PENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN
HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG
Kepada
[nama ladang]
OlehDIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
27-2-2B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, 43650 Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-89269103 (4 Lines)Fax: +603-89268351
Email: [email protected]: www.diversatechfertilizer.com
KANDUNGAN Mukasurat
1
RINGKASAN EKSEKUTIF 3
PENGENALAN 4
KEBERKESANAN 6
POTENSI TERBARU 7
JUSTIFIKASI KENAIKAN HASIL BAJA KAMILATM 9
KAEDAH APLIKASI BAJA KAMILATM 10
PERBEZAAN KOS BAJA KAMILATM BERBANDING BAJA LAIN 11
SYOR DAN CADANGAN 11
SPESIFIKASI 11
RINGKASAN EKSEKUTIF
2
Baja KAMILATM (Controlled-Release Fertilizer atau CRF) adalah sejenis baja lepas
terkawal yang dilengkapi dengan 16 nutrien-nutrien makro dan mikro tanaman. Baja
larut air secara terkawal ini diformulasikan secara seimbang khas untuk tanaman
sawit dan buah-buahan di tanah tropika. Baja jenis terkawal yang mengandungi
nutrien mikro lengkap ini adalah yang pertama dibangunkan di Malaysia dengan
kerjasama saintis-saintis dari UPM dan menggunakan Teknologi Agglomerasi dari
Jerman iaitu bagi meningkatkan efisiensi pengambilan nutrien dan mengurangkan
proses larutlesap. Sinergi agglomerasi polimer dan pengambilan nutrien yang
efisien ini berpotensi mengurangkan kos pembajaan kepada perladangan sehingga
90%.
Inovasi formulasi baja ini juga telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan segar
(BTS) sehingga 25% melalui kajian saintifik selama lebih 10 tahun yang dijalankan
bersama UPM terhadap ladang-ladang terpilih (Rajah 1). Kenaikan hasil BTS
adalah disebabkan pertambahan bilangan tandan setiap pokok dan juga kenaikan
berat setiap tandan.
Memandangkan potensi keuntungan yang besar dengan penggunaan baja
KAMILATM ini, pihak Diversatech Fertilizer dengan ini ingin mencadangkan agar
pihak Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor dapat mempertimbangkan
menggunakan baja ini secara percubaan komersil berdasarkan data dari kajian di
ladang. Diversatech Fertilizer Sdn Bhd. sebagai satu-satunya sebuah syarikat
bumiputera yang tunggal dalam mengilang baja NPK di Malaysia, ingin memohon
agar pihak Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor dapat memberi peluang dan
sokongan menggunakan baja KAMILA bagi ladang-ladang Koperasi Permodalan
Melayu Negeri Johor agar peningkatan hasil sawit yang baik dapat diteruskan
secara mampan.
PENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS
PEMBAJAAN DI LADANG
3
PENGENALAN Baja KAMILATM (Controlled-Release Fertilizer atau CRF) adalah sejenis
baja lepas terkawal yang lengkap dengan 16 nutrien-nutrien makro dan
mikro tanaman yang diformulasikan secara seimbang khas untuk tanaman
sawit dan buah-buahan di tanah tropika. Baja jenis terkawal yang
mengandungi nutrien mikro lengkap ini adalah yang pertama dibangunkan
di Malaysia melalui penyelidikan oleh saintis-saintis dari UPM dengan
menggunakan Teknologi dari Jerman iaitu melalui teknik Agglomerasi
yang disaluti dengan Polimer bagi meningkatkan efisiensi pengambilan
nutrien, mengurangkan proses larutlesap nutrient sehingga 40%, serta
meningkatkan hasil tanaman sawit. Sinergi agglomerasi polimer ini telah
dapat mengurangkan kos pembajaan kepada perladangan sehingga 90%.
Inovasi formulasi baja ini telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan
segar (BTS) sehingga 30 % melalui kajian saintifik selama lebih 10 tahun
yang dijalankan dengan UPM terhadap ladang-ladang terpilih (Rajah 1).
Sumber kenaikan hasil BTS adalah dikaitkan dengan pertambahan
bilangan tandan setiap pokok dan juga berat setiap tandan. Baja
KAMILATM ini telah secara rasmi di komersilkan pada September 2009.
KAMILA BLUE
KAMILA GREEN
4
Berat Tandan Segar Tahun 07/08
900
10001100
12001300
14001500
16001700
18001900
2000
T3 T10 T13 T5 T11 T4 T6 T15 T8 T7 T2 T9 T1 T12 T16 T14
16 Jenis Baja
FFB
(kg/
plot
)
Baja Tunggal NPK (T13)
Baja KAMILATM
30 %
Gambar 1. Kajian di Ladang palong RISDA.
Rajah 1. Kajian bandingan formulasi baja KAMILATM dengan 16 Jenis baja di Ladang Palong, Espek, RISDA (tahun 2002-2008).
KEBERKESANANBaja KAMILATM lepas terkawal ini berbentuk oval atau “briquette” dengan
mempunyai saiz samada 8 g atau 15 g. Ianya adalah 100% larut dalam
air tetapi kandungan nutrien dilepaskan secara terkawal iaitu dalam
5
tempoh kurang 2 bulan. Kadar perlepasan nutrien ini adalah selari
dengan keperluan fisiologi pokok sawit bagi memberi masa yang cukup
untuk pengambilan nutrien oleh tanaman melalui proses transpirasi.
Kajian saintifik menunjukkan jika jumlah hujan yang turun dalam 1-2 hari
sekitar 35 - 85 mm, hampir semua baja tunggal (straight fertilizer) atau
baja sebatian akan habis larut ataupun dibawa arus melalui larian
permukaan. Ini menyebabkan kerugian yang tinggi kerana hanya kurang
dari 50% sahaja nutrien yang dapat diambil oleh tumbuhan.
Melalui Teknologi Agglomerasi Polimer dari German, baja KAMILATM ini
berupaya mengurangkan proses larutlesap dan kehilangan dari larian
permukaan kerana disaluti oleh jaringan polimer yang bersifat
”hydrophobic” iaitu nyah air yang melarutkan kandungan nutrien baja ini
secara terkawal serta saiz baja yang besar sukar dilarikan air.
Baja KAMILATM juga telah diperkayakan dengan nutrien-nutrien mikro (B,
Cu, Mn, dan Zn) dengan kuantiti mengikut keperluan spesifikasi tanah
tropika. Nutrien-nutrien mikro ini berupaya mengaktifkan lebih 80
”Enzymes” untuk menggalakkan pembentukan tandan (bunga betina) dan
debunga (bunga jantan) yang subur dan aktif. Di antara keunggulan baja
KAMILATM pada tanaman sawit ialah:
KN
P
Mg
SK
N
P B Cu
N
Zn
Rajah 2. Briquette baja KAMILATM mengandungi nutrien yang disaluti oleh jaringan polimer hidropobik supaya nutrien-nutrien ini dapat dilepaskan ke dalam tanah secara perlahan sehingga 2 bulan.
Polimer Hidropobik
6
i. Meningkatkan aktiviti enzim-enzim tanaman
ii. Meningkatkan kandungan klorofil dan kadar fotosintesis
iii. Meningkatkan kesuburan bunga jantan (debunga).
iv. Meningkatkan berat tandan dan bilangan tandan sawit
v. Meningkatkan kadar perahan minyak (O.E.R)
vi. Mengandungi mikronutrien (Cu, Zn, B, Mn, Mo) untuk meningkatkan
imuniti pokok dari serangan oleh penyakit seperti ganoderma.
vii. Menambahkan pendapatan ladang.
POTENSI TERBARU
Melalui laporan penyelidikan saintifik, nutrien-nutrien mikro terpilih yang
terkandung dalam baja KAMILATM bukan sahaja meningkatkan hasil berat
tandan segar (BTS) tetapi juga boleh meningkatkan proses lignifikasi
dalam batang dan akar pokok sawit. Proses lignifikasi ini adalah salah
satu cara tindakbalas semulajadi biokimia dalam pokok bagi
meningkatkan ketahanan mekanikal oleh tisu tanaman dari serangan kulat
dan penyakit.
Selepas selulos, bahan organik yang banyak terdapat dalam tanaman
ialah lignin yang dijumpai dalam dinding sel xylem. Lignin menambahkan
kekuatan pada dinding sel secara mekanikal dan ini mengurangkan
serangan patogen terhadap tisu tanaman. Beberapa nutrien mikro terpilih
yang terdapat dalam Baja KAMILATM berupaya meningkatkan proses
biosintesis lignin dalam kebanyakan tanaman bagi mengurangkan potensi
serangan ganoderma.
Paterson et al. (2008) menyatakan perlu mencari kultivar pokok sawit
yang mempunyai kandungan lignin yang tinggi sebagai langkah untuk
mengurangkan infestasi penyakit Ganoderma. Beberapa nutrien mikro
seperti yang terdapat dalam baja KAMILATM berupaya meningkatkan
biosintesis lignin dalam tanaman dan unsur-unsur ini adalah seperti Cu,
Mn dan B (Marschner, 1995; Fairhurst dan Hardter, 2003; Datnoff et al.,
2007). Kandungan lignin ini akan membentuk seperti perisai disekeliling
saluran xylem bagi mengurangkan serangan hypa dari kulat ganoderma.
7
Gambar 2. Serangan Ganoderma amatlah mudah bagi pokok sawit yang
mempunyai kandungan lignin yang rendah dibahagian saluran xylem.
JUSTIFIKASI KENAIKAN HASIL BAJA KAMILATM
Kekurangan sesuatu nutrien akibat pemberian nutrien-nutrien dari bekalan
baja-baja tunggal (straight fertilizers) yang dibuat secara tidak serentak
iaitu diberi pada masa yang berlainan akan mengakibatkan berlakunya
kejadian “law of minimum” iaitu hasil sesuatu tanaman akan dihadkan oleh
nutrien yang tidak mencukupi pada sesuatu masa. Keadaan ini boleh
berlaku kerana setiap pusingan baja tunggal yang diberi mempunyai
interval antara 1-2 bulan. Jarak yang lama ini boleh mengakibatkan
nutrien yang diberi lebih awal itu akan kehilangan melalui proses
larutlesap dan larian permukaan. Pemberian unsur-unsur nutrien secara
8
serentak (simulteneous) melalui penggunaan baja kompaun atau baja
lepas terkawal seperti KAMILATM akan mengurangkan insiden berlakunya
“law of minimum” dan seterusnya akan meningkatkan hasil tanaman. Ini
adalah kerana nutrien-nutrien dalam tanaman tidak bertindak secara
berasingan tetapi secara bersama, oleh itu respon maksimum dari
pemberian sesuatu baja itu dari segi hasil dan ketahanan pokok terhadap
penyakit hanya akan berlaku apabila nutrien-nutrien ini semuanya berada
dalam keadaan seimbang dan tersedia mengikut keperluan fisiologi
sesuatu tanaman.
Gambar 3. Pokok yang di rawat sejak tahun 2002 dengan formulasi Baja Kamila
mendapat rekod pengeluaran hasil yang tinggi oleh pekebun kecil.
KAEDAH APLIKASI KAMILATM:
KAMILATM Blue: 10:6:20:2 + 5% Micronutrients
Jadual 1. Kadar dan kos penggunaan baja KAMILATM Blue:
Umur Sawit Kuantiti/pokok Jumlah (kg)/pokok Harga (RM)/t Kos (RM)
per pokok Kos (RM)/ha
1 Tahun 0.75 kg x 2 kali 1.50 kg 3,200.00 4.80 652.80*
27 tandan ketika pokok 5 tahun
FFB 200748 tan/ha
9
2 Tahun 1.5 kg x 2 kali 3.0 kg 3,200.00 9.60 130.56
3 Tahun 1.75 kg x 2 kali 3.5 kg 3,200.00 11.20 1523.20
4 Tahun 2.25 kg x 2 kali 4.5 kg 3,200.00 14.40 1958.40
5 Tahun 2.5 kg x 2 kali 5.0 kg 3,200.00 16.00 2176.00
> 6 Tahun 3 kg x 2 kali 6 kg 3,200.00 19.2 2611.20
*Kos sehektar = kos sepokok x 136 pokok/ha
Cara-cara Membaja KAMILATM Blue
A) Pokok 1-5 Tahun
Bagi kawasan tanah rata dan landai, membaja boleh dilakukan
dengan menabur baja KAMILATM Blue di bawah kanopi. Jika kawasan
berbukit dan curam, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 3
atau 4 lubang di kawasan bawah kanopi.
B) Pokok > 5 Tahun
Membaja boleh dilakukan di atas lorong timbunan pelepah (frond
stacking) bagi kawasan rata dan landai. Jika kawasan berbukit dan
curam, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 3 atau 4
lubang di kawasan bawah kanopi.
PERBEZAAN KOS BAJA KAMILATM BERBANDING BAJA LAIN.
Perbandingan dari segi kos dan faedah yang akan diperolehi dengan penggunaan baja
KAMILATM Blue telahpun ditunjukkan dalam Table 1, 2, 3, 4 dan 5. Faedah penggunaan baja
KAMILATM Blue selain mengurangkan kos pembajaan (berbanding baja kompaun), ia juga
meningkatkan hasil BTS, kedua-dua faktor ini akan memberi kesan impak yang positif dalam
menampung keseluruhan kos pembajaan baja yang dibuat secara konvensional.
10
SYOR DAN CADANGAN
Memandangkan potensi keuntungan yang besar dengan penggunaan baja
KAMILATM ini, pihak Diversatech Fertilizer dengan ini ingin mencadangkan agar
pihak Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) dapat
mempertimbangkan menggunakan baja ini secara percubaan komersil berdasarkan
data dari kajian di ladang. Diversatech Fertilizer Sdn Bhd. sebagai satu-satunya
sebuah syarikat bumiputera yang tunggal dalam mengilang baja NPK di Malaysia,
ingin memohon agar pihak KPMNJ dapat memberi peluang dan sokongan
menggunakan baja KAMILA di ladang sawit milik KPMNJ agar peningkatan hasil
sawit yang baik dapat diteruskan secara mampan.
SPESIFIKASI
KAMILATM Blue CRF (10:6:20:2 + 5% Mikronutrients)
Kandungan Bahan Nutrien MacronutrientsNitrogen (N) 10 %Phosphorus (P2O5) 6 %Kalium (K2O) 20 %Magnesium (MgO) 2 % Sulfur (SO4
-2) 4 %
Micronutrients : 5%Copper (CuO)Zinc (ZnO) Boron (B)
11
Manganese (MnO)Molybdenum (Mo)Klorida (Cl)
Physical Properties:Size: 8 g per nuggetColor: Light blueMoisture: < 2%Free flow: 2 yearspH: 6.0
RUJUKAN:Datnoff, L.E., W.H. Elmer, and D.M. Huber. 2007. Mineral Nutrition and Plant Disease.
ESPEK. 2006. Keseimbangan unsur nutrien bagi sawit di kawasan kering dan tanah padat. Espek Research and Advisory Services, Persiaran Institusi 43000, Kajang Selangor.
Fairhurst, T. and R. Hardter. 2003. Oil palm: management for large and sustainable yield.
Marschner, H. 1995. Mineral Nutrition of Higher Plants. Academic Press.
Paterson, R.R.M, M. Sariah, and M.A. Zainal Abidin. 2008. Altered lignin in oil palm: a novel approach to Ganoderma control. The Planters, 84 (985):219-228.
12
Top Related