Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui...

25
LAPORAN KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN MENGENAL BENTUK HURUF KECIL DALAM KALANGANMURID PEMULIHAN MELALUI KAEDAH “NYANYI DAN LUKIS”. OLEH : SITI NAZIFAH BINTI MOHD NOR SK Seri Semangat,Kampung Parit Stan,82200 Benut,Pontian, Johor. ABSTRAK Proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berada di dalam kelas pemulihan sememangnya memerlukandaya kreativiti kita untuk menarik minat mereka. Pelbagai pendekatan dan kaedah perlu di cuba dalam memastikanmereka mengekpresikan pengajaran yang di ajar oleh guru. Dari tinjauan saya, murid- murid pemulihan ini memerlukansuatu bentuk pengajaran yang ringkas dan tidak terlalu berat sebagai permulaan sesuai dengan tahap keintelektualanmereka. Dalam hal ini, saya mengambil inisiatif untuk mereka pendekatan menyebut dan menulis huruf kecil melalui kaedah nyanyian dan lukisan. Pendekatan melalui kaedah ini telah saya jalankan selama lebih kurang 1 bulan dan hasil daripada analisis data menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan kesilapan murid dalam menulis ejaan terutamanyayang melibatkan huruf-huruf dalam skop kajian. Selain itu, ujian koordinator juga ada menunjukkan sedikit perkembangandimana sebelum ini, murid saya sukar membezakan bahagian kanan dan juga bahagian kiri, namun begitu dengankaedah yang telah saya jalankan, saya dapati mereka sudah dapat mengecam dan membezakan arah kanan dan kiri. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Melalui pengalaman mengajar kelas pemulihan selama beberapa bulan, saya dapati terdapatbeberapa orang murid yang kerap melakukan kesalahan ejaan dalam sesuatu p e r k a t a a n . Didapati juga, mereka lebih mudah mengenalpasti bentuk huruf –huruf besar berbanding denganhuruf kecil. Selain itu, mereka juga turut dikesan menulis sesuatu perkataan menggunakan huruf besar dan huruf kecil. Mereka juga dikesan sukar membezakan arah samaada kanan ataupunkiri.Apabila saya melakukan penelitian, saya dapati bahawa murid-murid saya tidak dapat menulishuruf yang seakan-akan sama bentuknya seperti huruf b dan d, manakala n dan m pula bunyinyakedengaran tidak jauh berbeza, begitu juga huruf u dan y . Manakala huruf e

Transcript of Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui...

Page 1: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

  LAPORAN KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN MENGENAL BENTUK HURUF KECIL DALAM KALANGANMURID PEMULIHAN MELALUI KAEDAH “NYANYI DAN LUKIS”.OLEH :SITI NAZIFAH BINTI MOHD NORSK Seri Semangat,Kampung Parit Stan,82200 Benut,Pontian, Johor.ABSTRAKProses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berada di dalam kelas pemulihan sememangnya memerlukandaya kreativiti kita untuk menarik minat mereka. Pelbagai pendekatan dan kaedah perlu di cuba dalam memastikanmereka mengekpresikan pengajaran yang di ajar oleh guru. Dari tinjauan saya, murid-murid pemulihan ini memerlukansuatu bentuk pengajaran yang ringkas dan tidak terlalu berat sebagai permulaan sesuai dengan tahap keintelektualanmereka. Dalam hal ini, saya mengambil inisiatif untuk mereka pendekatan menyebut dan menulis huruf kecil melalui kaedah nyanyian dan lukisan. Pendekatan melalui kaedah ini telah saya jalankan selama lebih kurang 1 bulan dan hasil daripada analisis data menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan kesilapan murid dalam menulis ejaan terutamanyayang melibatkan huruf-huruf dalam skop kajian. Selain itu, ujian koordinator juga ada menunjukkan sedikit perkembangandimana sebelum ini, murid saya sukar membezakan bahagian kanan dan juga bahagian kiri, namun begitu dengankaedah yang telah saya jalankan, saya dapati mereka sudah dapat mengecam dan membezakan arah kanan dan kiri.1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUMelalui pengalaman mengajar kelas pemulihan selama beberapa bulan, saya dapati terdapatbeberapa o rang mur id yang kerap me lakukan kesa lahan e jaan da lam sesua tu perka taan . Didapati juga, mereka lebih mudah mengenalpasti bentuk huruf –huruf besar berbanding denganhuruf kecil. Selain itu, mereka juga turut dikesan menulis sesuatu perkataan menggunakan huruf besar dan huruf kecil. Mereka juga dikesan sukar membezakan arah samaada kanan ataupunkiri.Apabila saya melakukan penelitian, saya dapati bahawa murid-murid saya tidak dapat menulishuruf yang seakan-akan sama bentuknya seperti huruf b dan d, manakala n dan m pula bunyinyakedengaran tidak jauh berbeza, begitu juga huruf u dan y . Manakala huruf e dan q pula, sayadapati murid saya bermasalah untuk menulis huruf tersebut lantaran keliru dengan bentuknyayang jauh berbeza dengan huruf besar.Justeru itu saya mengambil inisiatif ini memandangkan masalah yang mungkin dianggap kecil iniakan berlarutan dan pastinya murid akan menulis sesuatu perkataan dengan ejaan yang salah.Saya yakin kekeliruan ini timbul kerana murid terpaksa mengingati bentuk huruf roman yang agakbesar jumlahnya, di tambah pula bentuknya yang berbeza di antara huruf kecil dan huruf besar.Ini pastinya akan menimbulkan masalah kepada murid-murid yang boleh dikategorikan sebagai“slow learner”

12.0 

Page 2: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

FOKUS KAJIANDaripada refleksi di atas di dapati murid pemulihan di kelas saya iaitu kelas An-Nur masih belumdapat menguasai kemahiran mengenalpasti bentuk huruf-huruf kecil. Berdasarkan latihan danbeberapa ujian yang diberikan didapati mereka masih melakukan kesilapan. Ini seterusnya akanmenyebabkan mereka menyebut dan menulis abjad-abjad tersebut dengan cara dan sebutanyang salah. Mereka sering melakukan kesalahan dalam ejaan dan di khuatiri mereka akan kerapmelakukan kesilapan tersebut dalam membentuk sesuatu ayat. Kajian tindakan ini meninjaupermasalahan mereka dan mencari suatu formula yang menarik dan mudah untuk dipelajari.Justeru fokus kajian ini ialah :Meningkatkan kemahiran mengenal, menyebut dan menulis abjad huruf-huruf kecil dimana terdapat beberapa huruf yang dikenalpasti mendatangkan masalahdalam pembelajaran kelas pemulihan An-Nur. Antara huruf –huruf tersebut ialahd, b, u, e, n, m, y dan q.Pendekatan yang digunakan ialah melalui kaedah “nyanyian dan lukisan”.3.0OBJEKTIF KAJIAN3 . 1 . 1 O b j e k t i f A mMembantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mereka untuk mengenalbentuk huruf-huruf kecil.3 . 2 O b j e k t i f K h u s u s3 . 2 . 1 M e n i n g k a t k a n k e m a h i r a n m e n g e n a l b e n t u k s e b i l a n g a n a b j a d huruf-huruf kecil yang telah dikenalpasti lemah iaitu d, b, u, e, n,m, y dan q di kalangan murid –murid pemulihan.3 . 2 . 2 M e m b a n t u m u r i d - m u r i d m e n u l i s d a n m e m b a c a d e n g a n e j a a n yang betul.3.2.3Membantu mur id -mur id membina keyak inan d i r i yang pos i t i f   dalam aspek pembelajaran.3 . 2 . 4 M e n i m b u l k a n m i n a t m r i d d a l a m s u a s a n a p e n g a j a r a n d a n pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.4 . 0 K U M P U L A N S A S A R A NKajian ini dijalankan ke atas 3 orang murid pemulihan kelas An-nur yang telah dikenalpastimengalami masalah mengenal bentuk beberapa huruf-huruf kecil. Ekperimen dilakukan selamasebulan.5.0 PELAKSANAAN KAJIAN5 . 1 T i n j a u a n M a s a l a hDalam kajian ini tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan kepada pemerhatian, ujian pra danujian pos serta ujian pengamatan.2

  5 . 1 . 1 P e m e r h a t i a nAktiviti pemerhatian dilakukan melalui ujian kad imbasan yang yang diberikan kepada setiapmurid pemulihan khas iaitu seramai 6 orang. Guru akan menunjukkan kad imbasan huruf-huruf kecil untuk di kenalpasti oleh murid-murid. Sepanjang proses ujian tersebut saya mencatatkanhuruf-huruf kecil yang gagal dikenalpasti oleh murid-murid saya. Dalam hal ini terdapat beberapahuruf yang didapati mereka

Page 3: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

gagal untuk mengenal dan menyebutnya. Antara huruf-huruf tersebutialah b,d,n,m,u,e,q dan y.5 . 1 . 2 U j i a n P r aBeberapa ujian pra diberikan kepada murid-murid pemulihan dalam mengesahkan sejauh manakemahiran mereka mengenal pasti bentuk huruf kecil. Ujian yang dijalankan adalah selama 30minit. Antara aktiviti ujian pra yang dijalankan oleh guru ialah:a ) k a d i m b a s a n h u r u f   b ) u j i a n b e r t u l i s c ) u j i a n p e n g a m a t a n5 . 1 . 2 u j i a n P o sUjian pos dijalankan kepada murid-murid yang telah dikenalpasti mengalami masalah mengenalbentuk huruf kecil. Dalam kajian ini didapati mereka kerap melakukan kesalahan mengecam huruf b,d,n,m,u,q,e dan y. Oleh itu saya telah mengenalkan formula kajian saya ini kepada mereka.Dalam hal ini 3 orang murid didapati mengalami masalah tersebut. Aktiviti yang dijalankan adalahseperti berikut:1.Guru menunjukkan gambar lukisan wajah daripada cantuman huruf b,d,n,m,u,q,e dan ysecara lalu kepada murid-murid.2.Guru menyanyikan lagu mengikut lirik sebagai pengenalan kepada murid-murid.3.Murid-murid dikehendaki untuk melukis dahulu gambarajah muka mengikut urutan abjadseperti yang di tunjukkan oleh guru.4 .Mur id d iber i l i r i k nyany ian dan meng iku t a rahan guru un tuk menyany i bersama-sama sehingga mereka hafal lirik dan susunan abjad.5 . K a e d a h p e n g u l a n g a n a k a n d i l a k u k a n s e h i n g g a m u r i d m e n g h a f a l l i r i k n y a n y i a n d a n seterusnya dapat melakar turutan abjad sehingga membentuk sebuah lakaran wajahmanusia.6.Dalam proses ini guru akan memastikan pergerakan tangan murid untuk melukis adalahseiring dengan lirik nyanyian5 . 2 A n a l i s a T i n j a u a n M a s a l a hAnalisa dilakukan berdasarkan kepada dua aspek iaitu:a )Pemerha t ian berdasarkan kad imbasan Setelah dijalankan ekperimen lukisan wajah menggunakan abjad-abjad kecil yang terpilihselama sebulan, terdapat beberapa perubahan pada 3 orang subjek kajian saya iaitu :•Mereka dapat mengenal bentuk dan menyebutnya apabila guru menayangkankad imbasan huruf-huruf dalam skop kajian.•Murid juga di dapati dapat menulis huruf-huruf tersebut dengan betul apabiladiminta oleh guru.

Page 4: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam KaranganKelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Penulisan KaranganDi Peringkat Menengah Rendah

Nursidah binti Ab.Hamid (Ms.PBMP)Fairose binti Sulaiman (Med.Bahasa Melayu)Jamaludin bin Badusah (Phd)Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstrak

Kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah agak membimbangkan. Kelemahan tersebut jika tidak ditangani oleh guru secara pragmatik bukan sahaja pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu terjejas malahan turut menggagalkan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah iaitu untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan. Antara faktor yang menyebabkan kelemahan tatabahasa pelajar tersebut ialah faktor persekitaran, pengaruh bahasa ibunda, pedagogi pengajaran guru dan sikap mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Sehubungan dengan hal itu, satu kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di sebuah sekolah menengah dalam bandar di daerah Batu Pahat, Johor. Dapatan kajian menunjukkan sembilan aspek kesalahan morfologi pelajar telah dikenal pasti. Antaranya ialah kesalahan penggunaan imbuhan awalan beR, di, ke, meN, pe, kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan di samping kesalahan struktur ayat. Sehubungan dengan hal itu, beberapa langkah disarankan kepada para guru untuk menangani kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di bilik darjah secara terancang supaya matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah tercapai.

PENGENALAN

Dalam konteks pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, kajian tentang penguasaan bahasa pelajar terutama dalam kalangan pelajar bahasa kedua sering dilakukan oleh para penyelidik. Antaranya kajian yang telah dilakukan oleh Foziah (1992), Narayanan (1993), Mohamad Tarmizi (1994), Noor Aina (1996), Khairudin (1997) dan Rosalind (2009). Hal ini disebabkan penguasaan bahasa kedua bagi pelajar bukan Melayu seperti pelajar Cina, pelajar India dan pelajar peribumi sama ada di Sabah dan di Sarawak tidak berlaku secara semula jadi tetapi didorong oleh berbagai-bagai motif seperti untuk mengelakkan pemencilan, memajukan kerjaya, meningkatkan ilmu pengetahuan dan sebagainya, Tambahan pula, tidak semua manusia itu dilahirkan dwibahasa (Zulkifley, 1994) dan hal tersebut menyebabkan pembelajaran bahasa kedua di bilik darjah perlu terancang dan berkesan.Memandangkan terdapat perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dengan bahasa kedua dalam kalangan pelajar, Lyon (1968) telah menggunakan istilah penguasaan (acquisition) untuk bahasa pertama dan istilah pembelajaran (learning) untuk bahasa kedua. Sungguhpun begitu Haliday (1970), Gleitman (1986) dalam Zulkifley (1994) menyatakan bahawa bahasa kedua boleh dipelajari melalui keadaan semula jadi (sebelum tempoh masa kritikal tamat) dan melalui kaedah terancang (selepas tempoh masa kritikal). Sehubungan hal itu, Steinberg (1982) memberikan lima sebab pembelajaran terancang bagi pemerolehan bahasa kedua di bilik darjah yang amat berbeza dengan pembelajaran semula jadi. Antara

Page 5: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

sebab tersebut ialah keadaan bilik darjah memaksa pelajar menyesuaikan diri kepada proses-proses kumpulan, disiplin dan tatacara bilik darjah; kurikulum terancang dipatuhi oleh guru untuk menyempurnakan tujuan-tujuan tertentu berkenaan bahasa yang diajar; rumus-rumus nahu dipaparkan dan guru mungkin menggunakan bahasa pertama untuk menerangkan sesuatu struktur dalam bahasa kedua; penggunaan bahasa kedua di dalam bilik darjah terhad dan guru mengunakan bahan bantu mengajar untuk melaksanakan matlamat yang ditetapkan oleh guru.Banyak cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha mencapai objektif utama pengajaran bahasa kedua. Para guru bukan sahaja berusaha untuk mencapai objektif pengajaran untuk membolekan pelajar memahami pertuturan, menghasilkan pertuturan, kebolehan membaca dan menulis bahkan guru juga memastikan pelajar boleh menghasilkan ayat-ayat gramatis dan seterusnya membina kebolehan memproses bahasa pada tahap wacana. Dalam hal ini, Juriah Long (2009) menegaskan bahawa senario pendidikan di Malaysia pada abad ke-21 dipengaruhi oleh perubahan pesat yang berlaku dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia hasil daripada kemajuan sains dan teknologi serta tindakan maklumat. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia dihadapkan pula dengan cabaran baru iaitu hasrat Malaysia menjadi negara maju dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan menjelang 2020. Oleh yang demikian, menurut beliau lagi, pendidikan menjadi salah satu asas utama dalam pembangunan negara Malaysia. Sejajar dengan hasrat pembangunan negara, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyemak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan menggubah semua berdasarkan penggunaan bahasa untuk membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu bagi menghadapi rintangan dan cabaran pendidikan alaf ke-21.Oleh yang demikian antara tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru memilih dan menyesuaikan kaedah pengajaran bahasa kedua supaya matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002).

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA

Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi mereka yang mempunyai bahasa pertama seperti Mandarin, Tamil, Iban dan Dusun. Penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memperoleh bahasa tersebut melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal tersebut menyebabkan tatacara penguasaan bahasa tersebut adalah berbeza dengan penutur jati (Hornstein dan Lightfoot 1991, Zulkifley Hamid 2000). Oleh itu, bahasa Melayu sebagai bahasa kedua merujuk kepada bahasa Melayu yang dikuasai dan digunakan oleh penutur bukan Melayu di Malaysia.Akta Pelajaran 1961 memperuntukkan beberapa perkara tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah. Antaranya ialah penggunaan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan mata pelajaran bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah rendah, menjadikan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran yang wajib dipelajari di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) dan sekiranya munasabah dan praktikal dan sekiranya ibu bapa lebih daripada lima belas orang murid memohon kemudahan pengajaran bahasa Cina dan Tamil boleh diadakan; menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah menengah kebangsaan, manakala bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib; dan pengajaran bahasa kebangsaan adalah wajib bagi semua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh diajar sekiranya praktikal dan munasabah, dan sekiranya lebih daripada lima belas orang ibu bapa yang memohon. Berdasarkan Akta Pendidikan 1961, ternyata bahawa peruntukan dasar

Page 6: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan yang ternyata secara eksplisit dalam Akta Pelajaran 1961 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Sementara itu, bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib. Hasrat ini adalah selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967(Juriang Long, 2009).

PERNYATAAN MASALAH

Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi sekolah-sekolah menengah di negeri Johor sejak tiga tahun belakangan menjadi isu dalam kalangan pendidik di negeri ini lantaran peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar amat kecil sekali. Pada tahun 2007 pencapaian yang ditunjukkan ialah 71.74%, tahun 2008 ialah 73.82%, dan pada tahun 2009 sebanyak 73.41% (Jabatan Pelajaran Negeri Johor, 2009). Sementara itu, keputusan Bahasa Melayu PMR bagi daerah Batu Pahat pada 2007 ialah 91.24%, tahun 2008 91.69% dan tahun 2009 ialah 91.15%. Manakala keputusan Bahasa Melayu sekolah tempat responden dipilih pada tahun 2009 ialah 86.29% berbanding 91.79 % pada tahun 2008 dan 89.24% pada tahun 2007 (Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat,2009).Tambahan pula analisis peratus pencapaian karangan dalam kalangan responden menunjukkan tahap yang sangat lemah iaitu 12% daripada 34 pelajar memperoleh markah lulus. Hal ini disebabkan terdapat banyak kesalahan aspek tatabahasa dalam karangan yang dihasilkan. Menurut Abdul Aziz (1996), penilaian secara analisis boleh dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklum balas subkemahiran penting yang berkaitan karangan misalnya dari aspek struktur dan gaya, pemilihan isi, penyusunan isi, tatabahasa, penggunaan perbendaharaan kata, dan aspek mekanis dalam penulisan karangan. Maklumat analisis tersebut merupakan asas untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar secara umum dan akan digunakan oleh guru dalam pengajaran pemulihan.Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pejabat Pelajaran Batu Pahat pada 2009, bilangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di peringkat menengah rendah yang bukan opsyen adalah lebih banyak jumlahnya berbanding guru-guru opsyen Bahasa Melayu. Guru-guru tersebut bukan sahaja mempunyai pengalaman mengajar antara 01-05 tahun malah mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan seperti Teknologi Maklumat ( 15%), Akaun dan Ekonomi (10%), Alam Sekitar (02%), Sains dan Matematik (20%), Pendidikan Seni dan Muzik (15%), Sejarah dan Geografi (25%) dan lain-lain (13%). Sementelahan itu, bilangan guru opsyen yang mengajar Bahasa Melayu menengah rendah di sekolah responden ialah 16% berbanding bilangan guru bukan opsyen sebanyak 84%.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua (2002) telah menetapkan bahawa tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks ketetapan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Antara aspek morfologi yang diberi tumpuan ialah struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi bagi kata Melayu asli dan kata pinjaman bahasa Melayu, bentuk kata seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda, dan golongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Manakala aspek sintaksis yang diberikan tumpuan pula ialah unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat, jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif, susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang, binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal, dan ayat majmuk, proses penerbitan ayat seperti konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyususnan semula, proses peluasan dan aspek tanda baca.

Page 7: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

Aspek tatabahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu PMR merupakan salah satu kriteria yang diberi perhatian dalam pemberian markah sama ada bagi penulisan karangan Bahagaian B iaitu karangan berdasarkan bahan rangsangan yang memperuntukkan 20 markah atau penulisan karangan respon terbuka iaitu karangan Bahagian C yang memperuntukkan 40 markah. Antara kriteria untuk menentukan peringkat pencapaian calon dalam karangan Bagaian B sama ada cemerlang, baik, sederhana, lemah atau belum menguasai ialah ayat yang gramatis, kata dan kosa kata yang tepat, kesalahan penggunaan kata yang minimum, ejaan dan tanda baca yang betul. Manakala kriteria untuk menentukan sesuatu peringkat calon bagi karangan respon terbuka ialah penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat, penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum, penggunaan penanda wacana yang betul, ejaan dan tanda baca yang betul, di samping penggunaan kosa kata yang luas dan tepat.

KAJIAN LITERATUR

Menurut Palmer (1969), latar belakang bahasa para pelajar terhadap cara, prestasi dan permasalahan yang bakal dihadapinya dalam sesuatu bahasa baru perlu mengambil kira bahasa pertama mereka. Hal ini disebabkan bahasa pertama merupakan elemen penting yang harus diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pendapat Palmer itu, para guru perlu melihat bahasa pertama pelajar dalam usaha mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah.Awang Sariyan (1988) melihat faktor dialek dan pengaruh bahasa ibunda ialah salah satu faktor yang menghambat kemajuan pelajar untuk menguasai bahasa Melayu baku sama ada dari segi sebulan, bacaan dan tatabahasa. Oleh itu bagi pelajar Cina, mereka sukar menyebut sengauan lelangit keras ny dan lelangit lembut ng dengan tepat .Nik Safiah (1992) menyatakan gangguan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam masyarkat majmuk bukan sahaja disebabkan sekurang-kurangnya empat bahasa daripada empat keluarga bahasa yang berlainan dituturkan sebagai bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu, bahasa inggeris, bahasa Cina (berbagai-bagai dialek) dan bahasa Tamil (dan bahasa-bahasa lain dari India Selatan), tetapi ada juga beberapa bahasa daripada keluarga Austronesia yang dituturkan sebagai bahasa pertama, terutamanya di Malaysia Timur. Masalah gangguan tersebut terbit daripada hakikat bahawa seseorang individu (dewasa atau kanak-kanak yang telah pun menguasai sistem linguistik mencuba pula menguasai sistem linguistik yang kedua yang rendah penguasaannya, pada peringkat permulaan. Menurut Nik Safiah lagi, walaupun gangguan tersebut tidak menganggu perhubungan yang berkesan dalam kalangan masyarakat tetapi penting di peringkat persekolahan kerana bahasa bukan sahaja diajarkan dengan sepenuhnya sebagai alat pencapaian ilmu tetapi sekolah merupakan badan yang menghasilkan generasi akan datang bagi sesebuah negara.Dapatan kajian Juriah Long et al (2003), Siti Normaninseh (2005) dan Hamidah (2004) menunjukkan bahawa sebahagian dariapada guru-guru (28%-37%) yang mengajar di sekolah-sekolah menengah tidak mengkhusus dalam bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu semasa di institusi pengajian tinggi. Justeru, mereka bukan sahaja tidak boleh mentafsir dan menterjemah kandungan kurikulum untuk dilaksanakan secara tepat dan berkesan dalam pengajaran mereka tetapi mereka juga tidak peka terhadap kesalahan-kesalahan baahasa yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Berdasarkan analisis kesalahan bahasa dalam tulisan respondoen, Rosalind (2009) mendapati bahawa tahap penguasaan bahasa kedua dalam kalangan peribumi Sabah dipengaruhi oleh latar belakang sosial, ekonomi dan lokasi. Manakala berdasarkan soal selidik, beliau mendapati responden sangat bergantung kepada pihak sekolah dan guru-guru, khususnya guru Bahasa Melayu. Kebergantungan tersebut perlu diseimbangkan agar para pelajar mempunyai kesedaran kendiri. Pendedahan yang meluas tentang penggunaan bahasa Melayu melalui aktiviti kebahasaan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah

Page 8: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

memainkan peranan penting untuk menanam budaya berbahasa Melayu standard.

ASPEK KESALAHAN ASPEK TATABAHASA PELAJAR CINA DALAMKARANGAN

Dapatan analisis kesalahan tatabahasa responden menunjukkan kesalahan yang kerap dilakukan oleh mereka ialah penggunan imbuhan awalan beR, imbuhan awalan di, imbuhan awalan ke, imbuhan awalan meN dan imbuhan awalan pe. Didapati responden banyak melakukan kesalahan dalam aspek penggunaan imbuhan awalan kerana mereka keliru dengan bunyi sebutan imbuhan awalan serta tidak menguasai aspek makna imbuhan tersebut (Azman wan Chik, 1989). Manakala Abdullah (1989) menyatakan pelajar melakukan kesalahan dalam imbuhan disebabkan mereka tidak memahami fungsi imbuhan. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan ber ialah ...supaya boleh bercapai keputusan yang baik [sepatutnya ditulis ...supaya mencapai keputusan yang baik..], ...kita bertandingan... [sepatutnya ditulis...kami bertanding...], ... mereka bersembah... [sepatutnya ditulis ... mereka membuat persembahan...]. Kesalahan penggunaan imbuhan awalan di seperti ....adalah dipilih mereka [sepatutnya ditulis ...adalah untuk memilih mereka]. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan awalan ke.. ialah mereka kelihatan anak-anak... [sepatutnya ditulis...mereka melihat anak-anak...], ...menyampaikan hadiah kepada kejohanan...[sepatutnya ditulis...menyampaikan hadiah kepada johan...], Kesalahan imbuhan meN pula adalah seperti...acara memulakan...,[sepatutnya ditulis...acara dimulakan...],....kita menyedia [sepatutnya ditulis...kami bersedia].....pihak sekolah mengadakan...(sepatutnya ditulis.... pihak sekolah mengadakan]. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan pe...mengambil bahagian dalam pembarisan...[sepatutnya ditulis...mengambil bahagian dalam perbarisan], ...banyak penontong ... [ sepatut ditulis...banyak penonton...]Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri yang banyak dilakukan oleh responden ialah kita. Ganti nama diri kita merujuk kepada diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (Kamus Dewan, 2005). Contoh...kita kumpulan..[sepatutnya ditulis ... kumpulan kami...] Menurut Azman Wan Chik (1989) kesalahan ini berlaku kerana pelajar mengangkap tiada apa-apa perbezaan antara perkataan kita dengan kami. Hal ini timbul kerana aspek kebudayaan berbahasa tidak mendapat perhatian yang sewajarnya sewaktu guru mengajar bahasa di bilik darjah.Responden juga membuat kesalahan dalam aspek kata tugas bagi kata hubung dan sendi nama. Contohnya ...saya dikalahkan pada...[sepatutnya ditulis...saya dikalahkan oleh...], ....pulang rumah...[sepatutnya ditulis....pulang ke rumah],... pergi di rumah...[sepatutnya ditulis... pergi ke rumah], ...rambut yang sebagainya...[sepatutnya ditulis.... rambut dan sebagainya...]Antara kesalahan kosa kata yang dilakukan oleh responden ialah ...acara mulai...[sepatutnya ditulis....acara dimulakan...], ....berbaris dengan sombong...[sepatutnya ditulis...berbaris dengan bangga...], ... sekolah saya menjalankan...[ sepatutnya ditulis....sekolah saya mengadakan...], ...guru besar menyampaikan...[sepatutnya ditulis...pengetua menyampaikan...], ...pukul 10.30 am...[sepatutnya ditulis...10.30 pagi....].Responden cenderung mengeja perkataan mengikut sebutan dialek, ejaan dalam bahasa Inggeris, dan mereka tidak dapat membezakan antara ejaan bagi kata nama khas dengan ejaan bagi kata nama am. Contoh kesalahan ejaan...acara sukan dan balapar...[sepatutnya ditulis...acara sukan dan balapan...],..belajar-belajar berbaris...[sepatutnya ditulis...pelajar-pelajar berbaris...], ...comender...[sepatutnya ditulis ketua pasukan], Pada 3 March...[sepatutnya ditulis...Pada 3 Mac...], ...beberapa minutes...[sepatutnya ditulis...beberapa minit...],...100 metres...[sepatutnya ditulis...100meter...],..saya pensan...[sepatutnya ditulis...saya pengsan],...setelah programe tamat...[sepatutnya ditulis...setelah program tamat...],... hari rabu...[sepatut ditulis...hari Rabu...], ...pasukan sejohn...[sepatutnya ditulis....pasukan St.John...], ...pergi ke summit...[sepatutnya ditulis...pergi ke Pasar Raya The Summit...],dan pasukan temenggong... [sepatutnya ditulis...pasukan Rumah Temenggong...]

Page 9: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

Semua responden didapati melakukan kesalahan dalam struktur binaan ayat. Antara kesalahan itu, Pada hari 3 March 2010... [sepatutnya ditulis, Pada 3 Mac 2010...], Ada banyak persatuan kumpul...[sepatutnya diulis...Banyak persatuan berkumpul...], Rancangan sudah mula...[sepatutnya ditulis...Acara sudah bermula...], Semua persatuan ahli teliti untuk kawad kaki...[sepatutnya ditulis, Semua ahli persatuan bersedia untuk kawad kaki]. ...memberitahu kita esok hari sukan...[sepatutnya ditulis...kami diberitahu bahawa esok hari sukan...], pergi pertandingan menyertai...[sepatutnya ditulis...pergi menyertai pertandingan...], ...memberi peserta sokongan... [sepatutnya ditulis...memberi sokongan kepada peserta...], Contoh acara terdapat ...[sepatutnya ditulis...Antara acara yang dipertandingan...], dan ...menyampaikan hadiah kepada kejohanan...,[sepatutnya ditulis...menyampaikan hadiah kepada johan...]

PENGGUNAAN BUKU 3D DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KECIL BAGI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Arina Abdul Rahim

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil kanak-kanak prasekolah dengan menggunakan buku 3D. Tujuan dan objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil a-z. Di samping itu, kajian ini juga adalah untuk melihat kekemasan dalam menulis huruf kecil. Pemerhatian dan analisis dokumen digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengenalpasti peningkatan dalam menulis huruf kecil dan kekemasan tulisan. Subjek kajian terdiri daripada lima kanak-kanak prasekolah. Data telah dianalisis dengan menggunakan analisis diskriptif (peratus). Refleksi kajian menunjukkan bahawa masalah dalam kemahiran menulis ini berpunca daripada kaedah lihat dan tulis yang digunakan sebelum ini tidak begitu memberangsangkan. Tambahan pula kemahiran psikomotor halus kanak-kanak ini belum mencapai tahap kematangan. Buku 3D yang dihasilkan digunakan untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi iaitu kemahiran menulis dari aspek kekemasan tulisan. Dalam intervensi yang dijalankan kanak-kanak dikehendaki menggunakan buku 3D secara berulangan. Penyelidik memperuntukkan masa pada setiap hari dengan meminta kanak-kanak menggunakan buku 3D sebelum dan selepas memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi dari penggunaan buku 3D ini menjadikan huruf yang ditulis oleh kanak-kanak menjadi lebih kemas dan baik berbanding sebelum menggunakan buku 3D.

Page 10: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

ABSTRACT

This action research was carried out to improve the writing skills of the lowercase for preschool children using the 3D books. The purpose and objectives of this study is to help children improve writing skills lowercase letters a-z. In addition, this study was also to identify the effectiveness of using the 3D book to improve housekeeping book written lowercase. Observation and analysis of documents were used as the research instrument. These instruments were used to identify writing skill increase and neatness of writing in the lowercase. Subject consisted of five preschool children. Data were analyzed using descriptive analysis (percent). Reflective studies have shown that problems in reading, writing stems from the method used to read and write previously used were not encouraging. Furthermore, fine phsychomotor skills of these children have not reached maturity. The 3D book produced is used to help children overcome the problems of the neatness of writing skills in terms of writing. Interventions conducted required the children to use the 3D book repetitively. Researchers set aside some time every day to asking children to use the 3D book before starting and finishing the process of teaching and learning. The implications after using the 3D book, is that it makes the lowercase font written by children to be smarter and better than before using the 3D books.

NDAHULUAN

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menyediakan 15 markah (60%) untuk

lima komponen bahasa iaitu perbendaharaan kata, struktur ayat, penggunaan

imbuhan, penggunaan tanda baca dan ejaan. Setiap komponen diperuntukkan tiga

markah. Setengah markah boleh dipotong bagi setiap kesalahan dalam komponen

penggunaan imbuhan, penggunaan tanda baca dan ejaan. Ini bermakna calon

boleh kehilangan tiga markah (12%) bagi komponen ejaan. Sudah tentu calon yang

lemah mengeja sukar mendapat markah yang baik.

Penulis berkesempatan memeriksa sejumlah karangan pelajar tahun enam yang

menyertai beberapa projek bimbingan, termasuk sekolah Angkat Maktab Perguruan

(SAMP), anjuran Maktab Perguruan Keningau sejak beberapa tahun yang lalu.

Penulis mendapati sebahagian besar calon kehilangan banyak markah bagi

komponen ejaan. Hal ini mendorong penulis melakukan beberapa analisis. Satu

daripadanya adalah analisis kesilapan ini.

TUJUAN

Kajian ini bertujuan mengesan kekerapan dan bentuk-bentuk kesilapan ejaan 10

Page 11: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

patah perkataan terpilih. Perkataan-perkataan itu terdiri daripada perkataan umum

iaitu "dada", "daerah" dan "berdarah"; perkataan yang menggunakan kata depan

"di" dan "ke" ("di sana" dan "ke sempadan"), perkataan menggunakan imbuhan "di-"

("disebabkan"), perkataan yang ditulis bersama partikel "pun" ("emak pun"); dan

kata majmuk iaitu "ibu bapa", "walau bagaimanapun" dan "tanggungjawab".

Secara umum murid dijangka menghadapi masalah menulis perkataan pada akhir

suku kata. Bagi kelompok perkataan "dada", "daerah" dan "berdarah" mereka

mungkin menghadapi masalah dari segi penggunaan huruf "h". Mereka juga

dijangka menghadapi kesukaran mengeja perkataan berimbuhan, kata depan,

partikel "pun" dan kata majmuk yang akan diimlakkan.

Data yang diperoleh akan dijadikan bahan perbincangan kuliah analisis kesilapan

kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM), Semester 3. Selain itu, dapatan kajian

ini boleh dimanfaatkan oleh guru untuk mengubahsuai kaedah dan teknik

pengajaran dan menyediakan sumber pengajaran yang sesuai dengan masalah

pelajar. Dapatan kajian boleh juga digunakan oleh mereka yang berkaitan untuk

membantu pelajar meminimumkan kesilapan ejaan dalam karangan UPSR.

Kajian ini ditumpukan pada kesilapan ejaan sahaja. Pelbagai kesilapan penulisan

huruf tidak dibincangkan.

TEKNIK IMLAK

Lazimnya data kesilapan bahasa, termasuk ejaan, diperoleh daripada karangan

pelajar (Raminah, 1982:168--219 dan Azman Wan Chik, 187:212). Data juga boleh

diperoleh daripada rakaman pertuturan, meminta pelajar mengesan kesilapan

dalam petikan (Koh Boh Boon, 1989:306—314), soal selidik dan temu bual dengan

sasaran. Penggunaan teknik imlak untuk mengumpul data kesilapan tidak biasa

digunakan, walaupun teknik ini memang kerap digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah.

Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber

(perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain. Sukatan Pelajaran Sekolah

Rendah 1995 menggunakan istilah imlak bagi menggantikan istilah rencana yang

digunakan dalam sukatan pelajaran sebelumnya kerana perkataan rencana

mempunyai banyak makna dan boleh mengelirukan para pendidik.

Page 12: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan

kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak ialah

menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau wacana.

Penyalinan bahan bercetak yang dilihat dengan mata tidak dianggap imlak kerana

tidak melalui media pendengaran.

Terdapat satu sahaja kemahiran khusus tentang imlak dalam Sukatan Pelajaran

Sekolah Rendah 1995 iaitu kemahiran 3.29 Imlak (mengambil rencana). Kemahiran

ini berupa rumusan semula tiga kemahiran dalam sukatan pelajaran lama iaitu

menulis rencana daripada bahan yang diperdengarkan, menulis perkataan-

perkataan yang direncanakan, dan menulis ayat yang direncanakan.

Banyak kemahiran lain yang terdapat dalam sukatan pelajaran sekolah rendah

berkaitan dengan kemahiran imlak. Antara kemahiran itu ialah 3.6 Menulis huruf

menjadi suku kata, 3.8 Menulis perkataan yang mudah, 3.9 Menyalin ayat yang

mudah, dan 3.10 Menggunakan tanda baca (termasuk penggunaan huruf).

Kemahiran-kemahiran ini terdapat dalam kelompok kemahiran menulis secara

mekanis. Kemahiran-kemahiran ini boleh dilaksanakan bersama dengan

kemahiran3.29. Pengimlakan dalam kajian ini menepati kemahiran 3.29 dan 3.8 di

atas.

PENGUMPULAN DATA

Pengimlakan dilakukan di S.K. Bulu Silou pada 21 Jun 1997. Seramai 55 orang

murid tahun enam menyertai pengimlakan ini. Persediaan fizikal (persekitaran,

tempat menulis, kertas dan alat tulis) telah diberi perhatian yang sewajarnya.

Penulis dibantu oleh dua orang guru sekolah.

Penerangan tentang prosedur pengimlakan telah diberikan. Antara arahan yang telah

diberikan ialah seperti yang berikut:

 

o Kamu dikehendaki menulis sepuluh patah perkataan.

o Setiap perkataan akan dibacakan dua kali. Pembacaan akan

dilakukan dengan suara yang jelas dan dengan kadar kecepatan

yang sesuai.

Page 13: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

o Setelah kesemua 10 patah perkataan itu selesai dibacakan, kamu

akan diberi masa beberapa minit untuk melakukan semakan secara

bersendirian.

o Kemudian, kesemua 10 patah perkataan itu akan dibacakan sekali

lagi sebagai panduan bagi kamu melakukan semakan kali kedua.

Pengimlakan dua patah perkataan telah didemonstrasikan. Pengimlakan sebenar

hanya dimulakan apabila murid menyatakan sebutan, kejelasan suara dan kadar

kecepatan pengimlak sesuai untuk mereka. Sampel hasil demonstrasi pengimlakan

diterakan di papan tulis. Beberapa kemungkinan varian ejaan juga dibincangkan.

Murid juga diberitahu bahawa mereka boleh menggunakan huruf kecil sahaja atau

huruf pertama huruf besar dan huruf-huruf yang lain huruf kecil. Sebagai motivasi,

dinyatakan bahawa setiap perkataan yang betul ejaannya akan diberi satu markah.

Perkataan yang tersilap ejaannya, walaupun sedikit sahaja, tidak akan diberi

markah. Oleh itu mereka diminta berhati-hati dan melakukan semakan apabila

diminta berbuat demikian.

Murid juga diberitahu bahawa hasil aktiviti ini akan dianalisis. Dapatan boleh

digunakan oleh pelbagai pihak, khususnya guru mata pelajaran Bahasa Melayu,

untuk membaiki prestasi ejaan mereka dan rakan-rakan.

KEKERAPAN KESILAPAN

Jadual 1

Kekerapan Kesilapan Ejaan Murid Tahun 6 S.K. Bulu Silou, Keningau

Bil.  

Perkataan Kekerapan Peratus

1.  dada 46 84%

2. ke sempadan 38 69%

3.walau bagaimanapun

38 69%

4. disebabkan 35 64%

5. tanggungjawab 28 51%

6. daerah 25 45%

7. emak pun 16 29%

Page 14: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

8. di sana 15 27%

9. berdarah 15 27%

10.

ibu bapa 11 20%

Purata 25 46%

Perkataan "dada", "daerah" dan "berdarah" termasuk dalam kelompok umum.

Perkataan "dada" mencatat kesilapan tertinggi dalam kelompoknya dan secara

keseluruhan. Seramai 46 orang (84%) gagal mengejanya. Varian tertinggi bagi

perkataan ini ialah "dadah". Seramai 43 orang murid (78%) menambah huruf "h"

pada perkataan ini. Perlakuan mereka menyebabkan "dada" menjadi "dadah".

Varian lain bagi "dada" ialah "dadak" (1), "deraha" (1) dan "baba" (1). Perkara yang

berlawanan berlaku pada perkataan "daerah". Sembilan orang murid

menggugurkan huruf "h" pada akhir perkataan ini mewujudkan varian "daera" (2),

"dahara"(2), "dahera" (1), "dahira" (1), "deraha" (1), "daraha" (1) dan "derara" (1).

Pengguguran huruf "h" berlaku juga pada perkataan "berdarah". Tujuh orang murid

berbuat demikian mewujudkan varian "berdara" (4) dan "ber dara"(3).

Analisis kelompok kata ini membuktikan bahawa purata 33 orang murid (60%)

belum mahir menggunakan huruf "h" pada perkataan yang pola suku katanya KV-

KV (V = a – a), KV-V-KVK dan KV-KVK. Data yang diperoleh juga menunjukkan

beberapa orang murid masih tidak dapat membezakan konsonan /b/ dengan /p/

dan /d/ dengan /b/.

Perkataan "ke sempadan", "disebabkan" dan "di sana" termasuk dalam satu

kelompok iaitu kata depan dan imbuhan. Bagi perkataan "ke sempadan" 31 orang

murid (56%) merapatkan kata depan "ke" dengan perkataan "sempadan",

mewujudkan varian "kesempadan". Ini merupakan kesilapan tertinggi dalam

kelompoknya dan varian kedua tertinggi secara keseluruhan. Demikian juga

dengan perkataan "di sana". Seramai 14 orang murid merapatkan kata depan "di"

dengan perkataan "sana" mewujudkan varian "di sana" (13) dan "disanah" (1).

Sebaliknya, imbuhan "di-" (dalam apitan "di- … -kan") telah dijarakkan dengan kata

yang mengikutinya. Seramai 22 orang murid (40%) berbuat demikian.

Page 15: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

Analisis ini membuktikan, purata 29 orang murid (53%) silap mengeja ketiga-tiga

patah perkataan dalam kelompok kata depan dan imbuhan. Daripada jumlah itu,

purata 25 orang murid (45%) tidak dapat membezakan pengejaan kata depan "di"

dengan imbuhan "di-".

Perkataan "emak pun" termasuk dalam kelompok yang tersendiri. Hasil

pengimlakan ialah 16 orang murid (29%) silap mengejanya. Sembilan orang murid

melakukan kesilapan minimum yang dijangkakan iaitu "pun" dirapatkan dengan

perkataan "emak". Tujuh orang murid lagi menghasilkan enam varian yang mungkin

berpunca daripada pelbagai sebab, terutama yang berkaitan dengan pendengaran.

Tiga perkataan yang terakhir iaitu "ibu bapa", "walau bagaimanapun" dan

"tanggungjawab" tergolong dalam kelompok kata majmuk. Dalam kelompok ini, dan

daripada kesemua perkataan yang lain, "ibu bapa" mencatat kesilapan yang

terendah iaitu cuma 11 orang (20%) gagal mengeja perkataan itu. Varian yang

terhasil juga paling sedikit iaitu dua sahaja–"ibubapa" (9) dan "ibu-bapa" (11).

Namun demikian, kesilapan yang sedikit ini tidak boleh menjadi bukti bahawa murid

kurang menghadapi masalah dalam pengejaan kata majmuk.

Dalam kelompok ini "walau bagaimanapun" mencatat kesilapan tertinggi dan kedua

tertinggi secara keseluruhan iaitu 38 orang murid (69%) gagal mengejanya. Kadar

kesilapan ini sama dengan kesilapan perkataan "ke sempadan". Namun begitu,

berbanding dengan "ke sempadan" yang menghasilkan lapan varian, "walau

bagaimanapun" menghasilkan jumlah varian terbanyak, iaitu 14 varian, sama

dengan jumlah varian perkataan "daerah". Lima varian berkaitan dengan masalah

jarak sahaja iaitu "walau bagai mana pun" (11), "walau bagaimana pun" (11),

"walaubagaimana pun" (2), "walaubagaimanapun" (2) dan "walaubagai mana pun"

(1). Varian yang lain mengandungi gabungan masalah jarak, kesilapan pada

perkataan "walau" dan "bagaimana".

Perkataan "tanggungjawab" mencatatkan kesilapan kedua tertinggi dalam

kelompok ini dan kelima tertinggi secara keseluruhan. Seramai 28 orang murid

(51%) gagal mengeja perkataan ini. Kesilapan yang sangat nyata ialah perkataan

"tanggung" dijarakkan daripada perkataan "jawab". Kesilapan yang jelas juga ialah

penggantian konsonan /b/ menjadi /p/ dalam perkataan "jawab".

Page 16: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

Analisis ini membuktikan purata 26 orang murid (45%) menghadapi masalah

mengeja kata majmuk. Ini merupakan kelompok ketiga tertinggi. Kebanyakan murid

keliru dari segi penggunaan jarak antara perkataan, dan antara partikel "pun"

dengan perkataan sebelumnya.

Berdasarkan analisis ini, boleh dirumuskan tingkat masalah pengejaan yang

dihadapi terhadap empat kelompok perkataan yang diimlakkan. Masalah utama

ialah murid keliru dari segi penggunaan konsonan "h" dalam perkataan umum

(60%). Ini diikuti dengan penggunaan kata depan/imbuhan (53%), penulisan kata

majmuk (45%) dan penggunaan partikel "pun"(29%). Secara purata dari segi suku

kaum, kaum Murut melakukan kesilapan tertinggi (5.0), diikuti oleh kaum-kaum lain

(4.6) dan suku kaum Dusun (4.4). Purata kesilapan ialah 4.6.

REFLEKSI

Data  telah dibincangkan oleh 19 kelompok kecil dalam bilik kuliah. Mereka terdiri

daripada guru pelatih DPM, Semester Ketiga dan guru terlatih yang mengikuti

Kursus Diploma Perguruan Khas Pengkhususan Matematik (KDPK-MAT),

Semester Pertama. Perbincangan dilakukan setelah mereka sendiri mengalami

pengimlakan perkataan yang sama tetapi keputusan pengimlakan itu (lihat Jadual

2) belum diumumkan kepada mereka.

Antara lain, mereka berpendapat kesilapan pengejaan, khususnya yang berkaitan

dengan penambahan atau pengguguran huruf "h", memang sering berlaku di

Negeri Sabah. Perkara ini berlaku kerana murid terpengaruh dengan dialek bahasa

ibunda. Ada juga kemungkinan guru sendiri menggunakan sebutan yang salah.

Murid-murid tertentu mungkin menghadapi masalah pendengaran, termasuk lemah

membezakan bunyi yang hampir sama.

Beberapa kelompok diminta menjawab soalan ini: Adakah ahli kelompok anda

menghadapi masalah yang sama dengan murid S.K. Bulu Silou?

Umumnya mereka mengakui bahawa mereka juga menghadapi masalah yang

sama dengan murid-murid sekolah itu. Hal ini berlaku kerana kesilapan

pendengaran. Ketika diimlakkan, mereka kurang pasti sama ada sesuatu ejaan ini

betul atau salah, patut dirapatkan atau dijarakkan. Mereka mengakui bahawa,

Page 17: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

mereka juga masih terpengaruh dengan bahasa ibunda.

Beberapa kelompok diminta menjawab soalan: Jika 10 bahan ini diimlakkan kepada

kelas anda, apakah keputusan yang anda jangkakan?

Antara jawapan yang diterima adalah seperti yang berikut:

Kemungkinan 100% ahli kelas kami akan dapat mengeja dengan betul.

Sebabnya, semua perkataan yang diberikan tidak asing bagi kami.

(Kelompok Khairul, DPM-PAPM)

Kemungkinan kami akan salah mengeja "ibu bapa" dan "emak pun".

Pada masa lalu begitulah ejaan kami. Kami tidak mengetahui

perkembangan terkini. (Kelompok Azman, KDPK-MAT)

Kesilapan tetap akan berlaku walaupun beberapa kali dibetulkan. Hal ini

berlaku kerana pengaruh dialek tempatan… dan kebiasaan dalam

institusi keluarga. (Kelompok Mourin, DPM-SNPM)

Bolehkah guru terlatih menyelesaikan masalah ini? Mampukah guru pelatih DPM

menangani masalah ini? Penulis cuba menjawab soalan ini dengan mengimlakkan

perkataan yang sama kepada 84 orang guru pelatih DPM Semester Ketiga dan 11

orang guru terlatih dari 11 buah sekolah rendah di daerah Keningau. Pengimlakan

kepada tiga kumpulan guru pelatih dilakukan secara berasingan dalam bulan Julai

1997. Pengimlakan kepada 11 orang guru itu dilakukan pada 30 Jun 1997 semasa

mereka mengikuti satu bengkel peningkatan keterampilan sebagai guru Bahasa

Melayu di Kundasang, Ranau. Guru-guru ini merupakan kelompok terpilih yang

diharapkan dapat membantu mempertingkatkan prestasi Bahasa Melayu UPSR di

sekolah mereka.

Jadual 2

Perbandingan Kekerapan Kesilapan Murid, Guru Pelatih dan Guru (Peratus)

Bil.

Perkataan Murid (55)Guru Pelatih (84)

Guru (11)

1. dada 84% 8% 64%

Page 18: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

2. ke sempadan 69% 1% 9%

3.walau bagaimanapun

69% 24% 36%

4. disebabkan 64% 1% 18%

5. tanggungjawab 51% 7% 18%

6. daerah 45% 0% 0%

7. emak pun 29% 20% 27%

8. di sana 27% 4% 9%

9. berdarah 27% 0% 0%

10.

ibu bapa 20% 27% 37%

Purata (Kekerapan)

25 7.9 2.3

Purata (Peratus)

46% 9% 21%

Berdasarkan Jadual 2, guru pelatih DPM dapat diharapkan untuk mengatasi

masalah murid. Mereka masih mempunyai masa yang agak panjang untuk

mempertingkatkan kemahiran. Berdasarkan Jadual 2 juga, guru terlatih

berkemungkinan menjadi pagar makan padi. Oleh itu sesuatu tindakan untuk

membaiki keadaan ini perlu dilakukan.

PENUTUP

Kajian ini menunjukkan perlakuan yang dijangkakan terhadap 10 patah perkataan

yang diimlakkan itu nyata benar. Purata 4.6 kesilapan bagi setiap murid dapat

dianggap tinggi. Purata kesilapan berdasarkan suku kaum menunjukkan suku kaum

Murut melakukan kesilapan yang tertinggi. Hal ini berlaku mungkin kerana jumlah

murid Murut cuma enam orang sahaja. Kadar itu dijangka berubah jika jumlah

murid ramai.

Diharap dapatan kajian ini akan mendorong guru Bahasa Melayu di sekolah,

khususnya di Keningau, untuk melaksanakan kajian yang serupa. Teknik imlak

memang berkemampuan menjadi kaedah pengumpulan data yang mudah

Page 19: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

dilaksanakan dan mudah diproses. Masalah spesifik yang telah dikenal pasti

melalui kajian seperti ini boleh membantu guru merancang tindakan yang sesuai.

Dengan demikian diharapkan prestasi UPSR sekolah dapat ditingkatkan.

 

BIBLIOGRAFI

1. Ajid Che Kob, 1987. "Pengaruh Dialek dalam Pembelajaran Bahasa

Malaysia Standard di Kalangan Pelajar-pelajar" dalam Abdullah Hassan,

Hasnah Ibrahim dan Mashudi Kader (ed.), 1987. Kesalahan Bahasa dalam

Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 490—

505.

2. Awang Sariyan, 1995. Siri Dialog Bahasa II: Konsep Kesalahan Bahasa

dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Azman Wan Chik, 1987. "Kesilapan Penggunaan Bahasa Malaysia oleh

Murid-murid Melayu (Satu Kajian) dalam Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim

dan Mashudi Kader (ed.), 1987. Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 208—230.

4. Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981. Laporan Jawatankuasa Mengkaji

Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995. Sukatan Pelajaran Sekolah

Rendah: Bahasa Melayu 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Koh Boh Boon ( ed.), 1989. Perspektif-Perspektif dalam Pengajaran Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Mohd. Isa Abd. Razak, 1997. "Pemarkahan Karangan Sekolah Rendah".

Maktab Perguruan Keningau, 1997. Kertas kerja Bengkel Peraturan Memberi

Markah UPSR Zon Pegalan di PKG Keningau, 24 Mei 1997.

8. Nik Safiah Karim et. al., 1996. Tatabahasa Dewan. Edisi Baharu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 20: Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah

9. Raminah Hj. Sabran, 1982. "Analisis Kesilapan Bahasa dan Kajian-Kajian

yang Berkaitan dengannya" dlm. Azman Wan Chik (ed.) Trend-Trend Baru

dalam Bidang Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publication, hlm.

168—219.