TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019
BAGI
PERKHIDMATAN ANALITIS DATA RAYA SEKTOR AWAM (DRSA) 2.0
UNTUK
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU), JABATAN PERDANA
MENTERI, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62502 PUTRAJAYA
Tarikh tutup : 18 September 2019
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN.......................................................................................................2
SEKSYEN A : ARAHAN KEPADA PEMBIDA...........................................................7
1. KENYATAAN TAWARAN.................................................................................7
2. TAKLIMAT TENDER.........................................................................................9
3. FORMAT DOKUMEN TAWARAN TENDER...................................................10
4. PINDAAN DOKUMEN TENDER.....................................................................11
SEKSYEN B : SYARAT-SYARAT TENDER............................................................12
5. PELAKSANAAN.............................................................................................13
6. LARANGAN PUBLISITI..................................................................................13
7. HARGA DAN BAYARAN................................................................................13
8. JANGKA MASA SAH LAKU TENDER...........................................................14
9. DENDA LEWAT PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN.............................15
10. HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK.........................................16
11. NOTIS SETUJU TERIMA (NOTIFICATION OF AWARD)..............................17
12. BON PELAKSANAAN....................................................................................17
13. TINDAKAN TATATERTIB/PEMBATALAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR19
14. PENAMATAN PERJANJIAN..........................................................................19
15. HAK HARTA INTELEK...................................................................................20
16. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH.....................................20
17. INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN.................................21
18. TANGGUNGJAWAB.......................................................................................21
19. SULIT ........................................................................................................22
20. PEMBETULAN KESALAHAN........................................................................22
21. PRESTASI APLIKASI, PERALATAN DAN PERKHIDMATAN......................23
22. KHIDMAT SOKONGAN TEKNIKAL DALAM TEMPOH WARANTI...............24
23. DOKUMENTASI DAN MANUAL.....................................................................25
24. PENGUJIAN....................................................................................................25
25. SERVICE LEVEL AGREEMENT (SLA)..........................................................26
26. LOGISTIK........................................................................................................27
27. PERTIKAIAN...................................................................................................27
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 2/51
SEKSYEN C : KETERANGAN PROJEK.................................................................27
28. LATAR BELAKANG PROJEK........................................................................27
29. TEMPOH PROJEK..........................................................................................29
30. SKOP PROJEK...............................................................................................29
31. MAKLUMAT INFRASTRUKTUR DAN PERISIAN SEDIA ADA.....................38
32. PEMATUHAN DASAR, POLISI DAN GARIS PANDUAN BAGI KANDUNGAN DAN KESELAMATAN ICT..............................................................................39
JILID I : DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL...........................................................40
JILID II : DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN.......................................................45
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 3/51
SENARAI LAMPIRAN A : CADANGAN TEKNIKAL
LAMPIRAN A : Senarai Semak untuk Cadangan Teknikal
LAMPIRAN A-1 : Ringkasan Eksekutif Cadangan Teknikal
LAMPIRAN A-2 : Jadual Cadangan Teknikal
LAMPIRAN A-3 : Jadual Cadangan Teknikal Spesifikasi
LAMPIRAN A-4 : Surat Jaminan Prinsipal
LAMPIRAN A-5 : Pengalaman Pembida
LAMPIRAN A-6 : Khidmat Sokongan Teknikal Dalam Tempoh Waranti
LAMPIRAN A-7 : Metodologi Pengurusan Projek
LAMPIRAN A-8 : Senarai Ahli Pasukan Projek
LAMPIRAN A-9 : Carta Organisasi
LAMPIRAN A-10 : Curriculum Vitae
LAMPIRAN A-11 : Program Latihan
LAMPIRAN A-12 : Jadual Pelaksanaan Projek
LAMPIRAN A-13 : Pelan Pengurusan Risiko
LAMPIRAN A-14 : Jadual Pematuhan Tender
LAMPIRAN A-15 : Sijil Pengiktirafan
LAMPIRAN A-16 : Senarai Perisian dan Infrastruktur Sedia Ada DRSA
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 4/51
SENARAI LAMPIRAN B : CADANGAN KEWANGAN
LAMPIRAN B : Senarai Semak Untuk Cadangan Kewangan
LAMPIRAN B-1 : Ringkasan Eksekutif dan Latar Belakang PEMBIDA
LAMPIRAN B-2 : Keterangan Mengenai PEMBIDA
LAMPIRAN B-3 : Jadual Harga
LAMPIRAN B-4 : Salinan Sijil Pendaftaran MOF
LAMPIRAN B-5 : Salinan Sijil Pendaftaran Bumiputera
LAMPIRAN B-6 : Penyata Akaun Bank Bagi Tiga (3) Bulan
LAMPIRAN B-7 : Penyata Kewangan Terkini Yang Telah Diaudit
LAMPIRAN B-8 : Surat Akuan Pembida
LAMPIRAN B-9 : Surat Akuan Pembida Berjaya
LAMPIRAN B-10 : Borang Jaminan Bank untuk Bon Pelaksanaan
LAMPIRAN B-11 : Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat
LAMPIRAN B-12 : Surat Perwakilan Kuasa
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 5/51
LAMPIRAN C : PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH KEPADA SYARIKAT
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 6/51
SEKSYEN A : ARAHAN KEPADA PEMBIDA
1. KENYATAAN TAWARAN
1.1. PEMBIDA MESTILAH daripada syarikat yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia dan masih belum tamat tempoh serta
HENDAKLAH mempunyai kod bidang seperti berikut:
210103 : Software-Supply all computer software, operating system,
database, off-the-Shelf packages including maintenance
(MANDATORI)210104 : Software / System development / Customization and
maintenance including data entry/ data processing
(MANDATORI)210106 : Data management – Provide services including disaster
(MANDATORI)
1.2. Syarikat MESTILAH berdaftar dengan ePerolehan dan eP enabled.
Syarikat mestilah menggunakan Sistem eP dan MESTILAH eP enabled untuk membuat tawaran melalui tender bagi:
MEMBEKAL PERKHIDMATAN ANALITIS DATA RAYA SEKTOR AWAM (DRSA) 2.0.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 7/51
1.3. PEMBIDA MESTILAH mempunyai sumber tenaga dan kemahiran untuk
pembangunan dan pelaksanaan skop kerja tender bagi memenuhi syarat-
syarat seperti berikut:
1.3.1. Syarikat yang dikorporatkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat
1965 dan hendaklah syarikat milik penuh tempatan;
1.3.2. Mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam melaksanakan
perkhidmatan coaching dan latihan berkaitan Sains Data;
1.3.3. Mempunyai kemahiran / kepakaran yang cekap dan kompeten
serta pengalaman yang luas di dalam bidang perisian sumber
terbuka atau open source software (OSS) dan perisian
Rapidminer serta Tableau;
1.4. Mempunyai kepakaran dalam pembangunan aplikasi pengurusan DRSA
dan pembangunan produk data, menguji, mentauliah, melatih dan
menyelenggara aplikasi dalam pelaksanaan perkakasan dan perisian
sumber terbuka; dan
1.5. Mempunyai sumber tenaga yang mencukupi untuk membekal
Perkhidmatan Analitis Data Raya Sektor Awam (DRSA) 2.0.
1.6. PEMBIDA MESTILAH mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan menyertakan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tiga (3) tahun terkini.
1.7. Kegagalan PEMBIDA untuk mematuhi syarat-syarat tender di atas atau tidak mengemukakan maklumat yang dikehendaki dengan tepat dan lengkap boleh mengakibatkan tawaran DITOLAK.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 8/51
2. TAKLIMAT TENDER
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 9/51
2.1. Satu sesi taklimat tender akan diadakan kepada PEMBIDA bagi
memberikan gambaran yang jelas mengenai tender ini. Sebarang
pertanyaan mengenai dokumen tender HANYA BOLEH DIBUAT semasa
taklimat.
2.2. Taklimat ini adalah DIWAJIBKAN dan PEMBIDA yang tidak hadir ke
taklimat TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.
2.3. PEMBIDA dikehendaki mengemukakan LAMPIRAN B-11 : Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat Tender semasa menghadiri taklimat.
2.4. Penama dalam sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat. Jika penama mewakilkan pegawai lain, surat perwakilan kuasa WAJIB dibawa bersama-sama pada hari taklimat. Surat perwakilan perlu ditandatangani oleh penama tersebut.
2.5. Setiap PEMBIDA DIBENARKAN diwakili oleh dua (2) orang sahaja yang mana salah seorang adalah penama di dalam sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan ke sesi taklimat yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah:
2.6.
Sila
bawa bersama-sama Sijil Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Taraf Bumiputera (jika ada), berserta dengan salinan fotostat (tidak dikembalikan) semasa menghadiri taklimat. Surat Perwakilan Kuasa adalah seperti dI LAMPIRAN B-12.
2.7. Sekiranya terdapat perubahan tarikh taklimat, PEMBIDA akan
dimaklumkan melalui Sistem eP.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 10/51
Tarikh : 28 Ogos 2019 (Rabu)Masa : 2.30 – 4.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Cyber 4Aras 4, Blok B, Bangunan MKN Embassy Techzone Jalan Teknorat 2, 63000 Cyberjaya
2.8. Semua perbelanjaan yang terlibat untuk menghadiri taklimat ini adalah
atas tanggungan PEMBIDA sendiri.
3. FORMAT DOKUMEN TAWARAN TENDER
3.1. PEMBIDA TIDAK BOLEH mencatatkan nama syarikat atau tanda pengenalan syarikat di dalam dokumen yang berkaitan dengan Dokumen Tawaran Teknikal.
3.2. Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal WAJIB dikunci masuk (key
in) ke dalam Sistem ePerolehan sebelum tarikh tutup tender pada 18 September 2019 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari.
3.3. PEMBIDA yang memerlukan sebarang penjelasan lanjut mengenai
dokumen tender bolehlah berhubung secara bertulis melalui surat rasmi
yang difaks/pos di alamat atau melalui e-mel seperti di bawah:
Ketua PengarahUnit Pemodenan Tadbiran danPerancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)Aras 6, Blok B2Kompleks Jabatan Perdana MenteriPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA(u.p: Seksyen Kewangan)E-mel : [email protected] /
[email protected] / [email protected] No. Faks : 603-88904253
3.4. Sebarang pertanyaan berhubung dengan masalah pengendalian sistem
ePerolehan hendaklah menghubungi alamat seperti di bawah:
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.Second Floor, Bangunan Amtek15 Jalan Tandang46050 Petaling JayaSelangor Darul EhsanTel : 03 -79857777 (Bagi Pembekal)No. Faks : 03-79857800
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 11/51
E-mel : [email protected]
3.5. Sekiranya masalah pengendalian sistem masih berlaku, laporan aduan
perlu diadukan melalui e-mel berikut [email protected] dan
dipanjangkan sesalinan kepada [email protected].
3.6. Kerajaan Malaysia tidak terikat untuk menerima tender yang terendah
atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan
sesuatu tender. Keputusan Jawatankuasa Tender adalah muktamad.
4. PINDAAN DOKUMEN TENDER
4.1. Kerajaan berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup penghantaran
dokumen tawaran tender meminda dokumen tender dengan menyediakan
addendum atas sebab-sebab tertentu.
SEKSYEN B : SYARAT-SYARAT TENDER
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 12/51
5. PELAKSANAAN
5.1. PEMBIDA yang berjaya HENDAKLAH MEMBEKAL PERKHIDMATAN ANALITIS DATA RAYA SEKTOR AWAM (DRSA) 2.0 mengikut skop dan dalam jangka masa yang ditetapkan.
5.2. Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang diperlukan oleh pihak
Kerajaan yang tidak terkeluar daripada skop projek semasa tempoh pelaksanaan, PEMBIDA HENDAKLAH melaksanakan perubahan tersebut tanpa melibatkan sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.
6. LARANGAN PUBLISITI
6.1. Sebarang iklan mengenai mana-mana bahagian dalam tawaran tender ini TIDAK BOLEH disiarkan semula dalam akhbar, majalah atau sebarang bentuk media kecuali mendapat kebenaran bertulis
daripada pihak Kerajaan.
7. HARGA DAN BAYARAN
7.1. Harga yang dikemukakan HENDAKLAH dalam Ringgit Malaysia (RM)
dan tempoh sah lakunya tidak kurang dari 180 hari dari tarikh tutup tender dan pihak PEMBIDA tidak boleh menarik balik tender mereka dalam tempoh tersebut.
7.2. Harga Bersih yang ditawarkan adalah merangkumi semua kos yang
terlibat dalam Tender ini. PEMBIDA juga HENDAKLAH mengambil kira
kos insurans, duti import, kos pengangkutan dan lain-lain.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 13/51
7.3. PEMBIDA HENDAKLAH MENGEMUKAKAN TAWARAN HARGA TANPA MENGAMBIL KIRA ELEMEN CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN (SST) bagi menyertai tender ini kerana Kerajaan akan
mengambil kira elemen tersebut sebagai tambahan kepada harga yang
ditawarkan (sekiranya berkaitan) tertakluk pada pendaftaran syarikat
dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
7.4. Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi tawaran tender yang telah
dikemukakan tidak akan dilayan.
7.5. Bayaran yang akan dibuat oleh Kerajaan adalah berdasarkan Jadual
Bayaran yang termeterai di dalam perjanjian. Bayaran yang dibuat oleh Kerajaan kepada PEMBIDA adalah tertakluk kepada potongan fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (Multiple Payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.
8. JANGKA MASA SAH LAKU TENDER
8.1. Tawaran PEMBIDA HENDAKLAH sah laku dalam jangka masa
sekurang-kurangnya 180 hari dari tarikh tutup tender.
8.2. Dalam keadaan berkecuali, sebelum habis tempoh jangka masa sah laku
tender asal, Kerajaan boleh meminta tempoh jangka masa sah laku
tender dilanjutkan. Dalam keadaan ini, satu (1) surat akan dikeluarkan
kepada PEMBIDA untuk memohon persetujuan PEMBIDA dan jawapan
daripada PEMBIDA secara bertulis perlu diperoleh.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 14/51
8.3. Penolakan pelanjutan sah laku tawaran tender oleh PEMBIDA akan mengakibatkan PEMBIDA digugurkan daripada penilaian.
9. DENDA LEWAT PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN
9.1. PEMBIDA yang berjaya HENDAKLAH menyempurnakan kontrak dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam perjanjian kontrak.
9.2. Sekiranya PEMBIDA tidak dapat memulakan projek pada tarikh yang disetujui, PEMBIDA hendaklah membuat permohonan secara bertulis
untuk pelanjutan tarikh / tempoh tersebut sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh memulakan projek. Walau bagaimanapun,
Kerajaan berhak untuk tidak meluluskan permohonan tersebut.
9.3. Sekiranya PEMBIDA gagal memulakan projek pada tarikh yang dipersetujui, PEMBIDA dikehendaki membayar pampasan wang berjumlah satu peratus (1%) daripada nilai harga tawaran tender untuk setiap minggu atau sebahagian daripadanya sehingga maksimum lapan (8) minggu.
9.4. Sekiranya PEMBIDA masih gagal untuk memulakan projek selepas lapan (8) minggu, Kerajaan berhak untuk menamatkan perjanjian dan menyenarai hitam PEMBIDA.
9.5. Bagi kerja-kerja yang terpaksa ditangguh disebabkan oleh keadaan luar kawalan PEMBIDA, seperti rusuhan, kekacauan awam, mogok,
kebakaran, banjir, bahaya laut atau seumpama dengannya, maka
Kerajaan boleh membenarkan pelanjutan tempoh kerja-kerja tersebut
dengan syarat PEMBIDA perlu mengemukakan notis sebab-sebab kerja tertangguh dan masa yang diperlukan.
9.6. Sekiranya bayaran denda lewat dikenakan kepada PEMBIDA dan PEMBIDA gagal menjelaskannya, maka jumlah tersebut akan DITOLAK daripada bon pelaksanaan.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 15/51
10. HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK
10.1 Setiap PEMBIDA HANYA dibenarkan mengemukakan SATU (1) tawaran sahaja bagi tender ini. Dalam tawaran yang dikemukakan,
PEMBIDA HANYA dibenarkan mengemukakan SATU (1) cadangan sahaja.
12.1 PEMBIDA diingatkan bahawa tawaran tender yang tidak memenuhi syarat dan keperluan yang ditetapkan dalam dokumen tender ini akan DITOLAK.
10.2 PEMBIDA HENDAKLAH mematuhi semua prosedur tender Kerajaan termasuk yang dinyatakan dalam iklan KENYATAAN TENDER.
10.3 Kerajaan berhak menerima atau menolak mana-mana tawaran tender dan membatalkan proses tender dan menolak semua tawaran tender pada bila-bila masa sebelum kontrak diberikan tanpa melibatkan apa-
apa tanggungan kepada PEMBIDA yang terlibat atau tanpa memerlukan
Kerajaan untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada PEMBIDA
yang terlibat.
10.4 Kerajaan tidak terikat untuk mempersetujui tawaran tender dengan harga yang terendah atau mana-mana tawaran tender jua pun.
Keputusan Kerajaan adalah MUKTAMAD dan Kerajaan tidak diperlukan
untuk memberi sebab penolakan mana-mana tawaran tender.
10.5 Kerajaan berhak mempersetujui cadangan yang dikemukakan oleh PEMBIDA sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan perkhidmatan atau kuantiti barangan tender dalam spesifikasi teknikal.
10.6 Semasa proses penilaian, Kerajaan berhak memanggil PEMBIDA dengan tujuan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan dengan
cadangan yang ditawarkan tanpa sebarang ikatan. Segala perbelanjaan
untuk urusan berkenaan adalah di bawah tanggungan PEMBIDA.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 16/51
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 17/51
11. NOTIS SETUJU TERIMA (NOTIFICATION OF AWARD)
11.1. Kerajaan akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat Setuju Terima (SST) Tender kepada PEMBIDA yang berjaya apabila
tendernya dipersetujui dalam jangka masa sah laku tender atau jangka
masa tambahan yang terlibat.
11.2. Notis tersebut boleh mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai
tambahan kepada syarat-syarat atau sebagai sebahagian
pengubahsuaian syarat-syarat yang dilampirkan bersama dokumen ini.
Oleh yang demikian, tawaran tender tersebut tidak boleh disifatkan sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada PEMBIDA menyatakan bahawa syarat-syarat tambahan atau yang diubah suai itu diterima.
11.3. Apabila dipersetujui, satu kontrak HENDAKLAH disifatkan sebagai telah
dibuat antara Kerajaan dengan PEMBIDA mengikut syarat-syarat kontrak
yang dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau yang telah
diubah suai yang tersebut di atas, jika ada) dan tidak ada sebarang
perjanjian atau syarat lain walau dari apa jenis pun boleh disifatkan
sebagai termasuk dalam kontrak ini.
11.4. PEMBIDA yang berjaya HENDAKLAH menandatangani Surat Setuju Terima Tender yang akan seterusnya menjadi sebahagian daripada
perjanjian bekalan dan perkhidmatan.
11.5. PEMBIDA yang berjaya HENDAKLAH mengikat satu perjanjian dengan pihak Kerajaan.
12. BON PELAKSANAAN
12.1 PEMBIDA yang berjaya MESTILAH mengemukakan Bon Pelaksanaan
dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tarikh Surat Setuju Terima dikeluarkan.
Bon Pelaksanaan adalah dalam bentuk Jaminan Bank / Jaminan Syarikat
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 18/51
Kewangan / Jaminan Insurans yang tidak boleh dibatalkan daripada sebuah Bank / Syarikat Kewangan / Syarikat Insurans yang diluluskan dan didaftarkan di Malaysia.
12.2 PEMBIDA yang berjaya MESTILAH mengemukakan Bon Pelaksanaan
mengikut kadar yang ditetapkan selaras dengan Surat Pekeliling
Perbendaharaan yang berkuat kuasa. Bagi kontrak bermasa (periodic contract) yang berkuat kuasa dalam tempoh dua (2) tahun atau lebih, peratus Bon Pelaksanaan hendaklah dikira mengikut harga anggaran kontrak bagi satu (1) tahun sahaja. Bon Pelaksanaan yang dikemukakan
oleh PEMBIDA yang berjaya hendaklah meliputi keseluruhan tempoh
kontrak bermasa.
12.3 Tempoh sah laku jaminan tersebut hendaklah dari tarikh ianya dikeluarkan sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas obligasi terakhir, mengikut mana yang terkemudian.
12.4 Kadar Bon Pelaksanaan dan tempoh sah laku yang dikenakan adalah mengikut peraturan semasa yang berkuat kuasa.
12.5 PEMBIDA yang telah berjaya dan mengikat kontrak dengan Kerajaan dikehendaki membayar tuntutan ganti rugi sekiranya didapati pihak PEMBIDA melanggar syarat-syarat kontrak (breach of contract) dan disabitkan kesalahan. Kerajaan juga boleh merampas bon pelaksanaan
sekiranya PEMBIDA gagal mematuhi syarat-syarat tender dan syarat-syarat
kontrak.
12.6 Bon Pelaksanaan akan dikembalikan kepada PEMBIDA selepas semua syarat kontrak dipenuhi.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 19/51
12.7 Borang Jaminan Bank untuk Bon Pelaksanaan adalah seperti di
LAMPIRAN B-10 : Borang Jaminan Bank Untuk Bon Pelaksanaan.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 20/51
13. TINDAKAN TATATERTIB/PEMBATALAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR
13.1. Dalam mana-mana hal di bawah ini, Kerajaan tanpa menyentuh hal-hal
lain yang ada padanya sentiasa berhak mengambil tindakan terhadap PEMBIDA atau memperakukan kepada pihak berkenaan supaya membatalkan pendaftaran PEMBIDA sebagai kontraktor dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagaimana difikirkan perlu oleh
Kerajaan sekiranya berlaku salah satu daripada perkara di bawah:
13.1.1. PEMBIDA menarik balik tawaran tendernya sebelum tamat
tempoh sah laku tawaran tender atau apa-apa tempoh lanjutan;
13.1.2. PEMBIDA mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan
selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan tawaran
tender (dan dalam hal yang sedemikian, PEMBIDA hendaklah
disifatkan enggan dan tidak melaksanakan perjanjian kontrak
yang normal atau mendeposit bon pelaksanaan atau tidak
meneruskan kerja-kerja setelah tawaran tendernya disetuju
terima); dan
13.1.3. PEMBIDA enggan dan tidak menandatangani dokumen perjanjian
rasmi atau tidak mendepositkan Bon Pelaksanaan atau tidak
membekalkan item bekalan dan perkhidmatan selepas tawaran
tender disetuju terima.
14. PENAMATAN PERJANJIAN
14.1. Perjanjian termaktub apabila kedua-dua pihak menurunkan tandatangan
dan akan berkuat kuasa sehingga tamat seperti mana masa yang
dinyatakan dalam perjanjian.
14.2. Bagi perkhidmatan dan sokongan teknikal yang tidak dapat dilaksanakan oleh PEMBIDA yang berjaya, Kerajaan berhak untuk mengupah kontraktor lain yang berkelayakan dan semua kos akan ditolak dari kos yang sepatutnya dibayar kepada PEMBIDA.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 21/51
14.3. Kerajaan mempunyai hak memberi notis bertulis untuk menamatkan perjanjian jika PEMBIDA yang berjaya tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang ditetapkan, pada bila-bila masa sekiranya
diperlukan. Dengan sebab penamatan perjanjian sebegini, PEMBIDA yang berjaya MESTI memulangkan keseluruhan atau sebahagian wang yang telah dibayar sebelumnya. PEMBIDA yang berjaya tidak
berhak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Kerajaan.
15. HAK HARTA INTELEK
15.1. Semua aplikasi dan reka bentuk yang berkaitan dengan projek ini, kod-
kod sumber (source code), maklumat, transaksi, data dan dokumentasi
yang dibangunkan dalam sebarang bentuk media (hardcopy / softcopy)
bagi Projek Analitis Data Raya Sektor Awam (DRSA) 2.0 adalah hak milik
Kerajaan dan HENDAKLAH diserahkan kepada Kerajaan sebelum tamat
tempoh kontrak. PEMBIDA tidak berhak ke atas data yang digunakan /
dihasilkan sepanjang projek ini.
15.2. PEMBIDA perlu memberi jaminan bahawa semua sistem atau item yang
dibekal, dihantar, dipasang, diuji dan ditauliah kepada pihak MAMPU
adalah bukan dipinjam, diciplak serta tidak melanggar hak cipta intelek,
paten, trademark, copyright atau trade secret pihak lain.
15.3. Pihak PEMBIDA juga bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat apa-
apa tuntutan daripada mana-mana pihak atas pelanggaran hak cipta
intelek, paten, trademark, copyright atau trade secret sekiranya ada
semasa melaksanakan obligasi.
16. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
16.1. Peringatan mengenai kesalahan rasuah kepada syarikat / kontraktor /
firma perunding / penjawat awam atau mana-mana pihak yang berkaitan
adalah seperti di LAMPIRAN C : Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah Kepada Syarikat.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 22/51
17. INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
17.1. Perkara ini adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bilangan 10 Tahun 2010 mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Integrity
Pact Dalam Perolehan Kerajaan bertarikh 16 Disember 2010:
17.1.1 PEMBIDA yang menghantar dokumen tender hendaklah
menandatangani LAMPIRAN B-8 : Surat Akuan PEMBIDA bahawa
PEMBIDA tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan
untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat
Akuan Pembida hendaklah melampirkan LAMPIRAN B-12 : Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda
bahawa beliau adalah individu yang diberi kuasa untuk berurusan dengan
pihak Kerajaan bagi urusan perolehan/ perjanjian bagi perkara ini.
19.1 PEMBIDA yang berjaya dan telah dilantik secara rasmi oleh pihak
Kerajaan juga dikehendaki menandatangani LAMPIRAN B-9 : Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi
rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil
syarikat yang menandatangani LAMPIRAN B-9 : Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan LAMPIRAN B-12 : Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak
syarikat.
18. TANGGUNGJAWAB
18.1. Pelbagai usaha telah diambil untuk memastikan segala fakta dan
maklumat yang terkandung dalam dokumen tender ini adalah betul pada
waktu tender ini diterbitkan. Walau bagaimanapun Kerajaan tidak
sesekali membuat apa-apa jaminan terhadap kejituan dan kelengkapan
fakta serta maklumat yang terkandung dalam dokumen tender ini. Oleh
itu, Kerajaan TIDAK BOLEH dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa
kesalahan atau kekurangan maklumat dan fakta.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 23/51
19. SULIT
19.1. Untuk proses tender ini, PEMBIDA akan memperoleh maklumat yang dianggap SULIT oleh Kerajaan. PEMBIDA adalah DILARANG sama sekali mendedahkan maklumat di dalam tender ini kepada mana-mana pihak. Hanya Kerajaan yang mempunyai hak untuk mendedahkan sebarang maklumat mengenai tender ini.
20. PEMBETULAN KESALAHAN
20.1. Segala pindaan atau pembetulan dalam borang-borang Dokumen Tawaran Teknikal HENDAKLAH ditandatangani oleh PEMBIDA dan dicatat tarikh sahaja TANPA NAMA SYARIKAT ATAU SEBARANG MAKLUMAT BERKAITAN SYARIKAT.
20.2. Segala pindaan atau pembetulan dalam borang-borang Dokumen Tawaran Kewangan, HENDAKLAH ditandatangani oleh PEMBIDA dan tandatangan ini HENDAKLAH dicatatkan tarikh dan dicap dengan cap syarikat.
20.3. Setelah dokumen tawaran tender diserahkan kepada Kerajaan, segala
pindaan atau pembatalan dalam borang-borang tawaran tidak akan
dilayan.
20.4. Jika terdapat sebarang perbezaan dalam pengiraan di dalam dokumen
tawaran tender, perbezaan tersebut akan dibetulkan oleh Kerajaan seperti
berikut:
20.4.1. Jika terdapat perbezaan antara jumlah dalam bentuk angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambil kira;
20.4.2. Jika terdapat perbezaan antara kadar unit dan jumlah yang
didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit
yang dicatatkan akan diambil kira;
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 24/51
20.4.3. Sekiranya kadar unit tidak dinyatakan, maka jumlah akan
digunakan.
20.5. Jumlah yang dinyatakan di dalam dokumen tawaran tender akan diubah
oleh Kerajaan mengikut prosedur di atas bagi pembetulan kesalahan dan
PEMBIDA adalah terikat atas perubahan ini.
21. PRESTASI APLIKASI, PERALATAN DAN PERKHIDMATAN
21.1. PEMBIDA adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua perisian, perkakasan dan peralatan (sekiranya ada) yang disediakan adalah baru, terkini, asli (original), berkualiti dan bersesuaian dengan keperluan projek. PEMBIDA perlu menyertakan surat jaminan kualiti
produk daripada pihak prinsipal (pembekal utama) bagi perisian,
perkakasan dan peralatan (sekiranya ada) yang dicadangkan untuk projek
ini. Semua perisian, perkakasan dan peralatan (sekiranya ada)
HENDAKLAH didaftarkan atas nama Kerajaan.
21.2. PEMBIDA adalah bertanggungjawab atas segala prestasi, perkhidmatan sokongan, penyelenggaraan dan jaminan termasuk pengakuan bekalan dan sokongan daripada pembekal utama (back-to-back support) yang telah dimasukkan dalam dokumen tawaran tender. Sekiranya sokongan bagi perisian, perkakasan dan peralatan (sekiranya ada) tidak dapat dibekalkan, PEMBIDA HENDAKLAH menggantikan dengan perisian, perkakasan dan peralatan baharu yang mempunyai konfigurasi yang serupa atau lebih tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 25/51
21.3. PEMBIDA adalah bertanggungjawab atas segala prestasi, perkhidmatan
sokongan, penyelenggaraan dan jaminan termasuk pengakuan bekalan
dan sokongan daripada pembekal utama (back-to-back support) yang
telah dimasukkan dalam dokumen tawaran tender. Sekiranya sokongan
bagi perisian, perkakasan dan peralatan (sekiranya ada) tidak dapat
dibekalkan, PEMBIDA HENDAKLAH menggantikan dengan perisian, perkakasan dan peralatan baharu yang mempunyai konfigurasi yang serupa atau lebih tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.
21.4. PEMBIDA bertanggungjawab untuk memastikan semua konfigurasi perisian, perkakasan dan peralatan (sekiranya ada) adalah betul serta prestasi perisian, perkakasan dan peralatan (sekiranya ada) yang dibekalkan di tahap yang terbaik dan dijangka boleh berfungsi dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dari tarikh Final Project Sign Off ditandatangani.
21.5. PEMBIDA MESTILAH mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam penggunaan perisian atau tools yang dinyatakan. PEMBIDA diwajibkan memberikan pengesahan kepakaran ahli pasukan atau pihak ketiga yang dilantik.
21.6. PEMBIDA MESTILAH mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman dan kepakaran dalam bidang Sains Data dan perisian sumber terbuka.
21.7. PEMBIDA MESTILAH mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang Data Terbuka dan juga terlibat dalam mana-mana komuniti Data Terbuka yang berkaitan.
22. KHIDMAT SOKONGAN TEKNIKAL DALAM TEMPOH WARANTI
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 26/51
22.1. PEMBIDA yang berjaya HENDAKLAH memberikan khidmat sokongan teknikal dalam tempoh waranti ke atas sistem aplikasi dan pengintegrasian, perisian, produk data, third party software serta perkakasan (sekiranya ada) berkaitan Projek Data Raya Sektor Awam (DRSA) 2.0 yang dibekalkan.
22.2. PEMBIDA MESTILAH membekalkan khidmat sokongan teknikal perisian dalam tempoh waranti bagi komponen Projek Data Raya
Sektor Awam (DRSA) 2.0 seperti berikut: Tempoh waranti bagi produk data dan pengintegrasian (sekiranya ada) yang dibangunkan adalah
sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh Final Project Sign Off. PEMBIDA dikehendaki mematuhi tahap jaminan perkhidmatan (Service
Level Agreement) seperti dinyatakan pada Para 25 dalam memberikan
perkhidmatan sokongan di sepanjang tempoh waranti.
23. DOKUMENTASI DAN MANUAL
23.1. PEMBIDA yang berjaya MESTILAH menyedia dan menyerahkan kepada
Kerajaan semua dokumentasi dan manual yang berkaitan dengan
serahan projek dalam bentuk hardcopy dan softcopy.
23.2. Semua dokumentasi yang lengkap hendaklah disediakan sebagai deliverables sebanyak tiga (3) salinan dan dalam bentuk hardcopy dan softcopy.
24. PENGUJIAN
24.1. Semua perisian dan aplikasi yang dibekalkan akan diuji, disemak dan
dinilai dari segi kesediaan, keberkesanan dan mesra pengguna oleh
Kerajaan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang diperlukan yang
tidak terkeluar daripada skop projek, PEMBIDA MESTILAH melaksanakan perubahan tersebut tanpa sebarang kos tambahan kepada
Kerajaan.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 27/51
24.2. Proses pengujian perlu dilaksanakan TIDAK TERHAD kepada langkah-
langkah seperti di bawah:
24.2.1. Merancang dan menyediakan Master Test Plan, User Acceptance
Test (UAT) Plan, Provisional Acceptance Test (PAT) dan Final
Acceptance Test (FAT);
24.2.2. Mereka bentuk dan melaksanakan kes ujian seperti Para 25;
24.2.3. Mendokumenkan error / bugs yang ditemui semasa UAT / PAT /
FAT;
24.2.4. Menyelesaikan isu-isu / bugs; dan
24.2.5. Menyediakan laporan setiap peringkat pengujian dan Master Test
Report.
25. SERVICE LEVEL AGREEMENT (SLA)
25.1. PEMBIDA perlu memberi tindak balas dalam tempoh dua (2) jam selepas
laporan dibuat dalam apa-apa bentuk komunikasi.
25.2. PEMBIDA dikehendaki memastikan masa penyelesaian (resolution time)
bagi sebarang masalah yang dilaporkan berjaya diselesaikan dengan
sempurna dalam tempoh empat (4) jam selepas laporan dibuat.
25.3. Bagi komponen pembangunan aplikasi dan produk data, PEMBIDA
dikehendaki memastikan mematuhi perkara berikut (tidak terhad):
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 28/51
Bil.
Petunjuk SLA
1. Tempoh masa dan peratus portal tersedia diakses setiap bulan / tahun (uptime)
Sekurang-kurangnya 99.5% uptime (downtime : 43 jam dan 48 minit setahun).
2. Tempoh masa paparan portal (loading time) bagi setiap paparan kurang daripada lima (5) saat.
Masa capaian 10 saat dan ke bawah semasa capaian pada masa puncak:
10.00am to 1.00pm; atau 2.00pm to 4.00pm
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 29/51
25.4. Bagi komponen pembangunan aplikasi dan produk data, PEMBIDA
dikehendaki memastikan mematuhi perkara berikut (tidak terhad):
26. LOGISTIK
26.1. PEMBIDA yang berjaya HENDAKLAH menyediakan kemudahan bagi
Project Management Office (PMO) di tempat yang berdekatan bagi
menempatkan ahli pasukan projek dan semua peralatan yang diperlukan
untuk tujuan pembangunan projek. Pihak Kerajaan TIDAK menyediakan
tempat dan fasiliti untuk ahli pasukan PMO.
26.2. PEMBIDA yang berjaya MESTILAH menanggung kos bagi mobilisasi
PMO, pengangkutan, penempatan perkakasan dan perjalanan ke luar
stesen untuk pasukan projek PEMBIDA yang perlu melakukan kerja luar
dan lain-lain kos termasuk kos mencetak laporan (sekiranya ada),
komunikasi dan dokumentasi.
27. PERTIKAIAN
27.1. Sebarang pertikaian yang terbit antara Kerajaan dengan PEMBIDA
mengenai pentafsiran, pengertian atau kuasa-kuasa persetujuan, atau hak
dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang
terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya, hendaklah selainnya
dipersetujui dengan bertulis antara Kerajaan dengan PEMBIDA,
dirujukkan kepada penimbangtaraan dua (2) orang, seorang dilantik oleh
Kerajaan dan seorang oleh PEMBIDA. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu
hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.
SEKSYEN C : KETERANGAN PROJEK
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 30/51
28. LATAR BELAKANG PROJEK
28.1. Projek Data Raya Sektor Awam (DRSA) terkandung dalam Pelan Strategik
ICT Sektor Awam 2016 – 2020 seperti berikut:
Teras 2 : Kerajaan Berpacukan Data
Strategi 1: Pemanfaatan Data Kerajaan
Program 2: Lonjakan Inisiatif Data Raya Sektor Awam (DRSA)
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 31/51
28.2. Projek Rintis Data Raya Sektor Awam telah dilaksanakan bermula pada
tahun 2015 yang meliputi pembangunan 4 produk data.
28.3. Susulan daripada projek rintis tersebut, sebanyak 12 agensi juga telah
mengikuti program coaching dan latihan bagi pembangunan produk data
bagi agensi masing-masing, dimana lapan (8) produk data telah berjaya
dihasilkan.
28.4. Pembangunan produk data tersebut dibangunkan di atas platform Data
Raya Sektor Awam yang ditempatkan di MAMPU. Platform ini menyokong
pembangunan produk data daripada agensi-agensi di bawah sektor awam.
28.5. Projek Data Raya Sektor Awam (DRSA) 2.0 adalah kesinambungan
pelaksanaan inisiatif analitis data raya yang telah dimulakan sejak tahun
2014. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan
inisiatif analitis data raya di Sektor Awam seperti berikut:
28.5.1. Membangunkan produk data baharu dan meningkatkan
kompetensi penjawat awam dalam bidang sains data.
28.5.2. Menambah baik proses membuat keputusan bagi membolehkan
perancangan yang lebih strategik dan pemantauan perkhidmatan
kerajaan dengan lebih berkesan.
28.5.3. Melaksanakan analisis data bagi mendapatkan pengetahuan atau
insight yang berciri diskriptif, diagnostik, prediktif dan preskriptif ke
arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
28.5.4. Meningkatkan keupayaan penjawat awam dalam bidang sains
data melalui coaching dan latihan.
28.5.5. Memaksimumkan penggunaan dan perkongsian data Kerajaan
dan data media sosial bagi membudayakan inovasi berpacukan
pelbagai jenis data (data driven).
28.6. Senarai perisian dan infrastruktur sedia ada Data Raya Sektor Awam (DRSA) adalah seperti Lampiran A-16.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 32/51
29. TEMPOH PROJEK
29.1. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah lima belas (15) bulan bermula dari
tarikh Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance) dikeluarkan. PEMBIDA yang berjaya MESTI menyempurnakan projek ini dalam tempoh 15 bulan. Tempoh waranti pembangunan aplikasi dan produk data adalah seperti Para 22.
30. SKOP PROJEK
30.1. Skop kerja tender ini adalah untuk pelaksanaan Projek Analitis Data Raya
Sektor Awam (DRSA) 2.0 yang mengandungi sembilan (9) skop seperti
berikut:
30.1.1. Pembangunan Produk Data oleh Syarikat
30.1.2. Pembangunan Aplikasi Pengurusan DRSA
30.1.3. Coaching
30.1.4. Latihan Kompetensi
30.1.5. Latihan Pensijilan
30.1.6. Pengurusan Projek
30.1.7. Pengurusan Perubahan
30.1.8. Security Posture Assessment (SPA)
30.1.9. Kajian Impak
30.1.1 Pembangunan Produk Data oleh Syarikat
PEMBIDA MESTI membangunkan 12 produk data bagi 12 agensi yang dipersetujui oleh Kerajaan menggunakan tools *RapidMiner dan *Tableau TIDAK TERHAD kepada aktiviti-aktiviti berikut :
(a) Menyediakan pelan pelaksanaan pembangunan produk data;
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 33/51
(b) Melaksanakan satu (1) taklimat berkenaan Projek DRSA dan pembangunan BRS, selama satu (1) hari untuk 100 peserta termasuk makan minum (3 kali sehari) di premis Kerajaan yang bersesuaian serta menyediakan bahan taklimat (folder, alat tulis dan lain-lain);
(c) Melaksanakan bengkel Pembangunan BRS selama 3 hari bagi maksimum 60 peserta;
(d) Melaksanakan bengkel Semakan BRS selama 3 hari bagi maksimum 60 peserta;
(e) Melaksanakan bengkel Pembentangan dan Perakuan BRS selama 3 hari bagi maksimum 60 peserta;
(f) Melaksanakan ketiga-tiga sesi bengkel di premis Kerajaan yang bersesuaian;
(g) Menyediakan makan minum (3 kali sehari), bahan percetakan/alat tulis/keurusetiaan bagi ketiga-tiga sesi bengkel;
(h) Melaksanakan ELT (extract, load, transform) merangkumi pelbagai jenis sumber data daripada sekurang-kurangnya 12 agensi;
(i) Melaksanakan data cleansing, exploratory data analysis, modelling dan analitis tahap prediktif atau preskriptif;
(j) Membangunkan visualisasi (dashboard) yang bersesuaian bagi 12 produk data;
(k) Melaksanakan Provisional Acceptance Test (PAT) termasuk performance test dan Final Acceptance Test (FAT);
(l) Menyediakan sekurang-kurangnya seorang (1) Data Scientist dan enam (6) ahli pasukan yang berpengalaman dalam bidang sains data dan platfom data raya; dan
(m) Perincian skop kerja adalah seperti di LAMPIRAN A-3 Bil. 1.* Nota: Tools Tableau dan Rapidminer telah sedia ada di premis MAMPU.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 34/51
30.1.2 Pembangunan Aplikasi Pengurusan DRSA
PEMBIDA MESTI membangunkan satu (1) Aplikasi Pengurusan DRSA
(dashboard) yang memaparkan maklumat produk data projek terdahulu dan
semasa yang dibangunkan menggunakan tools *R, *RapidMiner dan
*Tableau. Pembangunan Aplikasi Pengurusan DRSA TIDAK TERHAD
kepada aktiviti-aktiviti berikut:
(a) Menyediakan pelan pembangunan aplikasi;
(b) Menyediakan User Requirement Specification (URS),
System Requirement Specification (SRS) dan System
Design Specification (SDS);
(c) Membangunkan satu aplikasi yang menggabungkan dua (2)
dashboard Projek DRSA terdahulu di platform DRSA yang
dibangun menggunakan tools R, RapidMiner dan Tableau;
(d) Dashboard yang dibangunkan mesti boleh memaparkan
maklumat-maklumat berikut:
- Laporan Log Masuk Pengguna
- Laporan Pengemaskinian Data oleh Agensi
- Senarai Agensi (dinamik bergantung kepada bilangan
agensi)
- Selenggara Akaun Pengguna
- Pendaftaran Pengguna
- Dan lain-lain (jika ada);
(e) Melaksanakan User Acceptance Test (UAT);
(f) Melaksanakan pemindahan aplikasi dari persekitaran
development ke production;
(g) Melaksanakan Provisional Acceptance Test (PAT) termasuk
performance test dan Final Acceptance Test (FAT);
(h) Menyediakan dokumen dan memberi latihan kepada
maksimum sepuluh (10) pengguna sistem bagi sekurang-
kurangnya dua (2) hari serta menyediakan makan minum (3
kali sehari);
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 35/51
(i) Menyediakan dokumen dan memberi latihan kepada
maksimum sepuluh (10) pengguna sistem bagi sekurang-
kurangnya dua (2) hari serta menyediakan makan minum (3
kali sehari);
(j) Menyediakan dokumen dan melaksanakan Transfer of
Technology (ToT) sekurang-kurangnya lima (5) hari
termasuk makan minum (3 kali sehari); dan
(k) Perincian skop kerja adalah seperti di LAMPIRAN A-3 Bil. 2.* Nota: Tools R, Tableau dan Rapidminer telah sedia ada di
premis MAMPU.
30.1.3 Coaching
PEMBIDA MESTI melaksanakan coaching kepada pasukan Kerajaan bagi
pembangunan lima (5) produk data TIDAK TERHAD kepada aktiviti-aktiviti
berikut:
(a) Menyediakan jadual pelaksanaan coaching;
(b) Melaksanakan coaching eksplorasi data, pembangunan
model analisis, pembangunan produk data, pengujian dan
transisi kepada produksi menggunakan perisian sumber
terbuka R;
(c) Menyediakan saluran komunikasi untuk peserta coaching
berinteraksi seperti online forum dan lain-lain yang
bersesuaian;
(d) Menyediakan dokumentasi seperti manual latihan dan lain-
lain yang berkaitan;
(e) Menyediakan sekurang-kurangnya seorang (1) Data
Scientist dan lima (5) ahli pasukan yang berpengalaman
dalam bidang sains data dan platfom data raya; dan
(f) Perincian skop kerja adalah seperti di LAMPIRAN A-3 Bil 3.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 36/51
30.1.4 Latihan Kompetensi
PEMBIDA MESTI melaksanakan sepuluh (10) sesi latihan kompetensi
berkaitan analitis data raya seperti LAMPIRAN A-11 dan TIDAK TERHAD kepada aktiviti-aktiviti berikut:
(a) Menyediakan pelan pelaksanaan latihan kompetensi
termasuk silibus bagi 10 sesi latihan (tanpa pensijilan).
Contoh latihan adalah seperti berikut:
(i) R Programming For Data Science (Fundamental & Intermediate)
(ii) Python For Data Science (Fundamental & Intermediate)
(iii) Machine Learning and Artificial Intelligence (Intermediate)
(iv) Tableau Desktop (Fundamental)(v) Tableau Desktop (Intermediate)(vi) RapidMiner (Data Mining & Predictive Analytic)(vii) BDA For Data Science(viii) Enterprise Data Practitioner(ix) Hadoop Developer(x) Hadoop Administrator.
(b) Melaksanakan latihan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hari
di premis Kerajaan serta menyediakan makan minum (3 kali
sehari) kepada maksimum 20 peserta bagi setiap latihan;
(c) Menyediakan manual dan kit latihan termasuk alat tulis
seperti fail, buku nota, pen dan lain-lain peralatan kepada
peserta bagi setiap sesi; dan
(d) Perincian skop kerja adalah seperti di LAMPIRAN A-3 Bil. 4.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 37/51
30.1.5 Latihan pensijilan
PEMBIDA MESTI melaksanakan tiga (3) tahap latihan pensijilan
berkaitan analitis data raya iaitu Fundamental, Intermediate dan Advance kepada penjawat awam yang dipersetujui oleh Kerajaan TIDAK TERHAD kepada aktiviti-aktiviti berikut:
(a) Menyediakan pelan pelaksanaan latihan bagi cadangan
latihan seperti di LAMPIRAN A-11;
(b) Menguruskan pelaksanaan latihan dan ujian serta
memastikan pembekal latihan yang dipilih oleh syarikat
adalah bertauliah untuk melaksanakan latihan dan ujian;
(c) Memastikan setiap peserta dibekalkan dengan peralatan
komputer/kemudahan/tempat latihan yang bersesuaian
dengan keperluan latihan;
(d) Menyediakan sambungan internet di lokasi latihan pada
setiap masa semasa program dijalankan;
(e) Menyediakan kit latihan termasuk alat tulis seperti fail, buku
nota, pen dan lain-lain peralatan kepada setiap peserta;
(f) Menyediakan makan minum (3 kali sehari) kepada peserta
sepanjang tempoh latihan;
(g) Penyedia latihan mestilah diiktiraf bagi melaksanakan latihan
yang ditawarkan. Sila nyatakan pengiktirafan yang diterima
seperti Accredited Training Organization (ATO) Affiliate,
Authorised Training Centre, Authorised Training Partner dan
lain-lain bagi setiap kursus/latihan yang berkaitan di dalam
LAMPIRAN A-15; (h) Mengurus, mengawal, mengemaskini dan merekod latihan
pegawai-pegawai yang terlibat dalam kursus melalui satu
rekod yang boleh diakses oleh MAMPU;
(i) Menyediakan borang dan laporan penilaian latihan;
(j) Menyediakan Laporan Latihan yang mengandungi rekod
kehadiran peserta, maklum balas dan lain-lain yang
berkaitan dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah selesai
setiap latihan; dan
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 38/51
(k) Perincian skop kerja adalah seperti di LAMPIRAN A-3 Bil. 5.
30.1.6 Pengurusan Projek
PEMBIDA MESTI melaksanakan pengurusan projek daripada mula projek sehingga tamat TIDAK TERHAD kepada aktiviti-aktiviti berikut:
(a) Menyediakan seorang (1) Pengurus Projek secara sepenuh
masa yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya
tiga (3) hingga lima (5) tahun dan mempunyai kelayakan
yang bersesuaian;
(b) Menyediakan Pejabat Pengurusan Projek (PMO) yang
dianggotai sekurang-kurangnya seorang (1) staf syarikat
sepanjang tempoh projek;
(c) Menyediakan semua templat, slaid, minit mesyuarat, laporan
dan lain-lain dokumen mengikut standard yang dipersetujui
oleh Kerajaan;
(d) Melaksanakan semua aktiviti-aktiviti pengurusan projek
mengikut standard yang ditetapkan oleh Kerajaan;
(e) Menyediakan dua (2) unit Laptop dan dua (2) unit Projektor
LCD untuk kegunaan pasukan projek di sepanjang tempoh
projek; dan
(f) Perincian skop kerja adalah seperti di LAMPIRAN A-3 Bil. 6.
30.1.7 Pengurusan Perubahan
PEMBIDA MESTI melaksanakan program pengurusan perubahan yang
telah dirancang sepanjang tempoh projek TIDAK TERHAD kepada aktiviti-
aktiviti penyediaan bahan promosi berikut:
(a) Menyediakan sekurang-kurangnya lima (5) jenis bahan
promosi digital seperti infografik, web banner, klip animasi
dan lain-lain yang bersesuaian dalam dwibahasa iaitu
Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) berkaitan
inisiatif Data Raya Sektor Awam (DRSA);
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 39/51
(b) Menulis, menyunting, menterjemah dan mencetak 200
naskah buku berbentuk coffee table bertajuk The Journey of
DRSA (tajuk tentatif) sekurang-kurangnya 200-300
mukasurat dalam dwibahasa (BM dan BI) berkaitan inisiatif
DRSA yang turut merangkumi topik Maturity Assessment di
Sektor Awam;
(c) Mereka bentuk dan mencetak 2000 naskah phamplet dan
sepuluh (10) buah bunting dalam dwibahasa (BM dan BI)
berkaitan inisiatif DRSA;
(d) Menyediakan bahan cenderahati iaitu 1000 buah buku nota,
2000 batang pen, 1000 buah beg, 1000 kaki payung, 1000
buah keychain dan 500 USB pendrive bersaiz 32GB setiap
satu;
(e) Menghasilkan video korporat pencapaian DRSA berdurasi
sekurang-kurangnya lima (5) minit dalam dwibahasa (BM
dan BI) berkaitan inisiatif DRSA; dan
(f) Perincian skop kerja adalah seperti di LAMPIRAN A-3 Bil. 7.
30.1.8 Security Posture Assessment (SPA)
PEMBIDA MESTI melaksanakan SPA ke atas platform DRSA TIDAK
TERHAD kepada aktiviti-aktiviti berikut:
(a) Pelaksanaan SPA hendaklah DILAKSANAKAN OLEH
PIHAK KETIGA yang mempunyai kepakaran, pengalaman
dan dipersetujui oleh Kerajaan;
(b) Menyediakan pelan pelaksanaan SPA ke atas platform
DRSA;
(c) Menggunakan tools SPA PEMBIDA. Pihak Kerajaan tidak
akan menanggung sebarang kos perolehan tools yang akan
digunakan;
(d) Melaksanakan semakan terhadap dokumen Dasar
Keselamatan ICT yang telah dibangunkan;
(e) Menilai amalan keselamatan fizikal;
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 40/51
(f) Melaksanakan pengujian penembusan keselamatan secara
dalaman (Internal Penetration Testing);
(g) Melaksanakan pengujian penembusan keselamatan secara
luaran (External Penetration Testing);
(h) Melaksanakan pengujian Kotak Hitam (Black Box Testing);
(i) Menilai keselamatan rangkaian dan hos;
(j) Menyediakan/mengesyorkan cadangan langkah-langkah
pengukuhan keselamatan ICT;
(k) Melaksanakan langkah-langkah pengukuhan keselamatan
ICT seperti yang dicadangkan. Aktiviti pengujian
keselamatan ICT perlu dilaksanakan semula bagi
memastikan tiada kelemahan pada sistem; dan
(l) Perincian skop kerja adalah seperti di LAMPIRAN A-3 Bil. 8.
30.1.9 Kajian Impak
PEMBIDA MESTI melaksanakan kajian impak ke atas dua (2) Projek
Analitis Data Raya sebelum ini iaitu Projek Rintis DRSA dan Projek
Peluasan DRSA bagi mendapatkan maklumbalas serta mengkaji
keberkesanan pelaksanaan TIDAK TERHAD kepada aktiviti-aktiviti
berikut:
(a) Menyediakan pelan pelaksanaan kajian bagi tempoh lima
(5) bulan termasuk objektif kajian impak;
(b) Pasukan kajian perlu mempunyai pengalaman sekurang-
kurangnya lima (5) tahun dalam melaksanakan kajian
impak;
(c) Melaksanakan kajian dengan menggunakan kaedah soal
selidik dan temubual ke atas dua (2) Projek DRSA
terdahulu iaitu Projek Rintis DRSA dan Projek Peluasan
DRSA yang melibatkan 16 agensi serta 60 responden di
sekitar Lembah Klang;
(d) Kajian impak perlu mengikut proses dan format standard
yang dipersetujui oleh Kerajaan
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 41/51
(e) Menyediakan Laporan Interim dan Laporan Akhir Kajian
Impak; dan
(f) Perincian skop kerja adalah seperti di LAMPIRAN A-3 Bil. 9.
30.2 Dalam memenuhi skop kerja tender ini, PEMBIDA MESTI mematuhi
segala arahan, dasar dan prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang diperlukan yang tidak
terkeluar daripada skop projek, PEMBIDA MESTILAH melaksanakan
perubahan tersebut tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.
31. MAKLUMAT INFRASTRUKTUR DAN PERISIAN SEDIA ADA
31.1. Tawaran tender yang dicadangkan MESTILAH mengguna pakai
infrastuktur dan perisian sedia ada di Pusat Data Sektor Awam (PDSA)
seperti di LAMPIRAN A-16.
31.2. PEMBIDA dikehendaki terlebih dahulu memanfaatkan dan mengguna
pakai infrastruktur dan perisian ICT sedia ada sebaik mungkin. Sekiranya
infrastruktur dan perisian ICT sedia ada tidak memenuhi keperluan
pembangunan maka PEMBIDA boleh mencadangkan infrastruktur dan
perisian ICT baru yang bersesuaian bagi membolehkan keseluruhan
projek beroperasi dengan lancar. Kos perisian yang dicadangkan
hendaklah ditanggung oleh pihak PEMBIDA.
31.3. PEMBIDA perlu memastikan semua perisian yang dicadangkan adalah
bersesuaian dan compatible dengan infrastruktur dan perisian DRSA yang
sedia ada di PDSA.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 42/51
32. PEMATUHAN DASAR, POLISI DAN GARIS PANDUAN BAGI KANDUNGAN DAN KESELAMATAN ICT
32.1. PEMBIDA hendaklah memastikan pelaksanaan perolehan adalah
mematuhi garis panduan dan polisi keselamatan yang telah ditetapkan
oleh pihak Kerajaan seperti berikut:
32.1.1. Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil.2 Tahun 2016
32.1.2. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 (Akta 680);
32.1.3. Arahan Teknologi Maklumat 2007 yang dikeluarkan oleh
MAMPU;
32.1.4. MyMIS - Malaysian Public Sector Management of ICT Security
Handbook;
32.1.5. Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 – Rangka Dasar Keselamatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan;
32.1.6. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 4 Januari
2010 iaitu Garis Panduan Transisi IPV6 Sektor Awam;
32.1.7. Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA
Versi 1.0);
32.1.8. Dasar-dasar lain, Polisi dan Garis Panduan berkaitan yang
dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; dan
32.1.9. Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA).
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 43/51
JILID I : DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL
33. PEMBIDA MESTI mengisi dengan lengkap dan mengemukakan jadual-jadual seperti dinyatakan di bawah sebagai sebahagian tawaran tender masing-masing. NAMA ATAU SEBARANG PENGENALAN KEPADA PEMBIDA TIDAK DIBENARKAN TERCATAT di mana-mana bahagian dalam JILID I. Kegagalan mematuhi perkara ini akan mengakibatkan TAWARAN PEMBIDA DITOLAK.
34. PEMBIDA dikehendaki merujuk kepada Seksyen C : Keterangan Projek dalam
menyediakan dan mengemukakan Tawaran Teknikal.
35. Format Dokumen Tawaran Teknikal adalah seperti berikut:
35.1. Isi Kandungan35.1.1. Setiap bahagian dan sub-bahagian di dalam dokumen tawaran
teknikal hendaklah disenaraikan termasuk semua dokumen
berkaitan.
35.2. Senarai Semak Cadangan Teknikal
35.2.1. PEMBIDA hendaklah mengemukakan semua lampiran untuk
cadangan teknikal termasuk dokumen-dokumen berkaitan dan
melengkapkan senarai semak yang disediakan seperti di
LAMPIRAN A.
35.3. Ringkasan Eksekutif dan Cadangan Projek
35.3.1. PEMBIDA dikehendaki memberi penerangan secara keseluruhan
kaedah penyelesaian dan cadangan pelaksanaan projek ini
seperti format di LAMPIRAN A-1.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 44/51
35.4. Jadual Cadangan Teknikal
35.4.1. PEMBIDA dikehendaki memberi penerangan secara terperinci
pendekatan dan kaedah yang akan digunakan untuk
melaksanakan aktiviti perkhidmatan yang dicadangkan dan lain-
lain yang boleh memberi tambah-nilai atau value-added kepada
pelaksanaan projek (sekiranya ada) seperti format di LAMPIRAN A-2.
35.5. Jadual Spesifikasi Perisian
35.5.1. PEMBIDA dikehendaki mengemukakan cadangan spesifikasi
perisian yang sesuai dan terkini selaras dengan cadangan
penyelesaian (jika ada).
35.5.2. Brosur dan risalah berkaitan dan perisian yang dicadangkan
hendaklah juga disertakan sekiranya berkaitan.
35.5.3. PEMBIDA dikehendaki mengemukakan surat jaminan daripada
pengeluar / pembuat bagi setiap perisian (sekiranya ada) yang
dicadangkan mengikut format seperti di LAMPIRAN A-4 (NAMA SYARIKAT PERLU DIPADAMKAN).
35.6. Pengalaman PEMBIDA
35.6.1. PEMBIDA dikehendaki menerangkan mengenai pengalaman PEMBIDA secara umum dan khusus dalam pembekalan, pengurusan perubahan, penyediaan perkhidmatan perisian terutama dalam bidang Sains Data dan sumber terbuka serta
pengetahuan mengenai bidang projek yang dicadangkan.
Maklumat Pengalaman PEMBIDA hendaklah dikemukakan
seperti format di LAMPIRAN A-5.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 45/51
35.7. Khidmat Sokongan Teknikal Dalam Tempoh Waranti
35.7.1. PEMBIDA dikehendaki menerangkan dengan terperinci sokongan teknikal dalam tempoh waranti yang merangkumi Service Delivery serta Waranti dan Sokongan seperti format di
LAMPIRAN A-6. Penerangan MESTI merangkumi semua
perkakasan (sekiranya ada), perisian dan aplikasi yang
dibekalkan.
35.7.2. PEMBIDA juga MESTI mengemukakan Surat Perakuan daripada
pengeluar / pembuat, yang memperakukan peralatan (sekiranya ada) dan perkhidmatan yang dibekalkan dapat berfungsi dengan baik dalam tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
35.8. Metodologi Pengurusan Projek
35.8.1. PEMBIDA dikehendaki menerangkan secara terperinci metodologi
pengurusan projek yang digunakan dalam projek ini selari
dengan Metodologi Pengurusan Projek ICT Sektor Awam
(PPRiSA) untuk memastikan ia memenuhi keperluan projek
mengikut format seperti di LAMPIRAN A-7. Metodologi projek
PEMBIDA hendaklah termasuk prinsip-prinsip keseluruhan,
rangka kerja utama dan prosedur am dalam merancang,
mengurus dan melaksanakan penyelesaian dan perkhidmatan.
Penerangan Metodologi Pengurusan Projek hendaklah merangkumi tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
36.8.1.1 Methodology Project Management;
36.8.1.2 Project Team Structure;
36.8.1.3 Project Management Office (PMO);
36.8.1.4 Project Monitoring and Reporting;
36.8.1.5 Risk Management;
36.8.1.6 Issue Management;
36.8.1.7 Quality Management ; dan
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 46/51
36.8.1.8 Change Management
35.9. Senarai Ahli Pasukan Projek
35.9.1. PEMBIDA dikehendaki mengemukakan maklumat berkenaan ahli-ahli pasukan projek ini dengan lengkap seperti format di LAMPIRAN A-8. Semua ahli pasukan projek PEMBIDA yang
berjaya akan dikehendaki menjalani Tapisan Keselamatan dan
semakan keselamatan secara berkala oleh Pejabat Ketua
Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO). Pasukan projek
hendaklah mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang seperti
berikut:
36.9.1.1 Sains Data
36.9.1.2 Pembangunan aplikasi;
36.9.1.3 Pengurusan risiko;
36.9.1.4 Quality Assurance;
36.9.1.5 Peralatan, perkakasan dan perisian yang disediakan;
36.9.1.6 Rangkaian;
36.9.1.7 Keselamatan ICT / Maklumat;
36.9.1.8 Persekitaran Hadoop
36.9.1.9 Kaedah/teknik Coaching
36.9.1.10 Penggunaan tools (R, Rapidminer, Tableau, dan lain-
lain) yang terlibat dalam pembangunan;
36.9.1.11 Perisian Sumber Terbuka; dan
36.9.1.12 Transfer of Technology untuk pembangunan sistem
36.9.1.13 Pengurusan projek
35.10. Carta Organisasi
35.10.1. PEMBIDA dikehendaki mengemukakan cadangan carta
organisasi projek yang sesuai serta mengandungi bilangan dan peranan ahli pasukan projek seperti format di LAMPIRAN A-9.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 47/51
35.11. Curriculum Vitae
35.11.1. PEMBIDA dikehendaki mengemukakan curriculum vitae untuk
ahli pasukan projek seperti format di LAMPIRAN A-10.
35.12. Jadual Pelaksanaan Projek
35.12.1. PEMBIDA MESTI mencadangkan jadual pelaksanaan projek
dalam bentuk Gantt Chart bagi skop kerja projek. Cadangan
jadual tersebut adalah seperti format di LAMPIRAN A-12.
35.13. Pelan Pengurusan Risiko – boleh disekalikan dalam pelan pengurusan projek
35.13.1. PEMBIDA MESTI mengenal pasti risiko yang mungkin dihadapi dalam melaksanakan projek ini dan mengemukakan pelan dan melaksanakan pengurusan risiko bagi menangani
risiko tersebut. Pelan tersebut MESTI mengandungi antara
lain strategi pengurusan risiko yang menerangkan pendekatan bagi mengenal pasti risiko, analisis dan cara-cara mengatasinya. Cadangan pelan tersebut hendaklah
dikemukakan seperti format di LAMPIRAN A-13.
35.14. Jadual Pematuhan Tender
35.14.1. PEMBIDA dikehendaki untuk mematuhi arahan PEMBIDA
seperti di LAMPIRAN A-14. PEMBIDA MESTI menyediakan
penerangan secara terperinci berkaitan cadangan yang
dikemukakan.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 48/51
JILID II : DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN
36. PEMBIDA MESTI mengisi dengan lengkap dan mengemukakan semua tawaran
kewangan seperti yang dinyatakan di LAMPIRAN B. Kegagalan mematuhi
perkara ini boleh mengakibatkan tawaran DITOLAK. Format Tawaran Kewangan adalah seperti berikut:
36.1. Isi Kandungan36.1.1. Setiap bahagian dan sub-bahagian di dalam Dokumen Tawaran
Kewangan MESTI disenaraikan termasuk semua dokumen
berkaitan.
36.2. Senarai Semak Cadangan Kewangan
36.2.1. Setiap bahagian dan sub-bahagian di dalam cadangan kewangan
hendaklah disenaraikan termasuk semua dokumen berkaitan
seperti format di LAMPIRAN B.
36.3. Ringkasan Eksekutif dan Latar Belakang PEMBIDA
36.3.1. PEMBIDA MESTI menyediakan Ringkasan Eksekutif dan
keterangan mengenai Latar Belakang PEMBIDA seperti format
di LAMPIRAN B-1.
36.4. Keterangan Mengenai PEMBIDA
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 49/51
36.4.1. PEMBIDA dikehendaki mengemukakan maklumat kedudukan
modal syarikat, pemilik saham dan lain-lain maklumat seperti
format yang dilampirkan di LAMPIRAN B-2. Selain dari itu,
PEMBIDA juga dikehendaki menyertakan semua salinan sijil yang
disahkan beserta surat-surat kenyataan seperti berikut:
(a) Salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
yang masih sah seperti format yang dilampirkan di
LAMPIRAN B-4;
(b) Salinan Sijil Taraf Bumiputera Pendaftaran dengan
Kementerian Kewangan (jika ada) seperti format yang
dilampirkan di LAMPIRAN B-5;
(c) Sijil Pendaftaran SST dengan Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (jika ada);
(d) Salinan Penyata Bank yang terkini bagi tiga (3) bulan iaitu bulan Mei, Jun dan Julai 2019 seperti format yang
dilampirkan di LAMPIRAN B-6;
(e) Salinan Penyata Kewangan Syarikat bagi tiga (3) tahun
terkini yang telah diaudit seperti format yang dilampirkan di
LAMPIRAN B-7;
(f) Surat Pengesahan Bank / Institusi Kewangan Mengenai
Kemudahan Kredit Dari Bank/Institusi Kewangan yang diberi
(jika ada); dan
(g) Surat jaminan daripada pengeluar / pembuat bagi setiap
peralatan/produk yang dicadangkan termasuk dari pihak
ketiga (sekiranya ada).
36.5. Surat Jaminan Pengeluar / Pembuat
36.5.1. PEMBIDA dikehendaki mengemukakan Surat Jaminan Pengeluar / Pembuat setiap perkakasan, perisian perkhidmatan
dan peralatan sokongan yang dicadangkan sekiranya berkaitan.
36.6. Jadual Harga
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 50/51
36.6.1. PEMBIDA MESTI meneliti dan mengisi Jadual Harga seperti
format di LAMPIRAN B-3. PEMBIDA MESTI memastikan setiap muka surat ditandatangani bagi tujuan pengesahan.
36.7. Borang Jaminan Bank Untuk Bon Pelaksanaan
36.7.1. PEMBIDA yang berjaya dikehendaki mengemukakan bon
pelaksanaan seperti format di LAMPIRAN B-10.
36.8. Surat Akuan PEMBIDA
36.8.1. PEMBIDA dikehendaki membuat pengesahan integriti dengan
menyertakan akuan PEMBIDA melalui Integrity Pact dalam
Perolehan Kerajaan seperti format di LAMPIRAN B-8.
36.9. Surat Akuan PEMBIDA Berjaya
36.9.1. PEMBIDA dikehendaki mengemukakan akuan PEMBIDA berjaya
seperti format di LAMPIRAN B-9.
36.10. Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat Tender
36.10.1. PEMBIDA dikehendaki mengemukakan borang pengesahan
kehadiran taklimat tender seperti format di LAMPIRAN B-11.
36.11. Surat Perwakilan Kuasa
36.11.1. PEMBIDA dikehendaki mewakilkan kuasa untuk
menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan
seperti format di LAMPIRAN B-12.
TENDER/MAMPU/PERKHIDMATAN/03/2019 51/51
Top Related