Sejarah Badminton

30
Sejarah Badminton Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan. Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3] Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai

Transcript of Sejarah Badminton

Page 1: Sejarah Badminton

Sejarah Badminton

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di

Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan

seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang

dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu

tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India

semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa

kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman

kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London,

menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860,

tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire,

yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The

Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3]

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di

India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini

dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893,

Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut

ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan

sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13

September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan

Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada

1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan

Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada,

Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales

sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan

BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan

Page 2: Sejarah Badminton

ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat

antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia,

termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia

merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten

sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat

antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

Page 3: Sejarah Badminton

Kemudahan dan peralatan

1. Gelanggang

Gelanggang badminton berbentuk empat segi bujur berukuran 13.40 meter

panjang dan 6.10 meter lebar. Manakala bagi acara perseorangan, ukuran panjang

adalah sama, tetapi ukuran lebar adalah 5.18 meter. Manakala garisan untuk pukulan

pendek berukuran 1.98 meter dari jaring. Pemukul hendaklah berdiri di belakang

garisan ini untuk membuat pukulan mula di dalam kawasan pukulan. Hantaran pukulan

mestilah bertentangan dengan pihak lawan untuk memulakan permainan. Kawasan

pukulan belakang pula berukuran 3.96 meter dari kawasan pukulan pendek hingga

garisan pukulan belakang. Untuk kawasan belakang berukuran 0.76 meter dari garisan

pukulan belakang hingga garisan sempadan belakang. Garisan tengah bertujuan untuk

memisahkan antara gelanggang pukulan kanan dan gelanggang pukulan kiri.

Page 4: Sejarah Badminton

2. Raket

Mempunyai berat 80 hingga 100 gram dan diperbuat daripada besi,

aluminium atau grafit.

Secara umumnya raket dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

a) Raket dua bahagian (Two-piece racket)

b) Raket satu bahagian (one-piece racket)

Raket dua bahagian- kepalanya disambung ke shaft dengan satu aloi zink

berbentuk T.

Raket satu bahagian- dibentuk dibawah suhu dan tekanan yang tinggi.

3. Bulu Tangkis

Terdapat dua jenis bulu tangkis:

a) Bulu tangkis bulu

b) Bulu tangkis nilon plastic

Bulu tangkis lebih mahal dan tidak tahan lama.

Mempunyai berat antara 4.74 gram hingga 5.50 gram.

16 bulu dipasanga pada pangkal gabus dilindungi lapisan halus daripda kulit

binatang atau bahan- bahan yang seakan dengannya.

Page 5: Sejarah Badminton

Peraturan Permainan

Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF.

1. Sistem Pemarkahan

Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata.

Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.

Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan

diberikan kepada pemain.

Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .

Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang

dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi

permainan tersebut.

Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan

pada set kedua.

2. Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan

Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain

mempunyai 60 saat jarak masa antara perlawanan.

Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan.

Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan

apabila mendahului dengan 11 mata.

Page 6: Sejarah Badminton

3. Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia

Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi

kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu

lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation

(BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan

dan beregu :

Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang

disertai

Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah

apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan

setahun

Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai

Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya

menang

Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia

Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira

berpandukan kedudukan dunia.

Page 7: Sejarah Badminton

Kemahiran Asas Badminton

1. Jenis Pegangan Raket

Terdapat dua cara memegang raket iaitu pegangan hadapan(forehand) dan

pegangan kilas (backhand).

Cara memegang raket forehand.

1) Pegang raket dengan tangan kiri, kepala raket menyamping.

Pegang raket denga cara seperti ‘jabat tangan’. Bentuk “V” tangan

diletakkan pada bahagian gagang raket.

2) Tiga jari, iaitu jari tengah, manis dan kelingking menggenggam

raket, sedangkan jari telunjuk agak terpisah.

3) Letakkan ibu jari di antara tiga jari dan telunjuk.

Cara memegang raket backhand

1) Bentuk ‘V’ menuju sedikit ke kiri kepala raket dengan tali-tali

kelihatan.

Page 8: Sejarah Badminton

2. Pergerakan dan Gerak Kaki

Corak pergerakan dalma badminton adalah seperti berikut:

a) Posisi bersedia di tengah petak yang dipanggil bes.

b) Bergerak ke arah pukulan – bermula pergerakan kaki dan langkah

terakhir.

c) Posisi yang seimbang semasa melakukan pukulan.

d) Pemulihan untuk balik ke bes dan posisi bersedia.

3. Posisi Bersedia

Terdapat dua jenis posisi bersedia iaitu:

a) Rali bersedia

b) Posisi bersedia untuk kembalikan servis

a. Rali Bersedia (Rally Ready)

Pemain bersedia untuk membuat pukulan pendek, pukulan smesy atau

membuat pukulan drop.

Ia menyenangkan pemain untuk bergerak ke belakang dank e depan

dengan efektif.

Buku lali dan lutut haruslah dibengkokkan sedikit dan bongkokkan

badan ke hadapan sedikit.

Berat badan pemain haruslah dibebankan pada kaki supaya ia

menyenangkan pemain untuk melakukan sebarang pergerakan.

Lengan haruslah berada di depan badan dengan memegang raket

yang dihalakan ke atas yang mana raket raket yang dipegang ialah

pada aras pinggang – bersedia untuk membuat pukulan forehand

ataupun backhand.

Badan haruslah berada pada posisi yang seimbang dan rileks.

Page 9: Sejarah Badminton

Pukulan Asas

1. Servis

Teknik Memulakan Servis

Page 10: Sejarah Badminton

1. Servis Forehand Pendek

Bulu tangkis harus dipukul denga ayunan raket yang relative pendek.

Pada saat berkenaan, kepala raket dan bulu tangkis, siku dalam

keadaan bengkok, untuk menghindari penggunaan tenaga

pergelangan tangan, dan perhatikan peralihan titik berat badan anda.

Cara latihannya adalah menggunakan sejumlah kok dan dilakukan

secara berulang-ulang.

Page 11: Sejarah Badminton

2. Servis Forehand Tinggi

Kok harus dipukul dengan menggunakan tenaga penuh agar kok

melayang tinggi dan jatuh tegal lurus di bahagian belakang garis

lapangan lawan.

Saat, memukul kok, kedua kaki terbuka selebar pinggul dan kedua

telapak kaki senantiasa kontak dengan lantai.

Perhatikan gerakan ayunan raket. Ke belakang, ke depan dan setelah

melakukan pukulan, harus dilakukan dengan sempurna serta diikuti

gerak peralihan titik berat badan dari kaki belakang ke kaki depan

yang harus berlangsung kontinu dan harmonis.

Biasanya selalu berkosentrasi sebelum memukul kok.

3. Servis Backhand

Berdiri dengan kaki kanan di depan kaki kiri, dengan hujung kaki

kanan mengarah ke sasaran yang diinginkan. Kedua kaki terbuka

selebar pinggul, lutut dibengkokkan.

Ayunan raket yang relatif pendek, sehingga kok hanyan didorong

dengan bantuan peralihan berat badan dari belakang ke kaki hadapan.

Hindari menggunakan tenaga pergelangan tangan yang berlebihan.

Sebelum membuat servis, perhatikan posisi dan sikap berdiri lawan,

sehingga dapat mengarahkan kok ke sasaran yang tepat dan sesuai

perkiraan.

Kesalahan Dalam Servis

1. Pada saat memukul bola, kepala raket lebih tinggi atau sejajar dengan grip raket.

2. Titik perkenaan kok, kepala raket lebih tinggi dari pinggang.

3. Posisi kaki menginjak garis tengah atau depan.

4. Kaki kiri melakukan langkah.

5. Kaki kanan melangkah sebelum kok dipukul.

Page 12: Sejarah Badminton

6. Rangkaian mengayun raket dan memukul kok tidak boleh terputus.

7. Penerima servis bergerak sebelum kok servis dipukul.

4. Underhand

Terdapat dua jenis pukulan underhand:

a) Clear underhand, pukulan yang diarahkan tinggi ke belakang.

b) Flick underhand, pukulan mendatar kea rah belakang.

Pegangan raket forehand untuk underhand forehand, dan pegangan

backhand untuk underhand backhand.

Pergelangan tangan agak bengkok ke belakang, siku juga agak bengkok.

Sambil melangkahkan kaki kanan ke depan, ayunkan raket ke belakang

lalu pukul bola dan pada saat perkenaan bola, posisi tangan lurus.

Bola dipukul kira-kira dekat kaki kanan bahagian luar.

Posisi akhir raket sesuai arah bola.

5. Overhead Clear/Lob

Dua jenis overhead lob:

a) Deep lob/Clear, bolanya tinggi ke belakang.

b) Attacking lob/Clear, bolanya tidak terlalu tinggi

Pergunakan pegangan forehand, pegang raket dengan arah net. Posisi

kaki kanan berada diblekang kaki kiri dan pada saat memukul bola, harus

terjadi perpindahan beban badan dari kaki kanan ke kaki kiri.

Posisi badan harus diupayakan selalu berada di belakang bola.

Bola dipukul seperti gerkan melempar.

Pada saat perkenaan bola, tangan harus lurus. Posisi akhir raket

mengikuti arah bola, lalu dilepaskan, sedang raket jatuh didepan badan.

Lecutkan pergelangan (raket) saat kena bola.

6. Smesy

Merupakan pukulan serangan yang muktamad.

Page 13: Sejarah Badminton

Digunakan untuk menamatkan rali, menambahkan satu mata atau untuk

merampas balik servis.

Gunakan cara pegangan pukul hadapan.

Posisi badan ialah sama dengan yang digunakan dalam pukul lepas.

Persamaan ini memberi elemen mengejut kerana lawan tidak akan dapat

memastikan jenis strok yang akan digunakan.

Aksi memukulnya lebih pantas daripada pergerakan pukul lepas. Kuasa

smesy didapati daripada kelajuan kepala raket semasa ia memukul bulu

tangkis.

Poin kontak bulu tangkis dan raket adalah di hadapan badan. Muka raket

disudutkan ke bawah.

Satu smesy penuh dari garisan belakang harus mendarat di kawasan

petak tengah.

7. Pukulan Junam (Dropshot)

Pukulan dibuat dengan kelajuan yang kurang berbanding dengan pukulan

smesy.

Pergunakan pegangan forehand. Pegang raket dan posisinya di samping

bahu.

Posisi badan menyamping dengan arah net, posisi kaki kanan berada di

belakang kaki kiri. Pada saat memukul bola, harus terjadi perpindahan

beban badan dari kaki kanan ke kaki kiri.

Posisi badan harus selalu diupayakan berada di belakang bola.

Pada saat perkenaan bola, tangan harus lurus, menjangkau bola dan

dorong denga sentuhan halus.

Untuk arah forehand lawan, pukul bagian lengkungan bola sebelah kanan

dan lengkung kiri bola untuk tujuan backhand.

Posisi akhir raket mengikuti arah bola. Biasakan bergerak cepat

mengambil posisi pukul yang tepat di belakang kok.

Page 14: Sejarah Badminton

Perhatikan gerak langkah dan keseimbangan badan pada saat dan

setelah memukul kok.

Kok harus dipukul dengan sikap lengan lurus dan hanya mebggunakan

tenaga kecil.

8. Netting

Pukulan yang dilakukan menghampiri net.

Pegangan raket forehand untuk forehand net dan backhand untuk

backhand samping net.

Siku agak bengkok dan pergelangan ditekuk sedikit ke belakang.

Pada saat memukul, kaki kanan berada di depan dan bola dipukul pada

posisi setinggi mungkin.

Sesaat sebelum perkenaan bola, buat tarikan kecil dan pergelangan

tangan. pukul bola pada bagian lengkuankanan dan kiri sampai pada

bagian bawah bola. Akhir kepala raket menghadap atau sejajar denga

langit-langit.

9. Drive

Pukualn cepat dan mendatar

Bertujuan untuk menghindari lawan menyerang atau sebaliknya

memaksa lawn mengangkat bola dan berada pada posisi bertahan.

Pegangan raket dengan satu grip/cepat berpindah.

Page 15: Sejarah Badminton

Selain kekuatan bahu, gunakan lecutan pergelangan pada saat bola

dipukul.

Teknik Membalas Pukulan

Page 16: Sejarah Badminton
Page 17: Sejarah Badminton
Page 18: Sejarah Badminton

Kesilapan-kesilapan umum

Kemahiran Kesilapan Akibatnya

Servis Panjang

1. Kaki sangat rapat.2. Ayunan raket dan poin kontak

berdekatan badan.3. Bulu tangkis dilambung dan

bukan dilepaskan.

Kesalan kaki pada servis.

Pukulan kurang kuat untuk mendapatkan jarak dan ketinggian yang mencukupi.

Menambahkan kemungkinan kesilapan lain.

Servis Pendek1. Menggunakan pergelangan

tangan dan bukan aksi lengan bawah yang sama.

Bulu tangkis terus naik terlalu tinggi di atas jaring.

Pukul Tinggi

1. Lengan tidak lurus/memanjang semasa bulu tangkis tidak dipukul.

2. Bulu tangkis dipukul jauh di belakang atau dihadapan badan.

Kehilangan kuasa dan trajektori.

Smesy

1. Poin kontak bulu tangkis raket di atas atau belakang garis badan dan bukan di hadapan badan.

2. Tidak bergerak dan mengambil posisi dengan cukup pantas.

Trajektori yang lemah. Kehilangan aspek

pengaturan masa , kuasa dan trajektori.

Pukulan Junam

1. Aksi lengan diperlahankan terlalu awal sebelum poin kontak bulu tangkis raket.

2. Bulu tangkis tidakdiltakkan denga cukup tinggi (siku dan lengan bengkok)

Tiada penipuan. Mendedahkan arah

pukulan.

Pukulan Jaring

1. Tidak mengambil bulu tangkis seberapa tinggi yang boleh.

2. Berat badan berada di atas kaki beraket semasa bulu tangkis.

Tidak berupaya menyerang. Menukar pukulan menjadi pertahanan dan kemungkinan lebih kesilapan akan berlaku.

Pemulihan lambat. Pemulihan lebih cepat jika berat badan berada di antara kaki depan dan belakang.

Page 19: Sejarah Badminton

Cadangan Latihan

Page 20: Sejarah Badminton
Page 21: Sejarah Badminton

Kategori Permainan

1. Permainan Perseorangan

Gerak pantas ke arah bulu tangkis dan tidak menunggunya. Buat pukulan

balas seawal yang munking supaya pihak lawan kesuntukan masa untuk

bertindak balas.

Balik ke bes (pusat gelanggang) setiap kali selepas membuat pukulan supaya

bersedia dan mudah untuk bertindak selanjutnya.

Buat antisipasi (agakan) untuk persediaan lebih awal.

Lakukan serangan yang memaksa pihak lawan terkeluar dari posisi

bersedianya yang akan menyukarkannya membuat pukualn balas.

Kenal pasti kelemahan utama pihak lawan dan arahkan pukulan kencang ke

bahagian kelemahannya untuk mendapat mata serta menggoncang

keyakinannya.

Gunakan kekuatan atau kelebihan anda sebagai senjata untuk menyerang

pihak lawan supaya mengurangkan peluangnya membalas dengan serangan.

Memaksa pihak lawan bermain mengikut rentak anda dan tidak sebaliknya.

Page 22: Sejarah Badminton

2. Permainan Beregu

o Pemain tidak dibenarkan membuat dua pukulan berturut-turut untuk

menghantar bulu tangkis ke gelanggang lawan.

o Serangan dan pertahanan pemain adalah terserlah kepada kebijaksanaan

kedua-dua pemain.

o Bilangan set bagi menentukan kemenangan dalam permainan badminton

adalah dua atau tiga set. Dalam set kedua, pemain akan bertukar

gelanggang.

o Permainan akan ditambahkan satu set lagi jika kedua-dua pemain atau regu

seri 1-1 dalam dua set yang ditetapkan bagi menentukan pemenangnya.

o Dalam permainan badminton. Tiada had masa yang ditetapkan untuk

menghabiskan satu-satu permainan.

o Mana-mana pemain atau regu yang berjaya memperoleh mata 15 dahulu

dikira sebagai pemenang, namun untuk acara perseorangan wanita mata 11

menentukan pemenang set.

o Pihak yang membuat servis sahaja yang boleh menambahkan mata.

Page 23: Sejarah Badminton

3. Pengiraan mata untuk badminton adalah seperti berikut:

Penentuan mata kemenangan bagi perseorangan wanita adalah pemain yang

berjaya memperoleh mata 11 dahulu. Jika kedudukan mata 10-10, maka tiga

mata tambahan akan diberikan.

Mata penamat permainan regu lelaki dan wanita, perseorangan lelaki dan

regu campuran ialah 15. Mata tambahan sebanyak tiga mata diberikan jika

kedudukan berada pada mata 14-14. Pilihan mata tambahan hanya boleh

dibuat oleh pemain yang memperoleh mata 14 dahulu. Pemain itu juga

berhak meneruskan permainan tanpa penambahan mata.

Secara ringkas dan jelas, pengiraan mata yang terkini berkuat kuasa dari

tarikh 15 April 2003 adalah seperti berikut:

AcaraMata untuk set

biasaMata “setting” Mata set

Skor terakhir dalam set

Perseorangan lelaki

15 14 3 17

Perseorangan wanita

11 10 3 13

Regu lelaki 15 14 3 17Regu wanita 15 14 3 17

Regu campuran

15 14 3 17

Setelah tamat satu set permainan, pemain akan bertukar gelanggang dengan

pihak lawannya. Pertukaran gelanggan berlaku selepas tamat permainan set

pertama dan dalam set ketiga, apabila salah seorang pemain mencapai mata ke-

8 untuk perseorngan lelaki, regu lelaki, regu wanita dan regu campuran; dan

angka bagi acara perseorangan wanita. Jika semasa permainan didapati

pemain-pemain tidak bertukar gelanggang seperti yang disyaratkan, maka

pemain hendaklah bertukar apabila disedari dan kiraan mata dikekalkan pada

ketika itu.