SISTEM PENGAGIHAN AIR DI MALAYSIA
PENDAHULUAN
Sistem pengagihan air adalah penting antara sumber bekalan air dan pengguna.
Sistem pengagihan air adalah meliputi segala bahagian kerja-kerja air yang menerima
air dari stesen pengepam dan juga meliputi kerja-kerja penghantaran air pada tekanan
dan kuantiti yang mencukupi kepada pengguna untuk keperluan kehidupan seharian
termasuklah untuk air minum. Kebanyakan pengguna beranggapan bahawa sistem
pengagihan air adalah rangkaian paip di bawah jalan dan jalan-jalan yang mengangkut
air dari kilang pemprosesan air kepada pengguna. Sistem pengagihan air juga
termasuklah pam, injap, paip utama dan cabangnya, tangki simpanan, meter air dan pili
bomba. Antara syarikat yang terlibat untuk pembekalan dan pengagihan air adalah
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn.Bhd (Syabas) yang juga merupakan syarikat utiliti
yang menyediakan kemudahan bekalan air di seluruh negeri Selangor. Antara ciri-ciri
yang perlu dipatuhi dalam sistem pengagihan air ini ialah :
Bekalan air yang diagihkan kepada kawasan bekalan adalah mencukupi untuk
keperluan para pengguna
Sistem agihan hendaklah berfungsi dengan baik dan berkesan iaitu kawasan
bekalan mestilah mendapat kuantiti dan tekanan air yang mencukupi
Talian paip dapat membekal dan mengawal air secara berterusan
Reka bentuk, susunan dan pembinaan adalah ekonomikal
Dapat menyimpan kuantiti air yang mencukupi untuk tujuan kecemasan
contohnya apabila berlaku kebakaran dan sebagainya
1
SISTEM-SISTEM PENGAGIHAN
Terdapat 3 jenis sistem agihan iaitu sistem graviti, sistem pam dan gabungan
antara sistem graviti dan juga sistem pam. Sistem yang biasanya digunakan di Malaysia
adalah sistem graviti dan gabungan sistem graviti dan sistem pam. Pemilihan sistem
pengagihan akan bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah keadaan
topografi di sesebuah kawasan, kedudukan serta keluasan agihan, ketinggian dan juga
keadaan tapak. Sebagai contoh, jika ketinggian mencukupi dan keadaan tapak
mengizinkan, sistemn graviti boleh digunakan untuk kawasan tersebut. Apabila sistem
gravity tidak dapat digunakan kerana tapak kawasan tidak sesuai dan juga tidak cukup
ketinggian maka gabungan sistem graviti dan pam boleh digunakan.
1. Sistem Graviti
Merujuk kepada rajah di bawah sistem graviti dapat digunakan apabila kawasan
pembekalan mempunyai sebuah kawasan yang tinggi untuk mendirikan tangki
simpanan. Air akan dialirkan dan diagihkan kepada pengguna yang berada di kawasan
yang lebih rendah daripada tangki simpanan secara graviti. Kos operasi dan
penyelenggaraan sistem ini adalah lebih murah jika dibandingkan dengan sistem pam.
Tetapi masalah akan timbul apabila sistem ini menyalurkan air kepada kawasan
pembekalan yang lebih tinggi, di mana pengguna yang berada di kawasan yang lebih
tinggi ini akan mengalami tekanan air yang rendah dan berkemungkinan mereka boleh
terputus bekalan air semasa keperluan memuncak.
Sumber bekalan Loji rawatan Reservoir
Kawasan agihan
Aliran graviti
2
Bermula dari sumber-sumber bekalan air seperti kolam takungan air ,air disalurkan ke
loji rawatan yang menggunakan aliran graviti. Di loji rawatan, air akan dirawat untuk
menghapuskan kekotoran dari segi fizikal, kimia dan biologi bagi menghasilkan air
yang mematuhi piawai air minum. Proses rawatan air termasuklah skrin, kerbuk kersik,
pengudaraan, koagulasi, flokulasi, pengenapan, penapisan dan pembasmian kuman.
Kemudian air seterusnya akan disalirkan ke tangki simpanan (reservoir) juga
menggunakan aliran graviti. Pada peringkat akhir, air akan disalirkan ke kawasan
agihan mengikut keperluan air sesuatu kawasan. Keperluan air adalah berdasarkan
bilangan penduduk yang menerima bekalan air, penggunaan air per kapita, keperluan
oleh industri, faktor perkhidmatan dan lain-lain permintaan khusus.
2. Gabungan sistem pam dan sistem graviti
Sistem ini adalah sistem yang paling biasa digunakan. Air lebih semasa kurang
penggunaan akan disimpan dalam tangki simpanan dan diguna pada masa puncak
(peak hour). Air simpanan juga dapat digunakan apabila terjadi sesuatu kebakaran atau
semasa bekalan kuasa terputus. Apabila keadaan topografi kawasan pembekalan
adalah tidak menentu, maka gabungan sistem gravity dan pam adalah paling sesuai.
Kawasan yang berada pada kawasan yang tinggi, air akan dibekalkan menggunakan
pam, manakala kawasan yang berada di kawasan yang rendah akan dibekalkan
menerusi tangki simpanan dengan menggunakan sistem gravity.
Reservoir
Aliran graviti
Loji rawatan Kawasan agihan
Pam
Aliran yang di pam
Sumber bekalan
3
Untuk sistem ini, pam akan digunakan untuk menyalirkan air daripada sumber
bekalan seperti kolam takungan ke loji rawatan air. Pam digunakan kerana kedudukan
kolam takungan berada lebih rendah daripada loji rawatan air. Kemudian, selepas air
dirawat yang bertujuan untuk bebas dari bakteria yang membawa penyakit, air akan
sekali lagi dipam ke tangki simpanan yang berada jauh lebih tinggi daripada loji rawatan
air. Selepas itu, tangki simpanan ini akan mengalirkan air ke kawasan-kawasan agihan.
Air yang dialirkan adalah menggunakan aliran graviti
KOMPONEN SISTEM AGIHAN
1. Sumber Bekalan Air
Antara sumber-sumber bekalan air ialah :
air hujan
sungai dan alur
tasik dan kolam
kolam takungan air
2. Tangki Simpanan ( Reservoir)
Tangki simpanan adalah merupakan kolam ataupun tangki untuk menakung dan
menyimpan air dan pada kebiasaannya diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Air
yang disimpan di dalam tangki simpanan ini telah menjalani proses rawatan air sebelum
diagihkan kepada pengguna. Kedudukan sebaik-baiknya diletakkan berhampiran
dengan kawasan bekalan.
4
Fungsi utama :
Menyeragamkan kadar pengepaman, tekanan dan kadar alir dalam paip agihan.
Tangki simpanan menjaga tekanan sistem malar dan melancarkan operasi
pengepaman dengan meminimumkan titik awal dan berhenti jika tidak diperlukan
mengikut kegunaan pengguna.
Tangki simpanan dapat menyimpan air untuk masa kecemasan seperti kerosakan
pam, gangguan kuasa, kerja-kerja penyelenggaraan dan lain-lain. Tangki simpanan
juga dapat menyediakan kapasiti air yang mencukupi pada waktu puncak
Tangki simpanan juga dapat menyediakan air untuk mengawal kebakaran.
3. Paip retikulasi
Retikulasi adalah rangkaian ataupun talian paip-paip agihan yang membekalkan
air terus kepada pengguna. Terdapat beberapa jenis sistem talian paip agihan. Antara
yang biasa digunakan adalah sistem bercabang ( dead end system ) dan juga sistem
grid ataupun talian bergelung ( looped-network system ). Sistem agihan sepatutnya
bersambung secara “loop” antara satu hujung dengan satu hujung yang lain untuk
sistem hidraulik yang effisien.
JENIS-JENIS SISTEM TALIAN PAIP AGIHAN
Biasanya, sistem pengagihan yang direka adalah untuk memenuhi keperluan
domestik, komersil, dan industri. Sistem harus mempunyai cukup tekanan untuk
menghantar dan mengagihkan air kepada para pengguna, serta cukup untuk memenuhi
keperluan bomba. Pada masa yang sama, tekanan tidak boleh terlalu tinggi ataupun
berlebihan yang menyebabkan masalah serius berlaku.
5
1. Sistem bercabang ( dead end system )
Pada kebiasaannya sistem ini untuk kawasan-kawasan perumahan yang tiada
perancangan contohnya pekan lama.
Rajah 3 : Pembahagian air dalam sistem bercabang (dead-end system)
1. Kebaikan sistem bercabang ( dead end system )
Sistem ini mudah untuk direka bentuk dan juga senang untuk mengira kadar alir
dan tekanan.
Berkos rendah kerana reka bentuknya adalah mudah
6
2. Keburukkan sistem bercabang ( dead end system )
Terdapat pengumpulan bahan-bahan enapan di bahagian hujung kawasan air
bertakung seperti injap, pam dan lain-lain
Terdapat bau dan rasa jika paip tidak dibersihkan
Jika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ataupun kerja-kerja pembaikan,
akan mengganggu bekalan air kepada pengguna yang lain
1. Sistem grid/talian bergelung (looped-network system)
Sistem ini merupakan peningkatan dari sistem bercabang iaitu dengan menyambung
hujung cabangan. Biasa terdapat pada kawasan perumahan berbentuk segiempat
tepat.
Rajah 4 : Pembahagian air dalam sistem grid/talian bergelung (looped-network
system)
7
Kebaikan
Tiada air bertakung kerana air dalam sistem bekalan mengalir lebih dari satu arah.
Bekalan air tidak akan terputus apabila kerja-kerja pembaikan dan
penyelenggaraan dijalankan
Tekanan tetap tinggi dalam cabangan-cabangan paip
Keburukan
Kos lebih tinggi kerana memerlukan penggunaan banyak sambungan paip dan
injap
Reka bentuk paip adalah sukar.
Secara umumnya, jurutera lebih memilih sistem grid untuk sebuah sistem
percabangan kerana pengguna akan mendapat bekalan air untuk setiap titik dari
setidaknya dua arah. Ini juga membolehkan setiap bahagian paip yang rosak perlu
bersendirian untuk dibaiki tanpa mengganggu perkhidmatan kepada kawasan
pengguna yang luas.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Reka bentuk atau peluasan sistem pengagihan air secara umumnya melibatkan
modal yang besar yang merangkumi operasi secara terus-menerus, kos
penyelenggaraan, dan kos pembaikan. Pendekatan reka bentuk konvensional terdiri
daripada memilih, saiz paip, saiz tangki simpanan dan kemudahan pengepaman. Suatu
analisis dan bancian (survey) perlu dilakukan untuk memperoleh data kegagalan
komponen sistem pengagihan air, untuk menyemak kaedah yang digunakan oleh utiliti
untuk mengumpul dan memelihara data mengenai penyelenggaraan dan juga
kegagalan dan pembaikan daripada pelbagai komponen sistem pengagihan air.
Dari segi penyelenggaraan, bagi memastikan operasi dan kerja-kerja
penyelenggaraan berjalan dengan baik, perancangan yang teliti dan teratur adalah
sangat penting. Sistem agihan air ini adalah terdiri daripada komponen-komponen
8
seperti tangki, pam, injap dan saluran paip. Semua komponen-komponen sistem ini
masing- masing mempunyai fungsi yang tertentu. Untuk mengagihkan air kepada
pengguna, semua komponen sistem ini adalah saling bergantung antara satu sama
lain.
Air merupakan suatu keperluan asas yang terpenting dalam kehidupan manusia
dan makhluk-makhluk lain. Melalui sistem pengagihan air yang berkesan, air dapat
diagihkan kepada pengguna dengan kuantiti yang mencukupi.Untuk suatu masa yang
akan datang, jurutera haruslah berusaha untuk mencipta dan mempunyai kaedah baru
untuk menganalisis dan merancang infrastruktur pengagihan air dengan lebih berkualiti
dan terancang. Kaedah-kaedah baru yang mungkin akan dicipta oleh jurutera alam
sekitar mestilah dapat mengagihkan air dengan kuantiti dan tekanan yang mencukupi,
kualiti air yang telah dirawat adalah baik, kos untuk reka bentuk, operasi dan
penyelenggaraan adalah ekonomikal dan sebagainya. Untuk mendapatkan kualiti dan
spesifikasi yang baik dan terancang dalam sistem agihan air, jurutera alam sekitar
haruslah mengkaji anggaran keperluan air dan pertumbuhan penduduk. Keperluan air
adalah berdasarkan kepada bilangan pengguna, permintaan (keperluan) air per kapita,
faktor perkhidmatan dan keperluan oleh industri. Penglibatan jurutera alam sekitar
dalam memberikan kemudahan dan perkhidmatan sangat diperlukan untuk
kesejahteraan para pengguna.
9
LAMPIRAN
Rajah 5 dan Rajah 6 : Contoh tangki simpanan air yang berbeza reka bentuk
Rajah 7 : Kerja-kerja perpaipan
10
Rajah 8 : Graf penggunaan air melawan masa
11
Rajah 9 : Kolam takungan air yang menjadi antara sumber bekalan air
RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
1. Dr.Shreeshivadasan A/L Chelliapan (2010), Modul Pengajaran Kejuruteraan Alam
Sekitar, Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Kuala Lumpur.
2. http://www.ucowr.siu.edu/updates/pdf/V86_A3.pdf
3. http://www.nesc.wvu.edu/ndwc/articles/OT/SP01/Distribution_101.html
4. http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2004/1JSB/P-Part1/
ROGERHOWELL2.doc.pdf
5. B S N Raju (1995), Water Supply and Wastewater Engineering, Tata Mc-Graw-Hill
Publishing Company Limited
12
Top Related