1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER 2014
HBML3203
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NAMA : MOHD
NO. MATRIKULASI : 7006
NO. KAD PENGENALAN : 7006
NO. TELEFON : 012
E-MEL : haikal7081
PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI
2
Isi kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan
2.0 Pengertian Wacana
3.0 Wacana Berformat
4.0 Konsep Wacana Berformat
5.0 Jenis Wacana Berformat
6.0 Aplikasi Penulisan Wacana Dalam
Penulisan Bahasa Melayu.
7.0 Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
8.0 Kesimpulan
9.0 Rujukan
3
1.0 Pengenalan
Tidak dapat dinafikan Bahasa Melayu adalah suatu bahasa yang indah dan unik
kerana ayat-ayat yang digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain
(kohesi) dan mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain
(koheren). Daripada pernyataan inilah yang menghasilkan sesebuah karya bahasa Melayu
menjadi mantap dan hebat. Untuk melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu
yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan
tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. Ketika berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan
mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau
memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca mudah memahami isi
atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.
Sesuatu wacana yang baik haruslah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan
koheren yang dinyatakan di atas dan termasuklah memahami akan fungsi wacana itu sendiri.
Penanda wacana tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan
penggunaan penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah yang
ingin disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami idea yang
ingin disampaikan itu.
2.0 Pengertian Wacana
Menurut Oka (1994 : 30) Memberi definisi yang pendek dan sederhana bahwa wacana
adalah merupakan satuan bahasa yang paling besar. Selain itu wahab (1991 : 128) memberi
maksud wacana sebagai organisasi bahasa yang lebih luas dari kalimat atau klausa. Demikian
pula Kridalaksana, mendefinisikan wacana adalah satuan gramatikal tertinggi atau terbesar.
Wacana merupakan satuan bahasa yang membawa amanat yang lengkap. Wacana ini
direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh, seperti novel, buku, seri ensiklopedia, dan
sebagainya.
Menurut (Harimurthi, 1982) wacana ialah unit bahasa yang yang melebihi batas ayat. Unit
bahasa ini turut mengandungi satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana
mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab , satu
siri buku atau sebuah buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran berurutan yang
4
tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam tatabahasa,
wacana terletak dalam hierarki tertinggi selepas tingkat ayat.
Menurut kamus dewan edisi keempat ,Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan,
ucapan, pertuturan, percakapan.Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.Kesatuan
fikitan yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
Menurut Asmah haji Omar, 1986 ,Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur
atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang
menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang
bermakna dalam berkomunikasi.
Menurut Kamus dewan, 1996:1540,Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang
utuh (novel, buku, siri ensiklopedia dan sebagainya), paragraf, kalimat atau kata yang
membawa amanat yang lengkap (Harimurti Kridalaksana,1982)
Jelaslah bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada
ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang
menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.
3.0 Wacana Berformat
Wacana berformat adalah penulisan berkesinambungan yang mengandungi format-
format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan
koheran ( Kamarudin Husin, 1988). Penulisan yang dimaksudkan adalah seperti berikut.
a. Syarahan ;
b. Dialog;
c. Surat kiriman rasmi;
d. Surat kiriman tidak rasmi;
e. Perbahasan;
f. Catatan harian;
5
g. Berita ;
h. Laporan dan
i. Ucapan.
4.0 Konsep Wacana Berformat
Konsep wacana berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu merangkumi komponen-
komponenyang bersepadu. Komponen-komponennya adalah seperti berikut :
(a) Penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk
memberikan maklumat.
(b) Penggunaan kata , rangkai kata dan ayat yang tepat untuk menyampaikan
maklumat secara tersusun dan konhesif.
(c) Penganalisian gaya bahasa dan penggunaannya secara koheran dalam penulisan.
(d) Pengenalpastian gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan.
(e) Penyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan.
(f) Pembinaan ayat utama dan huraian untuk membina perenggan yang kohesif.
(g) Tatabahasa adalah dasar dalam kecekapan berbahasa. Ia perlu diajar dengan terancang agar ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas dapat dikuasai.
(h) Penyusunan isi dan penggunaan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheren.
5.0 Jenis – Jenis Wacana Berformat
Wacana berformat, penulisannya adalah ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan
berformat adalah ditulis mengikut formatnya yang tertentu. Jika ditulis tidak mengikut format
yang ditetapkan , maka boleh menjejaskan konsep wacana. Beberapa penulisan wacana
6
berformat adalah dipraktikkan di sekolah ataupun di jalankan di sekolah dalam pengajaran
dan pembelajaran.
5.1 Surat kiriman Tidak Rasmi :
i. Alamat pengirimnya hendaklah ditulis di sebelah atas bahagian
kanan surat.
ii. Tarikh surat hendaklah ditulis di bawah alamat pengirim.
iii. Tidak perlu menulis alamat penerima, sebaliknya dimulai
dengan pendahuluan surat .
Iv Ada ganti nama diri . Contohnya, saudara , saudari, tuan dan
puan.
V Diakhirkan surat dengan tandatangan dan nama pengirim.
Contoh Surat kiriman Tidak Rasmi :
No. 74, Taman Ubi,
27210 Merapoh,
Kuala Lipis,
Pahang.
26 Januari 2011
Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau
Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan
keluarga di sini sihat sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk
menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti?
Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi
7
menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang
kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya
akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.
Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas
tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam
pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan
belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa
saya.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan
Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya
akan pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada
kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang
topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya
berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti.
Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah
sekolah menengah yang terpilih.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini.
Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.
Sahabatmu,
......
.......................
(Lutfi bin Zaideen )
8
5.2 Surat Kiriman Rasmi :
i. Alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah kiri bahagian atas
surat.
ii. Garis memanjang dari kiri ke kanan surat, di bawah alamat pengirim.
iii. Alamat penerima ditulis di bawah garisan panjang.
iv. Tarikh ditulis disebelah kanan, sebaris dengan barisan akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar.
vi. ada ganti nama diri. Contohnya Tuan/Puan /Datin / Dato.
vii. Ada tajuk surat.
viii. Surat dimulai dengan perenggan pertama tanpa menulis nombor . Perenggan yang berikutnya hendaklah ditanda dengan nombor yang lurus dengan permulaan perenggan pertama.
ix. Perenggan penutup tidak perlu diberikan nombor.
x. Tandatangan ditulis di bahagian kiri bawah surat. Nama pengirim ditulis dalam kurungan di bawah tandatangan dengan huruf besar. Nyatakan juga jawatan atau tanggungjawab penulis, misalnya setiausaha, Persatuan Bulan Sabit Merah.
9
Contoh Surat kiriman Rasmi:
10
11
5.3. Dialog :
i. Ada nama watak.
ii. Titik bertindih ditulis selepas nama watak. Contoh Razali :.....
Contoh Dialog :
Amer : Assalammualikum
Naim : Waalaikumussalam
Amer : Kamu sedang buat apa?
Naim : Saya sedang membaca surat khabar.
Amer : Apakah kelebihan membaca suratkhabar?
Naim : Dengan membaca surat khabar, kita dapat mengetahui berita dalam dan luar negara.
Kita juga dapat mengetahui perkembangan semasa
Amer : Dengan membaca surat khabar juga, kita dapat mengetahui ramalan cuaca dalam
setiap negeri.
Naim : Selain itu, kita juga dapat menambah perbendaharaan kata kita. Membaca surat khabr
mengatahui perkataan yang baharu yang dapat memantapkan karangan pada waktu
peperiksaan.
Amer : Kita juga dapat mengetahui ejaan yang betul pada perkataan yang agak sukar untuk
dieja.
Naim : Dengan membaca surat khabar jugs, kita dapat melancarkan pembacaan kita.
Amer : Di dalam setiap surat khabar pasti terdapat sisipan untuk murid. Kita dapat membuat
latihan yang telah diesediakan.
Naim : Bas sudah samapi. Terpaksalah kita sambung pada keesokan hari. Selamat tinggal.
12
5.4 Syarahan/perbahasan/ucapan :
i. Memulakan penulisan dengan kata-kata atau ucapan alu-aluan.
ii. Ada ganti nama diri. Contohnya: Sidang hadirin yang dihormati
sekalian. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati.
iv. Ada penegasan tajuk syarahan/ perbahasan /ucapan.
Contoh Syarahan :
Tajuk Budi Bahasa Budaya Kita
Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, yang berbahagia Pengetua SMK Muadzam Shah,
para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi
dan salam 1 Malaysia. Pada pagi yang cukup cerah ini, saya, Siti Zauyah Ahmad, akan
menyampaikan syarahan saya kepada anda semua yang bertajuk "Budi Bahasa,Budaya Kita".
Hadirin yang dihormati,
Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa kebanyakan rakan di sini pernah mendengar
ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita '. Tetapi, adakah anda mengetahui maksud ungkapan
ini? Ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita ' ini merupakan satu kempen yang dianjurkan oleh
kerajaan Malaysia bagi menyerapkan sikap budi bahasa dalam kehidupan golongan
masyarakat.
Sebenarnya, sikap berbudi bahasa bukan susah sangat. Perbuatan mudah seperti
mengucapkan terima kasih dan memberi salam juga dikira sebagai bersikap budi bahasa.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan masih menganjurkan kempen ' Budi Bahasa Budaya
Kita ' kerana golongan muda sekarang semakin terlibat dalam masalah sosial dan tidak lagi
menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.
13
Hadirin dan hadirat,
Dengan bersikap budi bahasa, seseorang memperoleh banyak manfaat. Namun, faedah
yang paling utama dengan bersikap berbudi bahasa ialah seseorang akan disukai oleh orang
ramai. Jika kita selalu membantu orang yang berada dalam kesusahan, tentulah kita akan
disukai oleh banyak orang. Ketika kita sendiri mempunyai masalah, orang lain juga akan
membantu kita.
Konklusinya, masyarakat Malaysia sayugianya mempunyai sikap budi bahasa dalam diri
sendiri agar dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Bagai kata pepatah, " hancur
badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. "
Sebagai mengakhiri syarahan saya, saya mohon maaf jika tersilap kata dan terlanjur bicara.
5.5 Laporan:
i. Ada tajuk . Huruf awal setiap perkataan perlu ditulis dengan
huruf besar dan gariskan di bawahnya.
ii. Penulisan mestilah mengikut urutan peristiwa / perkara yang
dilaporkan.
iii. Tandatangan dan nama pelapor ditulis di sebelah kiri bahagian
bawah laporan.
iv. Tarikh laporan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah
laporan; Iaitu sebaris dengan “Laporan disediakan oleh”.
14
Contoh Laporan .
Laporan Tahunan Kelab Komputer SMK Balai Panjang.
Persatuan Kelab Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Panjang telah ditubuhkan pada tahun 1996. Persatuan ini mempunyai 115 orang ahli yang terdiri daripada murid-murid tingkatan satu hingga tingkatan lima. Matlamat utama penubuhan kelab ini adalah untuk membantu meningkatkan jumlah pelajar yang crlik komputer.
Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan yang berbentuk akademik dan juga bukan akademik sepanjang tahun 2012. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh kelab ini pada tahun 2012 ialah ceramah yang bertajuk "Kepentingan Komputer Dalam Meningkatkan Pengetahuan Pelajar" yang disampaikan oleh En. Mohammad Firdaus. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang komputer dan sekarang bertugas di Universiti Malaya. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan mempelajari komputer dan kaedah yang berkesan menggunakan komputer untuk mencari maklumat.
Kelab juga telah menganjurkan pertandingan melukis poster menggunakan komputer. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu peringkat menengah rendah dan menengah atas.
Selain itu, kami turut mengadakan kelas komputer setiap minggu kepada pelajar yang berminat. Kelas komputer ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia komputer. Dengan cara ini juga murid-murid diajar cara yang betul dan beretika bagaimana hendak mendapatkan maklumat di internet.
Semasa cuti penggal persekolahan pula, kami telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Universiti Multimedia. Banyak ilmu yang dapat kami timba sepanjang lawatan tersebut.
Pada keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru penasihat kelab iaitu En. Amir bin Hamzah dan Puan Salina binti Husin yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami.
Laporan disediakan oleh, 15 Julai 2012
(...................................)Muhammad Ami rFahmySetiausaha,Kelab Komputer,SMK Balai Panjang.
15
5.6 Berita :
i. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.
ii. Tanda koma ditulis selepas nama tempat / bandar.
iii. Nama hari atau tarikh ditulis selepas nama tempat/bandar.
iv. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.
Contohnya : ALOR SETAR, Isnin –
Contoh Berita :
GEMENCHEH, 19 Mei 2009 – Hujan lebat tanpa berhenti-henti selama dua hari berturut-turut telah menyebabkan Kampung Baru Gedok dilanda banjir kilat. Hampir separuh kampung telah ditenggelami air setinggi satu meter.
Beratus-ratus buah rumah penduduk kampung telah rosak. Semua harta benda dan tanaman mereka juga turut musnah.
Selain itu, semua binatang ternakan seperti ayam, anjing, lembu, kucing, itik, dan sebagainya turut mati lemas. Kelihatan banyak bangkai terapung-apung di permukaan air.
Sebanyak seratus buah keluarga kehilangan tempat tinggal. Nasib baik, tiada mangsa yang terkorban. Semua mangsa banjir telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara dengan menaiki bot penyelamat.
Di pusat itu, semua mangsa banjir diberi bantuan makanan, pakaian, dan ubat-ubatan. Mereka juga menerima sumbangan daripada orang ramai.
Apabila air surut, semua mangsa banjir pun dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Mereka terpaksa membersihkan rumah mereka yang kotor akibat banjir. Diharap banjir tidak akan berlaku lagi.
16
5.7 Catatan Harian :
i. Ada tarikh, nama hari dan masa ( mengikut kesesuaian)
contoh :
Sabtu
8.00 pagi:
9.00 pagi:
Contoh catatan harian:
13 Nov 2014 ,Ahad ,Pukul 6.00 - 7.00 pagi
Saya bangun pagi dan terus mandi. Saya menunaikan solat Subuh berjemaah bersama-sama dengan ayah. Setelah selesai berpakaian sekolah, saya bersarapan . Biasanya saya bersarapan dua keping roti dan air milo. Kemudian saya ke sekolah dengan dihantar oleh ibu saya. Saya ke sekolah menaiki kereta. Sekolah saya kira-kira tiga kilometer dari rumah.
Pukul 7.45 pagi - 1.15 tengah hari
Perhimpunan ramai diadakan setiap pagi Ahad. Guru Besar akan berucap. Kalau hari-hari lain, saya dan kawan-kawan berbaris di hadapan kelas. Selepas itu barulah kami masuk darjah. Saya bertugas sebagai Ketua darjah. Saya pastikan murid-murid tenteram dan patuhi peraturan apabila guru-guru tidak ada di dalam kelas. 10.15 hingga 10.45 pagi kami berehat. Masing-masing bergegas ke kantin. Pelajaran disambung semula sehinggalah jam 1.15 tengahari. Saya pulang dijemput oleh ibu.
17
6.0 Aplikasi Wacana Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu
Pengaplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan bagi sekolah rendah
dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan sesuatu penulisan, proses penulisan
dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan . Subtopik seterusnya akan
membincangkan peraturan, proses bagaimana merancang perenggan dan merangka isi
karangan bagi mengajar wacana berformatdi sekolah rendah dan menengah.
7.0 Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Sekolah Rendah Dan
Menengah.
Berikut adalah panduan untuk mengajar wacana berformat di sekolah.
(a) Peraturan-peraturan yang perlu diikuti. Perkara-perkara tersebut
perlu diambil kira oleh guru dalam merancang pengajaran mereka.
(i) Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai tiga isi
minimum yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau bukti
kukuh yang releven dengan isu-isu semasa yang dikemukakan, selain
bertepatan dengan tajuk dipilih.
(ii) Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberikan.
(iii) Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi
agar wujud kesinambungan idea antara ayat.
(iv) Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul.
(v) Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar supaya
tidak menampakkan ketergantungan idea.
(vi) Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang. Pemerengganan
yang dicadangkan antara lima hingga tujuh denagn menggunakan tanda
baca yang betul dan tepat.
(vii) Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan
bahasa saja.
(viii) Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam dan struktur ayat yang
betul.
(ix) Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang dikehendaki
jika penulisan berkehendakkan format.
18
(x) Hasilkan peta minda atau menyediakan rangka penulisan sebelum
menulis agar dapat membimbing murid dalam menyususn isi/idea.
(b) Proses menulis pula bermula ketika memilih tajuk / soalan . Murid perlu :
(i) Memilih tajuk yang benar-benar difahami dan sesuai dengan
pengetahuan, pemahaman dan keupayaan pengolahan, selain berupaya
mengembangkan isi. Pengetahwan tentang tajuk yang dipilih adalah
dari segi :
Bentuk atau format penulisan ;
Isi-isi; dan
Laras bahasa.
(ii) berdasarkan penguasaan perkara-perkara tersebut , barulah murid boleh
melakukan pemilihan yang terbaik dan sekaligus mampu untuk
menghasilkan penulisan yang sempurna.
(iii) Walau bagaimanapun, jika murid mempunyai pengetahwan tentang
tajuk atau soalan yang diberikan, tetapi tidak tahu apa yang dia
mahukan, itu juga bukanlah satu pilihan yang baik .Tindakan tersebut
akan memerangkap diri sendiri.
(iv) begitu juga jika murid memiliki pengetahwan dan kefahamantentang
kehendak soalan atau tajuk, tetapi dia tidak yakin akan kemampuan
untuk menghurai atau mengembangkannya, maka itu juga bukan
merupakan pilihan yang tepat.
(v) Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar difahami
dan yakin boleh menguasainya.
(vi) Untuk menguasai kemahiran tentang format penulisan dan laras
bahasa, murid perlu memahami perbezaan format dan laras bahasa bagi
penulisan yang pelbagai jenisnya.
(vii) Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajuk
penulisan, murid perlu banyak membaca bahan bacaan seperti buku
ilmu pengetahwan, majalah, surat khabar dan sebagainya.
19
(viii) Catat fakta yang didapati daripada bahan bacaan , kemudian simpan
dengan baik. Dengan cara ini , murid boleh membuat rujukan pada
bila-bila masa.
( c) Susunan juga perlu diberi perhatian . Oleh itu, rangka boleh dijadikan sebagai
panduan kepada murid kerana :
(i) Rangka ialah garis kasar untuk membentuk penulisan yang lengkap.
(ii) Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk proses penulisan
murid.
(iii) Rangka penulisan membantu murid bagi perkara berikut:
Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan tidak
lari/ terpesong daripada tajuk atau soalan.
Menyusun isi-isi / fakta mengikut susunan yang betul.
Menghasilkan perenggan yang padat.
Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam setiap isi yang
di huraikan/diolah.
Memastikan had penulisan mengikut arahan melebihi jumlah
patah perkataan dikehendaki.
Mengelakkan pengulangan fakta.
(iv) Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-baiknya ditulis dalam
bentuk isi-isi penting untuk menjimatkan masa.
(v) Secara umumnya , rangka sesuatu penulisan mempunyai komponen
seperti yang dijelaskan dalam jadual 5.2.
Jadual 5.2 Komponen Rangka Sesuatu Penulisan
Pendahuluan Isi Utama Huraian Huraian
Pemaparan Wacana
Isi tidk langsung
Fokus wacana Penjelasan terperincibagi fokus wacana
KesimpulanFocus wacana
20
(d) Penghasilan perenggan adalah perlu disesuaikan dengan perkara-perkara berikut :
1. Satu perenggan sekurang-kurangnya mestilah mempunyai satu isi yang
lengkap dengan huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi tersebut.
2. Huraian itu adalah bermaksudketerangan atau pun penjelasan yang merupakan
maklumat tambahan sokongan dan ulasan mengenai isi-isi tersebut.
3. Susunan perenggan yang baik adalah dimulakan perenggan itu dengan
mengemukakan isi pokok, dituruti pula oleh huraian lanjut bersama contohnya
yang dapat memperkukuhkan lagi isi-isi penting.
4. Perenggan yang dibina tidak semestinya tetap. Pelajar juga boleh
mendahulukan perenggan itu dengan isi pokok.
5. Setiap perenggan mempunyai isi, setiap isi hendaklah mempunyai pertalian
dengan isi-isi yang lainnya. Wujudkanlah wacana yang baik untuk melahirkan
kesinambungan isi-isinya.
6. Setiap perenggan panjangnya perlu seimbang. Panjang pendahuluan dan
penutup haruslah seimbang dengan isi.
( f ) Proses yang terakhir ialah membuat semakan. Di bawah ini adalah suatu panduan
untuk membuat semakan.
I. Selepas menulis sesuatu penulisan atau wacana , ianya perlu disemak
atau disunting. Ini perlu dilakukan untuk memastikan segala aspek
dalam penulisan perlu dipatuhi dengan baik.
II. Perkara-perkara yang perlu disemak atau disunting ialah
pemerengganan, kesalahan bahsa dan jumlah perkataan.
III. Sewaktu membuat semkan pastikan tidak ada isi-isi penting yang
tertinggal.
IV. Sekiranya terdapat isi –isi penting yang tidak dikemukakan contoh ,
atau contoh yang diberikan itu lemah, sertakanlah contah lain yang
lebih tepat dan jelas.
V. Aspek bahasa yang perlu dibuat semakan ialah tanda baca , ejaan dan
tatabahasa.
VI. Sekiranya terdapatfrasa yang kurang jelas maknanya, maka
perkemaskanlah frasa tersebut.
21
VII. Penghasilan penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan
pembaca untuk mengesan isi dalam bacaannya. Oleh itu , penulisan
menjadi kemas dan mantap.
8.0 Kesimpulan
Sesebuah wacana yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan
idea. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau
antara satu perenggang dengan satu perenggang, bahkan dari satu bab dengan bab yang lain.
Wacana juga penting bagi menghasilkan kerja yang bermutu selain daripada boleh
menyempurnakan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, dengan menggunakan wacana yang
betul melalui percakapan seseorang itu akan menyebabkan seseorang itu akan dihormati oleh
orang lain. Hal ini kerana seseorang itu mampu mempamerkan kesungguhannya
menggunakan bahasa dengan betul ketika bercakap.
Seperti apa yang telah kita nyatakan dalam tugasan ini, wacana berformat telah dipilih dan
dikupas serta telah dihuraikan dengan sebaiknya. Wacana berformat ini sering kita gunakan
dalam kehidupan harian, ditempat kerja dan dalam pengucapan dan perbahasan pada sesuatu
tempat atau situasiny yang tertentu. Untuk menghasilkan wacana berformat ini , haruslah
diikuti formatnya dengan betul agar ianya mantap seperti yang dijelaskan dalam tugasan ini.
Semua wacana berformat tersebut diaplikasikan dalam pengajaran pembelajaran di sekolah
sekolah supaya pelajar-pelajar dapat menghasilkan penulisan yang terbaik dan secara tidak
langsung lisannya juga menjadi terbaik dan tersusun.
Tidak dapat dinafikan bahawa sebuah penulisan karangan yang baik ialah karangan yang
mempunyai isi yang banyak dan bertepatan dengan tajuk. Walau bagaimanapun, sekiranya
22
sesebuah karangan itu tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, maka sudah tentu
karangan itu menjadi tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis.
Justeru itu, penggunaan wacana yang baik dan betul dalam pengajaran pembelajaran Bahasa
Melayu di sekolah - sekolah akan dapat melahirkan pelajar-pelajar dan generasi-generasi
yang dapat menghasilkan penulisan bermutu tinggi. Setiap penyampaian isi kandungannya
mudah difahami. Untuk melahirkn generasi yang baik ini, guru haruslah memainkan peranan
penting dalam mengaplikasikan wacana berformat ini dalam pengajarannya yang lebih
berkesan , menarik dan mudah difahami.
9.0 Rujukan
Open University Malaysia. ( 2013). Modul HBML3203 . Tatabahasa dalam Pengajaran
Bahasa Melayu.
http://bakatminda.blogspot.com/2013/08/contoh-karangan-syarahan.html
http://contoh-surat.com/format-surat-rasmi-terkini.html
http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html
http://karangansr.blogspot.com/2011/02/surat-kiriman-tidak-rasmi-persediaan.html
http://mywanxch.blogspot.com/2012/11/contoh-karangan-dialog.html
http://seprianiq.blogspot.com/2013_12_01_archive.html
23