maklumat adalah satu kajian yang menjelaskan bagaimana
seseorang itu dipengaruhi oleh tingkahlaku ini dalam mendapatkan maklumat mereka.
Ianya merupakan satu kajian yang menarik kerana kita boleh mengetahui cara sesuatu
individu atau sesebuah kumpulan itu mendapatkan maklumat berdasarkan teori-teori
yang terdapat dalam tingkahlaku maklumat.
Oleh yang demikian dengan adanya kajian ini , diharapkan ianya boleh dijadikan
sandaran dalam mendapatkan maklumat oleh para pelajar fakulti pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. Selain itu kajian ini juga adalah penting kerana ianya dapat memberi
gambaran yang jelas tentang hubungan tingkahlaku maklumat dikalangan para pelajar
fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Dalam erti kata lain , hasilan kajian ini memberi gambaran tentang perilaku
tingkahlaku maklumat pelajar . Ia menunjukkan bagaimana pelajar mendapatkan
maklumat, strategi mendapatkan maklumat, saluran-saluran yang digunakan dalam
mendapatkan maklumat dan masalah-masalah yang dihadapi dalam mendapatkan
maklumat . Oleh yang demikian , ianya boleh dijadikan sandaran dalam kajian-kajian di
6
tempat lain berkenaan tingkahlaku maklumat. Pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah
boleh menggunakan data yang dikumpul untuk membantu pelajar mengatasi masalah
pelajar dalam mendapatkan maklumat.Secara tidak langsung, pihak perpustakaan dapat
mengatasi kelemahan yang sedia ada
. 1.7 Batasan kajian Batasan kajian adalah hasil daripada tinjauan dan maklum balas daripada soal
selidik yang mereka isikan. Oleh yang demikian , Ianya bergantung kepada tahap
kejujuran yang tinggi dan kefahaman oleh responden dalam menjawab soalan soalselidik
ini. Oleh yang demikian beberapa langkah dijalankan untuk memastikan tahap
keobjektifan soalselidik ini terjamin. Antaranya adalah dengan menerangkan cara
menjawab soalan kepada responden .Apabila selesai menjawab, penyelidik sendiri yang
menutip semula borang soal selidik tersebut
1.8 Definisi istilah Dalam kajian ini, beberapa istilah telah digunakan dalam menerangkan maksud
tingkahlaku maklumat. Bagi kajuan ini, beberapa istilah telah digunakan seperti berikut:
1.8.1 Maklumat (Information) Maklumat adalah suatu informasi yang perlu ada bagi seseorang dalam mengembangkan
ilmu pengetahuan seseoorang. Dengan maklumat seseorang itu dapat menyelesaikan
masalah, mempertingkatkan prestasi sendiri dan sebagainya. Oleh yang demikian
maklumat adalah penting dalam meningkatkan ilmu seseorang
7
1.8.2 Tingkahlaku maklumat (information Behaviour) Menurut Wilson (2000) tingkahlaku maklumat adalah kesemua tingkahlaku yang
berkenaan dengan mencari sumber dan saluran maklumat secara aktif atau pasif. Ia juga
melibatkan komunikasi secara face to face dengan orang lain. Menurut Model
tingkahlaku Maklumat (Wilson 1997) Tingkahlaku terdiri daripada tiga elemen asas.iaitu:
1. Keperluan maklumat
2. Faktor yang menimbulkan keperluan maklumat
3. Proses dan aktiviti yang terlibat dalam pencarian maklumat
1.8.3 Keperluan Maklumat (Information Need) Dasar kepada masalah tingkahlaku mendapatkan maklumat adalah konsep
keperluan maklumat. Menurut kajian oleh Wilson (1981) need atau keperluan adalah
pengalaman yang subjektif yang mana berlaku hanya di dalam minda seseorang yang
memerlukan maklumat, akibatnya ianya tidak secara langsung mudah didapati kepada
pengkaji. Menurut Morgan & King (1971) menyatakan keperluan muncul daripada tiga
motif iaitu:
1. Psikologi motif (seperti lapar dan dahaga)
2. Unlearn Motif (termasuk sifat ingin tahu)
3. Sosial motif (keinginan untung penggabungan,kebenaran atau status)
1.8.4 Tingkahlaku Mendapatkan Maklumat (Information Seeking Behaviour)
8
Menurut Wilson(2000) ia mengatakan bahawa tujuan tingkahlaku mendapatkan
maklumat adalah akibat daripada keperluan untuk memenuhi sedikit matlamat. Dalam
mencari maklumat, seseorang individu iti berinteraksi dengan sistem informasi seperti
suratkhabar atau perpustakaan atau juga berinteraksi dengan computer based system
(world wide web)
1.8.5 Tingkahlaku Mencari Maklumat (Information Searching Behaviour)
Tingkahlaku mencari maklumat adalah peringkat mikro daripada sifat penyelidik
dalam interaksi dengan infomasi sistem yang pelbagai. Ianya melibatkan semua interaksi
dengan sistem samaada pada peringkat human interaction computer seperti penggunaan
tetikus atau pada peringkat intelektual . Ianya melibatkan penggunaan mental.
1.8.6 Tingkahlaku Mengguna Maklumat (Information UseBehaviour) Ianya melibatkan semua tingkahlaku fizikal dan mental dalam menggabungkan
informasi yang wujud pada maklumat sedia ada individu tersebut. Misalnya tindakan
mencari maklumat menandakan nota dalam buku, dan membandingkan 2 maklumat yang
berbeza dan menerima pengetahuan baru Wilson(2000)
9
1.8.7 Pelajar sarjana muda pendidikan Dalam kajian ini pelajar sarjana muda pendidikan merupakan kumpulan pelajar
di bawah fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Ianya adalah terdiri daripada
pelajar program perdana dan pelajar program PKPG. Mereka ini adalah para pelajar yang
mengambil pelbagai jurusan.dan memerlukan maklumat dalam tugasan mereka
1.9 Kerangka Teori Kajian
Kerangka Teori kajian di bentuk adalah untuk menerangkan proses penyelidikan
yang sistematik dalam sesuatu kajian. Justeru itu kajian ini akan menggunakan beberapa
model tertentu bagi membentuk kerangka teori kajian. Dengan terhasilnya kerangka
kajian, pengkaji dapat membuat generalisasi penyelidikan. Kerangkan teori yang akan
dibina akan berpadukan kepada Tingkahlaku maklumat Wilson (1996). Walaupun
terdapat banyak model seperti Model tingkahlaku maklumat (Ellis,Kulthau). penyelidik
mendapati model oleh Wilson adalah releven dengan kajian ini.
Model tingkahlaku maklumat Wilson (1996) mengatakan Tingkahlaku maklumat
adalah kesemua tingkahlaku yang berkenaan dengan mencari sumber dan saluran
maklumat secara aktif atau pasif. Setelah itu maklumat yang diterima diproses menjadi
pengetahuan dan digunakan secara langsung dan tidak langsung. Apabila timbul
keperluan maklumat, maka wujudnya mekanisme pemangkin (Activating Mechanism)
Lantaran itu ianya mewujudnya Stress/Coping .
Menurut Folkman (1984) stress adalah pertalian antara individu dengan
persekitaran yang mana individu tersebut menilaikan maklumat atau melebihkan bantuan
dan membahayakan keadaan sedia ada yang baik. Juga menurut Folkman & lazarus
10
(1985) coping adalah kesan kognitif dan tingkahlaku dalam mendapatkan, mengurangkan
atau kesabaran akan permintaan luaran dan dalaman yang dihasilkan oleh situasi stress
atau tekanan . Ini bermaksud jika tiada pengetahuan yang cukup maka ianya membawa
kepada kebimbangan melakukan kesilapan. Semakin banyak stress yang dialami oleh
individu semakin banyak motivasi untuk mendapatkan maklumat
Rajah 1.1 Model Tingkahlaku Maklumat Wilson 1996
Setelah melalui peringkat mekanisme pemangkin, Individu akan menghadapi
gangguan seperti psikologi, demografi, persekitaran, interpersonal dan sebagainya.
Apabila individu berjaya mengatasi gangguan ini, ia akan meneruskan usahaya mencari
11
dan mendapatkan maklumat. Ianya di lakukan secara pasif atupun aktif atau berterusan
mengikut keperluan individu tersebut. Jika ia berjaya mendapatkan maklumat kemudian
maklumat tersebut akan diproses dan digunakan secara langsung atau tidak langsung bagi
memenuhi keperluan maklumatnya.
13
1.10 Kerangka Konseptual kajian Rajah ini menunjukkan Kerangka Konseptual kajian yang diubahsuai dari Model
Tingkahlaku Wilson 1996. Dalam rangka ini pengkaji menyenaraikan pembolehubah
yang mempengaruhi tingkahlaku maklumat. Sejauh mana pemboleh ubah ini
mempengaruhi tinghkahlaku maklumat ini akan menentukan bagaimana tingkahlaku
mendapatkan maklumat di kalangan pelajar sarjana muda UTM Skudai. Oleh yang
dengan demikian daripada kerangka ini, penyelidik boleh mengetahui masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar dalam mendapatkan maklumat, strategi dalam mendapatkan
maklumat , keperluan maklumat dan sebagainya.
1.11 Kesimpulan Dalam melaksanakan bab ini, banyak perkara yang diketahui penyelidik tentang
hubungan tingkahlaku maklumat. Antaranya melalui.model Wilson. Dengan adanya latar
belakang kajian, penyataan masalah, objektif kajian dan kepentingan kajian, penyelidik
menyimpulkan bahawa kajian ini sungguh menarik . Oleh yang demikian beberapa
definisi tentang model tingkahlaku maklumat akan di huraikan lebih lanjut pada bab yang
seterusnya.
Top Related