seni cetakan pelbagai tamadun

46
1.0 CETAKAN 1.1 Pengenalan Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli. Sejarah cetakan ialah apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke 7 Masihi di China. Seterusnya industri cetakan mono bok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di negara barat menjelang abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, dan bahan pendidikan. Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada pertengahan abad ke 15. Sejarah cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940 an melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di Singapura telah

description

menengahkan sedikit sebanyak maklumat mengenai sejarah cetakan pelbagai budaya dan tamadun..

Transcript of seni cetakan pelbagai tamadun

Page 1: seni cetakan pelbagai tamadun

1.0 CETAKAN

1.1 Pengenalan

Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis

pada permukaan blok atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya

permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau

plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan

lain. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang

serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Cetakan juga

merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang

kali. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap

karya asli.

Sejarah cetakan ialah apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul

pada abad ke 7 Masihi di China. Seterusnya industri cetakan mono bok

kayu buatan tangan muncul dan berkembang di negara barat menjelang

abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran mencetak digunakan untuk

mencetak bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk

komunikasi, propaganda, dan bahan pendidikan. Penggunaan warna

dalam cetakan diperkenalkan pada pertengahan abad ke 15. Sejarah

cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940 an

melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di

Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan memperluaskannya.

Menjelang tahun 1960 an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam

sukatan pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti

Institut Perguruan Ilmu Khas. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk

mencetak kain sarung sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan. Seni

cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu cabang seni halus yang

unik.

Page 2: seni cetakan pelbagai tamadun

Media

Pembuat cetakan berkarya menggunakan berbagai jenis media, termasuklah

dakwat berasaskan air, cat air, dakwat berasaskan minyak, pastel minyak,

dan pigmen padat yang larut dalam air seperti crayon Caran D'Ache. Karya

seni cetak dilakarkan di atas permukaan yang disebut dengan plat. Teknik

dengan menggunakan kaedah digital menjadi semakin popular saat ini.

Permukaan atau hamparan yang digunakan dalam menciptakan karya

cetakan meliputi papan kayu, plat logam, lembaran kaca akrilik, lembaran

linoleum atau batu litografi. Teknik lain yang disebut dengan serigrafi atau

cetak saring (screen-printing) menggunakan lembaran kain berpori yang

direntangkan pada sebuah kerangka, disebut dengan screen. Cetakan kecil

juga boleh dihasilkan dengan menggunakan permukaan kentang atau ketela.

Warna

Pembuat karya grafis memberi warna pada cetakan mereka dengan

menggunakan banyak cara. Seringkali pewarnaannya -- dalam etsa, cetak

saring, cukil kayu serta linocut -- diterapkan dengan menggunakan plat,

papan atau screen yang terpisah atau dengan menggunakan pendekatan

reduksionis. Dalam teknik pewarnaan multi-plat, terdapat sejumlah plat,

screen atau papan, yang masing-masing menghasilkan warna yang berbeza.

Tiap plat, screen atau papan yang terpisah akan diberi tinta dengan warna

berbeza kemudian diterapkan pada tahap tertentu untuk menghasilkan

keseluruhan gambar.biasanya hampir 3 hingga 4 plat digunakan, tapi

adakalanya seorang seniman grafis menggunakan sampai tujuh plat. Tiap

penerapan warna akan berinteraksi dengan warna lain yang telah diterapkan

pada kertas, jadi sebelum menerapkan warna, pemisahan antara warna

perlulah difikirkan dahulu.Biasanya warna yang paling terang diterapkan lebih

dulu kemudian ke warna yang lebih gelap.

Pendekatan reduksionis untuk menghasilkan warna dimulai dengan papan

kayu atau lino yang kosong atau dengan goresan sederhana. Kemudian

seniman mencukilnya lebih lanjut, memberi warna lain dan mencetaknya lagi.

Page 3: seni cetakan pelbagai tamadun

Bahagian lino atau kayu yang dicukil akan mengekspos (tidak menimpa)

warna yang telah tercetak sebelumnya.

Pada teknik grafis seperti chine-collé atau monotype, pegrafis kadang-kadang

hanya mengecat warna seperti pelukis kemudian dicetak.

Konsep warna subtraktif yang juga digunakan dalam cetak offset atau cetak

digital, di dalam software vektorial atau bitmap ditampilkan dalam CMYK atau

ruang warna lain

Jenis cetakan

Jenis cetakan klasik merangkumi :

a) cetakan timbul ( relief )

b) cetakan benam ( intaglio )

c) cetakan datar ( planography/litography )

d) cetakan stensil/ saring sutera ( seriography )

1.2 Cetakan Tamadun Melayu

GALERI Petronas baru-baru ini melancarkan pameran pertamanya untuk

tahun 2009 yang bertajuk: Go Block: Five Contemporary Malaysian

Printmakers.

Pameran tersebut merupakan satu pertunjukan yang meraikan amalan-

amalan baru dalam seni cetak di Malaysia melalui hasil karya baru oleh lima

orang seniman iaitu Juhari Said, Kim Ng, Izan Tahir, Zulkifli Yusoff dan

Shahrul Jamili.

Page 4: seni cetakan pelbagai tamadun

Kesemua mereka banyak memberi sumbangan besar kepada perkembangan

seni cetak kontemporari dalam gerakan seni tanah air.

Seniman Malaysia dan ahli akademik yang disegani, Prof. Dr. Sulaiman Esa

telah menyempurnakan majlis pelancaran pameran tersebut, termasuk buku

iringan pameran yang mempunyai judul yang sama pada 17 Februari lalu.

Go Block dikurator oleh Badrolhisham Mohamad Tahir dengan

mengetengahkan 15 hasil karya terbaru artis tempatan yang bertujuan

mengajak orang ramai meneroka seni cetak sebagai satu bahan tara berciri

dinamik dan inovatif yang memberikan kesan besar terhadap pergerakan

kesenian di Malaysia hari ini.

Konsep asas pameran itu adalah bagi menyedarkan orang ramai bahawa

wujudnya satu bentuk alternatif pada proses seni cetak biasa yang selalunya

terhad pada penggunaan dakwat, blok cetak, kertas dan tindakan

menghentak atas permukaan kertas.

Melalui pameran itu, ia menggalakkan penggunaan bahan tara selain dakwat

yang boleh diacu dan dibentuk kemudian dipadukan bersama bagi

menghasilkan satu hasil karya seni baru yang unik.

Idea asas sebenar pameran itu ialah untuk memberikan definisi baru tentang

seni cetak. Pameran tersebut turut menerokai penggunaan pelbagai bahan

harian seperti konkrit, kayu, tanah dan lapisan logam sebagai bahan tara,

selain menggunakan dakwat yang diacu ke dalam bentuk-bentuk tertentu

secara berulang-ulang bagi mendapatkan hasil seni muktamad yang

diinginkan.

Ketika secara tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam

konteks gerakan seni kontemporari di Malaysia, teknik-teknik serta cara

penataan dalam seni cetak selalunya digunapakai dalam penghasilan rupa

bentuk seni lain, misalnya lukisan, arca dan instalasi.

Peminjaman atau pertukaran teknik dan penataan itu menjadi bukti tentang

pengaruh berterusan yang dimiliki oleh seni cetak dalam amalan seni

Page 5: seni cetakan pelbagai tamadun

kontemporari kini. Dalam pada itu, batasan atau sempadan peraturan-

peraturan atau cabang-cabang seni yang dahulunya lebih jelas dan tersendiri

kini menjadi semakin kabur.

Walaupun seni cetak dianggap mudah untuk orang ramai menghasilkannya

serta tidak mahal kerana alatan dan bahan yang digunakan dikeluarkan

secara besar-besaran, namun masih terdapat segelintir seniman Malaysia

yang mampu mengguna pakai bentuk seni itu secara berkesan dan

menjadikannya

sebagai satu

keistimewaan.

Golongan seniman yang menyertai pameran Go Block itu merupakan antara

yang berpengaruh dan berdedikasi dalam amalan seni kontemporari iaitu

mereka bertanggungjawab untuk memecah batasan bagi menjadikan seni

cetak lebih relevan pada masa kini.

Menurut Pengarah Galeri Petronas, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim,

Go Block merupakan satu pameran yang membuka jalan baru dalam

memperkembang seni cetak kepada satu tahap terkini.

"Ia merupakan satu amalan seni yang berkesan kerana mudah bagi orang

ramai mengaitkannya dengan pengalaman mereka. Bagaimanapun, kami

ingin mencabar pemikiran

orang ramai terhadap

kefahaman mereka tentang

seni cetak, bukan sahaja

cetakan blok atas selembar

Page 6: seni cetakan pelbagai tamadun

kertas, maksudnya kini lebih luas dan hanya terhad kepada daya imaginasi,"

katanya

SECARA tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks

gerakan seni kontemporari di Malaysia.

Di Malaysia cetakan dihasilkan dengan menggunakan pelbagi teknik dan

media. Antara media yang biasa digunakan ialah lino, syelek, lekar dan media

campuran. Manakala teknik yang biasa dihunakan hádala seperti teknik

timbulan, kolagraf dan cetakan saring. Proses menghasilkaan cetakan timbul

ialah dengan

Meletakkan dakwat atau warna pada permukaan yang biasanya terdiri

daripada blok

kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang dikehendaki.

Langkah menghasilkan cetakan stensil

– Sediakan sebuah

pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua.

Semasa mencetak,letakkan iime yang telah dipotong di atas

kertas permukaan dasar yang hendak dicetak.

Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau

warna.

Gunakan sekuji untuk meratakan warna diatas pemidang skrin.

Angkat perlahanlahan pemidang skrin.

Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin.

Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana

kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan

menyebabkan dakwat atau warna terkeluar.

Page 7: seni cetakan pelbagai tamadun

1.3 Cetakan Tamadun Islam

Cetakan Tamadun Islam lebih berunsurkan Islamik seperti ayat suci al Quran

dan unsur geometri. Dalam tamadun islam, kebanyakan hasil seni amat

menjauhkan lambang/simbol perantaraan antara manusia dan Tuhan. Hampir

semua karya menggunakan unsur dalam motif hiasan. Kegiatan cetakan

ketika itu, kebanyakannya berasaskan kayu dan setengahnya dicetak dengan

pencetak seperti penghasilan ayat suci al-Quran. Reka corak cetakan adalah

kaligrafi (menekankan keseimbangan pola positif dengan negatif) dan

berunsurkan kehidupan Islam. Kebanyakan corak adalah menegak ke atas

dan bermula dari bawah kerana menggambarkan Tuhan Yang Esa dan Satu.

Cetakan dalam tamdun ini tidak menjadikan objek manusia sebagai subjek

kerana insan Kamil tidak menampilkan dirinya kepada Tuhan secara tampak.

Seni cetakan dihasilkan bertujuan sebagai panduan kepada seluruh umat

Islam serta kebanggaan kerana keunikan dan kehalusan pembuatannya.

Unsur seninya adalah kontemporari iaitu campuran pelbagai media dan agak

moden. Namun begitu, setiap hasil karya yang dihasilkan mestilah

berlandaskan kepada unsur tauhid dan akidah umat Islam. Garisan dalam

kaligrafi menghasilkan ruang tertentu dalam setiap karya. Banyak karya

cetakan menekankan penggunaan garisan dan fungsinya. Unsur geometri

seperti segi empat tepat dan sama banyak digunakan beserta dengan ayat

suci al-Quran. Ia menjadikan cetakan yang dihasilkan mempunyai kombinasi

selain terdapat unsur pengulangan pada motif corak.

Page 8: seni cetakan pelbagai tamadun

1.4 Cetakan Tamadun China

China telah menjadi tempat penghasilan cetakan terawal sekali iaitu

bermula abad ke 7 Masihi. Cetakan menjadi satu lagi ciptaan budaya

China yang penting yang bermula pada 500 S.M. dengan percetakan blok

di atas kertas dengan menyapu dakwat ke atas blok yang diukir pada

muka surat, meletakkan kertas di atasnya dan menyapu belakang kertas

hingga rata. Teknologi percetakan dengan mesin taip dicipta oleh Bi

Sheng pada abad ke 11 S.M.

Cirri-ciri – kemahiran luakan

The skill of carving characters

emerged very early. The oldest

inscriptions were made on oracle

bones such as animal bones and

shells. Inscriptions on bronze

ware flourished from the Shang

Dynasty to the Western Zhou

Dynasty (1500---71 B.C.).

Chinese characters were

inscribed in clay moulds before

Long Men stone carved in regular

script with charac-ters cut in relief

(5th Century)

Page 9: seni cetakan pelbagai tamadun

casting. Carving characters on stones came even earlier. Symbol-carving

on surfaces of cliffs has been traced to extremely ancient times. The

classics in great-seal script and small-seal script were all carved on

stones. The Xiping Stone Inscriptions of the Eastern Han involved carving

the Confucian classics in the clerical script onto to 46 stone tables,

totalling around 200,000 characters.

The technique of reverse-character carving was an essential precursor to

woodblock carving. Seals and signets not only used reversed-character

carving but also stamping

Penciptaan seni cetakan

Tahun sebenar tentang bila seni cetakan di China mula wujud masih lagi

diperdebatkan dalam lingkungan akedemik kerana tiada bahan artifak atau

peninggalan dokumen yang dapat dikaitkan dengan cetakan terawal yang

telah dijumpai. Namun begitu, berdasarkan pengamatan daripada aspek

perkembangan sosial dan budaya dan fakta-fakta serta bukti dokumen

yang relevan untuk dikaitkan, kita boleh melakarkan secara kasar bahawa

cetakan blok kayu mula digunakan dalam Dinasti Sui (581---18) dan

menjadi popular dalam Dinasty Tang. Kebanyakkan rekod dokumen

tentang cetakan blok kayu dalam Dinasti Tang (618---07), amat sukar

untuk dipersembahkan.

Dharani Charm in San-skrit

(printing of the Tang Dynasty,un-

earthed from Chengdu)

Page 10: seni cetakan pelbagai tamadun

Mahadharani Sutra (discovered in Kyongju, South Korea, Chinese Printing of the Tang

Dynasty)

Cetakan pada pertengahan dan akhir pemerintahan Dinasti Tang

Pada akhir zaman pemerintahan Dinasti Tang, cetakan telah menjadi

semakin popular sejak awal penciptaan. Jauh daripada ajaran Buddha

yang telah menggunakan cetakan secara aktif, ajaran Taoisme juga telah

menggunakan cetakan untuk menghasilkan buku.

Diamod sutra of 868 (dijumpai di Dunhuang)

Pusat perkembangan cetakan juga semakin berkembang dari ibu negeri di

Chang'an dan Luoyang ( ibu negeri wilayah timur) sehingga keke tempat

Page 11: seni cetakan pelbagai tamadun

seperti Sichuan, Huainan, dan Dunhuang. Tempat-tempat yang dijadikan

untuk membuat cetakan juga semakin bertambah maju.

The Most Holy Esoteric Dharani

Scriptures (discovered in Dunhuang

Tang Dynasty)

Cetakan dalam lima Dinasti dan Dinasti Song

The printing industry thrived during the Song Dynasty (960---279).

Government departments from the central to the local levels engaged in

printing activities. The private printing industry expanded, leading to the

existence of printing houses throughout the country, and the cre-ation of a few

areas of concentration.

All types of texts were printed including Confucian classics, history,

philosophy and belles-lettres. The scale of Buddhist publications was

considerably larger then ever before. Apart from the printing of books, new

items appeared including the printing of paper money and trademark

advertisements.

An important revolution in printing technology during the Song Dynasty was

the invention of mov-able type printing. A commoner by the name of Bi Sheng

used movable-type blocks for printing during the Qingli years (1041---048) of

the Northern Song. This invention ushered in an era of movable-type printing

and is a significant milestone in the history of printing.

Page 12: seni cetakan pelbagai tamadun

Portrait of the King of the Heaven (engraved by Cao Yuan

Zhong in the Five Dynasties)

A collection of poems by Madam Yu Xuan Ji

(engraved and printed by the Chen family in

Hangzhou, Southern Song Dynasty

Cetakan di Liao, Barat Xia dan Jin

Sezaman dengan Dinasti Song yang telah menjadi ikutan cara hidup etnik

minority di Liao, Barat Xia dan jin, peringkat cetakan di kawasan ini juga pada

tahap yang sama dengan kawasan di tengah dan Selatan China.

Dalam tahun 1991, Sembilan jilid ayat-ayat suci Buddha bertajuk

Propitiousness telah tersebar ke merata tempat di Kouhebenxu. Tulisan

tersebut telah ditulis dalam simbol dan tulisan daripada Barat Xia dan dibatasi

mengikut format rama-rama, telah dijumpai di lingkungan pagoda di Baishigou

yang terletak di negeri Helan, Ningxia, wilayah Auton-omous. Ahli arkeologi

dan pakar telah menjelaskan bahawa jilid ini telah dicetak sekitar tahun di

Barat Xia iaitu setengah abad dalam abad ke 21 dengan menggunakan kayu

jenis mudah alih. Ayat-ayat suci ini telah diambil sebagai penemuan terawal

Page 13: seni cetakan pelbagai tamadun

tentang cetakan kayu mudah alih dan ia telah menduduki tempat terpenting

dalam sejarah cetakan China.

Cetakan pada zaman Dinasti Yuan

satu perubahan besar telah berlaku ke atas teknik cetakan ketika Dinasty

Yuan (1271---386). Pencapaian terbesar

dalam teknik cetakan adalah inovasi dalam

teknologi cetakan kayu mudah alih yang

dihasilkan oleh Wang Zhen. Beliau telah

mengupah orang untuk mengukir papan kayu

mudah alih ini dan kemudian beliau mereka

cipta sebuah plat untuk menyimpan papan

cetak tersebut mengikut permintaan semasa.

Printed and hand-painted images of the Buddha

Four Beauties (engraved by

the Ji family in Pingyang , Jin

Dynasty)

Surat Pajak ketika zaman Zhi Yuan

Page 14: seni cetakan pelbagai tamadun

Beliau telah menggunakan teknik tersebut untuk menghasilkaan mesin cetak

dan mencetak buku. Namun begitu, sebelum Wang Zhen, sesetengah

masyarakat juga telah memplopori kaedah ini.

The Official Practical Reclassified Pharmacopoeia of the Cheng-Ho Reign.

Re-edited version.(engraved book by Zhang Cun Hui in Pingyang)

Versi lengkap tentang kisah cinta tiga kerajaan

(diukir oleh keluarga Yu dari Jian ' an,

dengan ilustrasi pada muka depan

Page 15: seni cetakan pelbagai tamadun

Cetakan dalam zaman Dinasti Ming

The Ming Dynasty (1368---644) is the most glorious period in the history of

printing in China. The main indications of this include:

Firstly, all the inventions of previous dynasties ---woodblock carving, wood

movable type, metal movable type, whole metal plates, and techniques of

multi-colour printing---were used in the Ming Dynasty.

Secondly, paper, ink and woodblock carving techniques attained an

unprecedented standard.

Thirdly, the scope, variety and volume of printing reached the highest level in

history. Besides printing traditional books, such as the classics, history,

philosophy and belle-lettres, in large quantities, the gazetteers, books on

science and technology, books on craftsmanship, popular readers, primers,

plays, and novels were also printed in great quantities.

Fourthly, the style of characters used specially for printing, the Song style,

became more refined and was widely used.

Fifthly, with the invention of woodblock colour printing, the craft of printing was

perfected.

 

Letter-designs of the Sunglo Studio

(colour printing with blind stamping)

Shi Zhu Zhai Book on the Art of Painting

(A coloured book printed by Hu Zheng Yan

in the Ming Dynasty)

Page 16: seni cetakan pelbagai tamadun

Cetakan zaman Dinasti Qing

Printing in ancient China reached yet another peak during the Qing Dynasty

(1644---911). First of all, the scale of printing production greatly expanded not

only in the capital but also in regional centres of China. Networks of private

printers and workshops were developed. The varieties of publications

increased too.

Classics from ancient times and contemporary works were printed in huge

quantities. Present day studies on bibliography and on the history of books

and publication have established that the Qing Dynasty indeed surpassed all

previous Chinese dynasties in terms of the quantity and variety of

publications.

Spring Festival Picture,Yang Liu Qing,Tianjin

Spring Festival picture,Beijing

Page 17: seni cetakan pelbagai tamadun

Another advance made during the 267-year Qing Dynasty was in the

development of printing technology. All printing techniques known then

continued to be in use and new ones were devised. Special mention must be

made about movable type. The proportion of publications utilising movable

type rose steadily. Fonts and sizes of movable type proliferated. Be they

made with wood, bronze or clay, movable type attained very high standards in

quality. Woodblock colour printing became ever more popular and its quality

kept im-proving. Lunar New Year posters were a new commercial product that

became popular. They gave rise to a big business, with millions of households

being adorned by them, making the penetration of printing in society deeper

than any dynasty before Qing. In this sense then, application of traditional

technology of printing reached a pinnacle during the Qing Dynasty.

The Complete Poems of the Tang Dynasty

(engraved by the Yangzhou Poetry Bureau)Dragon Tripitaka

(engraved and printed by the Imperial Household

in the 13th year of the Yong Zheng Reign)

Page 18: seni cetakan pelbagai tamadun

Cetakan Makanan

Dinasti Ming dan Qing (abad ke 14 dan 15) patung Terigu mulai

berkembang menjadi seni kerajinan rakyat jalanan. Tepung terigu dan

beras ketan berwarna, boleh ‘dipahat’ oleh cetakan,misalnya gue

rembulan atau Tiong Ciu Pia dibuat oleh cetakan gue. Seni patung terigu

dimanfaatkan untuk perayaan hari raya tradisional seperti Tahun Baru

Imlek, Tiongciu dan Peh-cun. Gambar ini adalah cetakan huruf hanci Shou

dan Xi atau panjang umur dan bahagia. Contoh daerah Yantai Propinsi

Shandong Tiongkok pada hari ‘qiqiao’ pada tanggal 7 bulan 7 kononnya

gadis mana yang makan patung terigu Shou dan Xi akan menjadi wanita

rajin dan pandai.

Page 19: seni cetakan pelbagai tamadun

1.5 Cetakan Tamadun Jepun

Cetakan blok kayu di Jepun di kenali sebagai Ukiyo-e. Pada asalnya ia

dibawa masuk ke Jepun seiring kemasukan agama Buddha. Stail dan

gaya cetakan blok kayu Jepun yang unik berkembang maju pertengahan

abad ke 17 hingga pertengahan abad ke 19. Perkataan ‘Ukiyo’ berasal

dari perkataan Buddha bermaksud dunia sedih. Aspek yang digambarkan

dalam Ukiyo-e, adalah tentang dunia terapung merujuk kepada perasaan

dan kebebasan yang tidak abadi atau tidak kekal. e’ pula bermaksud

gambar atau lukisan. Pada zahirnya, Ukiyo-e menceritakan kekayaan

sejarah zaman Edo di bawah pemerintahan Shogun yang terasing dari

dunia luar. Kegiatan dilakukan berkisar persembahan teater, restoran,

kedai minum, geisha dan rumah pelacuran kelas atasan. Tahun 1650,

ilustrasi buku cetak dari blok kayu pertama dihasilkan oleh Ise Mongatari.

Awalnya ilustrasinya agak kasar dan tidak penting berbanding teks yang

Page 20: seni cetakan pelbagai tamadun

dikeluarkan. Akhirnya gambar jadi penting yang dihasilkan sekumpulan

artis seni. Tokoh artis seperti Utamaro dan Sharaku menghasilkan poster,

iklan persembahan teater dan rumah pelacuran atau potret idola seperti

aktor Kabuki (drama tradisi Jepun).

Tōshūsai Sharaku – Otani Oniji II, dated

1794 .

The Kabuki actor Otani Oniji II in the role

of Yakko (manservant) Edobe.

Secara amnya mereka menggambarkan kehidupan seharian waktu itu

yang sesuai dijadikan cetakan poskad. Awal abad ke 18, perubahan pada

kualiti kertas, rupa bentuk dan saiz cetakan bertambah dan pelbagai.

Teknik cetakan lebih moden. ‘Urushi-e’ bahan pengilat, ditambah pada

kawasan hitam tertentu menjadikannya berkilat melalui campuran gam

dan dakwat. Dari awal cetakan warna dilakukan dengan tangan.

Pertengahan abad ke 18, Okumara Masanobu(penerbit &pelukis) telah

membuat eksperimen dengan menggunakan lebih daripada satu kayu blok

untuk menghasilkan beni-e’ atau gambar merah. Tokoh artis Suzuki

Harunobu antara yang cemerlang dan terkenal di Edo yang dapat

mencetak dan menghasilkan beberapa siri cetakan blok kayu yang halus

& serupa dengan figura lelaki dan perempuan dengan gaya sungguh

menarik. Kecantikan ukiyo-e hanya dapat dikecapi oleh warga dunia

selepas Laksamana Perry ke Jepun tahun 1854 selepas dasar ‘buka

pintu’. Malangnya banyak hasil ukiyo-e rosak kerana gempa bumi,

kebakaran dan terlalu usang.

Page 21: seni cetakan pelbagai tamadun

Shunga merupakan karya seni bergaya ukiyo-e (seni lukis di atas woodblock

yang penggarapannya melalui cetakan). Kadang-kadang shunga dicetak pula

di atas gulungan kertas perkamen. Lukisan pada kerya shunga biasanya

adegan percintaan. Seni Shunga bermula sejak era Muromachi (1336-1573)

dan dipengaruhi pelukis erotik dari dinasti Tang di China, Chou Fang. Seni

Shunga dibuat dan dijual dalam bentuk lembar atau dalam bentuk buku

dinamakan “enpon”. Selain itu, karya ini juga dalam bentuk gulungan(hand

scroll format) dinamakan “kakemono-e”. Karya shunga yang dibuat di Osaka

& Kyoto warnanya lebih kaya dibandingkan dari Edo kerana digunakan

“gofun” (bubuk kulit kerang putih yang dicampur dengan berbagai bahan

hingga menjadi pigmen beraneka warna.

Page 22: seni cetakan pelbagai tamadun

Ketika era pemerintahan Kaei (1848-1854), banyak kapal pedagang asing

datang je Jepun. Seni cetakan Ukiyo-e ketika itu telah banyak mengalami

perubahan dari segi budaya.

Diikuti oleh zaman keagungan Meiji sekitar tahun 1868, jepun mengamalkan

dasar terbuka kepada bahan import dari luar termasuklah hasil photografi

yang telah menggantikan seni Ukiyo-e secara keseluruhannya. Pengaruh

barat ke atas Jepun telah berkembang dalam era Meiji. Ukiyo-e ketika itu

jatuh dan menjadi amat tidak bernilai sehingga hasil cetakan ini hanya

dijadikan sebagai kertas pembalut bahan dagangan. Ketika masyarakat barat

melihat dan menjumpai kertas cetakan ini, ia telah menjadi sumber ilham

penting kepada pengkarya-pengkarya daripada aliran impresionisme,

kubisme, dan post-impresionis seperti Vincent Van Gogh, James Abbott,

McNeill Whistler, Claude Monet dan lain-lain, pengaruh ini telah dikenali

sebagai Japonisme di Barat.

Proses penghasilan Ukiyo-e

Secara tradisi proses penghasilan ukiyo-e melibatkan 3 bidang dan orang

yang berbeza. Bidang tersebut ialah,

- Kerja melukis (pelukis/artis)

-Kerja mencetak, memilih warna, mengeluarkan modal

(pengeluar/penerbit)

-Kerja mengukir blok kayu (pengukir)

Proses dimulakan dengan menggunakan blok dakwat hitam dan diikuti

blok warna di akhir cetakan. Kemudian ‘hansita-e’ dilekatkan ke atas blok

kayu yang kering. Kemudian diukir berhati-hati supaya garisan timbul.

Cetakan terhasil dari permukaan timbul yang ditinggalkan, bila bahagian

lain diukir keluar. Setiap warna memerlukan blok kayu yang berasingan.

Garis panduan diukir secara berhati-hati atas kayu blok untuk memastikan

warna dicetak mengikut garisan yang betul. 2 bentuk cetakan timbul yang

paling biasa menggunakan kayu dan lino. Selain itu termasuklah getah

atau styrofoam.

Page 23: seni cetakan pelbagai tamadun

Cetakan menggunakan blok

kayu

Mengukir pada blok kayu

Penelitian penghasilan cetakan

The techniques that were used were varied, but were absolutely critical to the

final print.  While working, the artist is required to keep a very specific goal in

mind while creating the blocks.  This mindset should be in line with the

Japanese tradition of demonstrating the precise direction of the brush that

would be painting the picture, so that the features of the original piece, as well

as the written characters, are not in any way destroyed.  So from the artist’s

point of view, the direction of the knife should match identically the direction of

the brush, which initially inscribed the picture.  This being said, it is easy to

understand that it takes an extremely skilled hand to replicate the unique and

exact features captured in the originals, while simultaneously demonstrating

the artist’s own skill and character. 

The wood that is used for Japanese Woodblock Prints is selected very

carefully.  The woods considered include only very specific types of trees, and

only certain textures of wood within those different species.  No matter what,

the texture of the wood must be extremely fine and very hard. 

The differences between old and modern methods of Japanese woodcutting

are as follows: the method of cutting on wood - as the ancient woodcuts is

Page 24: seni cetakan pelbagai tamadun

deeper than the ones that are made today. However, though more shallow,

the present day pieces allow for much greater detail. 

The majority of the woodblock prints were produced in the cities of Osaka,

Kyoto, and Tokyo (formerly Edo). Workshops in Kyoto still produce woodblock

prints today, which is the source of the prints we offer for sale on our site.

Hasil karya

The Great Wave by Hokusai

Kabuki by Utagawa

3 beauties by Utamaro

Page 25: seni cetakan pelbagai tamadun

Mt Fuji by Hiroshiga

1.6 Cetakan Tamadun India

Cetakan di India dijadikan sebagai alat untuk membuat salinan. Latihan

mencetak sebagai satu bentuk seni yang serius, mampu berdiri tanpa

sebarang konsesi, tidak lebih 100 tahun sasarannya. Sempadan antara

bahasa dan teknik cetakan adalah kabur, seni cetakan telah masuki laluan

utama latihan visual. Latihan sokongan proses mencetak muncul ketibaan

untuk menjadi luas dengan cara perbandingan oleh sebilangan kecil

pelukis. Bentuk alam semulajadi/ tuntutan rejimnya, desakan dan

dorongan menyebabkan kebanyakan pelukis lebih menonjol berbanding

kurangnya jalan disekat dan seni perkataan mutunya rendah. Bagi

memahami medianya, kita perlu mengetahui sejarah permulaan dan

perkembangannya terlebih dahulu. Konsep salinan dan pengeluaran

semula, yang merupakan asas cetakan, diketahui oleh India sebelum

tertubuhnya mesin pencetak tahun 1956 di Goa. Tamadun Lembah Indus

bukti rekod tentang alat pengesahan cop materai diguna secara besar-

besaran. Anugerah tanah direkod oleh pengukir menggunakan tangan dan

berimaginasi untuk tujuan agama dan duniawi . Kemahiran mengores atas

permukaan tulang , kayu, kulit kerang, gading merupakan kraf popular.

Rekod tamadun Lembah Indus dihasilkan dengan menekan blok ke atas

tanah liat telah dijumpai. Untuk buat cetakan blok dan bahan warna seperti

habuk pasir

atau serbuk

hitam atau

sayuran

merupakan

selalu

Page 26: seni cetakan pelbagai tamadun

digunakan, bermula zaman Vedik. Cetakan Calica terhasil dengan ukiran

blok kayu dan pengukir dengan warna dari sayuran dan ditekan pada kain

dan urat. Awal kurun ke 16,orang Portugis membuka kilang di Calicus,

Cochin dan Goa serta cetakan dikuasai oleh penguasha asing. Ahli

Society of Jesus Portugis Missionaries di Goa merupakan orang pertama

mencetak buku sebagai media berkesan untuk propaganda ideology

Kristian. Pada 6 sept. 1556, 2 pencetak kayu tiba di Goa dan menetapkan

di bawah penguasaan Joan de Busta Mante

1.7 Cetakan Tamadun Barat

Seni cetakan di barat mula berkembang selepas kemunculan seni cetakan di

China. Pada abad ke 14 Masihi, industri cetakan mono telah berkembang di

negara Barat.

Ketika itu, cetakan digunakan bagi tujuan propaganda, pendidikan dan bahan

keagamaan. Penggunaan warna bermula pada abad ke 15. Bermula dengan

cetakan pakaian seawal kurun 60 an. Kelewatan teknologi kertas di negara

Timur menyebabkan cetakan kertas lebih lewat diperkenalkan. Tahun 1511,

kertas mula diperkenalkan di Jativa, Sepanyol. Cetakan kayu yang pertama

dicetak di atas kertas adalah di German seawal abad ke 15. Goresan

dihidupkan oleh pelukis Belanda pada kurun ke 17 dan Rembrant telah

membuat cetakan pertamanya pada 1626. Dia lebih cenderung menghasilkan

cetakan sendiri berbanding kepada teknik cetakan professional. Beberapa

dari cetakannya memaklumkan teknik cetaka mengalir tetapi melalui

pengalaman dan uji kaji, dia mengasah dan membentuk kemahirannya, lalu

menjadi mahir dan kreatif dalam seni cetakan.

Engraving

Proses ini dikembangkan di

Jerman sekitar tahun 1430 dari

engraving (ukiran halus) yang

Page 27: seni cetakan pelbagai tamadun

digunakan oleh para tukang emas untuk mendekorasi karya mereka.

penggunaan alat yang disebut dengan burin merupakan ketrampilan

yang rumit.

Pembuat engraving menggunakan alat dari logam yang diperkeras yang

disebut dengan burin untuk mengukir corak ke permukaan logam,

tradisionalnya memakai plat tembaga. Alat ukir tersebut memiliki bermacam-

macam bentuk dan ukuran menghasilkan jenis garis yang berbeza-beza.

Seluruh permukaan plat disapu dakwat, kemudian dakwat dibersihkan dari

permukaan, yang tertinggal hanya dakwat yang berada di garis yang diukir.

Kemudian plat ditaruh pada alat tekan bertekanan tinggi bersama dengan

lembaran kertas (seringkali dibasahi untuk melunakkan). Kertas kemudian

menyerap dakwat dari garis engraving (bahagian yang diukir), menghasilkan

karya cetak.

Etsa

Etsa adalah bahagian dari kelompok

teknik intaglio bersama dengan

engraving, drypoint, mezzotint dan

aquatint. Proses ini diyakini bahawa

penemunya adalah Daniel Hopfer

(sekitar 1470-1536) dari Augsburg,

Jerman, yang mendekorasi baju

besinya dengan teknik ini. Etsa

kemudian menjadi tandingan

engraving sebagai medium seni

grafis yang popular. Kelebihannya

adalah, tidak seperti engraving yang

memerlukan ketrampilan khusus

dalam pertukangan logam, etsa relatif mudah dipelajari oleh seniman yang

suka berkhayal dan menggambar.

"lenanya menciptakan ngeri" etsa dan aquatint karya Francisco Goya

Page 28: seni cetakan pelbagai tamadun

Hasil cetakan etsa umumnya bersifat linear dan seringkali memiliki perincian

dan kontur halus. Garis bervariasi dari halus hingga ke garisan yang kasar.

Teknik etsa berlawanan dengan teknik cukil kayu, pada etsa bahagian

permukaan tinggi bebas daripada dakwat. Bahagian permukaan rendah

menahan dakwat. Mulanya selembar plat logam (biaanya tembaga, zink atau

baja) dilitupi dengan selapisan minyak atau lilin. Kemudian pengkarya akan

menggores lapisan tersebut dengan jarum etsa yang runcing, sehingga

bahagian logam kelihatan.plat tersebut kemudiaannya dicelupkan dalam

larutan cuka atau hanya disapukan ke atasnya.bahagian logam yang

tenggelam akan dihakis oleh larutan asid tersebut. Setelah itu, lapisan yang

tersisa dibersihkan dari plat. Dan proses pencetakan selanjutnya sama

dengan pencetekan selanjutnya sama dengan prosen pencetakan engraving.

Mezzotint

Salah satu cara lain dalam teknik intaglio di mana plat logam terlebih dahulu

dibuat kasar permukaannya secara merata; gambar dihasilkan dengan

mengerok halus permukaan, menciptakan gambar yang dibuat dari gelap ke

terang. Mungkin juga menciptakan gambar hanya dengan mengkasarkan

bahagian tertentu saja, bekerja dari warna terang ke gelap.

Mezzotint dikenal kerana kualiti tonnya yang kaya: pertama, kerana

permukaan yang dikasarkan secara merata menahan banyak dakwat,

menghasilkan warna cetak yang padu; kedua, kerana proses penghalusan

tekstur dengan menggunakan burin, atau alat lain menghasilkan gradasi

halus untuk mengembangkan tone.

Metode mezzotint ditemukan oleh Ludwig von Siegen (1609-1680). Proses ini

dipakai secara luas di Inggeris mulai pertengahan abad lapan belas, untuk

mereproduksi foto dan lukisan.

Aquatint

Page 29: seni cetakan pelbagai tamadun

Adalah variasi dari etsa. Seperti etsa, aquatint menggunakan asid untuk

membuat gambar cetakan pada plat logam. Pada teknik etsa digunakan

jarum untuk menciptakan garis yang akan menjadi warna dakwat gelap,

aquatint menggunakan serbuk resin yang tahan asid untuk menciptakan

kesan ton.

Kebanyakan karya-karya grafis Goya menggunakan teknik aquatint.

Drypoint

Merupakan variasi dari engraving, dikerjakan dengan alat runcing, bukan

dengan alat burin berbentuk "v". Sementara garis pada engraving sangat

halus dan bertepi tajam, goresan drypoint meninggalkan kesan kasar pada

tepi garis. Kesan ini memberi ciri kualitas garis yang lunak, dan kadang-

kadang berkesan kabur, pada drypoint. Karena tekanan alat press dengan

cepat merusak kesan tersebut, drypoint hanya berguna untuk jumlah edisi

yang sangat kecil; sekitar sepuluh sampai duapuluh karya. Untuk mengatasi

ini, penggunaan electro-plating (pelapisan secara elektrik dengan bahan

logam lain) telah dilakukan sejak abad sembilanbelas untuk mengeraskan

permukaan plat.

Teknik ini kelihatannya ditemukan oleh seorang seniman Jerman selatan

abad limabelas yang memiliki julukan Housebook Master, di mana semua

karya-karyanya menggunakan drypoint. Di antara seniman old master print

yang menggunakan teknik ini: Albrecht Dürer memproduksi 3 karya drypoint

sebelum akhirnya berhenti menggunakannya;

Rembrandt sering menggunakannya, tapi

biasanya digabungkan etsa dan engraving

litogaf

.

Litografi adalah teknik yang ditemui pada

tahun 1798 oleh Alois Senefelder dan

La Goulue, Poster litografi karya Toulouse-Lautrec

Page 30: seni cetakan pelbagai tamadun

didasari pada sifat kimiawi minyak dan air yang tidak boleh bercampur.

Digunakan permukaan berpori, biasanya sejenis batu yang disebut

limestone/batu kapur; gambar dibuat pada permukaan batu dengan medium

berminyak. Kemudian dilakukan pengasidan , untuk memindahkan minyak ke

batu, sehingga gambar 'terbakar' pada permukaan. Lalu dilapisi gum arab,

bahan yang larut air, menutupi permukaan batu yang tidak tertutupi medium

gambar (yang berbasis minyak). Kemudian batu dibasahkan, air akan berada

pada bagian permukaan yang tidak tertutup medium gambar berasas minyak

tadi; selanjutnya batu di-roll dengan dakwat berasas minyak ke seluruh

permukaan; kerana air menolak sifat minyak pada dakwat maka dakwat

hanya menampal pada bagian gambar yang berminyak. Kemudian selembar

kertas lembab diletakkan pada permukaan, image/gambar dipindahkan ke

kertas dengan menggunakan alat tekanan. Teknik litografi terkenal dengan

kemampuannya menangkap gradasi halus dan detail yang sangat kecil.

Variasi dari teknik ini adalah adalah foto-litografi, di mana gambar ditangkap

lewat proses fotografis pada plat logam; kemudian pencetakan dilakukan

dengan cara yang sama.

Seniman yang menggunakan teknik ini:

George Bellows, Pierre Bonnard, Honoré Daumier, M.C. Escher, Ellsworth

Kelly, Willem de Kooning, Joan Miró, Edvard Munch, Emil Nolde, Pablo

Picasso, Odilon Redon, Henri de Toulouse-Lautrec and Stow Wengenroth

Hasil karya

And There's Nothing to Be

Done (Y no hai remedio),

1810–23

Page 31: seni cetakan pelbagai tamadun

The Holy Family with Saint John,

the Magdalene, and Nicodemus,

ca. 1512

1.8 Perbandingan seni cetakan antara Tamadun

Perbandinganseni cetakan terhadap tiga tamadun iaitu tamadun China,

Tamadun Barat, dan Tamadun Jepun

Bil perbandingan Tamadun

China Barat Jepun

1. sejarah - China menjadi mula berkembang dikenali sebagai

Page 32: seni cetakan pelbagai tamadun

pusat penghasilan

cetakan terawal.

- pada

permulaannya,

hanya dihasilkan

dengan menyapu

permukaan kayu

dengan dakwat

dan decetak atas

kertas. Teknik ini

tidak dapat

menghasilkan

banyak siri.

selepas

kemunculan

cetakan China.

Industri cetakan

mono adlah yang

paling awal.

digunakan sebagai

alat untuk

menghasilkan

daan

menyebarkan

propaganda.

ukiyo-e.

dibawa masuk seiring

dengan kemasukan

agama buddha.

gaya dan stail

berkembang pada

zaman abad ke-17

hingga pertengahan

zaman ke-19.

2. perkembangan bergerak mengikut

zaman dan aliran

pemerintahan

dinasti. Semakin

popular pada

zaman Dinasti

Han.

kedatangan

pedagang dan

kepesatan

perdagangan

banyak

mempengaruhi

perkembangan

berdasarkan

budaya.

semakin berkurang

apabila munculnya

mesin cetak. Banyak

hal keagamaan lebih

senang disebarkan

dengan menggunkan

mesin cetak.

3. cerita/kandungan menceritakan

tentang kekayaan

sejarah zaman

edo. Kegiatan

dilakukan

berkisarkan

persembahan

teater, kedai

makan, geisha,

dan rumah

pelacuran kelas

cetakan digunakan

bagi tujuan

propaganda,

pendidikan dan bahan

keagamaan.

Penggunaan warna

bermula pada abad

ke 15. Bermula

dengan cetakan

pakaian seawal kurun

60 an.

Page 33: seni cetakan pelbagai tamadun

atasan.

4. motif/subjek cetakan dalam

bentuk tulisan atau

skrol dan penulisan

buku.

motif adalah

merupakan tulisan

ayat-ayat suci dan

gambar maharaja.

selain

menggambarkan

keadaan perang

ketika itu.

wajah aktres

terkenal ketika itu.

kemudian baru

berkembang

kepada motif

seperti gunung-

ganang.

lebih kepada motif

figura dan keadaan

kehidupan pada

ketika itu.

selain terdapat juga

motif berunsurkan

keagamaan.

5. teknik teknik terawal

adalah dengan

menoreh pada

tulang haiwan dan

kerang-kerangan.

kemudian, huruf

dan perkataan

mula diukir pada

batu dan

seterusnya

berkembang

menggunakan

papan dan kayu.

salah satu teknik

dengan

menggunalkan

Urushi-e iaitu

bahan pengilat.

kemudian bari

berkembang

menggunkan blok

kayu.

eksperimen

menggunakan

lebih daripada satu

kayu blok

dilakukan untuk

menghasilkan

beni-e’ atau

gambar merah

banyak teknik dan

kaedah yang telah

dilakukan. Tidaka

hanya terhad

menggunakan blok

kayu tapi terbuka

dengan penggunaan

plat zink dan

sebagainya. Antara

teknik yang telah

digunakan,

- egraving

- etsa

- mezzotint

- Aquatint

- drypoint

- litograf

Page 34: seni cetakan pelbagai tamadun