Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap...

26

Transcript of Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap...

Page 1: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap
Page 2: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap
Page 3: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

i

Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah

Sekolah Menengah Swasta di Daerah Johor Bahru

SITI MAISARAH BINTI HARMAN @ HALMI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap
Page 5: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang tersayang,

Harman @ Halmi Bin Shahir

Dan

Sakdiah Binti Abd. Rahman

Buat adinda-adindaku, Siti Musalmah, Muhd Abdul Kadir Jailani, Muhd Safuan,

Norhalimah, Norhaslinda dan Nurul Syafina

Tidak lupa kepada sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang demi secangkir ilmu

Iringan doa restu serta segala pengorbanan dari kalian semua merupakan azimat utama

dalam mengharungi liku-liku hidup di sepanjang perjuangan ini

Semoga Dirahmati Allah hendaknya

Page 6: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya,

maka saya telah dapat projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik).

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hanim Binti Sulaiman di

atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran sepanjang tempoh

menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua dan guru-guru di sebuah

sekolah menengah swasta di daerah Johor Bahru di atas kerjasama dan bantuan yang

telah diberikan dalam menyempurnakan kajian ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan, semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama secara langsung

atau tidak langsung untuk menyiapkan kajian ini. Semoga mendapat keberkatan dunia

dan akhirat hendaknya.

Sekian, Terima Kasih.

Siti Maisarah Binti Harman @ Halmi

April, 2008

Page 7: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk meninjau sikap guru terhadap

faktor program sekolah, faktor proses sekolah dan faktor bahan sekolah dalam penentu

iklim sekolah di sebuah sekolah menengah swasta di daerah Johor Bahru. Kajian ini

melibatkan 44 orang responden yang terdiri daripada guru-guru di sekolah tersebut.

Reka bentuk kajian yang digunakan untuk mencapai objektif kajian adalah berbentuk

deskriptif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik skala Likert

yang terdiri daripada 30 item soalan. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.81. Data

yang telah dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science (SPSS V13.0) for Windows. Nilai min sikap guru

terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini

menunjukkan tahap sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah adalah tinggi.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan guru-guru mempunyai sikap yang baik terhadap

ketiga-tiga faktor penentu iklim sekolah iaitu program, proses dan bahan. Secara

kesimpulannya, faktor penentu iklim sekolah di sekolah menengah swasta ini adalah

dalam keadaan baik dan harus dikekalkan.

Page 8: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to survey teachers’ attitude regarding the school

climate determinant factors which are the school programme, the school process and the

school material which includes the teaching and learning facilities. The study involves

44 teachers in a private school located in Johor Bahru district. A descriptive survey was

carried out in order to fulfill this purpose. The instrument used was a set of

questionnaires consisting of 30 Likert scale items. The reliability of this instrument is

0.81. The data was analyzed using statistical package for social science (SPSS V13.0)

for Windows software. The mean value shows that teacher attitude towards school

climate determinant factor of programme, process and material is high. This research

finding also shows that teachers have a good attitude towards the three determinant

factors of school climate. In conclusion, the school climate determinant in this private

school is in a good condition and it should be maintained.

Page 9: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

Page 10: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

viii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 10

1.5 Objektik Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Sikap Guru 13

1.8.2 Iklim Sekolah 13

1.8.3 Faktor Penentu Iklim Sekolah 14

1.8.4 Sekolah Swasta 14

1.9 Rumusan 15

BAB 2 SOROTON PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Sekolah Swasta 17

2.3 Iklim Sekolah 18

2.3.1 Model Interaktif Iklim Sekolah 22

2.3.2 Model Iklim Sekolah Fox et. al. 26

2.3.3 Faktor Penentu Iklim Sekolah 27

2.4 Kajian Dalam Negara 28

2.5 Rumusan 33

Page 11: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Prosedur Kajian 36

3.3.1 Kajian Rintis 36

3.4 Tempat Kajian 38

3.5 Sampel Kajian 38

3.6 Instrumen Kajian 39

3.6.1 Bahagian A (Biodata Guru) 40

3.6.2.1 Bahagian B (Faktor Penentu Iklim Sekolah) 40

3.7 Analisis Data 42

3.8 Rumusan 44

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Demografi Responden 46

4.2.1 Jantina 46

4.2.2 Umur 47

4.2.3 Kelayakan Tertinggi Akademik 47

4.2.4 Pengalaman Mengajar 48

4.2.5 Jawatan Yang di Sandang 49

4.2.6 Bidang 49

4.3 Analisis Bahagian B 50

4.3.1 Sikap Guru Terhadap Faktor Program Dalam

Penentu Iklim Sekolah 51

4.3.2 Sikap Guru Terhadap Faktor Proses Dalam

Penentu Iklim Sekolah 54

Page 12: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

x

4.3.3 Sikap Guru Terhadap Faktor Bahan Dalam

Penentu Iklim Sekolah 57

4.4 Rumusan 60

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Ringkasan Kajian 62

5.3 Kesimpulan 63

5.4 Perbincangan 64

5.4.1 Sikap Guru Terhadap Faktor Program Dalam

Penentu Iklim Sekolah 65

5.4.1 Sikap Guru Terhadap Faktor Proses Dalam

Penentu Iklim Sekolah 67

5.4.1 Sikap Guru Terhadap Faktor Bahan Dalam

Penentu Iklim Sekolah 69

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.6 Rumusan 72

RUJUKAN 73

LAMPIRAN

Page 13: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Penentu Iklim Sekolah Fox et al. 26

3.1 Pekali Alpha Cronbach 37

3.2 Penggunaan Skala Likert 41

3.3 Taburan Item Soalan 41

3.4 Skor Skla Likert Lima Peringkat Kepada

Tiga Peringkat 42

3.5 Pembahagian Skor Skala Lima 43

4.1 Taburan Responden Kelayakan Tertinggi

Akademik 47

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jawatan

yang Disandang di Sekolah 49

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bidang 49

4.4 Taburan Min Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu

Iklim Sekolah 50

4.5 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap

Faktor Program Dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 52

4.6 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap

Faktor Proses dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 55

4.7 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap

Faktor Bahan Dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 58

Page 14: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Iklim Sekolah Fox et al. 23

2.2 Model Interaktif Iklim Sekolah 28

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 46

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 47

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman

Mengajar 48

4.4 Taburan Min Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu

Iklim Sekolah 51

4.5 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap

Faktor Program Dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 54

4.6 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap

Faktor Proses dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 57

4.7 Taburan Min Item-Item Bagi Sikap Guru Terhadap

Faktor Bahan Dalam Penentu Iklim Sekolah (n=44) 59

Page 15: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan 76

B Surat Kebenaran Menjalankan di Sekolah Swasta 77

C Surat Pengesahan Menjalankan di Sekolah Swasta 78

D Soal Selidik 79

E Pengesahan Soal Selidik 80

F Analisis Data 81

Page 16: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, “educare” yang bermaksud

mengasuh, memelihara dan membimbing, merupakan satu proses bagi mewujudkan

kesempurnaan mental dan perkembangan jasmani yang baik. Menurut Ibn Khaldun,

seorang pemikir Islam, pendidikan adalah satu proses untuk mempersiapkan seseorang

dari segi keagamaan bagi mengukuhkan potensi keimanannya, memebentuk akhlak,

menyediakan seseorang dari segi kemasyarakatan, membentuk pemikiran, persediaan

untuk pasaran kerja dan menyesuaikan diri dengan masyarakat (Hassan Langgulung,

1987). Ia juga merupakan aktiviti perkembangan dan perubahan pemikiran melalui

pembelajaran yang sudah dirancang, meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan

formal.

Sistem Pendidikan Negara mengalami perubahan yang sangat pesat. Umumnya

perubahan ini dibuat secara terancang selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang

bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan mampu bersaing dengan

negara-negara lain dari segi ekonomi, teknologi dan pembangunan. Ledakan dan

kepesatan perubahan ini akan berterusan dan dijangka lebih mencabar di masa akan

datang. Justeru itu, setiap warganegara telah diwajibkan untuk melalui satu proses yang

dinamakan persekolahan bagi melahirkan insan yang sempurna dan berdaya saing.

Page 17: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

2

Di Malaysia, sistem pendidikan yang bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan

Negara telah dibahagikan kepada lima peringkat iaitu pra-sekolah, sekolah rendah,

sekolah menengah, pra-universiti dan Intitut Pengajian Tinggi. Di peringkat rendah,

sekolah adalah sebahagian daripada pendidikan yang diadakan untuk masyarakat khusus

bagi memberi pendidikan kepada generasi muda bagi mempersiapkan diri dengan ilmu

yang bermanfaat kepada diri dan masyarakat. Sekolah juga sesuai dikatakan sebagai

kominiti, kerana ahli-ahlinya terdiri daripada para pelajar yang masih belum menjadi

ahli masyarakat yang sepenuhnya dan berada di sekolah untuk disosialisasikan ke dalam

corak kehidupan bermasyarakat (Muhammad Nor Che’ Noh, 1990).

Secara umumnya, Sistem Pendidikan Negara kita dipecahkan kepada dua

bahagian iaitu Pendidikan Awam yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan dan

Pendidikan Swasta yang ditanggung oleh orang perseorangan, syarikat-syarikat swasta

dan sebagainya. Bagi Institusi Pendidikan Swasta, proses penubuhan dan pendaftaran,

pengurusan dan operasi sesebuah adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996.

Sekolah Swasta pertama yang diakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

menjalankan kurikulum nasional ditubuhkan di awal tahun 1980.

Di peringkat sekolah, sekolah swasta mempunyai kuasa autonomi dari segi

pentadbiran, kewangan, pemilihan guru dan pelajar, kurikulum, kokurikulum,

pengajaran dan pembelajaran, yuran serta penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG). Bahagian Pelajaran Swasta di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

bertanggungjawab ke atas semua aspek penubuhan dan pendaftaran serta

pengawalseliaan pendidikan swasta untuk peringkat pra-sekolah, sekolah rendah,

sekolah menengah, pusat tuisyen, pusat bahasa dan pusat kemahiran/perdagangan.

Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk memastikan bidang pendidikan swasta

memainkan peranan dalam menambahkan peluang pendidikan bagi semua golongan

masyarakat. Pendidikan swasta semakin memainkan peranan yang penting dalam sistem

pendidikan kebangsaan kerana ia merupakan "supplementary" dan "complementary"

kepada institusi pendidikan di Malaysia.

Page 18: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

3

Dalam konteks pendidikan, guru hendaklah sentiasa peka terhadap perubahan

kurikulum dan kehendak masyarakat serta negara. Dengan ini, guru sentiasa perlu

mengikuti perkembangan ilmu dan mengemaskini bahan serta kemahiran yang perlu

diajar (Esah Sulaiman,2003). Sealain, itu, guru merupakan seorang pemimpin. Oleh itu,

guru perlu sentiasa menyemak, memupuk, serta membentuk diri mereka sebagai

pemimpin yang berkesan. Guru juga merupakan penasihat, pakar rujuk, dan pembuat

keputusan. Oleh itu, guru hendaklah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan

kemahiran yang sesuai.

Sekolah merupakan sebuah institusi formal untuk mendidik kanak-kanak dan

remaja menghadapi alam dewasa dan seterusnya menjadi insan yang berguna di hari

muka. Seseorang kanak-kanak akan menempuhi alam persekolahan sekurang-kurangnya

sebelas tahun iaitu di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mereka juga akan menghabiskan sekurang-kurangnya enam jam atau lebih di sekolah

setiap hari persekolahan tidak termasuk aktiviti kokurikulum dan kelas-kelas tambahan.

Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan sekolah sebagai agen sosialisasi kerana sebahagian

daripada usia seseorang itu akan dihabiskan di sekolah.

Dalam hal ini, suasana dan persekitaran sekolah atau lebih dikenali sebagai iklim

sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang. Menurut

seorang perintis dalam kajian iklim sekolah, Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah

digambarkan sebagai personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut

berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Haward et al.

(1974) pula menyifatkan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu

yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.

Page 19: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

4

Dalam kajian Fox et al. (1971) yang melibatkan pengetua, guru dan staf

sokongan sekolah, mereka telah berjaya menghasilkan satu model iklim sekolah. Model

ini mengambil kira tiga kompenen utama untuk membentuk iklim iaitu faktor penentu

pembentukan iklim sekolah, matlamat iklim sekolah dan keperluan yang ingin dipenuhi

dengan wujudnya iklim sekolah yang positif. Menurutnya lagi, faktor-faktor penentu

iklim sekolah iaitu program, proses dan bahan yang merupakan asas kepada

pembentukan iklim sekolah yang telah ditetapkan. Matlamat utama iklim sekolah ialah

untuk meningkatkan produktiviti pelajar dan guru dengan memberikan penekanan dan

penumpuan kepada kemajuan akademik, kemahiran sosial dan fizikal, pengetahuan dan

sikap. Seterusnya ialah memberi kepuasan kepada mereka, kerana iklim sekolah yang

positif menyebabkan mereka gembira dan seronok berada di sekolah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Institusi pendidikan amat penting dalam meneruskan kesinambungan dan

penentu ke arah mencapai tujuan sesebuah negara. Menurut Hussein M. (1993) dalam

Najeemah Md Yusof (2006), institusi pendidikan merupakan tulang belakang negara

untuk mencapai wawasan pembangunan. Hazil Abdul Hamid (1990) dalam Najeemah

Md Yusof (2006) pula menyatakan bahawa pembangunan membawa kepada kemajuan

dan sekaligus mengarah kepada pembaharuan dan perubahan dari aspek nilai dan norma-

norma masyarakat.

Page 20: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

5

Di negara-negara membangun, pendidikan merupakan medium bagi mencapai

matlamat pembangunan kerana melalui pendidikan, pengetahuan dan kemahiran akan

dapat diperbaiki dan dipertingkatkan. Sistem pendidikan telah berkembang dari semasa

ke semasa, sama ada di peringkat rendah ataupun tinggi. Secara tidak langsung,

pendidikan dapat meluaskan pandangan individu selari dengan kehendak negara. Pada

umumnya, sekolah mempunyai fungsi yang serupa, tetapi yang membezakannya adalah

dari segi fizikal, budaya ilmu yang dijalankan, bahasa yang digunakan serta keadaan

sosial sekolah berkenaan.

Abd. Raof (1991) menjelaskan, pengukur utama kejayaan sesebuah sekolah ialah

darjah keupayaannya memberi pendidikan yang baik kepada pelajarnya.

Pengklasifikasian sekolah yang baik adalah ditentukan melalui pencapaian para

pelajarnya dalam pepriksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM, dan STPM yang mengatasi

sekolah-sekolah lain. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa faktor

guru dan dan persekitaran sekolah berkenaan turut berperanan dalam membantu

kejayaan sesebuah sekolah. Sekolah yang cemerlang biasanya mempunyai suasana yang

dapat menarik minat para pelajar dan guru-guru untuk sama-sama menaikkan nama

sekolah.

Justeru itu, iklim sesebuah sekolah haruslah berada dalam keadaan yang kondusif

bagi memastikan pelajar dan guru berasa selasa untuk berada di sekolah dan seterusnya

membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain itu,

iklim sekolah yang positif juga menjadi sebahagian daripada tuntutan dalam arena

pendidikan bagi melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sahsiah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 21: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

6

Iklim sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah

seseorang. Menurut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah menggambarkan personaliti

seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap

organisasi iklim sekolah berkenaan. Haward et al. (1974) pula menyifatkan iklim

sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku

orang di dalamnya.selain itu, iklim sekolah dipengaruhi oleh banyak pihak termasuk

pelajar, ibu bapa, guru-guru, pengetua, peruntukan kewangan dan sebagainya.

Memandangkan faktor iklim sekolah turut membantu mewujudkan sekolah yang

berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan beberapa ciri

iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka lakukan. Mengikut Halpin dan

Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1) Guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan

2) Guru-guru tidak berasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan

murid-muridnya

3) Pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa dalam

memberi sesuatu arahan.

4) Pelajar berasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh

Page 22: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

7

Dalam dunia pendidikan, kebanyakkan penilaian dijalankan melalui tafsiran,

tanggapan atau melalui sikap sahaja. Dengan itu, guru-guru juga boleh menentukan dan

menilai keadaan penentu iklim sekolah melalui pemerhatian, pengamatan dan tafsiran

pancaindera mereka. Ini melibatkan ramai guru dan akan mencetuskan pelbagai

perspektif dalam bentuk sikap mereka sendiri. Perbezaan terhadap sikap guru juga

dipengaruhi oleh jantina, umur, pengalaman mengajar di sekolah tersebut, serta jawatan

yang disandang. Hal ini jelas memberi gambaran kepada kita bahawa sikap guru

terhadap faktor penentu iklim sekolah boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan ia

berperanan penting dalam menentukan pembentukan iklim sekolah yang positif

sekaligus menjamin pencapaian pelajar-pelajar sekolah tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan merupakan proses yang berterusan dan bersepadu untuk

mengembangkan potensi individu. Hasilnya adalah generasi yang bakal mewarisi,

menjaga dan mengurus segala peninggalan bangsanya. Justeru itu adalah wajar jika isu-

isu yang berkaitan dengan pendidikan dijadikan perkara pokok dalam setiap urusan.

Secara positifnya, respon yang diberikan dapat memperelok dan memperkayakan proses

perlaksanaan dan pngurusan pendidikan itu sendiri.

Kebanyakkan isu pendidikan adalah berkisar kepada masalah di dalam kawasan

sekolah seperti kes ponteng sekolah, vandalisme, keciciran, imej buruk pelajar-pelajar di

luar sekolah dan sebagainya. Ini memberi gambaran negatif kepada orang ramai

terhadap peranan sekolah dalam melahirkan insan yang mulia budi pekertinya,

cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga sahsiah dan tingkah laku.

Hal ini sama ada dinyatakan secara tersirat atau tersurat, ianya mengarah kepada

permasalahan dan kemerosotan disiplin di sekolah.

Page 23: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

8

Fenomena ini amat bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

berhasrat untuk melahirkan insan yang berguna untuk kemajuan negara. Adalah menjadi

harapan kerajaan agar dapat mewujudkan satu masyarakat yang bertatasusila, bersatu

padu, demokratik, liberal dan progresif (Muhd Mansur, 1986). Untuk itu, proses

pembentukan sesuatu masyarakat akan bermula di peringkat sekolah. Ini bertepatan

dengan fungsi sekolah sebagai agen sosialisasi kepada pelajar-pelajarnya. Sekolah yang

mempunyai iklim yang kondusif akan mampu untuk mewujudkan suasana yang ceria

dan harmoni di samping menggalakkan para pelajar untuk hadir ke sekolah bagi

menimba ilmu pengetahuan.

Iklim sesebuah sekolah dapat dilihat dengan menilai kewujudan faktor-faktor

yang mempengaruhi proses pembentukannya. Apa sahaja program untuk memperbaiki

iklim sekolah yang ingin dilaksanakan perlulah ditumpukan kepada aspek kemanusiaan

bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sahsiah (JERIS) selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kompenen utama yang membentuk iklim sekolah ialah faktor penentu iklim

sekolah. Menurut Fox et .al. (1971), faktor penentu iklim sekolah meliputi program,

proses dan bahan yang merupakan asas kepada pembentukan iklim sekolah. Ia perlu

digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat iklim sekolah yang telah

ditetapkan. Matlamat utama iklim sekolah ialah untuk meningkatkan produktiviti pelajar

dan guru dengan memberikan penekanan dan penumpuan kepada kemajuan akademik,

kemahiran sosial dan fizikal, pengetahuan dan sikap. Seterusnya ialah memberi

kepuasan kepada mereka, kerana iklim sekolah yang positif menyebabkan mereka

gembira dan seronok berada di sekolah.

Page 24: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

9

Secara umumnya, iklim sekolah swasta dan sekolah kerajaan adalah berbeza

disebabkan sistem dan struktur pentadbiran sekolah yang berlainan di antara satu sama

lain (Amir Hasan Dawi, 2006). Sekolah swasta dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta

dan orang perseorangan. Walaubagaimanapun, ia masih tertakluk di bawah Akta

Pendidikan 1996 di mana kurikulum dan kokurikulum sekolah perlu selari dengan

sekolah kerajaan yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala

keperluan sekolah termasuk kemudahan infrastruktur disediakan oleh pihak swasta dan

ibu bapa.

Kebanyakan pelajar yang bersekolah di sekolah swasta adalah terdiri daripada

mereka yang berasal dari kalangan keluarga yang berpendapatan sederhana dan tinggi.

Mereka akan dikenakan yuran bulanan atau tahunan oleh pihak sekolah. Guru-guru pula

kebanyakannya bukan daripada mereka yang mempunyai ijazah atau diploma dalam

bidang pendidikan. Walaubagaimanpun, mereka akan diberi kursus secara intensif oleh

pihak pentadbir bagi memastikan mereka berupaya melahirkan modal insan yang

berkualiti tinggi untuk negara.

Sekolah swasta mempunyai struktur organisasinya yang tersendiri. Pada

kebiasaannya, sesebuah sekolah swasta mempunyai Lembaga Pemagang Amanah,

Lembaga Pengelola, Jawatankuasa PIBG, Jawatankuasa Khas Sekolah, Pengetua,

Penolong Pengetua, kakitangan akademik dan bukan akademik. Sekolah ini juga

mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri di mana segala program, proses dan

bahan yang menjadi faktor penentu kepada iklim sekolah ditentukan oleh pihak tersebut.

Page 25: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

10

Tidak seperti sekolah bantuan kerajaan, penyediaan kemudahan asas di sekolah

swasta seperti bekalan air dan elektrik, bilik darjah, makmal, alat-alat bantu mengajar

dan sebagainya disediakan sendiri oleh pihak pengurusan sekolah dengan dibiayai oleh

individu tertentu. Suasana dan persekitaran sekolah juga ditentukan sendiri oleh pihak

sekolah berdasarkan sumber kewangan yang diperolehi oleh mereka. Walau

bagaimanapun, penyediaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah swasta masih terikat

dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian, yang berbezanya

adalah cara dan kaedah perlaksanaan yang disesuaikan mengikut prasarana dan

kemudahan yang ada di sesebuah sekolah swasta tersebut. Hal ini akan menyebabkan

dua kemungkinan iaitu sama ada iklim sekolah akan berada dalam keadaan yang baik

atau sebaliknya.

Iklim sesebuah sekolah haruslah berada dalam keadaan yang kondusif bagi

memastikan pelajar dan guru berasa selasa untuk berada di sekolah dan seterusnya

membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain itu,

iklim sekolah yang positif juga menjadi sebahagian daripada tuntutan dalam arena

pendidikan bagi melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sahsiah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya, tinjauan ini mempunyai tiga objektif, iaitu:

1) Untuk meninjau faktor program dalam penentu iklim sekolah menurut

sikap guru.

2) Untuk meninjau faktor proses dalam penentu iklim sekolah menurut sikap

guru.

3) Untuk meninjau faktor bahan dalam penentu iklim sekolah menurut sikap

guru.

Page 26: Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah ... · Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap

11

1.5 Persoalan Kajian

Tiga persoalan dikemukakan bagi memenuhi pernyataan masalah dan objektif

kajian, iaitu:

1) Apakah sikap guru terhadap faktor program dalam penentu iklim

sekolah?

2) Apakah sikap guru terhadap faktor proses dalam penentu iklim sekolah?

3) Apakah sikap guru terhadap faktor bahan dalam penentu iklim sekolah?

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian yang berbentuk tinjauan ini boleh memberi sumbangan yang

bermakna kepada pelbagai pihak seperti pihak Kementerian Pelajaran, pihak pengurusan

dan pentadbiran sekolah, guru-guru, para pelajar, ibu bapa dan sebagainya. Antara

sumbangannya adalah:

1) Membantu pihak Kementerian Pelajaran untuk menyediakan satu garis

panduan dalam membentuk satu keadaan iklim sekolah yang positif.

2) Membantu pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk menyusun

pelbagai aktiviti yang menjadi penentu kepada iklim sekolah sekaligus

menjadikannya barada dalam keadaan yang positif.

3) Menyediakan panduan kepada guru-guru dan para pelajar dalam

merancang kerangka aktiviti yang lebih baik dalam usaha menjadikan

sekolah sebagai pusat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).