Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang •...

298

Transcript of Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang •...

Page 1: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini
Page 2: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini
Page 3: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

Penerbit Universiti Putra MalaysiaSerdang • 2018

Page 4: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

© Penerbit Universiti Putra Malaysia 2018

Cetakan Pertama 2018

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula,

disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sistem simpanan

kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara elektronik, mekanik,

penggambaran semula, rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin

daripada pihak Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Penerbit UPM adalah anggota Persatuan Penerbitan Buku Malaysia (MABOPA)

No. Ahli 9802 dan anggota Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

ISBN 978-967-344-784-8

Rupa Taip Teks: Times New Roman PS

Saiz Taip Teks: 11/ 16pt

Reka Letak Teks: Ku Ida Mastura Ku Baharom

Reka Bentuk Kulit: Anuar Pairan & Khairul Amin Zainal Abidin

Dicetak oleh

UKM Cetak Sdn. Bhd.

Aras bawah

Bangunan Penerbit UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia

43650, Bangi Selangor

Tel: 03-8921 5371 / 3072

Page 5: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUHUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Penulis modul : Ku Hasnita Ku Samsu

Zatul Himmah Adnan

Mohd Mahadee Hj Ismail

Jayum Anak Jawan

Universiti Putra Malaysia

Hak Milik : UPM Education & Training Sdn. Bhd.

Page 6: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini
Page 7: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

ISI KANDUNGAN

PANDUAN KURSUS xxi

UNIT 1 SEJARAH AWAL NEGARA 1

PENGENALAN 1

OBJEKTIF 1

ISI PENTING 1

1.1 Zaman Pra Sejarah 1

1.1.1 Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal) 2

1.1.2 Zaman Mesolitik (Zaman Batu Tengah) 2

1.1.3 Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) 3

1.1.4 Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi) 3

1.2 Zaman Proto Sejarah 4

1.3 Zaman Pensejarahan 6

1.3.1 Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka 6

1.3.1.1 Faktor perkembangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

9

1.3.1.2 Faktor kemerosotan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

10

1.3.2 Era Penjajahan Kuasa Asing di Tanah Melayu

11

1.3.2.1 Penjajahan Portugis 12

1.3.2.2 Penjajahan Belanda 13

1.3.2.3 Kedatangan dan penjajahan Inggeris

13

1.3.2.4 Perkembangan di Sabah, Sarawak dan Brunei

15

1.3.2.5 Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

19

RUMUSAN 21

SEMAKAN KENDIRI 22

Page 8: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

SOALAN DALAM TEKS 22

RUJUKAN 23

UNIT 2 PERJUANGAN KE ARAH KEMERDEKAAN 24

PENGENALAN 24

OBJEKTIF 24

ISI PENTING 24

2.1 Semangat Kenegaraan 24

2.1.1 Konsep 24

2.1.2 Punca Kebangkitan Semangat Kenegaraan 25

2.1.3 Fasa Kebangkitan Kenegaraan 26

2.1.4 Kebangkitan Semangat Kenegaraan di Negeri-negeri Borneo

28

2.2 Peristiwa Penentangan Terpilih 29

2.2.1 Dol Said 29

2.2.2 Dato’ Maharaja Lela 30

2.2.3 Rentap 30

2.2.4 Rosli Dhoby 30

2.2.5 Mat Salleh 31

2.2.6 Tok Janggut 31

2.2.7 Antanum 32

2.3 Media dan Politik 32

2.3.1 Kesatuan Melayu 33

2.3.2 Surat Khabar 33

2.4 Rundingan untuk Mencapai Kemerdekaan 34

2.4.1 Semangat Kenegaraan Bukan Melayu 34

2.4.2 Kesatuan Malaya 35

2.4.3 Persekutuan Malaya 35

2.4.4 Darurat 1948 36

2.4.5 Sistem Ahli 1951 37

2.4.6 Pilihanraya Kerajaan Tempatan 37

2.4.7 Rombongan London 37

2.4.8 Kerajaan Koloni 38

Page 9: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

RUMUSAN 39

SEMAKAN KENDIRI 39

SOALAN DALAM TEKS 40

RUJUKAN 40

UNIT 3 PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 41

PENGENALAN 41

OBJEKTIF 41

ISI PENTING 41

3.1 Rancangan Penubuhan Malaysia 41

3.2 Faktor Penubuhan Malaysia 42

3.2.1 Ancaman Komunis di Singapura 43

3.2.2 Keseimbangan Kaum 43

3.2.3 Kemajuan Ekonomi Bersama 43

3.2.3 Mempercepatkan Kemerdekaan 44

3.3 Respons Terhadap Cadangan Penubuhan Malaysia 44

3.3.1 Respons Persekutuan Tanah Melayu 45

3.3.2 Respons Singapura 45

3.3.3 Respons Sabah dan Sarawak 45

3.3.3.1 Tuntutan 20 Perkara Sabah 46

3.3.4 Respons Brunei 47

3.4 Proses Penubuhan Malaysia 47

3.4.1 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

48

3.4.2 Suruhanjaya Cobbold 48

3.4.3 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) 49

3.5 Penentangan Terhadap Penubuhan Malaysia 50

3.5.1 Tuntutan Filipina 50

3.5.2 Konfrontasi Indonesia 51

3.5.3 Gagasan MAPHILINDO 52

3.6 Perisytiharan Malaysia 53

3.6.1 Malaysia Tanpa Penyertaan Brunei 54

Page 10: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

3.7 Pemisahan Singapura daripada Malaysia 54

3.7.1 Masalah Politik 54

3.7.2 Masalah Perkauman 55

3.7.3 Konsep Malaysian Malaysia 55

3.7.4 Masalah Ekonomi 56

3.7.5 Penyingkiran Singapura 56

RUMUSAN 56

SEMAKAN KENDIRI 57

SOALAN DALAM TEKS 57

RUJUKAN 57

UNIT 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 59

PENGENALAN 59

OBJEKTIF 59

ISI PENTING 59

4.1 Konsep Asas Perlembagaan 59

4.2 Sejarah Perlembagaan Malaysia 61

4.2.1 Perlembagaan Kesatuan Malaya (Malayan Union) 1946

62

4.2.2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

62

4.2.3 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (Merdeka)

63

4.2.4 Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 65

4.3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia 65

4.3.1 Konsep Ketinggian Perlembagaan 65

4.3.2 Kandungan Perlembagaan 66

4.3.3 Unsur Tradisi dalam Perlembagaan 67

4.3.3.1 Pemerintahan beraja 67

4.3.3.2 Agama Islam 68

4.3.3.3 Bahasa Melayu 68

4.3.3.4 Kedudukan istimewa orang Melayu

68

Page 11: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

4.3.4 Peruntukan utama Perlembagaan Persekutuan

68

4.3.4.1 Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan

68

4.3.4.2 Islam ialah agama Persekutuan dan kebebasan beragama bagi agama lain

69

4.3.4.3 Kewarganegaraan 69

4.3.4.4 Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak

71

4.3.4.5 Hak kebebasan asasi 71

4.4 Perlembagaan Negeri 72

4.5 Pindaan Perlembagaan 73

RUMUSAN 75

SEMAKAN KENDIRI 76

SOALAN DALAM TEKS 77

RUJUKAN 77

UNIT 5 RAJA BERPERLEMBAGAAN 78

PENGENALAN 78

OBJEKTIF 78

ISI PENTING 78

5.1 Latar Belakang dan Konsep Raja Melayu 78

5.2 Ciri-ciri Sistem Raja Berperlembagaan 79

5.3 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong 80

5.3.1 Pemilihan YDPA 80

5.3.2 Timbalan Yang di-Pertuan Agong 82

5.3.3 Kuasa Eksekutif YDPA 82

5.3.4 Kuasa Perundangan YDPA 82

5.3.5 Kuasa Kehakiman YDPA 83

5.4 Majlis Raja-Raja 83

5.4.1 Keahlian Majlis Raja-Raja 83

Page 12: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

5.4.2 Persidangan Majlis Raja-Raja 84

5.4.3 Peranan Majlis Raja-Raja 84

5.4.4 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja 86

5.5 Krisis Perlembagaan Secara Ringkas 86

RUMUSAN 88

SEMAKAN KENDIRI 90

SOALAN DALAM TEKS 90

RUJUKAN 90

UNIT 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN 92

PENGENALAN 92

OBJEKTIF 92

ISI PENTING 92

6.1 Latar Belakang dan Definisi Demokrasi Berparlimen

92

6.1.1 Definisi Demokrasi 93

6.2 Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen Malaysia 94

6.2.1 Perlembagaan 94

6.2.2 Raja Berperlembagaan 94

6.2.3 Pemerintahan Secara Perwakilan 95

6.2.3.1 Badan Eksekutif 95

6.2.3.2 Badan Perundangan 95

6.2.3.3 Badan Kehakiman 95

6.2.4 Pilihan Raya 96

6.2.5 Parti-parti Politik 96

6.3 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 96

6.3.1 Sejarah Ringkas Pilihan Raya dan SPR 96

6.3.2 Keanggotaan SPR 97

6.3.3 Fungsi SPR 98

6.4. Struktur Pilihan Raya 98

6.5 Proses Pilihan Raya 100

6.6 Kelayakan Calon Pilihan Raya 100

Page 13: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

6.7 Kategori Pengundian 101

6.8 Keputusan Pilihan Raya 101

6.9 Petisyen Pilihan Raya 102

6.10 Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya 102

RUMUSAN 103

SEMAKAN KENDIRI 104

SOALAN DALAM TEKS 104

RUJUKAN 104

UNIT 7 SISTEM FEDERALISME 106

PENGENALAN 106

OBJEKTIF 106

ISI PENTING 106

7.1 Sistem Penyusunan Kuasa Negara 106

7.1.1 Kuasa 106

7.2 Bentuk Susunan Kuasa Negara 107

7.2.1 Kesatuan 107

7.2.2 Konfederasi 108

7.2.3 Federalisme 109

7.3 Pelaksanaan Federalisme 110

7.3.1 Senarai Persekutuan (Senarai I) 112

7.3.2 Senarai Negeri (Senarai II) 113

7.3.3 Senarai Bersama (Senarai III) 117

7.4 Cabaran Kerajaan Persekutuan 120

7.4.1 Konflik Persekutuan-Negeri 120

7.4.2 Konflik Dalaman 121

RUMUSAN 122

SEMAKAN KENDIRI 122

SOALAN DALAM TEKS 123

RUJUKAN 124

Page 14: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

UNIT 8 BADAN EKSEKUTIF 125

PENGENALAN 125

OBJEKTIF 125

ISI PENTING 125

8.1 Sejarah Ringkas 125

8.2 Bahagian Pentadbiran Eksekutif 127

8.2.1 Yang di-Pertuan Agong 127

8.2.2 Perdana Menteri 128

8.2.3 Jemaah Menteri 133

8.2.4 Timbalan Menteri 134

8.2.5 Setiausaha Parlimen 134

8.2.6 Setiausaha Politik 135

8.2.7 Setiausaha Jemaah Menteri 135

8.3 Birokrasi Awam Persekutuan 135

8.3.1 Kementerian 135

8.3.2 Suruhanjaya 136

RUMUSAN 137

SEMAKAN KENDIRI 138

SOALAN DALAM TEKS 138

RUJUKAN 138

UNIT 9 BADAN PERUNDANGAN 140

PENGENALAN 140

OBJEKTIF 140

ISI PENTING 140

9.1 Pengertian Perundangan 140

9.2 Sumber Undang-undang di Malaysia 141

9.2.1 Undang-undang Bertulis 142

9.2.2 Undang-undang Tidak Bertulis 143

9.3 Jenis Undang-undang di Malaysia 144

9.4 Parlimen 145

9.4.1 Yang di-Pertuan Agong (YDPA) 146

Page 15: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

9.4.2 Dewan Rakyat 146

9.4.3 Dewan Negara 148

9.5 Proses Penggubalan Undang-undang 149

9.5.1 Proses Penggubalan 150

RUMUSAN 153

SEMAKAN KENDIRI 153

SOALAN DALAM TEKS 154

RUJUKAN 154

UNIT 10 BADAN KEHAKIMAN 155

PENGENALAN 155

OBJEKTIF 155

ISI PENTING 155

10.1 Badan Kehakiman 155

10.1.1 Fungsi Badan Kehakiman 156

10.1.2 Bidang Kuasa Kehakiman 156

10.2 Hakim 157

10.2.1 Pelantikan Hakim 157

10.2.2 Kelayakan Menjadi Hakim 157

10.2.3 Kebebasan Kehakiman 158

10.2.4 Kod Etika Hakim 158

10.3 Mahkamah 160

10.3.1 Hierarki Mahkamah 160

10.3.2 Mahkamah Persekutuan 161

10.3.3 Mahkamah Rayuan 162

10.3.4 Mahkamah Tinggi 163

10.3.5 Mahkamah Sesyen 164

10.3.6 Mahkamah Majistret Kelas 1 165

10.3.7 Mahkamah Tuntutan Kecil 165

10.3.8 Mahkamah Penghulu 166

10.3.9 Mahkamah-Mahkamah Khas 166

10.3.10 Mahkamah Khas (Raja-Raja) 166

Page 16: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

10.3.11 Mahkamah Kanak-Kanak 167

10.3.12 Mahkamah Syariah 168

10.3.13 Mahkamah Tentera 169

10.3.14 Mahkamah Bumiputera 169

10.3.15 Mahkamah Perusahaan 170

RUMUSAN 171

SEMAKAN KENDIRI 171

SOALAN DALAM TEKS 172

RUJUKAN 172

UNIT 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 174

PENGENALAN 174

OBJEKTIF 174

ISI PENTING 174

11.1 Matlamat Dasar Pembangunan Sosial 174

11.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan 175

11.2.1 Pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan

175

11.2.2 Penyata Razak 1956 175

11.2.3 Penyata Rahman Talib 1960 176

11.2.4 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 177

11.2.5 Dasar Pendidikan Kebangsaan 178

11.2.5.1 Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan

178

11.2.5.2 Strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan

178

11.2.5.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

180

11.3 Dasar Sosial Negara 180

11.3.1 Rasional Dasar Sosial Negara 181

11.3.2 Objektif Dasar Sosial Negara 181

11.3.3 Strategi Pelaksanaan Dasar Sosial Negara 182

11.3.4 Jentera Pelaksana Dasar Sosial Negara 183

Page 17: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

11.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 183

11.4.1 Rasional Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

183

11.4.2 Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan 184

11.4.3 Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan 184

11.4.4 Strategi Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

184

11.5 Dasar Wanita Negara 185

11.5.1 Rasional Dasar Wanita Negara 185

11.5.2 Objektif Dasar Wanita Negara 186

11.5.3 Strategi Perlaksanaan Dasar Wanita Negara

186

11.5.4 Pelan Tindakan Pembangunan Golongan Wanita

187

11.6 Dasar Pembangunan Belia Negara 187

11.6.1 Matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara

187

11.6.2 Strategi Pelaksanaan Dasar Pembangunan Belia Negara

188

11.6.3 Pelan Tindakan Dasar Pembangunan Belia Negara

188

11.7 Dasar Bersih, Cekap dan Amanah 189

11.7.1 Objektif Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

189

11.7.2 Strategi Pelaksanaan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

190

11.8 Dasar Warga Emas Negara 191

11.8.1 Falsafah Dasar Warga Emas Negara 191

11.8.2 Nilai Dasar Warga Emas Negara 191

11.8.3 Prinsip Dasar Warga Emas Negara 192

11.8.4 Matlamat Dasar Warga Emas Negara 192

11.8.5 Objektif Dasar Warga Emas Negara 192

11.8.6 Strategi Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara

193

Page 18: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

11.9 Pelan Integriti Nasional (PIN) 193

11.9.1 Objektif Khusus PIN 194

11.9.2 Pendekatan Utama Pelaksanaan PIN 194

11.9.3 Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) 195

RUMUSAN 195

SEMAKAN KENDIRI 196

SOALAN DALAM TEKS 196

RUJUKAN 197

UNIT 12 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA 198

PENGENALAN 198

OBJEKTIF 198

ISI PENTING 198

12.1 Matlamat dan Asas Dasar Pembangunan 198

12.2 Latar Belakang Dasar Pembangunan Negara 199

12.3 Dasar Pembangunan Negara 202

12.4 Dasar Utama Pembangunan 202

12.4.1 Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) 202

12.4.2 Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

204

12.4.3 Dasar Wawasan Negara (2001-2010) 208

12.4.4 Dasar Transformasi Nasional 210

12.5 Dasar Khusus Pembangunan 221

12.5.1 Dasar Perindustrian Negara 221

12.5.2 Dasar Pertanian Negara 223

12.5.3 Dasar Hala Cara Baru dalam Pembangunan

225

12.5.4 Dasar Penswastaan (1983) 226

12.5.5 Dasar Pensyarikatan Malaysia (1983) 227

RUMUSAN 228

SEMAKAN KENDIRI 229

SOALAN DALAM TEKS 230

RUJUKAN 230

Page 19: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

UNIT 13 DASAR DAN HUBUNGAN LUAR 231

PENGENALAN 231

OBJEKTIF 231

ISI PENTING 231

13.1 Latar Belakang Dasar Luar Malaysia 231

13.1.1 Definisi Dasar Luar 231

13.1.2 Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia 232

13.1.3 Faktor yang Mempengaruhi Dasar Luar Malaysia

233

13.2 Perkembangan Dasar Luar Malaysia 234

13.2.1 Era Tunku Abdul Rahman Putra (1957-1970)

234

13.2.2 Era Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976)

236

13.2.3 Era Tun Hussein Onn (1976-1981) 237

13.2.4 Era Tun Dr. Mahathir (1981-2003) 238

13.2.5 Era Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)

239

13.2.6 Era Dato’ Sri Najib Tun Razak (bermula 2009)

240

13.3 Malaysia dan Hubungan Serantau 241

13.3.1 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

242

13.4 Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa 245

13.4.1 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

246

13.4.2 Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC)

246

13.4.3 Komanwel 247

13.4.4 Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) 249

RUMUSAN 250

SEMAKAN KENDIRI 250

SOALAN DALAM TEKS 251

RUJUKAN 251

Page 20: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

UNIT 14 PEMBINAAN NEGARA-BANGSA 252

PENGENALAN 252

OBJEKTIF 252

ISI PENTING 252

14.1 Konsep Negara-Bangsa 252

14.1.1 Perpaduan dan Integrasi 253

14.1.2 Negara-Bangsa 253

14.1.3 Nasionalisme 254

14.1.4 Patriotisme 254

14.1.5 Sejarah Ringkas 255

14.2 Masyarakat Majmuk 257

14.2.1 Sejarah Ringkas 257

14.2.2 Masyarakat Majmuk 258

14.3 Teori Perpaduan dan Integrasi 259

14.3.1 Asimilasi 260

14.3.2 Variasi Asimilasi 260

14.3.3 Amalgamasi 261

14.3.4 Pluralisme 262

14.4 Pemupukan Hubungan Etnik dan Cabaran Semasa 263

RUMUSAN 266

SEMAKAN KENDIRI 267

SOALAN DALAM TEKS 268

RUJUKAN 268

SIMULASI UJIAN DAN PEPERIKSAAN 270

Page 21: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

PANDUAN KURSUS

PENDAHULUAN

Kenegaraan Malaysia (SKP2101) merupakan salah satu kursus teras yang

diwajibkan ke atas semua mahasiswa dan mahasiswi UPM di peringkat Ijazah

Sarjana Muda bagi memantapkan semangat patriotisme mereka dalam menghadapi

arus globalisasi yang semakin mencabar jati diri dan kecintaan terhadap negara.

Justeru kursus ini yang terbahagi kepada empat kategori iaitu sejarah, sistem

politik, pemerintahan negara, dan pembinaan negara bangsa diharapkan dapat

memberi kefahaman yang mendalam kepada semua mahasiswa dan mahasiswi

UPM tentang cara hidup bernegara di tanah air sendiri. Seterusnya dapat

mempertahankan serta memantapkan jati diri mereka sekali gus memperkukuhkan

lagi semangat patriotisme untuk mempertahankan maruah tanah air tercinta ini

dari segala kerosakan.

Page 22: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

xxii

RANGKA KURSUS

i. Nama Kursus

Kenegaraan Malaysia

ii. Kod Kursus

SKP2101

iii. Kredit Kursus

3

iv. Prasyarat

Tiada

v. Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan sejarah negara dan masyarakat serta sistem pemerintahan

negara (C4).

2. Menghubungkaitkan kefahaman mengenai sejarah, dasar dan sistem

negara dengan perkembangan semasa (LL).

3. Mempamerkan sikap menghargai kepentingan nilai patriotisme (A3, EM).

vi. Sinopsis Kursus

Kursus ini meliputi sejarah negara, sistem dan organisasi kerajaan serta dasar-

dasar negara. Kursus ini juga membahaskan proses pembinaan negara bangsa

dan kepentingan patriotisme.

vii. Kandungan Kursus

1. Sejarah awal Malaysia

• Masyarakat dan sistem pemerintahan tradisional

• Kedatangan kuasa penjajahan

2. Perjuangan mencapai kemerdekaan

• Penentangan penjajahan

Page 23: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

xxiii

• Gerakan nasionalisme

• Rancangan kemerdekaan

3. Penubuhan Persekutuan Malaysia

• Cadangan dan reaksi terhadap penubuhan Malaysia

• Tentangan dan proses penubuhan Malaysia

4. Perlembagaan Persekutuan Malaysia

• Asas Perlembagaan

• Kandungan Perlembagaan

• Perlembagaan Negeri

• Pindaan perlembagaan

5. Raja Berperlembagaan

• Latar belakang dan konsep asas sistem beraja

• Yang Di Pertuan Agong

• Majlis Raja-Raja

6. Demokrasi Berparlimen

• Konsep demokrasi berparlimen

• Pilihan raya

• Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

7. Sistem Persekutuan

• Konsep asas persekutuan

• Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri

• Pentadbiran kerajaan negeri dan kerajaan tempatan

8. Eksekutif

• Perdana Menteri

• Kabinet

• Kementerian dan Perkhidmatan Awam

• Suruhanjaya

• Perbadanan Awam

Page 24: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

xxiv

9. Perundangan

• Parlimen

• Dewan Rakyat

• Dewan Negara

• Penggubalan Undang-Undang

10. Kehakiman

• Kehakiman dan undang-undang

• Struktur dan fungsi mahkamah

• Hakim

11. Dasar sosial

• Dasar Sosial Negara

• Dasar-dasar sosial seperti dasar pendidikan, kebudayaan, belia, wanita dan

warga emas

12. Dasar Pembangunan Negara

• Rancangan pembangunan

• Dasar-dasar terpilih

13. Dasar dan Hubungan Luar Negara

• Jenis hubungan luar

• Dasar luar negara: prinsip dan pertimbangan

• Kerjasama serantau

• Kerjasama antarabangsa

14. Pembinaan negara-bangsa

• Konsep pembinaan negara-bangsa- Rukun Negara

• Masyarakat majmuk

• Integrasi nasional

• Isu dan cabaran semasa perpaduan

Page 25: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

xxv

viii. Penilaian

g. Penilaian Kursus

Penilaian kursus ini terbahagi kepada: 30%

(i) Kerja kursus keseluruhan

• Tugasan

30%

(ii) Peperiksaan pertengahan 30%

(i) + (ii) 60%

(iii) Peperiksaan akhir 40%

Jumlah keseluruhan 100%

** Penilaian kursus berubah dari semasa ke semasa bergantung pada pensyarah/

pengajar kursus semasa.

Cadangan Jadual dan Aktiviti Pembelajaran

1. Perjumpaan Bersemuka 4 jam

2. Pembelajaran Kendiri 45 jam/minggu

3. Sesi Tutorial (4-6 sesi) 8-12 jam

4. Pembelajaran Berkumpulan 1 jam

5. Online/E-mel/Telefon/LMS/Kelas Maya dengan

Pensyarah/Pengajar

1 jam

6. Latihan/Kuiz 1 jam

7. Tugasan 6 jam

Jumlah Jam Keseluruhan 65 jam

Page 26: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini
Page 27: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

1

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 1 Sejarah Awal Negara Mohd Mahadee Hj Ismail

PENGENALANUnit ini membincangkan tentang perkembangan sejarah awal negara bermula

dengan zaman pra sejarah, zaman proto sejarah dan zaman pensejarahan. Pada

setiap peringkat zaman pula terdapat era-era khusus yang menunjukkan wujudnya

evolusi dan babak baru dalam perkembangan sejarah tanah air sehinggalah

berlakunya episod campur tangan kuasa asing di Tanah Melayu. Perbincangan

dalam unit ini turut merangkumi penjajahan Portugis, Belanda, kedatangan pihak

Inggeris dan pendudukan Jepun di alam Melayu.

OBJEKTIF

1. Menjelaskan perkembangan dan evolusi pada zaman pra sejarah, proto sejarah

dan zaman pensejarahan.

2. Membincangkan zaman keagungan dan kegemilangan Kerajaan Kesultanan

Melayu Melaka.

3. Menghuraikan kedatangan dan penjajahan kuasa asing di gugusan Kepulauan

Melayu dan implikasinya.

ISI PENTING1.1 Zaman Pra SejarahZaman pra sejarah di Kepulauan Melayu boleh dikategorikan kepada empat zaman

penting iaitu zaman paleolitik, zaman mesolitik, zaman neolitik dan zaman logam.

Tiga zaman awal ialah episod zaman batu sebelum memasuki zaman terakhir pada

zaman pra sejarah iaitu zaman logam.

Page 28: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

2

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

1.1.1 Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)

Zaman paleolitik dikatakan telah wujud lebih kurang 35,000 tahun yang lalu.

Petempatan awal masyarakat pada zaman paleolitik ialah tertumpu di kawasan

gua-gua batu kapur. Antara kawasan yang telah dikenal pasti telah didiami oleh

masyarakat pada zaman paleolitik ialah Gua Badak dan Kota Tampan, Perak,

Gua Niah, Sarawak dan Tingkayu, Sabah. Cara hidup masyarakat adalah serba

ringkas yang bercirikan aktiviti sara diri dan hidup yang sentiasa berpindah

randah. Kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan di mana

kegiatan utama mereka ialah memburu binatang dan memungut hasil hutan. Dalam

menjalani kehidupan seharian, masyarakat zaman ini telah menggunakan alat-alat

batu dalam bentuk asal, kasar dan ringkas. Pada ketika itu masih belum wujud

teknologi penciptaan batu. Masyarakat pada zaman paleolitik juga dikatakan masih

belum pandai menjalankan aktiviti-aktiviti lain seperti pertanian dan penternakan.

1.1.2 Zaman Mesolitik (Zaman Batu Tengah)

Zaman mesolitik dikatakan telah wujud lebih kurang 11,000 tahun yang lalu.

Kawasan petempatan masyarakat masih lagi tertumpu di gua-gua batu kapur.

Kawasan petempatan utama orang mesolitik yang telah dikenal pasti ialah Jenderam

Hilir, Selangor; Gua Cha, Kelantan; Gua Kecil, Pahang; Gua Kepah, Kedah; Gua

Niah, Sarawak; Gua Gomantong dan Gua Madai, Sabah. Orang asli Senoi dan

Negrito merupakan keturunan masyarakat zaman mesolitik ini. Masyarakat pada

zaman ini masih lagi menggunakan alat-alat batu bagi membantu mereka menjalani

kehidupan seharian. Namun, alat-alat batu yang digunakan adalah lebih halus

berbanding dengan zaman paleolitik. Peralatan batu tersebut digunakan khusus

dalam aktiviti memburu binatang, menangkap ikan dan memungut buah-buahan

hutan. Apa yang lebih menarik, masyarakat pada zaman mesolitik sudah mula

pandai menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Setelah mendapat hasil,

mereka telah menjalankan kegiatan tukar barang dengan penduduk di kawasan lain

khususnya barangan hasil hutan dengan hasil laut atau sungai. Orang mesolitik

juga dikatakan masyarakat pertama yang menemui api dan mereka mula memasak

makanan. Pada akhir zaman mesolitik ini wujud satu bentuk kebudayaan baru

yang dikenali sebagai zaman peralihan (zaman Hoabinhian). Kebudayaan baru ini

dikembangkan oleh orang-orang Hoa Binh dari Vietnam di mana mereka telah

mengembangkan teknologi pembuatan batu atau lebih dikenali sebagai tekno-

komplex. Pada zaman peralihan ini, alat-alat batu yang digunakan adalah jauh lebih

Page 29: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

3

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

baik, sempurna, wujud hasil dari penemuan teknologi Chooper Chopping Tools,

Hand-Adze, Proto-Hand-Axe dan Hand-Axe. Dengan adanya teknologi pembuatan

batu, maka mereka berjaya menghasilkan alat-alat batu yang lebih canggih seperti

kapak batu, pisau batu, lembing batu dan pelbagai lagi.

1.1.3 Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru)

Zaman neolitik dikatakan telah wujud kira-kira 5,000 tahun yang lalu. Kawasan

petempatan masyarakat masih lagi tertumpu di gua-gua batu kapur seperti zaman-

zaman sebelumnya. Kawasan petempatan utama orang neolitik yang telah dikenal

pasti ialah Gua Cha, Kelantan, Gua Kecil, Pahang, Gua Kepah, Kedah, Gua

Gomantong dan Gua Madai, Sabah, Gua Niah dan Gua Tengkorak, Sarawak dan

Jenderam Hilir, Selangor. Masyarakat pada zaman neolitik masih lagi menggunakan

alat-alat batu bagi membantu mereka menjalani kehidupan seharian. Akan tetapi

alat-alat batu yang digunakan adalah jauh lebih halus dan sempurna berbanding

dengan zaman mesolitik. Ini kerana telah wujud teknologi pembuatan batu yang

lebih canggih pada zaman ini. Antara kegiatan utama masyarakat ialah memburu

binatang, menangkap ikan, bercucuk tanam dan menjalankan aktiviti penternakan

sebagai sumber bekalan makanan. Mereka juga aktif berhubung dengan masyarakat

luar di mana melalui hubungan yang wujud tersebut membolehkan mereka

menjalankan aktiviti perdagangan. Antara hasil dagangan utama masyarakat pada

zaman neolitik ialah hasil hutan seperti damar, rotan, kayu gaharu dan gading serta

hasil laut seperti siput, kerang dan ikan. Dalam pada itu, masyarakat pada zaman

neolitik juga sudah pandai menghasilkan serta menggunakan alat-alat perhiasan

seperti gelang tangan, rantai leher dan barangan perhiasan diri yang lain. Zaman

neolitik ini menjadi zaman terakhir masyarakat menggunakan alat-alat batu.

Selepas zaman ini masyarakat mula mencari kawasan yang mempunyai sumber air.

1.1.4 Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)

Zaman logam dikatakan wujud kira-kira 2,500 tahun yang lalu. Kemunculan zaman

logam menandakan berakhirnya episod zaman batu. Antara kawasan petempatan

masyarakat pada zaman logam yang telah dikenal pasti ialah Sungai Lang dan

Sungai Langat, Selangor, Batu Buruk dan Sungai Terengganu, Terengganu, Sungai

Tembeling, Pahang dan Sungai Muar, Johor. Masyarakat pada zaman logam telah

melalui satu perubahan penting di mana mereka tidak lagi menggunakan alat-alat

batu untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharian tetapi mereka mula

Page 30: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

4

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

menggunakan alat-alat yang diperbuat daripada logam. Selain itu, mereka tidak

lagi hidup secara berpindah randah di gua-gua batu kapur tetapi mereka sudah

mula tinggal tetap di satu-satu kawasan penempatan. Apa yang lebih penting

ialah masyarakat pada zaman logam telah membina petempatan tetap di kawasan-

kawasan lapang, tepi-tepi sungai dan di kawasan persisiran pantai iaitu di kawasan

yang mempunyai sumber air. Kegiatan utama masyarakat masih lagi berkisar pada

aktiviti memburu binatang, menangkap ikan, bercucuk tanam, memungut hasil

hutan, menternak binatang dan menjalankan aktiviti perdagangan. Di samping

itu, mereka juga telah menceburi satu lagi aktiviti baru iaitu melombong dalam

mendapatkan sumber-sumber logam. Kemajuan pada zaman logam ini terbukti

melalui penciptaan alat-alat logam untuk membantu mereka menjalani kehidupan

seharian seperti pisau, kapak, parang, cangkul dan pelbagai lagi.

Apabila masyarakat pada zaman logam mula tinggal tetap di satu-satu kawasan

khususnya di kawasan-kawasan lapang yang mempunyai sumber air, maka jumlah

penghuni juga semakin bertambah. Daripada situasi tersebut telah menjadi

pemangkin kepada wujudnya pelbagai institusi penting dalam masyarakat seperti

institusi sosial, ekonomi dan politik. Perkembangan ini telah menjadi titik tolak

kepada kewujudan kerajaan-kerajaan awal atau kerajaan purba di gugusan

Kepulauan Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan awal ini telah menandakan

bermulanya zaman proto sejarah di alam Melayu.

1.2 Zaman Proto SejarahZaman proto sejarah ialah zaman kewujudan kerajaan-kerajaan awal atau

kerajaan purba di gugusan Kepulauan Melayu. Walaupun pada peringkat awal

kerajaan-kerajaan yang wujud hanyalah kerajaan yang bersifat kecil sahaja tetapi

kemudiannya kerajaan-kerajaan tersebut mula menunjukkan perkembangan

sehingga membentuk sebuah kerajaan yang lebih besar dan kuat. Kerajaan-kerajaan

awal ini kebanyakannya terbina di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber air

seperti di kawasan tasik, sungai dan laut memandangkan sumber air menjadi alat

perhubungan utama di antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain.

Page 31: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

5

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Antara kerajaan-kerajaan awal yang muncul di Gugusan Kepulauan Melayu ialah:

• Kerajaan Kutei di Borneo

• Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa

• Kerajaan Singhasari di Pulau Jawa

• Kerajaan Mataram di Pulau Jawa

• Kerajaan Funan di Lembah Sungai Mekong

• Kerajaan Champa di Vietnam

• Kerajaan Srivijaya di Sumatera

Antara kerajaan-kerajaan Melayu Awal yang muncul di Semenanjung Tanah

Melayu ialah:

• Kerajaan Tun-Sun, Ko-Lo, Pan-Pan di Segenting Kra

• Kerajaan Langkasuka di Pattani

• Kerajaan Chih-Tu di Kelantan

• Kerajaan Tan-Tan di Terengganu

• Kerajaan Lo-Yueh di Selatan Tanah Melayu

• Kerajaan Kedah Tua di Kedah

• Kerajaan Gangga Negara di Perak

Kewujudan kerajaan-kerajaan awal di gugusan Kepulauan Melayu telah membawa

kepada satu perkembangan baharu di Tanah Melayu di mana setiap kerajaan

tersebut berlumba-lumba untuk meluaskan pengaruh masing-masing. Dari itu

kita dapat lihat wujudnya kerajaan-kerajaan terkuat yang mendominasi alam

Melayu pada ketika itu. Kerajaan Funan telah muncul sebagai sebuah kerajaan

terkuat di rantau nusantara bermula kurun pertama sehingga kurun keenam

masihi. Kejatuhan kerajaan Funan telah membawa kepada kemunculan kerajaan

Srivijaya sebagai kerajaan terkuat bermula pada kurun ketujuh sehingga kurun

ke-11 masihi. Kemunculan kerajaan Srivijaya sebagai kuasa terkuat menandakan

kebangkitan kuasa orang-orang Melayu yang berpusat di Palembang, Sumatera.

Kejatuhan kerajaan Srivijaya pula menjadi pemangkin kepada kemunculan

kerajaan Majapahit yang berpusat di Tanah Jawa. Kerajaan Majapahit telah

muncul sebagai sebuah kuasa terkuat pada kurun ke-13 masihi selepas kejatuhan

Page 32: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

6

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

kerajaan Singhasari khususnya pada waktu pemerintahan Hayam Wuruk dan Patih

Gajah Mada. Kegemilangan empayar Majapahit ini berakhir dengan kemunculan

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Tanah Melayu.Kemunculan

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menandakan bermulanya era pensejarahan

masyarakat Melayu di mana berlaku lagi satu episod baru perkembangan alam

Melayu.

1.3 Zaman PensejarahanZaman pensejarahan di Tanah Melayu bermula dengan kemunculan Kerajaan

Kesultanan Melayu Melaka. Kemunculan Melaka telah membawa suatu detik

bersejarah baru bagi Tanah Melayu khususnya apabila Melaka telah muncul sebagai

sebuah kuasa yang agung di alam Melayu. Detik bersejarah tersebut menjadi

penanda aras kepada kebangkitan tamadun alam Melayu yang boleh dibanggakan

oleh generasi hari ini.

1.3.1 Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

Berdasarkan kepada rekod sejarah, Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah

diasaskan oleh Parameswara atau Raja Iskandar Shah pada awal kurun ke-15 iaitu

sekitar tahun 1400. Baginda dalam perjalanan dari Temasik menuju ke suatu tempat

yang tidak dapat dipastikan telah singgah berehat di bawah sebatang pokok bertam

iaitu pokok Melaka. Sewaktu baginda sedang berehat, berlaku satu kejadian aneh

di mana anjing buruannya yang garang telah ditendang jatuh ke dalam sungai oleh

seekor pelanduk yang kecil. Peristiwa tersebut menandakan suatu keajaiban dan

dari detik itu baginda telah membuka tempat tersebut dan dinamakan Melaka. Pada

ketika itu Melaka ialah sebuah perkampungan nelayan yang terdiri daripada kira-

kira 200 orang penduduk sahaja. Selepas secara rasminya Parameswara membuka

Melaka, tempat tersebut berkembang pesat sehinggalah terbentuknya Kerajaan

Kesultanan Melayu Melaka. Antara faktor kehebatan Melaka ialah wujudnya

Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka di mana pelaksanaan

undang-undang tersebut menggambarkan ketamadunan tinggi kerajaan Melaka.

Selain itu, faktor utama perkembangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ialah

kerana wujudnya sistem pentadbiran yang cekap, sistematik dan tersusun. Sistem

pentadbiran yang cekap ini berjaya menjamin keamanan dan kemakmuran negeri

Melaka.

Page 33: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

7

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Sultan

Pembesar Empat

(Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari)

Pembesar Lapan

(Syahbandar, Pembesar yang bergelar Seri)

Pembesar Enam Belas

(Pembesar yang bergelar Raja)

Pembesar Tiga Puluh Dua

(Pembesar peringkat rendah)

Rajah 1.1 Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah mengaplikasi sistem pembesar empat

lipatan di mana terdapat pembahagian khusus bidang tugas di setiap peringkat

jawatan. Lagi tinggi kedudukan seseorang pembesar dalam heirarki jawatan maka

lagi besar tugas dan tanggungjawab yang dipikulnya. Pentadbiran yang sistematik

ini juga berfungsi sebagai sistem ‘semak dan imbang’ antara satu fungsi jawatan

dengan fungsi jawatan yang lain. Namun, sultan atau raja Melaka tetap menjadi

pusat pentadbiran segala bentuk kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Page 34: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

8

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Parameswara (Raja Iskandar Syah) (1400-1414)

Sultan Mahkota Iskandar Syah (1414-1424)

Sultan Muhammad Syah (Seri Maharaja) (1424-1444)

Parameswara Dewa Syah (Raja Ibrahim) (1444-1445)

Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) (1445-1459)

Sultan Mansor Syah (1459-1477)

Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488)

Sultan Mahmud Syah (1488-1511)

Sultan Ahmad Syah(Tidak sempat memerintah)

Rajah 1.2 Sultan-Sultan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, 1400-1511

Raja pertama Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara atau Raja

Iskandar Shah manakala raja terakhir ialah Sultan Mahmud Syah. Kerajaan

Kesultanan Melayu Melaka telah mencapai zaman kegemilangan pada zaman

pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansor Syah dan Sultan Alauddin

Riayat Syah yang dibantu dengan kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja Tun

Perak. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mengalami kemerosotan pada zaman

pemerintahan Sultan Mahmud Syah khususnya selepas kematian Bendahara

Paduka Raja Tun Perak. Para pengganti Paduka Raja Tun Perak gagal untuk

memainkan peranan sebagai seorang bendahara yang hebat bagi mengekalkan

zaman kegemilangan Melaka. Berikut ialah senarai Bendahara Kerajaan Kesultanan

Melayu Melaka (dari 1445 hingga 1511).

• Bendahara Seri Wak Raja (1445)

• Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali (1445-1456)

• Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456-1498)

• Bendahara Tun Puteh (1498-1500)

Page 35: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

9

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir (1500-1510)

• Bendahara Tepok Paduka Tuan (1510-1511)

1.3.1.1 Faktor perkembangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

Perkembangan dan kemajuan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dipengaruhi

oleh pelbagai faktor utama iaitu faktor kedudukan geografi, faktor ekonomi serta

faktor politik dan pentadbiran.

Faktor Geografi

• Kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan

perdagangan antara kawasan timur dengan kawasan barat. Faktor ini menjadikan

Melaka sebagai sebuah pusat persinggahan kapal-kapal dagang.

• Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin Monsun Barat Daya dan Monsun

Timur Laut. Faktor ini menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan yang

sesuai sementara menunggu perubahan angin monsun.

• Melaka pada ketika itu menjadi sebuah pelabuhan laut dalam semula jadi di

mana kapal-kapal dagang boleh masuk terus ke pelabuhan Melaka.

Faktor Ekonomi

• Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal di gugusan

Kepulauan Melayu.

• Melaka mempunyai sumber asli yang banyak seperti rempah-ratus, kapur

barus, lada hitam, gading gajah dan pelbagai lagi. Kebanyakan sumber tersebut

dibawa dari kawasan sekitar seperti dari Johor, Selangor dan Pahang.

• Harga barang dagangan di Melaka adalah rendah. Faktor ini menjadi daya

tarikan kepada para pedagang asing.

• Melaka melaksanakan sistem pungutan cukai yang rendah dan sistematik.

Tanggungjawab dalam pengurusan cukai perdagangan di Melaka terletak di

bawah bidang kuasa Syahbandar.

• Melaka telah memperkenalkan penggunaan sistem mata wang. Ini secara

langsung telah menggalakkan dan melicinkan urusan jual-beli di Melaka.

• Melaka telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan asas seperti bekalan air

bersih dan tempat penginapan sementara yang diperlukan oleh para pedagang

asing.

Page 36: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

10

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Faktor Politik dan Pentadbiran

• Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan kuasa besar

China. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan China telah membebaskan

Melaka dari ancaman Majapahit dan Siam.

• Melaka melaksanakan sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun iaitu

melalui aplikasi sistem pembesar empat lipatan. Setiap jawatan pembesar

mempunyai bidang kuasa terkhusus dan terkawal.

• Melaka telah memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang yang adil

dan saksama iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.

Undang-undang yang dilaksanakan di Melaka ini berteraskan kepada undang-

undang Islam sepertimana yang ditekankan dalam al-Quran dan hadis.

• Melaka telah berjaya membentuk angkatan tentera yang kuat. Angkatan tentera

Melaka ini dibantu oleh orang-orang laut sebagai sebagai benteng pertahanan

pertama Melaka.

• Melaka telah muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam di gugusan

Kepulauan Melayu.

• Melaka telah melaksanakan dasar perluasan kuasa ke negeri-negeri sekitar.

Negeri Pahang, Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Pattani, Aru, Siak,

Rokan, Kampar, Inderagiri dan pelbagai lagi telah ditakluk Melaka.

• Melaka telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa

perantaraan utama di Melaka. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa

lingua franca yang perlu digunakan dalam urusan perdagangan.

1.3.1.2 Faktor kemerosotan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

Faktor Dalaman

• Pemerintahan Sultan Mahmud yang lemah di mana baginda tidak ambil kisah

hal ehwal pentadbiran negara. Tugas pentadbiran negara banyak diserahkan

kepada Bendahara Melaka.

• Pentadbiran negeri kacau bilau dan tidak diuruskan dengan baik. Para penganti

Paduka Raja Tun Perak lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mampu

menguruskan hal-ehwal pentadbiran Melaka.

• Berlaku permusuhan antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Tamil

Muslim. Hal ini berlaku pada waktu pentadbiran Bendahara Tun Mutahir yang

Page 37: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

11

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

lebih memberi keutamaan kepada orang-orang Tamil Muslim. Keadaan tersebut

telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu. Keadaan semakin kritikal

apabila wujud fitnah dan salah guna kuasa yang berleluasa.

• Aktiviti perdagangan di Melaka semakin merosot khususnya apabila Sultan

Mahmud Syah dan Bendahara Tun Mutahir telah menaikkan kadar cukai

perdagangan. Selain itu, berlaku amalan rasuah dan pilih kasih dalam urusan

perdagangan menyebabkan para pedagang tidak lagi berminat untuk berdagang

di Melaka. Para pedagang asing mula mencari tempat-tempat perdagangan

alternatif selain dari Melaka.

• Orang Laut tidak membantu Melaka semasa diserang oleh Portugis dan tidak

lagi menjadi benteng pertahanan pertama Melaka. Para penganti Paduka Raja

Tun Perak tidak lagi menjalinkan hubungan baik dengan orang-orang Laut.

Mereka merasa tersisih dan telah kembali menjadi lanun di perairan Melaka.

Faktor Luaran

• Penemuan jalan laut yang baharu oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488

melalui Tanjung Harapan di Benua Afrika telah memendekkan jarak perjalanan

antara kawasan timur dengan kawasan barat. Faktor ini menjadi pencetus kepada

kuasa Portugis untuk menjelajah sampai ke gugusan Kepulauan Melayu.

• Para pedagang asing tidak bersikap jujur dengan Melaka. Hal ini kerana

mereka telah memihak kepada Portugis sewaktu Portugis menyerang Melaka.

Mereka juga telah menyalurkan maklumat tentang Melaka yang diperlukan

oleh Portugis.

• Penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511. Tentera Portugis yang dipimpin

oleh Alfonso d’Albuquerque berjaya menawan Melaka pada 25 Ogos 1511.

Sultan Mahmud Syah tidak dapat mempertahankan Melaka dari serangan

Portugis yang mempunyai kelengkapan perang serba canggih. Sultan Mahmud

Syah dan para pembesar Melaka terpaksa melarikan diri ke kawasan sekitar

untuk menyelamatkan diri. Akhirnya, Melaka jatuh ke tangan Portugis.

1.3.2 Era Penjajahan Kuasa Asing di Tanah Melayu

Kedatangan Portugis ke Melaka telah membuka satu era baru di alam Melayu iaitu

kemasukan kuasa-kuasa asing. Kuasa-kuasa asing ini datang dengan agenda dan

matlamat tertentu khususnya untuk mengekploitasi sumber hasil yang terdapat di

rantau ini.

Page 38: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

12

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

1.3.2.1 Penjajahan Portugis

Tujuan utama kedatangan kuasa Portugis ke alam Melayu adalah untuk menguasai

sektor perdagangan dan mengembangkan agama Kristian. Setelah berjaya

menguasai Melaka, Portugis telah cuba beberapa kali untuk menguasai negeri-

negeri lain di Tanah Melayu tetapi tidak berjaya. Dari itu penjajahan Portugis

hanyalah tertumpu di Melaka dari tahun 1511 sehingga tahun 1641 iaitu selama

130 tahun. Kegiatan perdagangan di Melaka semakin lumpuh apabila pihak

Portugis memperkenalkan pelbagai bentuk peraturan baru di samping mengenakan

kadar cukai yang tinggi. Para pedagang asing semakin tidak berminat untuk

berdagang di Melaka. Selain itu, Portugis memperkenalkan sistem tulisan rumi

bagi menggantikan sistem tulisan jawi yang digunakan di Melaka ketika itu.

Dalam pada itu, wujud beberapa perkataan pinjaman seperti jendela, almari,

garfu, tuala dan palsu yang diterima sebagai bahasa Melayu. Matlamat Portugis

untuk mengembangkan ajaran Kristian gagal apabila penduduk di Melaka terus

berpegang kepada ajaran Islam. Kesan lain penjajahan Portugis di Melaka ialah

kewujudan masyarakat Serani iaitu hasil perkahwinan campur di antara orang-

orang Portugis dengan penduduk tempatan. Kewujudan masyarakat Serani di

Melaka dapat dilihat sehingga ke hari ini. Kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu

Melaka telah membawa kepada kemunculan Kerajaan Melayu-Riau yang menjadi

kerajaan terkuat selepas Melaka di gugusan Kepulauan Melayu.

Jadual 1.1 Peristiwa Penaklukan Portugis di Melaka

1460 Portugis berjaya menjelajah pantai barat Afrika.

1488 Bartholomew Diaz berjaya membuat pelayaran hingga ke Tanjung Harapan di benua Afrika.

1498 Vasco Da Gama membuat pelayaran di Calicut, India.

1503 Portugis membina sebuah petempatan perdagangan di Cochin.

1509 Alfonso d’Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India. Beliau mengutuskan rombongan ke Melaka yang diketuai oleh Lopez de Sequiera.

1510 Portugis telah menakluk Goa, India dan membina pusat pentadbiran di wilayah timur.

1511 Portugis menakluki Melaka.

Sumber: Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Fajar Bakti.

Page 39: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

13

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

1.3.2.2 Penjajahan Belanda

Pihak Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada

tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai kawasan timur khususnya gugusan

Kepulauan Melayu dan bersaing dengan kuasa Portugis. Selain itu, pihak Belanda

juga cuba menguasai perdagangan kain di India, perdagangan rempah ratus dan

bijih timah di Negeri-negeri Melayu. Kedatangan awal Belanda ialah ke Indonesia

memandangkan pada ketika itu Portugis telah bertapak di Melaka. Belanda telah

menjadikan Betawi (Jakarta) sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan mereka

bagi gugusan Kepulauan Melayu. Pada tahun 1641 Belanda telah melancarkan

serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka dengan bantuan daripada Kerajaan

Melayu Johor dan kawasan sekitar. Hasil dari serangan tersebut, pihak Belanda

telah berjaya merampas Melaka dari tangan Portugis. Dari itu, penjajahan Belanda

hanya tertumpu di Melaka selama 183 tahun iaitu dari 1641 hingga 1824. Pihak

Belanda juga tidak cuba untuk menguasai negeri-negeri lain di Tanah Melayu

memandangkan negeri-negeri sekitar Melaka telah membantu mereka menyerang

Portugis. Kegiatan Belanda di Melaka hanyalah untuk menyekat kapal-kapal

dagang yang datang untuk berdagang di Melaka supaya pergi berdagang di Betawi.

Oleh sebab itu semasa Belanda di Melaka, kegiatan perdagangan telah lumpuh

sama sekali. Belanda juga tidak membawa sumbangan positif ke atas Melaka.

Penjajahan Belanda ke atas Melaka berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda

atau lebih dikenali dengan Perjanjian London yang ditandatangani dengan pihak

British pada tahun 1824.

1.3.2.3 Kedatangan dan penjajahan Inggeris

Kedatangan awal pihak Inggeris ke alam Melayu bermula pada tahun 1786 apabila

Francis Light berjaya menduduki Pulau Pinang. Kemudian pada tahun 1819,

Stamford Raffles telah berjaya menduduki Singapura selepas membuat perjanjian

dengan Temenggung Abdul Rahman Johor. Pendudukan pihak Inggeris di Pulau

Pinang dan Singapura telah menimbulkan kemarahan Belanda di Melaka. Hal ini

kerana telah wujud persaingan hebat antara dua kuasa asing di Tanah Melayu iaitu

antara pihak Inggeris dengan Belanda. Untuk menyelesaikan persaingan tersebut,

maka satu rundingan dicapai dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda

pada 17 Mac 1824.

Page 40: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

14

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 1.2 Intipati Penting Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka kepada Inggeris.

British menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu dan kawasan SHTI di Sumatera kepada Belanda.

Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan Inggeris di Singapura.

British tidak dibenarkan meluaskan pengaruhnya ke Pulau Karimun dan pulau-pulau di selatan.

Belanda tidak akan campur tangan di Tanah Melayu dan membuat sebarang perjanjian dengan pemerintah tempatan.

British tidak akan campur tangan atau membuat sebarang perjanjian dengan kawasan Sumatera, Pulau Karimun, Kepulauan Raiu-Lingga dan mana-mana pulau di selatan Singapura.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam soal perdagangan dan menghapuskan kegiatan lanun.

Jika mana-mana pihak berundur, maka hak tersebut akan jatuh ke tangan pihak yang satu lagi.

Pemerintah tempatan dibenarkan membuat hubungan dengan kedua-dua kuasa atau sesama pemerintah tempatan.

Belanda membayar hutang kepada Inggeris sebanyak 100,000 paun (Sepanyol) iaitu hutang Perang Napoleon.

Sumber: Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Fajar Bakti.

Kesan Utama Perjanjian Inggeris-Belanda:

• Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua linkungan pengaruh iaitu Tanah

Melayu di bawah pengaruh British manakala Indonesia di bawah pengaruh

Belanda. Selat Melaka dijadikan sempadan utama.

• Berlaku perpecahan empayar Johor-Riau (Melayu-Riau) apabila Singapura

dan Johor jatuh ke tangan British manakala Kepulauan Riau jatuh ke tangan

Belanda.

• Persaingan kuasa antara British dengan Belanda semakin hebat terutama

selepas perkembangan pelabuhan bebas di Singapura.

Page 41: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

15

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 1.3 Perluasan Kuasa Ingggeris di Tanah Melayu dari tahun 1786 hingga 1914

Tahun Peristiwa

1786 Francis Light menduduki Pulau Pinang.

1819 Stamford Raffles menduduki Singapura.

1824 Perjanjian Inggeris-Belanda yang mengesahkan pendudukan Inggeris di Tanah Melayu.

1825 Persetiaan awal Kapten Henry Burney dengan Siam bagi menyekat pengaruh Siam di Perak dan Selangor.

1826 Perjanjian Burney ditandatangani antara Inggeris dengan Siam.

1826 Singapura, Pulau Pinang dan Melaka disatukan membentuk Negeri-Negeri Selat (NNS).

1841 James Brooke mengambil alih pemerintahan Sarawak dari tangan Raja Muda Hashim.

1874 Perjanjian Pangkor dan campur tangan Inggeris di Perak.

1874 Campur tangan Inggeris di Selangor.

1874 Campur tangan Inggeris di Sungai Ujong.

1875 Brunei menyerahkan Sabah kepada British.

1888 Campur tangan Inggeris di Pahang.

1896 Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).

1909 Perjanjian Bangkok ditandatangani di mana Siam menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada Inggeris dan membentuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).

1914 Johor menerima Penasihat British yang pertama dan diserapkan masuk ke dalam Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).

Sumber: Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Fajar Bakti.

1.3.2.4 Perkembangan di Sabah, Sarawak dan Brunei

Kesultanan Melayu Brunei

Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei dikatakan telah wujud sejak sekian lama dan

direkodkan bermula pada tahun 1363 kerajaan ini terletak di bawah pemerintahan

Sultan Muhammad Shah. Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei juga telah melalui

zaman perkembangan sepertimana kerajaan-kerajaan lain di gugusan Kepulauan

Melayu. Kerajaan ini dilaporkan mempunyai hubungan yang baik dengan

Kerajaan Majapahit di kepulauan Jawa di mana pengaruh Majapahit telah mula

meresap masuk ke dalam kerajaan Brunei. Antara pengaruh penting dari Majapahit

Page 42: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

16

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

ialah kemasukan pengaruh agama Hindu dalam kehidupan seharian masyarakat.

Selain itu, Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei juga telah mengadakan hubungan

perdagangan dengan China seawal kurun ke-6 lagi. Hal ini menunjukkan wujudnya

hubungan antarabangsa antara kepulauan Melayu dengan kuasa luar seperti China

sejak kurun awal lagi. Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei merupakan salah satu

daripada empat kesultanan yang menguasai kepulauan Borneo di mana detik

penting zaman kegemilangannya berlaku pada abad ke-16 sehingga abad ke-19

masihi khususnya di bahagian utara pulau Borneo dan pulau-pulau sekitarnya.

Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei melalui zaman kemerosotan pada pertengahan

kurun ke-19 terutamanya selepas kedatangan kuasa British melalui James Brooke

dan berlaku pemusatan kepentingan perdagangan asing di Sabah melalui Syarikat

Berpiagam Borneo Utara.

Jadual 1.4 Sejarah Pemerintah Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei

Bil. Sultan/Gelaran semasa memerintah Tempoh

1 Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah) 1363-1402

2 Pateh Berbai (Sultan Ahmad) 1402-1425

3 Sultan Sharif Ali (Sultan Berkat) 1425-1432

4 Sultan Sulaiman 1432-1485

5 Sultan Bolkiah (Nakhoda Ragham) 1485-1584

6 Sultan Abdul Kahar 1524-1530

7 Sultan Saiful Rijal 1531-1581

8 Sultan Shah Brunei 1581-1582

9 Sultan Mohammad Hasan (Pengiran Di Gadong/ Pengiran Pemanca) 1582-1598

10 Sultan Abdul Jalilul Akbar 1598-1659

11 Sultan Abdul Jalilul 1659-1660

12 Sultan Haji Muhammad Ah (Marhum Tumbaang Di Rumput) 1660-1661

13 Sultan Muhyiddin 1673-1690

14 Sultan Nasruddin 1690-1710

15 Sultan Husin Kamaluddin 1710-1730

16 Sultan Muhammad Alauddin (Marhum di Brunei) 1730-1737

17 Sultan Husin Kamaluddin 1737-1740

18 Sultan Omar Ali Saifuddien I 1740-1795

19 Sultan Muhammad Tajuddin 1795-1807

20 Sultan Muhammad Kanzul Alam (Raja Api) 1826-1828

Page 43: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

17

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

21 Sultan Omar Ali Saiffuddien 11 1828-1852

22 Sultan Abdul Momin 1852-1885

23 Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin 1885-1906

24 Sultan Muhammad Jamalul Alam II 1906-1924

25 Sultan Ahmad Tajuddin 1924-1950

26 Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien III (the Bandar Seri Begawan) 1950-I967

27 Sultan Hassanal Bolkiah 1967-kini

Penjajahan Sarawak

Kemasukan kuasa Inggeris ke Sarawak berlaku sekitar tahun 1841 apabila Raja

Muda Hashim meminta bantuan James Brooke untuk menghapuskan ancaman

pemberontakan di Sarawak yang telah dicetuskan oleh Datu Patinggi Ali terhadap

pemerintahan Brunei di Sarawak. Di atas kejayaan James Brooke dengan bantuan

tentera British menghapuskan ancaman pemberontakan tersebut, Raja Muda

Hashim dalam keadaan terpaksa telah menyerahkan Sarawak kepada Brooke.

Kemudiannya Brooke telah mengambil beberapa tindakan bagi mengukuhkan

kekuasaannya di Sarawak khususnya dengan menghapuskan pengaruh Pangiran

Indera Mahkota dan melaksanakan dasar perluasan wilayah dengan menguasai

Sarikei, Saribas, Hulu Batang Lupar dan Hulu Sungai Sekrang. Brooke juga telah

membeli beberapa wilayah daripada Sultan Brunei seperti Sungai Samarahan,

Sungai Rejang, Sungai Turusan, Sungai Barom, Tanjung Kidurong, Lawas dan

Limbang bagi meluaskan kekuasaannya ke atas Sarawak. Pada tahun 1942, James

Brooke telah ditabalkan sebagai Raja Sarawak oleh Sultan Brunei. Keluarga

Brooke telah memerintah Sarawak selama lebih kurang 100 tahun seperti berikut:

Jadual 1.5 Rajah dan Tempoh Pemerintahan

Rajah Tempoh

James Brooke 1841-1868

Charles Johnson Brooke 1868-1917

Charles Vyner Brooke 1917-1941

samb. Jadual 1.4

Page 44: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

18

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Penjajahan Borneo Utara (Sabah)

Campur tangan kuasa asing di Sabah bermula pada tahun 1850 apabila Kapten

Joseph Balestier telah memperolehi treati dengan Sultan Brunei mengenai

hak Amerika Syarikat ke atas perdagangan di Sabah. Kemudian Balestier telah

mendapatkan persetujuan daripada Sultan Brunei ke atas sebidang tanah untuk

diusahakan. Pada tahun 1865, Charles Lee Moses iaitu konsul Amerika Syarikat

telah berjaya mendapat hak pajakan ke atas beberapa kawasan Sabah daripada

Sultan Brunei selama 10 tahun. Kawasan pajakan tersebut merangkumi kawasan

Kepulauan Bangi, Pulau Pahlawan dan Balabak. Moses kemudiannya telah

menjual hak pajakan tersebut kepada Syarikat Perdagangan Amerika Borneo

yang diketuai oleh Joseph Torrey. Di atas penguasaan Torrey, Sultan Brunei telah

melantik beliau menjadi Gabenor Borneo Utara. Pada tahun 1877 pula, Torrey telah

menjual hak pajakan tersebut kepada Baron Von Overbeck dari Austria bersama

rakannya Alfred Dent dari Britain. Pada tahun 1880, Overbeck telah menjual hak

pajakannya kepada Alfred Dent dan Dent telah menubuhkan Syarikat Perdagangan

Borneo Utara. Bagi mengukuhkan penguasaannya di Sabah, Dent telah berjaya

mendapatkan ’Piagam Diraja’ daripada kerajaan British dan menubuhkan Syarikat

Berpiagam Borneo Utara. Melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara, Dent telah

memperakui beberapa perkara berikut berkaitan pemerintahan di Borneo Utara

merangkumi:

• Pihak British boleh mengawal pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara

secara langsung.

• Pihak British berhak untuk melantik ketua Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

• Ketua Syarikat Berpiagam Borneo Utara adalah secara automatik menjadi

Gabenor Borneo Utara.

• Syarikat Berpiagam Borneo Utara akan menyediakan kemudahan bagi tentera

British untuk berlabuh di Borneo Utara secara percuma.

• Sistem residen yang telah diperkenalkan akan diteruskan.

• Sebuah Majlis Penasihat diwujudkan sebagai saluran penduduk tempatan

untuk menyalurkan pandangan terhadap pentadbiran syarikat.

• Pentadbiran penduduk tempatan diperkenalkan dan kuasa pemimpin terhadap

penduduk tempatan diperakui.

Page 45: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

19

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menjalankan perniagaannya selama lebih

kurang 100 tahun melalui Alfred Dent, W.H. Treacher (1881 hingga 1887), W.M.

Crocker (1887 hingga 1888), Charles Creagh (1888 hingga 1895), Earnest Birch

(1895 hingga 1934), Douglas J. Jardine (1934 hingga 1937) dan Charles R. Smith

(1937 hingga 1946). Kemudiannya pada 15 Julai 1946, Sabah telah diisytiharkan

sebagai tanah jajahan British.

1.3.2.5 Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Jepun merupakan kuasa asing keempat yang berjaya menguasai alam Melayu.

Kedatangan Jepun ke alam Melayu adalah serentak dengan tercetusnya Perang

Dunia Kedua. Pihak Jepun telah berjaya menewaskan tentera British di Tanah

Melayu dan berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dari

tahun 1942 hingga 1945. Walaupun pendudukan Jepun di alam Melayu tidak lama,

tetapi pendudukannya membawa kesan yang cukup signifikan dalam membakar

sentimen kebangkitan kuasa Asia serta membuktikan kuasa Asia juga mampu

mengatasi kuasa penjajah barat.

Jadual 1.6 Ringkasan Penguasaan Jepun di Alam Melayu

8 Disember 1941 Jepun menyerang angkatan laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour, Aleutians, Midway, Guam, Filipina dan Hong Kong.

8 Disember 1941 Jepun telah mendarat di Kota Bahru, Kelantan.

16 Disember 1941 Jepun telah berjaya menguasai Sarawak.

11 Januari 1942 Jepun telah berjaya menawan Kuala Lumpur.

13 Januari 1942 Jepun telah berjaya menguasai Sabah.

15 Februari 1942 Seluruh Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan Jepun.

12 September 1945 Berakhir pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pentadbiran tentera Jepun

Sewaktu Tanah Melayu berada di bawah pentadbiran tentera Jepun, Tanah Melayu

dikenali sebagai ‘Malai Baru’. Malai Baru telah diletakkan di bawah pentadbiran

tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Pihak pentadbiran Jepun juga telah

membentuk satu wilayah pentadbiran baru yang merangkumi negeri Pahang,

Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Sementara Perlis, Kedah,

Page 46: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

20

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Kelantan dan Terengganu telah diletakkan di bawah pemerintahan kerajaan Siam

sebagai membalas jasa Siam membenarkan pendaratan tentera Jepun di wilayah

selatan Thailand. Ketua tertinggi bagi Negeri-negeri Melayu ialah Gabenor Jeneral

Tentera Jepun. Kuasa Raja-raja Melayu dikekalkan sebagai ketua agama Islam dan

adat-istiadat Melayu. Kuasa-kuasa lain diambil alih oleh pihak Jepun.

Faktor kemenangan mudah Jepun di Tanah Melayu

• Ketidak-setiaan tentera Inggeris di mana kebanyakan mereka terdiri daripada

orang-orang Banggali dan India. Mereka tidak berjuang bersungguh-sungguh

dalam mempertahankan Tanah Melayu dari jatuh ke tangan pihak Jepun.

• Kelemahan pertahanan laut Inggeris di mana hanya terdapat beberapa buah

kapal laut sahaja yang mengawal perairan Tanah Melayu yang cukup luas.

Pertahanan laut Inggeris lumpuh sama sekali setelah Kapal Prince of Wales

dan Refulse berjaya ditenggelamkan oleh Jepun.

• Persediaan rapi tentera Jepun sebelum melancarkan serangan ke alam Melayu.

Pihak tentera risikan Jepun telah berjaya mengumpulkan maklumat berkaitan

dengan kedudukan Inggeris di Tanah Melayu dan mengetahui tentang selok

belok Negeri-negeri Melayu.

• Kelebihan tentera Jepun sendiri di mana mereka mempunyai tentera yang

berdisiplin tinggi, cekap dan terlatih, kelengkapan yang mencukupi serta

sanggup berbasikal di dalam hutan.

• Tentera Inggeris yang serba kekurangan di mana tidak ada kelengkapan yang

mencukupi untuk menghadapi musuh serta tidak ada persediaan rapi.

Kesan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu walaupun dalam suatu jangka masa yang

singkat, tetapi telah meninggalkan kesan yang ketara dalam beberapa aspek berikut:

• Orang-orang Cina telah ditindas dengan teruk yang menyebabkan mereka lari

ke dalam hutan. Kemudian mereka telah menyertai Parti Komunis Malaya

(PKM) dan secara langsung telah memperkuat kedudukan PKM di Tanah

Melayu.

• Orang-orang Melayu dan India telah dijadikan buruh paksa dalam pelbagai

sektor seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.

Page 47: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

21

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Berlaku permusuhan antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina

apabila pihak Jepun dikatakan berpihak kepada orang-orang Melayu. Pihak

Jepun telah membentuk pasukan tentera Melayu dan kemudiannya telah

menggunakan pasukan tersebut untuk pergi menangkap orang-orang Cina

yang melarikan diri ke dalam hutan. Timbul rasa tidak puas hati orang-orang

Cina terhadap orang-orang Melayu. Dari itu hubungan antara etnik di Tanah

Melayu semakin kritikal terutamanya selepas pendudukan Jepun.

• Pihak Jepun telah memperkenalkan sistem pendidikan ala-Jepun yang lebih

memberikan tumpuan dalam memupuk semangat keyakinan diri dan sifat

kerajinan.

• Pendudukan Jepun telah menjadi pemangkin kepada wujudnya kesedaran

politik yang tinggi dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu. Pihak Jepun

telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui slogan ’Asia untuk

orang-orang Asia’.

• Pendudukan Jepun juga telah mencetuskan kemunculan beberapa pertubuhan

baharu seperti Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Malayan

People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai suatu gerakan politik baru di

Tanah Melayu.

• Selepas pendudukan Jepun, Parti Komunis Malaya telah muncul sebagai parti

terkuat dan menjadi pemerintah Tanah Melayu untuk jangka masa dua minggu

sebelum kedatangan Pentadbiran Tentera British (BMA).

RUMUSANPerkembangan petempatan dan kependudukan awal di gugusan Kepulauan Melayu

telah melalui satu evolusi yang cukup menarik bermula dari zaman paleolitik,

zaman mesolitik, zaman neolitik dan akhirnya memasuki zaman logam. Evolusi

yang jelas berlaku ialah perubahan penggunaan alat-alat batu kepada alat-alat

logam, perubahan kawasan petempatan dari gua-gua batu kapur ke kawasan yang

mempunyai sumber air dan perubahan masyarakat yang bersifat agraria kepada

masyarakat yang bersifat maritim. Perkembangan seterusnya ialah kewujudan

kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu yang menjadi pemangkin kepada

kemunculan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Kegemilangan yang telah

dicapai oleh Melaka telah membuka mata kuasa asing untuk datang menakluk dan

Page 48: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

22

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mengeksploitasi alam Melayu yang membawa kepada kedatangan Portugis. Selepas

Portugis, datang pula Belanda untuk menjajah alam Melayu, dan kemudiannya

diikuti oleh pihak Inggeris. Penguasaan pihak Inggeris telah meninggalkan kesan

yang amat mendalam dalam sosio-budaya, ekonomi dan politik penduduk di

Tanah Melayu. Selain itu, pihak Jepun juga sempat mengambil kesempatan untuk

menduduki alam Melayu buat seketika. Pengalaman dijajah untuk tempoh yang

lama ini membawa seribu makna kepada penduduk alam Melayu supaya peristiwa

pahit tersebut tidak lagi berulang kembali.

SEMAKAN KENDIRI1. Pelajar perlu membuat perbincangan dalam kumpulan tentang

perkembangan zaman awal petempatan di Tanah Melayu.

2. Pelajar dikehendaki membuat carta alir peristiwa-peristiwa penjajahan

di Tanah Melayu sejak dari zaman penjajahan Portugis hingga ke

zaman penjajahan British.

SOALAN DALAM TEKS

1. Bincangkan faktor-faktor yang membawa Kerajaan Kesultanan

Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15.

2. Huraikan faktor-faktor campur tangan Inggeris di Negeri-negeri

Melayu.

3. Jelaskan bagaimana Sabah dan Sarawak ditadbir oleh proksi pihak

British.

Page 49: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

23

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

KATA KUNCI

Zaman paleolitik

Zaman mesolitik

Zaman neolitik

Zaman logam

Zaman kerajaan awal

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

Penjajahan Portugis

Penjajahan Belanda

Penjajahan Inggeris

Pendudukan Jepun

Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei

Penjajahan Sarawak

Penjajahan Borneo Utara

RUJUKANAmran Idris, Ismail Kosman, Mastor Selamat, Mohd Noor Yusof, & Md Lasa Yahya.

(2007). Kenegaraan Malaysia: Pengajian Am. Puchong: Local Publications.

Asnarulkhadi Abu Samah, & Jayum Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Malaysia Kita. (2003). Sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Mardiana Nordin, & Hasnah Hussiin. (2004). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nazaruddin Mohd Jadi, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail Mohd Rashid. (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan kewarganegaraan. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail, & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ruslan Zainuddin. (2003). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 50: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

24

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 2 Perjuangan ke Arah Kemerdekaan Jayum Jawan

PENGENALAN

Unit ini bertujuan membincangkan proses kebangkitan semangat nasionalisme di

Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat yang berakhir dengan penyatuan

negeri-negeri ini dalam kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.

OBJEKTIF

1. Membincangkan beberapa contoh penentangan terhadap kuasa penjajah.

2. Menghuraikan proses dan gerakan nasionalisme yang membawa kepada

penyatuan proses menentang dan menghalau kuasa penjajah.

3. Membincangkan rancangan kemerdekaan yang berakhir dengan penubuhan

Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.

ISI PENTING

2.1 Semangat KenegaraanBahagian ini akan membincangkan konsep semangat kenegaraan atau nasionalisme.

Ini diikuti dengan perbincangan mengenai punca yang meniup semangat ini dan

bagaimana ia mempengaruhi ramai. Selepas itu, perbincangan ringkas menyentuh

fasa kebangkitan fenomena ini di Tanah Melayu, Negeri-negeri Selat dan di Negeri-

negeri Borneo.

2.1.1 Konsep

Apa itu semangat kenegaraan atau nasionalisme? Pada asasnya, semangat

kenegaraan adalah satu perasaan yang berkaitan dengan kebangkitan semangat

cinta kepada negara sendiri atau tanah air sendiri. Bagi sekumpulan individu yang

Page 51: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

25

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

negara mereka dijajah, maka semangat ini akan membantu mereka melahirkan

perasaan ingin menghalau kuasa yang menjajah mereka kerana timbul perasaan

bahawa masa depan mereka dan negara sendiri harus ditentukan oleh orang

tempatan. Bagi mereka yang sudah berada dalam negara yang merdeka atau

berdaulat, maka perasaan ini akan membantu meningkatkan semangat daya saing

kerana mereka merasakan bahawa budaya dan cara hidup mereka itu lebih baik dan

agung daripada cara dan gaya orang lain. Semangat ini juga mempunyai peranan

besar dalam meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat sesebuah negara.

Apabila bangkitnya semangat seperti ini, maka ia mendorong mereka bersatu

tenaga untuk melonjakkan negara mereka ke hadapan dan ke aras yang lebih tinggi

dalam pertumbuhan ekonomi, pembangunan politik dan ikatan sosial.

2.1.2 Punca Kebangkitan Semangat Kenegaraan

Kenapa semangat kenegaraan berbangkit? Apakah faktor yang menimbulkan

kebangkitan semangat kenegaraan ini? Jawapan semestinya terletak pada

“pendidikan”. Pendidikan dan prosesnya membuka mata kepada banyak perkara

antara yang disukai dan tidak disukai serta antara perkara yang betul dan baik.

Justeru, kebangkitan semangat kenegaraan di negeri-negeri Tanah Melayu, Negeri-

negeri Selat dan Borneo Utara dan Sabah pada suatu ketika dahulu didorong oleh

pembukaan peluang pendidikan kepada anak-anak tempatan. Peluang pendidikan

bagi anak-anak tempatan juga disediakan oleh pihak yang menjajah di negeri-negeri

Tanah Melayu dan Selat dan juga pihak pemerintah di Borneo Utara dan Sarawak.

Di ketiga-tiga wilayah tersebut, pendidikan dan sekolah disediakan terutamanya

untuk mendidik anak-anak penjajah dan pemerintah Brooke. Namun, sedikit

peluang diberikan kepada beberapa anak-anak pembesar tempatan kerana mereka

diperlukan dalam pentadbiran Ingggeris bagi memenuhi kerja paling bawah dalam

hierarki pentadbiran Inggeris dan dalam kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo

Utara di Borneo Utara dan kerajaan Brooke di Sarawak. Melalui pendidikan,

maka lahirlah kesedaran. Di samping itu, pendidikan juga melahirkan ilmu dan

kemahiran dalam diri seseorang. Justeru, kesedaran, pendidikan dan kemahiran

bercampur untuk membakar semangat kenegaraan dalam kalangan anak-anak

tempatan. Kesedaran ini merebak dan akan melahirkan tindakan. Di negeri-negeri

Tanah Melayu & Selat, Borneo Utara dan Sarawak, ia diikuti dengan timbulnya

pelbagai aktiviti berbentuk penulisan dan kesusasteraan yang digunakan untuk

membakar semangat kebangkitan kenegaraan dalam kalangan penduduk tempatan.

Page 52: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

26

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Banyak majalah dan surat khabar telah digunakan sebagai wahana seperti Warta

Melayu, Utusan Melayu dan Warta Sarawak. Seiringan dengan itu, di peringkat

bertindak, kebangkitkan semangat kenegaraan juga turut digerakkan melalui

aktiviti berpersatuan, sama ada yang berbentuk sosial, kebajikan dan ekonomi

turut memainkan peranan.

2.1.3 Fasa Kebangkitan Kenegaraan

Di Negeri-negeri Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat, kebangkitkan semangat

kenegaraan boleh dibincangkan berdasarkan tiga fasa, iaitu fasa rusuhan berdarah,

kesedaran melalui sebaran media massa, dan rundingan. Rusuhan antara puak

penjajah dan rakyat tempatan banyak berlaku pada awal zaman kemasukan pihak

penjajah dan sewaktu mereka cuba untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di

Negeri-negeri Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat. Di antara beberapa peristiwa

yang pernah digolongkan oleh ramai sejarawan dalam konteks ini adalah seperti

peristiwa di Naning dengan tokohnya Dol Said, di Selangor oleh tokohnya Raja

Mahadi, di Perak oleh tokohnya Dato’ Maharaja Lela, di Pahang dengan tokohnya

seperti Tok Gajah dan Dato’ Bahaman. Dalam banyak peristiwa seperti ini, pihak

pemerintah Inggeris telah ditentang oleh rakyat tempatan di bawah pimpinan

tokoh-tokoh berkenaan kerana pelbagai sebab. Antara sebab yang paling ketara

dan melintas kesemua penentangan berdarah ini ialah bahawa pihak Inggeris

melebarkan atau meluaskan penguasaan mereka ke tempat/kawasan yang sebelum

itu tidak dikuasai dengan ketat. Di samping itu, pihak Inggeris juga mengenakan

cukai yang sebelum itu tidak ada atau menggantikan pemungut cukai sedia ada

mengikut pilihan Inggeris. Pada fasa kedua, kebangkitkan kesedaran kenegaraan

telah berlaku melalui pelbagai kegiatan kesusasteraan yang disiarkan melalui surat

khabar dan majalah termasuk aktiviti melalui persatuan yang berbentuk sosial dan

kebajikan. Antara surat khabar dan majalah adalah seperti Saudara dengan tokohnya

Syed Syeikh al-Hadi yang menyuarakan perjuangan kaum muda, Utusan Melayu

yang menjadi lambang perpaduan Melayu dan tokohnya, Abdul Rahim Kajai dan

Ishak Hj Muhamad. Manakala persatuan yang terlibat dalam menaikkan semangat

kenegaraan ialah Kesatuan Melayu Singapura dan Selangor yang mendesak supaya

orang Melayu bangkit dan melibatkan diri dalam pemerintahan negara mereka. Fasa

ketiga kebangkitan semangat kenegaraan menandakan bermulanya dialog antara

pihak penjajah dan pemimpin serta penduduk tempatan. Ini bermula khususnya

selepas Perang Pasifik atau Perang Dunia II pada pertengahan 1940. Dalam fasa

ini, antara beberapa peristiwa penting yang turut memainkan peranan dalam proses

Page 53: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

27

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dialog ini ialah pelancaran Kesatuan Malaya selepas perang dunia kedua tamat,

pemberontak komunis dan zaman darurat, penubuhan sistem ahli dan percubaan

pilihan raya terhad. Semua peristiwa ini membantu proses rundingan dan dialog

yang kemudian berakhir dengan penubuhan Persekutuan Malaya yang merdeka

pada 1957. Dalam kalangan masyarakat Cina dan India, kebangkitan semangat

kenegaraan mula berfokuskan kepada Tanah Melayu selepas perang dunia kedua.

Ini adalah kerana sebelumnya, kebangkitan semangat kenegaraan mereka adalah

tertumpu kepada negara asal iaitu China dan India. Fenomena ini berlaku kerana

mereka berpandangan bahawa kehadiran mereka di Tanah Melayu adalah sementara

dan mereka akan kembali ke negara asal selepas memperoleh kekayaan. Justeru,

semangat kebangkitan kenegaraan Cina dan India pada ketika itu dipengaruhi oleh

apa yang berlaku di China dan India. Misalnya, bagi masyarakat Cina, mereka

berpecah kepada dua puak, iaitu antara yang mendokong ideologi komunis dan

perjuangan Mao Zedong manakala yang satu lagi menyokong perjuangan nasionalis

yang ditegakkan oleh Cheng Kai Shek. Masyarakat India pula tertarik dengan apa

yang berlaku di tanah besar India dan mengikut perjuangan nasionalisme di sana

yang diterajui pemimpin seperti Gandhi. Fokus kebangkitan semangat kenegaraan

mereka hanya beralih dan berpusatkan Tanah Melayu selepas perang dunia kedua

disebabkan oleh satu perubahan besar dasar negara China. Sebelum Perang Pasifik,

dasar kerakyatan negara China berasaskan kepada semua orang Cina adalah rakyat

tanah besar China tidak kira di mana mereka berada. Hal ini berubah selepas

Perang Dunia II di mana China tidak lagi mengiktirafkan orang Cina di luar

sebagai rakyatnya. Justeru, orang Cina yang berada di negara-negara luar mula

fokus kepada tempat mereka berada dan memikirkan cara untuk menyerapkan diri

kepada keadaan tempatan. Oleh itu, fokus kebangkitan semangat Cina di Malaysia

sama seperti juga bagi orang India yang mula bersifar lokal, iaitu menyesuaikan

bagaimana ianya meletakkan mereka dalam konteks kebangkitan semangat

kenegaraan di Tanah Melayu. Peralihan fokus kebangkitan semangat Cina dan

India di Tanah Melayu konsisten dengan keadaan berlaku seterusnya gerakan ini di

mana Melayu, Cina dan India telah berganding bahu dalam kebanyakan rundingan

dengan pihak penjajah Inggeris bagi menentukan hala tuju proses memperoleh

kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat. Berdasarkan sejarah,

kerjasama rapat yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga kumpulan etnik utama ini telah

menganjak proses memberi kebebasan kepada Tanah Melayu dan Negeri-negeri

Selat.

Page 54: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

28

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

2.1.4 Kebangkitan Semangat Kenegaraan di Negeri-negeri Borneo

Kebangkitan semangat kenegaraan di Borneo Utara dan Sarawak telah melalui

fasa yang sama seperti yang dilalui negeri-negeri di Tanah Melayu dan Negeri-

negeri Selat. Di Sarawak, penentangan berdarah adalah ekoran daripada perluasan

kuasa yang dilakukan oleh kerajaan Brooke terhadap kawasan berdekatan. Ini

berlaku untuk menegakkan kuasa yang tidak berjaya ditegakkan oleh Kesultanan

Brunei sebelum itu. Justeru, ia bukan penaklukan dalam erti kata menakluki

kawasan bebas. Ia lebih tepat dilihat sebagai penegakan kuasa. Sememangnya

kawasan itu di bawah Kesultanan Brunei tetapi kesultanan tersebut tidak mampu

menegakkan kuasanya ke atas kawasan-kawasan yang luas dan jauh dari pusat

kuasa di Brunei. Di Sarawak, perluasaan kawasan berlaku kerana kerajaan

Brooke ingin menegakkan kuasa yang tidak mampu ditegakkan oleh Kesultanan

Brunei. Apabila Brooke diserahkan Sarawak untuk ditadbir, kawasan Brooke

terhad kepada kawasan sekitar bahagian Kuching. Dari situ, kerajaan Brooke

menakluki bahagian-bahagian berhampiran seterusnya kerana pelbagai sebab yang

meliputi menenangkan keadaan rusuhan yang sering dilancarkan oleh penduduk

pedalaman dan mengganggu perniagaan di sekitar sungai Rajang, Batang Ai

dan Skrang. Dalam proses itu, pasukan Rajah Brooke bertempur dengan ramai

pejuang tempatan seperti Syarif Masahor, Rentap, Datu Patinggi Ali dan Dana

Bayang. Di Borneo Utara, penentangan timbul disebabkan punca yang sama iaitu

Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara memperluaskan kawasan jajahan dan

menegakkan kuasa ke bahagian pedalaman. Dalam proses itu ramai penduduk

menentang kerana marah akan cara hidup mereka terganggu dan ada juga puak

pemimpin tempatan menentang kerana peranan mereka diambil alih oleh pegawai

lantikan syarikat berkenaan. Secara kesimpulanya, semangat kenegaraan adalah

kunci kepada penegakan sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Fenomena ini

penting untuk melahirkan negara yang bebas, dan untuk mengekalkan semangat

kesatuan bagi membentuk perpaduan yang diperlukan untuk melonjakkan negara

tersebut ke tahap yang ingin dibawa oleh rakyat yang bebas.

Page 55: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

29

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

2.2 Peristiwa Penentangan TerpilihKonflik antara kuasa penjajah dengan penduduk dan personaliti tempatan adalah

berbeza-beza di semua negeri dalam persekutuan. Sebab penentangan juga adalah

berbeza dan kebanyakan sebab itu melintasi dua atau lebih penentangan yang

ditegakkan dan juga menjelaskan penentangan di dua atau lebih negeri. Secara

umum, sebab-sebab penentangan dapat dirumuskan dalam huraian seterusnya.

Pertama, kebanyakan penentangan timbul kerana munculnya perluasan atau

penegakan kuasa oleh kuasa penjajah. Setelah menakluki sesuatu kawasan,

penjajah mula mengembangkan pemerintahan. Ini bermakna, kawasan yang pernah

dikuasai oleh pelbagai pembesar tempatan tidak selamat lagi yang menyebabkan

perasaan kurang senang kerana mereka bakal kehilangan kuasa yang dipunyai oleh

mereka sebelum ini. Dalam beberapa penentangan, ia berlaku kerana pemungut-

pemungut cukai dan wakil kerajaan lama hilang peranan kerana kuasa baharu

melantik wakil mereka. Kedua, penentangan berbangkit kerana perancangan kuasa

penjajah yang melakar pembangunan tanah yang melintasi dan menjejaskan tanah

orang tempatan. Kehilangan tanah juga menjadi sebab penentangan berlaku pada

zaman kedatangan kuasa-kuasa penjajah ke Tanah Melayu. Ketiga, pembangunan

baharu yang dibawa kuasa penjajah mempengaruhi budaya dan cara hidup yang

tidak disukai orang tempatan. Sebab-sebab ini amat penting untuk menjelaskan

beberapa penentangan awal yang dihadapi kuasa penjajah. Beberapa peristiwa

yang akan dibincangkan seterusnya mewakili pelbagai sebab yang disenaraikan di

atas dan pemilihan peristiwa penentangan di bawah ini tidak semestinya mewakili

penentangan dan perjuangan di setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia.

2.2.1 Dol Said

Sejarah penentangan oleh Dol Said ialah sejarah penentangan di Naning,

sebahagian dari kawasan Negeri Sembilan. Dol Said adalah seorang penghulu,

pemimpin tempatan Naning. Beliau memimpin penentangan terhadap Inggeris yang

menakluki Naning. Naning merupakan wilayah Melaka. Pada zaman penjajahan

Belanda, Naning membayar cukai kepada kerajaan Belanda. Sejarah menunjukkan

kedatangan Belanda ke Naning tidak mudah kerana Belanda terpaksa berperang

dengan Naning sebelum berjaya menawannya. Apabila Inggeris menakluk Naning,

rakyatnya enggan membayar cukai kepada Inggeris. Oleh itu, Inggeris melancarkan

serangan terhadap Naning. Penentangan terhadap Inggeris ditegak dan dipimpin

oleh Dol Said. Beliau berjaya bertahan dari serangan Inggeris. Beliau juga

Page 56: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

30

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mendapat bantuan dari Rembau. Inggeris melancarkan beberapa serangan antara

1831 dan 1832, dan serangan tersebut dikenali sebagai Peperangan Naning.

2.2.2 Dato’ Maharaja Lela

Sejarah penentangan oleh Dato’ Maharaja Lela ialah sejarah penentangan di Perak.

Sejarah penentangan berdarah terhadap kuasa penjajah Inggeris terukir apabila

pegawai Inggeris bernama Birch telah dibunuh pada 1875 oleh pemimpin tempatan,

iaitu Dato’ Maharaja Lela. Birch merupakan residen Perak. Beliau menggunakan

kekerasan untuk menegakkan kuasa Inggeris di Perak ke atas sultan dan negeri

tersebut. Dalam hal ini, beliau mendapat tentangan dari sultan dan pembesar-

pembesar tempatan yang bersatu menentang beliau. Beliau telah dibunuh oleh para

pengikut Dato’ Maharaja Lela, pembesar kanan Perak di Pasir Salak.

2.2.3 Rentap

Sejarah penentangan oleh Rentap ialah sejarah penentangan di Sarawak. Rentap

adalah pahlawan Dayak dan merupakan pemimpin sekitar kawasan Bukit Sadok.

Beliau diserang oleh Brooke kerana beberapa sebab. Pertama, penyerangan

terhadap beliau adalah bagi meredakan rusuhan memburu kepala yang sering

ditaja oleh beliau. Aktiviti ini sering mengganggu ketenteraman kerana aktiviti

memburu kepala pernah memasuki kawasan pemerintahan Brooke. Kedua,

serangan ke atas Rentap berlaku kerana perluasan kawasan yang dirancang kerajaan

Brooke dalam kerangka menakluki dan menegakkan kuasa ke kawasan-kawasan

pedalaman setelah kerajaan Brooke didirikan pada 1841. Rentap diserang di

kubunya di Bukit Sadok. Namun disebabkan kegagahan dan kekuatan masyarakat

yang dipimpin beliau, Brooke telah mengadakan tiga ekspedisi untuk menyerang

Rentap di tempatnya sebelum Rentap dapat ditumpaskan. Rentap dilaporkan telah

meninggalkan tempatnya apabila kemenangan Brooke tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun, sejarah mencatatkan bahawa beliau merupakan satu-satunya

panglima Dayak yang pernah memenggal kepala orang Eropah.

2.2.4 Rosli Dhoby

Sejarah penentangan oleh Rosli Dhoby ialah sejarah penentangan di Sarawak. Rosli

Dhoby adalah anggota Pergerakan Pemuda Melayu. Pergerakan ini memilih untuk

melancarkan pembunuhan Gabenor pertama Sarawak kerana merasakan bahawa

Page 57: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

31

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mereka sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk menuntut kemerdekaan secara

aman. Rosli Dhoby dipilih oleh Rukun Tiga Belas untuk melakukan pembunuhan

Gabenor pertama Sarawak atas beberapa sebab. Pertama, beliau dipilih kerana

umur yang muda dan harapan Pergerakan Pemuda Melayu dengan kemungkinan

mendapat hukuman yang ringan apabila ditangkap nanti. Kedua, beliau dipilih

kerana belum berkahwin. Justeru, tiada sesiapa yang akan ditinggalkan sekiranya

ditangkap dan dihukum gantung. Walau bagaimanapun, ketika ditangkap, beliau

tetap dijatuhi hukuman mati bersama komplot lain.

2.2.5 Mat Salleh

Sejarah penentangan oleh Mat Salleh ialah sejarah penentangan di Borneo Utara.

Mat Salleh berjaya menegakkan beberapa rusuhan dan penentangan terhadap

beberapa aktiviti yang dilancarkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Rusuhan

yang ditegakkan beliau telah dirakamkan sebagai rusuhan menentang kemaraan

kuasa penjajah melalui kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Antara

sebab beliau menaja rusuhan ialah kerana kerajaan syarikat ini telah merancang

pembangunan yang bakal mengubah beberapa amalan yang sedia ada dalam

kalangan penduduk tempatan. Pertama, rancangan pembangunan yang dirancang

syarikat dianggap akan menyusahkan rakyat tempatan dari segi mengubah norma

budaya dan cara hidup. Kedua, syarikat juga mengenakan cukai baharu. Ketiga,

para pembesar tempatan bakal digantikan dalam proses kemaraan dan penegakan

kuasa pemerintahan syarikat.

2.2.6 Tok Janggut

Sejarah rusuhan oleh Tok Janggut ialah sejarah penentangan di Kelantan. Tok

Janggut adalah pemimpin yang kemudiannya dikenali dengan kejadian bersejarah

Pemberontakan Tok Janggut 1915. Pemberontakan ini muncul dan dipimpin

oleh Tok Janggut bersama pengikutnya yang enggan membayar cukai yang

diperkenalkan oleh penjajah Inggeris. Pegawai keselamatan yang dihantar untuk

menahan Tok Janggut terbunuh, dan dalam penentangan ini Tok Janggut dan

pengikutnya berjaya menawan sebuah stesyen polis di Pasir Putih. Dari situ, beliau

mengumumkan kerajaan beliau. Namun, beliau dapat dikalahkan apabila Inggeris

dapat membebaskan Pasir Putih. Tok Janggut terbunuh dalam rusuhan lain yang

dilancarkan oleh beliau dan pengikutnya.

Page 58: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

32

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

2.2.7 Antanum

Antanum adalah seorang pemimpin Murut. Rusuhan berlaku di kawasan Murut,

Rundum kerana Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang memerintah negara

itu telah menyekat aktiviti kesukaan Murut, iaitu memenggal kepala. Murut

berbangkit kerana tidak mahu cara hidup dan adat resam mereka disekat oleh

kerajaan itu. Kemusnahan kawasan pedalaman dilaporkan agak ekstensif kerana

rusuhan yang dipimpin oleh Antanum dalam usaha beliau menentang kemaraan

dan penegakan kuasa oleh Syarikat berkenaan. Akhirnya, beliau dan pengikutnya

dapat ditumpaskan di tempat kediaman pergunungan mereka. Dengan kematian

Antanum, kerajaan cuba mengadakan pedamaian melalui rundingan dengan para

pengikutnya. Sebahagian pengikut Antanum juga terpaksa dibuang daerah oleh

kerajaan bagi mengelak kemungkinan timbul semula rusuhan berkenaan. Secara

kesimpulan, bagaimanakah konsep kebangkitan semangat kenegaraan dapat

dikaitkan dengan beberapa peristiwa penentangan? Adalah jelas bahawa beberapa

peristiwa yang sudah dibincangkan dengan ringkas di atas adalah penentangan

kemaraan kuasa ke kawasan yang sebelum itu tidak dapat dikuasai oleh penjajah

atau pemerintah. Justeru, apakah ia tidak lebih tepat untuk dikelaskan sebagai

tentangan terhadap kemaraan kuasa dan bukan perjuangan kemerdekaan. Persoalan

perkaitan yang dibangkitkan kemungkinan boleh diperhatikan melalui soalan

berikutnya. Apakah jenis penentangan apabila kita mempertahankan kawasan kita

daripada diserang? Apakah tidak berbeza dengan rusuhan yang ditegakkan untuk

menghalau kuasa yang sudah menakluk? Justeru, apakah rusuhan di Rundum boleh

dilihat sebagai perjuangan kemerdekaan apabila penduduk Rundum menentang

kuasa yang cuba menakluki Rundum. Perkara ini mungkin berbeza kalau pejuang

seperti Rentap, Tok Janggut dan lain-lainnya menyerang pusat kuasa Inggeris dan

pemerintahan Koloni di Kuala Lumpur, Kota Baharu, Kuching atau Kota Kinabalu.

Sebaliknya, mereka sekadar menunggu untuk diserang dan mempertahankan diri

dan masyarakat setempat di kawasan masing-masing.

2.3 Media dan PolitikPerjuangan mendapatkan semula kuasa dan pemerintahan oleh orang tempatan

juga dilakukan melalui penggunaan media. Fenomena ini berlaku melalui

penulisan dalam surat khabar dan majalah yang bertujuan membakar semangat

kenegaraan. Dalam hal ini, mereka merupakan golongan bijak pandai yang telah

mendapat pendidikan mereka sama ada dari sistem persekolahan dalaman, iaitu

Page 59: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

33

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

di sekolah-sekolah negeri di Tanah Melayu, Negeri-negeri Selat, Sabah dan

Sarawak. Selain kumpulan yang mendapat pendidikan dalam negara, para cerdik

pandai mendapat persekolahan dari luar negara khusnsya dari Timur Tengah, dan

merekalah yang banyak terlibat dalam membakar semangat kenegaraan dengan

membawa pengalaman negara luar dalam proses dan perjuangan mendapat semula

kuasa dari penjajah. Beberapa nama tokoh tempatan dan saluran yang digunakan

oleh mereka, termasuk persatuan-persatuan akan dibincangkan secara ringkas.

2.3.1 Kesatuan Melayu

Kesatuan Melayu ada banyak versi berdasarkan negeri seperti di Singapura,

Selangor, Perak, Pahang dan negeri-negeri lain. Kebanyakan matlamat pertubuhan

Melayu ini mempunyai matlamat yang sama. Pertama, semuanya diwujudkan untuk

menggalakkan orang Melayu bangkit melibatkan diri dalam pemerintahan negara

sendiri. Kedua, pertubuhan ini juga adalah jentera mendesak penjajah memberi

tempat kepada orang tempatan dalam pemerintahan. Ketiga, ada juga pertubuhan

mempunyai matlamat untuk meningkatkan tahap ekonomi dan pendidikan orang

Melayu. Dalam banyak pertubuhan di Tanah Melayu, ada juga pertubuhan seperti

Kesatuan Melayu Muda yang menuntut dan memperjuang penyatuan Tanah

Melayu dengan Indonesia.

2.3.2 Surat Khabar

Perjuangan dan penentangan kuasa dan pemerintahan penjajah turut dilakukan

melalui pembakaran semangat kenegaraan melalui perkongsian berita. Sejarah

kebangkitan adalah sama seperti negara yang sudah berjaya menegakkannya

disalurkan melalui akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Utusan Melayu dan Warta

Sarawak. Kesemua surat khabar ini telah memainkan peranan sebagai pemangkin

kesedaran kenegaraan. Usaha untuk meneruskan semangat kenegaraan ini penting

dalam proses mengekalkannya supaya ia terus menuju ke aras dan tahap seterusnya.

Kejayaan membakar dan mengekalkan semangat kenegaraan ini penting untuk

proses seterusnya yang berupakan fasa berunding dan berdialog. Semua pihak

berkuasa amat penting dalam menunjukkan kesediaan untuk terlibat dalam proses

seterusnya. Dalam tempoh ini, perjuangan menegakkan semula kuasa tempatan

adalah lebih aman berbanding tempoh sebelumnya di mana rusuhan, serang

menyerang dan pertumpahan darah berlaku. Barangkali ini juga berkait dengan

kenyataan bahawa garis negara sudah jelas, maka perluasan kuasa dan takluk

Page 60: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

34

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

menakluki sudah berakhir. Justeru proses di fasa seterusnya tertumpu kepada

proses membebaskan dan bukan lagi menahan mana-mana kawasan daripada jatuh

kepada kuasa yang membara.

2.4 Rundingan untuk Mencapai KemerdekaanZaman berunding dan berdialog bagi mencari jalan untuk memerdekakan Tanah

Melayu dan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Borneo bermula selepas Perang

Pasifik atau Perang Dunia II. Beberapa peristiwa utama akan dibincangkan dengan

ringkas bagi menggariskan detik penting sejarah bagi wilayah-wilayah dalam

Persekutuan Malaysia.

2.4.1 Semangat Kenegaraan Bukan Melayu

Sehingga Perang Dunia II, tidak banyak sejarah yang dilakarkan bagi masyarakat

Cina dan India di Negeri-negeri Tanah Melayu dan Selat dan semangat kenegaraan

kedua-dua masyarakat ini dinampakkan belum berkait dan bertumpu kepada

tempatan. Namun, semangat kenegaraan bagi kedua-dua masyarakat tersebut

tetap bangkit dan menyala. Ini adalah disebabkan bahawa kedua-dua masyarakat

menaruh harapan bahawa mereka berada di Negeri-negeri Tanah Melayu, Selat

dan Borneo hanya satu tempoh sementara. Mereka menaruh harapan bahawa

mereka akan balik ke negara asal selepas berjaya di perantauan. Sikap ini bukan

sahaja dalam kalangan mereka yang duduk di negeri-negeri di atas tetapi juga bagi

mereka yang berada di mana-mana negara di luar Tanah Besar mereka. Justeru itu,

kebangkitan semangat kenegaraan Cina dan India tertumpu kepada negara asal.

Bagi masyarakat Cina, mereka berpecah antara yang menyokong gerakan komunis

yang diketuai Mao Zedong dan perjuangan nasionalis yang diketuai Cheng Kai

Shek. Bagi masyarakat India, perkara sama dan mereka tertumpu kepada gerakan

kemerdekaan yang berteraskan tuntutan Mohandas Gandhi dan politik yang

dipimpin oleh pemimpin-pemimpin politik seperti Jawaharlal Nehru, the Nehru-

Gandhi family, Ali Jinnah and Ali Khan dan polimik antara persoalan mengenai

politik Hindu dan Islam yang berakhir dengan pemisahan India dan Pakistan.

Perubahan arah kebangkitan semangat kenegaraan Cina dan India bermula selepas

PD II dan selepas negara China mengubah dasar kerakyatan. Sebelum PD II,

China mempunyai dasar bahawa semua Cina adalah rakyat Tanah Besar, tetapi

selepas PD II negara berkenaan telah mengubah dasar tersebut dan ia tidak lagi

mengamalkan dasar berkenaan. Ini menyebabkan Cina di Tanah Melayu dan lain-

Page 61: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

35

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

lain wilayah mula melihat kepada petempatan mereka berada sebagai tempat tetap

mereka. Perubahan arah kebangkitan semangat Cina dan India yang berpusatkan

Tanah Melayu, Negeri Selat dan Negeri-negeri Borneo telah mengubah corak

kebangkitan semangat kenegaraan di wilayah-wilayah berkenaan. Masyarakat

Melayu dan penduduk asal serta masyarakat Cina dan India berhadapan dengan

cabaran untuk mencari jalan bekerjasama. Bilangan penduduk bukan Melayu dan

bukan penduduk asal yang ramai tidak dapat dielakkan dan mesti diajak terlibat

dalam proses rundingan dan dialog.

2.4.2 Kesatuan Malaya

Apabila British kembali ke Tanah Melayu dan memerintah semula selepas Jepun

menyerah kalah pada 1946, mereka telah melancarkan satu rancangan yang

dinamakan Kesatuan Malaya atau Malayan Union. Kesatuan Malaya adalah

gabungan sembilan negeri Melayu dan dua negeri selat, iaitu Penang dan Melaka.

Pihak penjajah telah mengatakan bahawa rancangan itu adalah penyusunan

kerajaan di Tanah Melayu bagi kesediaan untuk memerintah sendiri pada mada

hadapan. Walau bagaimanapun, rancangan itu telah mendapat tentangan hebat

daripada masyarakat Melayu dan Raja-raja Melayu. Pertama, rancangan ini

ditentang kerana Raja-raja Melayu kehilangan kuasa dengan sistem pemusatan

kuasa di Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran baharu. Semua Raja Melayu

yang sebelum ini mempunyai peranan dalam sistem pentadbiran kehilangan kuasa.

Kedua, rancangan ini ditentang keras oleh kaum Melayu kerana Kesatuan Malaya

menyebabkan mereka kehilangan kuasa. Ini adalah kerana kerakyatan diberi secara

longgar dan jumlah dan taburan penduduk dalam Kesatuan Malaya menunjukkan

bahawa masyarakat Melayu dan masyarakat bukan Melayu adalah sama banyak.

Golongan bangsa Melayu mendapat sokongan dari kalangan beberapa pegawai

Inggeris yang bersimpati. Tentangan berjaya dan Kesatuan Malaya dibubarkan dan

ia diganti dengan penubuhan Persekutuan Malaya pada 1948.

2.4.3 Persekutuan Malaya

Persekutuan Malaya dilancarkan pada tahun 1948 bagi menggantikan Kesatuan

Malaya. Ia merupakan rancangan yang telah dibentuk hasil rundingan beberapa

pihak seperti Melayu, Cina, India, Raja-raja Melayu dan Kerajaan Inggeris.

Terdapat beberapa ciri yang memisahkan Persekutuan Malaya daripada rancangan

awal, Kesatuan Malaya. Pertama, kerakyatan dan hak kerakyatan diperketatkan.

Page 62: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

36

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Kerakyatan masih berdasarkan kepada prinsip jus soli, tetapi syarat-syarat

pemberian kerakyatan turut disenaraikan. Berikutan ini, peratusan golongan Cina

dan India yang mendapat kerakyatan di Persekutuan Malaya jatuh kepada sekitar

35% berbanding dalam Kesatuan Malaya di mana jumlah golongan Melayu dan

bukan Melayu hampir sama. Kedua, persekutuan baharu ini memperuntukkan

kedudukan istimewa kepada kaum Melayu dan hak-hak ini menyentuh beberapa

perkara seperti sejumlah jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan

lesen perniagaan diperuntukkan kepada kaum Melayu. Pada masa yang sama,

peruntukan ini juga memperakui bahawa kepentingan sah kaum lain dipelihara

oleh perlembagaan. Ketiga, kedudukan Raja-raja Melayu dikembalikan dan mereka

diberi kuasa semula dan terhad kepada hal-hal seperti Islam, budaya Melayu dan adat

istiadat berkaitan istana. Keempat, Islam dipersetujui sebagai agama persekutuan.

Kelima, Melayu diterima sebagai bahasa rasmi persekutuan. Perkara-perkara ini

telah dilihat sebagai “perjanjian” kaum yang sering dikenali sebagai kontrak sosial

antara kaum Melayu, Cina, India dan telah dipersetujui oleh Raja-raja Melayu

dan pentadbiran Inggeris. Selepas ini, beberapa perkembangan penting telah

mempercepatkan proses menuntut dan mendapat kemerdekaan bagi Persekutuan

Malaya. Di antara peristiwa-peristiwa yang membantu mempercepatkan proses

kemerdekaan adalah seperti perbincangan seterusnya.

2.4.4 Darurat 1948

Darurat 1948 diisytiharkan untuk membanteras gerakan komunis yang cuba

menakluki Malaya. Gerakan komunis telah bermula hebat selepas Tanah Melayu

kembali ke tangan Inggeris selepas Jepun menyerah kalah. Pelancaran serangan

komunis adalah cubaan akhir setelah Parti Komunis Malaya tidak berjaya menawan

Malaya pada peristiwa yang dinamakan “Keganasan 14”. Ini adalah tempoh antara

Jepun menyerah kalah dan pengembalian semula Inggeris ke Tanah Melayu.

Sebagai tentangan kepada serangan komunis, kerajaan Inggeris telah melancarkan

pelbagai program dan strategi untuk mematahkan gerakan komunis. Antara

strateginya ialah pengenalan surat atau kad pengenalan diri, perang psikologi,

operasi ketenteraan, pewujudan kampung baharu untuk memberi keselamatan

kepada masyarakat di pinggir bandar yang sering diganggu oleh gerila komunis,

dan janji-janji kemerdekaan.

Page 63: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

37

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

2.4.5 Sistem Ahli 1951

Sistem ahli merupakan sistem yang diperkenalkan selaras dengan janji Inggeris

untuk mempercepatkan proses pemerintahan sendiri. Pemimpin-pemimpin

tempatan menuntut penglibatan dalam pentadbiran Inggeris sebagai latihan ke arah

kemerdekaan. Beberapa wakil Melayu, Cina dan India dilantik dan diberi tugas

untuk mengurus sebuah jabatan. Onn Jaafar dilantik dan ditugaskan bagi Hal Ehwal

dalam Negeri, sementara H.S. Lee bagi bidang Kesihatan dan Thuraisingham bagi

bidang Pendidikan.

2.4.6 Pilihanraya Kerajaan Tempatan

Kejayaan pakatan antara Melayu, Cina dan India dalam beberapa pilihanraya

kerajaan tempatan membantu meyakinkan Inggeris bahawa ada wujudnya

kerjasama antara pelbagai etnik dan kerjasama ini dilihat penting bagi menjamin

kelangsungan Persekutuan Malaya apabila Inggeris mengundur diri. Pilihanraya

kerajaan tempatan dihidupkan semula dan pilihanraya majlis kerajaan tempatan

Pulau Pinang diadakan pada 1951. Sembilan kerusi dipertandingkan dan enam

daripada jumlah itu dimenangi parti Radikal yang dipimpin oleh Lim Chong

Ewe, sementara tiga lagi dimenangi oleh UMNO, Parti Buruh dan calon bebas.

Pada 1955, pilihanraya bagi kerajaan tempatan Kuala Lumpur diadakan.

Semasa pilihanraya kerajaan tempatan ini, sembilan daripada 12 kerusi yang

dipertandingkan dimenangi gabungan UMNO dan MCA, sementara dua dimenangi

oleh sebuah parti yang diketuai Onn Jafaar setelah beliau meninggalkan UMNO

dan satu lagi dimenangi oleh calon bebas. Pilihanraya persekutuan pertama pada

1955 tanpa ragu menunjukkan kerjasama yang sangat tinggi antara UMNO, MCA

dan MIC, tiga parti mewakili Melayu, Cina dan India. Daripada 52 kerusi yang

dipertandingkan, gabungan ketiga-tiga parti itu di bawah Parti Perikatan menawan

51 kerusi manakala satu lagi kerusi dimenangi PAS.

2.4.7 Rombongan London

Kemenangan besar Parti Perikatan pada pilihanraya Persekutuan 1955 menjadi

asas kuat rundingan kemerdekaan bagi Persekutuan Malaya. Kemenangan ini

membuktikan beberapa perkara. Pertama, kaum Melayu, Cina dan India boleh

bekerjasama walaupun sejarah lalu menunjukkan sebaliknya. Kedua, gabungan

dalam Perikatan mendapat sambutan rakyat Malaya berbilang etnik. Rombongan

London terdiri daripada lapan orang. Empat mewakili Raja-raja Melayu dan empat

Page 64: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

38

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mewakili Perikatan. Rundingan tersebut berjaya dan tarikh kemerdekaan telah

ditetapkan. Perkara ini diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Merdeka

Bandar Hilir, Melaka. Tarikh yang ditetapkan ialah 31 Ogos 1957.

2.4.8 Kerajaan Koloni

Kerajaan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo

Utara kembali dan memerintah semula selepas berakhirnya penaklukan Jepun

pada 1946. Namun, terdapat pandangan yang berbelah bahagi tentang peranan

Brooke di Sarawak dan Syarikat itu di Borneo Utara. Di Sarawak, Brooke

bersedia meminta Sarawak ditadbirkan oleh Inggeris kerana beberapa sebab.

Pertama, Rajah Brooke III sudah uzur dan merasakan tidak berdaya memerintah

Sarawak lagi. Kedua, Rajah Brooke III memikirkan bahawa nasib dan masa depan

Sarawak lebih baik di bawah Inggeris yang mampu memandu proses pemulihan

negara berkenaan setelah banyak infrastruktur awam telah dimusnahkan akibat

serangan Jepun dan serangan menghalau Jepun. Adalah jelas bahawa Sarawak

tidak mempunyai dana untuk membaik pulih semua infrastruktur awam. Persoalan

dan pertimbangan sama dipertimbangkan bagi Borneo Utara. Pandangan berbelah

bahagi mengenai status pemerintahan Sarawak telah wujud selepas Brooke kembali

semula. Sebahagian besar mahu Rajah Brooke meneruskan dinasti Brooke. Tetapi

Rajah Brooke III tetap enggan melayan pandangan ini. Pandangan Rajah III ini

juga dipengaruhi bahawa Rajah merasakan bahawa tidak ada waris Brooke yang

mampu menggantikannya. Beliau tidak percaya bahawa Rajah Muda, adiknya

yang hampir sama umur dengan beliau mampu memerintah sementara Tuan Muda

tidak menunjukkan sikap yang boleh diterima sebagai seorang Rajah. Faktor yang

mungkin mempengaruhi sebahagian besar keputusan untuk menyerahkan Sarawak

dan Borneo Utara kepada pentadbiran Inggeris melalui Pejabat Koloni di London

adalah atas pertimbangan baik pulih yang amat berat untuk ditanggung oleh sebuah

negara yang kecil dan tidak mempunyai dana yang mencukupi. Pandangan bahawa

kerajaan Inggeris mempunyai dana dan mampu untuk memastikan infrastruktur

dapat dibaik pulih. Kerajaan Sarawak dan Borneo Utara ditadbir oleh Pejabat

Koloni sehingga 1963 apabila dua negara ini bergabung dengan Persekutuan

Malaya dan Singapura menubuhkan Persekutuan Malaysia.

Page 65: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

39

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

RUMUSAN

Penentangan terhadap kemaraan dan perjuangan untuk menamatkan kuasa

penjajahan berlaku pada peringkat berbeza. Namun kesemua penentangan dan

perjuangan mempunyai matlamat sama iaitu untuk menegakkan kuasa kedaulatan

semula setelah dijajah, sama ada dijajah secara kekerasan seperti bekas Negeri-

negeri Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat atau dijajah melalui jemputan

seperti yang berlaku bagi satu tempoh yang agak berpanjangan di bawah Brooke

di Sarawak dan melalui urus niaga di Borneo Utara di bawah Syarikat Berpiagam

Borneo Utara. Bagaimanapun, kuasa pemerintahan sepenuhnya berada di tangan

orang luar atau asing. Sejarah kemerdekaan aman kerana sebahagian besar proses

tuntutan pemerintahan sendiri atau proses kemerdekaan adalah melalui rundingan.

Ini telah mengelakkan berlakunya perang saudara yang menyifatkan sesetengah

perjuangan kemerdekaan di kebanyakan negara yang dijajah.

SEMAKAN KENDIRI

1. Setiap pelajar perlu membuat refleksi tentang pemahaman mereka

terhadap tajuk ini.

2. Pelajar perlu mencari gambar para pejuang kemerdekaan dan

mengenali personaliti mereka supaya para pejuang ini lebih dekat di

hati.

KATA KUNCI

Ke arah kemerdekaan darurat

Semangat kenegaraan

Perjuangan menentang penjajah

Page 66: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

40

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS

1. Bincang dan bahaskan konsep semangat kenegaraan atau nasionalisme.

2. Pilih seorang pejuang kemerdekaan dan huraikan peristiwa yang

beliau terajui.

3. Pilih satu dan huraikan peristiwa tersebut:

• Darurat 1948

• Kampung baharu

• Kontrak sosial

RUJUKANHanna, W. A. (1964). The formation of Malaysia: New factor in world politics. NY:

American Field Staff, Inc.

Mohd. Noordin Sopiee. (1974). From Malayan Union to Singapore separation. K.L.: University of Malaya Press.

Ryan, N. J. (1967). The making of modern Malaysia: A history from earliest times to 1966. K.L.: Oxford University Press.

Tregonning, K. G. (1965). A history of modern Sabah: North Borneo, 1881-1963. Singapore & K.L: University of Malaya Press.

Page 67: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

41

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 3 Penubuhan Persekutuan Malaysia Ku Hasnita Ku Samsu

PENGENALANTajuk ini akan membincangkan sejarah yang melibatkan perancangan untuk

menubuhkan Persekutuan Malaysia, diikuti dengan faktor-faktor yang menjadi

pemangkin kepada penubuhan Persekutuan tersebut. Antaranya ialah ancaman

komunis dari Singapura, isu keseimbangan kaum sekiranya tidak menjemput

Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, keperluan memajukan ekonomi bersama-

sama serta mempercepatkan kemerdekaan negeri-negeri yang belum merdeka.

Seterusnya respons terhadap cadangan penubuhan Malaysia akan diteliti, diikuti

dengan perbincangan tentang proses penubuhan Malaysia, penentangan serta

pemisahan Singapura dari Malaysia.

OBJEKTIF

1. Mengetahui latar belakang dan faktor penubuhan Malaysia.

2. Menghuraikan proses penubuhan Malaysia.

3. Membincangkan cabaran penubuhan Malaysia.

ISI PENTING

3.1 Rancangan Penubuhan MalaysiaCadangan penubuhan Malaysia bukanlah idea yang baru tetapi pernah diutarakan

secara konsepnya oleh Lord Brassey, Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara

pada tahun 1883. Lord Brassey mencadangkan kepada Kerajaan British agar

pentadbiran Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan. Cadangan

ini pernah dikemukakan ke Kabinet British pada tahun 1888 dan 1932 tetapi tiada

tindakan susulan diambil. Pada tahun 1947, Sir Malcolm Mac Donald, Pesuruhjaya

Tinggi British di Asia Tenggara turut mencadangkan gagasan yang sama yakni

berbentuk persekutuan. Thio Chan Bee, ahli Majlis Perundangan Singapura

Page 68: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

42

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

merangkap Naib Presiden Parti Progresif mengemukakan pandangan yang sama

pada tahun 1948. Pada tahun 1951, Sir Robert Boothy, ahli parlimen Komanwel

berpendapat penyatuan ini akan memberi keuntungan dari segi ekonomi dan

strategi. Pada tahun 1955, Menteri Singapura, David Marshall, Tan Cheng Lock

dan Tan Sri Ghazali Shafie turut menyuarakan gagasan yang sama. Manakala Lee

Kuan Yew, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura mencadangkan

Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1959.

Selanjutnya pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu

yang pertama, Tunku Abdul Rahman mencadangkan wujudnya keperluan dan

kepentingan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia yang dianggotai oleh

Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei dalam ucapan beliau di Persidangan

Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura.

Beliau turut menggariskan rasional penubuhan Malaysia yang lebih meyakinkan.

Antara lain dalam ucapan beliau (Arkib Negara Malaysia, 1981):

“Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Pandangan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menjadi momentum ke arah

usaha yang lebih serius berbanding pandangan tokoh-tokoh lain untuk menjadikan

penubuhan Malaysia sebuah kenyataan.

3.2 Faktor Penubuhan MalaysiaPelbagai faktor yang menjadi pertimbangan serius para pemimpin yang terlibat

dalam merealisasikan penubuhan Persekutuan Malaysia. Antara faktor-faktor

tersebut termasuklah dari aspek geopolitik, sosio masyarakat, dan sosio ekonomi.

Page 69: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

43

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.2.1 Ancaman Komunis di Singapura

Ketika itu, pengaruh komunis mulai menular ke Asia Tenggara termasuklah

di Singapura. Senario ini turut membimbangkan kerajaan Persekutuan Tanah

Melayu. Pengaruh ideologi komunis mulai mempengaruhi Parti Tindakan Rakyat

Singapura. Aktiviti bercorak komunis semakin ketara apabila Lim Chin Siong

menubuhkan Barisan Sosialis.

Kebimbangan kekuatan pengaruh komunis berada di tahap kemuncak berikutan

kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil di kawasan Anson dan Hong Lim

pada tahun 1961. Tunku Abdul Rahman melihat secara kritikal senario ini sebagai

ancaman terhadap sistem demokrasi Persekutuan Tanah Melayu. Beliau bimbang

jika Singapura mendapat kemerdekaan bersendirian, segala kemungkinan boleh

berlaku. Justeru, penubuhan Persekutuan Malaysia dilihat mampu mengekang

pengaruh komunis di Singapura.

3.2.2 Keseimbangan Kaum

Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Tanah Melayu dilihat dapat menangani

ancaman komunis tetapi pada masa sama turut menimbulkan masalah komposisi

kaum yang ketara. Iklim politik yang baru dibina di Tanah Melayu berpotensi

untuk menjadi tidak stabil. Hal ini demikian kerana pada waktu itu, sebanyak

75% penduduk Singapura merupakan kaum Cina. Sedangkan taburan antara kaum

di Tanah Melayu ialah 50% kaum Melayu manakala kaum Cina sebanyak 37%.

Ketidakseimbangan komposisi antara kaum bukan Melayu dengan kaum Melayu

sebagai pribumi dilihat sebagai membawa risiko terhadap keutuhan Kontrak Sosial

yang disepakati bersama dan diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu. Sebagai alternatif mengimbangi senario ini, kemasukan Sabah,

Sarawak dan Brunei ke dalam persekutuan mampu menyelesaikan masalah ini

kerana lebih 70% penduduknya adalah kaum Bumiputera.

3.2.3 Kemajuan Ekonomi Bersama

Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei mempunyai latar belakang

yang hampir sama dari segi ekonomi, pentadbiran dan sejarah. Penyertaan Tanah

Melayu yang kaya dengan bahan mentah, Brunei yang terkenal dengan hasil

minyak dan Singapura merupakan pelabuhan penting di Asia Tenggara ke dalam

sebuah persekutuan mampu menjana dan merancakkan ekonomi untuk diagih

Page 70: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

44

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

bersama. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan semua negeri mendapat

faedah ekonomi dari segi perdagangan, bahan mentah, pasaran dan pelaburan

asing memandangkan setiap negeri mempunyai elemen-elemen potensi ekonomi

yang tersendiri. Kepelbagaian potensi ekonomi akan membuka ruang dan peluang

ke arah memperkasakan ekonomi negara. Negeri-negeri yang kurang maju dalam

persekutuan seperti Sabah dan Sarawak turut mendapat manfaat pembangunan

hasil perkongsian ekonomi.

3.2.4 Mempercepatkan Kemerdekaan

Penubuhan Malaysia membuka ruang kemerdekaan segera bagi Singapura, Sabah,

Sarawak dan Brunei. Kesemua negeri ini masih di bawah penjajahan British.

Penduduk di negeri-negeri yang terbabit tidak perlu melalui fasa perjuangan

bersenjata seperti mana yang dihadapi negara-negara lain di Asia Tenggara seperti

Indonesia dan Vietnam. Penjajah British turut meraih manfaat yakni keluar

dari tanah jajahan secara terhormat dan pada masa sama dapat mengekalkan

kepentingan-kepentingan ekonomi khasnya tanpa rasa terancam. Dalam erti kata

lain, negara yang dimerdekakan secara diplomasi dan menyertai Malaysia adalah

pro British dan pada masa yang sama hegemoni ideologi komunis di rantau ini

dapat diminimakan. Selanjutnya, proses memerdekakan negeri-negeri jajahan

merupakan polisi yang sejajar dengan usul Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(PBB) melalui Resolusi 1514 (XV) yang mahukan penjajahan di seluruh dunia

ditamatkan.

3.3 Respons Terhadap Cadangan Penubuhan MalaysiaHasrat penubuhan Persekutuan Malaysia mendapat pelbagai reaksi baik di

peringkat dalam negara mahupun negara-negara serantau. Sungguhpun tinjauan

pandangan daripada penduduk tempatan menunjukkan majoriti daripada mereka

inginkan kemerdekaan dalam Persekutuan Malaysia, fakta ini tidak dihormati oleh

pihak-pihak yang menentang. Kesungguhan bantahan daripada beberapa pihak

khusunya dari negara Indonesia akhirnya menyeret ke bentuk penentangan militer

atau bersenjata (Konfrontasi Indonesia). Walau bagaimanapun, serangan Indonesia

ini berjaya ditumpaskan dengan jayanya.

Page 71: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

45

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.3.1 Respons Persekutuan Tanah Melayu

Parti-parti politik di Tanah Melayu umumnya menerima positif cadangan penubuhan

Malaysia. Umpamanya PAS, Parti Rakyat dan Parti Buruh secara prinsipnya

bersetuju tetapi mempunyai pandangan tersendiri mengenai cara pelaksanaannya.

PAS juga mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi

Indonesia. Parti Buruh mahukan Tanah Melayu bercantum dengan Singapura

terlebih dahulu sebelum membawa masuk negeri-negeri Borneo. Komponen Parti

Perikatan (Barisan Nasional) selaku parti pemerintah atau kerajaan sememangnya

menyatakan sokongan kuat mereka terhadap gagasan Malaysia.

3.3.2 Respons Singapura

PAP menyambut baik gagasan Malaysia memandangkan manfaat segera bagai

serampang dua mata yang bakal diperolehi seperti parti saingan mereka dapat

ditumpaskan. Sekaligus status quo PAP dapat dikekalkan. Serentak dengan

kemasukan Singapura ke dalam Malaysia membolehkan kemerdekaan diperolehi

tanpa melalui cabaran yang nyata. Lantaran itu, tidak hairanlah Parti Barisan

Sosialis dan Parti Rakyat Singapura menentang gagasan Malaysia kerana melihat

sebagai strategi kerajaan British untuk terus mengekalkan pengaruhnya. Bantahan

tersebut menyebabkan PAP mengadakan satu pungutan suara atau referendum

pada 1 September 1962. Pungutan suara ini walau bagaimanapun bertujuan untuk

menentukan syarat-syarat yang dipersetujui oleh penduduk Singapura menyertai

Persekutuan Malaysia bukannya pilihan sama ada menyertai Persekutuan Malaysia

atau sebaliknya.

3.3.3 Respons Sabah dan Sarawak

Pada peringkat awal, para pemimpin Sabah dan Sarawak menolak gagasan

Malaysia kerana mereka ingin mendapatkan kemerdekaan untuk membentuk

Kesatuan Negeri-Negeri Borneo. Pada bulan Julai 1961, Barisan Bersatu dibentuk

untuk membantah cadangan penubuhan Malaysia. Barisan Bersatu ini dianggotai

oleh Ong Kee Hui (Parti Rakyat Bersatu Sarawak), A.M. Azahari (Parti Rakyat

Brunei) dan Donald Stephens (Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu). Bagi

memberikan kefahaman yang jelas Tunku menganjurkan Persidangan Persatuan

Parlimen Komanwel di Singapura pada bulan Jun 1961. Para pemimpin dari

Borneo turut hadir dalam persidangan tersebut dan mereka mula menunjukkan

minat tentang gagasan Malaysia. Para pemimpin dari Borneo ini meletakkan

Page 72: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

46

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

pra syarat untuk bersetuju di bawah gagasan Malaysia yang dikenali Dua Puluh

Perkara.

3.3.3.1 Tuntutan 20 Perkara Sabah

Berikut adalah senarai dua puluh perkara yang dituntut sebagai pra syarat

kemasukan negeri-negeri Borneo ke dalam Malaysia:

1. Agama Sabah tiada status agama rasmi.

2. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tetapi bahasa Inggeris turut boleh

digunakan tanpa sebarang had masa.

3. Perlembagaan baru yang difikirkan bersama.

4. Ketua negeri: Tidak layak bertanding bagi jawatan ketua negeri.

5. Nama persekutuan: Malaysia dan bukannya Melayu Raya.

6. Imigresen: Kuasa persekutuan tetapi kemasukan ke Sabah perlu mendapat

kebenaran kerajaan negeri.

7. Hak meninggalkan Persekutuan: Tiada.

8. Penukaran pekerja dengan orang tempatan dilakukan dengan secepat mungkin.

9. Pegawai Inggeris dikekalkan sehingga ada orang tempatan yang layak

mengambil alih jawatan berkenaan.

10. Kewarganegaraan: Seseorang yang lahir di Borneo Utara mesti diberi

kewarganegaraan persekutuan.

11. Kewangan dan Cukai: Borneo Utara patut ada sumber sendiri terhadap

kewangan, wang pembangunan dan cukai.

12. Kedudukan istimewa penduduk Asli: Patut ada hak istimewa seperti orang

Melayu Semenanjung.

13. Kerajaan Negeri: Ada sistem menteri dan ketua menteri patut dipilih oleh ahli

jemaah.

14. Tempoh peralihan: 7 tahun & kuasa perundungan negeri sendiri dikekalkan

dan bukan diperuntukan oleh pusat kepada negeri.

15. Pendidikan: Perkara negeri.

16. Perlindungan perlembagaan: hak dan perlindungan dipersetujui tidak boleh

ditarik balik tanpa berunding dengan kerajaan negeri.

Page 73: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

47

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

17. Wakil di Parlimen: Perlu ambil kira saiz dan jumlah penduduk negeri dan

wajar melebihi jumlah yang diberikan kepada Singapura.

18. Nama Ketua Negeri: Yang Dipertua Negeri.

19. Nama Negeri: Sabah.

20. Tanah, hutan, kerajaan tempatan: Kuasa kerajaan pusat ke atas tanah tidak

patut merangkumi Sabah.

3.3.4 Respons Brunei

Pada peringkat awalnya, Sultan Omar Ali Saifuddin III, pemerintah Brunei

menyokong penubuhan Persekutuan Malaysia kerana wujudnya ‘tali perhubungan

agama, bangsa, adat resam dan kebudayaan’ antara kedua-dua negeri. Brunei

juga memerlukan Tanah Melayu sebagai perlindungan daripada ancaman Filipina

dan Indonesia. Suruhanjaya ditubuhkan oleh baginda sultan untuk meninjau

pandangan rakyat tetapi tidak pernah diterbitkan. Pemimpin Parti Rakyat Brunei

(parti politik berhaluan kiri), A.M. Azahari menentang keras penyertaan Brunei ke

dalam Malaysia kerana mempunyai agenda untuk membentuk Negara Kesatuan

Kalimantan Utara (Brunei, Sarawak dan Sabah) serta membebaskan Brunei dari

pemerintahan beraja dan penjajahan British. Penentangan ini dilakukan secara

bersenjata melalui penubuhan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU). A.M.

Azahari mengisytiharkan kemerdekaan Kalimantan Utara pada 8 Disember 1962.

Pemberontakan ini berjaya ditewaskan dengan bantuan tentera British. Kegagalan

pemberontakan ini sepatutnya menjadi dorongan kemasukan Brunei ke dalam

Malaysia, namun pada saat akhir (Julai 1963) Brunei menarik diri atas beberapa

faktor yang tidak dipersetujui Sultan Brunei sendiri. Dengan demikian Brunei

kekal di bawah naungan British sehingga menerima kemerdekaan pada 1 Januari

1984.

3.4 Proses Penubuhan MalaysiaMemandangkan penubuhan Malaysia melibatkan hak kedaulatan, maka proses

penubuhannya melalui beberapa jawatankuasa agar diperhalusi serta dapat diterima

oleh hampir semua pihak yang terlibat.

Page 74: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

48

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.4.1 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961 dan dipengerusikan oleh Donald Stephens

untuk memberikan penjelasan tentang konsep Malaysia terutamanya kepada

penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-

wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Sebanyak empat

kali rundingan telah diadakan iaitu di Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Lumpur dan

Singapura. Berikut adalah hasil keputusan mesyuarat tersebut:

Jadual 3.1 Keputusan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

No. Perkara

1. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sebagai asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2. Mempunyai kerajaan pusat yang kuat dan terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

3 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan.

4. Setiap rakyat diberi kebebasan beragama.

5. Sabah dan Sarawak diperuntukkan beberapa keistimewaan tertentu seperti dalam bidang imigresen.

6. Kedudukan istimewa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dikekalkan.

7. Perwakilan dalam parlimen adalah berdasarkan jumlah penduduk serta keluasan sesebuah kawasan.

3.4.2 Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962 untuk mendapatkan pandangan

penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Bekas Gabenor Bank

London, Sir Lord Cameron Cobbold merupakan pengerusi jawatankuasa ini

dan dianggotai oleh Sir Anthony Abell, bekas Gabenor Sarawak dan Sir David

Watherston, bekas Setiausaha Utama Malaya serta Mohd Ghazali Shafie, Setiausaha

Tetap Kementerian Luar Negeri dan Wong Pow Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bidang tugas suruhanjaya ini melibatkan tinjauan pandangan penduduk Sabah dan

Sarawak berkaitan penyertaan negeri mereka ke dalam Malaysia. Hasil pandangan-

pandangan ini dinilai oleh Suruhanjaya Cobbold dan seterusnya memberikan syor-

syor dalam laporan. Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan pertemuan dengan

Page 75: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

49

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4000 orang dan menerima 2200 memorandum berkaitan gagasan Malaysia

dalam tempoh dua bulan (19 Februari hingga 18 April 1962). Berasaskan dapatan

ini, suruhanjaya telah menyiapkan laporan untuk diserahkan kepada Kerajaan

Persekutuan dan. Berikut adalah hasil laporan tersebut:

Jadual 3.2 Keputusan Laporan Jawatankuasa Cobbold

No. Perkara

1. 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia.

2. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 sebagai kerangka asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

3. Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan “Malaysia”.

4. Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi dan jaminan khas perkara tertentu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

5. Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri tersendiri.

6. Dasar imigresen dan agama dikekalkan di bawah kuasa DUN Sabah dan DUN Sarawak.

7. Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan pembangunan ekonomi di Sabah dan Sarawak.

8. Sabah dan Sarawak diberi bantuan kewangan bagi pembangunan ekonomi untuk tempoh lima tahun pertama selepas menyertai Malaysia.

9. Kedudukan bumiputera dikekalkan.

Kesimpulan laporan: Pembentukan Malaysia harus dilaksanakan

Pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

mengumumkan bahawa kedua-dua kerajaan menerima sebulat suara hampir

semua cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan menetapkan Malaysia

ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 kerana hari kemerdekaan Tanah Melayu jatuh

pada tarikh yang sama. Sehubungan itu, sebuah Jawatankuasa Antara Kerajaan

ditubuhkan.

3.4.3 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

Pada bulan Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan atau Intergovernmental

Committee (IGC) ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord

Landsdowne (Setiausaha Tanah Jajahan British) dan Tun Abdul Razak Hussein

sebagai Timbalan Pengerusi. Ahli-ahli jawatankuasa lain terdiri daripada wakil dari

Page 76: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

50

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

kerajaan British, Sabah, Sarawak dan Singapura. Pelbagai pandangan yang diterima

oleh jawatankuasa ini dari pelbagai pihak termasuklah Tuntutan 20 Perkara Sabah.

Jawatankuasa Antara Kerajaan membentangkan laporan pada bulan Februari

1963. Laporan tersebut dibincangkan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac

1963 dan diikuti oleh Sabah pada 13 Mac 1963 sebelum dibentangkan dalam

Persidangan Parlimen Tanah Melayu dan diluluskan sebagai Akta Malaysia 1963.

3.5 Penentangan Terhadap Penubuhan MalaysiaFilipina dan Indonesia merupakan negara yang lantang menyuarakan penentangan

terhadap penubuhan Malaysia. Penentangan ini memaksa Bangsa-bangsa Bersatu

(PBB) campur tangan dan mendapati sememangnya majoriti penduduk Sabah

dan Sarawak memilih menyertai Malaysia. Fakta hasil dapatan PBB ini masih

juga tidak dapat diterima oleh kedua-dua negara. Penubuhan kerjasama serantau

MAPHILINDO yang melibatkan ketiga-tiga buah negara yang terlibat ini juga

menemui kegagalan. Tentangan Indonesia lebih agresif hingga mencetuskan

penentangan bersenjata terhadap Malaysia yang dikenali sebagai Konfrontasi

Indonesia.

3.5.1 Tuntutan Filipina

Pada Jun 1962, Kerajaan Filipina membuat tuntutan ke atas negeri Sabah bagi

pihak waris Sultan Sulu. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan berdasarkan

perjanjian oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul Alam kepada Baron Von Overbeck dan

kemudiannya Alfred Dent pada 22 Januari 1878. Pajakan ini telah diisytiharkan

tamat oleh waris Sultan Sulu yang terakhir, Sultan Esmaul Kiram pada 22 Januari

1958. Pihak British mendakwa penyerahan tersebut menandakan penyerahan hak

dan kedaulatan kerana dalam penyerahan itu dinyatakan, antaranya:

“…all the territories and lands on the mainland of the island of Borneo,

commencing from the Pandassan River on the Nort-west coast and extending

along the whole coast as far as the Sibuco River…declared vested on the said

Baron deOverbeck and Alfred Dent co-jointly their heirs, associates, successors,

or assigns for as long as they choose or desire to hold them.’’

Kerajaan British enggan melayan tuntutan tersebut begitu juga dengan Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu. Pada bulan Februari 1963, kedua–dua pihak bersetuju

Page 77: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

51

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

berunding di London. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana

kerajaan British enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh kerana

tuntutan itu tidak dilayan, hubungan antara kedua-dua negara menjadi renggang.

3.5.2 Konfrontasi Indonesia

Pada peringkat awal, Indonesia menyokong gagasan Malaysia dan mengharapkan

pembentukan Malaysia akan berjaya. Dasar kerajaan Indonesia antara lain

boleh ditelusuri melalui kenyataan Menteri Luar Negeri Indonesia. Dalam

surat tersebut, Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang disiarkan oleh

akhbar New York Times bertarikh 13 November 1961, mengalu-alukan

kewujudan Persekutuan Malaysia. Antara lain, beliau menyampaikan;

“As an example of our honesty and lack of expansionist intent, one fourth of

the island of Kalimantan (Borneo) consisting of three Crown Colonies of Great

Britain, is now becoming the target of Malayan Government for a merger. Of

course, the people there are ethologically and geographically very close to the

others living in Indonesia territory. Still, we do not show any objection toward

this Malayan policy of merger. On the contrary, we wish the Malayan Government

well if it can succeed with this plan”.

Dasar kerajaan Indonesia mula berubah daripada menyokong kepada mengecam

gagasan Malaysia iaitu dilabelkan sebagai satu bentuk penjajahan baru di Asia

Tenggara. Perubahan dasar ini dipercayai akibat pengaruh Parti Komunis Indonesia

(PKI). Indonesia juga menjadikan tindakan perisytiharaan Malaysia sebelum

laporan rasmi PBB diumumkan sebagai isu. Tambahan pula hasrat Indonesia untuk

membentuk `Indonesia Raya’ akan musnah. Hal ini mendorong Presiden Sukarno

mengisytiharkan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia dengan melancarkan

kempen “Ganyang Malaysia”. Tindakan Indonesia menjadi lebih agresif sehingga

melancarkan serangan gerila dan menyusup masuk ke beberapa tempat di Tanah

Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Selepas pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963, hubungan diplomatik

antara Malaysia dengan Indonesia diputuskan. Memandangkan ancaman semakin

nyata, Malaysia mengambil langkah proaktif mengadakan perjanjian pertahanan

bersama dengan negara Britain, New Zealand dan Australia. Malaysia turut

menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB. Peristiwa Gestapo

Page 78: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

52

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

30 September menukar arah hala tuju dasar Indonesia. Tentera Indonesia telah

menumpaskan PKI pada bulan September 1965. Peralihan kuasa ini membuka

perdamaian antara Indonesia dan Malaysia. Pada Jun 1966, Tun Abdul Razak dan

Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia) telah berunding dan menandatangani

satu perjanjian di Bangkok bagi memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.

Menjelang bulan Ogos 1966, konfrontasi tersebut berakhir secara rasmi melalui

Perjanjian Bangkok.

3.5.3 Gagasan MAPHILINDO

Berikutan perbalahan di antara Tanah Melayu dengan Indonesia dan Filipina, satu

sidang kemuncak diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 antara

Presiden Sukarno (Indonesia), Presiden Macapagal (Filipina) dan Tunku Abdul

Rahman (Malaysia). Mereka bersetuju untuk mengadakan kerjasama antara ketiga-

tiga negara melalui satu pertubuhan kerjasama serantau. Gabungan ini dikenali

sebagai MAPHILINDO iaitu singkatan bagi Malaysia, Philippines dan Indonesia.

Pemimpin Indonesia dan Filipina bersetuju untuk menerima penubuhan Malaysia

dengan syarat sebuah suruhanjaya khas di bawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk meninjau pandangan rakyat di Sabah

dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. PBB telah menghantar satu suruhanjaya

yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore untuk meninjau pandangan rakyat

Sabah dan Sarawak serta meneliti tugasan Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya

Khas PBB telah menjalankan tugas dari 16 Ogos hingga 5 September 1963. PBB

mengesahkan hasil dapatan yakni majoriti rakyat Sabah dan Sarawak menyokong

penubuhan Persekutuan Malaysia.

Namun begitu, Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Filipina enggan menerima

keputusan tersebut. Penubuhan Malaysia yang dirancang pada 31 Ogos 1963

terpaksa ditangguhkan berikutan PBB hanya dapat menyiapkan laporan menjelang

14 September 1963. Ekoran daripada situasi ini, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

telah menetapkan tarikh baru iaitu 16 September 1963 untuk mengisytiharkan

penubuhan Kerajaan Malaysia.

Page 79: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

53

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.6 Perisytiharan MalaysiaLaporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) menjadi asas kepada kerangka

Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Rundingan akhir antara kesemua negeri

yang terlibat menyertai Malaysia telah diadakan di London pada bulan Jun 1963.

Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani pada 9 Julai

1963 antara kerajaan Britain, Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak di

Malborough House, London. Perisytiharan ini mengesahkan peralihan kedaulatan

Britain ke atas Singapura, Sabah dan Sarawak. Pada 16 September 1963,

Perisytiharan Malaysia secara rasminya dibuat pada 16 September 1963 secara

serentak di Kuala Lumpur, Singapura, Jesselton, dan Kuching.

Jadual 3.3 Kronologi Proses Penubuhan Malaysia

Tarikh Peristiwa

27 Mei 1961 Hasrat penubuhan Malaysia disampaikan oleh Tunku Abdul Rahman di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara, Singapura.

23 Julai 1961 Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia.

21 Ogos 1961 Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia di Sabah.

18-20 Ogos 1961 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia di Sarawak.

6-7 Januari 1962 Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia di Kuala Lumpur.

17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak.

3-4 Februari 1962 Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia di Singapura.

21 Jun 1962 Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

9 Julai 1963 Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura di Marlborough House, London.

16 September 1963 Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Page 80: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

54

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.6.1 Malaysia Tanpa Penyertaan Brunei

Sultan Omar Ali Saifuddin III membatalkan rancangan Brunei untuk menyertai

Malaysia kerana terdapat senarai tuntutan yang tidak dapat dipersetujui bersama.

Antara tuntutan Brunei sepertimana dalam Jadual 3.4

Jadual 3.4 Senarai Tuntutan Brunei untuk Menyertai Malaysia

No. Perkara

1. Berhak menguasai hasil minyak dan bukannya di bawah kerajaan pusat

2. Diperuntukkan 10 kerusi Parlimen

3. Mempunyai autonomi kewangan

4. Kekal semua pelaburan

5. Mengekalkan kadar percukaian sedia ada yang rendah

6. Meneruskan program pendidikan dan kebajikan sedia ada

7. Jaminan keselamatan Brunei dalam Malaysia

8. Soal kerakyatan yang selaras

9. Menguruskan sendiri hal keagamaan

10. Kekananan baginda dalam Majlis Raja-Raja dikira dari tarikh baginda jadi Sultan (1950) dan bukannya tarikh menyertai Malaysia

Kegagalan tuntutan-tuntutan ini dipenuhi menyebabkan baginda memutuskan

Brunei untuk menarik diri dari menyertai Persekutuan Malaysia pada Julai 1963.

3.7 Pemisahan Singapura daripada MalaysiaWujud pelbagai masalah kronik antara Singapura dengan kerajaan Persekutuan

hingga menyebabkan penyingkiran Singapura dari Persekutuan Malaysia.

3.7.1 Masalah Politik

Pada bulan November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan politik

PAP akan hanya terbatas di Singapura dalam tempoh lima tahun selepas penyertaan

ke dalam Malaysia. Komitmen ini terlerai apabila PAP mula bergiat aktif di Tanah

Melayu dengan meletakkan sembilan calonnya dalam Pilihan Raya 1964. Walau

bagaimanapun, PAP hanya memenangi satu kerusi sahaja. Tunku Abdul Rahman

memberi respons kehadiran PAP di persada politik Tanah Melayu terlalu awal dan

berpotensi menjejaskan perpaduan kaum dan meretakkan persefahaman UMNO

Page 81: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

55

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dengan MCA. Keagresifan PAP turut diterjemahkan dalam bentuk mahu menjadi

alternatif menggantikan MCA sebagai wakil kaum Cina di peringkat kerajaan

persekutuan. Rentetan respons Tunku Abdul Rahman ini, PAP selepas Pilihan

Raya 1964 mula menukar haluan daripada menyasarkan MCA kepada menyerang

kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan kaum Melayu.

3.7.2 Masalah Perkauman

Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin dingin akibat beberapa

peristiwa yang berlaku di Singapura. Kaum Melayu di Singapura merasakan

kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan proaktif untuk membaiki kedudukan

mereka. Rentetan senario ini, beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

yang mewakili kaum Melayu melaporkan kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul

Rahman. Situasi menjadi semakin tegang selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed

Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat

Melayu di Singapura.

3.7.3 Konsep Malaysian Malaysia

Pemimpin Singapura (PAP) mula memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’

selepas Pilihan Raya 1964 amat tidak disenangi para pemimpin UMNO. Konsep

ini jelas tidak menghormati dan menafikan institusi Kesultanan Melayu serta

mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sebagai latar sejarah

politik Tanah Melayu yang telah sedia diterima dalam Parti Perikatan (UMNO-

MCA-MIC). Sekaligus Singapura yang baru menyertai Malaysia dengan sengaja

mewujudkan konflik serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang

dipersetujui bersama. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia

Solidarity Convention dengan slogan ‘A Democratic Malaysian Malaysia’

sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti

Perikatan. Beliau ingin mewujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua’ melalui

satu ideologi politik sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum. Konsep

ini kelihatan ideal tetapi tidak mengambil kira dan mencerminkan situasi

sosio politik negara yang sebenar akibat dasar `pecah dan perintah’ British.

Page 82: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

56

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.7.4 Masalah Ekonomi

Mengikut perjanjian menyertai Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut

cukai. Hasil kutipan cukai diagihkan berasaskan nisbah 60% untuk Singapura dan

40% untuk kerajaan persekutuan. Memandangkan beban cukai Singapura adalah

paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan akibat konfrontasi

dengan Indonesia, kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula agar

Singapura menyerahkan hasil cukai sebanyak 60% bukannya lagi 40%. Kajian

ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pemimpin Singapura.

3.7.5 Penyingkiran Singapura

Menjelang bulan Mei 1965, hubungan tegang antara Singapura dan Kuala Lumpur

sampai kemuncak. Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman memaklumkan

keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun Abdul Razak dan

Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman. Pada 9 Ogos 1965, Tunku membuat pengumuman

rasmi di Dewan Rakyat mengenai perpisahan Singapura daripada Malaysia.

RUMUSANPenubuhan Persekutuan Malaysia melalui proses yang panjang dan kompleks.

Dalam proses ini, wujud sokongan mahupun penentangan dari dalam dan

luar negara hingga menyebabkan penentangan bersenjata. Manakala tuntutan

Singapura setelah berada dalam Malaysia mendedahkan sikap bagai duri dalam

daging kerana pemimpin Singapura ingin mendominasi Persekutuan Malaysia

serta sekali gus tidak akur dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang

dipersetujui bersama melalui pelbagai peringkat rundingan dan mesyuarat pra

penubuhan Malaysia. Keseluruhannya, kejayaan penubuhan Malaysia merupakan

lambang permuafakatan dan toleransi yang tinggi di kalangan para pemimpin dan

rakyat Malaysia.

Page 83: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

57

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI1. Setiap pelajar perlu membuat refleksi tentang pemahaman mereka

terhadap tajuk ini.

2. Pelajar perlu berbincang secara berkumpulan tentang rasional

pembentukan Persekutuan Malaysia.

KATA KUNCI

Tentangan penduduk tempatan

Cadangan penubuhan Malaysia

Persekutuan Malaysia

Penubuhan Malaysia

Maklum balas penduduk tempatan

SOALAN DALAM TEKS1. Senaraikan secara ringkas faktor-faktor yang mencetuskan idea

pembentukan Persekutuan Malaysia.

2. Sebutkan empat syarat yang telah ditetapkan oleh Brunei untuk

menyertai Persekutuan Malaysia.

3. Mengapakah Indonesia menentang penubuhan Persekutuan Malaysia?

RUJUKANAbdul Rahman Haji Ismail. (2007). Malaysia: Sejarah kenegaraan dan politik. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Arkib Negara Malaysia. (1981). Hari ini dalam sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Arkib Negara Malaysia. (1981). Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari ini dalam sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Means, G. P. (1976). Malaysian politics. London: Hodder and Stoughton.

Page 84: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

58

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Richard A. Falk. (2015). Status of law in international society. United States: Princeton University Press.

Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia: Warisan dan perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 85: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

59

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 4 Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Zatul Himmah Adnan

PENGENALANUnit ini membincangkan konsep asas perlembagaan secara am dan perlembagaan

Persekutuan Malaysia secara khususnya. Latar belakang dan sejarah Perlembagaan

Persekutuan Malaysia turut menjadi fokus unit ini. Selain itu, pelajar juga

didedahkan dengan beberapa peruntukan utama dalam perlembagaan Malaysia,

perlembagaan negeri serta pindaan perlembagaan.

OBJEKTIF

1. Menerangkan konsep asas perlembagaan.

2. Mengetahui latar belakang dan sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

3. Mengetahui peruntukan utama perlembagaan.

4. Menghuraikan kepentingan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

ISI PENTING

4.1 Konsep Asas PerlembagaanUmumnya, perlembagaan difahami sebagai undang-undang asas dan paling tinggi

di dalam sesebuah negara moden. Perlembagaan menjadi undang-undang tertinggi

kerana merupakan sumber rujukan kepada semua undang-undang dalam negara

sama ada yang telah dibuat atau yang akan digubal (pindaan undang-undang).

Sebarang undang-undang yang hendak digubal perlu mengikut perlembagaan dan

jika ia bertentangan maka undang-undang tersebut akan terbatal. Ini dinamakan

sebagai konsep ketinggian perlembagaan, iaitu tiada sebarang undang-undang,

institusi atau individu yang boleh mengatasi perlembagaan.

Page 86: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

60

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Umumnya, sebagai undang-undang utama negara, perlembagaan mengandungi

peraturan mengenai hak, kuasa, prosedur dan tanggungjawab pihak yang

mengawal hubungan 1) di antara satu pihak yang mempunyai kuasa dengan pihak

berkuasa yang lain dan juga 2) di antara pihak berkuasa dengan rakyat. Walau

bagaimanapun, perlembagaan merupakan lebih daripada undang-undang (Wheare,

1993). Ini kerana ia adalah satu himpunan kaedah yang memperihalkan keseluruhan

sistem sesebuah negara termasuk perkara yang berkaitan institusi dalam negara,

adat dan prinsip asas yang membentuk sistem umum masyarakatnya. Umumnya

perlembagaan mengandungi corak pemerintahan, sistem politik, prinsip-prinsip

tentang hubungan antara tiga badan pemerintah utama dalam negara seperti badan

eksekutif, perundangan atau legislatif dan kehakiman serta bidang kuasa semua

institusi yang terlibat. Selain itu, perlembagaan juga menggariskan prinsip asasi

masyarakatnya atau nilai tradisi yang diamalkan oleh masyarakat dan institusi

negara. Secara ringkasnya, perlembagaan boleh difahami sebagai satu dokumen

atau himpunan maklumat yang mengandungi peraturan, undang-undang

dan prinsip asas serta nilai yang memandu kerajaan serta masyarakat dalam

kehidupan bernegara.

Perkara atau peruntukan yang terkandung dalam sesuatu perlembagaan adalah

ditentukan dan mengikut kepentingan negara tersebut. Dalam erti kata yang lain

kandungan perlembagaan dipengaruhi oleh faktor sejarah, tradisi serta sistem

masyarakat negara tersebut. Jumlah, jenis perkara atau peraturan yang diperuntukan

dalam sesebuah perlembagaan itu ditentukan oleh negara tersebut. Amerika

Syarikat adalah contoh negara yang dikatakan yang mempunyai kandungan

perlembagaan yang paling ringkas manakala India adalah negara yang dikatakan

mempunyai perlembagaan yang paling panjang di dunia. Hak asasi rakyat Amerika

Syarikat yang digariskan oleh perlembagaannya pastinya berbeza dengan hak

asasi yang termaktub di dalam perlembagaan India. Ini kerana kedua-dua negara

ini mempunyai beberapa perbezaan seperti latar belakang sejarah demografi

masyarakat, sistem dan nilai tempatan yang berbeza. Ringkasnya, perlembagaan

setiap negara adalah berbeza.

Umumnya terdapat dua jenis perlembagaan iaitu perlembagaan bertulis dan tidak

bertulis.

i. Perlembagaan bertulis ialah prinsip-prinsip perlembagaan yang disusun dan

dikumpulkan menjadi satu dokumen. Hampir semua negara di dunia termasuk

Page 87: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

61

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis. Sebagai contoh peranan dan

proses perundangan sesebuah negara dicatatkan dengan jelas di dalam

perlembagaan bertulis.

ii. Perlembagaan tidak bertulis pula ialah prinsip-prinsip perlembagaan yang tidak

terkumpul dalam satu dokumen. Prinsip perlembagaan bagi perlembagaan tidak

bertulis terletak pada pelbagai dokumen undang-undang seperti akta parlimen,

piagam, konvensyen, keputusan mahkamah, adat atau amalan perlembagaan.

New Zealand dan United Kingdom ialah contoh negara yang mengamalkan

perlembagaan tidak bertulis.

4.2 Sejarah Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan sumber perundangan yang

tertinggi, asas negara dan hala tuju bagi masyarakatnya yang pelbagai kaum.

Sebahagian besar daripada kandungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia hari ini

dipengaruhi oleh faktor sejarah. Sistem pentadbiran negeri yang berasaskan sistem

beraja yang bertapak kukuh sejak abad ke 15 dan kesan dasar penjajahan British

merupakan antara faktor sejarah yang mempengaruhi kandungan Perlembagaan

Persekutuan Malaysia hari ini. Sejarah moden perlembagaan Malaysia dianggap

bermula pada akhir abad ke-19 iaitu sejak Tanah Melayu berada di bawah naungan

kerajaan Inggeris. Antara aspek penting pada zaman Inggeris yang dianggap

sebagai asas kepada kandungan perlembagaan sebelum kemerdekaan ialah

berkaitan dengan bidang kuasa:

i. pentadbiran raja di negeri-negeri Melayu,

ii. penasihat Inggeris; dan

iii. badan perundangan persekutuan (Majlis Mesyuarat Persekutuan).

Tempoh di antara 1945 hingga 1963 merupakan jangka masa penting dalam

sejarah. Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu 1957, kandungan perjanjian di

antara pemimpin tempatan dan British bagi penubuhan Kesatuan Melaya 1946

dan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan proses awal kepada pembentukan

rangka perlembagaan Malaysia. Umumnya, perkembangan pembentukan

perlembagaan Malaysia boleh dilihat daripada empat peringkat atau perlembagaan

iaitu: Perlembagaan Kesatuan Malaya 1946, Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu 1948, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan

Persekutuan Malaysia 1957.

Page 88: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

62

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4.2.1 Perlembagaan Kesatuan Malaya (Malayan Union) 1946

Proses pembentukan perlembagaan Malaysia lebih jelas selepas Perang Dunia

Kedua iaitu apabila British kembali semula mentadbir Tanah Melayu selepas Jepun

mengundurkan diri pada tahun 1945. Dalam usaha untuk mengukuhkan semula

pentadbirannya di Tanah Melayu, British cuba mewujudkan satu sistem bentuk

kerajaan baru yang dinamakan Kesatuan Malaya (Malayan Union). Kesatuan

Malaya diwujudkan melalui perjanjian di antara Sir Harold MacMichael dengan

raja-raja Melayu. Walaupun mendapat tentangan atas beberapa faktor (seperti yang

telah dibincangkan di tajuk 2), Kesatuan Malaya tetap dilancarkan pada 1 April

1946. Arahan Diraja (Royal Decree) bertarikh 23 Mac 1946. Intipati perlembagaan

Kesatuan Malaya, walaupun amnya ditentang oleh penduduk tempatan telah

menjadi panduan kepada rangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Antara aspek utama kandungan utama perlembagaan Kesatuan Malaya ialah:

• Sistem pemerintahan secara kesatuan ditubuhkan dengan menggabungkan

sembilan negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Singapura tidak termasuk

dan kekal sebagai tanah jajahan Inggeris yang berasingan.

• Kuasa pentadbiran pusat terletak di tangan Gabenor Kesatuan Malaya.

Gabenor mempunya kuasa yang luas termasuk kuasa pengampunan dan

pembatalan keputusan badan perundangan pusat (Majlis Perundangan). Beliau

dibantu oleh Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja.

• Bidang kuasa raja Melayu yang hanya terhad kepada hal ehwal agama Islam

dan adat resam Melayu.

• Badan perundangan di peringkat kerajaan pusat dan negeri ditubuhkan.

Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa perundangan untuk hal ehwal

tempatan sahaja. Manakala Majlis Perundangan Kesatuan Malaya mempunyai

kuasa untuk membatalkan undang-undang yang digubal oleh Badan

Perundangan Negeri.

• Prinsip kerakyatan Kesatuan Malaya berdasarkan jus soli (kerakyatan

berdasarkan tempat lahir).

4.2.2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Selepas Kesatuan Malaya menerima tentangan, British membuat perjanjian baru

dengan pemimpin tempatan untuk membentuk satu sistem pemerintahan yang

lebih diterima oleh masyarakat Tanah Melayu iaitu Persekutuan Tanah Melayu

Page 89: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

63

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah membentuk beberapa

aspek penting sistem kerajaan Persekutuan iaitu wujud satu bentuk pembahagian

bidang kuasa antara kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Syarat

kewarganegaraan yang lebih bersistem juga dihasilkan iaitu mengambil kira faktor-

faktor seperti tempat lahir, keturunan dan permastautinan turut dilaksanakan

(Abas, 2003). Pemerintahan sistem beraja juga mula menjadi lebih sistematik

walaupun bidang kuasanya semakin mengecil. Berikut ialah antara aspek utama

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948:

a. Sembilan negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah sistem

persekutuan dan pentadbirannya di ketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi.

b. Badan Perundangan di peringkat Persekutuan terletak di tangan Majlis

Perundangan Persekutuan. Kuasa membuat undang-undang negeri pula di

bawah tanggungjawab Badan Perundangan Negeri, tetapi mempunyai kuasa

membuat undang-undang yang terhad kepada adat resam Melayu, agama Islam

atau sebarang perkara yang ditentukan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

c. Majlis Mesyuarat Kerajaan telah ditubuhkan di peringkat Persekutuan untuk

menasihati Pesuruhjaya Tinggi.

d. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kuasa pembatal untuk tidak mempersetujui

apa-apa undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

e. Pentadbiran setiap negeri diketuai oleh Raja dan dibantu oleh seorang Menteri

Besar serta sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berperanan untuk

menasihati raja.

f. Undang-undang mengenai kewarganegaraan Tanah Melayu digubal pada 1948

dan syarat kewarganegaraan adalah berdasarkan kepada dua kaedah iaitu

melalui pendaftaran dan naturalisasi.

g. Setiap negeri mempunyai perlembagaan negeri masing-masing.

h. Majlis Raja-Raja ditubuhkan.

4.2.3 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (Merdeka)

Sebahagian daripada kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

telah menjadi panduan utama bagi British dan pemimpin Tanah Melayu dalam

menyediakan perlembagaan untuk Tanah Melayu yang merdeka. Persidangan

London pada 1956 yang melibatkan kerajaan British dan pemimpin tempatan

Page 90: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

64

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

yang diwakili oleh Parti Perikatan telah mencadangkan satu jawatankuasa

untuk merangka perlembagaan ditubuhkan. Lord Reid telah dilantik mengetuai

Jawatankuasa Perlembagaan yang ditubuhkan pada tahun Mac 1956. Terdapat

dua objektif utama yang ingin dicapai oleh Suruhanjaya Reid dalam merangka

perlembagaan Tanah Melayu iaitu (Ibrahim, 2003):

i. Untuk mewujudkan sebuah bangsa bersatu, bebas dan demokratik.

ii. Mengadakan peluang untuk pembangunan hasil-hasil negeri, peliharaan dan

pertambahan baik taraf kehidupan penduduknya.

Antara perkara utama yang menjadi tumpuan Suruhanjaya dalam merangka

perlembagaan ialah:

i. Mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat supaya pentadbiran dapat

dilaksanakan dengan licin dan rapi.

ii. Taraf kewarganegaraan yang sama bagi keseluruhan Persekutuan (setiap negeri

mempunyai kaedah yang sama).

iii. Setiap negeri dalam Persekutuan perlu diberi kuasa tertentu.

iv. Sistem raja yang berasaskan raja berperlembagaan dengan mempunyai

kedaulatan dan kebesaran tetapi kuasanya dijalankan oleh Menteri Besar atau

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

v. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan dengan cara yang dianggap

sesuai dengan kepentingan orang bukan Melayu.

Satu jawatankuasa kerja yang terdiri darpada 11 ahli telah dibentuk untuk mengkaji

rangka atau cadangan perlembagaan yang telah dihasilkan oleh Suruhanjaya Reid

pada Februari 1957. Selepas melalui beberapa siri perundingan dan perbincangan,

perlembagaan tersebut diluluskan pada 15 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 27

Ogos 1957.

Antara kandungan utama Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ialah:

i. Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan raja-raja sebagai ketua di

negeri masing-masing.

ii. Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf

dan kedudukan istimewa mereka dijamin oleh perlembagaan.

Page 91: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

65

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

iii. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan; walau bagaimanapun

penggunaan bahasa Inggeris dalam Majlis Perundangan masih dibenarkan

dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.

iv. Seseorang yang lahir pada atau selepas kemerdekaan menjadi warganegara

Tanah Melayu secara automatik.

v. Islam dijadikan agama rasmi tetapi kebebasan beragama bagi orang bukan

Islam akan tetap terjamin.

4.2.4 Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963

Cadangan kemasukan negeri baru seperti Sabah, Sarawak dan Singapura ke

dalam gagasan Malaysia telah membawa kepada beberapa perubahan kepada

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Jawatankuasa Perundingan

Perpaduan Malaysia (1961) dan kemudiannya Suruhanjaya Cobbold (1962)

bersetuju bahawa kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jawatankuasa Antara

Kerajaan telah ditubuhkan pada 1962 untuk merangka kandungan perlembagaan

yang berkaitan dengan kedudukan serta kepentingan Sabah dan Sarawak di dalam

Malaysia. Selepas beberapa siri rundingan dan perbincangan akhirnya Akta

Malaysia 1963 telah diluluskan. Antara perkara utama yang melibatkan kepentingan

Sabah dan Sarawak yang dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

1963 ialah:

i. Kedudukan istimewa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

ii. Bidang kuasa istimewa kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

iii. Kerusi di Dewan Rakyat Persekutuan.

4.3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia

4.3.1 Konsep Ketinggian Perlembagaan

Malaysia mengamalkan konsep ketinggian Perlembagaan iaitu perlembagaan

merupakan sumber perundangan yang paling tinggi dan utama dalam Persekutuan.

Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, “Perlembagaan ini ialah

undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan

selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan perlembagaan ini adalah tidak sah

setakat ketidakselarasan itu”. Ini bermakna;

Page 92: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

66

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

i. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi dan utama dalam persekutuan.

ii. Semua undang-undang yang digubal atau bakal digubal tidak boleh bercanggah

atau bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

iii. Jika berlaku percanggahan, undang-undang itu akan terbatal setakat mana ia

bercanggah.

4.3.2 Kandungan Perlembagaan

Kandungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia terdiri daripada 15 bahagian, 183

Perkara dan 13 Jadual. 15 bahagian tersebut ialah:

1. Nama persekutuan, agama Islam dan perlembagaan undang-undang tertinggi

2. Kebebasan Asasi

3. Kewarganegaraan

4. Unsur Persekutuan (Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, Eksekutif,

Parlimen dsb)

5. Negeri-negeri dalam Persekutuan

6. Perhubungan Negeri dan Persekutuan

7. Kewangan Persekutuan

8. Pilihanraya

9. Kehakiman

10. Perkhidmatan awam

11. Kuasa-kuasa khas bagi menangani anasir subversif dan darurat

12. Peruntukan am dan pelbagai (termasuk kedudukan istimewa Sabah

dan Sarawak)

13. Peruntukan sementara dan tambahan

14. Kedaulatan raja-raja

15. Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja

Page 93: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

67

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Istilah dalam Perlembagaan

“Perkara” = Peruntukan perlembagaan

“Fasal” = Peruntukan kecil yang menjadi sebahagian daripada “Perkara”

“Seksyen” = Peruntukan dalam Jadual Perlembagaan

“Akta” = Undang-undang yang digubal oleh Parlimen

“Ordinan” = Undang-undang yang digubal tidak mengikut cara normal perundangan [Per 150(2C)]. Digubal di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong sama ada melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sebelum merdeka. Contoh ordinan semasa darurat, Ordinan Negeri-negeri Selat.

Enakmen = Undang-undang yang digubal oleh DUN kecuali Sarawak

Rajah 4.1 Istilah Utama dalam Perlembagaan

4.3.3 Unsur Tradisi dalam Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan unsur tradisi negara dan

masyarakatnya. Unsur tradisi dalam perlembagaan bermaksud ciri tempatan yang

dikekalkan di dalam perlembagaan. Unsur tradisi penting untuk dikekalkan dalam

perlembagaan untuk menstabilkan negara kerana ia berkait rapat dengan identiti

dan sistem sosial masyarakat tempatan. Terdapat empat perkara yang merupakan

unsur tradisi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kesemua unsur ini saling

berkaitan di antara satu lain.

4.3.3.1 Pemerintahan beraja

Negeri-negeri Melayu telah ditadbir oleh sistem pemerintahan beraja beberapa abad

sebelum kedatangan Inggeris. Sistem yang berasaskan hierarki raja dan rakyat ini

telah sebati dengan masyarakat Melayu. Kedatangan Islam telah memberi peranan

penting kepada raja yang kemudiannya digelar ‘sultan’ apabila menjadi ketua

pentadbir kepada urusan hal ehwal agama Islam. Walaupun pentadbiran Inggeris

telah mengubah banyak bidang kuasa raja tetapi sistem ini telah menjadi sebahagian

daripada identiti masyarakat Melayu. Bidang kuasa raja yang hari ini diwakili oleh

institusi Yang di-Pertuan Agong menjadi salah satu daripada peruntukan utama di

dalam Perlembagaan.

Page 94: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

68

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4.3.3.2 Agama Islam

Agama Islam telah bertapak di negeri-negeri Melayu dan menjadi agama masyarakat

Melayu lebih daripada 600 tahun. Perkembangan agama Islam ini seiring dengan

perkembangan sistem pemerintahan beraja dan juga dianggap sebagai satu identiti

utama masyarakat Melayu. Semasa pentadbiran Inggeris hal ehwal agama Islam

merupakan bidang kuasa pentadbiran yang dianggap hak mutlak raja.

4.3.3.3 Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa utama dalam kelompok bahasa Austronesia.

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan

masyarakat Melayu lebih daripada peranan sebagai bahasa pertuturan. Selain

daripada bahasa ibunda masyarakat Melayu, Bahasa Melayu pernah menjadi

lingua franca semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad

ke 15. Bahasa Melayu juga telah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam urusan

rasmi pentadbiran negeri-negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

4.3.3.4 Kedudukan istimewa orang Melayu

Kedudukan orang Melayu sebagai masyarakat peribumi mula terjejas akibat dasar

‘pintu terbuka’ pentadbiran Inggeris kepada buruh asing. Mereka ketinggalan dari

segi ekonomi dan pendidikan. Prinsip kerakyatan yang dicadangkan Inggeris melalui

Kesatuan Malaya juga menjejaskan kedudukan mereka. Apabila Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu 1948 dirangka, undang-undang kerakyatan yang

khusus untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu sebagai peribumi

mula menjadi salah satu unsur utama perlembagaan.

4.3.4 Peruntukan Utama Perlembagaan Persekutuan

Terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai peruntukan utama Perlembagaan

Malaysia yang perlu dihayati oleh warganegara Malaysia seperti bahasa, agama,

kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kebebasan asasi.

4.3.4.1 Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan

Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan ”Bahasa kebangsaan

ialah Bahasa Melayu dan hendaklan ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana

yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen”. Pengiktirafan Bahasa

Page 95: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

69

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Melayu sebagai ’bahasa kebangsaan’ jauh lebih luas makna dan kesannya kepada

negara berbanding dengan ’bahasa rasmi’ (Abas, 2003). Taraf bahasa kebangsaan

telah memberi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan utama dalam

negara dan meliputi urusan rasmi dan tidak rasmi. Salah satu kepentingan Bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan ialah keperluan penggunaannya untuk tujuan

penyatuan pelbagai kaum melalui satu bahasa pengantar.

4.3.4.2 Islam ialah agama Persekutuan dan kebebasan beragama bagi agama lain

Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 3(1) telah menggariskan kedudukan

agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia. “Agama Islam ialah agama bagi

Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

di mana-mana bahagian Persekutuan”. Islam ialah agama Persekutuan mempunyai

maksud yang lebih luas daripada ‘agama rasmi’. Ia memberi kebebasan kepada

kerajaan persekutuan dan negeri untuk mentadbir urus institusi Islam; mewujudkan

atau membantu atau membelanjakan kewangan untuk urusan perkembangan

pendidikan agama Islam. Selain itu, Perkara 3(1) juga menjamin kebebasan

beragama bagi semua agama. Ini telah dinyatakan dengan lebih jelas di dalam

Perkara 11 iaitu kebebasan beragama. Setiap kumpulan agama mempunyai hak

untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuh dan menyelenggara

institusi bagi maksud agama dan khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta,

memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

4.3.4.3 Kewarganegaraan

Peruntukan mengenai kewarganegaraan dinyatakan di Bahagian 3 Perkara 14 hingga

Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan. Terdapat empat cara kewarganegaraan yang

di Malaysia seperti di Jadual 4.1.

Page 96: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

70

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 4.1 Empat cara kewarganegaraan

1. Warganegara Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang telah mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang atau selainnya.

2. Seorang yang lahir di Persekutuan antara hari merdeka 1957 hingga Oktober 1962.

3. Seorang yang lahir di Persekutuan selepas September 1962 dengan syarat dengan syarat salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara atau pemastautin tetap di Persekutuan atau tiada kewarganegaraan mana-mana negara semasa kelahirannya.

4. Seorang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka tetapi bapanya seorang warganegara dan berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan atau Negeri.

5. Seorang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka tetapi bapanya seorang warganegara dan kelahirannya perlu didaftarkan di pejabat konsul Persekutuan atau di Singapura, Sabah, Sarawak atau Brunei perlu didaftarkan di kerajaan Persekutuan.

Kuat kuasa undang-undang

1. Isteri dan anak warganegara boleh memohon kewarganegaraan secara pendaftaran jika masih berkahwin, telah bermastautin di Persekutuan selama dua tahun sebelum tarikh permohonan, berniat untuk bermastatutin dan berkelakuan baik.

2. Seorang yang berusia di bawah 21 tahun dilahirkan sebelum Oktober 1962, ibu atau bapanya warganegara, telah bermastautin di Persekutuan dan berkelakuan baik.

3. Seorang yang berusia 18 tahun atau lebih dan lahir di Persekutuan sebelum merdeka serta perlu mengemukakan bukti permastautinan selama lima tahun daripada tujuh tahun sebelum membuat permohonan; berniat untuk bermastautin, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu mudah.

4. Seorang yang berusia 18 tahun atau lebih dan bermastautin di Sabah atau Sarawak pada dan selepas hari Malaysia perlu mengemukakan bukti permastautinan selama tujuh tahun daripada sepuluh tahun sebelum membuat permohonan; berniat untuk bermastautin, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan yang cukup dalam Bahasa Melayu atau Inggeris atau bagi di Sarawak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam Bahasa Melayu atau Inggeris atau mana-mana bahasa bumiputera.

Pendaftaran

Page 97: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

71

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Seorang yang berusia 21 tahun dan ke atas dan berminat untuk menjadi warganegara boleh memohon dengan syarat; telah bermastautin dalam tempoh 10 tahun daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan, berniat menjadi pemastautin tetap, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu.

Masukan/naturalisasi

Kewarganegaraan yang diberikan kepada warganegara bagi sesebuah negeri yang bergabung dengan Malaysia, dengan syarat dan penentuan cara kewarganegaraan akan ditentukan oleh Parlimen.

Percantuman wilayah

4.3.4.4 Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan “Adalah menjadi

tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang

Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan

kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”. Pemeliharaan

kedudukan istimewa ini meliputi kuota dalam jawatan dalam perkhidmatan awam,

biasiswa dan bantuan kemudahan pendidikan, permit atau lesen untuk perniagaan

atau perdagangan. Kedudukan istimewa ini juga meliputi Perkara 89 dan 90 yang

berkaitan dengan tanah rizab Melayu, perkhidmatan orang Melayu dalam Rejimen

Askar Melayu. Kedudukan istimewa ini tidak mutlak kerana perlu diseimbangkan

dengan kepentingan sah kaum lain (Abas 2003).

4.3.4.5 Hak kebebasan asasi

Perlembagaan Persekutuan menjamin kepentingan warganegaranya dari segi hak

setiap individu dan masyarakatnya selaras dengan perkembangan sejarah dan

tradisi. Peruntukan mengenai hak kebebasan asasi warganegara meliputi perkara

yang berkaitan berikut:

• Perkara 5 Kebebasan diri

• Perkara 6 Keabdian dan kerja paksa dilarang

• Perkara 7 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa

kebelakang dan pembicaraan berulang

• Perkara 8 Sama rata

• Perkara 9 Larangan buang negeri, dan kebebasan bergerak

samb. Jadual 4.1

Page 98: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

72

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan

• Perkara 11 Kebebasan ugama

• Perkara 12 Hak berkenaan dengan pelajaran

• Perkara 13 Hak terhadap harta

4.4 Perlembagaan NegeriSetiap negeri dalam sistem persekutuan mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab

tersendiri mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan negeri

tidak boleh bercanggah dan bertentangan dengan peruntukan perlembagaan

persekutuan. Perkara 71, merupakan jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan

Negeri dari segi hak dan peruntukan yang perlu untuk negeri. Setiap negeri

mempunyai perbezaan tetapi ada keseragaman yang diperuntukkan oleh

Perlembagaan Persekutuan supaya semua negeri seiring dalam amalan sistem

Persekutuan. Setiap negeri perlu mempunyai peruntukan seperti yang terkandung

dalam Bahagian I, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan yang

telah ditentukan perlu ada di dalam perlembagaan negeri ini dinamakan sebagai

“peruntukan perlu”. Bahagian I Jadual Kelapan terdiri daripada peruntukan tetap

dan peruntukan kewangan. Antara perkara yang terkandung dalam bahagian ini

ialah:

a. Peruntukan tetap yang berkaitan dengan perkara seperti Raja atau Yang Di

Pertua Negeri (YDN) (prinsip bertindak mengikut nasihat); badan pemerintahan

iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), badan perundangan iaitu Dewan

Undangan Negeri (DUN).

b. Peruntukan kewangan – Pentadbiran kewangan negeri perlu berdasarkan

peraturan persekutuan.

c. Layanan sama rata bagi pekerja-pekerja negeri.

d. Pindaan perlembagaan – berkaitan dengan pindaan perlembagaan negeri.

e. Peruntukan-peruntukan mengenai Yang di-Pertuan Negeri berkaitan dengan

Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak – peruntukan khusus

untuk negeri yang tidak mempunyai sultan.

Berdasarkan Perkara 71(4), setiap Perlembagaan Negeri hendaklah mempunyai

“Peruntukan Perlu”. Parlimen mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan

Page 99: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

73

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

peruntukan perlu di negeri jika negeri tidak melaksanakan atau mempunyai

peruntukan yang berlawanan.

Perkara 73-95E – Hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri:

• Pengagihan kuasa perundangan

• Pengagihan kuasa pemerintahan

• Pengagihan kuasa kewangan

Sumber: negeri, pemberian persekutuan dan pinjaman

• Tanah

Kuasa negeri kecuali dengan maksud persekutuan, tanah simpanan orang

Melayu dan untuk pembangunan negara

• Pembangunan negara

• Tinjauan persekutuan, agihan persekutuan kepada negeri, dan pemeriksaan

persekutuan mengenai kegiatan negeri

• Majlis Negara bagi kerajaan tempatan

4.5 Pindaan PerlembagaanPindaan perlembagaan boleh dilakukan sama ada dengan menambah atau

memansuhkan sesuatu peruntukan jika

i. sesuatu peruntukan itu dianggap tidak sesuai lagi dengan keadaan semasa

masyarakat dan negara.

ii. kehendak rakyat telah berubah dan ada keperluan kepada undang-undang atau

prosedur baru diwujudkan bagi memenuhi kehendak atau permintaan tersebut.

Perkara 159 dan 161E Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan empat kaedah

berikut untuk meminda perlembagaan di Parlimen.

1. Pindaan berdasarkan undian lebih dua pertiga dalam tiap-tiap dewan dan

persetujuan Majlis Raja-Raja.

Ini meliputi perkara berikut:

a. Perkara 10(4) - Perkara berkaitan dengan unsur hasutan dan tindakan

mempersoalkan apa-apa perkara berkaitan dengan kewarganegaraan,

unsur tradisi dan negeri (Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181).

b. Perkara 38 - tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja

Page 100: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

74

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

c. Perkara 63(4) – keistimewaan Parlimen

d. Perkara 70 - keutamaan raja dan Yang di-Pertuan Negeri

e. Perkara 71(1) – jaminan persekutuan terhadap perlembagaan negeri

f. Perkara 72(4) – keistimewaan dewan negeri

g. Perkara 152 – bahasa kebangsaan

h. Perkara 153 – kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah

dan Sarawak

i. Perkara 181 – kedaulatan raja-raja

j. Perkara 159(5) – pindaan perlembagaan

k. Undang-undang yang berkaitan dengan perubahan sempadan negeri

2. Pindaan berdasarkan undian lebih daripada dua pertiga dalam setiap dewan

Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak.

Ini melibatkan perkara yang berkaitan dengan pemeliharaan kedudukan dari

segi perlembagaan negeri-negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan

di dalam Perkara 161E(2) iaitu antaranya:

a. Hak kewarganegaraan bagi rakyat Sabah dan Sarawak dan menghalang

kemasukan orang selain daripada Sabah dan Sarawak.

b. Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

c. Kuasa perundangan dan pemerintahan negeri.

d. Agama, bahasa dan layanan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak.

3. Pindaan yang berasaskan kelebihan suara biasa/suara majoriti biasa (sekurang-

kurang 1 undi) dalam setiap dewan Parlimen.

Ini melibatkan peruntukan Perkara 159 (4) seperti berikut

a. Pindaan Bahagian 3 Jadual Kedua (berkaitan dengan kewarganegaraan),

Jadual Keenam (bentuk sumpah dan ikrar jawatan utama negara), Jadual

Ketujuh (pemilihan ahli-ahli dewan negara).

b. Pindaan berkaitan dengan perjalanan apa-apa kuasa membuat undang-

undang yang diberi kepada Parlimen oleh mana-mana peruntukan, selain

daripada peruntukan Perkara 74 dan Perkara 76.

c. Pindaan berkaitan kemasukan atau gabungan mana-mana negeri ke dalam

Persekutuan.

Page 101: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

75

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4. Pindaan berdasarkan undi dua pertiga setiap dewan Parlimen tanpa memerlukan

persetujuan sesiapa pun di luar Parlimen

Ini melibatkan perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam mana-mana

peruntukan di atas.

Berikut ialah beberapa contoh pindaan yang pernah dilakukan:

a. Pertambahan kerusi Parlimen (daripada 219 kerusi pada tahun 2004

kepada 222 kerusi pada tahun 2008) (Perkara 113 (2)).

b. Pemansuhan imuniti bagi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja yang

memerintah negeri dari kesalahan jenayah (Perkara 181).

c. Pembentukan Mahkamah Khas (bidang eksklusif untuk membicarakan

kes berkaitan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja) (Perkara 182).

d. Penstrukturan mahkamah tertinggi (wujudkan Mahkamah Rayuan)

(Perkara 122 (1B)).

e. Pindaan bidang kuasa mahkamah (Perkara 121(1A)).

RUMUSANPerlembagaan Persekutuan Malaysia hari ini adalah hasil daripada gabungan

antara proses sejarah yang panjang, ciri tradisi masyarakat di Tanah Melayu dan

turut mengambil kira kepentingan semasa. Kedudukan Perlembagaan Persekutuan

sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia telah menjadikan perlembagaan

sebagai sumber utama yang memandu negara dan masyarakat untuk mendukung

sistem pemerintahan Malaysia yang berasaskan kepada raja berperlembagaan,

demokrasi berparlimen dan persekutuan. Selain itu, perlembagaan juga menjadi

sumber utama yang menentukan hak dan kepentingan masyarakatnya yang

pelbagai kaum dan agama.

Page 102: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

76

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI

1. Pelajar berbincang dengan pelajar lain mengenai empat peringkat

utama perkembangan sejarah yang membawa kepada pembentukan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia hari ini.

2. Pelajar sediakan peta minda yang menjelaskan peruntukan utama

Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

3. Pelajar kenal pasti perkara yang boleh dipinda bagi setiap kaedah

pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

KATA KUNCI

Pemerintahan beraja

Kedudukan istimewa

Kebebasan asasi

Perlembagaan negeri

Peruntukan perlu

Pindaan perlembagaan

Undian dua pertiga

Perlembagaan bertulis

Perlembagaan tidak bertulis

Ketinggian perlembagaan

Unsur tradisi

Peruntukan utama

Agama persekutuan

Bahasa kebangsaan

Page 103: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

77

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ketinggian perlembagaan?

2. Bezakan antara perlembagaan bertulis dengan perlembagaan tidak

bertulis.

3. Berikan dua contoh kebebasan asasi rakyat Malaysia yang termaktub

dalam perlembagaan.

4. Huraikan perkara yang dinyatakan di bawah ‘peruntukan perlu’.

5. Apakah tujuan pindaan perlembagaan dilakukan?

RUJUKANAbas, M. S. (2003). Prinsip perlembagaan dan pemerintahan di Malaysia (Principles

of constitution and administration in Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia: Teori dan praktis. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Abdul Aziz Bari. (2015). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim, A. (2003). Inti Pati Perlembagaan Malaysia. In A. Ibrahim, F. Tamby Chik, R. Muhamad, A. Daud & I. Hassan (Eds.), Perkembangan undang-undang Perlembagaan Persekutuan (pp. 1-39). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Wheare, K.C. (1993). Perlembagaan moden (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 104: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

78

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 5 Raja Berperlembagaan Ku Hasnita Ku Samsu

PENGENALANPerbincangan dalam unit ini memfokuskan kepada sistem raja berperlembagaan

yang mencakupi aspek latar belakang dan konsep raja berperlembagaan secara

ringkas. Seterusnya diikuti pula dengan struktur dan peranan institusi raja

berperlembagaan sekali gus menghuraikan kepentingan institusi tersebut secara

tidak langsung.

OBJEKTIF

1. Menerangkan konsep beraja.

2. Mengetahui struktur dan peranan institusi raja berperlembagaan.

3. Menghuraikan kepentingan institusi raja berperlembagaan.

ISI PENTING

5.1 Latar Belakang dan Konsep Raja MelayuSejak zaman sebelum masihi sehinggalah ke zaman tradisional, hampir keseluruhan

pelusuk dunia yang bernegara pasti ditunjangi institusi beraja ataupun monarki

baik di benua Asia, benua Afrika mahupun benua Eropah. Raja ditarafkan sebagai

punca sumber kuasa pemerintahan secara mutlak dan lambang kedaulatan serta

mempunyai pengaruh yang dominan dalam semua aspek kehidupan rakyat sesebuah

negara termasuklah aspek beragama. Dalam erti kata lain, raja merupakan kuasa

tertinggi dan berfungsi sebagai payung atau naungan masyarakat sesebuah negara

malah ada sesetengah raja disamakan dengan jelmaan Tuhan dan bayangan Tuhan.

Titah raja adalah undang-undang. Sebarang persoalan atau penolakan dianggap

derhaka. Sesuai dengan perkembangan semasa dan peredaran zaman, wujud

perubahan secara evolusi mahupun revolusi sama ada institusi ini melalui proses

Page 105: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

79

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

pembatasan kuasa iaitu raja berperlembagaan seperti di Jepun dan England atau

dihapuskan terus institusi beraja seperti di Rusia, China dan Peranchis.

5.2 Ciri-ciri Sistem Raja BerperlembagaanSungguhpun secara asasnya sistem raja berperlembagaan berpandukan model raja

berperlembagaan England, ciri-ciri monarki Raja-Raja Melayu diasimilisasikan

dan diintegrasikan dalam sistem ini. Berikut disenaraikan secara ringkas ciri-

ciri yang membentuk Raja Berperlembagaan di negara kita sepertimana yang

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu (Jadual 5.1);

Jadual 5.1 Ciri-ciri Raja Berperlembagaan

No. Ciri-ciri Raja Berperlembagaan

1. Sistem beraja berteraskan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

• Ketua Negara, yang mengetuai badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.

• Ketua Tertinggi Angkatan Tentera dan Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak mempunyai raja.

• Kedudukan Yang di-Pertuan Agong(YDPA) mengatasi semua orang dalam Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah atas tugas-tugas rasmi baginda sebagai ketua eksekutif.

• Baginda hanya boleh didakwa dalam Mahkamah Khas yang diperuntukkan di bawah Bahagian XV (PP).

• Perkara 150 memperuntukkan YDPA berkuasa mengisytiharkan darurat sekiranya berlaku sesuatu yang mengancam keselamatan Negara.

• Berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan timbalannya atas nasihat Perdana Menteri.

• Berkuasa melantik jawatan-jawatan berikut:

• Ahli Suruhanjaya Pilihanraya

• Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan

• Peguam Negara

• Ketua Audit Negara

• 40 orang ahli Dewan Negara yang dinamakan “Senator”

• Yang Dipertua Negeri

2. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Page 106: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

80

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3. Terdapat dua institusi yang berkaitan dengan Raja Berperlembagaan iaitu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja.

4. YDPA sebagai Ketua Negara dipilih secara bergilir-gilir daripada sembilan negeri bersultan/beraja di Malaysia.

5. Sultan, Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan) dan Raja (Perlis) merupakan Ketua Negeri masing-masing.

6. Ketua Negara dan Ketua Negeri menjalankan tugas secara simbolik.

7. Kabinet/ Jemaah Menteri yang diterajui oleh Perdana Menteri yang menjalankan tugas bagi pihak YDPA.

8. YDPA dikehendaki menerima nasihat Jemaah Menteri dan bertindak berdasarkan nasihat yang diberikan.

5.3 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan AgongPeranan Yang di-Pertuan Agong mencakupi pelbagai aspek dalam pemerintahan

negara mengikut acuan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

5.3.1 Pemilihan YDPA

Yang di-Pertuan Agung dipilih mengikut sistem penggiliran elit di kalangan ahli-

ahli Majlis Raja-Raja berdasarkan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan

sepertimana di bawah;

i. Pemilihan dibuat berdasarkan kekananan raja dari tarikh baginda menaiki

takhta di negeri-negeri masing-masing (Raja-raja Melayu dari sembilan buah

negeri) pada masa negara mencapai kemerdekaan.

ii. Penggiliran YDPA adalah untuk memberi kesaksamaan kepada semua raja di

setiap negeri untuk memberi martabat dan kedudukan (keistimewaan) serta

sama-sama bertanggungjawab terhadap negara sebagai sebuah persekutuan.

iii. Pengundian hanya dibuat oleh raja-raja dan melalui undian sulit yang

memerlukan jumlah minima lima undian.

iv. Pemilihan dilakukan secara bergilir-gilir iaitu lima tahun setiap giliran dan

mengambil masa 45 tahun untuk melengkapkan satu pusingan melibatkan

kesemua negeri beraja/bersultan.

v. Walau bagaimanapun, giliran menjadi YDPA boleh dipercepatkan jika berlaku

antara berikut:

samb. Jadual 5.1

Page 107: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

81

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• YDPA mangkat.

• Raja/sultan yang layak menerima giliran tetapi menolak jawatan tersebut.

• Seseorang sultan yang diputuskan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja atas

sebab belum mencapai had umur, mempunyai masalah kesihatan yang

nyata mengekang baginda menjalankan tugas YDPA serta sebab-sebab

peribadi.

vi. Seseorang sultan/raja boleh melantik seorang yang lain dari negeri baginda

sebagai proksi untuk mewakili baginda.

vii. Manakala ketetapan Majlis Raja-Raja untuk memecat YDPA dilakukan jika

mendapat undian sokongan minima lima orang anggota majlis.

viii. Majlis Raja-Raja akan mengisytiharkan YDPA melalui dokumen bertulis yang

disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada Dewan Parlimen.

Berikutan pemilihan seseorang raja atau sultan sebagai Yang di-Pertuan Agong,

beberapa prosedur perlu dipatuhi oleh baginda;

i. YDPA yang baru dipilih mengangkat sumpah dan menandatangani dokumen

sumpah jawatan.

ii. YDPA tidak lagi mempunyai peranan menjalankan tugas di negeri baginda

kecuali:

• Tugas sebagai ketua agama Islam;

• Tugas dan kuasa yang berkaitan dengan pindaan Perlembagaan; dan

• Kuasa untuk melantik seorang Pemangku Raja dan anggota Majlis

Pangkuan Raja di negerinya.

iii. YDPA tidak boleh menjalankan sebarang bentuk perniagaan, mempunyai

jawatan bergaji mahupun menerima sebarang emolumen sebagai raja/sultan di

bawah perlembagaan atau undang-undang negeri baginda.

iv. YDPA tidak boleh meninggalkan negara melebihi 15 hari pada satu-satu masa

tanpa mendapat persetujuan dari Majlis Raja-Raja kecuali atas urusan rasmi

Negara.

v. Raja Permaisuri juga tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan

persekutuan mahupun kerajaan negeri.

Page 108: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

82

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

5.3.2 Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Timbalan YDPA dipilih di kalangan sultan/raja dalam Majlis Raja-Raja selama

lima tahun. Peranan baginda adalah memangku tugas-tugas YDPA. Timbalan

YDPA diberikan keistimewaan sama seperti YDPA serta berhak meletakkan

jawatan secara bertulis kepada Majlis Raja-Raja. Oleh kerana YDPA bukanlah

jawatan warisan keturunan tetapi dipilih melalui majlis, Timbalan YDPA tidak

semestinya akan dipilih menjadi YDPA setelah tempoh jawatan YDPA berakhir.

5.3.3 Kuasa Eksekutif YDPA

YDPA diberikan kuasa eksekutif tertinggi. Sungguhpun demikian, di bawah

Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan mewakilkan kuasa pemerintahan kepada

Jemaah Menteri atau Kabinet. Manakala Perkara 40(1) pula menggariskan YDPA

bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang bertindak

dibawah kuasa am Jemaah Menteri. Oleh itu, baginda berhak mengetahui

perkembangan urusan pemerintahan negara. Baginda diperuntukkan kuasa budi

bicara berdasarkan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan untuk;

melantik Perdana Menteri;

i. menolak permintaan Parlimen dibubarkan;

ii. mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan, kedudukan,

kemuliaan dan kebesaran Raja-raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam

mesyuarat itu;

iii. tugas-tugas lain yang dinyatakan dalam perlembagaan.

5.3.4 Kuasa Perundangan YDPA

Parlimen merupakan manifestasi demokrasi dan perundangan negara. Selaras

dengan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, YDPA merupakan sebahagian

daripada komponen Parlimen selain Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Oleh itu,

baginda berkuasa memanggil Parlimen bersidang, menangguh dan membubarkan

Parlimen serta menyampaikan titah ucapan dalam Majlis Parlimen (Perkara 55

Perlembagaan Persekutuan). Sesuatu rang undang-undang yang diluluskan

oleh kedua-dua Dewan Parlimen mestilah diperkenankan oleh YDPA sebelum

diwartakan namun tetap menjadi undang-undang yang sah setelah tempoh tertentu

yang diberikan kepada baginda berakhir.

Page 109: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

83

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

5.3.5 Kuasa Kehakiman YDPA

Selaku ketua dalam bidang kehakiman mengikut peruntukan Perkara 122

Perlembagaan Persekutuan, YDPA berkuasa melantik Ketua Hakim Negara,

Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim Besar, Hakim-hakim

Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi. Justeru, semua

proses penghakiman serta keputusan adil mahkamah adalah atas nama YDPA.

Sungguhpun begitu, tindakan baginda atas nasihat Ketua Hakim Negara. Selain itu,

baginda diperuntukkan kuasa pengampun (Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan)

untuk memberi pengampunan bagi kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah

Tentera, kesalahan sivil yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan dan hukuman

yang dijatuhi oleh Mahkamah Syariah di negeri-negeri yang YDPA menjadi Ketua

Agama Islam.

5.4 Majlis Raja-RajaMajlis Raja-Raja merupakan kesinambungan dari Majlis Raja-Raja Persekutuan

Tanah Melayu 1948 yang mempunyai pertalian dengan Durbar yang ditubuhkan

pada tahun 1897 ketika zaman penjajahan British. Legasi dan legimitasi Majlis

Raja-Raja diteruskan melalui peruntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan

dan Perlembagaan Negeri yang memberi signifikan tersendiri dalam memayungi

pentadbiran negara dan rakyat yang berteraskan demokrasi berparlimen dan negara

bersistemkan persekutuan. Sesungguhnya majlis ini adalah unik dan satu-satunya

institusi di dunia yang berperanan sebagai platform forum atau permuafakatan

antara raja-raja dengan kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi berparlimen.

5.4.1 Keahlian Majlis Raja-Raja

Majlis ini melibatkan raja/sultan dari sembilan buah negeri serta Yang Dipertua

Negeri untuk empat buah negeri tanpa Sultan iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah

dan Sarawak. Sembilan buah negeri ini asalnya merupakan Negeri-negeri Melayu

Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa di bawah pentadbiran

penjajahan British. Dalam sesuatu persidangan Majlis Raja-Raja, baginda sultan

atau Yang Dipertua Negeri boleh menghantar wakil tertakluk kepada peruntukan

yang ditetapkan dalam perlembagaan negeri-negeri yang terlibat.

Page 110: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

84

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

5.4.2 Persidangan Majlis Raja-Raja

Persidangan majlis ini dijalankan antara tiga hingga empat kali setahun yang

dipengerusikan oleh seorang sultan/raja paling kanan bertakhta. Manakala

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja merupakan setiausaha persidangan ini. Sesuatu

persidangan lazimnya dijalankan selama tiga hari. Persidangan Majlis Raja-Raja

merupakan pertemuan eksklusif antara raja-raja dengan wakil-wakil rakyat untuk

membincangkan tentang hal ehwal negara secara tertutup dari pengetahuan awam.

Persidangan ini merupakan mesyuarat tertinggi di Malaysia. Yang di-Pertuan

Agong (YDPA) diiringi Perdana Menteri. Manakala baginda sultan/Ketua Menteri

pula diiringi oleh Menteri Besar/Ketua Menteri untuk negeri-negeri yang tidak

bersultan/beraja. Dalam konteks pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan

Yang di-Pertuan Agong, hanya sultan/raja terlibat dalam persidangan. Majlis Raja-

Raja juga berhak mengadakan persidangan khas jika difikirkan perlu khususnya

melibatkan kepentingan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Uniknya, peranan

Majlis Raja-Raja merangkumi beberapa bidang seperti eksekutif dan legislatif di

peringkat persekutuan dan negeri. Walaupun dari aspek doktrin pengasingan kuasa,

majlis ini berfungsi secara tidak formal tetapi amat perlu dan signifikan berikutan

Majlis Raja-Rajalah bertanggungjawab sebagai sumber asal dalam pemilihan dan

penyempurnaan tugas serta tanggungjawab YDPA sepertimana yang diperuntukkan

oleh Perlembagaan Persekutuan. Lantaran itu, Majlis Raja-Raja bertindak sebagai

penaung dan lambang kedaulatan institusi diraja.

5.4.3 Peranan Majlis Raja-Raja

Berikut disenaraikan peranan Majlis Raja-Raja yang mencakupi pelbagai

aspek pemerintahan negara sepertimana yang diperuntukkan dalam Bahagian 4

Perlembagaan Persekutuan;

Page 111: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

85

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 5.2 Peranan Majlis Raja-Raja

Perkara Peranan

38 (2) − Memilih YDPA dan Timbalan YDPA.

− Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.

− Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut perlembagaan, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

38 (3) − Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara YDPA hendaklah disertai oleh PM dan Raja-raja yang lain dan Gabenor-gabenor disertai oleh Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri mereka; dan pertimbangan-pertimbangan itu adalah antara tugas-tugas yang dijalankan oleh YDA mengikut nasihat Jemaah Menteri dan oleh Raja-raja yang lain dan Gabenor-gabenor mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan mereka.

38 (5) − Menyatakan bahawa pandangan Majlis Raja-Raja diperlukan berkaitan dengan apa-apa perubahan dasar bagi Perkara 153 (kepentingan orang Melayu dan kaum bumiputera).

38(6) -

Kuasa Budi Bicara

− Memilih atau memecat YDPA dari jawatan dan memilih Timbalan YDPA.

− Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan.

− Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja.

− Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.

− Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.

− Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42.

Page 112: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

86

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Ringkasan Peranan Majlis Raja-Raja:

• Pemilihan YDPA dan Timbalan YDPA.

• Memelihara kepentingan dan (kedaulatan) raja-raja, agama Islam dan adat

istiadat Melayu.

• Menjaga hal ehwal pentadbiran negara/ memikirkan dasar-dasar negara.

• Perlantikan Ketua Hakim Negara, hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

• Mempertimbang sempadan negeri.

• Memperluas anggota Persekutuan.

• Mempertimbang perkara berkaitan agama Islam dan adat istiadat agama.

• Mempersetujui atau tidak rang undang-undang yang memerlukan persetujuan

Majlis Raja-Raja.

5.4.4 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Jadual Kelima dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:

“Majlis Raja-Raja hendaklah mempunyai suatu Mohor Besar Raja-Raja yang

hendaklah dalam jagaan seseorang yang dilantik oleh Majlis itu”.

Justeru, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik di bawah Seksyen 3,

bertindak sebagai Setiausaha Majlis Raja-Raja dan memegang jawatan tersebut

selama mana yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Penyimpan Mohor

Besar Raja-Raja juga bertindak memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja apabila

diarahkan oleh YDPA, tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis Raja-Raja,

selewat-lewatnya empat minggu sebelum tamat tempoh jawatan YDPA atau berlaku

kekosongan jawatan YDPA dan Timbalan YDPA. Sebarang persetujuan, pelantikan

atau nasihat Majlis Raja-Raja seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan

memerlukan penandaan dari Mohor Besar Raja-Raja.

5.5 Krisis Perlembagaan Secara RingkasPada peringkat awal, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-

Pertuan Agong selaku Ketua Negara mengatasi semua undang-undang, begitu juga

di peringkat negeri-negeri yang bersultan/beraja. Walau bagaimanapun, melalui

Page 113: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

87

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

perkembangan krisis perlembagaan antara raja dengan pihak eksekutif, negara telah

menyaksikan pindaan terhadap imuniti raja beberapa kali iaitu pada tahun 1983

dan 1993 melalui Dewan Rakyat. Pindaan-pindaan tersebut turut mendorong ke

arah pindaan-pindaan di peringkat Perlembagaan Negeri. Pindaan ini melibatkan

perkara-perkara sepertimana di bawah;

i. Perkara 66 (4) Perlembagaan Persekutuan, YDPA haruslah memperkenan

sesuatu rang undang-undang dalam tempoh 30 hari selepas dipersembahkan

kepada baginda. Secara automatik, rang undang-undang tersebut akan menjadi

undang-undang setelah tamat tempoh 30 hari tersebut walaupun tanpa perkenan

YDPA.

ii. Perkara 181(2) “Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam

mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya

kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV”.

iii. Perkara 182 (1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah

dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua

Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi,

Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan dua orang lain yang memegang

atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan atau

Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

iv. Perkara 182 (2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong

atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa di dalam

Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).

v. Raja hanya boleh didakwa jika melakukan kesalahan di luar tugas rasmi dan

hanya dibicarakan di Mahkamah Khas Raja-Raja.

Walau apapun faktor berhubung dengan krisis perlembagaan ini, membuktikan

serta menyerlahkan kedudukan dan peranan Majlis Raja-Raja termasuk Yang di-

Pertuan Agong amat bergantung kepada persepsi dan justifikasi yang diputuskan

oleh wakil-wakil rakyat khususnya di kalangan parti pemerintah yang sememangnya

mempunyai kelebihan melalui pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun

Perlembagaan Negeri. Hal ini boleh dirujuk dalam Krisis Perlembagaan 1983

berlanjutan selama hampir empat bulan di mana kerajaan mempunyai segala akses

dan kemudahan untuk membawa krisis ini kepada pengetahuan rakyat berbanding

Majlis Raja-Raja yang mempunyai akses yang terhad terhadap rakyat. Implikasinya,

rakyat tidak mendapat maklumat yang seimbang dan turut mempengaruhi persepsi

Page 114: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

88

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

rakyat. Adalah ironi, dalam tempoh krisis ini, rakyat didedahkan dengan pelbagai

unsur negatif tentang institusi beraja tetapi tiada sebarang tindakan di bawah Akta

Hasutan 1948 memandangkan krisis ini digunakan oleh parti pemerintah atas nama

menjaga dan memperkukuhkan institusi beraja.

Dalam iklim politik negara, kerajaan yang dipilih rakyat mempunyai kuasa yang

sebenar dan lebih dominan berbanding kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan

Raja-Raja Melayu yang diberikan kedudukan terhormat tetapi tidak mempunyai

autoriti selengkapnya yang dapat mendokong atau memenuhi keperluan

kedudukan dan peranan baginda yang dikanunkan. Sememangnya wujud pro

dan kontra dalam situasi seperti ini. Umpamanya, dalam konteks ini, kedaulatan

rakyat diperakui dan dipraktikkan sepertimana prinsip-prinsip dalam demokrasi.

Namun tidak semestinya dan tidak mustahil sesuatu tindak tanduk daripada

pihak kerajaan bukan mencerminkan aspirasi sebenar rakyat. Realitinya, risiko

kecenderungan pihak eksekutif memperkukuhkan cengkaman kuasa tetap ada

atas nama perjuangan atau kedaulatan rakyat kerana dunia politik amat subjektif.

Umpamanya, jika Dewan Rakyat meluluskan sesuatu rang undang-undang yang

bercirikan draconian. Berdasarkan Bab 5 Perkara 66 (4), Yang di-Pertuan Agong

tidak mempunyai pilihan yang bebas kerana rang undang-undang tetap menjadi

undang-undang sama ada diperkenankan atau sebaliknya. Prinsip semak dan

imbang menjadi kabur dalam sistem pengasingan kuasa kerana penolakan YDPA

dalam sesuatu rang undang-undang tiada memberi kesan. Di sinilah kesignifikanan

peranan YDPA sebagai benteng terakhir sebagai pelindung kepentingan rakyat

apabila sampai ke tahap memerlukan tidak dapat dipertahankan dengan berkesan.

RUMUSANKerelevenan susur galur kedudukan Raja-Raja Melayu dalam persada politik negara

adalah sesuatu yang perlu ditelusuri, dihargai, difahami dan dinilai dari pelbagai

perspektif khasnya dari kaca mata sejarah. Negara kita merupakan warisan zaman

berzaman negeri berinstitusikan Kesultanan Melayu seawal abad ke-2, sekaligus

pribumi berbangsakan orang Melayu selain orang Asli/Asal. Dalam erti kata lain,

negeri-negeri di Malaysia ini berkerajaankan bangsa Melayu dan negara kita

termasuk dalam dunia nusantara. Pengiktirafan dan realiti ini amat jelas melalui

segala perjanjian dan persetiaan yang melibatkan hak-hak kedaulatan dan yang

Page 115: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

89

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

berkaitan dimeterai antara penjajah British dengan sultan/raja dan bukan dengan

pihak lain umpamanya dalam Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874. Malah bahasa

persuratan perjanjian adalah Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

Semasa zaman kolonial keseluruhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-

negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat dikenali sebagai Tanah

Melayu atau Malaya dan penamaan sesuatu penyatuan dari aspek pentadbiran dan

politik turut mengambil kira nama Melayu seperti Malayan Union dan Persekutuan

Tanah Melayu 1948. Malah penubuhan Malayan Union 1948 juga perlu mendapat

tanda tangan Raja-Raja Melayu walaupun secara ugutan. Begitu juga halnya

dengan kemerdekaan negara. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos

1957 dimeterai antara Sir Donald Charles Mc Gillivray mewakili Ratu Elizebeth

II dengan Raja-Raja Melayu untuk membolehkan negara mencapai kemerdekaan

pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan negara kita juga mendapat perkenan

daripada Raja-Raja Melayu. Manakala isi kandungan dokumen pemasyhuran

kemerdekaan 1957 antara lain melibatkan status perjanjian dengan Raja-Raja

Melayu secara khusus dan bukannya dikaitkan mana-mana parti-parti politik.

Sungguhpun kuasa Raja-Raja Melayu mempunyai batasan sepertimana yang

dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, terdapat

situasi tertentu menyerlahkan kepentingan raja tidak semata-mata terhad kepada

kuasa formaliti atau simbolik semata-mata. Misalnya kuasa sultan/raja melantik

Menteri Besar di kalangan parti politik yang memenangi pilihan raya menjadi

penentu sepertimana yang berlaku di Perlis, Perak, dan Terengganu pada tahun

2008. Bahkan kerajaan pusat terpaksa akur dengan pilihan sultan. Baginda sultan

dalam keadaan tertentu akan menyampaikan titah atau nasihat dalam sesuatu

majlis memperlihatkan kedudukan baginda sebagai penaung perpaduan rakyat

seperti titah Sultan Selangor berhubung kalimah `Allah.’ Titah Sultan Perak

sebagai contoh menggesa agar sumber kekayaan negara harus diurus secara cekap,

jujur dan berintegriti agar kemakmuran dan kehidupan majoriti rakyat dapat

disejahterakan. Baginda juga menitahkan tujuh peringatan yang menekankan

aspek ketuhanan, perpaduan, amanah dan mensyukuri nikmat. Pelaksanaan titah

baginda misalnya, kembali bergantung kepada tafsiran dan kemahuan di kalangan

pihak eksekutif khasnya dan rakyat amnya. Lantaran itu, Prinsip Rukun Negara

yang kedua yakni Kesetiaan Kepada Raja dan Negara amat bertepatan dan sebagai

manifestasi Perlembagaan Persekutuan.

Page 116: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

90

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI

1. Pelajar diarahkan untuk membuat carta minda bagi memperkukuhkan

pengetahuan mereka tentang sistem Raja Berperlembagaan.

2. Mengadakan sesi debat tentang keistimewaan institusi beraja pada

zaman sebelum penjajahan berbanding sekarang.

KATA KUNCI

Perlembagaan Persekutuan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Yang di Pertuan Agong

Raja Melayu

Majlis Raja-Raja

Krisis perlembagaan

SOALAN DALAM TEKS

1. Huraikan ciri-ciri sistem Raja Berperlembagaan.

2. Bincangkan kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan Yang di

Pertuan Agong.

3. Huraikan krisis perlembagaan yang pernah berlaku di Malaysia

berkaitan dengan YDPA

RUJUKANAbdul Aziz Bari. (2006). Majlis Raja-Raja Melayu: Kedudukan dan peranan dalam

Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Bakar Hamzah. (1992). Takhta kekal di tangan rakyat. Kuala Lumpur: Media Cendekiawan Sdn. Bhd.

Page 117: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

91

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Rousseau, J. J. (1992). Darihal Perjanjian Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shellabear, W. G. (1994). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Stockwell, A. J. (1979). British policy and malay politics during the Malayan Union Experiment 1942-1948. Kuala Lumpur: Art Printing Works.

Tujuh Peringatan Sultan Perak. (2014, Februari 4). Sinar Harian, hlm. 9

Wasiat Raja-Raja Melayu. (2013). Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia.

Page 118: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

92

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 6 Demokrasi Berparlimen Ku Hasnita Ku Samsu

PENGENALANFokus perbincangan dalam bab ini ialah demokrasi berparlimen yang mencakupi

aspek latar belakang dan definisi demokrasi berparlimen, amalannya di Malaysia

serta pilihan raya sebagai mekanismenya. Justeru, melalui bab ini para pelajar

dapat mengetahui asal-usul sistem pemerintahan negara dan bagaimana proses

pelaksanaannya.

OBJEKTIF

1. Memahami amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.

2. Memerihalkan peranan institusi utama dalam sistem demokrasi berparlimen.

3. Menghuraikan perjalanan sistem pilihan raya di Malaysia.

ISI PENTING

6.1 Latar Belakang dan Definisi Demokrasi BerparlimenDemokrasi merupakan sistem pemerintahan yang sangat popular diaplikasikan

oleh banyak negara. Selaras dengan tuntutan zaman, sistem pemerintahan tersebut

telah mengalami pelbagai perubahan dan penyesuaian dari sistem demokrasi tulen

yang diamalkan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun prinsip asas demokrasi

tetap kekal sepertimana ungkapan terkenal Presiden Amerika Syarikat ke-16,

Abraham Lincoln yang mentafsirkan demokrasi sebagai pemerintahan daripada

rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan

negara demokrasi, iaitu sistem berparlimen dan republik. Negara kita mengamalkan

sistem demokrasi berparlimen di bawah pemerintahan Raja Berperlembagaan

yang diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). Walau

bagaimanapun YDPA tidak menjalankan tugas pemerintahan baginda secara

Page 119: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

93

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

langsung, tetapi telah diwakilkan kepada tiga badan utama iaitu Perundangan,

Kehakiman dan Eksekutif. Hal ini telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan

yang telah digubal di Parlimen yang merupakan salah satu daripada kriteria utama

sistem Demokrasi Berparlimen.

6.1.1 Definisi Demokrasi

Pengertian umum demokrasi adalah merujuk kepada permerintahan berasaskan

rakyat yang berteraskan kepada kebebasan. Istilah demokrasi secara etimologi

berasal dari bahasa Yunani Kuno iaitu ‘demos’ bererti ‘rakyat’ dan ‘kratos’ bererti

`kekuasaan’ yakni pemerintahan. Pemahaman yang mudah, perkataan demokrasi

bererti ‘pemerintahan oleh rakyat atas kedaulatan rakyat’. Berikut adalah definisi

yang telah dikemukakan oleh para sarjana Sains Politik:

Robert A. Dahl (1992)

Demokrasi merupakan sistem politik di mana anggotanya saling bergantung antara

satu sama lain, sebagai orang yang sama dari segi politik dan mereka itu bersama-

sama berdaulat dan memiliki kemampuan serta sumber daya yang mereka perlukan

demi untuk memerintah diri mereka sendiri.

Jack Lively (1975)

Demokrasi adalah ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’. Dari itu

demokrasi adalah satu bentuk pemerintahan di mana pemerintah bertanggungjawab

ke atas yang diperintah.

K. Ramanathan (1988)

Demokrasi merujuk kepada kerajaan berperwakilan atau wakil kerajaan yang

terdiri dari sekumpulan orang atau seorang wakil yang dipilih daripada pilihanraya

demokratik dan mereka menjalankan tugas dalam masa tertentu berdasarkan

kehendak rakyat.

Ringkasnya, demokrasi merupakan sistem sosial dan politik, dengan kekuasaan

pemerintah yang dilingkungi set tatacara untuk berkerajaan dan melindungi hak

perseorangan.

Page 120: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

94

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6.2 Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen MalaysiaBerikut adalah ciri-ciri pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di

negara kita:

6.2.1 Perlembagaan

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi berkaitan tatacara pemerintahan,

sistem politik dan proses pentadbiran. Misalnya, Perkara 55 Perlembagaan

Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong boleh

memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa untuk

memberhenti atau membubarkan Parlimen. Parlimen Persekutuan merupakan

badan perundangan tertinggi di Malaysia dan terdiri daripada tiga komponen iaitu

Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Umumnya, Parlimen

akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas

setiap Pilihanraya Umum. Pada penghujung tempoh lima tahun, Parlimen secara

automatik akan dibubarkan. Sehubungan itu, Pilihanraya Umum mesti diadakan

dalam dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen untuk memilih

ahli-ahli Dewan Rakyat. Pilihan raya di peringkat parlimen mahupun negeri

dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Manakala pemilihan ahli-

ahli Dewan Negara adalah secara lantikan sepertimana yang telah diperuntukkan

dalam perlembagaan.

6.2.2 Raja Berperlembagaan

Pemerintahan negara diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong yang dipilih melalui

Majlis Raja-Raja Melayu daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat

selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan

Tentera. Baginda juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri tidak

bersultan/beraja iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.

Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia dan perpaduan rakyat. Bidang kuasa

Yang di-Pertuan Agong telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Hal

ini menjurus kepada pengertian ketua negara mahupun ketua negeri tiada kuasa

monarki mutlak, tetapi bertindak dalam kerangka kuasa yang telah diperuntukkan

kepada mereka.

Page 121: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

95

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6.2.3 Pemerintahan Secara Perwakilan

Dalam sistem Demokrasi Berparlimen, YDPA tidak menjalankan pemerintahan

negara secara langsung tetapi diwakilkan kepada tiga badan utama iaitu Eksekutif,

Perundangan dan Kehakiman. Pembahagian ini dikenali sebagai ‘doktrin

pengasingan kuasa’ yang bertujuan memastikan tiada dominasi kuasa mutlak oleh

mana-mana badan atau institusi dalam negara. Justeru, penyalahgunaan kuasa

akan dapat dielakkan kerana ketiga-tiga badan ini berperanan untuk menyemak

atau mengawasi tindakan antara satu sama lain. Inilah yang dikenali sebagai proses

semak dan timbang (check and balance) yang perlu ada dalam sesebuah negara

demokrasi demi kepentingan rakyat.

6.2.3.1 Badan Eksekutif

Kuasa eksekutif bagi pihak Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan oleh kabinet yang

diketuai oleh Perdana Menteri. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perdana

Menteri dilantik oleh YDPA melalui kuasa budi bicara baginda dalam kalangan ahli

parlimen yang mendapat sokongan majoriti rakyat dalam pilihan raya. Manakala

ahli kabinet dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri sama ada daripada

ahli parlimen Dewan Rakyat atau senator Dewan Negara.

6.2.3.2 Badan Perundangan

Sebagai sebuah negara persekutuan, negara kita mempunyai dua peringkat badan

perundangan iaitu Badan Perundangan Persekutuan dan Badan Perundangan Negeri.

Badan Perundangan Persekutuan diwakili oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara

yang diketuai oleh YDPA. Badan Perundangan Negeri pula diwakili oleh Dewan

Undangan Negeri yang diketuai oleh raja atau sultan bagi setiap negeri. Kuasa

rakyat dapat dilihat dengan jelas melalui Dewan Rakyat dan Dewan Undangan

Negeri yang mana ahli-ahli bagi kedua-dua dewan tersebut dipilih oleh rakyat

melalui pilihan raya. Mereka dikenali sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab

untuk membawa suara rakyat ke peringkat persekutuan mahupun negeri.

6.2.3.3 Badan Kehakiman

Kuasa YDPA yang mengetuai badan kehakiman dapat dizahirkan melalui peranan

baginda dalam melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden

Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar

Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan

Page 122: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

96

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Mahkamah Tinggi. Pelantikan itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri setelah

berunding dengan Majlis Raja-Raja. Oleh yang demikian, hakim-hakim tersebutlah

yang akan menjalankan tugasan badan kehakiman, bukannya YDPA.

6.2.4 Pilihan Raya

Pilihan raya merupakan mekanisme untuk memilih wakil dalam kalangan rakyat

bagi memperjuangkan hak rakyat. Terdapat dua jenis pilihan raya dalam negara

kita iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya umum diadakan

dalam tempoh lima tahun sekali, manakala pilihanraya kecil dijalankan mengikut

keperluan contohnya apabila berlaku kematian wakil rakyat. Selain itu peringkat

pilihan raya di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu persekutuan dan negeri.

Mekanisme pilihan raya sebegini jelas memperlihatkan kuasa rakyat dalam sebuah

negara demokrasi.

6.2.5 Parti-parti Politik

Dalam sebuah negara demokrasi, pembentukan parti-parti politik adalah untuk

mengetengahkan fahaman dan ideologi politik masing-masing. Parti-parti politik

tersebut seterusnya akan bertanding dan pilihan raya bagi menarik sokongan

rakyat. Justeru, parti-parti politik bertindak sebagai perantara utama antara rakyat

dan pemerintah.

6.3 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan sebuah badan pengendali perjalanan pilihan

raya sama ada di peringkat Dewan Rakyat (Parlimen) mahupun Dewan Undangan

Negeri.

6.3.1 Sejarah Ringkas Pilihan Raya dan SPR

Pilihan raya diperkenalkan oleh penjajah British sebagai landasan awal untuk

amalan demokrasi serta pendedahan rakyat berkerajaan berkonsepkan model

pentadbiran British apabila negara dimerdekakan. Pilihan raya pertama diadakan

di peringkat perbandaran setelah Akta Majlis Berkuasa Tempatan diluluskan pada

tahun 1950. Pilihan raya Bandaran pertama dijalankan pada tahun 1951 di Pulau

Pinang dan tahun seterusnya di Kuala Lumpur (1952). Seterusnya pilihan raya

persekutuan yang julung kali diadakan pada tahun 1955 yang menjadi penggerak

Page 123: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

97

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

kepada parti-parti politik tanah air untuk menuntut kemerdekaan daripada British.

Setelah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, SPR mula dibentuk

pada 4 September 1957 di bawah peruntukan Perkara 113 dan 114 Perlembagaan

Persekutuan. Peranan SPR mengendalikan sesebuah pilihan raya amat signifikan

kerana pilihan raya merupakan asas ke arah pelaksanaan demokrasi berparlimen.

6.3.2 Keanggotaan SPR

SPR bertanggungjawab memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi

negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama. Oleh yang demikian, SPR

haruslah menjalankan tugas sebagai badan yang bebas dan berkecuali. Sejajar

dengan status tersebut, anggota-anggota SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan dipertanggungjawabkan di

bawah Parlimen. Tempoh maksimum perkhidmatan anggota SPR sehingga berumur

66 tahun. Pelantikan seseorang anggota SPR adalah berdasarkan beberapa kriteria

yang telah ditetapkan iaitu;

i. Bukan seorang yang muflis

ii. Berumur kurang dari 66 tahun

iii. Tidak memegang jawatan bergaji

iv. Bukan ahli mana-mana parti politik mahupun ahli Dewan Negara atau Dewan

Rakyat

Keanggotaan yang terkini SPR adalah berdasarkan pindaan Perkara 114

Perlembagaan Persekutuan Bahagian VIII pada tahun 1981 dan 2002 terdiri

daripada;

1. Pengerusi

2. Timbalan Pengerusi

3. Lima orang ahli panel termasuk setiap seorang ahli dari Sabah dan Sarawak

Bagi melancarkan perjalanan pentadbiran, SPR membentuk urus setia yang

diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai ketua pentadbir.

Page 124: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

98

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6.3.3 Fungsi SPR

SPR mempunyai tiga peranan utama iaitu;

i. SPR menjalankan semakan persempadanan kawasan-kawasan Pilihan Raya

Parlimen dan Negeri tidak kurang dari lapan tahun selepas tarikh siapnya

urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu.

ii. SPR perlu menjalankan urusan pendaftaran serta menyemak dan mengemaskini

senarai nama-nama daftar pemilih bukan sahaja mendaftar pemilih yang

baru tetapi juga mengeluarkan nama daftar pemilih yang telah meninggal

dunia dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara. Hanya pemilih-pemilih

berdaftar berhak mengundi. Sebagai contoh, seramai 13,268,002 pemilih

berdaftar berhak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-

baru ini.

iii. SPR bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan

raya kecil yakni melibatkan pemilihan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan

Undangan Negeri termasuklah pilihan raya kecil jika ada kekosongan.

Bagi melicinkan pelaksanaan tugas-tugas SPR berkaitan dengan proses pilihan

raya, selain Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, beberapa

undang-undang dan peraturan-peraturan telah digubal yang mesti dipatuhi oleh

parti-parti politik, calon-calon dan ejen-ejen mereka. Senarai undang-undang dan

peraturan-peraturan yang berkenaan adalah seperti berikut:

i. Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957

ii. Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19)

iii. Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5)

iv. Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981

v. Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002

vi. Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003

6.4. Struktur Pilihan RayaSistem pilihan raya negara kita membolehkan mana-mana parti politik yang

memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri

Page 125: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

99

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

berhak menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Sistem dikenali

sebagai ‘First-Past-The-Post-System’. Hal ini bermakna calon-calon pilihan raya

yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang

berkenaan.

Elemen-elemen yang menjadi kerangka pilihan raya paling utama terdiri daripada;

i. Bahagian pilihan raya

ii. Pemilih

iii. Calon

iv. Proses pilihan raya

Jenis pilihan raya terdiri daripada Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil.

Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

(DUN) dibubarkan atau terbubar automatik setelah tamat tempoh lima tahun.

Pilihan Raya peringkat Parlimen misalnya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari

setelah Parlimen dibubarkan oleh Yang Di-Pertuan Agong. Pilihan Raya Parlimen

dan Negeri boleh diadakan secara serentak atau berasingan seperti mana senario

yang berlaku di Sarawak. Manakala Pilihan Raya Kecil dilaksanakan untuk

mengisi kekosongan kerusi peringkat Parlimen atau DUN berdasarkan kriteria

seperti berikut:

i. Kematian

ii. Perletakan jawatan

iii. Hilang kelayakan

iv. Pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya

Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia

dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Sekiranya kekosongan berlaku dalam tempoh

dua tahun sebelum tamatnya tempoh Dewan Rakyat atau DUN, maka pilihan raya

kecil tidak perlu diadakan. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut bergantung

kepada budi bicara Speaker. Jika Speaker berpendapat kekosongan itu boleh

menjejaskan undi majoriti sesebuah parti, maka pilihan raya kecil perlu diadakan.

Sesebuah kawasan atau bahagian pilihan raya hanya akan diwakili seorang wakil

rakyat selepas keputusan diumumkan.

Page 126: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

100

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6.5 Proses Pilihan RayaTerdapat enam peringkat atau proses melaksanakan Pilihan Raya Umum mahupun

Pilihan Raya Kecil iaitu;

i. Pengeluaran Writ/Surat kuasa

ii. Penamaan calon

iii. Kempen pilihan raya

iv. Pengundian

v. Penjumlahan rasmi undian

vi. Pengumuman keputusan pilihan raya

6.6 Kelayakan Calon Pilihan RayaCalon-calon pilihan raya diwajibkan membayar wang deposit pilihan raya (wang

tunai atau draf bank) kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya

Negeri selewat-lewatnya pada hari penamaan calon. Bagi peringkat Pilihan Raya

Parlimen, deposit sebanyak RM10,000 dikenakan manakala sebanyak RM5,000

sebagai deposit Pilihan Raya DUN. Seseorang calon akan kehilangan wang

deposit tersebut jika meraih undi kurang 1/8 daripada jumlah undi pilihan raya

tersebut. Calon-calon di bawah naungan parti politik akan menggunakan simbol

parti politik masing-masing. Calon yang tidak mewakili mana-mana parti politik

dikenali sebagai calon Bebas dan dibenarkan menggunakan salah satu dari senarai

simbol Bebas yang disediakan oleh SPR.

Calon-calon yang layak bertanding dalam pilihan raya adalah seperti kriteria di

bawah;

i. Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.

ii. Bermastautin secara tetap dalam sesuatu kawasan pilihan raya dan mendaftar

dalam daftar pengundi dengan SPR.

iii. Sempurna dan tidak diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

iv. Tidak memegang jawatan yang berpendapatan tetap dalam perkhidmatan

awam.

Page 127: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

101

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

v. Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum

penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada

RM2,000.00 dan belum mendapat pengampunan.

6.7 Kategori PengundianTerdapat tiga kategori pengundian di Malaysia;

i. Pengundian biasa melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi pada

hari yang ditetapkan sebagai hari mengundi.

ii. Pengundian awal iaitu dua ke tiga hari sebelum tarikh pengundian biasa.

Pengundian ini melibatkan anggota tentera dan pasangan serta anggota Polis

dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA).

iii. Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir yang terdiri daripada

angkatan tentera dan pasangannya, anggota polis serta pasangan PGA yang

terpaksa menjalankan tugas operasi pada hari mengundi, pelajar di luar negara

dan pasangannya serta kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan

pasangannya. Selain itu, pengundi-pengundi lain yang dibenarkan mengundi

secara pos ialah:

• Petugas Pilihan Raya

• Ahli Panel, Pegawai dan kakitangan SPR

• Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR layak untuk mengundi

secara pos melalui pewartaan

6.8 Keputusan Pilihan RayaKeputusan pilihan raya diumumkan oleh Pegawai Pengurus sesebuah kawasan

pilihan raya.

Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang menang dengan kelebihan

kerusi majoriti akan membentuk kerajaan. Semua dokumen berkaitan pilihan raya

seperti kertas undi dan daftar pemilih mesti disimpan selama enam bulan selepas

pilihan raya. Dokumen pilihan raya hanya dibuka atas arahan Hakim Mahkamah

Tinggi.

Page 128: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

102

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6.9 Petisyen Pilihan RayaKeputusan sesebuah pilihan raya hanya boleh dicabar oleh mana-mana calon

pilihan raya di mahkamah melalui petisyen pilihan raya dalam tempoh 21 hari

keputusan rasmi pilihan raya diwartakan. Kriteria-kriteria yang dibenarkan untuk

diadakan petisyen jika melibatkan;

i. Peras ugut, penyogokan atau salah laku yang menjejaskan pilihan raya.

ii. Tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

iii. Calon atau ejennya hilang kelayakan.

iv. Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan

oleh calon atau ejennya.

SPR perlu mengadakan satu pilihan raya baru jika mahkamah membuat keputusan

sesuatu pilihan raya itu tidak sah.

6.10 Penyata Perbelanjaan Pilihan RayaSeseorang calon diberikan had perbelanjaan dan wajib menyerahkan penyata

perbelanjaan tersebut kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31

hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan. Kegagalan berbuat demikian

merupakan satu kesalahan dan mengakibatkan hilang kelayakan untuk bertanding

bagi tempoh lima tahun akan datang. Di peringkat Parlimen, calon dibenarkan

berbelanja maksimum sehingga RM200,000. Manakala di peringkat DUN, calon

boleh berbelanja tidak melebihi RM100,000.

Page 129: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

103

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Yang di-Pertuan Agong (Ketua Negara)

Keanggotaan SPR

Pengerusi

Timbalan pengerusi

Lima ahli Panel (Dua ahli panel setiap seorang dari Sabah & Sarawak)

Sumber Bidang Kuasa SPR

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Negeri

Akta & Peraturan Pilihan Raya

Urus setia SPR

Setiausaha (Ketua pentadbir)

Kakitangan SPR

Peranan SPR

Semakan persempadanan

Semakan & kemaskini daftar pemilih

Mengendalikan pilihan raya secara telus, bebas & berkecuali

Proses Pilihan Raya

Sistem ‘First-Past-The-Post-System’

Pembubaran Parlimen (Dewan Rakyat)/DUN/Kekosongan/Arahan Mahkamah

Writ Kuasa

Penamaan Calon

Kempen Pilihan Raya

Pengundian

Penjumlahan Rasmi Undian

Keputusan Pilihan Raya

Keputusan Pilihan Raya diwartakan

Petisyen Pilihan Raya (jika ada)

Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya

(31 hari selepas keputusan diwartakan)

Suruhanjaya Pilihan RayaSPR

Kehakiman

Majlis Raja-Raja

KabinetParlimen

Rajah 6.1 Struktur SPR dan Pilihan Raya

RUMUSANNegara yang mengamalkan pemerintahan Demokrasi Berparlimen seperti

Malaysia meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus utama. Hal ini terbukti

melalui status Raja Berperlembagaan yang menggantikan raja berkuasa mutlak.

Oleh yang demikian tindakan raja ataupun sultan dikawal oleh perlembagaan

untuk menghindari penyalahgunaan kuasa ke atas rakyat. Malah kuasa rakyat turut

diraikan melalui pilihan raya bagi memilih pemimpin yang mereka suka.

Page 130: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

104

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI

1. Pelajar diarahkan untuk membuat carta alir untuk menunjukkan

proses pilihan raya.

2. Mengadakan sesi debat tentang kelebihan sistem Demokrasi

Berparlimen.

KATA KUNCI

Suruhanjaya pilihan raya

Parti politik

Demokrasi Berparlimen

Pilihan raya

SOALAN DALAM TEKS

1. Huraikan ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan

bercorak Demokrasi Berparlimen.

2. Bincangkan isu-isu yang melibatkan ketelusan SPR dalam pilihan

raya.

3. Bagaimanakah sistem Demokrasi Berparlimen menjamin kuasa

rakyat?

RUJUKANAbdul Aziz Zakaria. (1992). Jentera pentadbiran kerajaan di Malaysia: Suatu pengenalan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chamil Wariya. (2009). Parlimen Malaysia: Perjalanan badan perundangan persekutuan. Petaling Jaya: Media Global Matrix Sdn Bhd.

Ramanathan, K. (1997). Asas sains politik (Ed. Kedua). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Page 131: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

105

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Ramlah Adam. (2003). Sejarah perkembangan pilihan raya era pra-merdeka,1955. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.

Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Shamsul Amri Baharuddin, & Mansor Mohd Noor (Editor). (2013). PRU-13: Siapa pilihan pengundi?. Bangi: Institut Kajian Etnik UKM.

Tajuddin Hj Hussein, & Robiah Alias (editor). (2009). Malaysia negara kita. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn Bhd.

Page 132: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

106

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 7 Sistem Federalisme Jayum Jawan

PENGENALANUnit ini bertujuan membincangkan secara ringkas konsep dan teori federalisme

dan bagaimana penyusunan kuasa di negeri-negeri dalam Tanah Melayu, Negeri

Selat, Borneo Utara dan Sarawak dilakukan berdasarkan konsep dan teori ini.

OBJEKTIF

1. Membincangkan secara ringkas konsep dan teori federalisme.

2. Membincangkan sejarah pengamalan sistem ini oleh negeri-negeri dalam

Persekutuan Malaysia.

3. Membincangkan asas dan peruntukan perlembagaan dan sejarah berhubung

sistem ini yang diamalkan dalam sistem pemerintahan semasa di Persekutuan

Malaysia.

ISI PENTING

7.1 Sistem Penyusunan Kuasa Negara

7.1.1 Kuasa

Dalam konteks bab dan perbincangan di bahagian ini, konsep kuasa digunakan

secara longgar. Ini adalah kerana kuasa lazimnya ada dua bentuk, iaitu kuasa dalam

erti kata autoriti pada pegawai awam dan kuasa sebagai pengaruh yang ada pada

pemiliknya kerana sifat-sifat tertentu yang dimilikinya. Seorang polis mempunyai

kuasa berbentuk autoriti dan sesiapa yang mengingkar perintah seorang pegawai

polis boleh dijatuhkan hukuman yang setimpal. Sementara, pemilik kuasa

berbentuk pengaruh tidak ada autoriti untuk memaksa orang lain patuh kepada

arahannya. Apabila orang tidak patuh kepada arahannya, pemilik kuasa tidak ada

autoriti untuk memaksa kepatuhan. Kepatuhan yang ditunjukkan oleh orang yang

Page 133: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

107

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

diarah bergantung kepada pengaruh seperti karismanya, sifat kepimpinan, dan

termasuk takut akan dibelasah oleh pemilik kuasa kalau tidak menurut perintahnya.

7.2 Bentuk Susunan Kuasa NegaraLazimnya, kekuasaan sebuah negara boleh disusun berdasarkan tiga bentuk utama,

iaitu secara kesatuan, persekutuan atau federation, atau konfederasi atau gabungan

longgar. Ketiga-tiga bentuk penyusunan kuasa ini berbeza berdasarkan kedudukan

kuasa pemerintah.

7.2.1 Kesatuan

Sistem kesatuan dicirikan oleh sifat utama iaitu pemusatan kuasa di satu tempat.

Dalam sistem ini, tidak ada kuasa wujud di tempat lain dalam negara berkenaan.

Sistem kesatuan adalah seperti Kesatuan Malaya yang dilancarkan oleh Inggeris

pada 1946 apabila mereka kembali ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.

Kesatuan Malaya terdiri daripada 9 Negeri Melayu dan 2 Negeri Selat. Kuasa

pemerintahan diletakkan di bawah kerajaan kesatuan yang bertempat di Kuala

Lumpur. Semua negeri Melayu dan Negeri Selat yang dahulu mempunyai kuasa

pentadbiran masing-masing hilang kuasa, termasuk Raja-raja Melayu. Semua

pentadbiran negeri dahulu dijadikan pusat pelaksana dan pusat-pusat tersebut

di negeri berkenaan menjalankan dasar dan program yang diputuskan di Kuala

Lumpur. Saluran kuasa dalam sistem kesatuan beralih dari pusat ke negeri, dan

tidak ada rundingan dan penglibatan dari negeri melainkan negeri melaporkan

pelaksanaan dari sudut jaya atau sebaliknya. Di bawah kerajaan Brooke, Sarawak

tidak berbeza dari pengurusan yang dijelaskan dengan ringkas di atas. Sarawak

ditadbir dari Kuching sebagai pusat pentadbiran kerajaan Brooke. Sekalipun

Sarawak mempunyai lima bahagian utama yang dipanggil residensi dan beberapa

daerah pada ketika itu, kuasa berpusat di Kuching dan dilaksanakan dari pusat.

Corak pentadbiran yang sama digunakan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara

untuk mentadbir Borneo Utara dalam tempoh pemerintahan syarikat itu. Negeri-

negeri Selat boleh dilihat dalam konteks sistem kesatuan kerana semua negeri-

negeri Selat ditadbir langsung oleh pemerintah Inggeris. Misalnya, Penang,

Melaka dan Singapura ditadbir melalui presidensi Bengal mulai 1826 sebelum

ianya diletakkan di bawah pentadbiran koloni mulai 1867. Antara negara semasa

yang membayangkan pengamalan sistem kesatuan ialah seperti England.

Kuasa agung negara berkenaan terletak di ibu kotanya, London. England tidak

Page 134: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

108

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mempunyai kerajaan wilayah. Namun, England mempunyai penguasa tempatan

bagi menguruskan hal ehwal tempatan.

7.2.2 Konfederasi

Sistem konfederasi adalah satu sistem gabungan yang longgar. Dalam gabungan

seperti ini, wilayah yang bergabung di bawah satu ikatan baharu mengekalkan

kuasa masing-masing seperti sedia kala. Setiap wilayah tidak menyerahkan apa-

apa kuasa pentadbiran kepada gabungan ini walaupun gabungan kemungkinan

ada pusat pentadbiran yang diwujudkan bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal

konfederasi. Pusat pentadbiran bagi sebuah gabungan bertindak sebagai penyelaras

dan mempunyai kuasa pujuk. Gabungan tidak ada kuasa untuk paksa atau

menghukum mana-mana bahagian gabungan yang ingkar. Justeru, negara yang

termasuk dalam gabungan atau sistem konfederasi masih berdaulat dan merdeka

kerana kepatuhan kepada persetujuan ramai atau majoriti tidak menentukan bahawa

semua ahli gabungan mesti patuh. Ahli konfederasi juga bebas keluar dan masuk

gabungan pada bila-bila masa sebuah negara itu berasa sesuai dan menepati citra

matlamat negara berkenaan. Negeri-negeri Melayu pernah mengamalkan sistem

konfederasi dan pada ketika itu ia dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu

tidak Bersekutu atau “Unfederated Malay States”. Setiap negeri wujud atas kuasa

sendiri dan tidak ada institusi pemerintahan yang dikongsi atau sebuah jabatan

yang mempunyai fungsi melintasi negeri-negeri dalam Negeri-negeri Melayu

Tidak Bersekutu. Sistem ini wujud pada 1909 melalui Perjanjian Bangkok apabila

Siam melepaskan kuasanya ke atas Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada negeri ini termasuk Johor

dan sistem tidak bersekutu ini wujud sehingga Perang Dunia II. Negeri-negeri

Melayu Tidak Bersekutu ini menerima penasihat Inggeris. Kerja penasihat berbeza

dengan Residen yang mentadbir seperti di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kuasa

pentadbiran masih kekal di tangan dan pemerintah tempatan. Sistem konfederasi

semasa adalah seperti gabungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),

ASEAN (Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara) dan lain-lain pertubuhan

antarabangsa dan serantau. Keahlian adalah sukarela. Keputusan tidak semestinya

dipatuhi sekiranya negara ahli tidak mahu. Walau bagaimanapun, lazimnya apabila

keputusan bersama dicapai, biasanya negara ahli akan patuh pada keputusan

tersebut. Keputusan mempunyai pemberat moral dan mengikuti keputusan bersama

adalah tanggungjawab semua kerana jika tidak dipatuhi, sistem kesukarelaan akan

Page 135: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

109

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

runtuh. Walaupun tidak bersetuju, negara ahli jarang meninggalkan pertubuhan.

Negara ahli yang tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil hanya akan

mengecualikan diri dari melaksanakan apa yang diputuskan oleh pertubuhan

berkenaan.

7.2.3 Federalisme

Sistem federalisme merupakan sistem perantaraan dan ia mempunyai sifat-sifat

yang ada pada kedua-dua sistem konfederasi dan kesatuan. Oleh itu, ia boleh

dikatakan sebagai satu sistem kompromi, iaitu ia tidak memusatkan kuasa sehingga

unit yang bergabung kehilangan terus kuasa asalnya, namun ia tidak longgar seperti

konfederasi sehingga ada anggotanya boleh ingkar perintah dari kuasa pusat.

Wheare adalah di antara sarjana yang membincangkan sistem federalisme dan

beliau telah menggariskan beberapa sifat sistem ini. Pertama, sistem federalisme

ada pembahagian kuasa yang jelas. Ini ditulis dalam perlembagaan negara.

Kerajaan pusat ada kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan pusat ke

atas bidang-bidang yang diagihkan kepadanya. Begitu juga negeri, setiap negeri

mempunyai bidang kuasa yang sama diagihkan kepada negeri oleh perlembagaan.

Di samping itu, terdapat juga kuasa-kuasa yang dikongsi bersama oleh pusat dan

negeri. Kedua, autoriti setiap peringkat kerajaan adalah mutlak ke atas bidang

kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Ketiga, setiap peringkat kerajaan mendapat

sokongan dan keabsahan kuasa terus dari rakyat. Ini adalah berkaitan kuasa rakyat

yang memilih kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan. Ini dilakukan melalui

pilihanraya umum di peringkat negeri dan persekutuan. Selain itu, rakyat di setiap

negeri mempunyai saluran melalui kerajaan negeri yang diperuntukkan 2 wakil ke

Dewan Negara. Keempat, kuasa dalam sistem federalisme mengalir dua hala, iaitu

dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Ini bermakna, kuasa tidak sepenuhnya

duduk di satu-satu pusat, sama ada di pusat seperti dalam sistem kesatuan atau

kuasa itu duduk sepenuhnya di negeri seperti dalam sistem konfederasi. Sifat ini

juga menunjukkan bahawa ada saluran dan ruang rundingan antara kerajaan pusat

dan negeri dalam hal ehwal pentadbiran negara. Kelima, mana-mana peringkat

kerajaan juga lazimnya tidak boleh mengubah hubungan ini bersendirian tetapi

biasanya dilakukan melalui rundingan dua pihak. Ini adalah keunikan sistem

federalisme bahawa ada ruang untuk mengubah hubungan dan bukan seperti

dalam sistem kesatuan di mana peluang berunding tidak wujud di mana perkara

itu adalah ditentukan negeri tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Maka, yang

penting dalam sistem federalisme ialah saluran untuk berunding.

Page 136: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

110

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Ketiga-tiga sistem penyusunan kuasa mempunyai kelebihan tersendiri. Setiap satu

penting untuk membentuk dan memperkukuh sebuah negara. Sistem federalisme

merupakan kompromi dalam usaha menyatupadukan negeri-negeri yang dahulu

merupakan sebuah negara. Ia penting dalam proses penyatuan kerana sistem ini

memberi pengiktirafan kepada kerajaan wilayah yang wujud sebelum penyatuan.

Misalnya, federalisme memberi “muka” kepada kerajaan wilayah berbanding

penyatuan melalui sistem kesatuan di mana kerajaan wilayah dihapuskan. Ia

mungkin lebih baik berbanding sistem konfederasi yang amat longgar dan akan

menjejaskan penyatuan wilayah-wilayah kepada satu negara kerana kesukaran

mewujudkan keseragaman yang diperlukan oleh sesebuah negara. Ini tidak

bermakna bahawa sistem konfederasi kurang penting berbanding dua sistem

tersebut. Sebaliknya, konfederasi dijalankan di tahap yang lebih tinggi, iaitu ia

mencari keseragaman dasar yang lebih luas, mengiktiraf perbezaan dan menerima

ketidakpatuhan apabila ia berlaku dalam kalangan anggota negara seperti pada

PBB, ASEAN dan lain-lain pertubuhan antarabangsa dan serantau.

7.3 Pelaksanaan FederalismePersekutuan Malaysia yang ditubuhkan pada 16 September 1963 wujud atas

Perjanjian Malaysia yang ditandatangani oleh Kerajaan United Kingdom dan

Ireland Utara, Persekutuan Malaya, Kerajaan Borneo Utara, Kerajaan Sarawak,

dan Kerajaan Singapura. Perjanjian ini ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London.

Jadual 7.1 memaparkan wakil-wakil kerajaan di atas yang telah menandatangani

dokumen berkenaan.

Page 137: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

111

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 7.1 Wakil Kerajaan untuk Perjanjian Malaysia

Singapura Sarawak Borneo Utara Persekutuan Malaya

United Kingdom

Lee Kuan Yew P.E.H Pike Datu Mustapha D. Harun

Tunku Abdul Rahman

Harold Macmillan

Goh Keng Swee

Temenggong Jugah

Donald Stephens

Abdul Razak Duncan Sandys

Abang Hj Mustapha

W.K.H. Jones Tan Siew Sin Landsdowne

Ling Beng Siew

Khoo Siak Chiew

V.T. Sambanthan

Abang Hj Openg

W.S. Holley S.A. Lim

G.S. Sundang

Sumber: Malaysia Agreement, 1963

Perjanjian Malaysia sekaligus juga memperkenalkan Perlembagaan Persekutuan

Malaysia yang merupakan perlembagaan yang diubah suai berdasarkan

Perlembagaan Persekutuan Malaya. Dalam erti kata sebenar, ia bukanlah

perlembagaan baharu yang dirangka oleh semua pihak terlibat tetapi lebih kepada

pengubahsuaian bagi memasukkan peruntukan-peruntukan hasil gabungan empat

wilayah. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa Malaysia adalah

sebuah negara persekutuan. Ini bermakna, Malaysia mempunyai dua peringkat

kerajaan yang utama iaitu kerajaan pusat yang diletakkan di Kuala Lumpur, iaitu

ibu negara dan kerajaan negeri di setiap ibu negeri negeri-negeri anggota. Kuasa

dibahagi dengan jelas dan disenarai dalam Jadual ke-9, Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun Malaysia mengamalkan sistem persekutuan atau federalisme, namun

pembahagian kuasa di Malaysia agak unik. Ini adalah kerana proses penubuhan

Malaysia telah melalui pelbagai cabaran yang menimbulkan pelbagai permintaan

dari pelbagai negeri. Hasil rundingan menubuhkan Malaysia telah melahirkan

pelbagai peruntukan bagi memenuhi tuntutan pelbagai pihak. Oleh itu, sifat

unik pembahagian pemerintahan di Malaysia boleh disimpulkan seperti berikut:

pertama, semua negeri diperuntukkan kuasa pemerintahan yang sama dan ini

selaras dengan sistem persekutuan; kedua, tiga negeri diberi peruntukan kuasa

lebih bagi menjamin keraguan negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura dalam

Page 138: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

112

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

persekutuan baharu; ketiga, sebahagian kuasa lebih adalah sementara dan ada yang

kekal tanpa had masa.

7.3.1 Senarai Persekutuan (Senarai I)

Senarai pertama atau senarai persekutuan menyenaraikan bidang kuasa bagi

kerajaan pusat. Ini adalah bidang kuasa di mana kerajaan pusat boleh, antara lain

mengenalkan undang-undang baharu atau memindakan undang-undang sedia

ada dan termasuk menghapuskan yang ada. Apakah perkara dan asas meletakkan

bidang tertentu dalam senarai pertama? Lazimnya, perkara dalam senarai pertama

yang diperuntukkan kepada kerajaan pusat ialah bidang kuasa yang melintasi

kepentingan dua atau lebih negeri dalam persekutuan. Ini adalah penting bagi

menjamin keseragaman bagi persekutuan. Oleh itu, kuasa seperti hubungan luar

dengan negara asing adalah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Begitu juga

keselamatan dalam negeri. Secara ringkas, di bawah adalah senarai semua bidang

kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan persekutuan.

Jadual 7.2 Senarai Pertama/Senarai Persekutuan

Bidang kuasa

Hal ehwal luar negeri

Pertahanan bagi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya

Keselamatan dalam negeri

Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan

Kewarganegaraan Persekutuan dan naturalisasian; orang asing

Jentera kerajaan, tertakluk kepada Senarai Negeri (tetapi termasuk perkara yang disenaraikan di nombor 6 Senarai I)

Kewangan

Pertukangan, perdagangan dan perindustrian

Perkapalan, pelayaran dan perikanan

Perhubungan & pengangkutan

Kerja-kerja dan kuasa Persekutuan

Tinjauan, siasatan dan penyelidikan

Pendidikan

Perubatan dan kesihatan termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan

Buruh dan keselamatan sosial

Kebajikan orang asli

Page 139: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

113

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Pekerjaan profesional selain yang disebut satu persatu secara khusus

Hari kelepasan selain yang disebut satu persatu secara khusus

Pertubuhan tidak diperbadankan

Pengawalan makhluk perosak pertanian; pelindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan

Akhbar; penerbitan; penerbit; percetakan dan mesin cetak

Penapisan

Tertakluk kepada butiran 5(f) Senarai Negeri: panggung; panggung wayang; filem sinematograf; tempat hiburan awam

Koperasi

Pelancongan

Tertakluk kepada butiran 9A Senarai Bersama, pencegahan kebakaran dan pemadaman api, termasuk perkhidmatan bomba dan pasukan bomba

Segala perkara yang berhubung dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan,termasuk perkara yang disebut satu persatu dalam butiran 2, 3, 4 dan 5 Senarai Negeri dan dalam hal Wilayah Persekutuan Labuan, perkara yang disebut satu persatu dalam butiran 15, 16 dan 17 Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

7.3.2 Senarai Negeri (Senarai II)

Senarai kedua atau senarai negeri menyenaraikan bidang kuasa bagi kerajaan

negeri. Ini adalah bidang kuasa di mana mana-mana kerajaan negeri boleh, antara

lain mengenalkan undang-undang baharu atau memindakan undang-undang sedia

ada dan termasuk menghapuskan yang ada. Lazimnya, perkara dalam senarai kedua

yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri ialah perkara yang kepentingannya

bersifat kewilayahan atau tempatan. Ini bermakna, pengurusan suatu bidang yang

tertumpu kepada suatu lokaliti sahaja wajar diberikan kepada kerajaan negeri.

Justeru, bidang kuasa seperti pengurusan sungai, kanun tanah dan pertanian

terletak pada senarai negeri. Secara ringkas, Jadual 7.3 di bawah adalah senarai

semua bidang kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri.

samb. Jadual 7.2

Page 140: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

114

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 7.3 Senarai Kedua/Senarai Negeri

Bidang kuasa

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tanah termasuk—

(a.) Pemegangan tanah, hubungan antara tuan tanah dengan penyewa; pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah; penerokaan, pemajuan tanah dan pemuliharaan tanah; sekatan sewa;

(b.) Tanah Simpanan Melayu atau, di Negeri Sabah dan Sarawak, tanah simpanan anak negeri;

(c.) Permit dan lesen untuk mencari gali bagi lombong; pajakan melombong dan perakuan melombong;

(d.) Pengambilan tanah secara paksa;

(e.) Pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian berkenaan dengan tanah; isemen ; dan

(f.) Rad; harta karun tidak termasuk benda purba.

Page 141: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

115

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, pertanian dan perhutanan

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, pertanian dan perhutanan, termasuk—

(a.) Pertanian dan pinjaman pertanian; dan

(b.) Hutan. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,

pertanian dan perhutanan, termasuk—

(a.) Pertanian dan pinjaman pertanian; dan

(b.) Hutan.

Kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,

Kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, termasuk—

(a.) Pentadbiran tempatan; perbadanan perbandaran; lembaga tempatan, lembaga bandaran dan lembaga luar bandar dan pihak berkuasa tempatan yang lain; perkhidmatan kerajaan tempatan, kadar tempatan, pilihan raya kerajaan tempatan;

(b.) Pertukangan yang memudaratkan dan kacau ganggu awam di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan; Kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya, termasuk—

(a.) Pentadbiran tempatan; perbadanan perbandaran; lembaga tempatan, lembaga bandaran dan lembaga luar bandar dan pihak berkuasa tempatan yang lain; perkhidmatan kerajaan tempatan, kadar tempatan, pilihan raya kerajaan tempatan;

(b.) Pertukangan yang memudaratkan dan kacau ganggu awam di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan;

samb. Jadual 7.3

Page 142: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

116

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, perkhidmatan lain yang berciri tempatan iaitu:

1. (a) (Dimansuhkan);

2. (b) Rumah tumpangan dan rumah pemalaman;

3. (c) Tanah Perkuburan dan tempat pembakaran mayat;

4. (d) Tempat kurungan binatang dan pencerobohan kerbau lembu;

5. (e) Pasar dan pasar ria; dan

6. (f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.

Kerja-kerja Negeri dan air

Jentera Kerajaan Negeri tertakluk kepada Senarai Persekutuan

Hari Kelepasan Negeri

Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri, bukti mengenai undang-undang Negeri dan benda yang dilakukan di bawahnya, dan bukti mengenai apa-apa perkara bagi maksud undang-undang Negeri

Siasatan bagi maksud Negeri, termasuk suruhanjaya siasatan dan pengumpulan perangkaan mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri

Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri

Penyu dan penangkapan ikan di sungai

Perpustakaan, muzium, monumen dan rekod purbakala dan sejarah dan tapak dan peninggalan zaman purba, selain apa yang diisytiharkan sebagai persekutuan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Jadual 7.4 menyenaraikan bidang kuasa yang diperuntukkan khas kepada Negeri

Sabah dan Sarawak sahaja. Ini adalah hasil kompromi berdasarkan rundingan

pelbagai pihak dan bagi menjamin kerisauan Negeri Sabah dan Sarawak berkaitan

gabungan dalam persekutuan baharu. Sebahagian dari bidang kuasa khas ini

memenuhi tuntutan yang dikemukakan dalam 20 perkara dari Sabah dan 18

perkara dari Sarawak. Sementara itu, bidang kuasa dalam Senarai IIB telah pun

dimansuhkan.

samb. Jadual 7.3

Page 143: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

117

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 7.4 Senarai IIA/Senarai Negeri Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak

Bidang kuasa

Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat; pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau adat anak negeri; penentuan perkara perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri; keanggotaan, susunan, dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk hak untuk didengar di dalam mahkamah itu), dan bidang kuasa dan kuasa mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara yang termasuk dalam perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan.

Pemerbadanan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan melalui undang-undang negeri, jika diperbadankan secara langsung melalui undangundang Negeri, dan gawalseliaan dan penggulungan perbadanan yang diwujudkan sedemikian.

Pelabuhan dan pangkalan, selain yang diisytiharkan sebagai pelabuhan dan pangkalan persekutuan melalui atau di bawah undang-undang persekutuan

Ukuran tanah kadaster

Di Sabah, kereta api Sabah

Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, bekalan dan perkhidmatan air.

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

7.3.3 Senarai Bersama (Senarai III)

Senarai bersama atau Senarai III menyenaraikan bidang kuasa yang dikongsi

bersama di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Bidang kuasa ini

menyentuh bidang-bidang yang ada kepentingan bagi kedua-dua peringkat kerajaan

seperti pendidikan dan kesihatan. Jadual 7.5 menyenaraikan bidang kuasa bersama

dan Jadual 7.6 menyenaraikan bidang kuasa bersama dan bidang-bidang ini adalah

bagi Negeri Sabah dan Sarawak sahaja.

Jadual 7.5 Senarai III/Senarai Bersama

Bidang kuasa

Kebajikan masyarakat; perkhidmatan masyarakat tertakluk kepada Senarai I dan II; perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan orang muda.

Biasiswa

Perlindungan binatang liar dan burung liar; Taman Negara

Page 144: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

118

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Penternakan; pencegahan perbuatan menganiaya binatang; perkhidmatan veterinar; kuarantin binatang.

Perancangan bandar dan desa, kecuali di ibu kota persekutuan.

Kutu rayau dan penaja dari tempat ke tempat

Kesihatan awam, kebersihan (tidak termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan) dan pencegahan penyakit.

Saliran pengairan

Pemulihan tanah lombong dan tanah mengalami hakisan tanah

Langkah keselamatan kebakaran dan langkah mencegah kebakaran dalam

pembinaan dan penyenggaraan bangunan.

Kebudayaan dan sukan

Perumahan dan peruntukan bagi kemudahan perumahan; amanah pemajuan.

Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, bekalan dan perkhidmatan air

Pemeliharaan warisan

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Jadual 7.6 Senarai IIIA/Senarai Bersama Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak

Bidang kuasa

Undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat.

Pengadukan bahan makanan dan barangan lain.

Perkapalan yang beratnya kurang daripada lima belas tan berdaftar, termasuk pembawaan penumpang dan barangan oleh perkapalan itu; penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara.

Pengeluaran, pengagihan dan pembekalan kuasa air dan elektrik yang dijanakuasakan dengan kuasa air.

Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak pertanian, dan pelindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan.

Khairat dan amanah dan institusi khairat di dalam Negeri (iaitu, yang dikendalikan keseluruhannya di dalam Negeri atau diwujudkan dan dikendalikan di dalam Negeri itu) dan pemegang amanahnya, termasuk pemerbadanannya dan pengawalseliaan dan penggulungan khairat dan institusi khairat yang diperbadankan di dalam Negeri itu.

Panggung; panggung wayang; filem sinematograf; tempat hiburan awam.

samb. Jadual 7.5

Page 145: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

119

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Pilihan raya ke Dewan Negeri yang diadakan dalam tempoh pilihan raya secara tidak langsung.

Di Sabah sehingga hujung tahun 1970 (tetapi tidak di Sarawak), perubatan dan kesihatan, termasuk perkara yang dinyatakan dalam butiran 14(a) sehingga (d) Senarai Persekutuan.

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Selain bidang kuasa yang disenaraikan dalam Senarai I, II dan III, termasuk

senarai tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak, bidang kuasa yang diagihkan

kepada Sabah dan Sarawak turut dapat dirujuk dari beberapa peruntukan Perkara-

perkara tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ada perkara yang

memanjangkan penggunaan perkara-perkara kepada Sabah dan Sarawak dan ada

yang menambahkan kuasa lebih kepada kedua-dua negeri tersebut. Beberapa

peruntukan akan dirujuk sebagai contoh. Pertama, Perkara 153 yang melindungi

kedudukan istimewa orang Melayu dipinda bagi meliputi anak negeri Sabah dan

Sarawak. Hal ini merizabkan kuota dalam bidang seperti perkhidmatan, permit

perniagaan dan biasiswa serta menjadi tanggungjawab Yang di-Peruan Agong.

Sementara itu, Perkara 161A memperuntukkan bahawa perlembagaan negeri boleh

membuat peruntukan berkaitan hal pada Perkara 153. Perkara ini turut mentaksirkan

siapa anak negeri bagi tujuan menikmati peruntukan kedudukan istimewa. Kedua,

Akta 155, Akta Imigresen 1959/63 memperuntukkan kuasa membenar atau

sebaliknya kemasukan ke Negeri Sabah dan Sarawak. Ini adalah kelonggaran kuasa

yang berkait dengan tawar-menawar semasa penubuhan Persekutuan Malaysia.

Berdasarkan peruntukan undang-undang ini, maka kemasukan warga asing dan

rakyat Malaysia dari luar Sabah dan Sarawak ke mana-mana negeri tersebut

adalah atas kebenaran kuasa/kerajaan negeri. Ini merangkumi warga asing dan

rakyat Malaysia bukan kelahiran mana-mana Negeri berkenaan. Ketiga, Negeri

Sabah dan Sarawak juga mendapat kelonggaran dalam pelaksanaan bidang kuasa

tertentu yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan. Misalnya, penghantaran

wakil semua Negeri ke Majlis Negara Kerajaan Tempatan. Tujuan majlis ini adalah

untuk membantu menyeragamkan penguasaan tempatan. Namun, peruntukan

Perkara 95E(2) membenarkan Sabah dan Sarawak tidak patuh kepada keputusan

ini sekiranya kedua-dua negeri tersebut belum bersedia melaksanakan keputusan

yang dicapai dalam majlis berkenaan.

samb. Jadual 7.6

Page 146: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

120

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Akhir sekali, bidang kuasa yang tidak diperuntukkan jatuh secara automatik

kepada kerajaan negeri. Bidang kuasa yang tidak diperuntukkan dinamakan

kuasa residual atau kuasa baki. Sebagai rumusan, bagi melihat dan mengetahui

pembahagian kuasa yang unik dalam sistem persekutuan Persekutuan Malaysia,

rujukan harus dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang pertama.

Sementara untuk mendapat penjelasan tentang sebab kuasa disusun sedemikian

rupa, Perjanjian Malaysia dapat menjawab persoalan berkenaan.

7.4 Cabaran Kerajaan Persekutuan

7.4.1 Konflik Persekutuan-Negeri

Sistem persekutuan adalah gabungan wilayah atau negeri yang dahulunya bebas

dan berdaulat. Oleh itu, cabaran utama ialah menegakkan perpaduan wilayah.

Ini merupakan hal yang sangat penting. Persoalan utama ialah bagaimana

memindahkan kesetiaan dari pusat lama ke pusat baharu, iaitu mengalihkannya

dari wilayah atau kepada negara. Persekutuan Malaysia gagal dalam ujian awal ini

apabila Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1966, lebih kurang

tiga tahun selepas negara baharu itu ditubuhkan. Cabaran perpaduan wilayah bagi

sebuah negara yang mengamalkan sistem persekutuan adalah semula jadi. Ini

adalah kerana sistem ini mempunyai banyak kuasa pusat. Justeru, persaingan kuasa

antara kerajaan pusat dan negeri pasti timbul dari masa ke masa. Di Malaysia, hal

ini didorong apabila ada beberapa negeri mempunyai lebih kuasa yang sekaligus

meningkatkan autonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada pusat.

Masalah ini universal kerana mana-mana negara yang mengamalkan sistem ini

berhadapan dengan masalah yang sama. Masalah bertambah runcing apabila

perbalahan kuasa didorong pelbagai faktor seperti agama, bahasa, bangsa dan

etnik. Di Kanada gerakan pemisah wilayah Quebec timbul tenggelam dan suatu

ketika itu, Kerajaan Kanada berhadapan dengan referendum pada 1980 dan 1995.

Namun rakyat Kanada di Wilayah Quebac, yang berbahasa Perancis, menolak

perpisahan dengan Kanada dengan undian tipis, iaitu lebih kurang 50.6% menolak

berbanding 49.4% menyokong keluar Kanada. Undian adalah berdasarkan kepada

undian pengundi berdaftar. India pernah mengalami masalah serupa apabila India

berpecah dan beberapa negara baharu lahir seperti Pakistan dan Bangladesh pada

1950an. Pada 2002, negara baharu Timor-Leste merdeka dari Indonesia. Negara

ini terdiri daripada ramai penganut Kristian bermazhab Katolik berbanding Aceh

Page 147: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

121

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

yang terdiri daripada majoriti orang Islam dan telah lama mempunyai hubungan

yang tegang dengan Jakarta kerana sering menuntut autonomi.

7.4.2 Konflik Dalaman

Sejarah 44 tahun kewujudan Persekutuan Malaysia mempunyai banyak sejarah

pergeseran antara pemimpin dan kerajaan pusat dengan negeri. Pertama, pergeseran

ini telah menyebabkan Singapura meninggalkan Persekutuan pada 1966. Masalah

yang meruncingkan hubungan Singapura dalam Persekutuan ialah pemimpin

Singapura tidak dapat menerima kedudukan dan kepimpinan mereka yang

terancang dan berdasarkan amalan kerjasama dan akomodasi yang sudah dibina

antara UMNO, MCA dan MIC. Kedua, hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan

negeri khasnya di antara Kuala Lumpur dengan Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur

dengan Kuching hangat pada awal penubuhan Malaysia. Di Sarawak, ia telah

melibatkan perbalahan di antara Tunku Abdul Rahman dengan Stephen Kalong

Ningkan. Perbalahan ini telah mengundang kepada penggunaan kuasa darurat

bagi menjatuhkan Kalong Ningkan dan menggantikan beliau dengan barisan

pemimpin negeri yang lebih disenangi Kuala Lumpur. Ketiga, masalah hubungan

pusat-negeri di Sabah menyebabkan penajaan parti Berjaya untuk menumbangkan

USNO pada 1975, sebuah komponen BN. Parti itu berjaya ditubuhkan oleh bekas

ahli USNO dan digunakan untuk menumbangkan USNO. Apabila Berjaya ingkar

Kuala Lumpur, PRS ditaja untuk menumbangkannya pada tahun 1984. PRS adalah

pihak lawan BN di Sabah dan ia berjaya memerintah Sabah selama empat penggal

berturut-turut sebelum jatuh pada 1994. Keempat, ketegangan hubungan pusat-

negeri juga pernah menyaksikan penggunaan kuasa darurat bagi kali kedua pada

1977 untuk menjatuhkan ketua kerajaan negeri, Mohd Nasir di Kelantan pada

1977. Sejak itu, Kelantan diperintah BN dan PAS secara bergilir. Dari 1977, BN

memerintah Kelantan sehingga Kelantan jatuh semula kepada PAS pada 1990. Pada

suatu ketika, kerajaan Terengganu pernah juga diketuai PAS seperti pada 1999 bagi

satu penggal sahaja. Kelima, sejak petengahan 2000an, ramai negeri jatuh ke parti

lawan BN seperti Selangor yang dimenangi parti baharu, PKR pada pilihanraya

2004 dan 2008, Penang oleh DAP pada pilihanraya 2004 dan 2008 manakala

Perak pada 2004. Walau bagaimanapun, Perak jatuh semula kepada BN apabila

selepas pilihan raya 2005 disebabkan beberapa ahli parti perikatan DAP-PAS-PKR

melompat parti. Sejarah pergeseran politik yang dihuraikan di atas menunjukkan

kitaran pemerintahan antara BN dan lawannya yang terdiri daripada DAP, PAS,

Page 148: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

122

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dan PKR. Ia juga menunjukkan ada isu kepentingan dalam proses pemerintahan

sistem persekutuan yang menyebabkan kebangkitan ketidakpuasan hati rakyat di

negeri-negeri berkenaan. Walaupun hal ini biasa dalam sistem persekutuan, namum

kekerapan kerajaan bersilih-ganti menunjukkan sistem persekutuan mempunyai

isu penting untuk diberi perhatian bagi mengurangkan polimik politik dan jurang

perpaduan politik.

RUMUSANSistem persekutuan yang diamalkan di Malaysia memberi ruang untuk setiap

negeri memperkukuhkan hubungan semasa anggota negeri dan kerjasama di antara

negeri dan pusat dalam persekutuan. Apa yang perlu difahami ialah bahawa semua

peruntukan dalam perlembagaan bukan suatu yang ditulis atas batu. Ini bermakna

mana-mana peruntukan boleh dikaji semula dan diubah bagi memperbaiki dan

memperkukuh lagi sistem persekutuan demi mengeratkan perpaduan dan integrasi

nasional. Perlembagaan dan peruntukan seperti sudah dibincangkan mengenai

pelbagai aspek menjelaskan apa yang berlaku dan kenapa ia berlaku sedemikian,

tetapi ini tidak membantu proses maju ke hadapan. Bagi tujuan ke hadapan, semua

unit dalam persekutuan termasuk rakyat harus berpegang kepada sikap terbuka

untuk berbincang bagaimana apabila perlunya perlembagaan diperkukuhkan untuk

meningkatkan lagi perpaduan antara pusat dan negeri dan antara rakyat dalam

negara.

SEMAKAN KENDIRI

1. Setiap pelajar perlu membuat refleksi tentang pemahaman mereka

terhadap tajuk ini.

2. Pelajar diminta berdebat tentang cabaran sistem federalisme di

Malaysia.

3. Mengadakan kuiz tentang pembahagian kuasa antara kerajaan pusat

dan negeri.

Page 149: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

123

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

KATA KUNCI

Cabaran kerajaan persekutuan

Hubungan kerajaan pusat dan negeri

Persekutuan Malaysia

SOALAN DALAM TEKS

1. Bahas dan bandingkan konsep kesatuan, konfederasi dan federalisme.

2. Bincangkan pelaksanaan salah satu sistem kerajaan/pemerintahan di

bawah:

• Negeri-negeri Melayu Bersekutu

• Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

• Kesatuan Malaya

• Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara

• Kerajaan Brooke

3. Huraikan perkara di bawah.

• Dua puluh Perkara

• Kedudukan Istimewa Melayu/Bumiputera Sabah & Sarawak

• Perjanjian Malaysia

4. Pilih detik ketegangan dalam hubungan pusat dan negeri dan huraikan

punca dan bagaimana cara untuk menyelesaikannya.

Page 150: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

124

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

RUJUKANHanna, W.A. (1964). The formation of Malaysia: New factor in world politics. NY:

American Field Staff, Inc.

M a l a y s i a A g r e e m e n t , ( 1 9 6 3 . Dimuat turun daripada https://treaties.un.org/doc/Publication/UNTS/Volume%20750/v750.pdf

Mohd. Noordin Sopiee. (1974). From Malayan Union to Singapore separation. K.L.: University of Malaya Press.

Perlembagaan Malaysia. (1963). 1st edition. Dimuat turun dari https://legal.usm.my/v3/

phocadownload/laws/Perlembagaan_Persekutuan.pdf

Ryan, N.J. (1967). The making of modern Malaysia: A history from earliest times to 1966. K.L.: Oxford University Press.

Tregonning, K.G. (1965). A history of modern Sabah: North Borneo, 1881-1963. Singapore & K.L.: University of Malaya Press.

Page 151: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

125

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 8 Badan Eksekutif Jayum Jawan

PENGENALANDalam doktrin pengasingan kuasa sesebuah negara, terdapat tiga badan

pemerintahan utama iaitu eksekutif atau kabinet, perundangan atau parlimen dan

kehakiman atau judisiari. Unit ini akan membincangkan secara ringkas badan

eksekutif, atau juga dikenali sebagai badan pemerintah. Ia adalah satu daripada tiga

cabang utama badan pemerintahan dalam negara Malaysia, selain perundangan

dan kehakiman.

OBJEKTIF

1. Membincangkan secara ringkas sejarah badan ini dalam pemerintahan negeri-

negeri di Malaysia sebagai latar belakang.

2. Menghuraikan bahagian utama badan eksekutif seperti Perdana Menteri,

Jemaah dan Menteri, dari segi tugas dan fungsi setiap satu dalam pemerintahan.

3. Meneliti secara ringkas sistem birokasi seperti perkhidmatan awam persekutuan

dan beberapa badan-badan persekutuan yang berkaitan dengan badan ini.

ISI PENTING

8.1 Sejarah RingkasBadan eksekutif adalah badan pelaksana dalam sebuah negara. Ia adalah satu

daripada tiga badan pemerintahan. Yang dua lagi ialah badan perundangan

atau parlimen dan badan kehakiman atau judisiari. Ketiga-tiga badan ini saling

melengkapi antara satu sama lain dalam pemerintahan negara. Sejarah badan

eksekutif boleh dikaitkan dengan pewujudan sistem ahli pada 1951 di Persekutuan

Malaya. Badan ini diwujudkan atas permintaan tempatan untuk mendapat latihan

memerintah dan sebagai persediaan untuk pemerintahan sendiri. Pada Jadual 8.1

Page 152: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

126

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

di bawah adalah senarai ahli Sistem Ahli yang wujud antara 1951-1955. Setiap

ahli mengetuai sebuah jabatan yang ditugaskan untuk mengurus suatu bidang

tugas. Disebabkan Persekutuan Malaya belum merdeka ketika itu, maka ahli ini

bertanggungjawab kepada Pesuruhanjaya Tinggi British.

Jadual 8.1 Sistem Ahli, 1951-1955

AhliJabatan/Tugas

Dato’ Onn JaafarDalam Negeri

O.A. SpencerEkonomi

Tunku YaakobPertanian & Perhutanan

Dr. Lee Tiang KengKesihatan

E.E.C. ThuraisinghamPelajaran

J.D. HodgkinsonPerindustrian & Sosial

J.D. MeadPerumahan & Kerja Raya

Sumber: http://www.arkib.gov.my/web/guest/sistem-ahli1 (30 Januari 2017)

Pada 1955, setelah Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC

memenangi 51 daripada 55 kerusi yang dipertandingkan, Tunku Abdul Rahman

dilantik menjadi Perdana Menteri. Oleh kerana Malaya masih belum merdeka lagi,

maka Perdana Menteri dan ahlinya bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya British.

Jadual 8.2 adalah komposisi Jemaah Tunku Abdul Rahman selepas pilihanraya

1955.

Selain kewujudan sistem ahli di Persekutuan Malaya, pelbagai kaedah telah

disaksikan tentang bagaimana elemen tempatan cuba diserapkan dalam

pemerintahan awal di Negeri-negeri Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak.

Sebahagian penglibatan awal dalam pentadbiran ini adalah keperluan mendapat

sokongan dan input tempatan supaya kuasa yang memerintah mudah menjalankan

tugas pentadbiran dan ada juga yang berkait dengan usaha mewujudkan pelapis

dari kalangan tempatan untuk mengisi jawatan terendah dalam pentadbiran awal

Inggeris, Brooke dan Syarikat Berpiagam, Borneo Utara. Dalam semua penglibatan

ini, latihan dalam pelbagai bentuk dan tahap ilmu pentadbiran diturunkan kepada

pelatih. Perkara ini telah sedikit sebanyak membantu proses kesedaran, mendapat

latihan yang kemudian dimanfaatkan dalam proses ke arah pemerintahan dan

berkerajaan sendiri.

Page 153: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

127

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 8.2 Jemaah Menteri, 1955

AhliJabatan/Tugas

Tunku Abdul RahmanKetua Menteri/Dalam Negeri

H.S. LeePengangkutan

Ismail Abdul RahmanSumber Asli

Abd Razak HusseinPelajaran

Abdul Aziz IshakPertanian

Sulaiman Abdul RahmanKerajaan Tempatan, Perumahan & Perancangan Bandar

V.T. SambanthanBuruh

Sardon JubirKerja

Leong Yew KohKesihatan

Ong Yoke LinKomunikasi, Telekomunikasi & Pos

Sumber: http://www.arkib.gov.my/web/guest/kabinet-pertama-malaysia3 (30 Januari 2017)

8.2 Bahagian Pentadbiran EksekutifBahagian ini akan membincangkan beberapa elemen penting dalam badan eksekutif,

dan menghuraikan secara ringkas peranan setiap satu. Jemaah terdiri daripada para

menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Setiausaha Jemaah adalah pegawai

ex-officio, iaitu Ketua Setiausaha Negara dari perkhidmatan persekutuan.

8.2.1 Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Baginda juga adalah ketua badan

pemerintah termasuk bagi Badan Eksekutif. Dalam Perkara 39, Perlembagaan

Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksekutif persekutuan pada tangan Yang di-

Pertuan Agong. Sebagai Ketua Badan Eksekutif, perlembagaan memperuntukkan

beberapa peranan yang perlu dijalankan oleh Baginda. Pertama, perkara 40(2)

memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melantik Perdana

Menteri. Pelantikan seorang Perdana Menteri adalah dilantik di bawah kuasa budi

bicara Baginda. Mengikut Perkara 43(2) Perdana Menteri adalah ketua kerajaan

yang pertama dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas setiap pilihan raya

parlimen. Mengikut amalan demokrasi berparlimen, seorang Perdana Menteri

akan dilantik oleh Ketua Negara dari kalangan seorang ahli Dewan Rakyat yang

pada pandangan Baginda mempunyai sokongan majoriti di dewan berkenaan.

Page 154: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

128

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Lazimnya, seorang ahli Dewan Rakyat yang mempunyai sokongan majoriti di

Dewan berkenaan ialah seorang ketua sebuah parti atau parti perikatan yang telah

memenangi majoriti kerusi Dewan Rakyat pada pilihan raya umum. Kedua, Pekara

43(1) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong juga dikehendaki melantik

Jemaah Menteri untuk menasihati beliau dalam menjalankan kuasa eksekutif

Baginda. Perkara 43(2[b]) memperuntukkan bahawa dalam melantik ahli Jemaah

Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengikut nasihat Perdana Menteri.

Para menteri yang dilantik boleh dari kalangan ahli mana-mana Majlis Parlimen.

Ketiga, Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 40(2[b]) memperuntukkan

kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memperkenankan

permintaan pembubaran parlimen. Lazimnya, permintaan ini datang daripada

seorang Perdana Menteri kerana sebab-sebab seperti berikut: (a) Perdana Menteri

hilang majoriti di Dewan Rakyat kerana, dan ini mungkin ditunjukkan melalui suara

dalam Dewan Rakyat atau di luar di mana sejumlah ahli partinya beralih sokongan;

atau (b) beliau meminta supaya parlimen dibubarkan kerana ingin mengadakan

pilihanraya umum. Dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Eksekutif, Yang di-

Pertuan Agong mempunyai dua jenis kuasa yang mendasari tindakan Baginda: (1)

nasihat dan (2) budi bicara. Namun dalam kedua-dua hal ini, Baginda dikehendaki

untuk menerima nasihat atas tindakan Baginda, sementara kuasa budi bicara dalam

melantik Perdana Menteri adalah tertakluk kepada kelaziman amalan demokrasi

berparlimen.

8.2.2 Perdana Menteri

Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang pertama dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong selepas setiap pilihan raya umum. Ini diperuntukkan oleh Perkara 40(2[a])

Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Mengikut amalam demokrasi berparlimen,

seorang Perdana Menteri akan dilantik oleh Ketua Negara dari kalangan seorang

ahli Dewan Rakyat yang pada pandangan Baginda mempunyai sokongan majoriti

di dewan berkenaan. Lazimnya, seorang ahli Dewan Rakyat yang mempunyai

sokongan majoriti di Dewan berkenaan ialah seorang ketua sebuah parti atau

parti perikatan yang telah memenangi majoriti kerusi Dewan Rakyat pada pilihan

raya umum. Pada pilihanraya 2013, Pengerusi Barisan Nasional telah dilantik

sebagai Perdana Menteri kerana parti yang dipimpin beliau telah memenangi

majoriti kerusi di Dewan Rakyat. Kelayakan ini telah pun diumumkan pada malam

penghitungan undi oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya sebaik sahaja jumlah

Page 155: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

129

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

kerusi yang dimenangi BN melepasi paras majoriti minima, iaitu setelah mencapai

113 kerusi. Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi. Di Malaysia dan pada pilihan

raya umum parlimen sejak 1964, peranan Yang di-Pertuan Agong dalam melantik

Perdana Menteri adalah jelas dan mudah kerana Parti Perikatan dan kemudiannya

selepas 1976, BN telah menang setiap pilihanraya dengan jumlah dan majoriti yang

jelas, iaitu dua pertiga dalam kebanyakan pilihan raya parlimen dan pada masa

lain, dengan jumlah majoriti mudah yang juga jelas. Sehingga pilihanraya 2013,

kerajaan persekutuan Malaysia telah diketuai oleh seramai enam orang Perdana

Menteri seperti Jadual 8.3.

Jadual 8.3 Perdana Menteri Malaysia

Perdana MenteriTahunTempoh

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj1963-19707

Tun Abdul Razak Hussein1970-19766

Tun Hussein Onn1976-19815

Tun Dr Mahathir Mohamad1981-200322

Tun Abdullah Ahmad Badawi2003-20096

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak2009-sekarang8+

Perdana Menteri adalah jawatan paling penting dan mempunyai banyak kuasa di

samping mempunyai banyak tarikan atau patronage. Pertama, seorang Perdana

Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri. Ini bermakna agenda pembangunan negara

ditentukan olehnya. Segala perancangan dan pengagihan perbelanjaan negara

juga turut ditentukan oleh seorang Perdana Menteri. Ini jelas apabila beberapa

Perdana Menteri turut memegang portfolio kewangan walaupun kuasa beliau

sebagai Perdana Menteri sudah melintasi semua kementerian. Dalam tugas ini,

beliau berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pentadbiran

negara. Kedua, seorang Perdana Menteri juga merupakan ketua parti pemerintah,

sama ada beliau mengetuai sebuah parti atau sebuah perikatan yang dianggotai

pelbagai parti. Justeru, kedudukan ini juga memberi kuasa kerana ahli Jemaah

ditentukan oleh beliau. Peruntukan perlembagaan telah menyatakan dengan jelas

bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik ahli Jemaah atas nasihat

Perdana Menteri. Oleh itu, semua ketua komponen BN ingin rapat dengan beliau

untuk memberi mereka kelebihan untuk meminta agihan dalam Jemaah dan lain-

lain lantikan yang dijalankan oleh Perdana Menteri. Jadual 8.4 adalah Jemaah

Page 156: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

130

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Menteri di bawah kepimpinan Perdana Menteri Mohamad Najib Tun Abdul Razak.

Pada 2017, Jemaah Menteri di bawah kepimpinan Mohd Najib mempunyai 35

anggota yang bertanggungjawab mengurus 25 kementerian, termasuk sembilan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dua Menteri Kewangan dan dua Menteri

Perdagangan Antarabangsa & Industri. Daripada sejumlah itu, 20 orang ahli

Jemaah Menteri adalah dari parti UMNO, termasuk tiga dari UMNO Sabah. Tiga

lagi orang ahli Jemaah Menteri dari Sabah mewakili tiga parti komponen dan BN

dari sabah. Sementara itu, enam ahli Jemaah Menteri adalah dari Sarawak yang

terdiri daripada empat wakil PBB dan setiap satu mewakili PRS dan SUPP. Tiga

orang ahli Jemaah Menteri adalah mewakili MCA, dan satu mewakili Gerakan,

satu mewakili MIC dan seorang lagi pada masa lantikan adalah parti bebas. Selain

ahli Jemaah, Perdana Menteri juga mempunyai kuasa untuk melantik sejumlah

timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setiausaha politik dan bilangan ini

ditentukan oleh beliau berdasarkan pertimbangan dan keperluan yang difikirkan

munasabah ketika itu.

Jadual 8.4 Jemaah Menteri, 2017

NamaKementerianParti

Mohd Najib Abdul RAzakPerdana Menteri/Kewangan IUMNO

Ahmad Zahid HamidiTim. Perdana Menteri/Dalam NegeriUMNO

Ahmad Shabery CheekPertanian & Industri Asas TaniUMNO

Azalina Othman SaidJabatan Perdana MenteriUMNO

Hamzah ZainudinPerdagangan Dalam Negeri, Kooperatif & Kepenggunaan

UMNO

Hishamuddin Tun HusseinPertahananUMNO

Idris JusohPendidikan TinggiUMNO

Ismail Sabri YaakobPembangunan Luar Bandar & WilayahUMNO

Jamil Khir BaharomJabatan Perdana MenteriUMNO

Johari Abdul GhaniKewangan IIUMNO

Mahdzir KhalidPendidikanUMNO

Mohamed Nazri Abdul AzizPelancongan & BudayaUMNO

Mustapha MohamedPerdagangan Antarabangsa & IndustriUMNO

Noh OmarKesejahteraan bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan

UMNO

Shahidan KassimJabatan Perdana MenteriUMNO

Tengku Adnan T. MansorWilayah PersekutuanUMNO

Page 157: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

131

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Khairy Jamaluddin Abu BakarBelia & SukanUMNO

Abdul Rahman DahlanJabatan Perdana MenteriSABAH/ UMNO

Anifah AmanHubungan LuarSABAH/ UMNO

Salleh SaidKomunikasi & MultimediaSABAH/ UMNO

Maximus J. OngkiliTenaga, Teknologi Hijau & AiSABAH/ PBS

Joseph KurupJabatan Perdana MenteriSABAH/ PBRS

Wilfred Madius TangauSains, Teknologi & InnovasiSABAH/ UPKO

Fadillah YusofKerja RayaSWAK/ PBB

Nancy ShukriJabatan Perdana MenteriSWAK/ PBB

Rohani Abdul KarimWanita, Keluarga & Pembangunan Komuniti

SWAK/ PBB

Wan Junaidi T. JaafarSumber Asli & Alam SekitarSWAK/ PBB

Joseph Entulu BelaunJabatan Perdana MenteriSWAK/ PRS

Richard Riot JaemSumber ManusiaSWAK/ SUPP

Liow Tiong LaiPengangkutanMCA

Wee Ka SiongJabatan Perdana MenteriMCA

Ong Ka ChuanPerdagangan Antarabangsa & Industri IIMCA

S. SubramaniamKesihatanMIC

Mah Siew KeongIndustri Perladangan & KomoditiGerakan

Paul Low Seng KwanJabatan Perdana MenteriBEBAS

Sumber: http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=cabinet&page=1797, (29 Januari 2017).

samb. Jadual 8.4

Page 158: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

132

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Ketiga, Perdana Menteri juga berkuasa melantik sejumlah ahli mewakili kepentingan

kerajaan dalam pelbagai syarikat milik kerjaaan, berkaitan kerajaan dan juga ketua

bagi badan-badan berkanun. Contoh syarikat dan badan yang dimaksudkan dan

yang mudah dikenali umum ialah seperti: Kumpulan CIMB, Penerbangan Malaysia,

Sime Darby, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, FELDA, SPAD (Suruhanjaya

Pengangkutan Awam Darat), LKM (Lembaga Koko Malaysia), LKIM (Lembaga

Kemajuan Ikan Malaysia), IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) dan Petronas.

Keempat, Perdana Menteri juga merupakan pegawai diplomatik utama negara.

Ini bermakna beliau mewakili negara dan menentukan hala tuju hubungan negara

dengan negara asing, dan mewakili negara dalam hal dan urusan utama berkaitan

peranan dan penglibatan Malaysia di pertubuhan serantau dan antarabangsa

seperti di OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam), ASEAN (Pertubuhan Negara-

negara Asia Tenggara) dan PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu). Dalam hal

ini, Perdana Menteri juga boleh menentukan pelantikan wakil negara ke negara

luar walaupun sebahagian wakil itu dilantik melalui saluran perkhidmatan awam.

Namun beberapa lantikan pada masa lalu pernah dilakukan atas pertimbangan

politik seperti pelantikan wakil negara ke New Zealand, Indonesia dan Amerika

Syarikat pada masa-masa tertentu. Kelima, Perdana Menteri menapis calon untuk

lantikan dalam kebanyakan jawatan awam dan politik seperti ahli Dewan Negara,

mahkamah dan suruhanjaya. Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong, tetapi calonnya ditentukan oleh Perdana Menteri. Pada 2017, keahlian

Dewan Negara adalah seramai 68 orang dan ringkasan berdasarkan parti adalah

seperti Jadual 8.5. Setiap Dewan Undangan Negeri memilih 2 orang ahli untuk

mewakili negeri berkenaan dalam Dewan Negara. Selebihnya ahli dewan dilantik

oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan, iaitu Perdana Menteri.

Jadual 8.5 Keahlian Dewan Negara, 2017

PartiLantikan YDPPilihan DUNJumlah

UMNO201030

MCA5510

MIC606

Lain-lain parti#706

Individu*404

PKR033

PAS044

Page 159: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

133

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

DAP011

PBB022

UPKO011

Jumlah422668

Sumber: www.parlimen.gov.my (Januari 29, 2017)

Note: #LDP, PBS, PPP, MIUP, Gerakan, KIMM, SUPP. *India, Cina, Melayu & Orang Asli

Dari hujah di atas, maka jelas jawatan Perdana Menteri yang merupakan seorang

ketua parti pemerintah atau kerajaan adalah paling penting dan berkuasa kerana

pelbagai kedudukan yang dimainkan.

8.2.3 Jemaah Menteri

Jemaah Menteri adalah sebuah badan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan

Persekutuan Malaysia untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan

tugas Baginda sebagai Ketua Eksekutif. Perkara 40(1) juga menyatakan bahawa

Jemaah boleh mewakilkan kuasa ini kepada seorang Menteri bagi menjalankan tugas

Jemaah ini. Melalui badan ini juga, Yang di-Pertuan Agong berhak mendapatkan

apa-apa maklumat yang boleh diperolehi oleh Jemaah. Jemaah Menteri mempunyai

kuasa jelas berkaitan peranan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong. Melalui

Perkara 40(1[A]), Yang di-Pertuan Agong dikehendaki menerima dan bertindak

mengikut nasihat yang diberikan. Peruntukan ini dengan jelas berbunyi:

“ …Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat

atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima

dan bertindak mengikut nasihat itu.” (Perkara 40[1(A)]).

Perkara 43(1) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dikehendaki

melantik Jemaah Menteri untuk menasihati Baginda dalam pengurusan kerajaan.

Ahli Jemaah adalah lantikan kedua yang perlu dilakukan oleh Baginda selepas

melantik Perdana Menteri. Pelantikan ahli Jemaah Menteri dibuat atas nasihat

dan cadangan dari Perdana Menteri. Ahli Jemaah boleh dilantik dari kalangan

mana-mana satu Majlis Parlimen, sama ada dari kalangan ahli Dewan Rakyat atau

Dewan Negara. Beberapa perkara yang perlu difahami mengenai Jemaah Menteri

adalah seperti berikut. Pertama, ahli Jemaah Menteri memegang jawatan selama

samb. Jadual 8.5

Page 160: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

134

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, mereka boleh

meletak jawatan pada bila-bila masa. Kedua, Jemaah Menteri bertanggungjawab

secara bersama kepada parlimen. Sehubungan ini, setiap Menteri perlu menjawab

soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan hal-hal di bawah kementerian mereka.

Berkaitan dengan ini juga, adalah tersirat bahawa keputusan Jemaah tidak boleh

dibantah oleh mana-mana ahli di luar mesyuarat dan secara etikanya apabila ada

ahli yang tidak bersetuju dengan keputusan Jemaah, maka beliau perlu meletak

jawatan. Ketiga, Jemaah Menteri hendaklah dianggap telah meletak jawatan

mereka secara beramai-ramai dan automatik apabila Perdana Menteri hilang

jawatannya atas apa sebab sahaja. Ini boleh berlaku kerana Perdana Menteri hilang

kepercayaan di Dewan Rakyat atau setelah parlimen dibubarkan. Apabila parlimen

dibubarkan, maka Jemaah Menteri bertukar jenama kepada “Jemaah Sementara”

atau “Jemaah Penjaga”, sehingga Jemaah baharu dilantik. Keempat, semua ahli

Jemaah Menteri perlu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan

Agong. Keenam, tugas Menteri ialah membawa rang undang-undang kerajaan

berdasarkan Perkara 67, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ketujuh, seorang

ahli Jemaah lazimnya adalah ketua bagi sebuah kementerian, kecuali mereka yang

ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri. Mereka yang ditugaskan di sini akan diberi

tugas spesifik dari masa ke masa oleh Perdana Menteri.

8.2.4 Timbalan Menteri

Menteri akan dibantu oleh Timbalan Menteri. Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan

Malaysia memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik

timbalan-timbalan menteri dari kalangan mana-mana satu Majlis Parlimen.

Lantikan dibuat atas nasihat Perdana Menteri. Dalam menjalankan tugas Menteri,

maka Timbalan Menteri akan mempunyai segala kuasa Menteri. Seperti Menteri,

Timbalan Menteri boleh meletak jawatan pada bila-bila masa dan boleh juga

dilucutkan jawatan mereka oleh Perdana Menteri.

8.2.5 Setiausaha Parlimen

Setiausaha parlimen dilantik dari kalangan mana-mana satu ahli Majlis Parlimen

bagi membantu Menteri dan Timbalan Menteri. Jawatan ini dilantik oleh Perdana

Menteri dan mereka boleh dilantik dari kalangan mana-mana satu ahli Majlis

Parlimen. Apabila menjalankan tugas membantu Menteri dan Timbalan Menteri,

maka Setiausaha Parlimen mempunyai segala kuasa Menteri dan Timbalan Menteri.

Page 161: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

135

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Mereka boleh ditamatkan jawatan oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa dan

mereka juga boleh meletak jawatan pada bila-bila masa. Setiausaha Parlimen perlu

mengangkat sumpah jawatan dan simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri.

8.2.6 Setiausaha Politik

Perdana Menteri boleh melantik apa-apa bilangan ke jawatan Setiausaha Politik

yang tidak terikat kepada syarat mesti menjadi ahli mana-mana satu Majlis

Parlimen. Mereka memegang jawatan sehingga masa pelantikan mereka ditamatkan

oleh Perdana Menteri. Tugas dan fungsi mereka ditentukan oleh Jemaah Menteri.

Setiap Kementerian mempunyai seorang Setiausaha Politik dan beberapa pegawai

lain yang lazimnya dipilih oleh Menteri seperti pegawai khas, pegawai akhbar

dan pengiring keselamatan. Kecuali pengiring keselamatan yang lazimnya terdiri

dari anggota pasukan keselamatan, pegawai-pegawai lain biasanya dilantik dari

kalangan pembantu politik setiap menteri yang membantu menteri menjalankan

tugas politik di kawasan dan di kementerian.

8.2.7 Setiausaha Jemaah Menteri

Setiausaha Jemaah Menteri ialah Ketua Setiausaha Negera. Jawatan ini juga

merupakan ketua perkhidmatan awam persekutuan dan merupakan pegawai ex-

officio bagi Jemaah.

8.3 Birokrasi Awam Persekutuan

8.3.1 Kementerian

Pada 2017, Malaysia mempunyai 24 kementerian persekutuan dan ini tidak

termasuk Jabatan Perdana Menteri. Ini selaras dengan 24 jawatan menteri yang

dilantik. Setiap kementerian diketuai oleh seorang pentadbir yang bergelar Ketua

Setiausaha (KSU). KSU dilantik dari kalangan pegawai perkhidmatan persekutuan,

iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik. Sebuah kementerian boleh mempunyai

sekurang-kurangnya satu dan ada yang mempunyai sehingga tiga Timbalan KSU

dan beberapa Ketua Pengarah bagi setiap unit yang diwujudkan dalam sebuah

kementerian. Jadual 8.6 menggambarkan struktur sebuah kementerian, iaitu

Kementerian Pengajian Tinggi.

Page 162: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

136

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 8.6 Struktur Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri

Timbalan Menteri

Ketua Setiausaha (KSU)

Timbalan KSU (Pembangunan)Timbalan KSU (Pengurusan)

Pengarah Bhg: 13 / Ketua Unit: 4 / Setiausaha Bahagian: 1

Pengarah Bahagian

13

Ketua Unit

4

Setiusaha Bahagian

1

Ketua Pengarah

(Jabatan Pendidikan Tinggi)

Ketua Pengarah

(Jabatan Pendidikan Politeknik)

Ketua Pengarah

(Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti)

Ketua Pengarah

(Jabatan Pendidikan Tinggi)

Ketua Pengarah

(Jabatan Pendidikan Politeknik)

Ketua Pengarah

(Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti)

Timbalan Ketua

Pengarah

(IPTA)

Timbalan Ketua

Pengarah

(IPTS)

Timbalan Ketua

Pengarah

(Operasi)

Timbalan Ketua

Pengarah

(Strategik)

Timbalan Ketua Pengarah

Pengarah Bahagian

12

Pengarah Bahagian

14

Pengarah Bahagian

7

Sumber: https://app.mohe.gov.my/dirkpt/index.php?jabatan=KPT (Januari 29, 2017)

8.3.2 Suruhanjaya

Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui Perkara 132 memperuntukkan

beberapa Suruhanjaya ditubuhkan bagi perkhidmatan-perkhidmatan awam

seperti: (a) angkatan tentera, (b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan,

(c) perkhidmatan awam am persekutuan, (d) pasukan polis, (f) perkhidmatan

bersama persekutuan dan satu negeri atau lebih atau, atas permintaan negeri-negeri

berkenaan, (g) perkhidmatan awam setiap negeri, dan (h) perkhidmatan pendidikan.

Umumnya, anggota Suruhanjaya dilantik berdasarkan Perkara 143 Perlembagaan

Persekutuan Malaysia, dan ditetapkan: (1) anggota dilantik bagi tempoh 5 tahun

oleh Yang di-Pertuan Agong setelah menimbangkan nasihat Perdana Menteri; (2)

ahli boleh dilantik semula kecuali hilang kelayakan; (3) ahli boleh meletakkan

Page 163: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

137

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

jawatan pada bila-bila masa; (4) ahli tidak boleh dilucutkan jawatan kecuali atas

alasan dan mengikut cara seperti (melucutkan jawatan) seorang hakim Mahkamah

Persekutuan; (5) saraan ditetapkan oleh Parlimen; (6) saraan dan terma lain

jawatan tidak boleh diubah menjadi kurang baik daripada sedia ada/dipakai semasa

lantikan pertama. Tugas utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam disenaraikan

oleh Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti berikut: melantik,

mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen,

menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas

anggota-anggota perkhidmatan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi

oleh bidang kuasanya.

RUMUSANBadan eksekutif adalah badan yang menguruskan pentadbiran harian negara. Ia

menetapkan hala tuju negara melalui peranannya yang menentukan dasar yang

akan diikuti untuk membawa negara ke arah dan matlamat yang ditetapkan olehnya.

Jemaah ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang merupakan pegawai utama

badan ini. Ini adalah jawatan penting kerana sebagai Ketua Jemaah, Perdana

Menteri memainkan peranan menasihati Yang di-Pertuan Agong yang merupakan

kuasa de jure badan eksekutif tetapi mengikut peruntukan dan pindaan berkaitan

Perlembagaan Persekutuan, kuasa de facto duduk pada tangan penasihat kerana

apabila nasihat sudah diberikan, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak

mengikut nasihat yang diberikan setelah menerima dan menimbangkannya. Ini

tidak bermakna seorang Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak kerana banyak

lagi sekatan dan semakan masih boleh dilakukan dalam sistem yang diamalkan di

Persekutuan Malaysia. Parti pemerintah yang diketuai seorang Perdana Menteri

Malaysia terdiri daripada 13 buah parti komponen, dan pakatan ini boleh menjadi

semakan dan penawar kepada kuasa melulu sekiranya ia berlaku. Prinsip keputusan

bersama dan tanggungjawab bersama yang mendasari BN menjamin bahawa kuasa

berpusat dapat ditegah demi kebaikan negara yang berbilang etnik seperti Malaysia.

Page 164: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

138

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI

1. Setiap pelajar perlu membuat peta minda tentang bahagian pentadbiran

eksekutif.

2. Pelajar diarahkan membuat nota ringkas mengenai perkara berikut:

- Sistem Ahli - Menteri

- Ketua Setiausaha Negara - Badan berkanun

KATA KUNCI

Pentadbiran Eksekutif Birokrasi Sistem pentadbiran negara

SOALAN DALAM TEKS

1. Bincangkan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Badan

Eksekutif.

2. Bincangkan tiga peranan utama Perdana Menteri yang menyebabkan

kedudukan itu amat berkuasa dalam politik negara.

3. Pilih seorang Perdana Menteri dan huraikan sumbangan utama beliau

dalam politik negara.

RUJUKANKabinet pertama Malaysia. Dimuat turun dari http://www.arkib.gov.my/web/guest/kabinet-

pertama-malaysia3.

Members of Cabinet. Dimuat turun dari http://www.pmo.gov.my/home/php?menu=cabinet&page=1797

Page 165: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

139

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Memorandum dan pekeliling Sistem Ahli. (1951). Dimuat turun dari http://www.arkib.gov.my?web/guest/sistem-ahli1

Perlembagaan Malaysia. (1963). 1st edition. Dimuat turun dari https://legal.usm.my/v3/phocadownload/laws/Perlembagaan_Persekutuan.pdf

____. Dimuat turun dari http://www.parlimen.gov.my (Januari 29, 2017)

____. Dimuat turun dari https://app.mohe.gov.my/dirkpt/index.php?jabatan=KPT (Januari 29, 2017).

Page 166: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

140

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 9 Badan Perundangan Ku Hasnita Ku Samsu

PENGENALANUnit ini menerangkan institusi kedua pemerintahan negara iaitu badan perundangan.

Pada peringkat awal, perbincangan dimulakan dengan pengertian perundangan

serta sumbernya terlebih dahulu supaya pelajar mendapat gambaran awal tentang

badan tersebut. Kemudian, perbincangan diteruskan dengan meneliti badan

perundangan, struktur dan institusi badan perundangan serta proses penggubalan

undang–undang.

OBJEKTIF

1. Menerangkan peranan badan perundangan.

2. Mengetahui struktur dan institusi badan perundangan Malaysia.

3. Menghuraikan proses penggubalan undang–undang.

ISI PENTING

9.1 Pengertian PerundanganUmum mengetahui punca perundangan negara bersumberkan institusi Parlimen.

Profesor Dicey dalam buku `The Law of the Constitution’ merumuskan

perlembagaan terbahagi kepada dua prinsip iaitu prinsip Kedaulatan Parlimen

dan Kedaulatan Undang-undang di mana kedua-dua prinsip inilah menjadi

teras bagaimana sesebuah negara diuruskan. Manakala Tun Mohd Salleh Abbas

menjelaskan perlembagaan mengandungi semua undang-undang tertinggi bagi

mewujudkan sebuah negara moden. Sehubungan itu, Parlimen memperoleh kuasa

bersumberkan perlembagaan. Maka, Parlimen turut tertakluk kepada kehendak-

kehendak perlembagaan. Oleh itu, adalah releven untuk kita meneliti susur galur

makna perundangan serta sumber-sumber dan jenis-jenis perundangan di negara

kita sebelum dicerakinkan berkaitan peranan institusi parlimen.

Page 167: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

141

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Perundangan merupakan semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku

yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Oleh itu, undang-undang

adalah satu set peraturan untuk mentadbir tingkah laku dalam masyarakat. Dalam

konteks negara kita, bidang kuasa perundangan ditetapkan dalam Jadual ke-9

Perlembagaan Persekutuan Perkara 66-68:

a. Kuasa perundangan; kuasa membuat, meminda atau memansuhkan undang-

undang.

b. Mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana

cukai.

c. Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.

Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang

disenaraikan dalam senarai negeri dengan kriteria tertentu iaitu:

a. Bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen di

antara persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan

pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Malaysia.

b. Dengan maksud hendak mengadakan persamaan undang-undang bagi dua

buah negeri atau lebih.

c. Jika diminta berbuat demikian oleh mana-mana badan perundangan negeri.

9.2 Sumber Undang-undang di MalaysiaLatar geopolitik negara dari pelbagai era amat mempengaruhi landskap pembentukan

undang-undang di negara kita. Elemen-elemen dan pengaruh perundangan dari

zaman tradisional hinggalah ke zaman kolonial khasnya mendasari kerangka asas

perundangan negara. Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia,

menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia. Undang-

undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan dengan seluruh

negara. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda

yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang

syariah (Islam).

Page 168: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

142

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Sumber undang-undang sebagai undang-undang yang dirujuk atau legal source

(legal rules that make up the law) termasuklah statut-statut (akta, ordinan,

enakmen), laporan kes, buku-buku teks, jurnal undang-undang dan sebagainya.

Sumber undang-undang di Malaysia adalah mencakupi;

a. Perlembagaan (Persekutuan dan Negeri)

b. Perundangan

c. Keputusan Kehakiman

d. Common Law dan Kaedah-kaedah Ekuiti

e. Undang-Undang Adat

f. Undang-Undang Syariah (Islam)

Rangkuman sumber undang-undang ini dibahagikan kepada dua iaitu undang-

undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis.

9.2.1 Undang-undang Bertulis

Undang-undang bertulis (Undang-undang Statut) digubal oleh badan pembuat

undang-undang dan termaktub dalam perlembagaan dan perundangan iaitu ;

i. Perlembagaan Persekutuan (supreme law of the land) adalah sebuah dokumen

yang mempunyai keluhuran undang-undang yang khas menetapkan struktur

kerajaan, fungsi badan-badan kerajaaan dan prinsip-prinsip yang mana

badan-badan ini beroperasi. Seterusnya, perlembagaan merupakan kumpulan

kaedah-kaedah dan amalan-amalan yang menubuh dan mengawal badan-

badan kerajaan serta mengawal perhubungan antara individu dan negara. Sifat

perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dijelaskan dalam Perkara 4 (1)

Perlembagaan Persekutuan;

“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa

undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan

dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu“.

Page 169: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

143

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

ii. Perundangan terdiri dari Perundangan Utama dan Perundangan Subsidiari.

Perundangan Utama digubal oleh Parlimen (peringkat pusat) dan Dewan

Undangan Negeri atau DUN (peringkat negeri) dikenali dengan istilah akta,

enakmen dan ordinan misalnya Akta Kontrak, Akta Kerajaan Tempatan 1976

dan Akta Makanan 1983, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor)

2003, Advocates Ordinance (Sabah Cap. 2), Burials Ordinance (Sabah Cap.

19) serta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

iii. Undang-undang Subsidiari (subsidiary legislation atau delegated legislation)

merupakan undang-undang kecil yang dibuat oleh mana-mana badan yang

diberikan kuasa menerusi akta Parlimen dan DUN. Merujuk kepada Seksyen

3, Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) menjelaskan;

“Perundangan subsidiari bererti apa-apa perisytiharan, kaedah, peraturan,

pemberitahuan, undang-undang kecil atau suratcara lain yang dibuat di bawah

mana-mana Akta, Enakmen, Ordinan atau kuasa sah, yang lain dan yang

mempunyai kesan perundangan”.

Contoh perundangan subsidiari ialah: Uniform (Anti-litter) By-laws 2010

yang mana kuasa membuatnya diberi kepada Majlis Tempatan menerusi Local

Government Ordinance 1961. Misalnya, kerajaan tempatan seperti Majlis

Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun

kepada peniaga-peniaga makanan yang melanggar Undang-Undang Kecil

Pengendali Makanan (MBPJ) 2007.

9.2.2 Undang-undang Tidak Bertulis

Undang-undang tidak bertulis merujuk kepada bahagian undang-undang Malaysia

yang tidak dibuat oleh badan yang menggubal undang-undang (Parlimen dan

DUN) serta bukan berasal dari Perlembagaan Persekutuan mahupun perlembagaan

negeri-negeri. Undang-undang tidak bertulis yang diguna pakai di Malaysia terdiri

daripada;

i. Doktrin duluan kehakiman yakni keputusan hakim-hakim mahkamah atasan

seperti Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan menjadi rujukan

bersandarkan prinsip doctrine of stare decisis.

ii. Common Law dan Rukun Ekuiti Inggeris (sekiranya bersesuaian dengan

keperluan tempatan).

Page 170: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

144

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

iii. Hukum adat penduduk tempatan yang telah diterima oleh mahkamah sebagai

undang-undang seperti ‘native cutomary land’ di Sabah dan Sarawak.

iv. Undang-Undang Islam/Syariah. Perlembagaan Persekutuan memberikan

kuasa kepada negeri-negeri untuk melaksanakan undang-undang Islam yang

melalui proses pengubahsuaian (tidak tulen sepenuhnya) dan terhad kepada

hal-hal persendirian dan keluarga sahaja.

9.3 Jenis Undang-undang di MalaysiaAsasnya terdapat tiga jenis undang-undang seperti di bawah;

i. Undang-undang awam iaitu set peraturan yang mengawal hubungan antara

individu dengan negara.

• Undang-undang perlembagaan: menetapkan hak individu dalam negara–

ketinggian Parlimen, hak asasi rakyat dan hak warganegara.

• Undang-undang jenayah: membabitkan kesalahan-kesalahan yang

dilakukan oleh individu terhadap negara.

ii. Undang-undang antarabangsa yakni undang-undang yang melibatkan

hubungan sebuah negara dengan negara yang lain.

• Undang-undang antarabangsa awam - undang-undang yang mengatasi

sempadan antarabangsa antara dua negara.

• Undang-undang antarabangsa persendirian - dikenali sebagai ‘konflik

undang-undang’, sebahagian daripada undang-undang perbandaran.

Mengandungi peraturan yang memandu seseorang hakim di dalam kes

yang banyak undang-undang negara lain terlibat.

iii. Undang-undang persendirian melibatkan perkara-perkara yang menjejaskan

hak-hak dan tanggungjawab individu di kalangan sesama mereka.

• Kontrak - perjanjian (bila satu-satu janji atau beberapa set janji yang

berkuatkuasa dari segi undang-undang). Elemen-elemen penting, adanya

tawaran, penerimaan tawaran yang berkaitan dengan kontrak. Setiap

kontrak mestilah dipatuhi mengikut undang-undang.

• Tort – Berasaskan obligasi yang dikenakan oleh undang-undang.

Merupakan pelanggaran atau salah laku tugas am yang dikenakan oleh

undang-undang seperti fitnah dan kecuaian.

Page 171: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

145

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Amanah – obligasi bersama atau sama rata mengikat seseorang pemegang

amanah untuk menjaga harta yang dia punyai kuasa mengawalnya seperti

harta amanah bagi faedah pewaris.

9.4 ParlimenParlimen merupakan teras pembentukan acuan pentadbiran dan perundangan

negara. Institusi ini dibahagikan kepada tiga komponen besar iaitu Yang di-Pertuan

Agong (YDPA), Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Semua undang-undang yang

diluluskan di peringkat persekutuan mesti melalui ketiga-tiga komponen tersebut.

YDPA berperanan memberi perkenan kepada sesuatu rang undang-undang yang

telah diluluskan. Parlimen Malaysia berteraskan model sistem parlimen British

`Westminster’ yang mempunyai beberapa jawatankuasa sebagai mekansime

pengurusan dan pentadbiran institusi tertinggi negara.

Jadual 9.1 Jawatankuasa Parlimen

JawatankuasaPerananBil.

Pemilih• Memilih ahli-ahli untuk menganggotai jawatankuasa Dewan.

1.

Hak dan Kebebasan• Bertanggungjawab untuk menimbangkan perkara-perkara diserahkan oleh Dewan Rakyat demi kepentingan ahli-ahli Dewan.

2.

Peraturan Mesyuarat• Bertanggungjawab untuk menimbang dan menyerahkan penyata yang diserah oleh Dewan Negara tentang perkara-perkara berkaitan dengan peraturan mesyuarat Majlis Dewan.

3.

Dewan• Menasihati Yang Dipertua Dewan dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk ahli Majlis Dewan.

4.

Kira-kira Wang Negara

• Memeriksa kira-kira kerajaan dan peruntukan wang oleh Parlimen menepati perbelanjaan negeri.

• Memeriksa kira-kira badan pentadbiran dan pertubuhan yang mengurus wang negeri yang akan dibentang dalam Majlis Dewan.

• Memeriksa Penyata Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Dewan.

5.

Page 172: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

146

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

9.4.1 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Baginda selaku Raja Berperlembagaan diperuntukan kuasa tertentu sepertimana

yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan Perkara 32

(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA merupakan ketua negara yang berada di

kemuncak hierarki struktur pemerintahan negara iaitu perundangan, eksekutif dan

kehakiman serta punca segala kuasa pemerintahan. Berdasarkan kepada aspek

perundangan, kuasa baginda adalah seperti berikut;

a. Berkuasa memanggil Parlimen untuk bersidang serta menangguh dan

membubarkan Parlimen.

b. Menyampaikan titah ucapan dalam mana-mana pembukaan rasmi penggal

Parlimen secara serentak untuk kedua-dua Majlis Dewan atau sebaliknya.

Baginda tidak terlibat dengan mana-mana persidangan Parlimen.

c. Rang undang-undang yang diluluskan perlu mendapat perkenan daripada

YDPA (Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan) untuk dijadikan undang-

undang.

d. Dalam melaksanakan kuasa-kuasa ini, YDPA mendapat nasihat daripada

Kabinet atau Jemaah Menteri.

9.4.2 Dewan Rakyat

Dewan Rakyat distrukturkan agar berfungsi sebagai dewan paling berautoriti

sejajar dengan konsep yang dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu

`Raja Berperlembagaan’ dan`Demokrasi Berparlimen’ di mana semua ahli dewan

ini terdiri daripada mereka yang memenangi sesuatu pilihan raya peringkat kerusi

parlimen secara majoriti mahupun sepenuhnya. Dalam erti kata lain rakyatlah

yang memilih wakil mereka dan sememangnya secara ideal mengharapkan wakil

rakyat secara telus dan tuntas menyuarakan dan mempertahankan kepentingan

rakyat berkaitan sesuatu isu. Tahap pengharapan yang tinggi terhadap wakil rakyat

ini boleh difahami melalui gelaran `Yang Berhormat’ atau YB.

Kepentingan peranan Dewan Rakyat terserlah melalui kelulusan rang undang-

undang dari dewan ini tidak boleh dihalang atau dibatalkan oleh Dewan Negara

mahupun YDPA melainkan ditangguhkan atau diberikan penambahbaikan untuk

diperhalusi semula oleh pihak Dewan Rakyat. Rang undang-undang yang telah

Page 173: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

147

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

diluluskan akan tetap menjadi undang-undang secara automatik dalam tempoh

tertentu walaupun telah ditangguhkan sebelumnya. Ahli Dewan Rakyat ataupun

Yang Berhormat mestilah berumur 21 tahun ke atas. Manakala tempoh perkhidmatan

YB adalah lima tahun kecuali dewan dibubarkan lebih awal untuk menghadapi

pilihan raya umum. Berikut adalah struktur Dewan Rakyat sepertimana dalam

Jadual 9.2.

Jadual 9.2 Struktur Dewan Rakyat

TanggungjawabPortfolioBil.

• Speaker mempengerusikan sidang Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat 1.

• Timbalan Speaker terdiri daripada dua orang.

• Dipilih oleh ahli Dewan Rakyat untuk membantu Speaker.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

2.

• Ketua Pentadbir Jabatan Parlimen.

• Menguruskan sidang Parlimen.

Setiausaha Dewan Rakyat3.

• Dilantik di kalangan parti pembangkang yang mendapat sokongan majoriti ahli pembangkang.

• Mengetuai pihak pembangkang.

Ketua Pembangkang4.

• Gelaran untuk ahli Parlimen yang dilantik untuk menentukan kehadiran ahli bagi menyokong sesuatu usul atau tindakan yang dibuat oleh ketua-ketua parti

Ketua Whip5.

• Ketua parti yang memerintah, iaitu Perdana Menteri yang menentukan tarikh untuk mengadakan mesyuarat.

Ketua Majlis6.

• 222 wakil rakyat/ahli Dewan Rakyat (berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-13).

Keahlian7.

Page 174: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

148

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

9.4.3 Dewan Negara

Dewan Negara mempunyai peranan tersendiri dalam proses penggubalan undang-

undang yang melibatkan isu-isu nasional mahupun isu antarabangsa. Berikut

disenaraikan ciri-ciri tersebut sepertimana Jadual 9.3.

Jadual 9.3 Ciri-ciri Dewan Negara

ItemButiranBil.

Peranana. Menerima dan membahaskan rang undang-undang yang diluluskan dari Dewan Rakyat dengan lebih teliti.

b. Tiada autoriti menolak rang undang-undang yang telah diluluskan dari Dewan Rakyat melainkan;

• Cadangan penambahbaikan untuk dipertimbangkan semula oleh ahli-ahli Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut dikembalikan untuk penelitian semula jika perlu.

• Berhak menangguhkan sesuatu rang undang-undang kewangan selama 30 hari dan penangguhan rang undang-undang lain selama setahun daripada dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

c. Memastikan kepentingan-kepentingan kerajaan-kerajaan negeri dijaga.

d. Kepelbagaian atau variasi latar belakang ahli-ahli Dewan Negara seperti ahli-ahli politik, pemimpin masyarakat, pemimpin organisasi bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik atau pakar-pakar bidang tertentu dan individu yang berjasa serta dihormati berupaya memberi impak kualiti perbahasan rang undang-undang mencakupi aspek yang lebih luas dan matang.

1.

Page 175: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

149

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Keahliana. Keanggotaan ahli Dewan Negara melalui proses pelantikan bukannya melalui proses pilihan raya.

b. Proses pelantikan 70 ahli Dewan Negara terdiri daripada;

• 40 orang dilantik oleh YDPA

• seorang wakil dari setiap 13 buah negeri

• seorang wakil dari Kuala Lumpur

• seorang wakil dari Labuan

• seorang wakil dari Putrajaya

c. Ahli Dewan Negara dikenali sebagai senator. Perdana Menteri mempunyai kapasiti untuk menasihati YDPA dalam melantik mana-mana senator sebagai menteri berportfolio ataupun tanpa portfolio dalam kabinet.

d. Tempoh perkhidmatan minimum senator adalah tiga tahun (satu penggal) dan maksimum adalah dua penggal.

e. Seseorang senator mestilah berumur 30 tahun ke atas.

2.

9.5 Proses Penggubalan Undang-undangPembentukan atau penggubalan undang-undang perlu melalui beberapa proses dan

pelbagai peringkat iaitu melalui Dewan Rakyat, Dewan Negara dan YDPA sebelum

diluluskan dan diwartakan sebagai undang-undang. Usulan untuk membuat undang-

undang dikenali sebagai rang undang-undang. Terdapat empat jenis rang undang-

undang iaitu Rang Undang-undang Awam, Rang Undang-undang Persendirian,

Rang Undang-undang Ahli Persendirian dan Rang Undang-undang Hibrid. Dalam

konteks modul ini, hanya proses penggubalan Rang Undang-undang Awam akan

dihuraikan.

samb. Jadual 9.3

Page 176: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

150

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 9.4 Jenis Rang Undang-undang

JenisButiranNo.

Rang Undang-undang AwamDibentangkan oleh menteri, mewakili kerajaan dan melibatkan kepentingan awam.

1.

Rang Undang-undang Persendirian

Melibatkan pertubuhan, persatuan, perbadanan atau orang tertentu sahaja.

2.

Rang Undang-undang Ahli Persendirian

Dibentangkan oleh ahli Parlimen daripada parti pembangkang.

3.

Rang Undang-undang HibridDibentangkan oleh ahli Parlimen (mewakili parti pemerintah atau pembangkang) yang difikirkan mempunyai kepentingan tertentu.

4.

9.5.1 Proses Penggubalan

a. Pra rang undang-undang

Proses ini merupakan asas untuk membentuk acuan rang undang-undang yang

bakal dibentangkan di Parlimen, dimulakan sama ada melalui Dewan Rakyat

atau Dewan Negara. Hanya rang undang-undang melibatkan kewangan perlu

dibentangkan dalam Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan sebelum dibawa

ke Dewan Negara. Walau bagaimanapun amalan di negara kita, prosesnya

bermula di Dewan Rakyat. Usulan rang undang-undang ini dilakukan melalui

medium kementerian dan bukannya atas kapasiti individu. Hal ini bermakna

wujudnya keperluan sesebuah kementerian untuk menangani sesuatu

fenomena atau cabaran. Justeru, menteri dan pegawai-pegawai kementerian

yang terlibat akan merangka dasar rang undang-undang dengan bantuan

nasihat perundangan dari Jabatan Peguam Negara khasnya, perbendaharaan

dan kementerian-kementerian yang berkaitan. Jabatan Peguam Negara

bertanggungjawab menasihati dan membantu menyediakan rang undang-

undang sebelum dibawa ke mesyuarat kabinet.

b. Kelulusan Kabinet

Setelah rang undang-undang ini siap dirangka di peringkat dalaman, menteri

yang mewakili kementerian berkenaan akan mengusulkan rang undang-undang

ini di peringkat mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan kelulusan. Kabinet

atau Jemaah Menteri merupakan entiti pembuat dasar tertinggi negara yang

menjalankan kuasa eksekutif bagi pihak YDPA. Jemaah Menteri ini diketuai

oleh Perdana Menteri. Proses pemurnian atau pindaan akan dilakukan di

Page 177: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

151

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

peringkat ini jika perlu. Selanjutnya, rang undang-undang ini akan diusulkan

ke sidang Dewan Rakyat secara cetakan apabila mendapat kelulusan daripada

pihak Kabinet.

c. Parlimen

Rang undang-undang seterusnya dibentangkan secara bercetak untuk

dibahaskan di dalam sidang parlimen melibatkan Dewan Rakyat dan Dewan

Negara. Perbahasan untuk menentukan kerelevenan rang undang-undang

tersebut mesti melalui tiga fasa iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua,

Peringkat Jawatankuasa dan Bacaan Ketiga yang kesemuanya dijalankan oleh

Dewan Rakyat. Rang undang-undang ini dibentangkan oleh menteri yang

mewakili kementerian berkenaan. Dalam proses tersebut, sebarang proses

penambahbaikan akan dilakukan berdasarkan respons ahli-ahli Parlimen.

Proses ini dikenali sebagai pindaan iaitu melakukan pengubahsuaian

kandungan asal rang undang-undang tersebut setelah menerima pandangan

daripada ahli-ahli Dewan Rakyat. Selanjutnya, status rang undang-undang

ini ditentukan melalui undian di Dewan Rakyat sama ada diluluskan atau

ditolak. Rang undang-undang ini seterusnya dibawa ke Dewan Negara untuk

dibahaskan dengan lebih terperinci.

d. Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh kedua-dua dewan seterusnya

dipersembahkan kepada YDPA untuk mendapat perkenan (persetujuan) selaras

dengan kedudukan baginda sebagai ketua negara. Penyimpan Mohor Besar

Raja-raja bertanggungjawab mengenakan Cop Mohor Besar Persekutuan

menurut titah YDPA menandakan rang undang-undang tersebut telah

mendapat perkenan YDPA.

Merujuk kepada Bab 5 Perkara 66 (4) Perlembagaan Persekutuan, YDPA

haruslah memperkenan sesuatu rang undang-undang dalam tempoh 30 hari

selepas dipersembahkan kepada baginda. Secara automatik, rang undang-

undang tersebut akan menjadi undang-undang setelah tamat tempoh 30 hari

tersebut walaupun tanpa perkenan YDPA.

e. Warta kerajaan

Peringkat terakhir ialah rang undang-undang tersebut diwartakan melalui

Warta Kerajaan untuk disiarkan sebagai undang-undang dan dikuatkuasakan

secara rasminya.

Page 178: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

152

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 9.5 Prosedur Penggubalan Undang-undang di Parlimen

PeringkatTindakanBil.

Bacaan Pertama (bacaan tajuk panjang)

• Rang Undang-undang dicetak untuk edaran.

• Menteri membaca buat kali pertama tajuk rang undang-undang yang akan dibentangkan.

• Menteri akan memberitahu secara lisan bila bacaan kali kedua akan dilakukan.

1.

Bacaan Kedua• Perbahasan berkaitan prinsip-prinsip am serta pengaruh dan implikasinya kepada rakyat dan negara.

• Menteri akan menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan dalam sidang Dewan.

• Rang undang-undang diundi untuk mendapatkan kelulusan sama ada secara majoriti mudah atau majoriti dua pertiga.

2.

Jawatankuasa• Perbahasan dengan lebih teliti melibatkan semua fasal, jadual dan pendahuluan rang undang-undang serta pindaan yang sesuai dibuat.

3.

Bacaan Ketiga (Bacaan tajuk panjang)

• Menteri akan mengusulkan kepada Dewan supaya rang undang-undang itu diluluskan.

• Undian untuk kali kedua sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

4.

Dewan Negara• Dibahaskan dengan lebih teliti.

• Dibawa semula ke Dewan Rakyat jika ada sebarang penambahbaikan.

• Berhak menangguhkan sesuatu rang undang-undang tetapi tidak boleh menolak rang undang-undang.

5.

Page 179: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

153

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

WARTA KERAJAAN

Undang-undang

Dikuatkuasakan

YDPA

Perkenan

Mohor Persekutuan

PARLIMEN

Bacaan 1

Bacaan 2

Jawatankuasa

Bacaan Ketiga Diluluskan

KABINET

Pindaan

Diluluskan

KEMENTERIAN

Keperluan

Rangka rang undang-undang

JABATAN PEGUAM NEGARA

Nasihat

Rajah 9.1 Aliran Pembentukan Undang-undang Awam

RUMUSANSecara keseluruhannya, badan perundangan yang diketuai oleh YDPA merupakan

institusi yang penting dalam menterjemahkan corak pemerintahan negara yang

berpaksikan Demokrasi Berparlimen. Suara rakyat dibawa oleh wakil mereka ke

Parlimen untuk disampaikan kepada pihak kerajaan yang memerintah. Dalam erti

kata lain, rakyat berperanan secara tidak langsung dalam pemerintahan negara.

Oleh yang demikian, sewajarnya wakil-wakil rakyat tersebut mempunyai intergriti

selayaknya sebagai ahli Parlimen serta mendokong tujuan asal kewujudan Parlimen

agar institusi ini sentiasa dihormati dan disanjung oleh rakyat.

SEMAKAN KENDIRI

1. Pelajar dikehendaki melakonkan babak perdebatan di Dewan Rakyat

bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang proses penggubalan

undang-undang.

2. Mengadakan kuiz tentang peranan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Page 180: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

154

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

KATA KUNCI

Penggubalan undang-undang

Sumber undang-undang

Dewan Rakyat

Dewan Negara

Jenis undang-undang

SOALAN DALAM TEKS

3. Pelajar diarahkan untuk mencari video melalui YouTube tentang

perdebatan di Dewan Rakyat serta menyuarakan pendapat mereka

tentang peranan ahli parlimen dalam membawa suara rakyat.

4. Huraikan proses penggubalan undang-undang secara terperinci.

5. Bincangkan sumber perundangan di Malaysia.

RUJUKANAbdul Aziz Zakaria. (1992). Jentera pentadbiran kerajaan di Malaysia: Satu pengenalan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adam Kuper, & Jessica Kupper. (1985). The Social Science Encyclopedia. London: Routledge & Kegan Paul.

Mohd Salleh Abbas. (1984). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pengajian Malaysia: Sejarah Negara Malaysia. (2011). Petaling Jaya: International Law Book Services.

Perlembagaan Persekutuan. (2007). Petaling Jaya: International Law Book Services.

Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Page 181: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

155

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 10 Badan Kehakiman Mohd Mahadee Ismail

PENGENALANUnit ini membincangkan institusi pemerintahan ketiga negara iaitu badan

kehakiman. Badan kehakiman merupakan salah satu daripada tiga cabang badan

pemerintahan di Malaysia berasaskan kepada doktrin pengasingan kuasa.

OBJEKTIF

1. Menjelaskan bidang kuasa dan fungsi asas badan kehakiman.

2. Memerincikan hierarki dan bidang kuasa setiap mahkamah awam.

3. Menghuraikan peranan mahkamah khas dan kepentingannya terhadap sub

sektor tertentu.

ISI PENTING

10.1 Badan KehakimanPelaksanaan doktrin pengasingan kuasa telah mewujudkan sistem kehakiman

yang mantap, bebas, telus dan saksama tanpa pengaruh dan campur tangan politik

secara langsung mahupun tidak langsung. Sistem kehakiman yang diaplikasikan di

negara ini mempunyai kebebasan dan ciri-ciri yang hampir sama sepertimana yang

diamalkan di Britain serta negara-negara Komanwel yang lain. Hal ini berlaku

kerana kesan pengaruh daripada penjajahan British di Tanah Melayu suatu ketika

dahulu. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang agak nyata dari segi bidang

kuasa pada setiap peringkat badan kehakiman di Malaysia sekiranya dibandingkan

dengan negara-negara Komanwel.

Badan kehakiman di Malaysia mempunyai bidang kuasa yang eksklusif sepertimana

yang termaktub dalam Perkara 121 hingga Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan.

Page 182: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

156

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Peranan asas badan kehakiman ialah menjamin keadilan dan kesaksamaan semua

pihak di negara ini tanpa mengira perbezaan etnik, agama, budaya, fahaman politik,

status sosial, pengaruh mahupun keistimewaan-keistimewaan tertentu. Dari kaca

mata badan kehakiman, semua orang adalah sama di sisi undang-undang walaupun

terdapat keistimewaan-keistimewaan tertentu yang diberikan kepada Yang di-

Pertuan Agong dan Raja-raja bagi semua negeri di Malaysia. Namun begitu, semua

pihak adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang

negara.

10.1.1 Fungsi Badan Kehakiman

Secara asasnya, badan kehakiman di Malaysia mempunyai beberapa fungsi utama

seperti berikut:

• Bertanggungjawab sebagai pelindung hak asasi manusia daripada sebarang

bentuk pencabulan oleh individu perseorangan, pihak kerajaan atau pihak-

pihak tertentu.

• Mempunyai kuasa untuk membicarakan apa jua kes, menyelesaikan sebarang

bentuk pertikaian dan menjatuhkan hukuman terhadap pihak yang didapati

bersalah.

• Bertindak sebagai badan pengimbang kuasa antara pihak eksekutif dengan

perundangan.

• Untuk melaksanakan fungsi badan kehakiman, sistem mahkamah telah

diwujudkan.

Walau bagaimanapun, fungsi badan kehakiman bergantung kepada taraf sesebuah

mahkamah sama ada mahkamah atasan atau mahkamah rendah. Fungsi setiap

mahkamah berbeza antara sebuah mahkamah dengan sebuah mahkamah yang lain

mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan

Akta sesebuah mahkamah.

10.1.2 Bidang Kuasa Kehakiman

Sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, badan

kehakiman mempunyai bidang kuasa tertentu, seperti berikut:

• Berkuasa untuk mentafsir perlembagaan dan undang-undang negara.

Page 183: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

157

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Berkuasa untuk mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan

mahupun undang-undang negeri sebagai tidak sah dan batal sekiranya

bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

• Berkuasa untuk mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah dan batal

di sisi undang-undang sekiranya bercanggah dengan undang-undang.

10.2 Hakim

10.2.1 Pelantikan Hakim

Tertakluk kepada peruntukan perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Ketua

Hakim Negara dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah

Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Yang di-

Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding

dengan Majlis Raja-Raja. Perdana Menteri, sebelum menasihati Yang di-Pertuan

Agong bagi pelantikan seseorang hakim kecuali bagi pelantikan Ketua Hakim

Negara, Perdana Menteri perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara terlebih

dahulu. Dalam pada itu, berdasarkan kepada peruntukan perkara 122(1A)

Perlembangaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim

Negara boleh melantik hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan dari kalangan

individu yang telah memegang jawatan dalam bidang kehakiman tertinggi di

Malaysia bagi apa-apa maksud dan bagi suatu tempoh masa tertentu.

Seseorang hakim boleh memegang jawatan sehingga berumur 65 tahun dan boleh

disambung selama enam bulan selepas umur persaraan 65 tahun. Namun begitu,

seseorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatan kecuali atas perakuan sebuah

tribunal khas yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tribunal tersebut

hendaklah diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh sekurang-

kurangnya lima orang hakim atau bekas hakim iaitu hakim yang berjawatan lebih

tinggi daripada hakim yang hendak dipecat. Seseorang hakim boleh dipecat atas

alasan perlanggaran mana-mana peruntukan kod etika kehakiman sepertimana

peruntukan perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan.

10.2.2 Kelayakan Menjadi Hakim

Syarat asas pelantikan seseorang hakim ialah mesti warganegara Malaysia yang

mana beliau mesti berkhidmat sebagai seorang peguam Mahkamah Persekutuan

Page 184: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

158

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

atau Mahkamah Tinggi dalam tempoh sepuluh tahun sebelum ia dilantik. Seseorang

itu juga boleh dilantik menjadi hakim sekiranya beliau telah berkhidmat dalam

perkhidmatan kehakiman dan undang-undang bagi persekutuan dalam tempoh

sepuluh tahun.

10.2.3 Kebebasan Kehakiman

Berdasarkan kepada Doktrin Pengasingan Kuasa, badan kehakiman adalah

sebuah badan yang bebas daripada ganguan politik atau mana-mana pihak yang

berkepentingan. Asasnya terdapat beberapa elemen utama yang menjadi penentu

kepada kebebasan badan kehakiman iaitu tidak memihak kepada sesiapa dalam

perbicaraan, bebas daripada kawalan pihak eksekutif dan perundangan, serta

mempunyai kebebasan yang eksklusif sepertimana yang diperuntukkan dalam

Perlembagaan Persekutuan. Setiap mahkamah diberikan kuasa mutlak untuk

membicarakan sesuatu kes, menyelesaikan sesuatu pertikaian dan menjatuhkan

hukuman terhadap pesalah. Dari itu, para hakim adalah bebas dalam melaksanakan

tanggungjawab mencari keadilan kepada semua pihak walaupun keputusan mereka

itu mungkin memberikan kesan terhadap pihak yang memerintah. Bagi memastikan

badan kehakiman adalah bebas, maka Perlembagaan Persekutuan telah membuat

peruntukan khas tentang jawatan dan gaji hakim supaya tidak terikat dengan

kawalan pihak pemerintah.

Di samping itu, dalam usaha untuk mengelakkan sebarang tekanan terhadap badan

kehakiman, Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang bentuk perbincangan

terhadap kelakuan sesorang hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah

Tinggi dalam mana-mana majlis Parlimen, kecuali atas usul khas dengan notis

awal daripada sekurang-kurang satu perempat daripada jumlah ahli Parlimen.

Akan tetapi, kelakuan seseorang hakim tidak boleh sama sekali dibincangkan

dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri.

10.2.4 Kod Etika Hakim

Seseorang hakim adalah terikat dengan Kod Etika Hakim 2009 (telah dikemaskini

daripada Kod Etika Hakim 1994) sepanjang tempoh perkhidmatannya. Mana-

mana hakim yang melanggar Kod Etika Hakim boleh dipecat dari jawatannya.

Antara perkara yang digariskan dalam Kod Etika Hakim ialah;

Page 185: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

159

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Hakim tidak boleh membelakangkan tugas kehakiman demi kepentingan

peribadi.

• Hakim tidak boleh berkelakuan yang bercanggah dengan etika kehakiman.

• Hakim tidak boleh menggunakan kedudukannya bagi faedah peribadi.

• Hakim tidak boleh berkelakuan tidak jujur yang boleh mencemarkan nama

badan kehakiman.

• Hakim mestilah cekap dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.

• Hakim tidak boleh melengah-lengahkan kes tanpa alasan yang munasabah.

• Hakim mesti mematuhi perintah pentadbiran.

• Hakim mesti hadir ke mahkamah dalam masa waktu pejabat.

• Hakim tidak boleh menyertai mana-mana parti politik atau mengambil

bahagian dalam aktiviti politik.

• Hakim dalam tempoh jawatannya tidak boleh ada hubungan dengan mana-

mana firma peguambela atau peguamcara.

Kod Etika Hakin 2009 mengandungi enam bahagian termasuk bahagian

Tatakelakuan hakim dan tatacara perlanggaran kod. Di bawah Bahagian III

Tatakelakuan Kod Etika Hakim tersebut antara lain seseorang hakim perlu:

1. Mematuhi peruntukan dalam Kod Etika Hakim.

2. Mendukung integriti badan kehakiman.

3. Mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua

aktiviti kehakiman. Seseorang hakim tidak boleh:

a. Membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman

atau penghakimannya.

b. Menggunakan prestij jawatan kehakimannya untuk memajukan

kepentingan peribadinya.

c. Memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada

mana-mana orang bahawa mereka berada dalam kedudukan yang istimewa

untuk mempengaruhinya.

d. Melaksanakan tugas-tugas hakim dengan adil.

Page 186: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

160

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4. Mengurangkan risiko percanggahan dengan tanggungjawab kehakiman hakim

semasa menjalankan aktiviti luar kehakimannya.

a. Seseorang hakim perlu memastikan semua aktiviti luar kehakimannya

tidak menimbulkan keraguan terhadap keupayaannya untuk bertindak

dengan saksama dan menganggu pelaksanaan tugas kehakimannya.

b. Seseorang hakim perlu mengelakkan hubungan rapat dengan ahli

profesion perundangan secara individu untuk mengelakkan daripada syak

atau tanggapan pilih kasih.

c. Seseorang hakim perlu mengelakkan daripada berkelakuan seperti mana-

mana ahli persatuan atau organisasi atau terlibat dalam perbincangan

awam.

d. Seseorang hakim tidak boleh mengambil bahagian dalam politik atau

memberi gambaran yang beliau terlibat dalam aktiviti politik.

10.3 Mahkamah

10.3.1 Hierarki Mahkamah

Rajah 10.1 berikut menunjukkan Hierarki Mahkamah Awam Malaysia. Terdapat

dua peringkat mahkamah iaitu pertama, Mahkamah Atasan yang terdiri daripada

Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Peringkat

kedua ialah Mahkamah Rendah atau Bawahan yang terdiri daripada Mahkamah

Sesyen, Mahkamah Majistret Kelas 1, Mahkamah Tuntutan Kecil atau juga

dikenali Mahkamah Majistret Kelas 2 dan Mahkamah Penghulu (Tiada di Sabah

dan Sarawak).

Page 187: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

161

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

Mah

kam

ah A

tasa

n

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi Malaya

Mahkamah Tinggi Borneo

Mah

kam

ah R

enda

h

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret Kelas 1

Mahkamah Majistret Kelas 1

Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Penghulu

Rajah 10.1 Hierarki Mahkamah Awam

10.3.2 Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah yang tertinggi sekali dalam hierarki

badan kehakiman di Malaysia. Mahkamah Persekutuan ditubuhkan di bawah

perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai dua bidang kuasa

asal iaitu mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan dan mentafsir Perlembagaan.

Secara khususnya, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk:

• Mendengar dan menentukan rayuan kes-kes jenayah dan sivil terhadap

keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

• Menentukan rayuan perkara undang-undang yang mempunyai kepentingan

umum dalam kes-kes jenayah daripada Mahkamah Rendah ke Mahkamah

Tinggi.

Page 188: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

162

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Menentukan hujah undang-undang yang dirujuk oleh Mahkamah Tinggi bagi

menjalankan kuasa pengadilan jenayah asalnya.

• Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan

Undangan Negeri.

• Memutuskan pertikaian antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau

pertikaian antara kerajaan negeri.

• Menasihati YDPA dalam menguatkuasakan mana-mana peruntukan dalam

Perlembagaan Persekutuan.

Pada kebiasaannya Mahkamah Persekutuan akan bersidang di Palace of Justice,

Putrajaya pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara dari

masa ke semasa mengikut keperluan kehakiman. Dalam pada itu, Mahkamah

Persekutuan juga bersidang secara litar di bandar-bandar utama seperti Kota Bharu,

Kuantan, Johor Bahru, Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Kota Kinabalu dan

Kuching. Setiap prosiding Mahkamah Persekutuan akan didengar oleh sekurang-

kurang tiga orang hakim atau lebih dalam bilangan ganjil bagi mencapai keputusan

majoriti. Keputusan Mahkamah Persekutuan dianggap muktamad dan tiada lagi

peluang rayuan.

Mahkamah Persekutuan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara dan ahli-ahlinya

terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar Mahkamah

Tinggi dan tujuh orang hakim yang lain. Selain itu, dari masa ke semasa Yang di-

Pertuan Agong boleh melantik hakim-hakim tambahan Mahkamah Persekutuan

untuk suatu tempoh tertentu.

10.3.3 Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan pada 24 Jun 1994 di bawah peruntukan

perkara 121(1B) Perlembagaan Persekutuan bagi mengendalikan kes-kes rayuan

yang dibuat selepas keputusan perbicaraan Mahkamah Tinggi dan lain-lain perkara

yang diberikan oleh undang-undang persekutuan. Mahkamah Rayuan menjadi

perantaraan antara Mahkamah Persekutuan dengan Mahkamah Tinggi. Mahkamah

Rayuan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa asal. Berdasarkan kepada

peruntukan perkara 122A(1) Perlembagaan Pesekutuan, Mahkamah Rayuan terdiri

daripada Presiden Mahkamah Rayuan dan 15 orang hakim Mahkamah Rayuan.

Page 189: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

163

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Presiden dan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Sebelum mengemukakan nasihatnya terhadap Yang di-Pertuan Agong, Perdana

Menteri hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Ketua Hakim Negara dan

Presiden Mahkamah Rayuan.

Prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan akan didengar oleh tiga orang hakim atau

lebih iaitu dalam bilangan ganjil bertujuan untuk mendapatkan keputusan majoriti.

Mahkamah Rayuan adalah mahkamah muktamad bagi kes-kes rayuan yang telah

diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Bidang kuasa terkhusus Mahkamah Rayuan

adalah untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes

sivil dan kes jenayah. Bagi rayuan kes sivil, jumlah atau nilai perkara yang terlibat

mestilah tidak kurang daripada RM250,000,00. Dalam memastikan kelicinan

urusan rayuan di Mahkamah Rayuan, pengkhususan panel telah diwujudkan seperti

Panel Jenayah, Panel Dagang, Panel Sivil, Panel Interlokutori, Panel Kebenaran

Merayu dan Panel Writ-writ Prerogatif.

10.3.4 Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi diwujudkan di bawah peruntukan perkara 121 Perlembagaan

Persekutuan. Mahkamah Tinggi terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Tinggi

Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo. Keanggotaan Mahkamah Tinggi Malaya

terdiri dari seorang Hakim Besar dan 40 orang hakim lain, sementara itu bagi

Mahkamah Tinggi Borneo terdiri dari seorang Hakim Besar dan 10 orang hakim

lain. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa asal yang tidak terhad bagi kes-

kes jenayah dan sivil merangkumi perkara-perkara berikut;

• Dalam bidang kuasa tempatan.

• Di laut lepas di atas mana-mana kapal atau pesawat udara yang didaftarkan di

Malaysia.

• Warganegara atau pemastautin tetap di laut lepas atas mana-mana kapal atau

pesawat udara.

• Perlanunan mengikut undang-undang antarabangsa.

Selain itu, Mahkamah Tinggi berkuasa untuk mendengar dan menentukan rayuan

bagi kes-kes jenayah dan sivil daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah

Page 190: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

164

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Majistret. Pada masa yang sama Mahkamah Tinggi berperanan untuk mengawasi

dan menyemak keputusan semua kes sivil dan jenayah mahkamah rendah. Antara

bidang kuasa lain Mahkamah Tinggi ialah;

• Undang-undang bertulis berhubung dengan perceraian, kausa hal-ehwal suami

isteri, kebankrapan atau syarikat.

• Perkara-perkara admiraliti seperti yang ada pada Mahkamah Keadilan Tinggi

di England dibawah Akta Mahkamah Agung 1981 bagi United Kingdom.

• Bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga budak-budak dan pada

amnya atas diri dan harta budak-budak.

• Bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga dan pengawas diri orang

terencat akal, orang sakit otak dan tak sempurna akal.

• Bidang kuasa untuk hal-ehwal wasiat dan surat kuasa mentadbir bagi harta

pusaka si mati yang meninggalkan harta di dalam bidang kuasa wilayah

mahkamah itu dan untuk menukar atau membatalkan pemberian tersebut.

Dalam konteks Malaysia, hanya Mahkamah Tinggi yang mempunyai kuasa untuk

menjatuhkan hukuman mati atau hukuman penjara seumur hidup. Kes-kes lain

juga boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas permohonan Pendakwa Raya

bergantung kepada kesesuaian dan jenis-jenis kes yang terlibat.

10.3.5 Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen merupakan mahkamah tertinggi dalam kalangan mahkamah

rendah. Para hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas

syor yang dikemukakan oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi. Mahkamah Sesyen

mempunyai bidang kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan, kecuali

kesalahan yang membawa hukuman mati. Mahkamah Sesyen juga mempunyai

kuasa untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang

termasuk hukuman penjara seumur hidup dan hanya tiada kuasa untuk menjatuhkan

hukuman mati. Bagi kes sivil, Mahkamah Sesyen berhak membicarakan jumlah

nilai yang dituntut tidak boleh melebihi RM250,000,00. Selain itu, Mahkamah

Sesyen mempunyai kuasa bagi menjalankan siasatan permulaan bagi kes-kes yang

boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Dalam pada itu, Mahkamah Sesyen juga

mempunyai kuasa yang tidak terhad untuk mendengar dan memutuskan sebarang

tindakan berikut:

Page 191: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

165

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Mendapatkan semula harta tak alih.

• Mengeluarkan perintah kepada pegawai mahkamah untuk mengembalikan

atau merampas harta daripada pemilik.

• Membicarakan kemalangan kenderaan bermotor.

• Membicarakan pertikaian antara tuan tanah dan penyewa tanah.

• Mengeluarkan writ atau waran dan saman.

10.3.6 Mahkamah Majistret Kelas 1

Mahkamah Majistret Kelas Pertama berkuasa mengendalikan kes jenayah dan sivil,

termasuk kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi tidak berkuasa untuk

menjatuhkan hukuman mati. Majistret dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas

syor yang dikemukakan oleh Hakim Besar bagi Wilayah Persekutuan. Sementara

itu, bagi negeri-negeri lain pula majistret akan dilantik oleh Pihak Berkuasa

Negeri juga dari syor yang telah dikemukakan oleh Hakim Besar. Secara khusus,

Mahkamah Majistret berkuasa untuk membicarakan kesalahan yang hukumannya

tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda. Selain itu, Mahkamah Majistret

mempunyai kuasa untuk menyelenggarakan siasatan permulaan atas tuduhan-

tuduhan yang berat sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi. Bagi pengendalian kes-

kes sivil, nilai jumlah pertikaian yang boleh dikendalikan di Mahkamah Majistret

adalah tidak boleh melebihi RM25,000.00. Pada masa yang sama Mahkamah

Majistret berkuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan daripada Mahkamah

Penghulu.

10.3.7 Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Tuntutan Kecil juga dikenali sebagai Mahkamah Majistret Kelas

Kedua yang mempunyai kuasa yang sedikit kurang berbanding dengan Mahkamah

Majistret Kelas Pertama. Mahkamah Tuntutan Kecil juga berkuasa mengendalikan

kes-kes jenayah dan sivil. Namun begitu, penubuhan mahkamah ini asasnya

bertujuan untuk membolehkan seseorang memperoleh kembali hutang atau tuntutan

yang tidak melebihi RM5,000.00. Bagi pengendalian kes jenayah, Mahkamah

Tuntutan Kecil berkuasa menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih dari 12 bulan

atau hanya mengenakan denda sahaja. Semua rayuan mahkamah ini perlu dibawa

ke Mahkamah Tinggi.

Page 192: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

166

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

10.3.8 Mahkamah Penghulu

Mahkamah Penghulu merupakan mahkamah yang paling rendah dalam hierarki

mahkamah awam Malaysia dan hanya terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja.

Tujuan utama penubuhan Mahkamah Penghulu adalah untuk menyelesaikan sesuatu

kes yang kecil yang berlaku di peringkat kampung secara musyawarah. Mahkamah

Penghulu mempunyai kuasa untuk membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan

tuntutan tidak melebihi RM50.00. Bagi kes-kes jenayah, denda maksimum yang

boleh dikenakan oleh Mahkamah Penghulu ialah RM25.00. Namun begitu,

Mahkamah Penghulu tidak lagi dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia hari ini.

10.3.9 Mahkamah-mahkamah Khas

Jadual 10.1 Mahkamah Khas

Jenis mahkamah Kes perbicaraan

Khas (Raja-Raja) Kesalahan yang dilakukan oleh Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja atas kesalahan peribadi.

Kanak-Kanak Kesalahan yang dilakukan oleh individu yang berumur antara 10 hingga 18 tahun.

Syariah Kesalahan yang dilakukan oleh orang yang beragama Islam dari segi undang-undang Islam.

Tentera Kesalahan yang dilakukan oleh anggota tentera.

Bumiputera Kesalahan yang dilakukan dari segi adat resam kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Perusahaan Perkara yang melibatkan pertelingkahan pihak majikan, para pekerja, dan kesatuan sekerja.

10.3.10 Mahkamah Khas (Raja-Raja)

Penubuhan Mahkamah Khas (Raja-Raja) berdasarkan kepada peruntukan perkara

182 Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk membicarakan kesalahan peribadi

(sivil atau jenayah) yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Sultan/Raja

bagi mana-mana negeri di Malaysia. Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa

yang sama sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan

atau mana-mana undang-undang persekutuan kepada Mahkamah Persekutuan,

Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah rendah yang lain. Semua kes yang

dikemukakan untuk perbicaraan di Mahkamah Khas perlu mendapat persetujuan

Page 193: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

167

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

daripada Peguam Negara terlebih dahulu. Segala keputusan adalah muktamad dan

tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah atas apa jua alasan sekalipun.

Dari segi keahlian, berdasarkan kepada peruntukan perkara 182(1) Perlembagaan

Persekutuan, Mahkamah Khas terdiri daripada Ketua Hakim Negara yang

bertindak selaku pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua

orang hakim lain yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan mereka yang

memegang atau yang pernah memegang jawatan hakim Mahkamah Persekutuan

atau Mahkamah Tinggi. Bagi perbicaraan Mahkamah Khas, para hakim yang

menjadi ahli akan bersidang di Palace of Justice, Putrajaya pada tarikh dan masa

yang akan ditetapkan oleh Ketua Hakim Negara. Prosiding Mahkamah Khas ini

akan diputuskan berdasarkan kepada suara majoriti.

10.3.11 Mahkamah Kanak-Kanak

Mahkamah Kanak-Kanak ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Kanak-Kanak

2001. Mahkamah Kanak-Kanak berperanan untuk membicarakan kesalahan-

kesalahan individu yang berusia di antara 10 hingga 18 tahun dan diberi kuasa

membicarakan semua kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati.

Mahkamah Kanak-Kanak akan diadili oleh seorang majistret dan sekiranya sesuatu

kes itu memerlukan pandangan yang lebih khusus mengenai hukuman dan sesuatu

perlakuan, majistret akan dibantu oleh dua orang penasihat yang dipilih oleh

Menteri bagi Wilayah Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri bagi negeri-negeri

lain. Salah seorang dari panel penasihat tersebut mestilah wanita. Perbicaraan di

Mahkamah Kanak-Kanak pula akan diadakan secara tertutup dan orang awam

tidak dibenarkan hadir kecuali ahli-ahli atau pegawai mahkamah, ibu bapa atau

penjaga serta kanak-kanak yang terlibat sahaja. Dalam perbicaraan Mahkamah

Kanak-Kanak, demi menjaga aib dan maruah kanak-kanak yang terlibat, perkataan

“sabitan” atau “hukuman” tidak boleh digunakan dalam perbicaraan mahkamah

ini. Sekiranya didapati bersalah, kanak-kanak akan dihantar ke Pusat Pemulihan

Akhlak (Sekolah Henry Gurney) sehingga berumur 21 tahun. Terdapat juga pesalah

Kanak-Kanak yang dilepaskan atas jaminan tertentu. Sekiranya terdapat kesalahan

yang boleh membawa hukuman mati, kanak-kanak tersebut akan ditahan di penjara

atas perkenan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja.

Page 194: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

168

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

10.3.12 Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam

Negeri-Negeri di Malaysia bagi mengadili kesalahan sivil dan jenayah yang

dilakukan oleh umat Islam sahaja. Bagi Wilayah Persekutuan, penubuhan

Mahkamah Syariah dibuat melalui Akta Undang-Undang Pentadbiran Islam

(Wilayah Persekutuan) 1994. Mahkamah Syariah berkuasa untuk membicarakan

kes-kes yang melibatkan pentadbiran dan Undang-undang Keluarga Islam dari tiga

dimensi utama iaitu kekeluargaan, harta dan jenayah. Dimensi kekeluargaan Islam

melibatkan isu seperti nikah kahwin, pertunangan, nafkah, perceraian, pewarisan

harta berwasiat dan tak berwasiat, mas kahwin, pengambilan anak angkat, taraf

anak dan hak penjagaan anak. Dimensi harta pula melibatkan soal pemberian

dan penbahagian harta, wakaf Islam, khairat dan yayasan khairat, zakat, fitrah,

baitulmal dan hasil agama Islam. Manakala dimensi yang melibatkan jenayah

Islam ialah perlanggaran terhadap rukun-rukun Islam seperti zina, khalwat, judi,

minum arak, tidak berpuasa, ajaran sesat dan pelbagai lagi. Dalam menjalankan

tugasnya, Mahkamah Syariah terbahagi kepada tiga peringkat utama, iaitu:

• Mahkamah Kadi atau Mahkamah Rendah Syariah yang membicarakan kes-

kes kecil di sesebuah daerah.

• Mahkamah Kadi Besar atau Mahkamah Tinggi Syariah yang membicarakan

kes-kes yang lebih berat di peringkat negeri.

• Mahkamah Lembaga Rayuan atau Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar

segala rayuan daripada Mahkamah Syariah.

Penubuhan ketiga-tiga peringkat mahkamah ini dilakukan oleh Yang di-Pertuan

Agong bagi Wilayah Persekutuan atas nasihat Menteri berkaitan dan Raja-Raja

bagi negeri-negeri lain atas nasihat daripada Menteri Besar. Mahkamah Syariah

dianggotai oleh Ketua Hakim Syariah dan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah.

Ketua Hakim Syariah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat daripada

Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Agama Islam. Hakim-hakim

Mahkamah Rayuan Syariah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding

dengan Majlis Agama Islam, manakala hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah

dilantik oleh Ketua Negeri (Sultan/Raja) atas nasihat daripada Menteri Besar

setelah berunding dengan Majlis Agama Islam. Hakim-hakim Mahkamah Rendah

Syariah pula dilantik oleh Ketua Negeri atas syor yang dikemukakan oleh Ketua

Hakim Syariah.

Page 195: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

169

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

10.3.13 Mahkamah Tentera

Mahkamah Tentera ditubuhkan di bawah seksyen 103 Akta Angkatan Tentera

1977 (Akta 77). Penubuhan Mahkamah Tentera bertujuan untuk mengendalikan

masalah disiplin dalam Angkatan Tentera Malaysia. Namun begitu, Mahkamah

Tentera tidak mempunyai kuasa untuk mengadili kes jenayah atau sivil yang

melibatkan para pegawai tentera. Antara kesalahan yang boleh dibicarakan di

mahkamah ini ialah mengingkari perintah pihak atasan, tidak hadir bekerja, salah

guna kuasa, dan pelbagai lagi. Mahkamah Tentera berkuasa untuk menjatuhkan

semua jenis hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang melainkan hukuman

mati. Hukuman mati hanya boleh dijatuhkan setelah mendapat perkenan dan

pengesahan Yang di-Pertuan Agong. Dalam pada itu, setiap hukuman yang telah

diputuskan di Mahkamah Tentera boleh kemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah ini terdiri daripada dua komponen utama iaitu Mahkamah Tinggi

Tentera dan Mahkamah Rendah Tentera. Mahkamah Tinggi Tentera berkuasa

untuk membicarakan kes para pegawai yang berpangkat Staf Sarjan dan ke atas

yang akan diadili oleh seorang Yang Dipertua berpangkat Leftenan Kolonel ke

atas dengan dibantu oleh dua hingga lima orang pegawai yang berpangkat Kapten

atau Mejar. Manakala Mahkamah Rendah Tentera berkuasa untuk membicarakan

anggota yang berpangkat lebih rendah daripada Staf Sarjan yang akan diadili oleh

seorang Yang Dipertua berpangkat Mejar dengan dibantu oleh dua hingga lima

orang pegawai yang berpangkat Kapten.

10.3.14 Mahkamah Bumiputera

Mahkamah Bumiputera juga dikenali sebagai Mahkamah Anak Negeri diwujudkan

khusus di bawah Ordinan Mahkamah Bumiputera Sabah 1954 dan Ordinan

Mahkamah Bumiputera Sarawak 1955. Mahkamah Bumiputera ditubuhkan

bertujuan untuk mentadbir dan mengendalikan undang-undang adat di Sabah

dan Sarawak. Secara spesifik, mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk

mengendalikan kes-kes perlanggaran adat seperti adat keagamaan, pemilikan

tanah, perkahwinan, wasiat dan adat-adat suku kaum tertentu.

Mahkamah Bumiputera di Sabah terdiri daripada:

• Mahkamah Rayuan Bumiputera dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi

• Mahkamah Pegawai Daerah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah

Page 196: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

170

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Mahkamah Bumiputera dipengerusikan oleh Ketua Bumiputera atau Ketua

Kampung

Mahkamah Bumiputera di Sarawak terdiri daripada:

• Mahkamah Rayuan Bumiputera dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi

• Mahkamah Bumiputera Residen dipengerusikan oleh Residen

• Mahkamah Daerah Bumiputera dipengerusikan oleh Majistret Kelas Pertama

• Mahkamah Pegawai atau Ketua Bumiputera dipengerusikan oleh Pegawai atau

Ketua Bumiputera

• Mahkamah Ketua Kampung dipengerusikan oleh Ketua Kampung

Mahkamah Bumiputera terletak di bawah kawalan Dewan Undangan Negeri bagi

setiap negeri Sabah dan Sarawak. Semua prosiding di Mahkamah Bumiputera

dibuat secara terbuka dan keputusan dibuat berdasarkan kepada suara majoriti

mengikut undang-undang atau adat Bumiputera berkaitan. Mahkamah Bumiputera

boleh menjatuhkan hukuman seperti denda dan penjara bergantung kepada jenis

dakwaan yang dibicarakan.

10.3.15 Mahkamah Perusahaan

Mahkamah Perusahaan ditubuhkan melalui seksyen 21(1) Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 (Akta 177). Mahkamah Perusahaan mempunyai bidang kuasa

yang terhad iaitu berkaitan dengan pertikaian perusahaan antara pihak majikan

dengan pekerja yang melibatkan syarat-syarat pekerjaan, keadaan pekerjaan dan

pembuangan pekerja. Mahkamah Perusahaan dipengerusikan oleh seorang Presiden

yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan sebuah panel yang mewakili majikan

dan pekerja yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia. Menteri dalam urusan

pelantikan panel tersebut akan merujuk kepada organisasi pekerjaan yang terlibat.

Keputusan perbicaraan dibuat berdasarkan suara majoriti dan dianggap sebagai

muktamad. Namun begitu, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan

keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Perusahaan, mereka boleh mengemukakan

rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Page 197: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

171

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

RUMUSANBadan kehakiman adalah salah satu daripada tiga komponen utama badan

pentadbiran di Malaysia. Bidang kuasa khusus yang terletak di bawah badan

kehakiman ialah untuk menjaga keamanan negara, memelihara keadilan dan

mengawasi undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen berdasarkan kepada

peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Secara prinsipnya, bagi melaksanakan

tanggungjawab untuk menegakkan kedaulatan undang-undang, institusi

mahkamah telah diwujudkan. Mahkamah adalah sebuah badan yang telus, bebas

dan berkecuali bertanggungjawab dalam memastikan sistem pengadilan dapat

direalisasikan dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa, agama, keturunan,

darjah mahupun kedudukan seseorang. Dalam memastikan kelicinan pengendalian

kes-kes yang dirujuk, maka diwujudkan pengklasifikasian mahkamah berdasarkan

kepada hierarki tertentu. Asasnya terdapat dua kategori mahkamah iaitu mahkamah

awam dan mahkamah khas. Mahkamah awam adalah untuk membicarakan kes-kes

yang melibatkan kesalahan sivil dan jenayah orang ramai, sementara itu mahkamah-

mahkamah khas adalah untuk menyelesaikan kes-kes terkhusus berteraskan bidang

kuasa tertentu.

SEMAKAN KENDIRI

1. Pelajar dikehendaki membuat peta minda bagi menjelaskan bidang

kuasa mahkamah awam di Malaysia.

2. Pelajar perlu membuat penilaian berkumpulan terhadap kes-kes

rayuan berprofail tinggi yang dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Page 198: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

172

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS

1. Bincangkan peranan mahkamah awam dengan mahkamah-mahkamah

khas?

2. Terdapat tiga buah mahkamah atasan dalam sistem kehakiman di

Malaysia. Huraikan perbezaan ketiga-tiga buah mahkamah tersebut?

3. Sejauh mana Mahkamah Syariah mempunyai kuasa dalam

membicarakan kes yang melibatkan orang Islam di Malaysia?

KATA KUNCI

Badan Kehakiman

Kod Etika Hakim

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Penghulu

Mahkamah Khas Raja-Raja

Mahkamah Kanak-Kanak

Mahkamah Tentera

Mahkamah Syariah

Mahkamah Bumiputera

Mahkamah Perusahaan

RUJUKANAmran Idris, Ismail Kosman, Mastor Selamat, Mohd Noor Yusof, & Md Lasa Yahya.

(2007). Kenegaraan Malaysia: Pengajian Am. Puchong: Local Publications.

Asnarulkhadi Abu Samah, & Jayum Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Malaysia Kita. (2003). Sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Page 199: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

173

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Mohd Salleh Abas. (2003). Prinsip perlembagaan dan pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nazaruddin Mohd Jadi, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail Mohd Rashid. (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan kewarganegaraan. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Perlembagaan Persekutuan. (2000). Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail, & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 200: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

174

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 11 Dasar Pembangunan Sosial Mohd Mahadee Ismail

PENGENALANUnit ini membincangkan tentang dasar pembangunan sosial yang terdiri daripada

beberapa dasar utama yang menekankan aspek pembangunan sosial seperti

pendidikan, kebudayaan, belia, wanita, warga emas dan integriti.

OBJEKTIF

1. Menjelaskan asas pembentukan dasar pembangunan sosial di Malaysia.

2. Membincangkan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan sosial, matlamat,

strategi pelaksanaan dan kepentingannya.

3. Menghuraikan faedah pelaksanaan dasar pembangunan sosial terhadap

pembinaan negara bangsa.

ISI PENTING

11.1 Matlamat Dasar Pembangunan SosialDasar-dasar pembangunan sosial telah dirangka oleh pihak Kerajaan Malaysia bagi

mencapai matlamat pembangunan insaniah, kemanusiaan dan kemasyarakatan

merangkumi aspek pembangunan rohani dan jasmani, fizikal dan spiritual. Pelbagai

pendekatan telah diambil oleh pihak pemerintah dalam memastikan matlamat

yang telah disasarkan menjadi kenyataan. Pembentukan dasar-dasar pembangunan

sosial merangkumi Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Sosial Negara, Dasar

Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Wanita Negara, Dasar Pembangunan Belia

Negara, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Warga Emas dan Pelan Integriti

Nasional.

Page 201: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

175

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan

11.2.1 Pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan dirangka khusus bagi mencapai satu sistem

pendidikan yang sistematik berlatarkan Malaysia. Tujuan asas pembentukan Dasar

Pendidikan Kebangsaan ialah untuk menggantikan sistem pendidikan British dan

menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Pembentukan

Dasar Pendidikan Kebangsaan bermula dengan terbitnya Penyata Razak pada

tahun 1956 yang kemudiannya dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran pada

tahun 1957. Penyata Razak telah disemak semula melalui Penyata Rahman Talib

pada tahun 1960 dan telah dimaktubkan dalam Akta Pelajaran pada tahun 1961.

Selepas itu Penyata Rahman Talib telah dikaji semula oleh Jawatankuasa Kabinet

pada tahun 1974 bertujuan untuk melahirkan sebuah masyarakat yangt bersatu

padu dan berdisiplin tinggi bagi memenuhi keperluan modal insan yang terlatih

untuk pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet diterbitkan pada

tahun 1979. Pembentukan penyata dan laporan berkenaan menjadi pemangkin

kepada pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang lebih komprehensif dan

sistematik selari dengan falsafah pendidikan negara.

11.2.2 Penyata Razak 1956

Tujuan utama pembentukan Penyata Razak 1956 adalah untuk mencapai matlamat

berikut, antaranya ialah:

• Menyediakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa

pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.

• Melahirkan perpaduan antara masyarakat yang berbilang etnik sebagai satu

rumpun bangsa Tanah Melayu.

• Menyediakan satu sistem pentadbiran dan pengurusan pendidikan yang lebih

cekap, efektif dan bermutu tinggi.

• Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, berteloransi, liberal dan

progresif sesuai dengan acuan negara.

• Menyediakan modal insan bagi keperluan ekonomi negara.

Page 202: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

176

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Beberapa pendekatan telah diperkenalkan melalui Penyata Razak iaitu;

• Pelajaran Peringkat Rendah

* Menggunakan satu sukatan pelajaran sahaja.

* Peringkat persekolahan adalah selama enam tahun.

* Sekolah Rendah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya

sebagai bahasa pengantar.

* Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan boleh menggunakan bahasa kumpulan

etnik sebagai bahasa pengantar.

• Pelajaran Peringkat Menengah

* Menggunakan satu sukatan pelajaran sahaja.

* Peringkat persekolahan adalah selama lima tahun.

* Sekolah Menengah Kebangsaan perlu menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar.

* Sekolah Menengah Jenis Kabangsaan boleh menggunakan bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar.

11.2.3 Penyata Rahman Talib 1960

Tujuan asas pembentukan Penyata Rahman Talib pada tahun 1960 adalah untuk

mengkaji semula syor-syor yang telah dikemukakan melalui Penyata Razak ke

arah memperkasa sistem pendidikan kebangsaan. Hasilnya beberapa cadangan

berikut telah dikemukakan melalui Penyata Rahman Talib merangkumi beberapa

dimensi berikut;

• Bahasa Kebangsaan

* Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah,

sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

* Semua jenis peperiksaan awam perlu dikendalikan dalam bahasa Melayu.

* Semua calon peperiksaan wajib lulus bahasa Melayu untuk melanjutkan

pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

• Pelajaran Agama dan Moral

* Pengajaran agama Islam diwajibkan di semua sekolah yang mempunyai

bilangan pelajar yang tidak kurang daripada 15 orang.

Page 203: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

177

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

* Pelajar bukan Islam perlu diajar mata pelajaran Pendidikan Moral dalam

konteks untuk pembentukan sahsiah diri.

• Kenaikan Kelas

* Kenaikan kelas secara automatik dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

* Peluang pendidikan secara automatik bagi semua pelajar selama 9 tahun.

* Pelajaran peringkat sekolah rendah diberi secara percuma tanpa mengira

bahasa pengantar yang digunakan.

• Kelas Peralihan

* Diwujudkan kelas peralihan selama satu tahun bagi pelajar aliran jenis

kebangsaan Cina dan Tamil sebelum ke tingkatan satu sekolah kebangsaan.

* Peperiksaan SRP dan LCE boleh dikendalikan dalam bahasa Melayu dan

bahasa Inggeris.

• Pendidikan Teknik dan Vokasional

* Pengenalan pendidikan tenik dan vokasional amat penting dalam

menyediakan pelajar bagi menghadapi perkembangan ekonomi negara.

* Pelaksanaannya melibatkan beberapa institusi teknologi di Kuala Lumpur,

Ipoh dan Pulau Pinang.

11.2.4 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974

Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah diwujudkan bagi mengkaji

semula dasar pendidikan kebangsaan dengan lebih teliti khususnya dalam usaha

melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Melalui Laporan

Jawatankuasa Kabinet, beberapa penekanan telah diutarakan antaranya ialah;

• Penguasaan pelajar terhadap aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

• Kenaikan darjah secara automatik dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

• Penekanan terhadap aktiviti kokurikulum dalam pembentukan disiplin diri ke

arah pemupukan semangat perpaduan berteraskan platform nasional.

• Penekanan yang lebih komprehensif terhadap sekolah vokasional.

• Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan.

Page 204: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

178

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Mewujudkan sukatan pelajaran bagi sekolah swasta yang selaras dengan

sukatan pelajaran kebangsaan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet telah diterbitkan pada tahun 1979 sebagai panduan

utama dalam memenuhi keperluan modal insan negara dalam jangka panjang dan

jangka pendek. Pada masa yang sama ia dirangka untuk mencapai perpaduan etnik

yang lebih erat, mewujudkan masyarakat yang lebih berdisiplin dan terlatih.

11.2.5 Dasar Pendidikan Kebangsaan

Asas utama Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara

dalam membentuk satu identiti kebangsaan, memupuk perpaduan yang lebih

holistik dan mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Apa yang menjadi keutamaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan insan yang berilmu

serta berakhlak mulia, seimbang dari semua aspek kehidupan bagi megekalkan

keharmonian dalam masyarakat. Dari itu Dasar Pendidikan Kebangsaan telah

meletakkan objektif khusus yang perlu dicapai dalam kerangka pembangunan

modal insan di Malaysia.

11.2.5.1 Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan

• Memupuk masyarakat yang bersatu padu.

• Melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan.

• Mewujudkan satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan modal

insan negara.

• Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik negara.

11.2.5.2 Strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan

• Melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di

semua peringkat sekolah.

• Mewujudkan kurikulum yang standard dan berorientasikan Malaysia bagi

semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

• Memperkenalkan sistem peperiksaan yang sama dan selaras bagi semua jenis

sekolah.

Page 205: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

179

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Mengemaskini tatacara pengurusan pendidikan dengan lebih efektif.

• Meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan dengan menyediakan sukatan

pelajaran yang holistik, seimbang dan bersepadu.

• Menyediakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun dari sekolah

rendah ke sekolah menengah.

• Mengagihkan peruntukan pendidikan dengan adil dan saksama dalam usaha

untuk mendemokrasikan pendidikan.

• Melestarikan pendidikan rendah berdasarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) dan pendidikan menengah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM).

• Melahirkan insan yang seimbang dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran

tertentu serta mempunyai nilai etika dan moral yang kukuh.

• Mengembangkan pendidikan teknik dan vokasional melalui penyusunan

semula kurikulum sekolah teknik dan vokasional.

• Menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan yang diperlukan oleh pelajar di

peringkat institusi pengajian tinggi.

• Memperkasa pendidikan kerohanian, moral dan disiplin diri.

• Menjadikan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib

diajar di semua jenis sekolah serta memberi peluang bagi pembelajaran bahasa

Cina dan Tamil.

• Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dapat

memupuk disiplin diri seperti pengakap, bulan sabit merah, kadet tentera,

bomba dan polis.

Dasar Pendidikan Kebangsaan terus ditranformasi dari masa ke semasa bagi

memenuhi keperluan dan mencapai wawasan negara. Pihak kerajaan telah

memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 hingga 2010 dan

2013 hingga 2025 yang bermatlamat ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.

Page 206: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

180

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.2.5.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Melalui pengenalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, pihak kerajaan telah

mengetengahkan beberapa anjakan baharu seperti berikut;

• Menyediakan akses yang samarata ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi

dan bertaraf antarabangsa.

• Memastikan semua pelajar menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

dengan efisyen.

• Mewujudkan jati diri rakyat Malaysia yang sarat nilai.

• Mentransformasi profesian perguruan ke peringkat yang lebih berkualiti.

• Memastikan wujudnya pemimpin berprestasi tinggi di semua sekolah.

• Meningkatkan keupayaan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan

Daerah dan peringkat sekolah dalam menyediakan pelbagai keperluan pelajar.

• Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat ke arah peningkatan kualiti

pengajaran dan pembelajaran.

• Melaksanakan transformasi penyampaian pendidikan supaya lebih efektif.

• Meningkatkan kerjasama yang lebih meluas antara pelbagai pihak seperti ibu

bapa, komuniti dan sektor swasta.

• Memaksimumkan tahap keberhasilan pelajar bagi setiap ringgit yang

dibelanjakan.

• Memperkasa dan meningkatkan ketelusan kebertanggungjawaban awam.

11.3 Dasar Sosial NegaraDasar Sosial Negara telah dilaksanakan bermula pada 19 Februari 2003 sewaktu

pemerintahan Tun Adullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.

Dasar Sosial Negara merupakan satu dasar induk pembangunan sosial yang digubal

khusus berpaksikan kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam kehidupan serta

peningkatan keupayaan insan secara menyeluruh. Pembentukan Dasar Sosial

Negara bermatlamat untuk mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan

nasional dan keharmonian hidup masyarakat multietnik Malaysia. Selain itu dasar

Page 207: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

181

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

ini dirangka untuk melahirkan sebuah masyarakat yang maju dan lestari dalam

konteks pembangunan sosial, ekonomi dan teknologi.

11.3.1 Rasional Dasar Sosial Negara

Pembangunan ekonomi menjadi prasyarat penting bagi pembangunan negara,

akan tetapi pembangunan holistik dapat mengimbangi kehidupan manusia secara

keseluruhannya. Melalui dasar ini, setiap ahli dalam masyarakat mempunyai

peluang yang sama rata dalam meningkatkan potensi diri secara maksimum

seiring dengan matlamat Wawasan 2020 yang berhasrat untuk merealisasikan

pembentukan sebuah negara maju berdasarkan acuan sendiri pada tahun 2020.

11.3.2 Objektif Dasar Sosial Negara

• Objektif Umum

Memberi jaminan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat tanpa

mengira kumpulan etnik, agama, gender, budaya, fahaman politik mahupun

perbezaan wilayah supaya dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada

pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup yang berkekalan.

• Objektif Khusus

* Memastikan individu, keluarga dan masyarakat mendapat keperluan asas

yang diperlukan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

* Mempertingkatkan dan memperkasa insan sepanjang hayat tanpa

membezakan kumpulan etnik, agama, gendar dan sebagainya.

* Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial serta

perkhidmatan sosial bagi membantu anggota masyarakat untuk

membangun secara optimum.

* Menjana sinergi multisektor dengan menggalakkan kerjasama sektor

awam, swasta dan sukarela untuk mewujudkan sistem perkhidmatan sosial

yang terbaik.

Page 208: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

182

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.3.3 Strategi Pelaksanaan Dasar Sosial Negara

Pelbagai pendekatan telah diambil bagi mencapai setiap objektif Dasar Sosial

Negara seperti berikut:

• Strategi Pelaksanaan Objektif 1

Mewujudkan pelbagai bentuk peluang bagi setiap individu dapat menikmati

keperluan asas, memastikan mereka mendapat hak bagi kelangsungan hidup

dan keperluan hidup yang holistik.

• Strategi Pelaksanaan Objektif 2

Menjamin hak setiap kelahiran baru, memasikan kanak-kanak mendapat

pendidikan terbaik, memastikan remaja diberi pengiktirafan, peluang dan

bimbingan supaya mereka boleh berdikari, mendorong individu pertengahan

dewasa menambah pengetahuan dan kemahiran, memberikan peluang kepada

warga tua untuk terus menyumbang kepada negara dan memupuk nilai-nilai

patriotisme.

• Strategi Pelaksanaan Objektif 3

Membangunkan keluarga sebagai satu pasukan, mengiktiraf kepentingan

pelbagai kelompok etnik dan perbezaan agama, memberi peluang yang sama

rata kepada semua untuk mencapai kecemerlangan pendidikan dan kemahiran

tertentu, mewujudkan agensi penyedia keperluan asas sosial dan khidmat

sosial, menggalakkan penggubalan dan pelaksanaan dasar, menggalakkan

kerjasama komuniti, mengkaji isu-isu sosial, memperluas khidmat bimbingan,

mewujudkan pangkalan maklumat dan membangunkan perkhidmatan pakar

pembangunan sosial.

• Strategi Pelaksanaan Objektif 4

Menggalakkan setiap organisasi memantapkan fungsi pembangunan sosial,

mewujudkan mekanisme perancangan sosial, memperkasa fungsi bahagian

pembangunan sosial, menggalakkan penglibatan pihak berkuasa tempatan

dalam program sosial, memperluas peranan kepimpinan, memastikan wakil

rakyat memainkan peranan pembangunan sosial, menyokong perkembangan

sektor sukarela, menggalakkan sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial

dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memajukan diri, keluarga

dan masyarakat.

Page 209: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

183

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.3.4 Jentera Pelaksana Dasar Sosial Negara

Pelaksanaan Dasar Sosial Negara melibatkan pelbagai organisasi dan agensi dalam

masyarakat seperti berikut;

• Majlis Sosial Malaysia (MSN)

• Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara

• Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Peringkat Kementerian

• Majlis Pembangunan Negeri

• Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri

• Jawatankuasa Pembangunan Daerah dan Bahagian

• Peringkat akar umbi dan komuniti

11.4 Dasar Kebudayaan KebangsaanKebudayaan menjadi pemangkin kepada cara hidup sesebuah masyarakat. Dalam

konteks masyarakat Malaysia yang bersifat multietnik, suatu dasar yang selaras

diperlukan dalam proses pembentukan kebudayaan nasional bagi melahirkan cara

hidup yang bersifat ke-Malaysiaan. Sehubungan dengan itu, Dasar Kebudayaan

Kebangsaan dirangka khusus pada tahun 1971 sebagai garis panduan dalam

pembentukan, pewujudan dan pengekalan identiti kebangsaan khususnya dalam

usaha mencapai pembinaan sebuah negara bangsa yang mempunyai ketahanan

nasional yang utuh. Dasar Kebudayaan Kebangsaan mencakupi pelbagai aspek

kehidupan merentasi sosio-budaya, ekonomi dan politik masyarakat. Dari itu

pelaksanaannya memerlukan usaha berterusan yang melibatkan penggemblengan

semua lapisan masyarakat termasuk di akar umbi.

11.4.1 Rasional Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan berdasarkan

kepada pertimbangan fakta sejarah Tanah Melayu, kedudukan serantau dan proses

pembinaan tamadun yang berlaku sejak zaman-zaman awal petempatan di bumi

Melayu. Hubungan alam Melayu dengan dunia luar turut menjadi penentu kepada

pembentukan suatu budaya bangsa yang lebih holistik sifatnya. Selain itu, proses

interaksi, pengenalan, penerimaan dan penyerapan unsur-unsur budaya yang sesuai

Page 210: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

184

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dan tidak bertentangan dengan nilai masyarakat setempat juga diambil kira dalam

pembentukan budaya keMalaysiaan.

11.4.2 Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan kepada tiga prinsip

utama yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan merangkumi;

• Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu rantau nusantara.

Rantau nusantara merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura,

Thailand, Brunei, Kampuchea dan Kepulauan Selatan Pasifik iaitu Polynesia,

Melanesia dan Oceania sehingga ke Malagasi telah mempengaruhi

pembentukan tamadun dan kebudayaan Melayu.

• Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima sebagai

budaya bangsa. Unsur budaya Cina, India, Arab, Parsi, Barat dan lain-lain yang

sesuai dan tidak bercanggah dengan nilai masyarakat setempat, Perlembagaan

Negara, Rukun Negara serta kepentingan nasional diterima dalam proses

pembentukan kebudayaan kebangsaan.

• Islam menjadi salah satu unsur penting dalam pembinaan budaya bangsa.

Agama Islam menjadi pedoman kepada manusia dalam mengimbangi dan

memadukan usaha untuk mengisi kehendak rohani dan jasmani khususnya

dalam konteks pembentukan keperibadian mulia dan akhlak terpuji.

11.4.3 Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan

• Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan kebangsaan.

• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada

kebudayaan kebangsaan.

• Memperkaya dan meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian

yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

11.4.4 Strategi Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

• Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan

asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan,

pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.

Page 211: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

185

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing

dan melatih peminat, mendokong dan menggerakkan kebudayaan seluas-

luasnya sebagai jentera pembangunan yang efektif.

• Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,

kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

• Memenuhi keperluan sosiobudaya masyarakat.

• Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi tanggungjawab utama

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Pihak kementerian

telah mengambil beberapa pendekatan dalam memastikan Dasar Kebudayaan

Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui aktiviti pembangunan,

penyelidikan, pendidikan dan pengembangan kesenian. Akan tetapi, penglibatan

setiap lapisan masyarakat amat penting bagi menjamin kelestarian pelaksanaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan bagi pembinaan keperibadian bangsa.

11.5 Dasar Wanita NegaraHampir separuh daripada penduduk Malaysia adalah terdiri daripada golongan

wanita. Sumbangan mereka cukup penting dalam pembangunan negara menerusi

pelbagai segmen kehidupan sebagai seorang ibu, isteri ataupun seorang pekerja.

Golongan wanita bukan sahaja pembentuk generasi akan datang tetapi turut

memainkan peranan utama dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia.

Oleh kerana penglibatan golongan wanita dalam arus pembangunan negara cukup

penting, maka pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Wanita Negara pada

tahun 1989.

11.5.1 Rasional Dasar Wanita Negara

Antara rasional pelaksanaan Dasar Wanita Negara ialah;

• Kepentingan peranan wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat,

ekonomi dan politik negara dapat dibangunkan dengan efektif serta potensi

wanita dapat dimaksimumkan.

Page 212: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

186

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Melibatkan wanita secara langsung dalam proses pembangunan negara melalui

pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi.

• Mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara.

11.5.2 Objektif Dasar Wanita Negara

• Memberi jaminan perkongsian yang adil dan saksama antara lelaki dan wanita

dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapat peluang dan

faedah dari pembangunan negara.

• Mengintegrasi golongan wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara

selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan

mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta

huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman, makmur dan

sejahtera.

11.5.3 Strategi Perlaksanaan Dasar Wanita Negara

• Memperkasa Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) sebagai Jentera Pembangunan

Negara yang efektif dalam menangani hal ehwal wanita.

• Mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan

proses perancangan, pelaksanaan dan pengawasan program-program

pengintegrasian wanita, yang membawa faedah kepada pihak wanita.

• Menerapkan pendidikan dan latihan bagi mewujudkan kesedaran pihak

pentadbiran kerajaan mengenai isu wanita, kepekaan gender di pelbagai

peringkat.

• Melibatkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi sukarela dalam

program dan tindakan pembangunan golongan wanita.

• Mencegah berlakunya diskriminasi terhadap wanita dan mengambil tindakan

tegas terhadap pihak yang mendiskriminasi golongan wanita.

• Memajukan dan menyelaras penyelidikan mengenai isu-isu wanita.

• Memperuntukkan anggaran belanjawan yang khusus bagi setiap agensi untuk

memenuhi program dan projek pembangunan golongan wanita.

Page 213: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

187

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.5.4 Pelan Tindakan Pembangunan Golongan Wanita

• Melaksanakan jentera peringkat nasional bagi pengintegrasian wanita dalam

pembangunan negara seperti HAWA.

• Memperkenalkan satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira keperluan

dan taraf kesihatan golongan wanita.

• Menyediakan pendidikan dan latihan kepada golongan wanita sesuai dengan

bidang yang diminati.

• Menyemak dan mengemaskini undang-undang supaya hak wanita terbela.

• Meningkatkan penglibatan wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan, sektor

sosial, ekonomi dan politik.

• Membuka ruang yang luas penglibatan wanita dalam arena politik negara.

• Menggalakkan penglibatan wanita dalam semua aspek perkembangan media

massa.

• Mendorong penglibatan wanita secara aktif dalam semua aktiviti keagamaan.

• Menggalakkan penyertaan wanita dalam bidang kebudayaan dan kesenian.

11.6 Dasar Pembangunan Belia NegaraGolongan belia merupakan kumpulan terbesar di Malaysia. Mereka menjadi tulang

belakang pembangunan dan penentu masa depan negara. Mereka juga menjadi

pemangkin kepada kelestarian ekonomi, kesejahteraan sosial dan kestabilan politik

dalam negara. Dalam konteks Malaysia, takrifan belia mencakupi golongan yang

berumur 15 hingga 40 tahun, akan tetapi dari segi strategi pelaksanaan program

pembangunan belia akan melibatkan golongan yang berumur 18 hingga 25 tahun.

Dasar Pembangunan Belia Negara telah dilaksanakan bagi menggantikan dan

memperkasa Dasar Belia Negara yang dilihat kurang efektif dalam mencapai

sasaran yang telah ditetapkan.

11.6.1 Matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara

• Melahirkan golongan belia yang memiliki keperibadian holistik dari segi

rohaniah, akliah dan jasmaniah.

Page 214: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

188

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Mewujudkan generasi yang bertanggungjawab, mampu berdikari, bersemangat

sukarela dan patriotik.

• Membentuk generasi yang mampu menjadi penggerak kepada kemajuan dan

kemakmuran bangsa, agama dan negara seiring dengan Wawasan 2020.

11.6.2 Strategi Pelaksanaan Dasar Pembangunan Belia Negara

Beberapa strategi pelaksanaan telah diambil dalam memastikan objektif Dasar

Pembangunan Belia Negara tercapai, antaranya ialah;

• Menggalakkan usaha menuntut dan mengembangkan ilmu pengetahuan dalam

pelbagai bidang.

• Menerapkan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif serta kreatif.

• Menyediakan golongan belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan

vokasional serta kemahiran keusahawanan.

• Memupuk gaya hidup sihat melalui galakan penyertaan dalam persatuan dan

aktiviti sukarela.

• Mempertingkatkan pelbagai bentuk kemudahan dalam menggalakkan interaksi

sosial yang sihat.

• Mengambil pendekatan perkongsian dan kerjasama antara pelbagai agensi

kerajaan, swasta dan NGO dalam pembangunan golongan belia.

• Mendorong golongan belia mengadakan jaringan dan interaksi dengan

masyarakat antarabangsa.

11.6.3 Pelan Tindakan Dasar Pembangunan Belia Negara

• Menganjurkan program-program keilmuan dan latihan melalui kerjasama

sektor awam, swasta, NGO dan pertubuhan belia.

• Memperkasa program pembangunan kepimpinan dan pembinaan sahsiah

diri bagi memupuk kekuatan diri, institusi kekeluargaan, keagamaan dan

kemasyarakatan.

• Mengemaskini pelbagai bentuk program latihan dan kemahiran, peluang

perniagaan dan keusahawanan supaya golongan belia mampu berdikari dan

membina kerjaya dengan cemerlang.

Page 215: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

189

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Memperkasa keupayaan pertubuhan belia dalam menarik minat golongan

muda menyertai program yang dilaksanakan.

• Memperluaskan peluang dan kemudahan bagi golongan belia memajukan diri

dalam bidang ekonomi dan sosial.

• Mempertingkatkan semangat kesukarelawan dan patriotisme melalui

penglibatan dalam kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.

• Menambah kefahaman golongan belia tentang dunia persejagatan.

• Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi tujuan penyelidikan

belia.

Dasar Pembangunan Belia Negara digubal dengan harapan untuk membangunkan

golongan belia secara menyeluruh dan efektif berteraskan kepada prinsip-prinsip

Rukun Negara. Di samping itu, pentingnya mengambil tindakan bagi memperkasa

golongan belia hari ini kerana mereka bakal menentukan kejayaan dan kemajuan

negara di hari muka.

11.7 Dasar Bersih, Cekap dan AmanahPada bulan April 1982, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad

telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang

seharusnya menjadi amalan bagi seluruh rakyat Malaysia bagi membentuk sikap

yang positif dan bermoral tinggi. Pelaksanaan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

juga bertujuan untuk menerapkan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi,

pelaksanaan sesuatu bidang tugas dengan efisyen dan efektif serta beramanah.

Dasar ini telah menjadi asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan yang

dilaksanakan pada 19 Mac 1983.

11.7.1 Objektif Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

• Mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat baharu bagi rakyat

Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan hasil (produktiviti)

dan mutu kerja.

• Meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan Penerapan

Nilai-nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan.

Page 216: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

190

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Secara spesifik, tiga nilai teras yang ingin diterapkan melalui dasar ini mencakupi

aspek berikut;

• Bersih iaitu berteraskan nilai moral yang tinggi, mementingkan tatatertib,

berdisiplin, tidak terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa, berkecuali, tidak

mementingkan diri sendiri dan tidak mempunyai hasad dengki.

• Cekap iaitu berani dan cepat dalam membuat sesuatu keputusan, mampu

menghadapi krisis, tegas, mementingkan produktiviti dan mutu kerja, keyakinan

diri yang tinggi, berpandangan jauh, proaktif dan kreatif, berpengetahuan dan

mahir.

• Amanah iaitu rela dan cuba menunaikan tanggungjawab dengan gigih dan

ikhlas, bersifat luhur dan murni, serta jujur.

11.7.2 Strategi Pelaksanaan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

• Mewujudkan Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM).

• Meningkatkan aspek pengurusan melalui teknik-teknik baharu seperti

mesyuarat dan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (QCC).

• Memperluas khidmat pusat pembayaran bil setempat bagi kemudahan orang

ramai.

• Memperkenalkan konsep pejabat pelan terbuka dengan memaksimumkan

penggunaan ruang pejabat.

• Mengaplikasi kad perakam waktu kerja sebagai sesuatu yang wajib.

• Melaksanakan pengisytiharan harta anggota kabinet dan pegawai serta

kakitangan awam.

• Menerapkan pemakaian tag nama bagi kakitangan kerajaan.

• Mengukuhkan dan memperkasa peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

• Mewujudkan skim perkhidmatan cemerlang bagi menghargai pegawai yang

berdedikasi dan telah memberikan sumbangan yang besar.

• Menghantar para pegawai melanjutkan pelajaran bagi meluaskan ilmu

pengetahuan dan pengalaman.

Page 217: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

191

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Pelaksanaan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah adalah suatu tindakan untuk

memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pekerja di Malaysia dalam pelbagai

sektor awam, swasta mahupun persendirian. Pemupukan sifat-sifat tersebut bukan

sahaja dapat meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan individu tetapi dapat

mendorong kepada penghasilan produktiviti dan daya pengeluaran yang lebih

tinggi.

11.8 Dasar Warga Emas NegaraPengenalan Dasar Warga Emas Negara adalah sebagai suatu respon terhadap

fenomena abad ke-21 ini di mana berlaku proses penuaan penduduk realiti yang

semakin membesar. Merujuk kepada unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(2009), Malaysia akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila

penduduk yang berusia 60 tahun dan ke atas mencecah 15 peratus daripada

jumlah keseluruhan penduduk di negara ini. Bagi persediaan menghadapi cabaran

tersebut, pihak kerajaan telah mengkaji semula Dasar Warga Tua Kebangsaan dan

telah menukar kepada Dasar Warga Emas Negara. Hal ini perlu diberikan perhatian

khusus bagi mewujudkan masyarakat yang bersifat penyanyang, peka, bertimbang

rasa dan mengutamakan kebajikan penduduk yang lebih berusia. Dalam konteks

Malaysia, takrifan warga emas mencakup penduduk yang berusia 60 tahun dan

ke atas berdasarkan kepada takrifan “World Assembly on Ageing” di Vienna pada

tahun 1982.

11.8.1 Falsafah Dasar Warga Emas Negara

Memberi pengiktirafan terhadap warga emas sebagai warganegara yang

berpengalaman dan mempunyai banyak kemahiran, berhak menikmati

kesejahteraan hidup, perlu dihormati dan boleh terus menyumbang kepada

pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

11.8.2 Nilai Dasar Warga Emas Negara

Dasar Warga Emas Negara memberikan penekanan terhadap beberapa nilai murni

seperti baik hati; berdikari; berhemah tinggi; hormat; kasih sayang; keadilan;

kebebasan; keberanian; kebersihan fizikal dan mental; kejujuran; kerajinan;

kerjasama; kesederhanaan; kesyukuran; rasional; dan semangat bermasyarakat.

Page 218: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

192

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.8.3 Prinsip Dasar Warga Emas Negara

• Mengambil pendekatan perkembangan sepanjang hayat.

• Mengiktiraf hak warga emas untuk mendapat keperluan asas yang berkualiti.

• Memberi keutamaan bagi setiap individu untuk mendapat peluang yang

saksama dalam mengakses pelbagai sumber.

• Meningkatkan martabat diri dan bersemangat berdikari.

• Mengeratkan silaturrahim antara pelbagai generasi.

• Menggalakkan penglibatan dan penyertaan dalam pelbagai aktiviti.

• Memperkukuh kerjasama dan perkongsian tanggungjawab.

11.8.4 Matlamat Dasar Warga Emas Negara

Matlamat utama Dasar Warga Emas Negara ialah untuk meningkatkan keupayaan

individu, keluarga dan masyarakat melalui penyediaan perkhidmatan mesra

warga emas yang efektif dan efisyen serta menwujudkan persekitaran yang boleh

mendorong warga emas untuk hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni.

11.8.5 Objektif Dasar Warga Emas Negara

• Melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap fenomena penuaan dan

meningkatkan keupayaan masyarakat bagi menghadapi hari tua.

• Memudahkan akses pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga

emas, keluarga dan masyarakat.

• Memberi jaminan agar warga emas dapat hidup dengan selamat dan mendapat

perlindungan yang sewajarnya.

• Merangka sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang efektif dan

komprehensif.

• Menggalakkan penglibatan warga emas dalam masyarakat yang pelbagai

kategori umur.

• Memangkin penggunaan hasil penyelidikan sebagai asas dalam perancangan,

pemantauan dan penilaian program bagi warga emas.

Page 219: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

193

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.8.6 Strategi Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara

• Mengadakan promosi dan advokasi mengenai proses penuaan bagi memupuk

kesedaran dalam masyarakat.

• Melaksanakan pendekatan pembelajaran sepanjang hayat bagi memberi

peluang kepada warga emas untuk meningkatkan potensi diri dengan ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang berguna.

• Memberikan keutamaan terhadap aspek keselamatan dan perlindungan warga

emas tanpa mengira latar belakang.

• Melaksanakan tadbir urus yang efektif dan perkongsian tanggungjawab

bersama.

• Menggalakkan penglibatan dan kesepaduan merentasi generasi secara

berterusan dalam sektor ekonomi dan sosial.

• Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi pembangunan warga emas

melibatkan perancangan, pelaksanaan dan penilaian program.

Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara bukan sahaja penting dalam memupuk nilai

kasih sayang antara generasi tetapi melibatkan usaha rapi dalam mendorong warga

emas untuk terus menyumbang pengalaman dan kemahiran bagi pembangunan

keluarga, masyarakat dan negara. Pelaksanaan pelbagai pendekatan tersebut juga

dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan warga emas yang proaktif

dan sentiasa mengambil bahagian dalam kehidupan bermasyarakat.

11.9 Pelan Integriti Nasional (PIN)Pelan ini dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Perdana Menteri Malaysia yang

kelima iaitu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Ia dianggap sebagai

suatu pelan yang bersifat holistik yang dibentuk dengan memberi fokus kepada

pemantapan etika dan integriti di kalangan semua anggota masyarakat. PIN digubal

selaras dengan dasar dan aspirasi beberapa teras negara seperti berikut:

Page 220: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

194

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

a. Cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk “Membentuk sebuah masyarakat

yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai

nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti

yang luhur”.

b. Semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan masyarakat

pelbagai kaum.

c. Prinsip Rukun Negara iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil,

demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip

Rukun Negara.

11.9.1 Objektif Khusus PIN

a. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat

bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,

berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

b. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam

usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan

diamalkan dalam semua bidang;

c. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat

serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip

integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

d. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,

dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

e. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani

cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

11.9.2 Pendekatan Utama Pelaksanaan PIN

Pendekatan utama dalam pelaksanaan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua

komponen dan sektor dalam negara untuk gerakan pemantapan integriti. Ini

melibatkan:

a. Keseluruhan institusi utama kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan

kehakiman perlu meningkatkan integriti mereka, menghormati dan

mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi

masing- masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan.

Page 221: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

195

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

b. Pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat perlu merangka

dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka sendiri.

11.9.3 Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

Institut Integriti Malaysia atau INTEGRITI (sebelum ini dikenali sebagai IIM)

ialah organisasi kerajaan yang ditubuhkan seiring dengan pelancaran PIN (2004)

sebagai badan penyelaras dan pemantau kepada pelaksanaan Pelan Integriti

Nasional. Objektif utama penubuhan INTEGRITI ialah membangunkan sebuah

bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni

sejagat. Terdapat tiga fasa sasaran hala tuju pelaksanaan PIN iaitu:

1. Fasa Pertama PIN (2004 – 2008). Ia terdiri daripada lima tahun sasaran yang

juga dikenali sebagai Tekad 2008. Fasa ini dijadikan asas kepada gerakan

pembudayaan integriti rakyat di negara ini. Daripada laporan lima tahun Fasa

Pertama telah dibentangkan dan telah mendapat maklum balas yang positif

daripada masyarakat.

2. Fasa Kedua PIN (2009 -2013) atau dikenali sebagai Tekad Integriti. Fasa ini

dikatakan telah memberikan beberapa indikasi positif yang menunjukkan PIN

telah berada pada landasan yang jelas dan tepat.

3. Fasa Ketiga (2014-2018) pula mensasarkan hala tuju PIN seterusnya ialah

menjadikan integriti dalam diri setiap individu sebagai tanggungjawab

1Malaysia.

RUMUSANPelaksanaan dasar-dasar pembangunan sosial merupakan suatu bentuk pelan

tindakan berfokus untuk membina, membentuk, membangunkan dan mengekalkan

kesejahteraan sosial dalam masyarakat multietnik Malaysia. Teras utama

pelaksanaan dasar-dasar pembangunan sosial ialah untuk menguruskan perbezaan

sosial dalam masyarakat dan mencapai perpaduan yang holistik di samping

penerapan elemen-elemen kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.

Selain itu, pelaksanaan dasar-dasar pembangunan sosial memberikan penekanan

terkhusus dalam pelbagai dimensi penting kehidupan seperti pendidikan, budaya,

belia, wanita dan pembangunan sikap. Pelaksanaannya tidak mudah sepertimana

Page 222: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

196

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

yang tertulis di atas kertas. Dari itu, dalam memastikan pelaksanaan dasar-dasar

pembangunan sosial mencapai matlamat yang telah disasarkan, maka ia perlu

mendapat sokongan dari pelbagai pihak. Sekiranya tanggungjawab pelaksanaannya

diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata, sudah pasti dasar-dasar tersebut

tidak akan ke mana-mana. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab seluruh

rakyat Malaysia untuk sama-sama menyokong dan mendokong dasar-dasar tersebut

khsususnya sebagai persediaan menghadapi pelbagai bentuk cabaran di hari muka.

SEMAKAN KENDIRI

1. Pelajar perlu membuat perbincangan dalam kumpulan apakah tindakan

yang perlu diambil bagi mengekalkan keharmonian di negara kita.

2. Pelajar dikehendaki mencari satu isu panas di akhbar berkaitan dengan

masalah sosial dalam kalangan rakyat Malaysia dan perlu membuat

analisis dokumen bagi melihat sebab-akibat.

SOALAN DALAM TEKS

1. Bincangkan masalah-masalah yang seringkali dikaitkan dengan

pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan?

2. Bandingkan strategi pelaksanaan Dasar Wanita Negara dengan Dasar

Pembangunan Belia Negara?

3. Sejauh manakah pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara mampu

menarik golongan warga emas untuk terus menyumbang dalam

pembangunan keluarga, masyarakat dan negara?

Page 223: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

197

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

KATA KUNCI

Dasar pembangunan sosial

Penyata Razak

Penyata Rahman Talib

Laporan Jawatankuasa Kabinet

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Dasar Sosial Negara

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Wanita Negara

Dasar Pembangunan Belia Negara

Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

Dasar Warga Emas Negara

Pelan Integriti Nasional

RUJUKANAmran Idris, Ismail Kosman, Mastor Selamat, Mohd Noor Yusof, & Md Lasa Yahya.

(2007). Kenegaraan Malaysia: Pengajian Am. Puchong: Local Publications.

Asnarulkhadi Abu Samah, & Jayum Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

INTAN. (1997). Dasar-dasar pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Malaysia Kita. (2003). Sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Nazaruddin Mohd Jadi, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail Mohd Rashid. (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan kewarganegaraan. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Portal 1 Klik, Jabatan Penerangan Malaysia. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan

Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail, & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 224: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

198

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 12 Dasar Pembangunan Negara Zatul Himmah Adnan

PENGENALANUnit ini akan menerangkan hala tuju dan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan

dalam membangunkan negara dan masyarakat. Fokus unit ini ialah penerangan

beberapa dasar terpilih yang terdiri daripada dasar utama pembangunan dan dasar

khusus. Sebelum itu, penjelasan mengenai asas dan matlamat pembangunan serta

latar belakang perancangan pembangunan akan turut dibincangkan.

OBJEKTIF

1. Menjelaskan matlamat dan asas dasar pembangunan negara.

2. Membincangkan dasar-dasar utama pembangunan negara, matlamat dan

kepentingannya.

3. Menghuraikan kepentingan dasar pembangunan terpilih.

ISI PENTING

12.1 Matlamat dan Asas Dasar PembangunanPembangunan sering disamakan dengan kemajuan atau pemodenan. Pembangunan

bermaksud perkembangan, perubahan atau peningkatan sesuatu perkara kepada

satu tahap yang lebih baik atau lebih kuat. Dasar pembangunan pula membawa

makna usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melakukan perubahan

atau memajukan kehidupan masyarakatnya dengan menyediakan pelbagai

bentuk sokongan serta bantuan secara teratur. Umumnya, pembangunan sering

dikaitkan dengan kemajuan ekonomi. Kebiasaanya, pembangunan diukur dengan

menggunakan skala ekonomi seperti Keluaran Dalam Negara Kasar, pendapatan

per kapita, kadar pengangguran, jurang kemiskinan dan lain-lain. Walau

bagaimanapun, takrifan pembangunan hari ini meliputi aspek bukan ekonomi

Page 225: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

199

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

seperti kestabilan politik dan kesejahteraan sosial. Dasar pembangunan penting

dalam sesebuah negara sebagai asas atau tapak kepada pembangunan negara dan

masyarakat secara keseluruhannya.

Secara asasnya matlamat dasar pembangunan di Malaysia ialah untuk pembangunan

yang seimbang dalam semua sektor ekonomi bagi mencapai perpaduan kaum dan

menjamin kestabilan politik. Pendekatan dan falsafah perancangan pembangunan

negara mengambil kira faktor latar belakang dan ciri negara seperti berikut (Unit

Perancang Ekonomi 2013):

1. Negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka.

2. Negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.

3. Negara yang berbilang etnik.

4. Negara persekutuan yang mengandungi 14 negeri, termasuk tiga wilayah

persekutuan.

12.2 Latar Belakang Dasar Pembangunan NegaraPerancangan pembangunan negara telah mula dilaksanakan sebelum kemerdekaan

lagi. Perkembangan pembangunan di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat

peringkat iaitu perancangan pra-merdeka, selepas merdeka, semasa Dasar Ekonomi

Baru dan selepas Dasar Ekonomi Baru.

a. Perancangan pra-merdeka

Perancangan peringkat awal ini merupakan perancangan pembangunan negara

dalam mempersiapkan diri untuk membangunkan negara tanpa dasar penjajah.

Ini meliputi Rancangan Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-

1955) dan sebahagian daripada Rancangan Malaya Pertama (1956-1960).

Tumpuan utama pada peringkat ini ialah membangunkan sektor awam dengan

menubuhkan beberapa agensi kerajaan yang penting untuk pembangunan luar

bandar. Dua agensi kerajaan yang ditubuhkan ialah Kementerian Pembangunan

Negara dan Luar Bandar dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Satu inovasi penting pada masa itu ialah pelaksanaan Rancangan Buku Merah

iaitu satu atur cara dalam mentadbir rancangan pembangunan secara selari di

tiga peringkat iaitu Pusat, Negeri dan Daerah (Kementerian Kemajuan Luar

Bandar 2015).

Page 226: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

200

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

b. Perancangan selepas merdeka

Perancangan selepas kemerdekaan terdiri daripada Rancangan Malaya Kedua

(1961-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Perancangan

pembangunan peringkat ini lebih sistematik dan insentif. Rancangan Malaya

Kedua melibatkan penyeliaan satu jawatankuasa yang turut dibantu oleh

Bank Dunia. Rancangan Malaysia Pertama telah dirangka dengan mengambil

kira kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan. Ia melibatkan

pembaharuan termasuk aspek tenaga manusia, program kepada setiap sektor

ekonomi dan penekanan kepada aspek integrasi antara negeri.

c. Perancangan Dasar Ekonomi Baru

Tragedi 13 Mei 1969 telah membawa kepada usaha pembangunan kerajaan

untuk mengatasi ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dan kawasan

melalui Dasar Ekonomi Baru. Peringkat ini melibatkan perancangan jangka

panjang (Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 atau RRJP1) iaitu di antara

1971-1990. Ia terdiri daripada empat Rancangan Malaysia yang terdiri daripada

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-

1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia

Kelima (1986-1990). Matlamat utama perancangan dalam peringkat ini ialah

perpaduan negara dengan antara strateginya ialah penghapusan pengenalan

kaum mengikut fungsi sektor ekonomi, menggalakkan penyertaan aktif sektor

awam dan swasta dalam mengatasi jurang ekonomi serta menyusun semula

masyarakat.

d. Perancangan selepas Dasar Ekonomi Baru

Fasa perancangan pembangunan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Ia

meliputi Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) (1991-2000), Rangka

Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJP3) (2000-2010) sehingga perancangan

terkini. RRJP2 melibatkan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam dan

Ketujuh (RMK6 dan RMK7). Dasar utama dalam tempoh ini ialah Dasar

Pembangunan Nasional. Manakala RRJP3 pula melibatkan perancangan

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dan Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMK9) dan dasar utama yang memacu pembangunan pada masa itu ialah Dasar

Wawasan Negara. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dan Rancangan

Malaysia Sebelas (RMK11) meneruskan perancangan dekad terakhir untuk

mencapai sasaran Wawasan 2020 seperti yang direncanakan pada tahun 1991.

Dalam tempoh masa ini, Dasar Transformasi Negara menjadi tunggak kepada

Page 227: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

201

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

perancangan pembangunan negara yang berteraskan kepada Model Ekonomi

Baru (2011-2020) dengan beberapa dasar ekonomi dan agenda tertentu untuk

mentransformasikan pelbagai sektor untuk mencapai status negara maju dan

inklusif seiring dengan matlamat Wawasan 2020.

Dari segi peringkat perancangan pembangunan negara terdapat tiga jenis

perancangan iaitu perancangan jangka panjang, sederhana dan pendek seperti

berikut (Unit Perancang Ekonomi 2013):

a. Perancangan Jangka Panjang

Perancangan Jangka Panjang meliputi i) Rangka Jangka Panjang (RRJP) yang

kebiasaannya dilaksanakan selama 10 tahun dan, ii) dasar-dasar pembangunan

seperti Dasar Pembangunan Nasional dan Wawasan 2020. Setiap RRJP

menetapkan teras dan strategi yang menyeluruh untuk mencapai sasaran di

bawah agenda pembangunan negara dalam jangka masa panjang.

b. Perancangan Jangka Sederhana

Terdapat dua jenis perancangan jangka sederhana iaitu pertama, rancangan

pembangunan lima tahun (RMK) seperti RMK5 1986-1990 dan RMK10

(2011-2015). Perancangan jangka sederhana ini ditetapkan melalui RRJP dan

merupakan perancangan utama dalam melaksanakan program pembangunan

kerajaan. Kebiasaannya RMK menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi,

siling peruntukan untuk program pembangunan sektor awam dan menggariskan

peranan sektor swasta. Kedua, ialah perancangan berdasarkan Kajian Separuh

Penggal (KSP) bagi rancangan pembangunan untuk lima tahun. KSP akan

dilaksanakan pada setiap pertengahan tempoh lima tahun RMK. Ia bertujuan

untuk menyemak semula prestasi pencapaian rancangan dasar ekonomi

makro dan sektoral serta membuat pelarasan semula strategi bagi mencapai

semakan sasaran baru. Di bawah RMK10, kaedah dua tahun rolling plan telah

diperkenalkan bagi membolehkan semakan program dan projek dilakukan

berdasarkan keupayaan kewangan semasa dengan tujuan untuk pelaksanaan

pembangunan yang lebih efektif.

c. Perancangan Jangka Pendek

Perancangan jangka pendek pula merujuk kepada Bajet Tahunan yang

disediakan oleh Kementerian Kewangan. Dasar dan strategi pelaksanaan Bajet

tahunan perlu selari dengan perancangan jangka sederhana dan panjang.

Page 228: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

202

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

12.3 Dasar Pembangunan NegaraTerdapat dua jenis dasar pembangunan negara yang kebiasaannya diperkenalkan

di bawah Rangka Jangka Panjang iaitu pertama dasar pembangunan utama

seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan

Negara dan Dasar Transformasi Negara; dan dasar khusus pembangunan seperti

Dasar Perindustrian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Pertanian, Dasar Sains

dan Teknologi Negara dan lain-lain. Beberapa dasar pembangunan terpilih akan

dibincangkan di dalam unit ini. Dasar pembangunan lain boleh dirujuk selanjutnya

di rujukan yang disenaraikan dan juga Portal Rasmi Institusi Kerajaan seperti Unit

Perancang Ekonomi (EPU) , Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan 1KLIK Jabatan

Penerangan Malaysia bagi dasar utama kerajaan atau Portal Rasmi kementerian

berkaitan bagi dasar khusus pembangunan.

12.4 Dasar Utama Pembangunan

12.4.1 Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Pada asasnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk memperbaiki

ketidakseimbangan jurang sosio-ekonomi di antara etnik utama, antara wilayah

dan juga dalam wilayah yang sama. Dasar yang berlangsung selama 20 tahun

ini mempunyai matlamat utama untuk mewujudkan perpaduan negara dengan

mengurangkan perbezaan antara kaum dalam aspek ekonomi, sosial, penempatan

dan sebagainya.

Strategi utama pelaksanaan DEB atau lebih dikenali dengan strategi serampang

dua mata iaitu :

a. Membasmi kemiskinan

Usaha yang dilakukan dalam strategi ini ialah menambahkan pendapatan

rakyat dengan meningkatkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa

mengira latar belakang kaum. Usaha pembasmian kemiskinan ini melibatkan

dua kategori iaitu kemiskinan di luar bandar dan bandar. Kerajaan berusaha

untuk memodenkan kawasan luar bandar dengan penyediaan perkhidmatan

awam seperti kemudahan kesihatan, kemudahan infrastruktur dan sosial

seperti jalan raya, pendidikan, bekalan air dan elektrik. Usaha ini juga telah

melibatkan peranan beberapa badan bukan berkanun seperti FELDA, RISDA,

FELCRA, KEJORA dan sebagainya. Ia juga melibatkan program pembukaan

Page 229: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

203

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dan penerokaan tanah-tanah baru, khidmat nasihat, subsidi bahan pertanian,

pemasaran dan pembukaan pusat kemajuan peladang. Di bandar, tumpuan

kerajaan lebih kepada pengembangan dan dan pembangunan guna tenaga

yang produktif untuk mengatasi masalah pertambahan penduduk. Peluang

pekerjaan dan peningkatan kualiti perkhidmatan awam juga diperbaiki untuk

meningkatkan kualiti hidup masyarakat bandar.

b. Menyusun semula masyarakat

Antara tujuan utama strategi ini ialah untuk menghapuskan pengenalan kaum

mengikut fungsi ekonomi seperti pekerjaan, tempat tinggal, pemilikan harta

benda dan sebagainya. Dalam hal ini kerajaan telah berusaha untuk menyusun

masyarakat dengan membuat agihan faedah perkembangan dan kemajuan

ekonomi secara adil antara kaum untuk mengurangkan ketidakseimbangan.

Usaha juga ditumpukan untuk meningkatkan kemajuan golongan bumiputera

supaya jurang perbezaan kaum dengan bukan bumiputera dapat dihapuskan.

Selain itu salah satu sasaran utama melalui strategi ini ialah membentuk

sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu

dan kaum Bumiputera supaya dapat memiliki 30% pemilikan kuasa ekonomi

dalam tahun 1990. Penyertaan orang Melayu dan bumiputera di semua

peringkat pengurusan ekonomi, pengeluaran dan perkongsian modal amat

digalakkan. Beberapa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), UDA,

Bank Bumiputera, Bank Pembangunan, Amanah Saham Nasional ditubuhkan

untuk membantu usaha tersebut.

Jadual 12.1 menunjukkan beberapa data utama pencapaian DEB selepas 20 tahun

dilaksanakan. Secara umumnya, berlaku peningkatan dan kemajuan dari semua

aspek pembangunan ekonomi. Walau bagaimanapun tidak semua aspek meningkat

secara kondusif khasnya sasaran pemilikan kuasa ekonomi kaum bumiputera

kepada 30%. Salah satu faktor yang menjejaskan keadaan ini ialah kemelesatan

ekonomi yang berlaku sekitar tahun 1980an. Kelemahan dan kekuatan dalam

pelaksanaan DEB telah diambil kira dalam perancangan dasar pembangunan yang

seterusnya iaitu Dasar Pembangunan Nasional.

Page 230: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

204

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 12.1 Ringkasan Pencapaian DEB

Pertumbuhan ekonomi

6.0 %(1960an)

6.7% (1990an)

KDNK meningkat 3 kali ganda

RM21,548 (1970)

RM59,155 (1990)

Pendapatan per kapita

RM1,109 (1970)

RM6,180 (1990)

Inflasi - kekal

4.6%

Kemiskinan isi rumah

42.4% (1976)

17.1% (1990)

Hak milik modal saham bumiputera

2.4% (1970)

20.3% (1990)

Kemiskinan luar bandar

50.9% (1976)

21.8% (1990)

Kemiskinan bandar

18.7% (1976)

7.5% (1990)

Sumber: Data yang disusun semula daripada Bab 27. Malaysia KITA, INTAN 1991

12.4.2 Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan pada 17 Jun 1991 di bawah

RRJP2 dengan matlamat akhirnya ialah untuk perpaduan negara. Walaupun

masih berasaskan kepada matlamat dan strategi DEB, tempoh pelaksanaan DPN

merupakan satu fasa penting untuk membangunkan Malaysia menjadi negara maju

berikutan dengan pengenalan Wawasan 2020 pada tahun yang sama.

Beberapa langkah yang telah digariskan melalui DPN ialah:

1. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.

2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor utama ekonomi

dan pertumbuhan yang saksama.

3. Mengurangkan dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi untuk

menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama supaya faedah yang

diperolehi dari pertumbuhan dinikmati secara adil dan saksama oleh semua

rakyat Malaysia.

Page 231: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

205

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4. Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi usaha mengurangkan

jurang ketidakseimbangan pembangunan ekonomi antara negeri dan antara

kawasan bandar dan luar bandar.

5. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif supaya semua rakyat

menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai

sosial dan kerohanian yang positif serta bangga dan cintakan negara.

6. Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja

yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu

bagi menghadapi cabaran pembangunan industri menerusi satu budaya

kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan

dan pembangunan sosio-ekonomi yang mampu membangunkan keupayaan

dan kebolehan dalam teknologi strategik serta berasaskan ilmu di samping

memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu

ekonomi perindustrian yang moden.

8. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian

yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi

supaya pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan dalam jangka

panjang.

Selain menjadikan misi negara maju sebagai sasaran perancangan jangka

masa panjang, dasar ini dirancang dengan matlamat mewujudkan satu bentuk

pembangunan seimbang antara pertumbuhan fizikal dan kerohanian dan alam

sekeliling. Antara pertimbangan yang diambil kira ialah pertumbuhan dan

pengagihan ekonomi yang adil dan saksama; pembangunan masyarakat yang

seimbang demi kestabilan politik dan sosial; pembentukan masyarakat yang

bermoral dan beretika, positif bertanggungjawab dan penyayang; serta pengurusan

alam dan sumber semula jadi demi kelangsungan generasi akan datang.

DPN juga mempunyai empat dimensi baru dalam mengambil kira kekuatan dan

kelemahan DEB dengan memberi penekanan kepada aspek berikut dalam mencapai

matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama:

1. Menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan

kemiskinan relatif.

Page 232: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

206

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

2. Pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

(MPPB).

3. Peranan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat.

4. Pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika.

Fokus strategi DPN terdiri daripada berikut:

1. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan –dalam proses ini penekanan

diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan.

2. Persaingan dalam pasaran antarabangsa – Malaysia telah meluaskan aktiviti

pelaburan untuk meningkatkan daya tarikan pelabur dan usahawan asing.

Selain itu, Malaysia telah mengamalkan dasar yang liberal bagi mengatasi

masalah halangan dan perlindungan perdagangan antarabangsa selain boleh

menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para

pengeksport negara juga digalakkan mengurangkan pergantungan kepada

Sistem Keutamaan Am (GSP).

3. Wawasan 2020 – dalam usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 kerajaan

telah menggalakkan penyertaan aktif semua kaum dalam pembangunan

dengan menggembleng semua sumber negara dan semua bentuk kepakaran

dalam menghadapi cabaran ekonomi.

4. Pembasmian kemiskinan – DPN masih meneruskan usaha matlamat

serampang dua mata DEB. Kerajaan mensasarkan kadar kemiskinan dapat

dikurangkan kepada 7.2% pada tahun 2000 berbanding dengan 19.1% pada

tahun 1990. Manakala kadar pengangguran pula disasarkan kepada 4% dalam

tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi ini penyertaan peranan sektor awam

dipertingkatkan khasnya dalam pengurusan sektor pertanian untuk membantu

golongan petani. Selain pertanian, sektor awam juga terlibat dalam program

seperti pendidikan, latihan, kesihatan, pengangkutan, perumahan, jalan raya,

bekalan air dan elektrik dalam usaha membasmi kemiskinan.

5. Penyusunan semula masyarakat – Dalam usaha menghapuskan pengenalan

kaum mengikut fungsi ekonomi dan penyusunan semula masyarakat,

kerajaan telah meneruskan usaha membentuk Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera. Kerajaan telah menggalakkan secara meluas

beberapa inisiatif seperti penyertaan bumiputera dalam sektor moden seperti

Page 233: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

207

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

pembuatan dan perkhidmatan, kerjasama aktif antara bumiputera dan bukan

bumiputera, peningkatan kemahiran dalam keusahawanan dan perniagaan serta

teknologi yang berkaitan dalam kalangan bumiputera. Penglibatan golongan

muda dalam program keusahawanan turut dipertingkatkan.

Wawasan 2020

Wawasan 2020 (W2020) telah diperkenalkan pada tahun 1991 seiring dengan

pelaksanaan DPN dengan objektif untuk menjadi negara yang benar-benar maju

menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. W2020 menggariskan sembilan

cabaran strategik untuk mencapai status negara maju. Ia bukan satu dasar khas

tetapi merupakan satu inisiatif kerajaan dalam menentukan hala tuju pembangunan

negara mengikut acuan Malaysia dengan mengambil kira cabaran semasa di

peringkat nasional dan antarabangsa dalam pelbagai aspek kehidupan ekonomi,

politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Sembilan cabaran yang perlu diharungi oleh negara untuk merealisasikan W2020

ialah:

1. Membentuk sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu padu.

2. Melahirkan sebuah masyarakat yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan

diri.

3. Membangunkan masyarakat demokratis yang matang dan mengamalkan satu

bentuk kehidupan yang demokratik.

4. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai

keagamaan dan kerohaniannya.

5. Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran dengan setiap

warga bangsanya tanpa mengira perbezaan latar belakang.

6. Membentuk masyarakat yang bersifat sains dan progresif, berdaya cipta dan

berpandangan jauh.

7. Mewujudkan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang dalam usaha

membentuk satu sistem sosial yang mementingkan masyarakat daripada diri

sendiri.

8. Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya.

Page 234: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

208

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

9. Mewujudkan masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang berdaya saing,

dinamis dan tangkas.

Pelaksanaan W2020 merangkumi tiga fasa utama:

a. Fasa pertama menggariskan dasar dan strategi W2020 di dalam RRJP2 iaitu

yang dimulakan melalui pelaksanaan DPN dalam tempoh 1991-2000.

b. Fasa kedua dilaksanakan di bawah RRJP3 iaitu Dasar Wawasan Negara (DWN)

yang merangkumi tempoh 2001 hingga 2010.

c. Fasa ketiga Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Model Baru Ekonomi

(MBE) yang dilancarkan pada tahun 2010 dan pelaksanaannya disasarkan

bermula 2011 hingga 2020.

12.4.3 Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

Dasar Wawasan Negara (DWN) telah diperkenalkan di bawah RRJP3 dan merupakan

fasa ketiga dalam usaha pelaksanaan Wawasan 2020. DWN menggabungkan teras

utama dalam DEB dan DPN dengan matlamat akhirnya untuk mencapai perpaduan

nasional. Ini meliputi pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan

semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang. Hala tuju DWN juga

berdasarkan kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang 2020 dengan

dimensi baru seperti berikut:

a. Membangunkan negara bermasyarakat pengetahuan.

b. Menjana pertumbuhan berasaskan sumber dan kekuatan dalaman.

c. Menjadikan sektor pembuatan, pertanian dan perkhidmatan yang lebih

dinamik.

d. Membasmi kemiskinan kumpulan termiskin.

e. Mencapai ekuiti kekayaan yang seimbang antara kaum dengan sekurang-

kurangnya penyertaan 30% bumiputera pada 2010.

f. Meningkatkan pembabitan semua kelompok masyarakat dalam setiap sektor

utama ekonomi.

Page 235: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

209

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

g. Mengorientasi semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong

pembangunan masyarakat berpengetahuan.

Teras utama DWN ialah:

a. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,

menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina

masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga tersemat dengan

nilai positif dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.

b. Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian

kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan kumpulan etnik

serta wilayah.

c. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan

sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan

ekonomi makro.

d. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan

liberalisasi.

e. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah

strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan

mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.

f. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga

kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.

g. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk meneguhkan

pertumbuhan jangka panjang.

Secara khususnya, DWN adalah hasil gabungan semua usaha pembangunan yang

lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan

makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dengan ikatan perkongsian

yang saksama. Pelaksanaan DWN dipandu oleh strategi dua rancangan Malaysia

iaitu RMK8 dan RMK9 (masing-masing direncanakan di bawah dua Perdana

Menteri; Tun Dr Mahathir bagi RMK8 dan Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi

RMK9). Dalam RMK9, pelaksanaan DWN diteruskan melalui agenda Misi

Nasional, iaitu satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara disasarkan

Page 236: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

210

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

untuk mencapai Wawasan 2020 dalam tempoh lima belas tahun dengan lima teras

utama berikut:

1. Teras pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

2. Teras kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta

memupuk ‘minda kelas pertama’.

3. Teras ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara

membina dan produktif.

4. Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.

5. Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

Pada suku pertama tahun 2010, tahun terakhir pelaksanaan DWN, Malaysia

telah mencapai KDNK sebanyak 10.1%, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh

10 tahun (Unit Perancang Ekonomi 2010). Walau bagaimanapun, dalam usaha

merealisasikan Wawasan 2020, kerajaan telah merancang dasar seterusnya untuk

memastikan ekonomi kukuh secara konsisten dalam mencapai usaha mencapai

negara maju yang berpendapatan tinggi pada 2020.

12.4.4 Dasar Transformasi Nasional

Dasar Transformasi Nasional (DTN) bermula dengan perancangan RMK10 (2011-

2015) dengan pengenalan Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi

yang berpaksikan kepada tiga fokus iaitu pendapatan tinggi, keterangkuman dan

kemampanan. Strategi perancangan DTN terus diperkukuhkan dalam RMK11

(2016-2020). Di awal pengenalannya DTN mempunyai empat tunggak utama

transformasi negara iaitu: Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan

(PTK atau Government Transformation Program) dan Program Transformasi

Ekonomi (PTE atau Economic Transformation Program), RMK10 dan RMK11

(Majlis Penasihat Ekonomi Negara 2010).

1Malaysia

Gagasan 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai 1Malaysia yang diperkenalkan

pada tahun 2009 ialah satu gagasan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Keenam

untuk mendukung aspirasi “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Konsep 1Malaysia diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara,

Page 237: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

211

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Wawasan 2020, Misi Nasional, pelbagai undang-undang dan dasar, serta pandangan

mengenai perpaduan dan kesaksamaan.

Konsep ini mengambil kira prinsip kepelbagaian dalam perpaduan dan

keterangkuman; menerima dan meraikan perbezaan di antara kaum dan juga

keadilan sosial antara rakyat. Konsep 1Malaysia mempunyai lapan nilai aspirasi

dan moral yang diharapkan akan dihayati oleh semua iaitu budaya kecemerlangan,

ketabahan, penerimaan, pendidikan, integriti, kebijaksanaan, meritokrasi,

kerendahan hati dan kesetiaan (1Malaysia 2017).

1Malaysia mempunyai dua aspek:

1. Aspek pertama: Penerapan Teras-teras Perpaduan

Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat

Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen asas untuk memperkukuhkan

perpaduan nasional dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Tiga prinsip utama

Teras Perpaduan ini iaitu: 1) Prinsip penerimaan, 2) Prinsip kenegaraan, dan

3) Prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai

murni seperti kesederhanaan rendah hati (tawadhuk’), berbudi bahasa dan

hormat-menghormati.

2. Aspek kedua: Penerapan Nilai-nilai Aspirasi

Nilai-nilai aspirasi merujuk kepada nilai-nilai yang perlu dipupuk untuk

mewujudkan masyarakat progresif dan dinamik dalam usaha mencapai status

negara maju. Nilai ini penting untuk mewujudkan tenaga kerja yang berdaya

maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya untuk

membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih

kukuh dan mantap. Terdapat lapan nilai yang ingin diterapkan melalui Gagasan

1Malaysia iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu,

integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi (1Malaysia

2017).

Di bawah payung 1Malaysia, kerajaan menyediakan pelbagai program atau inisiatif

(sehingga kini ada 27 inisiatif) untuk membantu rakyat antaranya ialah Amanah

Saham 1Malaysia (AS1M), Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Lesen

1Malaysia (BL1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), eKasih, Inisiatif Kembali

ke Sekolah, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Kain Rakyat 1Malaysia

Page 238: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

212

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

(KKR1M), Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M), Klinik 1Malaysia,

Klinik Bergerak 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Program

1AZAM (1AZAM), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA), Skim

Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

(KADS1M), Program Susu 1Malaysia (PS1M), Rawatan Perubatan Percuma bagi

Warga Emas dan lain-lain.

Pelan Transformasi Kerajaan (PTK)

Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri

Najib Tun Razak pada bulan April 2009. Dua objektif PTK:

1. mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian

perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi

keutamaan kepada rakyat; dan

2. memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu

dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua.

PTK dilaksanakan melalui tiga fasa berikut:

1. Fasa 1 (2010 - 2012)

Meliputi langkah menentukan perubahan dan menyampaikan keberhasilan

dengan cepat kepada rakyat melalui penetapan dan penyampaian sasaran

NKRA dan MKRA.

2. Fasa 2 (2012 - 2015)

Transformasi kerajaan yang lebih mendalam dan diharapkan kehidupan harian

rakyat semakin baik, manakala struktur ekonomi negara dijangka berkembang

sejajar dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) dalam menghasilkan

sektor yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.

3. Fasa 3 (2015 - 2020)

Matlamat Wawasan 2020 dijangka akan tercapai apabila rakyat menikmati

taraf kehidupan dan kemakmuran lebih tinggi. Kualiti perkhidmatan awam

juga dijangka semakin baik. Kemuncaknya, diharapkan setiap rakyat Malaysia

memiliki jati diri dan semangat cinta negara dengan melihat diri masing-

masing terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia.

Page 239: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

213

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

PTK terdiri daripada dua struktur iaitu 1) Bidang keberhasilan Utama Negara

(NKRA) dan 2) Bidang keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) (Komponen

selain NKRA). Untuk memastikan semua rancangan pembangunan negara

berjalan dengan lancar, semua pelan tindakan PTK perlu berasaskan kepada

Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Satu institusi yang memantau pencapaian semua

program transformasi termasuk NKRA dan MKRA bagi setiap kementerian telah

ditubuhkan iaitu Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang

berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

NKRA

NKRA atau Bidang Keberhasilan Utama Negara ialah bidang utama yang

menjadi tumpuan kerajaan dalam melaksanakan transformasi Negara. Pada

tahun 2009, Perdana Menteri telah memperkenalkan enam bidang teras NKRA

iaitu membanteras rasuah, mengurangkan jenayah, mempertingkat pencapaian

pendidikan, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah,

mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan menambah baik pengangkutan

awam bandar. Satu lagi bidang teras NKRA ditambah pada tahun 2011 iaitu

menangani kos sara hidup. Tujuh bidang teras yang diselia mengikut kementerian

dan menteri tertentu adalah seperti berikut:

a. mengurangkan jenayah (Kementerian Dalam Negeri),

b. membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri),

c. mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian Pelajaran Malaysia),

d. meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah (Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat),

e. mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar (Kementerian Luar Bandar

dan Wilayah),

f. menambah baik pengangkutan awam bandar (Kementerian Pengangkutan),

dan

g. menangani kos sara hidup (Timbalan Perdana Menteri).

MKRA

Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian atau MKRA merupakan

bidang selain daripada bidang yang disenaraikan di bawah NKRA tetapi dianggap

Page 240: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

214

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

penting untuk diberi perhatian oleh kerajaan di peringkat kementerian. MKRA

ini merangkumi sasaran yang akan menunjukkan hasil yang boleh dilihat dan

dinikmati oleh rakyat. Setiap menteri termasuk menteri yang bertanggungjawab

terhadap NKRA mempunyai sasaran khusus atau KPI untuk mencapai keberhasilan

masing-masing.

Program Transformasi Ekonomi (PTE)

Program Transformasi Ekonomi telah dilancarkan pada 25 September 2010 yang

dicetuskan daripada hasil rumusan kepada krisis ekonomi global pada tahun 2008

(Jabatan Perdana Menteri 2015). Matlamat utamanya ialah untuk memastikan

Malaysia mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 dengan sasaran Pendapatan

Perkapita sebanyak AS$15ribu. Ia merupakan salah satu program lagi tunggak

transformasi negara yang menjurus kepada Bidang Ekonomi Utama Negara

(NKEA) yang terdiri daripada 12 bidang iaitu bidang pertanian, perkhidmatan

perniagaan, elektrikal dan elektronik, pendidikan, perkhidmatan kewangan,

kesihatan, Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang, minyak, gas dan tenaga,

minyak sawit, komunikasi dan infrastruktur, pelancongan, peniagaan borong dan

runcit.Terdapat lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang dikenal pasti

untuk merealisasikan pencapaian NKEA iaitu: 1) Menyuburkan kembali sektor

swasta untuk mendorong pertumbuhan, 2) Membangunkan tenaga kerja berkualiti

dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, 3) Mewujudkan ekonomi

domestik yang berdaya saing, 4) Mengukuhkan sektor awam, 5) Tindakan afirmatif

yang telus dan mesra pasaran, 6) Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan,

7) Meningkatkan sumber pertumbuhan, 8) Memastikan kebolehmampanan

pertumbuhan.

Model Ekonomi Baharu (MEB)

Model Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 2009 merupakan salah satu tunggak

utama pelaksanaan DTN. Matlamat utama MEB adalah untuk menjadikan Malaysia

sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan

kebolehmampanan menjelang tahun 2020.

Page 241: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

215

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Tiga matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, keterangkuman dan

kebolehmampanan.

a. Pendapatan tinggi

Salah satu sasaran utama MEB ialah melonjakkan pendapatan negara kepada

A$15 -20 ribu Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita menjelang tahun 2020.

Sektor pelaburan merupakan salah satu pendorong utama dalam pertumbuhan

ekonomi ke arah tersebut. Antara langkah yang diambil kira dalam usaha ini

ialah meningkatkan KDNK yang dicadangkan ialah menambah giat pelaburan,

meningkatkan produktiviti buruh, merangsang kecekapan dan meningkatkan

sumbangan swasta.

b. Keterangkuman

Cabaran utama kerajaan ialah menghapuskan ketidaksamaan dan gejala

sosial masyarakat. Salah satu matlamat utama MEB ialah untuk memastikan

semua peringkat masyarakat mendapatkan manfaat kekayaan negara secara

adil dan saksama. Kesaksamaan yang sempurna sukar untuk dicapai, tetapi

kerajaan mengharapkan masyarakat yang terangkum akan menjadikan

masalah ketaksamaan ini tidak menjadi lebih buruk. Keterangkuman dijangka

akan membolehkan semua peringkat masyarakat boleh menyumbang dan

berkongsi kekayaan negara. Sehubungan itu, program tindakan afirmatif yang

mesra pasaran dilaksanakan yang antara lain mensasarkan bantuan isi rumah

dalam kumpulan 40% terendah yang terdiri daripada 77.2% kaum bumiputera;

peluang saksama dan adil melalui proses yang telus; kebolehcapaian kepada

sumber berasaskan keperluan dan merit untuk menambahbaikan keupayaan,

pendapatan dan kesejahteraan; dan rangka kerja institusi yang mantap demi

pemantauan dan pelaksanaan yang berkesan.

c. Kebolehmampanan

Elemen kebolehmampanan dalam MEB bertujuan untuk memastikan bahawa

semua langkah yang dicadangkan di bawah model baru tersebut mestilah

mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar. Negara perlu memastikan semua

keputusan pelaburan dan dasar perlu mempunyai impak jangka masa panjang

yang mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar.

Antara usaha yang dilakukan ialah memastikan kebolehmampanan ekonomi

perlu dilaksanakan melalui pembentukan disiplin fiskal dan pembaharuan

sektor perkhidmatan awam. Manakala usaha yang dilakukan untuk memastikan

Page 242: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

216

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

kebolehmampanan alam sekitar ialah dengan memberi penekanan khusus terhadap

perlindungan alam sekitar iaitu dengan mengambil kira impak pertumbuhan

ekonomi terhadap alam sekitar.

Rancangan Malaysia Ke 10 (2011-2015)

RMK10 merupakan rancangan pembangunan lima tahun Malaysia yang menjadi

salah satu tunggak kepada pelaksanaan awal DTN. Tema pembangunan RMK10

ialah ‘Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial’. RMK10

memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah

60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal. RMK10 dilihat sebagai satu

usaha untuk meneruskan kesinambungan negara ke arah merealisasikan Wawasan

2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

10 Premis Utama dalam RMK10 ialah:

1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen

kejayaan di arena antarabangsa.

3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

9. Menghargai khazanah alam sekitar.

10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

Manakala Lima Teras Strategik RMK10 ialah:

1. Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan

Malaysia dengan metodologi NKRA.

2. Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan

ekonomi.

Page 243: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

217

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3. Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

Terdapat lima inisiatif strategik Memperkasakan Bumiputera:

1. Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.

2. Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.

3. Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta

pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.

4. Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.

5. Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan

memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) merupakan rancangan pembangunan lima

tahun yang terakhir dalam usaha merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Ia

juga merupakan satu fasa penting dalam pelaksanaan dasar transformasi negara

dengan tema ‘Pembangunan Berpaksikan Rakyat’. RMK11 merupakan rancangan

pembangunan yang berasaskan kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia

(MyNDS) yang memfokuskan kepada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat

dan ekonomi berasaskan modal dengan pelaksanaan program dan projek yang

berimpak tinggi, mampu dilaksanakan dengan pantas serta kos yang rendah kepada

Kerajaan. RMK11 juga berteraskan prinsip “Bangsa Malaysia” yang progresif dan

bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan

lagi kemakmuran negara untuk rakyat.

RMK11 mengandungi enam teras strategik iaitu:

1. Memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama.

2. Meningkatkan kesejahteraan rakyat.

3. Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju.

4. Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemapanan dan daya

tahan.

Page 244: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

218

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

5. Memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

6. Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran.

RMK11 juga mempunyai enam pemacu perubahan yang dianggap sebagai

pendekatan yang inovatif bagi mempercepat pembangunan Malaysia.

1. Meningkatkan potensi produktiviti

• Produktiviti buruh disasarkan meningkat daripada RM77,100 pada tahun

2015 kepada RM92,300 pada tahun 2020.

2. Meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah

• Semua isi rumah B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus

terendah) tanpa mengira etnik akan diberikan lebih tumpuan, terutamanya

kepada isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di bandar dan luar

bandar serta isi rumah di bawah paras garis kemiskinan (PGK) dan 2.5

kali PGK.

3. Mengupayakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang

diterajui industri.

• Sebanyak 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan di

bawah RMK11 dijangka memerlukan kelayakan berkaitan TVET.

4. Melaksanakan pertumbuhan hijau

• Strategi baharu diperkenalkan untuk mencapai pertumbuhan hijau.

Peralihan pendekatan daripada trajektori pembangunan konvensional

“grow first, clean-up later” kepada trajektori pembangunan yang berdaya

tahan, rendah karbon dan penggunaan sumber yang cekap. Strategi ini

melibatkan perubahan dimensi yang meliputi aspek penetapan dasar,

pengawalseliaan institusi, perkongsian tanggungjawab dan kesedaran

terhadap alam sekitar.

5. Menjana kekayaan melalui inovasi

• RMK11 memberi tumpuan kepada ekosistem inovasi yang mantap akan

mewujudkan kerjasama dan integrasi yang lebih kukuh antara industri,

akademia dan masyarakat. Ia akan mensasarkan kepada inovasi pada

peringkat perusahaan dan masyarakat berbanding kepada inisiatif pada

peringkat nasional.

Page 245: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

219

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6. Melabur dalam bandar berdaya saing

• Empat bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan

Kota Kinabalu di Malaysia dijangka mengalami perubahan dari sudut

pertumbuhan ekonomi, kepentingan sebagai hab bakat dan peningkatan

daya huni pada tahun 2020. Satu pelan akan dirangka, Pelan Induk

Daya Saing Bandar berdasarkan prinsip meningkatkan daya huni dan

menggalakkan pertumbuhan ekonomi bagi empat bandar utama tersebut.

Transformasi 2050 (2021-2050)

Oleh kerana Dasar Transformasi Negara bakal berakhir pada tahun 2020, kerajaan

telah menyediakan satu kesinambungan transformasi dengan memperkenalkan

Transformasi 2050 atau turut dikenali sebagai TN50 semasa pembentangan Bajet

2017. TN50 ialah satu usaha kerajaan untuk membentuk masa depan negara dalam

tempoh 2020 hingga 2050 dengan tema “Membina Masa Depan Bersama”. Selepas

meletakkan sasaran sebuah negara maju pada tahun 2020, kerajaan berusaha pula

untuk membuat sasaran menjadikan Malaysia sebagai antara negara 20 teratas di

tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi. Sasaran dasar ini

ialah anak muda yang berusia 15 hingga 40 tahun.

Pelan Integriti Nasional (PIN)

Pelan ini dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Perdana Menteri Malaysia yang

kelima iaitu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Ia dianggap sebagai

suatu pelan yang bersifat holistik yang dibentuk dengan memberi fokus kepada

pemantapan etika dan integriti dalam kalangan semua anggota masyarakat. PIN

digubal selaras dengan dasar dan aspirasi beberapa teras negara seperti berikut:

a. Cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk “membentuk sebuah masyarakat

yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai

nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti

yang luhur”.

b. Semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan masyarakat

pelbagai kaum.

c. Prinsip Rukun Negara iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil,

demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip

Rukun Negara.

Page 246: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

220

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Antara objektif khusus PIN ialah:

a. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat

bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,

berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

b. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam

usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan

diamalkan dalam semua bidang;

c. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat

serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip

integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

d. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,

dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

e. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani

cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Pendekatan utama pelaksanaan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua

komponen dan sektor dalam negara untuk gerakan pemantapan integriti. Ini

melibatkan:

a. keseluruhan institusi utama kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan

kehakiman perlu meningkatkan integriti mereka, menghormati dan

mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi

masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan.

b. pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat perlu merangka dan

melaksanakan program pemantapan integriti mereka sendiri.

Institut Integriti Malaysia atau INTEGRITI (sebelum ini dikenali sebagai IIM)

ialah organisasi kerajaan yang ditubuhkan seiring dengan pelancaran PIN (2004)

sebagai badan penyelaras dan pemantau kepada pelaksanaan Pelan Integriti

Nasional. Objektif utama penubuhan INTEGRITI ialah membangunkan sebuah

bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni

sejagat. Terdapat tiga fasa sasaran hala tuju pelaksanaan PIN iaitu:

1. Fasa Pertama PIN (2004 – 2008). Ia terdiri daripada lima tahun sasaran yang

juga dikenali sebagai Tekad 2008. Fasa ini dijadikan asas kepada gerakan

Page 247: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

221

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

pembudayaan integriti rakyat di negara ini. Daripada laporan lima tahun Fasa

Pertama telah dibentangkan dan telah mendapat maklum balas yang positif

daripada masyarakat.

2. Fasa Kedua PIN (2009 -2013) atau dikenali sebagai Tekad Integriti. Fasa ini

dikatakan telah memberikan beberapa indikasi positif yang menunjukkan PIN

telah berada pada landasan yang jelas dan tepat.

3. Fasa Ketiga (2014-2018) pula mensasarkan hala tuju PIN seterusnya ialah

menjadikan integriti dalam diri setiap individu sebagai tanggungjawab

1Malaysia.

12.5 Dasar Khusus PembangunanSelain daripada dasar utama pembangunan, kerajaan juga merangka dan

melaksanakan dasar khusus yang menyokong kepada proses pembangunan negara.

12.5.1 Dasar Perindustrian Negara

Program untuk membangunkan sektor perindustrian di Malaysia telah dimulakan

sejak tahun 1960-an di bawah dasar pembangunan awal. Sepanjang tahun 1970-

an, kerajaan menumpukan kepada industri beriorientasikan eksport dan industri

yang memerlukan ramai tenaga buruh. Pada sekitar tahun 1980-an, kerajaan mula

memberi tumpuan kepada industri berat. Hala tuju dasar perindustrian negara mula

diperkukuhkan pada tahun 1983, apabila kerajaan menjalankan kajian khusus untuk

menambahbaik sektor perindustrian negara melalui Kajian Dasar Perindustrian

Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian (PIP).

Pelan Induk Perindustrian (PIP) (1986-1995)

PIP ialah satu strategi negara di bawah Dasar Perindustrian Negara untuk

jangka masa panjang selama 10 tahun. Ia bertujuan untuk menggubal objektif

pembangunan perindustrian secara umum sebagai usaha untuk mengenal pasti

strategi untuk sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat. Matlamat

utama PIP ialah:

a. Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian

negara.

b. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.

Page 248: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

222

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

c. Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan

sebagai asas untuk Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.

Strategi pelaksanaan PIP:

a. Melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan ke luar. Malaysia harus

menumpukan kepada pengeksportan pengeluaran perkilangan secara besar-

besaran.

b. Memajukan secara intensif industri berasaskan sumber untuk eksport,

mempelbagaikan dan meningkatkan industri bukan berasaskan sumber untuk

eksport. 12 sektor industri yang terpilih, beberapa keluaran/industri telah

dikenal pasti sebagai keluaran/industri keutamaan untuk dimajukan.

c. Memajukan industri berat terpilih untuk menyokong industri eksport. Strategi

ini dipilih memandangkan kerajaan sudah pun membuat pelaburan yang

banyak dalam beberapa jenis industri berat. Usaha-usaha perlu ditumpukan

kepada memastikan kejayaan projek itu dahulu sebelum menceburi bidang

industri berat yang lain.

d. Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu.

e. Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat.

f. Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan memberi

tumpuan kepada pertumbuhan industri di kawasan yang telah sedia mempunyai

kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Memfokuskan penubuhan industri

di sepanjang pantai barat Semenanjung dan di pantai timur, Semenanjung dan

di beberapa bandar utama di Sabah dan Sarawak.

g. Memodenkan dan menyusun semula struktur perindustrian dengan

mempertingkatkan pembangunan industri kecil dan sederhana kerana sektor

ini merupakan tulang belakang proses perindustrian seperti yang ternyata di

negara Taiwan dan menyusun semula industry yang kurang berkesan tetapi

penting dalam ekonomi negara.

h. Memperkukuhkan institusi yang bertanggungjawab kepada pembangunan

sektor pembuatan.

i. Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada untuk memupuk

kecekapan dan daya saing yang lebih tinggi.

Page 249: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

223

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Sehingga tahun 1990, dilaporkan pencapaian PIP amat menggalakkan. Antaranya

ialah sektor perkilangan menjadi sektor yang paling banyak menawarkan

pekerjaan baru, eksport barangan perkilangan dan berlaku perkembangan baik

dalam sektor perindustrian berat seperti kewujudan kereta nasional. Dikatakan

PIP telah membantu memulihkan ekonomi Malaysia yang sebelum ini mengalami

kemelesetan pada tahun 1985 dan 1986.

12.5.2 Dasar Pertanian Negara

Sejak merdeka, sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting dalam

pembangunan ekonomi Malaysia. Walau bagaimanapun, sektor ini mengalami

kemerosotan pada sekitar tahun 1980an. Pada tahun 1984 kerajaan berusaha

memperkemaskan lagi sektor pertanian dengan pengenalan Dasar Pertanian

Negara. Terdapat empat dasar pertanian iaitu Dasar Pertanian Negara 1 (1984 -

1991), Dasar Pertanian Negara 2 (1992 - 1997), Dasar Pertanian Negara 3 (1998

- 2010) dan Dasar Agro Makanan (2011-2020).

Dasar Pertanian Negara 1 (DPN1) (1984-1991) antara lain memberi penekanan

untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan eksport. Antara

objektif DPN1 ialah:

a. Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian.

b. Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan

daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kualiti

hidup diperbaiki.

c. Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi yang mempunyai potensi

besar untuk eksport atau bahan gantian import.

Dasar Pertanian Negara 2 (DPN2) (1992-1997) pula memberi tumpuan kepada

perkara berikut:

a. Meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan.

b. Meningkatkan keluasan tanaman kelapa sawit (tanaman ladang).

c. Pembangunan industri asas tani.

Page 250: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

224

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Pelaksanaan dua dasar pertanian telah berjaya meningkatkan pertumbuhan sektor

pertanian sebanyak 3.2 peratus dalam tempoh 1985 hingga 1995 bagi setiap

tahun. Kelapa sawit, pembalakan dan perikanan adalah antara yang memberikan

sumbangan yang besar dalam sektor pertanian. Dalam masa yang sama Malaysia

juga berhadapan dengan beberapa cabaran dari segi:

a. Kos makanan import yang meningkat

b. Kenaikan harga makanan

c. Kekurangan sumber buruh

d. Sektor pertanian bersaiz kecil berhadapan dengan masalah kekurangan

produktiviti dan kekurangan tanah pertanian

e. Persaingan sengit industri kelapa sawit dan getah

f. Sektor pembuatan makanan masih bergantung dengan bahan mentah import

yang berkos tinggi

Dasar Pertanian Negara 3 (DPN3) (1998-2010) antara lain berusaha untuk

menangani cabaran tersebut. Antara matlamat utama DPN3 ialah untuk

memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima. Ini

meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani,

penternak dan nelayan. Selain itu DPN3 juga memperkenalkan dua pendekatan

strategik yang baharu iaitu a) pendekatan perhutani (agroforestry approach) b)

pendekatan berasaskan produk (product-based approach). Penekanan yang

diberikan oleh DPN3 ialah:

a. Meningkatkan daya saing sektor pertanian

b. Memaksimumkan pendapatan melalui:

• penggunaan sumber secara optimum.

• meningkatkan sumbangan pertanian kepada KDNK serta menambah

pendapatan pengeluar.

Dasar Agro Makanan (DAN) (2011-2020) digubal sebagai satu kesinambungan

kepada DPN3. Secara amnya bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan

menjamin bekalan makanan. Dasar ini juga menggariskan beberapa hala tuju

Page 251: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

225

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

strategik untuk meningkatkan daya saing di sepanjang rantaian nilai di samping

meningkatkan pengeluaran secara mampan. Objektif DAN antara lainnya ialah:

a. Menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan.

b. Menjadikan industri agro makanan sebagai industri yang berdaya saing dan

mampan.

c. Meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani.

d. Memantapkan aktiviti R&D, inovasi dan penggunaan teknologi.

e. Mewujudkan persekitaran perniagaan yang diterajui sektor swasta.

f. Memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan.

DAN juga menggariskan hala tuju strategik pertanian negara melalui:

a. Menjamin bekalan makanan negara.

b. Meningkatkan sumbangan industri agro makanan.

c. Melengkapkan rantaian nilai.

d. Memperkasakan modal insan.

e. Memantapkan aktiviti R&D, inovasi dan penggunaan teknologi.

f. Mewujudkan persekitaran perniagaan yang diterajui oleh sektor swasta.

g. Memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan.

12.5.3 Dasar Halacara Baru dalam Pembangunan

Pada tahun 1984, kerajaan telah melancarkan satu usaha menyeluruh yang khusus

untuk memperbaiki taraf ekonomi masyarakat luar bandar yang dikenali sebagai

Halacara Baru dalam Pembangunan. Tindakan ini seiring dengan usaha untuk

meningkatkan sektor pertanian (Dasar Pertanian Negara) yang secara amnya berada

di kawasan luar bandar. Antara matlamat utama usaha iniialah mengurangkan

kemiskinan di kalangan penduduk di luar bandar dengan memupuk semangat

berusaha, bekerjasama di samping menimbulkan sifat-sifat jaya diri dalam usaha

ekonomi yang menguntungkan. Antara strategi yang digariskan ialah:

Page 252: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

226

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

1. Pengelompokan kampung kepada satu pusat kependudukan untuk mudahkan

pembangunan kemudahan.

2. Penyatuan tanah atau kebun kecil dan pengurusan aktiviti pertanian secara

komersil.

3. Pembangunan industri kampung yang berasaskan sumber pertanian secara

kecilan.

12.5.4 Dasar Penswastaan (1983)

Dasar penswastaan digubal atas rasional untuk memindahkan kepentingan, aktiviti

dan fungsi organisasi tertentu yang secara tradisinya berada di bawah tanggungjawab

kerajaan kepada sektor swasta. Dalam kata lain ia adalah “pemindahan kepentingan

atau pelaburan kerajaan tertentu kepada sektor swasta”. Konsep dasar penswastaan

bertentangan dengan pemiliknegaraan.

Rasional pelaksanaan dasar penswastaan ialah untuk meningkatkan pengurusan,

prestasi ekonomi dan perkhidmatan sesebuah perusahaan supaya pertumbuhan

ekonomi lebih baik. Antara matlamat utama dasar penswastaan ialah:

1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan

2. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja

3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

4. Pengagihan sumber secara cekap

5. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB

Terdapat beberapa bentuk penswastaan seperti berikut (Unit Perancang Ekonomi

2015)

a. Penjualan aset atau ekuiti

• Melibatkan pemindahan ketiga-tiga komponen sesebuah agensi awam,

iaitu tanggungjawab pengurusan, aset dan juga pegawai.

b. Pajakan

• Melibatkan pemindahan hak menggunakan aset tertentu dengan bayaran

untuk suatu tempoh yang ditetapkan.

Page 253: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

227

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

c. Kontrak pengurusan

• Kaedah ini melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan syarikat swasta

untuk mengurus sesebuah agensi awam di mana kerajaan membayar yuran

pengurusan.

d. ‘Bina-Kendali-Pindah’ (BKP) atau ‘Bina-Kendali’ (BK)

• Kedua-dua kaedah ini digunakan bagi penswastaan projek baru yang

secara tradisinya dimajukan oleh agensi awam.

e. ‘Bina-Serah’ dan ‘Bina-Pajak-Serah’

• Projek yang dibina oleh pihak swasta dan diserahkan kepada kerajaan

setelah siap, atau dibina dan disewa kepada kerajaan sebelum diserahkan

sepenuhnya.

f. ‘Management-Buy-Out’ (‘MBO’)

• Agensi awam diambil alih dan diuruskan sebagai sebuah syarikat oleh

pihak pengurusan.

Antara contoh organisasi kerajaan yang diswastakan ialah STMB, PLUS, MAS,

Telekom, Kontena Pelabuhan Kelang, Aktiviti pemasaran RISDA dan Alam Flora.

12.5.5 Dasar Pensyarikatan Malaysia (1983)

Dasar Pensyarikatan Malaysia dilancarkan dengan kesedaran terhadap perlunya

sektor awam dan sektor swasta memupuk kerjasama yang erat dan saling

tolong menolong supaya wujud suasana yang lebih menggalakkan dalam aspek

perniagaan dan perindustrian. Selain itu, ia juga diharapkan dapat mengurangkan

persaingan dan pertentangan antara pihak awam dan pihak swasta. Matlamat dasar

ini ialah:

a. Mewujudkan kerjasama erat antara swasta dan awam demi pembangunan

negara.

b. Menghapuskan sifat permusuhan antara kedua sektor dengan menggalakkan

perkongsian maklumat.

c. Meningkatkan hasil negara.

Page 254: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

228

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Antara strategi dasar pensyarikatan ialah:

a. Menghapuskan sikap kurang faham antara sektor. Sektor swasta dan kerajaan

perlu mempunyai kesefahaman supaya wujud persamaan matlamat dan cara

bekerja.

b. Menggalakkan aktiviti-aktiviti yang bertujuan mengeratkan lagi kerjasama

antara kedua sektor.

Beberapa contoh program di bawah dasar ini antaranya ialah; forum, seminar

dan perbincangan; mendedahkan petugas-petugas perkhidmatan awam dengan

pengurusan perniagaan melalui penempatan sementara pegawai awam di syarikat

swasta; dan mewujudkan badan perundingan antara swasta dan awam

RUMUSANPembangunan ialah aspek paling utama dalam sesebuah negara. Pembangunan

perlu diukur dari pelbagai aspek dan tidak semata-mata aspek statistik atau fizikal

tetapi juga aspek sosial, nilai, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Pendekatan

pembangunan seimbang secara fizikal dan spiritual penting untuk memastikan

semua dasar yang direncanakan oleh kerajaan dapat direalisasikan dengan berkesan.

Sejak merdeka, dasar pembangunan di Malaysia melalui evolusi yang disesuaikan

dengan perkembangan dan keperluan semasa rakyatnya. Pelbagai program dan

dasar direncanakan dan dihasilkan oleh setiap pemimpin yang menerajui negara

tetapi matlamat utama pembangunan Malaysia masih mengutamakan pembangunan

yang seimbang dan mampan.

Page 255: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

229

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI

1. Pelajar menyenaraikan dasar utama pembangunan beserta objektif

utama setiap dasar tersebut.

2. Pelajar berbincang secara berkumpulan dan membandingkan

kepentingan dasar khusus yang ada di Malaysia.

3. Pelajar mengemukakan beberapa contoh program yang berkaitan

dengan dasar pembangunan utama yang terkini.

KATA KUNCI

Dasar Wawasan Negara

Dasar Transformasi Negara 1Malaysia

Modal Ekonomi Baru

Wawasan 2020

Kebolehmampanan

Dasar pembangunan

Rancangan Malaysia Lima Tahun

Dasar utama

Dasar khusus

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Pembangunan Nasional

Page 256: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

230

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS

1. Huraikan empat peringkat dalam perkembangan dasar pembangunan

awal di Malaysia.

2. Bincangkan strategi utama Dasar Ekonomi Baru.

3. Huraikan langkah utama yang digariskan dalam Dasar Pembangunan

Nasional?

4. Apakah aspek utama dalam gagasan 1Malaysia?

5. Bincangkan tunggak utama dalam pelaksanaan Dasar Transformasi

Nasional.

6. Apakah tumpuan utama dalam dasar pertanian Malaysia?

RUJUKANJabatan Perdana Menteri (2015). Laporan Tahunan 2014 Program Transformasi Ekonomi.

Putrajaya: PEMANDU. Atas talian http://etp.pemandu.gov.my/annualreport2014/upload/ETP2014_BM_full_version.pdf

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. (2015).Info korporat. Atas talian. http://www.rurallink.gov.my/info-korporat/profil/fakta-kklw/

Majlis Penasihat Ekonomi Negara. (2010).Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia Bahagian Akhir. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Atas talian http://www.epu.gov.my/sites/default/files/MEB.pdf

Malaysia Kita. (2015). Panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan. Petaling Jaya: International Law Books Services.

Unit Perancang Ekonomi (2015). Dasar Penswastaan. Atas talian http://www.epu.gov.my/ms/dasar-utama/dasar-penswastaan

Page 257: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

231

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 13 Dasar dan Hubungan Luar Zatul Himmah Adnan

PENGENALANUnit ini menjelaskan dasar luar Malaysia yang meliputi prinsip asas dan faktor

yang mempengaruhi dasar serta orientasi dasar luar mengikut Perdana Menteri.

Selain itu, hubungan luar Malaysia dengan negara lain, organisasi antarabangsa

serta penglibatan Malaysia di arena antarabangsa turut menjadi fokus dalam unit

ini.

OBJEKTIF

1. Menerangkan prinsip asas dan pertimbangan utama dalam dasar luar Malaysia.

2. Menghuraikan kepentingan hubungan pelbagai hala Malaysia dengan negara

luar serta institusi antarabangsa.

3. Membincangkan peranan Malaysia di arena antarabangsa.

ISI PENTING

13.1 LATAR BELAKANG DASAR LUAR MALAYSIA

13.1.1 Definisi Dasar Luar

Dasar luar ialah prinsip utama yang diamalkan oleh sesebuah negara yang

berdaulat dalam menjalinkan hubungan luar dengan negara yang lain dan

organisasi antarabangsa. Selain itu dasar luar juga melibatkan pendirian sesebuah

negara dalam memberi maklum balas dan tindakan apabila berhadapan dengan

sesuatu peristiwa yang berlaku di peringkat antarabangsa. Secara amnya dasar

luar ialah lanjutan kepada dasar dalaman sesebuah negara. Orientasi atau hala

tuju hubungan luar sesebuah negara dibentuk berdasarkan kepada kepentingan

utama negara tersebut. Selain itu ia juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman

dan faktor luaran seperti sejarah, pemimpin, keupayaan, struktur sosio-ekonomi

Page 258: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

232

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dan geostrategik sesebuah negara itu. Orientasi dasar luar sesebuah negara boleh

berubah mengikut perkembangan dalaman negara atau pengaruh persekitaran.

13.1.2 Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia

Sejak merdeka dasar luar Malaysia mengambil kira kepentingan negara, bersifat

pragmatik dan sentiasa berusaha menghormati prinsip asas Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu. Antara matlamat utama dasar luar Malaysia ialah untuk:

1. Memelihara, mempertahankan dan memajukan kepentingan negara di

peringkat antarabangsa dengan cara mengekalkan kedaulatan serta menjamin

keselamatan negara supaya tidak mudah diancam dan tergugat.

2. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah

wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah

dalaman negara lain.

3. Menangani cabaran politik, ekonomi, keselamatan serta sosial di peringkat

antarabangsa.

4. Memupuk hubungan baik dengan negara-negara lain, selain mempertahankan

pendirian serta kepentingan negara-negara membangun.

Secara amnya prinsip asas dasar luar Malaysia mengambilkira kepentingan berikut:

1. Saling menghormati kedaulatan semua negara.

2. Mengamalkan hubungan baik dengan semua negara.

3. Menjalin dan mengukuhkan hubungan diplomatik dengan semua negara yang

berdaulat

4. Menghormati kebebasan asasi, Mahkamah Antarabangsa dan Piagam

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

5. Menekankan hubungan serantau.

6. Memelihara kepentingan dan keselamatan serta kesejahteraan hidup rakyat.

7. Mengamalkan prinsip hidup bersama.

Kementerian yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal hubungan luar

Malaysia ialah Kementerian Luar atau lebih dikenali sebagai “Wisma Putra”.

Page 259: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

233

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

13.1.3 Faktor yang Mempengaruhi Dasar Luar Malaysia

Dasar luar Malaysia digubal dan dipengaruhi oleh faktor berikut:

1. Faktor Persejarahan

Faktor pensejarahan merupakan satu elemen tetap yang mempengaruhi

perkembangan dasar luar negara. Hubungan Malaysia dengan negara luar telah

bermula sejak berabad lamanya khasnya semasa zaman Kesultanan Melayu

Melaka. Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan

dengan pelbagai negara seperti China, India, Parsi, Arab, Jepun dan negeri

di sekitar kepulauan Melayu khasnya Siam dan Jawa. Ini menjadi satu

faktor penting yang menjadikan Tanah Melayu telah dikenali di peringkat

antarabangsa sejak zaman pensejarahan lagi. Pengalaman penjajahan dengan

kuasa asing seperti Belanda, Inggeris dan Jepun turut memberi kesan mendalam

kepada corak hubungan luar Malaysia selepas merdeka. Misalnya Malaysia

menjadi ahli kepada kumpulan negara bekas jajajan Inggeris iaitu Komanwel.

Perang Dingin yang melanda selepas Perang Dunia Kedua juga mempengaruhi

hubungan Malaysia dengan negara yang berada dalam kumpulan blok Barat

dan Timur.

2. Faktor dalaman

Sistem, struktur dan situasi dalaman negara juga merupakan satu faktor penting

yang mempengaruhi orientasi dasar luar Malaysia. Malaysia mengamalkan

sistem demokrasi berparlimen yang perlu mendukung perlembagaan sebagai

undang-undang utama. Orientasi dasar luar perlu mengambil kira kedaulatan

undang-undang sebagai keutamaan di samping menghormati prinsip Rukun

Negara yang menjadi satu ideologi yang memandu hubungan rakyatnya

yang pelbagai kaum dan agama. Ini menyebabkan dasar luar Malaysia

sentiasa mengutamakan kestabilan politik, ekonomi dan sosial rakyat dalam

negara dalam melaksanakan hubungan luar dan penyertaan dalam aktiviti

antarabangsa. Sehubungan itu, hala tuju dasar luar Malaysia turut dipengaruhi

dengan unsur dalaman tersebut yang menyokong kepada usaha untuk menjaga

kestabilan antarabangsa dan rantau dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam

masa yang sama sensitiviti kaum dan agama rakyat menjadi keutamaan negara

khasnya apabila memberi reaksi balas dengan peristiwa tertentu di peringkat

antarabangsa.

Page 260: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

234

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3. Faktor luaran

Selain faktor dalaman, Malaysia turut mengambil kira perkembangan

sistem antarabangsa dan persekitaran luar negara dalam menjalin hubungan

luarnya. Pertama, dari segi undang-undang antarabangsa, Malaysia sentiasa

bersama dalam usaha menyokong keamanan dunia dengan menghormati

undang-undang antarabangsa dan mendukung prinsip keamanan sejagat yang

digariskan oleh piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kedua, dari segi

ekonomi, Malaysia tidak ketinggalan untuk terlibat dalam perkembangan

sistem ekonomi dunia dengan menjalinkan hubungan ekonomi dengan pelbagai

negara, pertubuhan ekonomi serantau dan antarabangsa seperti Pertubuhan

Perdagangan Antarabangsa, Bank Dunia dan Perjanjian Perdagangan Bebas

(FTA) dengan negara ahli ASEAN. Ketiga, dari segi pembangunan sosial

masyarakat dunia, Malaysia sentiasa mengambil langkah proaktif dalam

aktiviti kemanusiaan khasnya apabila terdapat masyarakat dunia yang terlibat

sebagai mangsa peperangan, penindasan, ketidakadilan dan bencana alam.

4. Faktor individu atau idiosinkratik

Faktor individu atau idiosinkratik merujuk kepada individu berpengaruh dalam

penggubalan dan pelaksanaan dasar luar sesebuah negara. Dalam konteks

Malaysia, faktor ini merujuk kepada Perdana Menteri sebagai individu yang

dikatakan mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi orientasi dasar

luar Malaysia (Faridah, 2007). Sejak merdeka, ketokohan Perdana Menteri

bermula dengan Tunku Abdul Rahman dilihat berpengaruh dalam menentukan

hubungan luar Malaysia. Sehubungan itu, perkembangan dasar luar sejak

merdeka dibincangkan berdasarkan pendekatan yang dilaksanakan oleh setiap

Perdana Menteri Malaysia.

13.2 Perkembangan Dasar Luar MalaysiaDasar luar Malaysia telah melalui beberapa perubahan dari segi orientasi

berdasarkan pendekatan Perdana Menteri.

13.2.1 Era Tunku Abdul Rahman Putra (1957-1970)

Di bawah zaman pentadbiran Perdana Menteri yang pertama ini, dasar luar

Malaysia bersifat pro-Barat dan anti-komunis. Terdapat empat faktor utama yang

mempengaruhi Malaysia mempunyai pendekatan sedemikian dalam dasar luar.

Page 261: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

235

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Pertama, peralihan daripada zaman naungan British kepada pemerintahan sikap

anti-komunis. Ini menjadikan Malaysia pada awal kemerdekaannya mempunyai

dasar yang menyokong kepada Barat. Oleh kerana British berada di pihak blok

Barat dalam konflik Perang Dingin, blok yang bertentangan dengan Blok Timur

yang dinaungi oleh ideologi komunis. Maka Malaysia turut mengikuti jejak British

yang menentang komunis. Kedua, Malaysia mewarisi sistem pentadbiran demokrasi

yang diperkenalkan oleh British dan sistem ini berlawanan dengan sistem komunis.

Ketiga, kebanyakan rakyat Malaysia menentang dasar perjuangan komunis yang

didominasi oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Keempat, faktor latar belakang

Tunku Abdul Rahman yang berpendidikan Barat juga mempengaruhi pendekatan

yang diambil beliau dalam menyokong British dan anti-komunis.

Dasar pro-Barat dan anti-komunis Malaysia pada masa tersebut dapat dilihat dari

segi penglibatan negara dalam hubungan luar. Antaranya ialah, Malaysia lebih

cenderung menjalankan aktiviti dengan British dari segi aktiviti perdagangan,

pendidikan, latihan dan bantuan ketenteraan. Malaysia telah menganggotai

Pertubuhan Negara Bekas Jajahan British atau Komanwel. Malaysia seterusnya

menjalinkan hubungan dengan semua negara anggota Komanwel khasnya dari segi

kerjasama politik dan ekonomi. Keanggotaan dalam Komanwel telah menjadi satu

laluan kepada Malaysia untuk mempunyai hubungan yang lebih kukuh dengan

kuasa besar Barat lain seperti Australia dan New Zealand. Selain itu, Malaysia

menyertai “Anglo Malaysian Defence Agreement” (AMDA) atau perjanjian

pertahanan dengan British adalah satu usaha mempertahankan Malaysia daripada

ancaman Komunis. Komitmen dengan AMDA ini telah menyebabkan Malaysia

perlu membenarkan penempatan tentera simpanan Komanwel di Malaysia sebagai

usaha untuk menghalang komunis merebak ke seluruh Asia Tenggara. Dasar anti-

komunis Malaysia terserlah apabila tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatik

dengan negara komunis khasnya dengan China pada masa tersebut.

Walaupun menyokong Barat, tetapi dalam masa yang sama Malaysia masih

ada pendirian yang tegas apabila berhadapan dengan isu hak asasi manusia. Ini

dilihat melalui penentangan Malaysia terhadap dasar Apartheid di Afrika Selatan

dan kecaman Malaysia terhadap sebarang bentuk imperalisme dan kolonialisme

Barat. Pengalaman konfrontasi dengan Indonesia (1963 hingga 1966) telah

memberi kesan kepada dasar luar Malaysia selepas tamat konflik tersebut. Di

akhir pemerintahan Tunku, berlaku peralihan kepada dasar yang lebih neutral dan

Page 262: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

236

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

memulakan hubungan diplomatik dengan beberapa negara aliran komunis seperti

Soviet Union dan Eropah Timur. Malaysia juga mula memberi tumpuan terhadap

kerjasama Asia Tenggara melalui penubuhan Persatuan Asia Tenggara (ASEAN)

pada tahun 1967. Selain itu, Malaysia juga mula memfokuskan kepada hubungan

dengan negara Afro Asia yang umumnya mengamalkan dasar berkecuali.

13.2.2 Era Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976)

Malaysia semasa di bawah Perdana Menteri Kedua telah mengambil pendekatan

dasar luar yang berkecuali dan menumpukan kepada kerjasama serantau. Dalam

melaksanakan pendekatan ini, Tun Abdul Razak menggunakan strategi 1)

menjalinkan hubungan dengan semua negara tanpa mengira perbezaan ideologi

2) menumpukan usaha kerjasama dari segi politik dan ekonomi serantau 3)

mengelakkan sebarang ketegangan dengan negara luar di peringkat rantau

dan global. Konsep berkecuali Malaysia menumpukan usaha menjadikan Asia

Tenggara sebagai zon yang aman, bebas dan berkecuali atau ZOPFAN (Zone of

Peace, Freedom and Neutrality) yang dicetuskan dalam Deklarasi Kuala Lumpur

pada tahun 1971. Dasar berkecuali Malaysia juga mengambil pendirian untuk tidak

memihak kepada mana-mana kuasa besar.

Semasa di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak, Malaysia telah melibatkan diri

secara aktif dalam banyak pertubuhan serantau dan antarabangsa dan penglibatan

ini boleh dikategorikan kepada lima jenis penglibatan. Pertamanya, di peringkat

serantau, selain ASEAN, Malaysia terlibat dengan Pertubuhan Menteri-Menteri

Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO), Bank Pembangunan Asia, Rancangan

Colombo, Pacific Council (ASPAC) dan Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah.

Kedua, Malaysia juga meningkatkan hubungan diplomasi dengan negara-negara

Islam (Pan-Islam). Malaysia menghantar perwakilan diplomatik ke negara-negara

Asia Barat seperti Maghribi, Mesir, Lebanon, Sudan dan Iran. Kerjasama teknikal,

ekonomi dan budaya juga dijalankan dengan negara-negara seperti Kuwait, Qatar,

Oman, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu. Pertubuhan Persidangan Negara Islam

ditubuhkan selepas Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Kelima Menteri

Luar Negara Islam di Kuala Lumpur pada tahun 1974. Ketiga, Malaysia telah

menamatkan dasar anti-komunis sebelum ini dengan menjalinkan hubungan

diplomatik dan bersifat terbuka dengan negara blok Timur atau berfahaman

komunis seperti Korea Utara, Vietnam Utara, Jerman Timur dan paling penting

Page 263: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

237

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

memulakan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China pada tahun 1974.

Keempat, Malaysia turut menjayakan matlamat PBB dengan terlibat aktif dalam

pelbagai aktiviti dan program di bawah pertubuhan tersebut dan agensi khusus di

bawah PBB. Kelima, Malaysia juga aktif dalam mengukuhkan hubungan dengan

Negara-negara Dunia Ketiga.

13.2.3 Era Tun Hussein Onn (1976-1981)

Tun Hussein Onn meneruskan pendekatan dasar luar negara berkecuali dan

memperkukuhkan hubungan serantau. Walaupun dasar luar semasa beliau tidak

memperlihatkan sesuatu perubahan yang drastik tetapi Tun Hussein berjaya

meneruskan kesinambungan dan memperkukuhkan orientasi dasar luar para

pemimpin sebelumnya. Dasar luar di bawah beliau memberi tumpuan kepada

prinsip keamanan bersama dengan menghormati hak dan kedaulatan negara lain,

tidak campur tangan, tidak agresif dan menekankan faedah bersama (Faridah, 2007).

Malaysia meneruskan komitmen hubungan politik yang tinggi dengan ASEAN

dan negara anggotanya, Komanwel, PBB, NAM dan OIC. Satu perkembangan

penting dalam dasar luar di bawah Tun Hussein ialah dalam aspek pertahanan dan

keselamatan rantau. Beliau memberi perhatian kepada ancaman komunis dalam

usaha untuk mempertahankan amalan konsep berkecuali menerusi ZOPFAN. Ini

berdasarkan kepada kemelut politik yang melanda di negara-negara Indochina

pada masa itu. Menerusi dasar berbaik-baik dengan semua negara, Malaysia

telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara di Indochina khasnya

Republik Demokratik Vietnam dalam usaha untuk mengurangkan konflik politik

antara negara tersebut yang beraliran komunis dengan negara anggota ASEAN.

Dalam masa yang sama hubungan diplomatik dengan China terus diperkukuhkan

dan Malaysia. Malaysia meneruskan dasar berkecuali atau tidak campur tangan

tetapi dalam masa yang sama berjaya mengekalkan hubungan yang baik dan aman

dengan negara yang sedang berhadapan dengan konflik.

Dalam bidang ekonomi, Malaysia terus mengukuhkan dasar luar ekonomi

yang sebelumnya. Malaysia berusaha menjalinkan hubungan ekonomi dengan

kumpulan negara-negara Dunia Ketiga dan Negara-negara Selatan. Malaysia

prihatin dengan sistem ekonomi dunia yang tidak mewujudkan persekitaran

yang baik kepada negara kurang membangun. Sehubungan itu, Malaysia telah

menyokong permintaan Pertubuhan Negara Selatan bagi mewujudkan satu Order

Page 264: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

238

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Dunia Ekonomi Baru (NIEO). Malaysia juga telah memperjuangkan penstrukturan

semula sistem ekonomi antarabangsa. Saranan ini telah dibincangkan dalam

Persidangan PBB pada tahun 1977. Malaysia turut menyokong program integrasi

komoditi untuk mengawal harga komoditi di bawah United Nation Conference on

Trade and Development (UNCTAD).

13.2.4 Era Tun Dr. Mahathir (1981-2003)

Dasar luar Malaysia mengalami perubahan besar di bawah Perdana Menteri keempat

ini. Pemikiran beliau mempengaruhi hala tuju dan orientasi dasar luar Malaysia

menjadi lebih dinamik dan dikenali oleh masyarakat dunia. Faktor keperibadian

beliau yang tegas dan lantang menyuarakan pandangan mempengaruhi hala tuju

dan pendekatan Malaysia dalam hubungan luar. Pendekatan dasar luar beliau lebih

tegas dan mempunyai skop yang lebih luas. Tun Mahathir memberi penekanan

kepada kepentingan ekonomi, hubungan politik dan ekonomi yang lebih luas

serta aktif.

Dasar luar Malaysia di bawah Tun Mahathir mempunyai beberapa dimensi baru.

Antaranya ialah meluaskan hubungan pelbagai hala dan dalam pelbagai aspek

dengan rantau Asia Timur khasnya dengan Jepun. Ini jelas apabila Malaysia

melancarkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1982. Selain itu satu lagi dimensi

baru dalam dasar luar ialah Malaysia sering menjadi jurucakap kepada negara

Dunia Ketiga iaitu negara miskin dan kecil. Malaysia misalnya merupakan pencetus

kepada idea Suruhanjaya untuk Kerjasama Selatan-Selatan yang kemudiannya

berjaya membawa kepada pembentukan Kumpulan 15 negara pada tahun 1989.

Pertubuhan yang dianggotai oleh majoriti negara sedang membangun seperti

NAM, Kerjasama Selatan-selatan, Kumpulan 15, OIC, sering menjadi platform

untuk menyuarakan pandangan tegas kepada ketidakadilan dan kekejaman dunia

barat, penindasan dan krisis politik yang melanda kebanyakan negara anggota. Di

bawah Perdana Menteri terdahulu, Malaysia memang telah memainkan peranan

dalam beberapa isu kemanusiaan sejagat. Walau bagaimanapun di bawah Tun

Mahathir, beliau telah mewujudkan satu peranan baru dalam dasar luar apabila

telah meletakkan peranan Malaysia menjadi semakin proaktif dan kritikal dalam

memperjuangkan isu kemanusiaan dan masalah negara Dunia Ketiga. Misalnya

melalui OIC, Malaysia pernah menjadi perantara di dalam mencari penyelesaian

konflik di antara Iran dan Iraq. Begitu juga krisis di Palestin dan penindasan di

Afrika Selatan.

Page 265: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

239

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Dimensi seterusnya ialah Malaysia berusaha mengurangkan kebergantungan

dengan kuasa besar atau Barat. Tun Mahathir meletakkan keutamaan kerjasama

serantau, negara kurang maju dan sedang membangun, negara Islam dan negara

kecil mengatasi kerjasama dengan organisasi yang dikuasai oleh kuasa Barat.

Dasar Buy British Last di awal pemerintahannya menjadi satu manifestasi kepada

sikap tidak puas hatinya kepada tindakan British kepada Malaysia dalam beberapa

perkara. Malaysia juga sering membuat kritikan terbuka kepada kuasa besar seperti

Amerika Syarikat, Australia atau organisasi antarabangsa apabila ada dasar atau

tindakan mereka yang tidak konsisten dengan prinsip kemanusiaan dan keadilan

sejagat. Ini pernah dilakukan kepada beberapa organisasi antarabangsa yang

Malaysia juga adalah anggota seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC),

PBB dan Komanwel.

13.2.5 Era Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)

Tun Abdullah meneruskan kesinambungan dasar luar yang aktif yang telah

direalisasikan oleh Perdana Menteri sebelumnya. Walau bagaimanapun, pendekatan

Tun Abdullah lebih sederhana dan berusaha mengelakkan konfrontasi dengan

pihak lain, tetapi beliau pragmatik dalam berhadapan dengan cabaran semasa iaitu

menyesuaikan dasar mengikut persekitaran tanpa mengabaikan prinsip asas dasar

luar Malaysia yang menjamin kepentingan negara. Dalam erti kata lain orientasi

dasar luar Malaysia semasa di bawah Tun Abdullah ialah konsisten dan pragmatik.

Malaysia di bawah Tun Abdullah meneruskan tumpuan hubungan pelbagai hala dan

kerjasama dengan organisasi antarabangsa dengan keutamaan kepada kerjasama

serantau khasnya ASEAN, negara Islam dan negara Dunia Ketiga.

Malaysia berusaha memperkukuhkan kedudukan ASEAN di peringkat

antarabangsa dan memfokuskan kepada integrasi politik dan ekonomi dalam

membentuk komuniti ASEAN. Malaysia meneruskan kesinambungan dasar

sebelum ini yang memfokuskan kerjasama dengan blok Asia Timur dengan

mencadangkan diplomasi yang lebih luas untuk ASEAN iaitu ‘ASEAN + 3’. Ini

merupakan satu jalinan kerjasama di antara ASEAN dengan tiga negara iaitu

China, Jepun dan Republik Korea sebagai usaha untuk membina komuniti Asia

Timur. Malaysia dalam era Tun Abdullah menjadi tuan rumah sidang kemuncak

ASEAN pada 2005 dan Pengerusi ASEAN bagi penggal 2005-2006. Selepas

ASEAN, Malaysia meletakkan kerjasama dengan OIC sebagai keutamaan.

Page 266: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

240

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Semasa tempoh pemerintahan Tun Abdullah Malaysia pernah menjadi Pengerusi

OIC selama tiga tahun 2003-2005). Malaysia di dalam OIC memfokuskan kepada

usaha merapatkan jurang antara negara Islam dan Barat serta isu Palestin selain

meneruskan agenda ekonomi untuk membangunkan ekonomi negara Islam.

Selepas OIC, Malaysia menumpukan perhatian kepada NAM kerana Malaysia

juga dilantik sebagai Pengerusi NAM semasa di bawah pentadbiran Tun Abdullah.

Agenda pembangunan ekonomi negara anggota NAM menjadi tumpuan Malaysia

semasa mempengerusikan NAM.

Di peringkat antarabangsa, Malaysia meneruskan komitmen sebagai ahli PBB

yang proaktif dan antara lain menggesa satu mekanisme berkesan perlu untuk

memantau pengagihan dana program Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA),

PBB. Malaysia juga terus aktif menentang pencabulan hak asasi dan penindasan

kuasa besar yang melanggar prinsip undang-undang antarabangsa dan piagam

PBB seperti pencerobohan Amerika dan sekutunya di Iraq. Dalam masa era Tun

Abdullah, Malaysia berhadapan dengan beberapa isu yang mencabar hubungan

Malaysia dengan negara luar seperti tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan

Singapura, isu pendatang tanpa izin, konflik blok kawasan baru minyak perairan di

Sabah dan Indonesia, tekanan ekonomi daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia

(WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

13.2.6 Era Dato’ Sri Najib Tun Razak (bermula 2009)

Di bawah era Dato’ Sri Najib, Malaysia meneruskan kesinambungan dasar aktif di

peringkat antarabangsa. Malaysia di bawah beliau masih mengekalkan kerjasama

serantau dan antarabangsa khasnya dengan ASEAN, OIC, NAM dan PBB. Beliau

berusaha mewujudkan pendekatan yang lebih proaktif dan dinamik berbanding

dengan era Tun Abdullah. Antara penekanan utama Malaysia semasa zaman Dato’

Sri Najib ialah mengukuhkan hubungan dua hala dengan negara jiran Asia Tenggara

seperti Singapura dan dengan kuasa besar ekonomi seperti China, Jepun, Republik

Korea, Amerika Syarikat, India dan Kesatuan Eropah. Tumpuan utama dalam

hubungan dua hala ini ialah kerjasama ekonomi atau hubungan rakan dagangan.

Hubungan Malaysia dan Singapura sering berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Malaysia di bawah Dato’ Sri Najib berusaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama

dalam pelbagai aspek khasnya yang melibatkan pertikaian antara dua negara. Pada

Page 267: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

241

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

tahun 2010, Malaysia dan Singapura telah membuat rundingan semula mengenai

Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) yang pernah ditandatangani pada 1990.

Antara isu yang telah dibincangkan ialah isu tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd.

(KTMB), isu Perjanjian Air 1961 dan kadar tol di Lebuh Raya Laluan Kedua.

Selain itu, Malaysia juga mengukuhkan hubungan dua hala dengan Jepun untuk

memastikan Jepun kekal sebagai pelabur dan rakan dagangan utama negara.

Dalam masa yang sama, Malaysia berusaha mewujudkan satu lebaran baru dalam

hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) khasnya dari segi hubungan

dagangan. Antara perkara yang menjadi fokus kerjasama Malaysia dengan

Amerika Syarikat ialah aspek ekonomi termasuk inisiatif Perjanjian Perkongsian

Rentas Pasifik (TPP) (semasa Presiden Barrack Obama), peningkatan pelaburan

dan aktiviti perdagangan antara dua negara; kerjasama keselamatan, pertahanan

dan anti-keganasan; kerjasama pendidikan melalui program Pembantu Guru

Bahasa Inggeris Fullbright (ETA). Di bawah Presiden baru AS, Malaysia masih

terus mengekalkan hubungan baik dengan negara tersebut.

Malaysia meraikan 30 tahun hubungan rasminya dengan China pada tahun 2014

dengan mengukuhkan lagi kerjasama sebagai rakan dagangan dan pelabur yang

penting serta kerjasama dalam sektor pelancongan. Kedua-dua pemimpin negara ini

masing-masing mengadakan lawatan rasmi antara satu sama lain pada tahun 2009

dalam mengukuhkan lagi hubungan diplomasi. Selain China, India juga menjadi

salah satu negara tumpuan kerjasama dua hala di bawah Dato’ Sri Najib. Fokus

kerjasama Malaysia dan India ialah dalam bidang perdangan, pelaburan selain isu

keselamatan dan maritim. Dalam lawatan rasminya pada tahun 2017, Malaysia

antara lain telah mencapai kata sepakat dengan India dalam Perjanjian Kerjasama

Ekonomi Komprehensif (CECA) di samping berkaitan dengan isu keselamatan di

perairan di Selat Melaka.

13.3 Malaysia dan Hubungan SerantauKerjasama dan hubungan serantau merupakan salah satu fokus utama dalam dasar

luar Malaysia sejak zaman Perdana Menteri Pertama. Matlamat utama kerjasama

ini meliputi aspek keselamatan, ekonomi, sosial dan budaya. Asas utama Malaysia

dalam hal ini ialah mengukuhkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan

semua negara di rantau Asia Tenggara tanpa mengira fahaman dan ideologi.

Page 268: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

242

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Sebelum penubuhan ASEAN, telah wujud beberapa bentuk kerjasama seperti

Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (SEAFAT),

Persatuan Asia Tenggara (ASA) dan gagasan penubuhan Maphilindo (Malaysia,

Filipina dan Indonesia). Selepas ASEAN ditubuhkan, kerjasama serantau

dilaksanakan melalui pertubuhan ini dan ia merupakan satu bentuk kerjasama

serantau yang baik dan berkesan dalam beberapa aspek. Melalui ASEAN, pelbagai

mekanisme penting dalam aspek ekonomi seperti kawasan perdagangan bebas

ASEAN melalui AFTA dan kerjasama ekonomi dengan rantau yang lain seperti

Asia Timur dan Asia Pasifik.

13.3.1 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok yang terhasil

daripada satu sidang kemuncak yang dihadiri oleh perwakilan daripada lima

negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Negara anggota

ASEAN ialah Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Laos,

Kampuchea, Vietna dan Myanmar. Antara matlamat utama penubuhannya ialah:

1. Mempercepat pertumbuhan ekonomi, perkembangan sosial dan pembangunan

kebudayaan kalangan negara anggota.

2. Memupuk keamanan dan kestabilan kalangan serantau dengan menghormati

undang-undang hubungan antara negara dan keadilan serta piagam PBB.

3. Menggalak kerjasama dan saling membantu dalam bidang ekonomi, sosial,

kebudayaan, sains dan teknologi serta pentadbiran.

4. Menyediakan bantuan dalam bentuk latihan dan kemudahan penyelidikan

dalam bidang pelajaran, profesional, teknikal dan pentadbiran.

5. Mewujudkan kerjasama yang lebih efektif dalam penggunaan sumber dalam

industri pertanian, memperluas perdagangan dan menjalankan penyelidikan ke

atas masalah perdagangan komoditi antarabangsa, meningkatkan kemudahan

pengangkutan dan komunikasi serta tahap kehidupan rakyat.

6. Menggalakan pengajian tentang Asia Tenggara.

7. Mengekalkan kerjasama yang rapat dan bermanfaat melalui pertubuhan

serantau dan antarabangsa yang sedia ada dengan matlamat yang sama dan

menerokai sumber untuk merapatkan lagi kerjasama.

Page 269: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

243

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Malaysia adalah negara anggota ASEAN yang aktif dan sentiasa menerajui

tindakan membawa kepada keamanan rantau. Sejak ASEAN ditubuhkan, terdapat

beberapa bentuk perjanjian dan permuafakatan yang dicapai antara ahli ASEAN

untuk menjamin keamanan dan kestabilan rantau. Antaranya ialah:

1. Pada tahun 1971, Malaysia antara negara yang mencadangkan kewujudan zon

yang aman, bebas dan berkecuali melalui Perisytiharan Kuala Lumpur dan

dikenali sebagai ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality). Konsep

ZOPFAN mengiktiraf hak setiap negara di Asia Tenggara untuk tidak campur

tangan dalam pertikaian di antara kuasa besar. Melalui konsep ini juga mereka

menyeru kuasa besar supaya menghormati kedaulatan negara-negara kecil

seperti ASEAN.

2. Pada tahun 1976 di Bali, ASEAN menubuhkan Perjanjian Persahabatan

dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) (TAC)”. Perjanjian ini

menghasilkan satu panduan ahli ASEAN untuk menggalakan keamanan,

mengekalkan persahabatan dan kerjasama antara ahli dalam memupuk rantau

yang aman dan stabil.

3. Pada tahun 1995, negara anggota ASEAN telah bersetuju mewujudkan Zon

Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ). Usaha ini adalah lanjutan

daripada ZOPFAN, iaitu selain zon berkecuali, ASEAN mahu kawasan ini

bebas daripada ancaman senjata nuklear.

Dari segi ekonomi pula, antara kerjasama yang dilaksanakan oleh ASEAN ialah:

1. Mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade

Area) atau AFTA menjelang tahun 2008.

2. Mewujudkan skim perindustrian ASEAN iaitu “ASEAN Industrial Joint

Ventures” (AIJIV), “Brand to Brand Complementation” dan “ASEAN

Industrial Projects” (AIP).

3. Kawasan pembangunan sub-serantau seperti Pertumbuhan Segitiga Indonesia-

Malaysia-Thailand (IMT-GT), Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei

Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Pertumbuhan

Segitiga Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT). Bidang utama yang

menjadi tumpuan kerjasama sub-rantau ini ialah pertanian, industri, tenaga,

infrastruktur, pelancongan dan telekomunikasi.

Page 270: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

244

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4. Projek kerjasama industri dengan negara ASEAN seperti projek baja urea

di Bintulu Sarawak dan Acheh, Indonesia, projek enjin diesel di Singapura,

projek kilang tembaga di Filipina dan projek garam batuan di Thailand.

5. Malaysia adalah antara negara yang mempelopori idea mewujudkan satu

kerjasama ekonomi antara ASEAN dan negara di Asia Timur. Pada tahun

1991, Malaysia dalam Persidangan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN telah

mencadangkan satu bentuk forum Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC).

Tujuannya ialah untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan

kepentingan bersama terhadap Asia Timur. Dalam Sidang Kemuncak Ketua-

ketua Kerajaan ASEAN pada 1993 di Singapura, mereka telah bersetuju untuk

EAEC akan beroperasi sebagai kumpulan dalam Kerjasama Ekonomi Asia

Pasifik (APEC). Matlamatnya antara lain untuk menggalakkan kerjasama

ekonomi yang lebih luas dalam kalangan negara Asia Timur bagi mencapai

pertumbuhan yang cemerlang. Walau bagaimanapun idea EAEC tidak

menerima sambutan yang menggalakkan dan mendapat tentangan daripada

kuasa besar seperti AS. Pada tahuan 1997, disebabkan oleh kegagalan idea

EAEC, Malaysia telah menyarankan kerjasama ekonomi antara negara ASEAN

dan 3 negara Asia Timur; Korea Selatan, China dan Jepun (ASEAN + 3).

Pembentukan ‘ASEAN + 3’ dikatakan sebagai satu kejayaan yang dihasilkan

daripada idea asal EAEC. Antara tujuan ‘ASEAN + 3’ ialah untuk:

• meningkatkan tahap kerjasama ekonomi antara ASEAN dan rantau Asia

Timur;

• melindungi/menganjurkan dasar perdagangan bebas;

• menggalakkan kerjasama ekonomi serantau;dan

• menyumbang sistem perdagangan pelbagai hala.

Walau bagaimanapun pada tahun 1999, idea EAEC ini dikatakan telah

kembali dibincangkan dan dikenali sebagai Kerjasama atau Sidang Asia Timur

atau East Asian Summit (EAS). Sidang EAS yang pertama dilaksanakan di

Kuala Lumpur pada tahun 2005 dan keahliaannya melibatkan ahli ‘ASEAN

+ 3’ (10 negara ASEAN, Korea Selatan, China dan Jepun) dan kemudiaannya

diperluaskan keahlian rakan dialognya kepada Australia, India, New Zealand

pada tahun 2005 dan kemudiannya ditambah Rusia, dan Amerika Syarikat

pada tahun 2015.

Page 271: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

245

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Dari segi politik dan hubungan diplomasi, Malaysia mengambil pendekatan untuk

mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau, selain turut mengutamakan prinsip

keamanan sejagat dan undang-undang antararabangsa tanpa mengabaikan prinsip

tidak campur tangan dalam hal dalaman negara anggota. Walau bagaimanapun

dalam kes pencerobohan Vietnam, Malaysia terpaksa mengambil pendekatan

prinsip keamanan sejagat dan penghormatan kedaulatan negara dengan mengecam

tindakan Vietnam yang dianggap telah mencabul kedaulatan Kampuchea. Malaysia

juga telah terlibat dalam usaha perundingan bagi membentuk kerajaan Demokratik

Campuran Kampuchea. Akhirnya Malaysia berjaya membawa negara Indochina

(Vietnam, Laos dan Kampuchea) menyertai ASEAN.

Pada tahun 2015, Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN dan menjadi tuan rumah

dalam sidang kemuncak ASEAN kali ke 26 dan 27. Dalam sidang kemuncak di

Kuala Lumpur ini, sasaran ASEAN dalam Pelan Tindakan Komuniti ASEAN

(2009-2015) untuk menwujudkan Komuniti ASEAN telah dilancarkan. Satu pelan

Visi Komuniti ASEAN Pasca 2015 iaitu ASEAN 2025: Bersama Maju ke Hadapan

juga telah dilancarkan. Dalam sidang kemuncak pada tahun 2016 di Laos, tiga

tunggak utama Komuniti ASEAN ini telah dimuktamadkan iaitu Komuniti Ekonomi

(AEC), Komuniti Keselamatan Politik (APSC) dan Komuniti Sosio-Budaya

(ASCC). Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ialah tunggak yang paling utama dan

penting kerana ia sebagai pra-syarat untuk merealisasikan dua tunggak yang lain.

Tujuan utama AEC ialah untuk mewujudkan pasaran dan pengeluaran asas tunggal

berasaskan ciri tertentu seperti barangan aliran bebas, pelaburan, perkhidmatan,

modal dan buruh berkemahiran, serta menggalakkan sikap persaingan serantau,

mewujudkan kemakmuran dan meningkatkan daya tarikan kepada pelabur asing.

13.4 Malaysia dan Kerjasama AntarabangsaSalah satu fokus utama dasar luar Malaysia ialah menjalinkan kerjasama dengan

organisasi antarabangsa. Kerjasama antarabangsa Malaysia melibatkan pertubuhan

seperti berikut:

a. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations)

b. Komanwel (bekas jajahan Inggeris)

c. Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (Non-alignment Movement)

d. Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)

Page 272: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

246

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

13.4.1 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

PBB ditubuhkan 1945. Sehingga kini keahlian di dalam PBB ialah 193 negara.

Negara ahli tertakluk kepada Piagam PBB melalui satu perjanjian antarabangsa yang

menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Malaysia menyertai

PBB pada 17 September 1957 dan sejak itu meletakkan usaha memelihara prinsip

dan piagam PBB sebagai salah prinsip utama dasar luarnya. Malaysia memainkan

peranan penting dalam PBB khasnya selepas tahun 1982, apabila berada di

bawah pentadbiran Tun Mahathir. Suara Malaysia yang lantang dan kritikal dalam

memperjuangkan negara Dunia Ketiga Berjaya menarik perhatian masyarakat

dunia. Berikut ialah antara peranan yang pernah dilaksanakan oleh Malaysia

sebagai anggota PBB:

a. Menyuarakan secara lantang isu berkaitan dengan negara Islam terutama

Palestin, pencerobohan hak asasi dan penindasan kuasa besar seperti yang

berlaku di Iraq.

b. Menyarankan benua Antartika sebagai warisan dunia yang diletakkan di bawah

kuasa semua negara.

c. Penyertaan misi pengaman PBB seperti di Bosnia, Angola, Somalia, Namibia

dan Timur Leste.

d. Pernah dipilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC)

empat kali iaitu pada tahun 1965 (berkongsi kerusi dengan Czechoslovakia),

tahun 1989-1990, tahun 1999-2000 dan tahun 2015-2016.

13.4.2 Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC)

Malaysia meletakkan kerjasama dengan negara Islam sebagai salah satu daripada

keutamaan dalam dasar luarnya. OIC merupakan pertubuhan negara-negara Islam

terbesar di dunia dan pertubuhan antara negara kedua terbesar selepas PBB. Ia

dianggotai oleh 57 buah negara majoriti Islam dan juga yang mempunyai penduduk

Islam. Ditubuhkan pada tahun 1971 dan beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.

Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Islam

OIC yang pertama. Antara matlamat utama penubuhan OIC ialah:

a. Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam pelbagai bidang.

b. Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam.

Page 273: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

247

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

c. Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.

d. Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak

dicemari.

OIC mempunyai beberapa peringkat khusus dan jawatankuasa antaranya ialah

Sidang Kemuncak, Majlis Menteri Luar (Council of Foreign Ministers atau CFM),

Setiausaha Agung, Jawatankuasa Al-Quds, tiga jawatankuasa tetap mengenai sains

dan teknologi, ekonomi dan perdagangan, informasi dan budaya. Selain itu, OIC

juga mempunyai Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Organisasi Pendidikan,

Saintifik dan Kebudayaan Islam serta beberapa organisasi kecil lain seperti Tabung

Perpaduan Islam untuk membantu negara anggota.

Penglibatan Malaysia melalui OIC boleh dilihat dalam beberapa aktiviti berikut:

a. Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.

b. Terlibat dalam penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang ditaja

sebahagian daripada dananya oleh OIC. OIC menawarkan biasiswa kepada

para pelajar dari negara anggota untuk belajar di UIAM.

c. Malaysia terlibat dalam usaha untuk menubuhkan Bank Pembangunan Islam

untuk membantu negara anggota yang miskin.

d. Malaysia aktif dalam menyuarakan pandangan dan cadangan dalam kemelut

yang dihadapi di Asia Barat khasnya perjuangan rakyat Palestin, perang Iran-

Iraq, perang di Bosnia dan pembangunan negara anggota di benua Afrika.

e. Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam

pada tahun 2002

f. Malaysia pernah mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara

Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi.

13.4.3 Komanwel

Komanwel ialah satu pertubuhan antarabangsa yang keanggotaanya terbuka kepada

negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Ditubuhkan pada tahun 1931 dan

dinaungi oleh Ratu England. Ahlinya terdiri daripada 54 buah negara maju dan

negara sedang membangun. Malaysia menjadi ahli pada tahun 1957. Komanwel

Page 274: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

248

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

adalah satu pertubuhan yang unik kerana tidak mempunyai perlembagaan atau

piagam yang boleh mengikat ahlinya. Komanwel menganjurkan Persidangan

Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada setiap tempoh dua tahun. Ini

merupakan ruang untuk Malaysia berpeluang membincangkan hal-hal kepentingan

bersama. Malaysia pernah menjadi tuan rumah CHOGM di Langkawi pada tahun

1989 dan Sukan Komanwel pada tahun 1998.

Terdapat empat peringkat hubungan Malaysia dengan Komanwel (Roy Anthony

Rogers, 2006):

1. Tahun 1960an – Malaysia mempunyai hubungan yang rapat dengan Komanwel.

Ini dikaitkan dengan orientasi dasar luar semasa Tunku Abdul Rahman yang

pro-Barat dan anti-komunis. Malaysia mendapat bantuan ketenteraan daripada

anggota Komanwel dalam menangani krisis dengan komunis dan konfrontasi

Indonesia.

2. Tahun 1970an – Malaysia masih mengekalkan hubungan yang baik dengan

Komanwel tetapi turut berusaha mengadakan hubungan kerjasama dengan

negara serantau, Asia, Afrika dan negara Islam serta mula mengamalkan dasar

terbuka dengan negara komunis.

3. Pada awal 1980an iaitu fasa awal pemerintahan Tun Mahathir – Malaysia

mengkritik dan mempersoalkan peranan Komanwel berhubung isu Apartheid

di Afrika Selatan. Malaysia menunjukkan protesnya dengan tidak menghadiri

dua persidangan Ketua Komanwel di Melbourne dan New Delhi serta tidak

menghadiri Sukan Komanwel yang diadakan di Edinburgh.

4. Pada akhir tahun 1980an – hubungan Malaysia dengan Komanwel semakin

pulih. Malaysia tidak menafikan kepentingan Komanwel tetapi masih terus

menggunakan Komanwel sebagai platform untuk menyuarakan isu-isu

kemanusiaan sejagat.

Walaupun melalui beberapa fasa tertentu dalam hubungan dengan Komanwel,

Malaysia sebenarnya mendapat beberapa manfaat daripada keanggotaan sebagai

ahli pertubuhan ini. Antaranya ialah bantuan ketenteraan semasa 10 tahun di awal

kemerdekaan khasnya dalam berhadapan dengan konfrontasi Indonesia, bantuan

kewangan, latihan ketenteraan dan melalui Rancangan Colombo, Malaysia

menerima bantuan seperti pendidikan, kesihatan dan teknikal. Sukan Komanwel

Page 275: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

249

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

pula merupakan salah satu aktiviti tetap pertubuhan ini yang bertujuan untuk

merapatkan hubungan negara anggota.

13.4.4 Pergerakan Negara Berkecuali (NAM)

Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan melalui Deklarasi Bandung

pada tahun 1956 melalui Persidangan Negara Afro-Asia di Bandung, Indonesia.

Rasional penubuhan pergerakan ini ialah sebagai reaksi balas terhadap Perang

Dingin iaitu satu pendirian kebanyakan negara Asia, Afrika dan Amerika Latin

untuk tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa Besar (Blok Barat atau Blok

Timur). Antara matlamat utama penubuhan NAM ialah untuk menyelesaikan

pertikaian antarabangsa secara aman, menghormati hak asasi manusia, menolak

penggunaan tindakan kekerasan, tidak campur tangan dalam urusan negara lain,

mengiktiraf serta menghormati integriti dan kedaulatan wilayah semua negara.

Penyertaan kepada pergerakan ini terdiri daripada negara sedang membangun,

negara dunia ketiga atau negara yang baru merdeka sekitar tahun 1940-60-an.

di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Malaysia menyertai NAM secara rasmi pada

tahun 1969. Penyertaan Malaysia dalam NAM seiring dengan prinsip dasar luar

Malaysia yang bersifat berkecuali iaitu menyokong usaha penyelesaikan secara

aman terhadap sebarang bentuk pertikaian, menghormati kedaulatan wilayah lain,

mengamalkan prinsip hidup secara aman dan tidak campur tangan dalam urusan

negara lain.

Penglibatan Malaysia melalui NAM boleh dilihat melalui perkara berikut:

a. Menjadikan NAM sebagai platform untuk menyuarakan pandangan mengenai

keperluan negara Dunia Ketiga untuk membentuk satu kerjasama ekonomi

yang dikenali sebagai Kerjasama Selatan-selatan, menentang isu seperti

pencerobohan Yahudi ke atas Palestin, menentang pencerobohan tentera Rusia

di Afghanistan dan pencerobohan Serbia ke atas Bosnia.

b. Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade pada tahun 1989.

c. Malaysia menjadi Pengerusi NAM pada tahun 2003-2006. Malaysia menjadi

tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun 2003.

Semasa menjadi tuan rumah, dalam Deklarasi Kuala Lumpur, Malaysia

berusaha ‘menghidupkan’ semula peranan NAM dan menghasilkan pernyataan

bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap

Iraq.

Page 276: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

250

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

RUMUSANSejak merdeka, dasar luar Malaysia berkembang seiring dengan perkembangan

semasa. Secara amnya, prinsip asas dasar luar tidak berubah kerana Malaysia

adalah sebuah negara yang sentiasa mengutamakan kepentingan negaranya

iaitu negara yang merdeka dan berdaulat, rakyatnya yang pelbagai etnik dan

agama dan mempunyai latar belakang nilai sejarah yang tersendiri. Sebaliknya,

strategi pelaksanaan yang berubah dan bergantung kepada peranan dinamik yang

dimainkan oleh pemimpin yang menerajui negara.

SEMAKAN KENDIRI

1. Pelajar mengumpulkan keratan akhbar mengenai isu semasa yang

berkaitan dengan kerjasama serantau.

2. Pelajar berbincang dengan rakan tentang perbezaan orientasi dasar

luar Malaysia di antara Perdana Menteri.

3. Pelajar mengemukakan contoh terkini penglibatan Malaysia dalam

setiap bentuk kerjasama antarabangsa yang sedia ada.

KATA KUNCI

Kerjasama antarabangsa

ASEAN

NAM

PBB

OIC

Komanwel

Definisi dasar luar

Prinsip asas dasar luar

Pro-Barat

Anti-komunis

Dasar berkecuali

Kerjasama serantau

Page 277: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

251

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS

1. Berikan definisi dasar luar dan nyatakan prinsip utama dasar luar

Malaysia.

2. Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar

Malaysia?

3. Apakah pendekatan utama dalam dasar luar Malaysia Perdana Menteri

yang pertama?

4. Huraikan dimensi baru dasar luar Malaysia semasa di bawah Perdana

Menteri keempat.

5. Nyatakan kepentingan Malaysia dalam kerjasama antarabangsa.

RUJUKANFaridah Jaafar. (2007). Perdana Menteri dan dasar luar Malaysia 1957-2005. Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Karminder Singh Dhillon. (2009). Malaysian foreign policy in the Mahathir Era 1981-2003: Dilemmas of development. Singapore: National University of Singapore Press.

Malaysia Kita. (2015). Panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan. Petaling Jaya: International Law Books Services.

Rusdi Omar, & Mas Juliana Mukhtaruddin. (2010). Dasar luar Malaysia Era Dato’Seri Mohd Najib Tun Razak: Keutamaan dalam aspek hubungan dua hala. Dalam Mohd Azizuddin Mohd Sani & Abdul Rahman Abdul Aziz (ed.), Proceedings of the Seminar on National Resilience “Political Managements And Policies in Malaysia” 13-15 July, Langkawi, Kedah: 173-194

Roy Anthony Rogers. (2006). Malaysia, Komanwel dan pengurusan isu-isu antarabangsa. Dalam Ruhanas Harun (ed.). Malaysia’s foreign relations: Issues and challenges (pp.93-112). Kuala Lumpur: University Malaya Press.

Page 278: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

252

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 14 Pembinaan Negara-Bangsa Jayum Jawan

PENGENALANUnit ini bertujuan membincangkan proses pembinaan negara-bangsa di Malaysia.

Sehubungan itu, bahagian ini juga akan membincangkan beberapa perkara asas

seperti konsep dan teori berkaitan sebahagian latar belakang dan bahagian ini akan

diakhiri dengan mengetengahkan beberapa persoalan dan cabaran yang masih

perlu ditangani dalam meningkatkan proses membina negara-bangsa.

OBJEKTIF

1. Membincangkan secara ringkas konsep, teori dan jenis integrasi dan perpaduan

sebagai latar belakang kepada pemahaman proses membina negara.

2. Menghuraikan sejarah pembentukan masyakarat berbilang etnik.

3. Meneliti dasar dan strategi integrasi dan perpaduan yang telah dilancarkan di

Malaysia dan aras yang sudah dicapai.

4. Membincangkan cabaran untuk terus meningkatkan tahap perpaduan dan

integrasi di Malaysia.

ISI PENTING

14.1 Konsep Negara-BangsaBeberapa konsep dibincangkan dalam bahagian ini. Konsep-konsep yang dipilih

tidak lengkap tetapi tertumpu kepada apa yang dianggap asas dan penting ke arah

memahami proses pembinaan negara-bangsa.

Page 279: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

253

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

14.1.1 Perpaduan dan Integrasi

Banyak konsep perlu diketahui dan difahami dalam proses membincangkan proses

perpaduan dan integrasi. Dari segi istilah, perpaduan dan integrasi mempunyai

makna yang sama, iaitu proses di mana dua atau lebih bahagian bersatu, dan di

akhir proses dua bahagian akan menjadi satu. Mengikut kamus Oxford atas talian,

perpaduan atau unity adalah keadaan bersatu atau united atau semua bahagian

yang dahulu berasingan bergabung (menjadi satu). Sementara, kamus yang sama

mentaksirkan integrasi (integration) sebagai proses atau tindakan mengintegrasikan

seperti menyatukan banyak negara ke dalam satu blok perdagangan atau proses

mengintegrasikan banyak orang yang dahulunya terpisah menjadi satu, dalam

erti kata rapat. Kalau integrasi dan perpaduan adalah sama dan membayangkan

proses dan matlamat akhir yang sama, kenapa pula Jabatan Perpaduan dan

Integrasi Nasional menggunakan kedua-dua konsep? Seolah-olah dua konsep ada

perbezaan dan sebaliknya kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain

dengan proses yang ingin dimaksudkan dalam konteks perbincangan mengenai

Persekutuan Malaysia. Barangkali dua konsep boleh dipisahkan dari segi

pemakaian dan apabila merujuk kepada proses. Perpaduan boleh dilihat sebagai

proses menyatukan orang dan dalam konteks ini dua atau lebih orang tidak boleh

disatukan menjadi satu. Dalam konteks orang, perpaduan tepat untuk merujuk

kepada proses ini dan penyatuan merujuk kepada kehadiran, cara berfikir, kesamaan

pandangan dan persetujuan tentang matlamat yang sama. Justeru bersatu dalam erti

kata perpaduan tidak terikat kepada ruang fizikal. Sementara integrasi semestinya

merujuk kepada jarak, dan yang disatukan semestinya jarak fizikal dekat dan hasil

adalah produk baharu ekoran gabungan dua atau lebih elemen asal. Elemen baharu

tidak sama dengan elemen lama tetapi mempunyai atribut dari semua elemen lama.

14.1.2 Negara-Bangsa

Negara-bangsa terdiri daripada dua konsep yang membawa dua makna berbeza,

dan bila diguna pakai serentak ia membawa makna yang lebih lengkap. Konsep

negara atau state merujuk kepada satu kawasan yang mempunyai sempadan yang

jelas. Dalam sempadan itu wujud kuasa dan autoriti yang berkuat kuasa ke atas

segalanya dalam negara dan dalam kawasan tersebut. Manakala, konsep bangsa

(nation) merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai ciri dan sifat

yang sama. Mereka tidak semestinya wujud atau mendiami sebuah negara atau

kawasan yang ada sempadan jelas, tetapi boleh wujud dalam beberapa negara dan

di beberapa kawasan.

Page 280: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

254

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Sehubungan dengan taksiran di atas, maka Orang Cina adalah bangsa, tetapi China

adalah negara. China ada sempadan, tetapi Orang Cina melintasi sempadan dan

wujud dalam banyak alam atau negara, seperti di beberapa negara sebagai Cina

Malaysia, Cina Filipina, Cina Indonesia. Begitu juga dengan Orang India dan

negara India, termasuk Orang Melayu dan Malaysia atau Indonesia atau Dunia

Melayu. Dari aspek itu, negara-bangsa Malaysia boleh dirujuk sebagai proses

menyamakan sempadan negara dengan sempadan bangsa. Maka, negara-bangsa

Malaysia seharusnya dirujuk sebagai Malaysia dan elemen atau bangsa yang ada

di dalamnya sebagai Melayu Malaysia, Cina Malaysia, India Malaysia, Dayak

Malaysia dan Kadazandusun Malaysia. Dalam Inggeris mereka seharus dan tepat

dirujuk sebagai Malay Malaysians (bukan Malaysian Malays), Chinese Malaysians

(bukan Malaysian Chinese), Indian Malaysians (bukan Malaysian Indians), Dayak

Malaysians (bukan Malaysian Dayak) dan Kadazandusun Malaysians (bukan

Malaysian Kadazandusuns).

14.1.3 Nasionalisme

Nasionalisme sudah dibincangkan dalam unit lain dengan lebih lanjut. Dalam unit

ini, tujuan ialah untuk mengingat kembali secara ringkas. Nasionalisme adalah

semangat kenegaraan yang tercetus menyebabkan rakyat dalam sesebuah negara

bangkit mahu memerintah sendiri. Mereka boleh mempunyai latar belakang ras

dan etnik sama, iaitu sebangsa, atau terdiri dari banyak bangsa seperti dalam

negara-bangsa Persekutuan Malaysia yang lampau. Keinginan mahu memerintah

sendiri dan menentukan hala tuju masa depan negara sendiri telah membawa

kepada perpaduan dan integrasi bagi merealisasikan objektif untuk mendapat

merdeka dan pemerintahan sendiri. Mengikut Kamus Merriam-Webster atas talian,

nasionalisme membawa perasaan bahawa negara sendiri lebih baik berbanding

negara orang lain. Ia juga pembakar jiwa untuk menuntut merdeka.

14.1.4 Patriotisme

Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap negara sendiri. Ini

merupakan sebahagian taksiran bagi nasionalisme, tetapi perbezaannya ialah

bahawa semangat patriotik tidak semestinya ada perasaan bahawa negara dan

budaya negara sendiri lebih agung berbanding negara lain. Walau bagaimanapun,

seorang patriot tetap bangga dan cinta kepada negara sendiri. Semangat cinta ini

termasuk bersedia berkorban nyawa kerana cinta kepada tanah air. Pada suatu

Page 281: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

255

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

ketika awal kemerdekaan, patriotik selalu dikaitkan dengan khidmat ketenteraan

kerana negara dilanda ancaman keselamatan. Tetapi patriotik hendaklah lebih

dari kesediaan untuk turun mempertahankan negara. Apa lagi pada zaman aman,

ukuran itu sudah kurang penekanannya dan seharusnya bersifat dan berciri lebih

komprehensif. Sifat dan ciri patriotik semestinya dikaitkan dengan objek dan

simbol negara dan tindakan-tindakan berpusatkan negara. Ini melibatkan semua,

terutamanya pemimpin kerana mereka seharusnya menjadi contoh. Perkara ini

tidak boleh berpandukan peribahasa “buat ikut cakap saya dan bukan buat ikut

cara” tetapi hendaklah didasarkan kepada “kepimpinan melalui tauladan”.

14.1.5 Sejarah Ringkas

Dalam sejarah Persekutuan Malaysia dari 1950-an sehingga sekarang, beberapa

konsep untuk menjelaskan tentang proses dan matlamat perpaduan dan integrasi

telah digunakan dan akan dihuraikan di bahagian ini. Pertama, sikap akomodatif

dan tolak ansur telah mencirikan hubungan antara Melayu, Cina dan India apabila

tercetus pergeseran ekoran pelancaran Kesatuan Malaya pada 1946. Sikap ini penting

bagi melahirkan randau yang seterusnya menghasilkan beberapa persetujuan yang

dikenali sebagai kontrak sosial antara tiga etnik terbesar. Persetujuan ini telah

dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaya yang dilancarkan pada

1948 dan yang merdeka pada 1957.

Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 1963 melalui Perjanjian Malaysia.

Perjanjian ini menunjukkan beberapa perkara penting, dan di antaranya ialah: (1)

Malaysia adalah negara majmuk dari segi bahasa, agama, budaya dan etnik; (2)

kemajmukan ini dipelihara dengan pelbagai jaminan yang dituntut dan dipersetujui,

di mana agihan kuasa kepada negeri berbeza dan wilayah baharu diberi kuasa

lebih untuk menentukan sifat dan kedudukan asalnya dipelihara; (3) tersurat dan

tersirat bahawa kerjasama dan perkongsian kuasa asas kemasukan Sabah dan

Sarawak, dan ini penting sebagai faktor yang melahirkan Persekutuan Malaysia.

Sejak kemerdekaan Malaya dan penubuhan Malaysia, pembinaan negara-bangsa

tidak digariskan sejelas mungkin kecuali selepas berlakunya rusuhan etnik pada

1969. Dari tempoh ini, proses pembinaan negara-bangsa Malaysia menjadi fokus

berdasarkan strategi untuk menangani faktor utama yang mencetuskan pergaduhan

etnik pada 1969 yang telah menyebabkan kehilangan nyawa, pengisytiharan

darurat dan pergantungan demokrasi. Ekoran rusuhan etnik 1969, perpaduan dan

Page 282: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

256

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

integrasi tertumpu kepada mengurangkan jurang ekonomi sebagai strategi untuk

merapatkan jarak sosial antara etnik. Justeru itu, pelbagai dasar yang dilancarkan

kerajaan khususnya dasar ekonomi bertujuan merapatkan jarak fizikal, sosial dan

ekonomi. Kehadiran semua etnik khususnya Melayu dan bumiputera yang banyak

ketinggalan dan terpisah dalam pelbagai lapangan dilihat sebagai langkah yang akan

menggalakkan interaksi dan pergaulan antara etnik. Interaksi ini diharapkan akan

mencetuskan hubungan melintasi etnik. Pada masa sama, ada sesetengah golongan

masyarakat berpandangan bahawa dasar memihak dalam usaha merapatkan jurang

fizikal, ekonomi dan sosial adalah bertentangan dengan prinsip keadilan dan

kesaksamaan dan mereka menaja pandangan atas label “Malaysian Malaysia”.

Pandangan dan pegangan ini telah menyebabkan ketegangan dengan wilayah

Singapura kerana wilayah itu menolak kedudukan istimewa yang diberikan kepada

suatu etnik dan merasakan bahawa Persekutuan adalah untuk semua atas dasar sama

rata. Pada 1991, Wawasan 2020 dilancarkan dan ia mengandungi sembilan cabaran

dan cabaran pertama menyentuh tentang corak dan sifat perpaduan dan integrasi

yang diidamkan negara. Cabaran pertama Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh

Perdana Menteri Mahathir Mohamad mensasarkan akan: mewujudkan negara

Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.

Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,

hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu

bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

(http://www.epu.gov.my/ms/dasar-utama/wawasan-2020, 31 Januari 2017).

Ini mungkin usaha pertama mentaksirkan apa matlamat perpaduan dan integrasi

walaupun bentuk atau rupa “bangsa Malaysia” masih tidak jelas. Dalam banyak

perbualan dan perbahasan, tiada kata sepakat dapat dicapai mengenai apa maksud

bangsa Malaysia dan bagaimana bangsa Malaysia berbeza dengan bangsa negara

lain. Dengan kata lain, apakah sifat dan budaya unik yang mentaksirkan bangsa

Malaysia. Perbahasan dan perbualan berkisar tentang kepelbagaian yang sedia ada

dalam negara-bangsa Malaysia dan proses pembentukan budaya bangsa Malaysia

kena mengambil kira semua kepelbagaian itu selaras dengan dasar-dasar ekonomi

dan sosial yang telah dilancarkan sejak 1971. Pada awal 2010an, wujudnya satu lagi

usaha mentaksirkan perpaduan dan integrasi pelbagai etnik. Perdana Menteri ke-6,

Mohd Najib memperkenalkan konsep Satu Malaysia (1 Malaysia) dengan slogan:

rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Seperti usaha sebelumnya, sifat dan

elemen 1 Malaysia masih umum, pelbagai dan merangkumi usaha cuba untuk

Page 283: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

257

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mentaksirkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelbagai etnik Malaysia

yang mempunyai pelbagai latar belakang sejarah, bahasa, budaya dan cara hidup.

Semua perbualan di atas adalah penting kerana pandangan dan sumbangan setiap

etnik perlu untuk mengukir perpaduan dan integrasi yang boleh dipanggil dengan

pelbagai nama dan konsep seperti “Malaysian Malaysia”, bangsa Malaysia dan

1 Malaysia. Selagi ada perbualan, proses akan terus bergerak menuju ke arah

mencari detik yang dipersetujui ramai.

14.2 Masyarakat MajmukBahagian ini akan membincangkan dua perkara utama: pertama, sejarah

pembentukan masyarakat majmuk beberapa wilayah Persekutuan Malaysia; dan

kedua, konsep dan teori integrasi dan masyarakat majmuk yang akan menerangkan

proses dan kaedah bagaimana hubungan ras dan etnik berlaku secara umum.

14.2.1 Sejarah Ringkas

Sejarah sudah menjelaskan bahawa kemasukan etnik mewujudkan kepelbagaian

etnik di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Di Semenanjung Tanah Melayu,

masyarakat majmuk terbentuk dengan beberapa migrasi massa ke wilayah tersebut

yang bermula dengan kedatangan Melayu proto dan ini diikuti Melayu deutro.

Sejarahwan telah melaporkan bahawa kedatangan kedua-dua golongan etnik ini

telah menyebabkan masyarakat Orang Asli yang dijumpai oleh mereka tertekan

sehingga Orang Asli ditolak ke pedalaman. Lazimnya ini nasib masyarakat asli

yang berhadapan dengan masyarakat baharu yang lebih besar, memiliki kelebihan

teknologi bagi mengalahkan masyarakat tempatan pada ketika itu. Apabila kuasa

penjajah satu demi satu mula bertapak di beberapa negeri-negeri Tanah Melayu,

mereka berhadapan dengan masyarakat tempatan, iaitu Melayu yang dilaporkan

sebagai keturunan dua etnik terbesar tadi. Pada zaman British, kedatangan secara

besar-besaran digalakkan atas alasan ekonomi. Masyarakat Cina dijemput oleh

Inggeris ke Tanah Melayu sebagai pelabur dan pekerja lombong emas dan biji

timah dan ladang-ladang lain yang dibangunkan oleh penjajah. Sementara itu,

masyarakat India pula digalakkan oleh Inggeris datang untuk menampung

keperluan pekerja ladang-ladang yang dibuka secara komersial dan besar-besaran.

Alasan yang sama juga digunakan oleh Rajah Brooke di Sarawak dan Syarikat

Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara. Pembukaan estet yang secara besar-

besaran memberi sebab kepada pelabur and pekerja diperlukan untuk memajukan

Page 284: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

258

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

bidang ekonomi. Yang membezakan dua negeri Borneo ialah pekerja dari India

terlibat dalam penggalakan kemasukan etnik dari luar negara berkenaan. Sebab

Dasar British yang tidak mahu menyentuh dan mengubah cara hidup masyarakat

asli atau tempatan telah digunakan di mana Melayu, dan bumiputera Borneo Utara

dan Sabah dikekalkan pada tempat asal mereka, iaitu hidup di luar bandar dan

mengikut cara dan gaya hidup mereka yang sudah biasa. Hal ini telah menyebabkan

pembentukan masyarakat majmuk atau berbilang etnik, tetapi mereka terus terpisah

kerana tempat kerja dan mengikut fungsi ekonomi yang ditentukan oleh pentadbir

Inggeris di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Rajah Brooke di Sarawak

dan Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara. Menjelang akhir

penjajahan di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara, masyarakat

berbilang bukan sahaja berasaskan etnik tetapi juga berasaskan pelbagai kategori

dan dikotomi seperti warganegara, bukan warganegara, tempatan-migran, bandar-

luar bandar dan pelbagai bidang ekonomi.

14.2.2 Masyarakat Majmuk

Definisi dan penjelasan tentang masyarakat majmuk yang sering dirujuk

dikemukakan oleh Furnivall dalam kajian beliau terhadap masyarakat Burma dan

Indonesia. Beliau mengemukakan ciri/sifat masyarakat majmuk seperti berikut:

• terdiri daripada dua atau lebih kumpulan etnik.

• kumpulan etnik yang tinggal dalam kawasan (sempadan) sama, tapi tidak

bercampur-gaul walaupun berada dalam satu unit politik yang sama.

• mereka diperintah oleh bangsa berlainan (kuasa luar, penjajah).

• mereka tidak ada kesedaran kenegaraan.

• mereka terpisah dari segi tempat tinggal dan bekerja dalam sektor ekonomi

berbeza mengikut kumpulan etnik.

• mereka berinteraksi sementara di pasar, selepas itu balik ke tempat masing-

masing.

• mereka cenderung berkonflik dan memerlukan kuasa luar (penjajah) untuk

mengawal keadaan.

• setiap kumpulan mempunyai struktur sosial tersendiri yang menjadi garis

panduan hidup masing-masing, seperti budaya dan adat resam.

Page 285: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

259

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Selepas Furnivall mengemukakan teori dan penjelasan beliau di atas, perubahan

sejarah penaklukan telah berakhir dan negara yang dikaji beliau telahpun merdeka.

Namun, hujah beliau tetap relevan untuk menerangkan pergolakan dan interaksi

termasuk hubungan antara banyak etnik dalam sebuah negara-bangsa. Beberapa ciri/

syarat yang tidak relevan seperti kuasa asing dan ketiadaan semangat kenegaraan.

Namun, ciri dan syarat masyarakat majmuk tetap dapat menerangkan kebanyakan

negara-bangsa dari segi: kewujudan banyak kelompok etnik; setiap etnik ada cara

dan gaya hidup sendiri; sehingga suatu tahap, etnik dan pekerjaan saling berkaitan

walaupun label ini mungkin sudah cair dari dahulu; konflik tidak berkurang kerana

pergeseran cuba diselesaikan oleh satu dari kumpulan etnik yang sudah berjaya

mendapat kuasa. Justeru itu, konflik bukan lagi antara etnik tetapi bertukar dimensi

seolah-olah satu etnik menentang kerajaan. Definisi dan penjelasan awal tentang

ciri/sifat masyarakat majmuk yang dikemukakan oleh Furnivall telah berubah

di mana ciri/sifat yang menyatakan masyarakat memerlukan kuasa asing untuk

mengawal keadaan tidak lagi relevan di kebanyakan negara-bangsa yang sudah

merdeka kerana peranan kuasa asing tidak lagi diperlukan dalam perbincangan.

14.3 Teori Perpaduan dan IntegrasiKonsep integrasi sudah dijelaskan di bahagian sebelum ini. Untuk membezakan

kedua-dua konsep, maka perpaduan merujuk kepada keberadaan unit fizikal dan

tidak menjadi satu dalam erti kata sebenar. Sekiranya orang dirujuk dalam proses

ini, maka perpaduan merujuk kepada menyatukan dua atau lebih orang atau individu

supaya di akhir proses mereka mempunyai pandangan dunia yang sama, bersetuju

tentang matlamat kumpulan dan seumpamanya. Manakala, integrasi merujuk

kepada proses melahirkan satu unit. Ini tidak mungkin berlaku pada unit yang

disatukan, sekiranya merujuk kepada individu tetapi boleh dicapai dalam produk

yang dilahirkan dari penyatuan berkenaan. Fenomena kahwin campur misalnya

melahirkan kesatuan, di mana produk baharu mewarisi elemen dari kedua-dua

pasangan yang bersatu. Teori integrasi mempunyai banyak variasi dari penyatuan

yang berbentuk mengekalkan identiti asal seperti melahirkan pandangan dunia

yang sama sehingga ke versi yang bersatu melalui biologi bagi melahirkan etnik

dan kelompok baharu. Berikut dihuraikan dengan ringkas setiap satu teori integrasi

dengan variasi yang mungkin timbul.

Page 286: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

260

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

14.3.1 Asimilasi

Asimilasi adalah proses interaksi di mana di proses akhir tersebut, etnik kecil

diserapkan ke dalam masyarakat dominan atau majoriti. Ini bermakna, di proses

akhir interaksi, masyarakat kecil mengamalkan budaya, bahasa dan agama

masyarakat dominan. Mereka telah kehilangan budaya, bahasa dan agama mereka.

Dalam kebanyakan kes, masyarakat kecil terpaksa turut dan mengikut arus untuk

terus hidup dalam kalangan masyarakat dominan. Proses ini boleh dibayangkan

oleh formula algebra seperti di bawah:

A + B + C = A, di mana:

A = masyarakat dominan/ majoriti

B, C = masyarakat minoriti

Asimilasi boleh dan mudah berlaku apabila masyarakat kecil mempunyai bilangan

dan peratusan amat kecil sekali seperti masyarakat Cina di Indonesia yang terdiri

dari lebih kurang 1% dari sejumlah pendudukan Indonesia. Hal yang sama dapat

dilihat dari contoh-contoh bukan Melayu yang berada dalam kalangan masyarakat

Melayu di Kelantan. Masyarakat bukan Melayu di Kelantan sudah boleh berbahasa

dengan loghat tempatan, walau belum berasimilasi sepenuhnya. Perkara sama

turut berlaku kepada masyarakat bukan Dayak yang menetap di kawasan yang

penduduknya 99% Dayak di sesuatu kawasan pedalaman seperti Kapit dan Belaga.

Masyarakat bukan Dayak berbahasa Dayak dengan loghat tempatan. Banyak kes-

kes seperti ini dapat dilihat secara rambang di tempat-tempat tertentu di negeri-

negeri di Persekutuan Malaysia.

14.3.2 Variasi Asimilasi

Asimilasi ada dua variasi utama kerana untuk proses asimilasi berlaku secara

lengkap, mereka yang diasimilasikan ke dalam kelompok besar akan terus

kehilangan sifat dan ciri masyarakat asal mereka. Contoh bukan Melayu yang

disebut di Kelantan dan Sarawak di atas bukan mewakili asimilasi sepenuhnya di

mana orang yang diasimilasi masuk “Melayu” di Kelantan dan masuk “Dayak” di

Sarawak. Mereka hanya lebih memahami masyarakat berkenaan, boleh berbahasa

dengan loghat seperti orang tempatan, menjalankan kehidupan mengikut orang

tempatan. Tetapi mereka tetap mengekalkan kebanyakan ciri/sifat masyarakat asal

mereka. Bentuk asimilasi ini dipanggil asimilasi budaya.

Page 287: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

261

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Variasi asimilasi kedua ialah asimilasi struktur. Ini merujuk kepada kejayaan ahli

masyarakat minoriti menebus struktur utama masyarakat dominan, tetapi mereka

masih mengekalkan identiti mereka. Ini dilakukan melalui penerimaan sistem

pendidikan dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah masyarakat dominan.

Oleh itu, ahli masyarakat berkenaan layak memasuki institusi pekerjaan kerana

mendapat dan memenuhi syarat untuk memasuki institusi pekerjaan masyarakat

dominan. Asimilasi struktur boleh dibayangkan oleh formula algebra seperti di

bawah:

Ai + B + C = Ai + Bi + Ci, di mana:

A = masyarakat dominan/ majoriti

B, C = masyarakat minoriti

i = institusi

Kejayaan proses asimilasi dipengaruhi oleh jumlah dan matrik pendudukan dalam

suatu wilayah atau kawasan. Lebih kecil jumlah dan peratusan kelompok minoriti,

maka lebih mudah proses asimilasi berlaku. Ini adalah kerana jumlah kecil terpaksa

berasimilasi dengan penduduk tempatan untuk terus hidup dan menyesuaikan diri.

Tetapi lazimnya, kalau jumlah minoriti agak besar seperti 20%, mereka boleh

hidup ibarat pulau dalam lautan. Barang kali minoriti ini mampu menarik ahli dari

kalangan majoriti.

14.3.3 Amalgamasi

Amalgamasi adalah proses penyatuan melalui biologi dan produk proses ini ialah

lahirnya etnik baharu yang dinamakan amalgam. Ini merujuk kepada penyatuan

melalui perkahwinan antara dua individu yang melahirkan individu baharu

yang mewarisi sifat biologi dari kedua-dua pasangan ibu bapa. Amalgam tidak

sama dengan mana-mana satu pasangan asal yang bergabung dalam hubungan

biologi tetapi individu baharu ini menonjolkan warisan dari kedua-dua pasangan.

Amalgamasi boleh dibayangkan oleh formula algebra seperti di bawah:

A + B + C* = D, di mana:

A, B, C = masyarakat

D = amalgam, masyarakat baharu, gabungan

Catatan: mana-mana dua bergabung pada satu masa

Page 288: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

262

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Mengikut hujah-hujah mengenai proses amalgamasi, masyarakat baharu, iaitu D

lahir dari perkahwinan campur secara besar-besaran dan proses ini diandaikan

akan memakan masa yang panjang untuk melahirkan amalgam, D, yang mewarisi

pelbagai trait dari semua masyarakat atau etnik yang berinteraksi dalam ruang

wilayah yang dinamakan negara-bangsa.

14.3.4 Pluralisme

Plural bermakna sekurang-kurang ada dua elemen dalam satu matrik. Dalam konteks

ini pendekatan pluralisme menekankan bilangan yang banyak untuk menerangkan

proses interaksi dan apa yang bakal berlaku. Pluralisme mempunyai dua variasi

untuk menunjukkan proses yang berlaku apabila banyak etnik berinteraksi dalam

satu ruang fizikal yang dinamakan negara-bangsa. Pertama, pluralisme budaya

merujuk kepada proses bahawa budaya dan cara hidup pelbagai kelompok kekal

seperti sedia ada dan tiada siapa yang hilang budaya dan bahasa mereka, dan tiada

siapa mengamalkan cara hidup orang lain. Pluralisme budaya boleh dibayangkan

oleh formula algebra seperti di bawah:

A + B + C = A + B + C, di mana:

A = masyarakat dominan

B, C = masyarakat kecil/ minoriti

Justeru, di akhir proses berinteraksi, keadaan masih kekal. Masing-masing etnik

mengekalkan budaya, bahasa dan agama masing-masing. Ada beberapa hujah

yang mempertahankan pluralisme budaya seperti berikut:

• setiap etnik/masyarakat mempunyai hak ke atas budaya masing-masing, dan

tiada siapa berhak mengatakan sebaliknya.

• perbezaan adalah semula jadi dan tidak dapat dielakkan.

• negara-bangsa beruntung kerana kepelbagaian; setiap etnik mesti ada kekuatan

yang boleh dimaanfaatkan oleh negara-bangsa.

Pluralisme kedua ialah pluralisme ubahsuaian. Konsep ini dimajukan oleh Glazer

dan Moynihan hasil kajian mereka ke atas masyarakat pelbagai ras dan etnik

yang bercampur-campur di kota raya New York. Teori yang sering diperkatakan

Page 289: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

263

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dan dipertahankan di Amerika Syarikat ialah bahawa negara-bangsa Amerika

Syarikat adalah contoh negara-bangsa jenis periuk pencair atau melting pot. Ini

adalah kerana negara-bangsa berkenaan terdiri daripada pelbagai ras dan etnik

daripada banyak negara di Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia. Pergaulan

dan percampuran ini dijangkakan lama-kelamaan akan melahirkan ras dan etnik

baharu kerana percampuran melalui perkahwinan melintasi ras dan etnik. Hasilnya

ialah kelahiran campuran ras dan etnik ini akan mewarnai negara-bangsa Amerika

Syarikat kerana mereka bukan lagi bangsa kulit putih, kulit hitam, Latino, Asia dan

sebagainya tetapi bangsa baharu negara-bangsa Amerika Syarikat.

Namun kajian Moynihan dan Glazer mencabar fenomena di atas kerana dapatan

dari perhatian dan kajian mereka, mereka menampakkan satu fenomena yang

unik. Masing-masing ras dan etnik yang bercampur di kota raya New York tidak

berasimilasi dalam erti kata melahirkan ras dan etnik baharu tetapi mengekalkan

cara, budaya dan adat resam masing-masing. Namum dalam usaha tersebut,

Moynihan dan Glazer mendapati bahawa budaya, bahasa dan cara hidup asal yang

dibawa mereka ke kota raya New York berubah dari cara ia diamalkan di negara-

bangsa asal mereka. Mereka nampak bahawa ada perubahan dan penyesuaian

budaya asal yang diamalkan di kota raya New York. Contohnya ialah budaya Itali

yang diamalkan oleh orang Itali di New York ada sedikit kelainan berbanding

amalan oleh orang Itali yang masih tinggal di Itali. Begitu juga dengan pengamalan

budaya kulit hitam, Cina, Latino dan orang Eropah yang berada di kota raya New

York. Amalan mereka tetap berlainan sedikit berbanding amalan budaya oleh kulit

hitam yang masih di Afrika, Cina di China, Latino di Amerika Latin, dan orang

Eropah yang masih tinggal di benua Eropah. Perubahan ini adalah ekoran interaksi

antara pelbagai ras dan etnik. Ia adalah perubahan semula jadi atau bebas dan tidak

dipaksa ke atas mana-mana ras dan etnik untuk berubah.

14.4 Pemupukan Hubungan Etnik dan Cabaran SemasaHubungan etnik adalah perkara penting dalam politik dan masyarakat Malaysia.

Ini adalah kerana perpaduan dan integrasi adalah asas yang boleh menjamin

keamanan sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi. Justeru itu, apabila

rusuhan etnik berlaku pada 1969, kerajaan atau parti yang memerintah ketika itu

cepat tampil dan menyenaraikan langkah-langkah untuk memupuk perpaduan dan

integrasi. Langkah awal dan asas melibatkan beberapa tindakan penting, seperti:

Page 290: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

264

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

(1) penubuhan Jabatan Perpaduan Negara pada 1969; (2) pelancaran Rukun Negara

pada 1970; (3) pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971, dan seterusnya

beberapa dasar ekonomi yang mendokong prinsip DEB; dan (4) pelancaran Dasar

Kebudayaan Kebangsaan pada 1971. Penekanan pelaksanaan merealisasikan

matlamat untuk meningkatkan kedudukan Melayu dan Bumiputera yang dijamin

dalam Perkara 153 mendasari pelaksanaan semua dasar itu demi mencapai

perpaduan dan integrasi dan merapatkan jurang ekonomi yang diakui sebagai

pencetus rusuhan etnik 1969. DEB berjaya mencapai sasaran untuk meningkatkan

penglibatan Melayu dan bumiputera ke tahap lebih kurang 20% pada 1990, iaitu

dari lebih kurang 2% pada 1971. Ini berkaitan pemilikan saham di bursa saham

yang dimiliki Melayu dan bumiputera. Namun ada pandangan mengatakan bahawa

20% itu termasuk sebahagian besar yang dimiliki syarikat berkepentingan Melayu

dan bumiputera dan bukan oleh individu Melayu dan bumiputera. Apa pun, sasaran

20% merupakan dua pertiga sahaja daripada sasaran DEB yang meletakkan 30%

sebagai sasaran menjelang 1990. Selepas itu, sasaran tidak dinyatakan dengan

jelas. Tetapi sasaran akhir yang dibayangkan dan dibahaskan dalam DEB yang

dilancarkan pada 1971 adalah agihan pemilikan harta berdasarkan nisbah etnik

dalam taburan pendudukan negara. Apa pun pengurangan jurang ekonomi

menimbulkan sama ada pergeseran dalam bidang lain atau isu yang menjadi

punca perpecahan seperti isu bahasa, agama, aliran sekolah dan jurang yang berat

sebelah. Hubungan etnik yang baik tercabar kerana sistem sekolah yang pluralistik

diamalkan. Persekutuan Malaysia mewarisi sekolah Inggeris, Mandarin, Tamil dan

Melayu/Agama dari zaman Inggeris. Pada masa sama, selepas Malaya merdeka

pada 1957, keperluan menitikberatkan pembinaan identiti negara-bangsa terus

tercabar kerana semua sistem ini diteruskan. Pandangan sesetengah pakar dan

penganalisis adalah bahawa sistem pendidikan yang berbeza mempunyai pengaruh

dalam mendidik anak bangsa negara-bangsa Malaysia ke arah yang berbeza.

Sebelum Malaya merdeka, kandungan didasarkan kepada kurikulum asing

tetapi selepas Malaya merdeka pada 1957, satu usaha menyatukan kandungan

dilaksanakan. Namun bahasa, pengalaman yang berbeza yang ditimba di sekolah

berbeza aliran terus gagal mewujudkan semangat kenegaraan Malaysia yang

tinggi dan utuh dalam kalangan rakyat negara-bangsa Malaysia yang berbilang

etnik. Perbezaan ini sangat menyentuh perasaan. Dari awal sehingga sekarang,

perbahasan yang matang dan terbuka masih tidak dapat dijalankan kerana semua

pihak cepat melenteng dan tuduh-menuduh antara satu sama lain. Justeru, tiada

penyelesaian untuk mewujudkan satu identiti bagi negara-bangsa Malaysia. Isu

Page 291: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

265

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

agama kian hari meningkat sebagai faktor pemisah dan menyebabkan pergeseran

antara pelbagai penganut agama dalam negara. Apa yang sepatutnya diuruskan oleh

setiap etnik adalah menganut agama masing-masing. Sejak 1990an pertembungan

antara pelbagai pihak yang menekankan kedominan agama masing-masing

berbangkit. Sejak 15 tahun kebelakangan ini, banyak insiden kecil menjadi besar

apabila ada sesetengah ahli politik masuk campur dalam menyokong pandangan

dan puak yang bertindak di luar sempadan. Isu seperti alkitab dalam bahasa

Melayu/Indonesia masih mampu menimbulkan ketegangan antara penganut

berlainan agama; penggunaan beberapa perkataan Arab merujuk kepada kata-kata

keagamaan masih mampu menimbulkan pergeseran antara penganut Islam dan

Kristian; kedudukan rumah ibadah dan penonjolan simbol keagamaan juga boleh

menaikkan perasaan marah. Justeru, walaupun jurang ekonomi sudah berubah

ke arah lebih baik berbanding dahulu, namun timbul pula banyak faktor lain

yang mampu terus memisah dan memecahbelahkan masyararat berbilang etnik

yang mempunyai agama, bahasa, dan cara hidup yang berbeza. Kerajaan telah

mewujudkan pelbagai agensi untuk membawa pelbagai pihak ke meja rundingan

untuk tujuan berinteraksi, namun penerimaan usaha ini masih berada di tahap

sederhana kerana tidak semua pihak berkepentingan terlibat dan aktif dalam agensi

seperti Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara

Penganut Agama (JKMPKA) yang ditubuhkan pada 2010. Pelbagai agensi dan

majlis telah ditubuhkan sejak 1970an seperti Majlis Perpaduan Negara (1971).

Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) telah ditubuhkan pada 2004

untuk menjalankan kajian berkaitan hal-hal etnik. Jabatan Perpaduan Negara dan

Integrasi Nasional telah ditubuhkan pada 1971 dan sejak itu bertukar nama dan

bertukar kementerian beberapa kali tetapi tetap tidak dapat memainkan peranan

penting untuk menerajui pemupukan perpaduan dan integrasi nasional. Majlis

Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) juga telah ditubuhkan pada 11 September

2013. Walaupun Persekutuan Malaysia sudah pun 54 tahun ditubuhkan, namun

hubungan antara etnik tidak bertambah baik. Keadaan ini turut diperhatikan

oleh ramai pemerhati dan pengkaji. Ramai di antara mereka pernah dilaporkan

berkata bahawa hubungan etnik di abad 1940an dan 1950 adalah lebih baik dari

keadaan sekarang. Ini membimbangkan kerana pandangan ini daripada beberapa

individu yang mempunyai peranan dan terlibat dalam pembentukan ideologi

nasional, Rukunegara. Walau bagaimanapun, hubungan tegang dapat disaksikan

berdasarkan pelbagai insiden di mana kerajaan terpaksa menggunakan kuasanya

untuk menangani masalah ini seperti penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri

Page 292: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

266

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

(ISA) yang pernah digunakan untuk menahan tanpa bicara semasa pelancaran

Operasi Lalang pada 1987 di mana ramai individu dari pelbagai parti politik,

termasuk ahli akademik ditahan kerana disyaki terlibat mengapi-apikan keadaan

yang boleh membawa ketegangan hubungan etnik pada masa itu. Kebelakangan

ini, salah faham dan sikap serta tindakan melampau menyebabkan laporan polis

bertambah kerana apabila satu kumpulan membuat laporan maka kumpulan yang

dituduh dalam laporan tersebut akan membuat laporan balas.

Sebagai kesimpulan, hubungan etnik yang baik diperlukan oleh negara-bangsa

supaya negara boleh terus maju ke hadapan dan tidak terikat dengan pergeseran

yang akan menggunakan masa, tenaga dan sumber yang terhad untuk ditumpukan

kepada kemajuan negara-bangsa. Kepantasan pemimpin negara-bangsa dapat

menangani masalah dan cabaran untuk mewujudkan hubungan etnik baik, maka

lagi cepat negara-bangsa melangkah ke aras kemajuan yang lebih tinggi.

RUMUSANProses membina negara-bangsa adalah suatu proses yang berterusan. Matlamat

perpaduan dan integrasi akan berubah sepanjang masa menandakan kemajuan

yang dicapai dari masa ke masa. Proses perpaduan dan integrasi ibarat pelayaran

bot melalui sungai yang berlekok-lekok. Justeru, pemimpin yang baik adalah ibarat

pemandu bot yang pandai membawa botnya untuk mengelakkan dari terlantar

di tebing sungai, tersangkut di tempat air cetek dan jeram yang deras. Namun,

pada zaman kini, pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang mendengar dan

mengambil kira pandangan ramai dan bersifat adil dan menyeluruh.

Page 293: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

267

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI

1. Anda telah diminta oleh Menteri Jabatan Perpaduan Negara dan

Integrasi Nasional untuk membantu dalam mencadangkan program

yang dilancarkan oleh beliau untuk memupuk perpaduan dan integrasi

dalam kalangan rakyat pelbagai etnik. Anda perlu mendapatkan ahli,

berbincang dan kemukakan cadangan kumpulan anda kepada menteri

berkenaan.

2. Pelajar dikehendaki mencari video tentang keruntuhan patriotisme dan

menganalisis tentang kesannya terhadap negara dari pelbagai aspek.

KATA KUNCI

Rukun Negara

Perpaduan

Integrasi

Patriotisme

Nasionalisme

Page 294: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

268

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS

1. Huraikan bagaimana Rukun Negara boleh membantu merapatkan lagi

hubungan antara etnik.

2. Jelaskan ungkapan ini:

Sifat dan ciri patriotik semestinya dikaitkan dengan objek dan simbol

negara dan tindakan-tindakan berpusatkan negara … Perkara ini tidak

boleh berpandukan peribahasa “buat ikut cakap saya dan bukan buat

ikut cara” tetapi hendaklah didasarkan kepada “kepimpinan melalui

tauladan”.

3. Jelaskan konsep di bawah ini.

• Bangsa Malaysia

• 1 Malaysia

• Malaysian Malaysia

• Periuk pencair

4. Bincangkan hubungan ras dan etnik semasa.

RUJUKANFurnivall, J. S. (1948). Colonial policy and practice: A comparative study of Burma and

Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press.

Glazer, N., & Moynihan, D. P. (1963). Beyond the melting pot: The Negroes, Puerto Ricans, Jews, Italians, and Irish of New York City. Cambridge: MIT Press.

Malaysia. (1971). Second Malaysia Plan, 1971-1975. Kuala Lumpur: Government Press.

Perlembagaan Malaysia. (1963). 1st edition. Dimuat turun dari https://legal.usm.my/v3/phocadownload/laws/Perlembagaan_Persekutuan.pdf

Shamsul, A. B. (2008). Many ethnicities, many cultures, one nation: The Malaysian experience. UKM Ethnic Studies Paper Series No. 2, November.

____. Wawasan 2020, 1991-2010. Dimuat turun dari http://www.epu.gov.my/ms/dasar-utama/wawasan-2020

Page 295: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

269

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

____. Dimuat turun dari https://www.merriam-webster.com/dictionary/ (31 Januari 2017).

____.1Malaysia. Dimuat turun darihttps://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf.

Page 296: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

270

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SIMULASI UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan Pertengahan

Peperiksaan pertengahan perlu diduduki oleh pelajar. Soalan

peperiksaan yang akan dikemukakan berdasarkan modul yang

dimiliki. Bentuk soalan adalah mesti berbentuk kombinasi objektif

dan subjektif/esei. Peperiksaan ini merangkumi Unit 1 hingga 4,

Walau bagaimanapun, maklumat mutakhir mengenai peperiksaan

seperti bentuk soalan, bilangan soalan dan topik yang terlibat akan

dimaklumkan kepada pelajar semasa perjumpaan bersemuka.

Nilai keseluruhan markah peperiksaan ini adalah bergantung

kepada pensyarah/pengajar kursus semasa.

Peperiksaan Akhir

Soalan peperiksaan ini akan merangkumi kesemua topik dalam

Unit 5 hingga 8. Tutor di pusat pembelajaran akan dimaklumkan

mengenai topik-topik ini atau pelajar boleh berhubung terus

dengan pensyarah kursus untuk mendapatkan maklumat mutakhir.

Soalan peperiksaan akhir mesti berbentuk kombinasi objektif dan

subjektif/esei.

(Perhatian! Bentuk soalan ini boleh berubah, sebarang

maklumat terkini mengenai peperiksaan boleh berhubung

terus dengan pensyarah/pengajar semasa perjumpaan

bersemuka).

Page 297: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

271

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Contoh soalan peperiksaan pertengahan atau peperiksaan akhir adalah

seperti berikut:

OBJEKTIF/PELBAGAI PILIHAN

1) E-mel merupakan salah satu sistem komunikasi yang bertulis. Etika

penulisan e-emel termasuk yang berikut kecuali

a. Ringkas dan padat

b. Mudah difahami

c. Bertujuan

d. Bahasa formal

e. Tersusun

(Jawapannya d)

SUBJEKTIF/ESEI

Senaraikan dan bincangkan langkah-langkah dalam penyediaan papan cerita.

1. Senaraikan setiap langkah. Contoh; Langkah 1 Tema.

2. Bincangkan dengan lebih terperinci langkah-langkah tersebut.

Contoh: Mencari tema yang sesuai untuk cerita yang dipilih.

Page 298: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang • 2018vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SKP2101_PRINT.pdf · Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini

272

SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Penerangan Mengenai Ikon dalam Modul

Untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mudah kandungan modul ini.

Beberapa ikon telah digunakan. Ikon ini bertujuan untuk memudahkan ingatan

pelajar mengenai struktur modul. Di bawah disenaraikan ikon tersebut berserta

dengan maksudnya.

a) Objektif è Objektif modul, unit atau topik.

b) Pengenalan è Sama ada pengenalan unit, topik atau sub

topik.

c) Isi Penting è Kumpulan isi penting yang terdapat dalam

unit, atau topik.

d) Pemerhatian/

Pandangan

è Mengenai topik yang telah di kaji oleh

beberapa sarjana atau maklumat daripada

hasil kajian.

e) Kesimpulan è Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan

unit atau topik yang telah dipelajari.

f) Soalan dalam

Teks

è Soalan yang disisipkan oleh penulis semasa

membincangkan sesuatu topik.

g) Soalan

Penilaian

Kendiri

è Soalan yang disediakan oleh penulis

untuk menolong pelajar mengetahui

tahap kefahaman terhadap topik yang

dibincangkan.

h) Semak

Jawapan

Latihan

è Jawapan berdasarkan latihan-latihan yang

telah disediakan di setiap unit.

i) Rujukan è Bahan rujukan yang boleh dijadikan

panduan tambahan dalam kursus tersebut.

j) Rumusan è Ringkasan daripada keseluruhan isi

kandungan sesuatu topik

k) Semakan

Kendiri

è Soalan untuk menilai keupayaan dan

pencapaian kefahaman bagi setiap unit