Recipe collection 6

28
Episod 1(a) Host/Chef : Chef Wan TAJINE BEBOLA IKAN ALA MAGHRIBI BAHAN – BAHAN UNTUK BEBOLA IKAN 500 gram Isi Ikan 4 camca besar Serbuk Roti 1 biji Telur (Dipukul) Secubit Serbuk Buah Pala 3 camca besar Daun Ketumbar( dicincang) Serbuk lada sulah Garam dan gula secukup rasa UNTUK SOS TOMATO 2 biji Bawang Putih (Dicincang) 2 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang) 3 camca besar Puri Tomato 1 camca teh Serbuk Cili Cayenne. CARA – CARA 1. Untuk membuat sos, tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato, puri tomato, gula, garam dan serbuk cili cayenne. Masukkan air dan biarkan mendidih dengan api kecil. Untuk bebola ikan, campurkan semua bahan dan kacau sebati. Gunakan tangan untuk membuat bentuk bebola. Masukkan bebola ikan kedalam sos tomato dan biarkan ia mereneh dengan api perlahan selama 20 minit.

Transcript of Recipe collection 6

Episod 1(a) Host/Chef : Chef Wan

TAJINE BEBOLA IKAN ALA MAGHRIBI BAHAN – BAHAN UNTUK BEBOLA IKAN 500 gram Isi Ikan 4 camca besar Serbuk Roti 1 biji Telur (Dipukul) Secubit Serbuk Buah Pala 3 camca besar Daun Ketumbar( dicincang) Serbuk lada sulah Garam dan gula secukup rasa UNTUK SOS TOMATO 2 biji Bawang Putih (Dicincang) 2 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang) 3 camca besar Puri Tomato 1 camca teh Serbuk Cili Cayenne. CARA – CARA 1.Untuk membuat sos, tumis bawang putih sehingga naik bau.

Kemudian masukkan tomato, puri tomato, gula, garam dan serbuk cili cayenne.

Masukkan air dan biarkan mendidih dengan api kecil.

Untuk bebola ikan, campurkan semua bahan dan kacau sebati.

Gunakan tangan untuk membuat bentuk bebola.

Masukkan bebola ikan kedalam sos tomato dan biarkan ia mereneh dengan api perlahan selama 20 minit.

Episod 1(b) Chef Jemputan : Chef Florence

AYAM THAI ISTIMEWA BAHAN - BAHAN 700 gram Isi ayam (Dihiris) 6 camca besar Minyak masak 2 camca besar Bawang Putih (Dicincang) BAHAN A 2 biji Bawang Besar (Dipotong berbaji) 4 biji Cili Merah (Dihiris) 10 batang Putik Jagung (Dihiris) 5 batang Saderi (Dihiris) 1 biji Lobak Merah 200 gram Kacang Sepat BAHAN B 250 mililiter Sos Cili Thai 3 camca teh Serbuk Pati Ikan Bilis ½ camca teh Serbuk Lada Sulah 2 camca teh Tepung Jagung 200 mililiter Air (dicampur dengan tepung jagung) Garam secukup rasa CARA – CARA. 1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi.

Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam itu masak.

Masukkan bahan A dan goreng sebentar.

Kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga pekat.

Angkat dan hidangkan.

Episod 2(a) Host/Chef : Chef Wan

TABBOULEH ( SALAD BURGHUL BERSAMA DAUN PARSLI DAN PUDINA)

BAHAN – BAHAN 125 gram Gandum Burghul 2 biji Buah Lemon (Diambil jusnya) 75 mililiter Minyak Zaitun 300 gram Daun Parsli (Daunnya sahaja) 75 gram Daun Pudina 6 helai Daun Bawang 3 biji Tomato (Dipotong dadu) Daun Salad Garam dan Gula secukup rasa Sedikit Lada Sulah

CARA – CARA 1.Hiris halus daun parsli, daun pudina dan daun bawang.

Gandum burghul direndam sehingga kembang dan toskan airnya.

Didalam mangkuk yang besar, campurkan semua bahan

Pesuaikan perasa dengan citarasa anda.

Episod 2(b) Chef Jemputan : Chef Celine

SAMBAL UDANG CILI HIJAU BAHAN - BAHAN 500 gram Udang (bersaiz sederhana) 10 tangkai Cili Hijau 500 gram Kelapa Parut 250 mililiter Santan 250 mililiter Susu Segar 2 camca teh Pati Ikan Bilis Minyak Masak Garam dan Gula secukup rasa BAHAN A 10 biji Bawang Merah 5 biji Bawang Putih 2 batang Serai 1 camca teh Serbuk Belacan CARA – CARA 1.Hiris cili hijau dan rendamkan di dalam air.

Kisar bahan A dan tumiskan sehingga naik bau

Masukkan separuh santan dan biar sehingga ianya mendidih.

Masukkan udang dan tunggu sehingga ianya masak.

Masukkan pati ikan bilis, garam dan gula.

Masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih.

Masukkan baki santan dan kelapa parut.

Kemudian masukkan cili hijau dan kacau rata.

Hidangkan bersama nasi panas

Episod 4(a) Host/Chef : Chef Wan

HARIRA (Sup Ramadan Maghribi)

BAHAN – BAHAN 250 gram Daging Kambing (Dipotong kiub) 250 gram Kacang Kuda 2 biji Bawang Besar (Dicincang) 10 biji Tomato (Dikupas kulit dan di cincang) 6 batang Daun Saderi ½ camca teh Koma – Koma ½ camca teh Serbuk Halia

2 camca besar Puri Tomato 125 gram Mihun 50 gram Tepung Seikat Daun Parsli Seikat Daun Ketumbar 2 camca besar Serbuk Paprika 3 liter Air Garam dan gula secukup rasa CARA – CARA 1.Rebuskan daging dengan 3 liter air sehingga mendidih.

Keluarkan air rebusan. Masukkan pula kacang kuda, bawang besar, dan tomato.

Kemudian masukkan daun saderi, lada sulah, koma – koma, dan serbuk halia.

Renehkan selama sejam sehingga daging lembut.

Masukkan garam, mihun, dan puri tomato.

Masukkan balik air rebusan tadi. Pekatkan dengan tepung.

Sebelum hidang taburkan daun ketumbar dan daun parsli.

Episod 4(b) Chef Jemputan : Chef Zaidah

ACAR SOTONG KERING BAHAN – BAHAN 5 keping Sotong Kering (Drendam semalaman) 2 biji Lobak Merah (Dihiris memanjang) 2 biji Timun (Dihiris memanjang) 5 biji Cili Merah 5 biji Cili Hijau 250 gram Kerisik 200 mililiter Cuka Garam dan Gula secukup rasa Minyak untuk menumis BAHAN A. 1 camca teh Jintan Manis 1 camca teh Jintan Putih 2 camca besar Ketumbar 8 tangkai Cili Kering 10 biji Bawang Merah 2 cm Halia 1 camca teh Serbuk Kunyit BAHAN B. 3 kuntum Bunga Lawang 1 batang Kulit Kayu Manis 4 biji Buah Pelaga. CARA - CARA 1.Sotong yang telah direndam di potong kecil.

Kisarkan bahan A sehingga menjadi pes

Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau.

Masukkan bahan B, kerisik, sotong dan garam.

Tuangkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan cuka.

Akhir sekali masukkan cili, timun dan lobak merah. Kacau sehingga rata.

Episod 5(a) Host/Chef : Chef Wan

KOUS KOUS DENGAN TUJUH SAYURAN BAHAN – BAHAN 1.5 kilogram Daging (Bahagian bertulang) 250 gram Kacang Kuda 2 biji Bawang Besar (Dihiris nipis) 4 biji Bawang Putih (Dicincang) ½ camca teh Koma – Koma 2 camca teh Serbuk Kayu Manis 2 camca teh Serbuk Paprika

1 camca teh Serbuk Cili Cayenne 2 camca teh Serbuk Halia Garam secukup rasa SAYURAN 500 gram Lobak Merah 1 biji Kobis (Saiz sederhana) 6 biji Artichoke 2 biji Terung 500 gram Ubi Kentang 2 biji Lada Benggala 500 gram Kacang Fava (Kacang Parang) 250 gram Kismis Hitam 500 gram Labu (Dipotong 5cm) 4 biji Tomato Seikat Daun Parsli Seikat Daun Ketumbar KOUS – KOUS 1 kilogram Kous – Kous 1.5 liter Air 4 camca besar Minyak Zaitun

CARA - CARA 1.Rebuskan daging dengan air sehingga mendidih. Keluarkan air rebusan.

Masukkan bawang besar, bawang besar, dan kacang kuda. Masak selama sejam

Kemudian masukkan lobak merah, kobis, artichoke, terung, dan kentang. Masak selama 20 minit.

Masukkan kismis dan kacang fava, masak lagi selama 10 minit. Masukkan labu dan tomato.

Selepas 5 minit masukkan daun pasli dan daun ketumbar.

Untuk kous kous. Di dalam mangkuk besar masukkan air dan biarkan ia rendam selama 10 minit. Selepas 10 minit kous – kous itu akan menyerap air

Kukuskan kous – kous itu selama 15 minit.

Sebelum diangkat masukkan sedikit minyak zaitun.

Hidangkan bersama sayuran tadi.

Episod 5(b) Chef Jemputan : Chef Zam

ITIK MASAK KOLA DENGAN ASAM KELUBI BAHAN – BAHAN. Bahan Untuk Perapan. 1 ekor Itik (Dibersihkan dan Dilap kering) 5 biji Asam Kelubi 6 camca besar Kicap Pekat Hitam BAHAN A 15 biji Bawang Merah 15 tangkai Cili Kering 2 cm Lengkuas 2 camca besar Serbuk Ketumbar BAHAN B 2 keping Asam Keping 750 mililiter Air Bekarbonat Berperisa Kola 500 mililiter Air Garam secukup rasa CARA – CARA 1.Lumurkan itik dengan campuran asam kelubi dan kicap pekat hitam. Perapkan selama 2 jam.

Panaskan minyak masak, kisarkan bahan A dan tumis sehingga naik bau.

Masukkan Bahan B serta itik yang diperapkan tadi

Tutupkan periuk dan reneh dengan api yang kecil sehingga kuah pekat dan itik empuk.

Potong dan hidangkan bersama nasi

Episod 6(a) Host/Chef : Chef Wan

KAMBING TAJINE DENGAN BUAH PRUN BAHAN – BAHAN 1 kilogram Daging kambing (Bahagian Bertulang) 2 camca teh Serbuk Lada Hitam ½ camca teh Koma-Koma 2 biji Bawang Putih (Dicincang) 1 biji Bawang Besar (Dicincang) 500 gm Buah Prun 4 camca besar Madu 2 camca besar Jus Oren Seikat Daun Parsli (Dicincang) CARA – CARA 1.Di dalam periuk masukkan daging kambing,koma- koma, serbuk halia, bawang putih dan bawang besar serta serbuk lada hitam.

Masak selama satu jam sehingga daging empuk.

Kemudian masukkan buah prun dan serbuk kayu manis. Masak lagi selama 15 minit

Kemudian masukkan madu, dan jus oren. Masak sehingga kuah pekat.

Hidangkan panas.

Episod 6(b) Chef Jemputan : Chef Riz

MEE UDANG GALAH DENGAN SOS KANTONIS BAHAN – BAHAN 400 gram Yee Mee (Dicelur) 4 ekor Udang Galah (Dibersih dan dibelah dua) 2 cm Halia Muda 4 helai Daun Bawang (Bahagian putih dihiris) 4 helai Daun Bawang (Bahagian hijau dihiris) 6 biji Bawang Putih (Dicincang halus) 100 gram Daun kobis cina (Dicelur sebentar) 1 batang Lobak Merah (Dipotong bentuk bunga) 50 gram Kacang Sepat 6 batang Putik Jagung 50 gram Cendawan Tiram Minyak untuk menumis BAHAN UNTUK KUAH 2 liter Air rebusan udang atau air biasa 2 camca besar Sos Tiram 2 camca besar Kicap Cair 1 camca teh Serbuk Lada Putih 1 camca teh Serbuk Pati Ayam 4 biji Telur 4 camca besar Tepung Jagung 8 camca besar Air Garam dan Gula secukup rasa. CARA – CARA 1.Sediakan sebuah periuk berisi air garam untuk mencelur. Celur yee mee selama satu minit. Alihkan ke dalam pinggan hiding.

Panaskan minyak dan goreng udang galah sehingga bertukar kemerahan. Ketepikan.

Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau,kemudian masukkan semua sayur dan biarkan masak seketika.

Tuangkan air rebusan udang dan biar ia reneh sebentar sebelum masukkan bahan-bahan perasa.

Sesuaikan rasa mengikut citarasa, dan masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Pecahkan telur dan kacau seketika sebelum hidang

Episod 7(a) Host/Chef : Chef Wan

BOREK (Pai Pedas)

BAHAN – BAHAN

250 gram Pastri Filo 200 mililiter Mentega Cair INTI KEJU 350 gram Keju Feta Secubit Serbuk Lada Sulah Secubit Serbuk Buah Pala Seikat Daun Parsli (Dincincang) Seikat Daun Ketumbar (Dicincang) INTI DAGING 250gram Daging Kisar 1 biji Bawang Besar (Dicincang) 1 biji Tomato (Dikupas kulit dan dicincang) 1 biji Telur Seikat Daun Parsli (Dicincang) Seikat Daun Ketumbar (Dicincang) Garam dan gula secukup rasa CARA – CARA 1.Panaskan ketuhar pada suhu 180c

Untuk inti keju adunkan semua bahan sehingga sebati

Untuk inti daging, tumis bawang besar sehingga lembut,

Masukkan tomato. Masak hingga kering dan sejukkan

Apabila adunan sejuk, campurkan dengan telur, hirisan daun ketumbar dan daun parsli.

Untuk membungkus, gunakan pastry filo. Sapukan dengan mentega cair dan letakkan inti.

Pastikan mentega disapu untuk mendapatkan pastry yang rapuh dah sedap.

Episod 7(b) Chef Jemputan : Chef Celine

KAMBING GULA MELAKA BAHAN – BAHAN 500 gram Daging Kambing (Bahagian bahu) 100 gram Gula Melaka 50 gram Kelapa Parut (Digoreng) 3 camca besar Air Limau 3 camca besar Minyak Masak BAHAN A 15 biji Bawang Merah 3 biji Bawang Putih 2 batang Serai 2 camca besar Serbuk Kari Daging Garam Secukup Rasa CARA - CARA 1.Kisar Bahan A dan perap dengan daging kambing selama 2 jam.

Panaskan minyak masak dan goreng daging tadi sehingga masak.

Perlahankan api kemudian masukkan kelapa parut dan gula melaka.

Masukkan air limau dan hidangkan dengan nasi

Episod 8(a) Host/Chef : Chef Wan

LAHMACUN (Pizza Daging Ala Turki)

BAHAN – BAHAN Doh Pizza 500 gram Tepung Gandum 250 mililiter Air Suam 15 gram Yis Kering 4 camca besar Minyak Zaitun Untuk Inti 500 gram Bawang Besar (Dihiris) 15 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang) 750 gram Daging Kambing (Dikisar) 4 camca besar Puri Tomato Secubit Serbuk Cili Cayenne 50 gram Kacang Pine Seikat Daun Parsli CARA – CARA 1.Larutkan yis ke dalam air suam dengan sedikit gula.

Campurkan semua adunan doh kedalam mesin adunan.

Biarkan ia naik.

Untuk inti pula, tumis bawang sehingga naik bau, kemudian masukkan daging. Masak sehingga kering, kemudian masukkan semua bahan kecuali kacang pine.

Uli doh sehingga menjadi bentuk ameba(empat segi memanjang)

Letakkan inti di atas dan taburkan sedikit kacang pine.

Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 180c

Episod 8(b) Chef Jemputan : Chef Florence

KERABU MANGGA NYONYA BAHAN – BAHAN 200 gm Mangga muda (Dihiris halus) 400 gm Bawang merah (Dihiris) 600 gm Timun (Dihiris tanpa empulur) 70 gm Udang Kering (Ditumbuk halus) 1 kuntum Bunga Kantan 2 biji Cili Merah 4 helai Daun Limau Purut. BAHAN A 4 camca besar Sos Cili 4 camca besar Sos Tomato 4 sudu besar Sos Plum 6 sudu besar Jus Limau Kasturi Garam dan Gula secukup rasa Minyak masak untuk menggoreng CARA – CARA 1.Hiriskan semua bahan-bahan untuk kerabu

Campurkan bahan A dengan bawang merah

Masukkan semua bahan – bahan lain. Kacau sehingga sebati.

Hidangkan.

Episod 9(a) Host/Chef : Chef Wan

LADA BENGGALA DAGING ALA IRAN BAHAN – BAHAN 3 biji Lada Benggala Merah 3 camca besar Minyak Zaitun 2 biji Bawang Besar (Dicincang) 300 gram Daging Kambing (Dicincang) 1 camca teh Serbuk Kunyit 1 camca teh Daun Selasih (Dicincang) 1 camca teh Daun Dill (Dicincang) 2 helai Daun Bay 3 camca besar Puri Tomato 10 helai Daun Bawang (Dicincang) Seikat Daun Ketumbar (Dicincang) 250 gram Nasi Garam dan gula secukup rasa UNTUK SOS TOMATO 5 camca besar Sos Tomato 5 camca besar Sos Cili 250 mililiter Air 60 mililiter Minyak Zaitun

2 camca besar Cuka Epal CARA – CARA 1.Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

Kemudian masukkan daging kambing, serbuk kunyit, daun selasih, dill dan daun bay. Masak selama 10 minit.

Masukkan puri tomato, daun bawang, daun ketumbar dan beras. Letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.

Masukkan inti kedalam lada benggala yang dipotong atasnya.

Untuk sos tomato, masukkan semua bahan dan biarkan mendidih sebentar.

Masukkan lada benggala yang disumbat tadi kedalam sos tomato. Kecilkan api dan tutup periuk.

Masak selama 30 minit atau sehingga kuah menjadi pekat.

Episod 9(b) Chef Jemputan : Chef Sabri

AYAM GORENG MADRAS BAHAN – BAHAN 1 kilogram Kepak Ayam 3 liter Minyak Masak (Untuk menggoreng) Garam dan gula secukup rasa Bahan A 250 gram Perencah Tepung Serbaguna 1 camca besar Serbuk Kari Daging 2 camca besar Serbuk Jintan Manis 2 camca besar Serbuk Jintan Putih 3 camca besar Jintan Manis 10 biji Bawang Besar (Dicincang halus) 2 cm Halia (Dicincang halus) 4 biji Bawang Putih (Dicincang halus) 125 mililiter Sos Tiram 3 camca besar Air Limau Nipis 125 mililiter Air 125 mililiter Minyak Masak. CARA - CARA 1.Satukan bahan A didalam mangkuk sehingga likat.

Masukkkan ayam, gula dan garam secukup rasa

Perap selama 30minit hingga sejam.

Panaskan minyak dan goreng ayam tadi sehingga garing.

Hidangkan dengan sos kesukaan anda.

Episod 10(a) Host/Chef : Chef Wan

BERGEDIL IKAN BEREMPAH BAHAN – BAHAN 500 gram Isi Ikan 4 camca besar Serbuk Roti 1 biji Telur (Dipukul) Secubit Serbuk Lada Sulah 3 camca besar Daun Parsli (Dicincang) 2 biji Bawang Putih (Dicincang) 1 camca teh Serbuk Jintan Manis Minyak untuk menggoreng CARA – CARA 1.Campurkan semua adunan untuk bergedil kecuali telur.

Bentuk kan seperti bergedil

Celupkan dengan telur dan goreng dengan minyak yang separa menutupi bergedil itu

Masak sehingga kuning keemasan.

Episod 10(b) Host/Chef : Chef Wan

SUP KHOUSHARI (Sup Kacang Dhal. Makaroni & Nasi)

BAHAN – BAHAN 125 ml Minyak Zaitun Secukup Rasa Garam Secukup Rasa Serbuk Lada Sulah 2.5 liter Stok Ayam BAHAN A 2 batang Seleri (Dihiris) 1 batang Lobak Merah (Dihiris) 1 biji Bawang Besar (Dicincang) 4 ulas Bawang Putih (Dicincang halus) BAHAN B 125gram Beras (Dibasuh & Ditoskan) 375gram Puri Tomato 1 ikat Daun Parsli 1 ikat Daun Ketumbar (Segar) 2 helai Daun Bay 250 gram Makaroni 250 gram Kacang Dhal (Direbus sehingga lembut) 200 gram Buah Tin/ Buah Fig CARA – CARA 1.Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan A sehingga lembut. Kemudian masukkan stok ayam.

Masukkan bahan B dan masak sehingga pekat. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa dan hidangkan.

Episod 10(c) Chef Jemputan : Chef Liza

PARU GORENG SERAI BERJINTAN 500 gram Paru (Direbus) 500 gram Hati lembu (Direbus) 5 batang Serai 1 biji Bawang Besar 1 camca besar Jintan Manis 4 camca besar Air Asam Jawa BAHAN A 1 camca besar Garam 2 camca besar Air Asam Jawa 1 camca besar Serbuk Kunyit BAHAN B 6 biji Cili Merah 4 biji Bawang Merah 4 biji Bawang Putih 3 cm Halia CARA - CARA 1.Paru dan Hati tadi dihiris nipis dan di rebus, selepas itu gaulkan ia dengan Bahan A.

Gorengkan hati dan paru dalam minyak yang banyak. Tos dan ketepikan.

Kisar kasar Bahan B. Tumiskan serai dan jintan manis. Apabila agak layu angkat dan letakkan bersama paru dan hati tadi.

Tumiskan bahan B sehingga garing, masukkan garam, gula merah dan air asam jawa.

Masukkan paru dan hati dan kacau sehingga sebati

Angkat dan hidangkan.

Episod 11(a) Host/Chef : Chef Wan

AYAM DENGAN TOMATO DAN MADU (DJEJ MATISHA MESLA)

BAHAN – BAHAN 1 ekor Ayam 1 biji Bawang Besar (Dicincang) 1 biji Bawang Putih (Dicincang) 2 camca teh Serbuk Kayu Manis ¼ camca teh Serbuk Halia Secubit Koma – Koma Secubit Garam 15 biji Tomato (Dibuang kulit dan potong dadu) 2 camca besar Madu CARA – CARA

1.Masukkan ayam, bawang besar, bawang putih, rempah, dan tomato.

Biarkan ia mereneh selama sejam sehingga ayam itu empuk.

Keluarkan ayam itu dan masukkan madu. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

Episod 11(b) Chef Jemputan : Chef Zaidah

KAMBING ZIKOMA BAHAN – BAHAN 600 gram Daging Kambing 30 gram Serbuk Badam 125 gram Puri Tomato 50 gram Serbuk Daun Ketumbar 700 gram Mentega Garam dan Gula secukup rasa Minyak untuk memasak BAHAN A 3 biji Bawang Putih 1 biji Bawang Besar 6 tangkai Cili Kering 7 biji Buah Pelaga 1 camca teh Jintan Manis CARA – CARA 1.Kisar bahan A dan perapkan daging kambing dengan sedikit serbuk badam.

Panaskan mentega dan minyak.

Masukkan daging yang diperap dan masak sehingga empuk, kemudian masukkan bahan A dan masak sehingga naik bau

Masukkan puri tomato dan baki serbuk badam dan daun ketumbar.

Masak sehingga kuah pekat

Episod 12(a) Host/Chef : Chef Wan

FALAFEL BAHAN –BAHAN 500 gram Kacang Fava (Kacang Parang) 2 camca teh Jintan Manis Secubit Serbuk Cili Cayenne 1 camca teh Baking Soda 10 biji Bawang Putih 1 biji Bawang Besar (Dicincang) Seikat Daun Parsli Seikat daun Daun Ketumbar 6 helai Daun Bawang CARA – CARA 1.Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar kasar semua bahan tersebut.

Keluarkan dan bentukkan dengan sudu

Rehatkan adunan tadi selama sejam di dalam peti sejuk supaya tidak pecah semasa menggoreng.

Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kuning keemasan.

Episod 12(b) Chef Jemputan : Chef Riz

TAUHU ROJAK DWI GAYA (Tauhu Bakar Ipoh & Tofu Telor Passembor)

TAUHU BAKAR IPOH BAHAN –BAHAN 4 keping Tauhu 2 camca besar Minyak Masak ½ biji Timun (Dibuang kulit dan dihiris halus) ½ biji Lobak Merah (Dihiris halus) 250 gram Tauge 4 camca besar Kacang Tanah (Dikisar) 2 camca besar Bijan 2 camca besar Sambal Belacan 2 camca besar Petis Udang 125 mililiter Air Asam Jawa 2 camca besar Gula Melaka Garam secukup rasa TOFU TELUR PASEMBOR BAHAN – BAHAN 2 biji Tofu Telur Jepun 125 gram Tepung Jagung 150 gram Kentang (Digoreng) ½ biji Timun (Dibuang kulit dan dihiris halus) 100 gram Sengkuang 2 biji Telur (Direbus) 10 biji Bawang Merah (Dicincang) 3 biji Bawang Putih (Dicincang) 3 camca besar Udang Kering (Ditumbuk lumat) 125 mililiter Air 100 gram Cili Boh 100 mililiter Air Asam Jawa 4 camca besar Gula Melaka

200 gram Keledek (dilecek) 50 gram Kacang Tanah (dikisar) 1 tangkai Cili Merah 1 tangkai Cili Hijau Minyak untuk menggoreng Garam secukup rasa CARA – CARA 1.Campurkan sambal belacan, asam jawa, petis udang, gula melaka serta kacang tanah kedalam sebuah mangkuk. Kacau rata supaya sebati.

Kemudian campurkan timun, lobak merah dan tauge ke dalam kuah rojak.

Sapukan tauhu dengan sedikit minyak, bakar sehingga kekuningan.

Belah 2 tauhu tadi dan letakkan sayuran di permukaan tauhu .

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga naik bau, kemudian masukkan cili boh dah masak lagi hingga pecah minyak.

Kemudian masukkan keledek lecek, air asam jawa, kacang tanah dan gula melaka. Masak hingga kuah pekat.

Goreng tofu jepun yang telah disadur dengan tepung jagung hingga kekuningan.

Tuangkan kuah pasembor ke atas tofu jepun tadi dan hidangkan

Episod 13(a) Host/Chef : Chef Wan

LEKACH CAKE MADU

BAHAN – BAHAN 2 biji telur 200 gm gula 125 ml minyak sayuran 250 gm madu 125 ml perasa kopi 2 camca teh baking soda 1 camca teh serbuk kayu manis ½ camca teh serbuk cengkih 1 biji buah oren( diambil kulitnya) 300 gm tepung serbaguna 50 gm kacang walnut (dicincang) 40 gm kismis CARA – CARA 1.Pukul telur dengan gula sehingga kembang

Kemudian masukkan minyak, madu dan perasa kopi

Campurkan baking soda, serbuk kayu manis, serbuk cengkih, kulit limau dan tepung.

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung kedalam bancuhan telur tadi.

Akhir sekali masukkan kacang walnut dan kismis.

Masukkan adunan tadi di dalam bekas dan baker didalam ketuhar selama sejam pada suhu 180c.

Episod 13(b) Chef Jemputan : Chef Florence

STEW AYAM CENDERAWASIH BAHAN – BAHAN 1 ekor Ayam (Dibersihkan dan dipotong 10) 5 biji Terung Kecil (Dipotong 4) 2 biji Tomato Hijau 50 gram Serbuk Daun Ketumbar 1 tin Susu Sejat Garam dan Gula secukup rasa Minyak Masak (untuk menumis) BAHAN A 1 helai Daun Kunyit 2 helai Daun Pandan ½ ikat Daun Kesum 4 helai Daun Kaduk 5 tangkai Daun Selasih 7 biji Cili Hijau 10 biji Cili Padi Hijau 2 cm Halia 2 cm Lengkuas 3 batang Serai 5 biji Bawang Putih 125 gram Badam Hancur 2 biji Buah Keras BAHAN B 2 batang Kulit kayu Manis 5 biji Buah Pelaga 5 kuntum Bunga Cengkih 3 kuntum Bunga Lawang 1 kuntum Bunga Kantan

CARA - CARA 1.Kisar semua Bahan A dan perapkan pada ayam selama 30 minit

Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga naik bau

Masukkan ayam dan bahan perapan, renihkan selama 10 minit.

Masukkan terung kecil dan masak sehingga ayam empuk.

5. Hiaskan dengan hirisan tomato hijau dan daun ketumbar