Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam ...

8
Warta Penerangan Januari 2008 Bil 1 Edisi Pertama 2008 P ara Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam perlu merancang dan menyebarkan maklumat terbaru secara profesional dan berkesan untuk disasarkan kepada kementerian- kementerian, jabatan-jabatan, sektor swasta, orang ramai dan media. Mereka juga perlu bertindak segera dan proaktif dalam memberikan maklum balas yang tepat dan betul kepada kumpulan sasaran mereka. Perkara tersebut ditekankan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian- kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam semasa Sesi Induksi Para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan- jabatan Kerajaan yang diadakan pada 21 hingga 24 Januari 2008 bertempat di Bilik Persidangan Pehin Orang Kaya Shahbandar, Jabatan Penerangan. Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan- jabatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam Beliau juga menekankan mengenai peranan Pegawai Perhubungan Awam sebagai pegawai pengantara antara pihak kerajaan dan orang ramai dalam usaha memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai sesebuah kementerian atau jabatan melalui maklumat yang disampaikan. Seramai 127 orang Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam kementerian-kementerian dan jabatan- jabatan kerajaan mengikuti Sesi Induksi tersebut. Ia antara lain bertujuan untuk mengongsikan maklumat mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai bagi sama-sama meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas seharian dan memberikan kefahaman kepada orang ramai mengenai agensi kerajaan melalui penyebaran maklumat yang telus, tepat dan cepat. Pada waktu yang sama juga, Sesi Induksi ini akan dapat meluaskan lagi jaringan perhubungan dan kerjasama di kalangan Pegawai Perhubungan Awam dan para pengamal perhubungan media di negara ini. Para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam yang menghadiri Sesi Induksi. a Pemangku Pengarah Penerangan ketika memberikan taklimat kepada para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam semasa Sesi Induksi.

Transcript of Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam ...

Page 1: Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam ...

Warta PeneranganJanuari 2008 Bil 1 Edisi Pertama

2008

Para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam perlu merancang

dan menyebarkan maklumat terbaru secara profesional dan berkesan untuk disasarkan kepada kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, sektor swasta, orang ramai dan media. Mereka juga perlu bertindak segera dan proaktif dalam memberikan maklum balas yang tepat dan betul kepada kumpulan sasaran mereka.

Perkara tersebut ditekankan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam semasa Sesi Induksi Para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan yang diadakan pada 21 hingga 24 Januari 2008 bertempat di Bilik Persidangan Pehin Orang Kaya Shahbandar, Jabatan Penerangan.

Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam

Beliau juga menekankan mengenai peranan Pegawai Perhubungan Awam sebagai pegawai pengantara antara pihak kerajaan dan orang ramai dalam usaha memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai sesebuah kementerian atau jabatan melalui maklumat yang disampaikan.

Seramai 127 orang Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan mengikuti Sesi Induksi tersebut. Ia antara lain bertujuan untuk mengongsikan maklumat mengenai

tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai bagi sama-sama meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas seharian dan memberikan kefahaman kepada orang ramai mengenai agensi kerajaan melalui penyebaran maklumat yang telus, tepat dan cepat.

Pada waktu yang sama juga, Sesi Induksi ini akan dapat meluaskan lagi jaringan perhubungan dan kerjasama di kalangan Pegawai Perhubungan Awam dan para pengamal perhubungan media di negara ini.

Para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam yang menghadiri Sesi Induksi. a

Pemangku Pengarah Penerangan ketika memberikan taklimat

kepada para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam semasa

Sesi Induksi.

Page 2: Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam ...

2 Warta Penerangan

Sekapur SirihPenasihat

Haji Mahrub bin Haji MurniHaji Yussof bin Haji Ladi

Ketua PengarangHajah Noorashidah Haji Aliomar

Sastra Sarini Haji Julaini

Ahli Sidang PengarangNoriah Haji Abdul Hamid

Hajah Noorhijrah Haji IdrisHajah Zaianit Haji Noorkhan

Aida HidupHajah Apsah Haji Sahdan

Penyumbang BeritaIsmalee Haji Abdul Rahman

Asnah DiwaNor Ajijah Mohammad

Bahagian-bahagianCawangan Daerah-daerah

PenyemakHajah Norpisah Md Salleh

Penyelaras OnlineHaji Ariffin Mohd Noor

FotografiBahagian Fotografi

Bahagian Perhubungan AwamBahagian Berita Inggeris

& Laman Web

Biskita dialu-alukan untuk memberi sumbangan berita bahagian masing-masing. Berita berkenaan boleh dihantar terus ke Bahagian Perhubungan Awam atau Bahagian Berita Inggeris dan Laman Web.Berita-berita berkenaan juga boleh dihantar melalui faks 2382 012 atau 2382548.

Atau e-mel terus ke [email protected]

- Kursus Sivik 3 - Mesyuarat Pertama JPAKK & JJK- Warga Jabatan Penerangan jalani Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh 4 - Jabatan Penerangan kendalikan Anugerah Cemerlang Laman Web - Wartawan PELITA BRUNEI terima anugerah - Perkumpulan Mingguan 5

- Para pegawai dan kakitangan berkursus- MRO bertugas- Ucapan Tahniah- Bertugas di luar negara 6

- Para pegawai menunaikan ibadat haji - Selamat Hari Lahir 7

- Kejohanan Tarik Kalat 8

Sidang RedaksiSekapur Sirih

Isi Kandungan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Selamat Menyambut Tahun Masihi 2008 kepada semua warga penerangan dan mudah-mudahan pada tahun ini, kitani akan terus mencapai kejayaan dan keberhasilan dalam semua aspek. Di waktu yang sama kita juga tidak lupa untuk menoleh ke belakang dan melihat serta menilai dan bertanya di hati kita sendiri, apakah pada tahun lepas kita telah berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah diamanahkan? Apakah ada yang perlu lagi diperbaiki dan ditokok tambah? Sama-samalah kita membuat kesimpulannya tapi yang pasti semua orang akan terus ke hadapan untuk mencapai matlamat diri dan organisasinya.

Setentunya, dengan adanya penyusunan semula struktur jabatan dan pengagihan tenaga yang semaksima di semua bahagian, pentadbiran bahagian dan unit akan dapat berjalan dengan lebih efisien dan lebih teratur. Kitani akan terus melangkah dengan gigih, memastikan projek-projek yang telah dirancang dan diatur sepanjang tahun ini akan dapat terus dilaksanakan dengan adanya komitmen dan kerjasama semua warga.

Sememangnya projek-projek jabatan pada awal tahun ini bermula dengan pantasnya. Pada minggu kedua bulan Januari ini melihat perlaksanaan Kursus Sivik bagi penuntut yang belajar di Australia dan New Zealand. Percutian penuntut di tanah air diisikan dengan waktu berkualiti dengan mengkongsikan maklumat terkini mengenai negara. Ini diikuti dengan Sesi Induksi bagi para Pegawai Perhubungan Awam. Selain itu jabatan seperti juga dengan jabatan-jabatan lain telah menyertai Program Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh dan Promosi Kesihatan Bagi Warga Perkhidmatan Awam Sempena 100 Tahun Perkhidmatan Kesihatan, Negara Brunei Darussalam. Semua warga penerangan terlibat dalam program ini yang diharapkan akan dapat memberi kesedaran kepada semua mengenai tanggungjawab bersama dalam menjaga kesihatan masing-masing.

Selamat Maju Jaya kepada semua dalam sama-sama mengorak langkah pada tahun baru 2008 ini.

Sekian. Wassalam.

Pemangku Pengarah Penerangan

Page 3: Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam ...

Seramai 29 orang pelajar Negara Brunei Darussalam yang sedang

menuntut di Australia dan New Zealand telah mengikuti Kursus Sivik Mahasiswa Mahasiswi Negara Brunei Darussalam Seberang Laut pada 15 hingga 17 Januari.

Kursus selama tiga hari ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.

Kursus ini merupakan wadah Jabatan Penerangan dalam menyalurkan maklumat semasa mengenai iklim kemajuan dan pembangunan negara kepada pelajar-pelajar untuk dijadikan utap dalam mengharungi cabaran-cabaran negatif globalisasi yang boleh menghakis nilai jati diri seseorang. Kursus ini juga dihasratkan bagi menanam dan memupuk semangat cintakan raja, bangsa, agama dan negara berteraskan Melayu Islam Beraja.

Dalam kursus tersebut para penuntut telah diberikan taklimat mengenai Sistem

Kursus Sivik Mahasiswa Mahasiswi Negara Brunei Darussalam Seberang Laut 2008

Pemerintahan dan Struktur Pentadbiran Negara, Program Mempelbagaikan Ekonomi Negara, Intelektual Islam, Tabung Amanah Pekerja, Industri Pelancongan, Keselamatan Dalam Negeri dan lain-lain. Dalam meningkatkan pengetahuan mengenai maklumat-maklumat terkini di mukim dan kampung, penuntut-penuntut yang merupakan ‘future leader’ di masa yang akan datang telah dibawa menyusur ke Daerah Temburong. Mengetuai rombongan ialah Pemangku Pengarah Penerangan dan para pegawai kanan Jabatan Penerangan.

Mereka telah berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Mohd. Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam bertempat di Dewan, Kompleks Utama BumiPutera, Pekan Bangar. Beliau juga telah berkesudian memberikan jamuan makan tengah hari kepada rombongan berkenaan.

Di Daerah Temburong peserta juga telah berkesempatan berkunjung

ke Kampong Belais dan Buda-Buda, Mukim Bokok yang telah dianugerahkan sebagai Kampong Cemerlang daripada beberapa projek kampung yang telah diusahakan. Selain berinteraksi bersama Ketua Kampung dan jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung dan Mukim, rombongan telah dibawa menyusuri sepanjang tebing Sungai Pendaruan yang merupakan kawasan riadah dan memancing projek mukim berkenaan. Destinasi terakhir mereka ialah melawat ke Kem Batang Duri Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD). Mereka telah berpeluang mengikuti aktiviti di kem berkenaan bagi menguji ketahanan fizikal dan mental masing-masing.

Majlis Penutup Kursus Sivik tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Haji Yussof bin Haji Ladi dengan penyampaian sijil kepada para peserta pada 16 Januari 2008 dan diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Pengiran Haji Zahari bin Pengiran Adi.

Warta Penerangan 3

Salah sebuah tempat menarik di Daerah Temburong yang dikunjungi oleh para peserta kursus.

Antara aktiviti lasak yang dilakukan oleh para peserta Kursus Sivik.

Pemangku Pengarah dan beberapa orang pegawai Jabatan Penerangan yang ikut serta ke Daerah Temburong.

Page 4: Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam ...

Dalam sama-sama menjana ke arah kehidupan yang berkualiti dan

membolehkan setiap warga perhubungan awam sihat, efisien dan produktif, Jabatan Penerangan telah menyahut baik usaha Kementerian Kesihatan dengan mengikuti Program Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh dan Promosi Kesihatan Bagi Warga Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam.

Seramai 70 orang warga Jabatan Penerangan bagi sesi pertama telah menjalani program tersebut bertempat di Dewan Pengiran Setia Negara, jabatan berkenaan pada 30 Januari 2008. Sesi kedua pula diadakan pada 31 Januari bagi seramai 60 orang sementara sesi ketiga pada 2 Februari yang mana melibatkan seramai 63 orang.

Pemeriksaan dan ujian yang dijalankan ialah bagi mengesan penyakit-penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti penyakit jantung koronori, kencing manis, buah pinggang, kanser usus besar, kanser pangkal rahim dan kanser payu dara, tekanan darah tinggi melalui contoh-contoh darah, air kencing dan najis. Pemeriksaan status kesihatan gigi oleh Klinik Pergigian juga diadakan bagi

Warga Jabatan Penerangan jalani Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh

memastikan status tahap kesihatan gigi. Beberapa orang warga Jabatan

Penerangan telah menyuarakan pendapat mereka. Mereka merasakan bahawa program yang diungkayahkan oleh Kementerian Kesihatan ini adalah inisiatif yang sangat baik dan sangat berfaedah di mana program ini telah memberikan ruang kepada setiap warga perkhidmatan awam untuk mengetahui status kesihatan diri sendiri. Ia juga telah memberi kesedaran mengenai betapa pentingnya kesihatan bagi setiap individu.

Sebelum ini sesi taklimat kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan telah diadakan pada 29 Januari 2008 yang telah disampaikan oleh beberapa orang pegawai daripada Urusetia Program Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh Bagi Warga Perkhidmatan Awam. Dalam sesi taklimat ini mereka telah menerangkan mengenai prosedur atau tatacara pemeriksaan dijalankan dan sebagainya. Hadir sama ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni; Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Haji Yussof bin Haji Ladi dan para pegawai kanan serta kakitangan jabatan.

Warga Jabatan Penerangan menanti giliran untuk menjalani pemeriksaan.

Jururawat sedang mengambil contoh darah ke atas Dayang Hajah Apsah.

Awang Ismalee sedang menjalani pemeriksaan tekanan darah.

Awang Haji Roslan sedang mendengar nasihat dari seorang jururawat.

4 Warta Penerangan

Ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan (JPAKK & JJK)

diseru supaya menjaga imej kerajaan dan setiap kementerian dan jabatan hendaklah berada di tahap yang tinggi serta berterusan untuk berkongsi maklumat dan ‘best practices’ dalam sama-sama menanai imej kerajaan yang berkesan lagi pemedulian sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Seruan tersebut dijelaskan oleh Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Dato Paduka Haji Ismail bin Pengiran Haji Mohamed yang juga selaku Pengerusi JPAKK & JJK semasa Mesyuarat Pertama jawatankuasa tersebut bagi tahun 2008 yang diadakan pada 19 Januari.

Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli JPAKK & JJK supaya menggunakan Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan melalui akhbar Pelita Brunei dan media tempatan sebagai platform bagi menyalurkan maklumat dalam mengangkat martabat kementerian dan jabatan masing-masing.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau juga mengalu-alukan dan menyambut baik inisiatif yang telah dibuat oleh JPAKK & JJK untuk mengadakan Sesi Induksi garis panduan Pegawai Perhubungan Awam kepada para Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam seluruh negara yang akan diadakan pada 21 hingga 24 Januari dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas seharian.

Mesyuarat Pertama JPAKK & JJK Tahun 2008

Pengiran Dato Paduka Haji Ismail ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama JPAKK & JJK Tahun 2008.

Page 5: Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam ...

Bersempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-14 Tahun 2007, pertandingan bagi

merebut Anugerah Cemerlang Laman Web Rasmi Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan telah diperkenalkan. Anugerah yang dibukakan kepada semua kementerian dan jabatan kerajaan akan dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara, Kementerian Kewangan.

Bagi melicinkan lagi perancangan untuk menganjurkan anugerah ini, dua siri mesyuarat telah diadakan di Jabatan Penerangan.

Mesyuarat pertama berlangsung pada 16 Januari 2008 dan telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Haji Yussof bin Haji Ladi. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai garis panduan bagi anugerah tersebut.

Hadir di mesyuarat berkenaan ialah wakil-wakil dari PTM, Jabatan Perdana Menteri; JPA; Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara, Institut Teknologi Brunei, Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal dan para pegawai Jabatan Penerangan.

Sementara itu, mesyuarat kedua telah

diadakan pada 28 Januari. Mesyuarat kali ini dipengerusikan bersama oleh Timbalan Pengarah Penerangan dan Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Muhammad Hussain, Pengarah Pembangunan dan Pengurusan di JPA.

Perjumpaan kali ini turut menjemput wakil-wakil dari beberapa agensi kerajaan dan swasta selaku penilai bagi anugerah tersebut. Perkara-perkara yang disentuh di mesyuarat itu termasuk kriteria

Jabatan Penerangan kendalikan Anugerah Cemerlang Laman Web

penilaian bagi laman-laman web yang akan menyertai anugerah ini nanti.

Anugerah yang diadakan buat pertama kali ini diharapkan akan dapat memberikan galakan kepada agensi kerajaan dalam menyediakan laman web rasmi yang berkualiti, di samping sebagai persiapan untuk menangani cabaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa.

Warta Penerangan 5

Timbalan Pengarah Penerangan dan Pengarah Pembangunan dan Pengurusan di Jabatan Perkhidmatan Awam ketika mempengerusikan Mesyuarat Anugerah Cemerlang Laman Web Rasmi Kementerian/Jabatan Kerajaan.

Wartawan PELITA BRUNEI terima anugerah

Pengiran Hajah Fatimah binti Pengiran Haji Md. Noor, Penolong Penyunting

Tingkat I di Bahagian Akhbar, Jabatan Penerangan menerima anugerah ‘Tokoh Wartawan Dunia Melayu’ di Majlis Penganugerahan yang berlangsung di Hotel Armada, Petaling Jaya, Malaysia, pada 12 Januari.

Pengiran Hajah Fatimah mula bertugas di Jabatan Penerangan pada tahun 1986. Sebelum itu, beliau bertugas di Radio Televisyen Brunei (RTB) sebagai Pemberita pada tahun 1980. Di antara tahun 1995 hingga akhir tahun 2006, Pengiran Hajah Fatimah ditugaskan mengetuai Unit Penerbitan Melayu di Bahagian Penerbitan, Jabatan Penerangan dan berjaya

menyumbangkan buku antaranya buku Pewaris Takhta dan Perkahwinan Diraja, di samping menjadi salah seorang penulis dalam buku Antologi Puisi Wanita dan Cerpen terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan buku Anti Dadah Persatuan BASMIDA. Pengiran Hajah Fatimah juga pernah mengikuti Kursus Rancangan Sijil Komunikasi Massa selama setahun di Universiti Sains Malaysia.

Selain Pengiran Hajah Fatimah, seorang lagi penerima anugerah ialah Awang Haji Ahmad bin Mohd. Arshad. Awang Haji Ahmad merupakan salah seorang anak tempatan yang awal melibatkan diri dalam dunia kewartawanan, khususnya media cetak selain penyiaran dalam memaju dan

mengembangkan bidang kewartawanan di negara ini dan melibatkan diri dalam bidang kewartawanan di Bahagian Radio Brunei dan Jabatan Penerangan Negara Brunei Darussalam (Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI) pada tahun 1956.

Beliau juga salah seorang yang terlibat dalam Penubuhan Percetakan Kerajaan dan Radio dan Televisyen Brunei serta pernah memegang jawatan Ketua Bahagian Akhbar di Jabatan Penerangan, Penolong Ketua Berita dan Hal Ehwal Semasa, Radio Televisyen Brunei dan Ketua Bahagian Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan.

Perkumpulan Mingguan Jabatan Penerangan

Perkumpulan Mingguan Jabatan Penerangan diteruskan pada tahun

baru 2008. Seperti biasa tepat pukul 8.00 pagi perkumpulan mingguan bermula dengan menyanyikan Lagu Kebangsaan beramai-ramai dan menaikkan bendera kebangsaan.

Perkumpulan pada tahun 2008, bermula pada hari Isnin, 28 Januari. Semasa perkumpulan tersebut, Pemangku Pengarah antara lain telah memaklumkan mengenai penyusunan semula struktur jabatan.

Pemangku Pengarah juga mengumumkan kenaikan pangkat beberapa orang warga jabatan.

Awang Ismail bin Mohammad telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Penerangan Kanan dan Ak. Shah Herman bin Pg. Bidin telah lulus dalam peperiksaan kerani.

Dalam perjumpaan itu juga, Awang Azman bin Haji Abdul Rahim, Ketua Bahagian Kenegaraan telah menyampaikan sumbangan dari bahagian tersebut iaitu berupa satu set pembersih

hampagas (vacuum cleaner) dan dinding angin untuk digunakan di surau jabatan.

Sementara itu, Awang Kassim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Bahagian Penerbitan dan Pameran pula menjelaskan mengenai tambahan bangunan Jabatan Penerangan, yang telah diluluskan dalam Rancangan Kemajuan Negara 2007-2010 yang menelan belanja $6 juta.

Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Pengiran Haji Zahari bin Pengiran Adi.

Page 6: Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam ...

Nama Kursus

Tempat Tarikh

Awang Haji Kamaran bin Haji Bungsu Microsoft Excel IPA 14 - 17Januari

Awang Haji Madon bin Haji Ibrahim Kecemerlangan Diri dan Organisasi

IPA 14 - 17 Januari

Awang Haji Matayir bin Haji Amin Procurement Course IPA 14 - 17 Januari

Awang Abdul Karim bin Haji Abu BakarAwang Haji Majid bin Haji IbrahimAwang Mohd. Nizam bin AbdullahPg. Emran bin Pg. Haji SallehDayang Hajah Mariam binti Haji Abdul RahmanDayang Faezah Hayati binti Haji Abdul RahmanDayang Norhayani binti Haji Abdul LatifDayang Mas’ayu binti Perwira Asgar Haji AbdullahDayang Timah binti OKB Haji Ali

Sambutan Awal Tahun Hijrah 1429

IPA 15 Januari

Dayang Norliah binti Mohd. Zain Teknik Menulis Laporan Kertas Kerja & Minit Mesyuarat

IPA 22 - 24Januari

Awang Haji Salleh bin Haji Yusof Penyelia IPA 28 - 31 Januari

Awang Azman bin Haji Abdul RahimPg. Haji Zahari bin Pg. AdiAwang Abdul Karim bin Haji Abu Bakar

Seminar Serantau Pembinaan Negara/Bangsa

UBD 30 - 31Januari

Para pegawai dan kakitangan yang mengikuti kursus pada bulan Januari 2008

Pegawai Penyelaras Media (MRO) yang bertugas pada bulan

Januari 2008

6 Warta Penerangan

Beberapa orang Pegawai Penyelaras Media (MRO) dari Jabatan Penerangan telah ditugaskan di Majlis Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1429 yang berlangsung pada 10 Januari.

Pada 13 hingga 15 Januari, MRO juga ditugaskan di Istana Nurul Iman sempena lawatan rasmi Tuan Yang Terutama Jeneral Cao Gangchuan, Menteri Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam.

Ucapan Tahniah

Semua pegawai dan kakitangan

Jabatan Penerangan mengucapkan

tahniah kepada Dayang Norainah

binti Ibrahim atas perkahwinan anak

beliau pada 6 Januari.

Bertugas di luar negara

Ampuan Haji Mahmood bin Ampuan Haji Tengah telah ditugaskan bagi membuat liputan atur cara keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berangkat mengunjungi bekas Presiden Indonesia, Tuan Soeharto di Rumah Sakit Pusat Pertamina, Jakarta pada 14 Januari.

Awang Haji Mohd. Yusof bin Mohd. Yassin telah ditugaskan untuk membuat liputan atur cara keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ke Upacara Pengebumian bekas Presiden Indonesia, Allahyarham Bapak Soeharto di Solo, Jawa Tengah pada 28 Januari.

Page 7: Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam ...

Warta Penerangan 7

Selamat Hari Lahir!!!Awang Abdullah bin Sabang 01 Januari

Awang Sharin bin Md. Noor 02 Januari

Awang Haji Mohd. Sahrin bin Haji Dosaman 05 Januari

Awang Muhammad Halime bin Tajuddin 10 Januari

Awang Haji Masmaleh bin Haji Mohd. Ali 14 Januari

Dayang Salina binti Haji Abdul Wahab 15 Januari

Dayang Hajah Mariam binti Haji Abdul Rahman 17 Januari

Awang Othman bin Haji Tengah 20 Januari Awang Aliddin bin Haji Moktal 27 Januari

Awang Abdul Aziz bin Haji Ibrahim 27 Januari

Dayang Siti Muslihat binti Haji Salleh 27 Januari

Dayang Latipah binti Haji Mokti 27 Januari

Awang Roslan bin Haji Mohd. Jaidi @ Zaidi 28 Januari

Awang Omarali bin Zakaria 30 Januari

Selamat kembali ke tanah air,

Awang Haji Roslan bin Haji Mohd. Daud Awang Haji Hassan bin Haji Ismail

semoga beroleh haji yang mabrur

Page 8: Sesi Induksi Pegawai dan Pengamal Perhubungan Awam ...

Diterbitkan bersama oleh Bahagian Perhubungan Awam & Bahagian Berita Inggeris dan Laman WebJabatan Penerangan, Jabatan Perdana MenteriDicetak oleh Borneo Printers & Trading Sdn. Bhd. Tel: 2651389 Faks: 2654342

Sebanyak lapan buah kementerian telah menyertai Kejohanan Tarik

Kalat Antara Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-14. Kejohanan selama tiga hari telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Semua perlawanan diadakan pada sebelah malam bermula dari jam 8.00. Perlawanan peringkat saringan telah diadakan pada 11 dan 12 Januari.

Dalam perlawanan peringkat saringan, JPM ‘B’ yang kebanyakan para pesertanya terdiri dari warga Jabatan Penerangan telah berjaya memenangi

Kejohanan Tarik Kalat Antara KementerianSempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-14

anjuran Kementerian Pertahanan

perlawanan pertama setelah menewaskan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Sepanjang perlawanan peringkat saringan dijalankan selama dua hari, beberapa rintangan dan laluan ditempuhi bagi memastikan pasukan ini meneruskan cabaran ke peringkat separuh akhir. Antara kementerian lain yang telah diuji oleh pasukan ini sebelum meneruskan kemaraannya adalah Kementerian Pertahanan selaku penganjur kejohanan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Dalam perlawanan peringkat separuh akhir pada 13 Januari, JPM `B` telah tewas kepada Kementerian Pertahanan dan terpaksa akur dengan kedudukan di tempat keempat dalam Kejohanan Tarik Kalat Antara Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-14. Peningkatan pasukan tarik kalat JPM belum dapat dibanggakan lagi kerana mimpi yang serupa berulang kembali seperti pada kejohanan yang lalu yang mana JPM juga mendapat tempat keempat dalam Kejohanan Tarik Kalat Antara Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-12.

8 Warta Penerangan

Antara barisan para peserta dari pasukan JPM ‘B’ yang menyertai Kejohanan Tarik Kalat.

Antara aksi menarik semasa perlawanan berlangsung.