SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

download SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

of 36

Transcript of SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    1/36

    [Lihat sebelah 3755/1 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT

    SULIT 3755/1

    3755/1

    Perdagangan

    September 2009

    1 jam

    PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

    SEKOLAH MENENGAH

    NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

    PERDAGANGAN

    KERTAS 1

    Satu Jam Lima Belas Minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi40 soalan .2.

    Jawab

    semuasoalan.

    3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.4. Hitamkansatu ruangan sahaja bagi setiap soalan.5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian

    hitamkan jawapan yang baru.

    6. Anda boleh membuat kerja mengira di ruangan kosong pada kertas soalan.7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

    ______________________________________________________________________________

    Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    2/36

    SULIT 2 3755/1

    1 Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai keperluan?

    A Perkhidmatan yang dihasilkan untuk keselesaan hidup

    B Barang yang dihasilkan untuk kesempurnaan hidup

    C Sesuatu yang diingini untuk hidup mewah

    D Sesuatu yang diperlukan untuk hidup

    2 Maklumat berikut berkaitan aktiviti Encik Aziz Khan.

    Beliau telah membina sebuah kilang karpet di Kulim

    dan membuka kedai mencuci karpet di Sungai Petani.

    Apakah cabang pengeluaran yang terlibat?

    A Ekstraktif dan perniagaanB Ekstraktif dan khidmat terus

    C Ekstraktif, perusahaan dan khidmat terus

    D Perusahaan, perdagangan dan khidmat terus

    3 Rajah 1 adalah berkaitan pengkhususan.

    Rajah 1

    Jenis Pengkhususan

    Profesion X YKawasan

    Mengapakah wujud pengkhususan X dan Y dalam pengeluaran?

    I Wujud pembahagian tugas

    II Wujud pengeluaran secara besar-besaran

    III Terdapat perbezaan iklim dan keadaan geografi

    IV Tingkat kemahiran dan kebolehan manusia yang berbeza

    A I, II dan III

    B I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D II, III dan IV

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    3/36

    SULIT 3 3755/1

    4 Maklumat berikut berkaitan dengan bantuan perniagaan.

    Meluaskan pasaran Mengekalkan permintaan

    Apakah bantuan perniagaan tersebut?

    A Promosi

    B Komunikasi

    C Pergudangan

    D Pengangkutan

    5 Gambar 1 menunjukkan sejenis perkhidmatan.

    Gambar 1

    Apakah jenis saluran agihan yang sesuai digunakan?

    A Pengeluar pengguna

    B Pengeluar ejen penggunaC Pengeluar peruncit pengguna

    D Pengeluar ejen peruncit pengguna

    6 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan perniagaan dalam negeri?

    I Beras dibawa masuk dari Thailand

    II Lada hitam dibeli dari Sarawak oleh pemborong di Ipoh

    III Sharil membekalkan belacan ke pasar raya di sekitar Kulim

    IV Seorang jurutera dari India bekerja di kilang Perwaja Gurun

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    4/36

    SULIT 4 3755/1

    7 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis peruncit besar-besaran.

    Mempunyai banyak cawangan Mempunyai nama dan logo yang sama

    Di bawah kawalan dan pentadbiran ibu pejabatApakah jenis peruncit tersebut?

    A Gedung aneka jabatan

    B Pasar raya besar

    C Koperasi runcit

    D Kedai sejaras

    8 Apakah dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila barang dipulangkan

    kerana rosak?

    A Nota debit

    B Nota kredit

    C Nota serahan

    D Nota kiriman

    9 Maklumat berikut berkaitan pemborong berfungsi terhad.

    Mengawasi pergerakan stok barang Ruang niaga disediakan oleh peruncit Hak milik barang dipegang oleh pemborong

    Apakah jenis pemborong tersebut?

    A Pemborong jober para

    B Pemborong bayar dan bawa

    C Pemborong pesanan berwakil

    D Pemborong perkhidmatan pengangkutan

    10 Antara yang berikut, faktor manakah yang mempengaruhi pemilihan kaedah jualan?

    I Saluran agihan

    II Tingkat teknologi

    III Kemampuan pembeli

    IV Keperluan aliran tunai

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    5/36

    SULIT 5 3755/1

    11 Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar mengenai maksud perniagaan

    antarabangsa?

    A Kegiatan jual beli oleh penduduk di sesebuah negara

    B Kegiatan jual beli dalam kalangan penduduk negara sendiri

    C Kegiatan jual beli antara penduduk dalam sempadan negaraD Kegiatan jual beli antara penduduk sebuah negara dengan negara lain

    12 Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebab kewujudan perniagaan antarabangsa?

    I Perbezaan mata wang

    II Perbezaan sumber alam

    III Perbezaan tahap teknologi

    IV Perbezaan bilangan penduduk

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    13 Maklumat berikut adalah butiran dokumen perniagaan antarabangsa yang diterima oleh

    seorang ejen.

    Anggaran harga barang Cara pembungkusan dan pelabelan Jenis dan kuantiti barang yang dipesan Tarikh serahan dan syarat pembayaran Nama syarikat pengeluar dinyatakan

    Apakah dokumen tersebut?

    A Invois eksport

    B Inden tertutup

    C Inden terbuka

    D Invois konsular

    14 Pernyataan yang manakah benar tentang Industri Kecil dan Sederhana (IKS)?

    A Jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak

    melebihi 150 orang

    B Jualan tahunan melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak

    melebihi 150 orang

    C Jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa

    melebihi 150 orang

    D Jualan tahunan melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa melebihi

    150 orang

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    6/36

    SULIT 6 3755/1

    15 Rajah 2 menunjukkan kaitan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan industri berat.

    Syarikat Vendor Syarikat

    Anchor

    Syarikat A(membekal tayar)

    Syarikat D

    ( Pembuat

    kereta

    tempatan)Syarikat B

    (membekal kusyen)

    Rajah 2

    Apakah bentuk jalinan kerjasama antara kedua-dua industri tersebut?

    A Subkontrak

    B Pengaturan kontrak khas

    C Pembangunan pemasaran

    D Program pembangunan infrastruktur

    16 Rajah 3 menunjukkan cara memulakan perniagaan.

    Rajah 3

    Francais

    Syarikat C

    (membekal bateri)

    X Memulakan sendiri

    Cara Memulakan Perniagaan

    DiundangMengambil alih

    Apakah X?

    A Warisan

    B Koperasi

    C Perkongsian

    D Milikan tunggal

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    7/36

    SULIT 7 3755/1

    17 Rajah 4 menunjukkan perubahan sebuah agensi kerajaan akibat dasar penswastaan.

    Rajah 4

    Syarikat

    Telekom

    Malaysia Berhad(STMB)

    Jabatan Telekom

    Malaysia (JTM)

    Apakah kelebihan dasar tersebut?

    A Mengurangkan kadar bayaran kemudahan awam

    B Mengurangkan persaingan antara syarikat

    C Mengurangkan beban kerajaan

    D Mengurangkan kuasa monopoli

    18 Maklumat berikut berkaitan data kewangan Syarikat Al-Amin sehingga 31 Disember 2008.

    Jualan

    Belian

    Pulangan jualan

    Belanja runcit

    Kos jualan

    RM 10 000

    RM 5 000

    RM 100

    RM 100

    RM 5 000

    Berapakah untung kasar syarikat tersebut?

    A RM 4 800

    B RM 4 900

    C RM 5 000

    D RM 5 100

    19 Maklumat berikut berkaitan dengan spekulator.

    Membeli syer yang baru diterbitkan oleh syarikat dengan harapan

    menjualnya pada harga yang lebih tinggi apabila syer itu diniagakan di

    bursa saham.

    Apakah jenis spekulator tersebut?

    A Penelah turun

    B Penelah naik

    C Stok

    D Stag

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    8/36

    SULIT 8 3755/1

    20 Apakah pulangan yang akan diterima oleh seorang pelabur daripada pelaburannya dalam

    saham?

    I Dividen

    II Faedah

    III Syer bonus

    IV Keuntungan modal

    A I, II dan III

    B I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D II, III dan IV

    21 Antara yang berikut, yang manakah fungsi bank pusat?

    A Menggerakkan tabungan ke sektor pertanian

    B Membiayai peniaga, pengguna dan sektor swasta

    C Sebagai jurubank kepada semua bank perdagangan

    D Menerima simpanan daripada orang ramai dan korporat

    22 Antara yang berikut, perkhidmatan manakah yang disediakan oleh Bank Rakyat?

    I Memberi pinjaman kepada ahli dan orang ramai

    II Menerima simpanan daripada orang ramai

    III Mengendalikan akaun semasa

    IV Mendiskaunkan bilA I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    23 Antara yang berikut, yang manakah bukan perbezaan sistem perbankan konvensional dan

    sistem perbankan Islam?

    Sistem Perbankan Konvensional Sistem Perbankan Islam

    A Berlandaskan undang-undang sivil Berlandaskan hukum Islam

    B Berasaskan kadar faedah Berasaskan kongsi untung

    C Bebas daripada unsur maisir Bebas daripada unsur gharar

    D Mementingkan keuntungan maksima Mementingkan keadilan dan saksama

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    9/36

    SULIT 9 3755/1

    24 Rajah 5 menunjukkan sekeping cek.

    01 05008STAMP DUTY PAID

    BANK JAYA BERHAD

    Cawangan Sungai Petani

    Tarikh : 29 .5 . 2009Date

    BAYAR ATAU PEMBAWA

    PAID TO OMAR BIN BAHAROM OR BEARERRINGGIT

    MALAYSIA SERATUS SAHAJA

    Beekam

    JANGAN DITANDATANGAN DI BAWAH GARISAN INI

    193354 40 0 2084 9010005568 01

    RM100.00

    Rajah 5

    Cek tersebut hanya boleh dikemukakan di

    A Bank Jaya Berhad, Kota Bharu

    B Bank Maju Berhad, Kota Bharu

    C Bank Jaya Berhad, Sungai Petani

    D Bank Maju Berhad, Sungai Petani

    25 Antara yang berikut, yang manakah risiko boleh diinsuranskan?

    A Kejatuhan harga barang

    B Perubahan cita rasa pengguna

    C Pekerja yang tidak jujur dan amanah

    D Kerosakan harta benda kerana bencana alam

    26 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan prinsip kepentingan boleh insurans?

    I Nathan telah memberi maklumat yang benar semasa mengisi borang cadangan

    II Cindy mendapat ganti rugi setakat kerugian yang dialami sahaja

    III Ahmad menginsuranskan rumahnya dari risiko kebakaranIV Lukman dibenarkan menginsuranskan nyawa isterinya

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    10/36

    SULIT 10 3755/1

    27 Encik Fadzil sedang memikir manfaat yang akan diperolehnya apabila membeli sejenis

    insurans.

    Apakah jenis insurans yang perlu dibeli oleh Encik Fadzil?

    Waris aku akan dapat ganti rugi jika akumeninggal dunia

    Harap-harap aku dapat semula wangjika tiada apa-apa berlaku selepas 15

    tahun

    A Insurans kesihatan

    B Insurans endowmen

    C Insurans hayat sementara

    D Insurans hayat seumur hidup

    28 Apakah kelebihan pengangkutan kereta api?

    A Ruang muatan luas

    B Serahan pintu ke pintu

    C Kurang kerja pemunggahan

    D Sesuai untuk semua jenis barang

    29 Maklumat berikut berkaitan pengangkutan sejenis barang.

    Pengusaha ternakan udang harimau di Tanjung Dawai ingin

    menghantar pesanan udang hidup yang diterima daripada

    pengusaha restoran di Hong Kong.

    Pilih gabungan pengangkutan yang sesuai digunakan.

    A Kereta api dan kapal terbang

    B Lori dan kapal terbang

    C Kereta api dan kapal

    D Lori dan kapal

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    11/36

    SULIT 11 3755/1

    30 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan komunikasi kepada peniaga.

    Mengetahui keadaan pasaran Mengetahui turun naik harga barang Membantu membuat perancangan dan tindakan yang menguntungkan

    perniagaan

    Apakah peranan tersebut?

    A Meluaskan pasaran

    B Menyebarkan maklumat

    C Melicinkan aktiviti perniagaan

    D Mengelakkan kerugian dan kerosakan

    31 Maklumat berikut berkaitan dengan promosi kemudahan pelancongan.

    Encik Ismail ingin memperkenalkan resort pelancongannya di Tanjung Rhu

    kepada pelancong luar negara.

    Perkhidmatan audio visual yang manakah sesuai digunakan?

    I E-mel

    II MAYPAC

    III Sidang video

    IV Laman web

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    32 Antara yang berikut, yang manakah peranan pergudangan kepada pengeluar?

    I Membolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan

    II Mengelakkan kerosakan dan pembaziran

    III Membolehkan pengeluaran berterusan

    IV Meluaskan pasaranA I, II dan III

    B I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D II, III dan IV

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    12/36

    SULIT 12 3755/1

    33 Antara yang berikut, yang manakah peranan gudang berbon kepada kerajaan?

    I Memperoleh maklumat berkaitan import dan eksport

    II Mengutip cukai dengan lebih teratur

    III Melakukan kegiatan pecah pukal

    IV Menangguhkan bayaran cukai

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    34 Rajah 6 menunjukkan campuran pemasaran.

    CampuranPemasaran

    Z Harga AgihanPromosi

    Rajah 6

    Apakah Z ?

    A Promosi jualan

    B Pengiklanan

    C Publisiti

    D Produk

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    13/36

    SULIT 13 3755/1

    35 Gambar 2 menunjukkan sebuah media elektronik.

    Gambar 2

    Apakah kekurangan media tersebut kepada peniaga?

    A Dapat mengetahui rupa bentuk serta cara penggunaan barang

    B Iklan dapat didengar dan dilihat di seluruh negara

    C Dapat menaja rancangan yang bersesuaian

    D Kos iklan ditanggung oleh peniaga

    36 Pilih pernyataan yang benar tentang agensi dan peranannya.

    Agensi Kerajaan Peranan

    A Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Promosi dan Pemasaran

    B Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Latihan dan Pengurusan

    C Perbadanan Usahawan Nasional Berhad Penyelidikan dan Pembangunan

    D UDA Holdings Berhad Kemudahan Infrastruktur

    37 Maklumat berikut berkaitan fungsi sebuah agensi kerajaan.

    Menyediakan latihan kepada pengusaha bumiputera

    Menawarkan skim bantuan kredit kepada peniaga bumiputera

    Apakah agensi tersebut?

    A Majlis Amanah Rakyat

    B Perbadanan Produktiviti Negara

    C Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

    D Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    14/36

    SULIT 14 3755/1

    38 Maklumat berikut berkaitan peranan agensi khas yang memberi perlindungan kepada

    pengguna.

    Menerima dan menyiasat aduan Menjalankan penyelidikan Mengadakan pendidikan kepenggunaan

    Apakah agensi tersebut?

    A Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan

    B Tribunal Tuntutan Pengguna

    C Persatuan Pengguna

    D Mahkamah Sivil

    39 Berikut adalah maklumat berkaitan dengan tanggungjawab penjual.

    Barang dan perkhidmatan yang dijual tidak melanggar budaya, adat resamdan agama

    Aktiviti perniagaan mestilah tidak mencemarkan alam sekitarMaklumat ini merujuk kepada tanggungjawab penjual kepada

    A kerajaan

    B pembekal

    C pelanggan

    D masyarakat

    40 Pernyataan berikut berkaitan hak pengguna.

    Setiap peniaga wajib meletakkan tanda harga pada barang mengikut Akta

    Kawalan Harga 1946.

    Apakah hak pengguna tersebut?

    A Hak mendapat perwakilan

    B Hak mendapat maklumat

    C Hak mendapat keselamatan

    D Hak mendapatkan pendidikan kepenggunaan

    KERTAS SOALAN TAMAT

    2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    15/36

    SULIT 3755/2

    3755/2

    Perdagangan

    Kertas 2

    September 2009

    2 jam

    PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

    SEKOLAH MENENGAH

    NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

    PERDAGANGAN

    KERTAS 2

    Dua jam

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungidua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B .2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B.3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam

    kurungan.

    4. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.

    ______________________________________________________________________________

    Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

    3755/2 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    16/36

    SULIT 2 3755/2

    KEPERLUAN

    ROHANI

    KEPERLUAN

    SOSIAL

    X

    Encik Fauzi, saya

    nak buka kilang roti

    di Gurun, Kedah

    Bagus Puan Sabariah, tapi

    puan perlu tahu beberapa

    faktor pengeluaran yang

    terlibat.

    Bahagian A

    [ 75 markah ]

    Jawabtiga soalan sahaja

    1 (a) Rajah 1 menunjukkan model Hierarki Keperluan Maslow.

    Rajah 1

    (i) Apakah X? [1 markah]

    (ii) Jelaskan tiga ciri X. [3 markah]

    (b) Gambar 1 menunjukkan perbualan Encik Fauzi dan Puan Sabariah, seorang usahawan.

    Gambar 1

    3755/2 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    17/36

    SULIT 3 3755/2

    (i) Tentukan faktor pengeluaran yang diperlukan oleh PuanSabariah.

    [3 markah]

    (ii) Jelaskan faktor pengeluaran yang dimaksudkan di (b)(i) [3 markah]

    (c ) Gambar 2 menunjukkan aktiviti pengeluaran di Malaysia.

    Gambar 2

    (c) Huraikan duajenis pengkhususan yang terlibat dalam pengeluaran

    tersebut. [6 markah]

    Peladang nanas

    Penanam padi

    Nelayan

    3755/2 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT

    [Lihat sebelah

    j2kk

    http://bp3.blogger.com/_3UisbefRk2Q/SHSjNvcLnCI/AAAAAAAAACw/SHwm2uOHYhA/s400/1+pineapple.jpghttp://id.wiki.detik.com/mediawiki/images/f/f0/Koeh-232.jpghttp://azriphotography.com/blog/wp-content/uploads/2009/03/img_0392.jpg
  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    18/36

    SULIT 4 3755/2

    2 (a) Berikut adalah jenis peruncit yang terdapat di Taman Aman Suria, Pokok Sena,

    Kedah

    Penjaja

    Pegerai

    Kedai am

    Kedai khusus

    Jelaskan ciri perniagaan tersebut? [6 markah]

    (b) Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan runcit besar-besaran.

    KBB Plaza yang beroperasi di Bandar Baharu mempunyai ciri-ciri berikut.

    Ditempatkan di sebuah bangunan besar yang bertingkat-tingkat

    Ruang di dalam kedai dibahagikan kepada beberapa jabatan yangdiketuai oleh seorang pengurus

    Lembaga Pengarah menentukan dasar peniagaan

    Pelanggan menikmati keselesaan dengan pelbagai kemudahanmembeli-belah

    (i) Tentukan jenis peruncit tersebut? [1 markah]

    (ii) Apakah kelebihan perniagaan di (b)(i) kepada pemilik KBB Plaza? [5 markah]

    (c) (i) Nyatakan dua perbezaan di antara sebut harga dengan senarai harga. [4 markah]

    (ii) Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan dalam negeri.

    Peniaga Fungsi

    Encik Abdullah membeli secara pukal dari pengeluar dan menjual

    kepada peruncit kecil-kecilan

    Bagaimanakah fungsi Encik Abdullah boleh diambil alih? [4 markah]

    (d) Encik Roslee ialah pemilik ROSCAR Trading, penjual kereta baru dan

    terpakai di Sungai Petani. Kebanyakan pelanggannya adalah penduduk sekitar

    negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak Utara.

    Bagaimanakah bantuan perniagaan berikut membantu ROSCAR Trading?

    (i) Komunikasi [4 markah]

    (ii) Promosi [5 markah]

    3755/2 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    19/36

    SULIT 5 3755/2

    (d) Gambar rajah 1 adalah berkaitan satu kaedah jualan.

    MOTORSIKAL UNTUK DIJUAL TANPA PENJAMIN

    TUNAI : RM6 000

    DEPOSIT : 10%

    ANSURAN :RM300

    BULANAN

    TEMPOH : 24 BULAN

    GAMBAR RAJAH 1

    Hitungkan;

    (i) Jumlah faedah yang dicaj. [3 markah]

    (ii) Kadar faedah setahun. [2 markah]

    3 (a) Jelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengguna. [5 markah]

    (b) Pernyataan berikut berkaitan dengan Syarikat Auto Caring Sdn. Bhd. , sebuahsyarikat pengeluar alat ganti kereta tempatan.

    (i) Jelaskan kepada Syarikat Auto Caring Sdn. Bhd tatacara import yang

    perlu dipatuhinya?

    [6 markah]

    (ii) Tentukan tiga saluran import yang sesuai digunakan oleh Syarikat AutoCaring Sdn. Bhd .

    [3 markah]

    (iii) Cadangkan cara mengatasi halangan apabila memasuki pasaran tersebut. [5 markah]

    Pengurus syarikat merancang untuk mengembangkan perniagaannya

    dengan membekalkan alat ganti kereta tempatan ke pasaran United

    Kingdom. Pada masa yang sama beliau juga ingin menjadipembekal alat ganti kereta import di pasaran tempatan. Namun

    begitu, pihak syarikat kurang pasti tatacara dan jenis saluran import

    yang akan digunakan. Pihak pengurusan juga mendapati banyak

    halangan yang perlu dihadapi untuk memasuki pasaran

    antarabangsa.

    3755/2 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT

    [Lihat sebelah

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    20/36

    SULIT 6 3755/2

    4 (a) Dialog berikut antara pekerja A dengan Encik Adnan.

    Pekerja A Tahniah! Encik Adnan kerana dilantik sebagai

    pengurus sumber manusia yang baru di syarikat ini.

    Encik Adnan Terima kasih, sebagai seorang pengurus saya perlu

    prihatin dengan keperluan kakitangan syarikat ini.

    Jelaskan aspek yang perlu diberi perhatian oleh Encik Adnan. [6 markah]

    (b) Nyatakan faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memulakanperniagaan.

    [5 markah]

    (c ) Rajah 2 menunjukkan kaitan antara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan industri berat.

    RAJAH 2

    Terangkan kaitan tersebut. [6 markah]

    PENGELUAR

    BATERI

    KERETA

    SYARIKAT

    PENGELUAR

    KERETA

    PENGELUAR

    TAYAR

    PENGELUAR

    NAT DAN

    SKRU

    3755/2 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    21/36

    SULIT 7 3755/2

    (c) Maklumat berikut berkaitan sebuah milikan perniagaan.

    Koperasi Sejahtera Berhad mempunyai lebihan sebanyak RM80 000

    bagi tahun perakaunan 2008. Syarikat itu bercadang menyimpanRM10 000 sebagai rizab dan membayar dividen 10% ke atas modal

    syer yang berjumlah RM20 000. Bakinya dibayar sebagai rebat. Jumlah

    belian pada tahun berkenaan ialah RM100 000.

    Hitungkan;

    (i) Jumlah dividen tunai [2 markah]

    (ii) Kadar rebat bagi setiap ringgit belian [4 markah]

    (d) Berikut adalah dialog di antara Encik Chandran dengan Encik Su.

    Encik Chandran Encik Su, dengan khabar saham Syarikat XYZ

    Berhad akan naik. Baguslah kalau kita dapat beli

    sekarang. Tentu boleh dapat untung bila kita jual

    nanti.

    Encik Su Tak naklah. Saya tak berani sebab kekurangan

    wang.

    Encik Chandran Apa susah. Kita boleh pinjam dari bank.

    Encik Su Masalahnya bank kenakan terlalu banyak syaratsebelum meluluskan pinjaman.

    (i) Adakah Encik Chandran seorang spekulator?

    Berikan tiga alasan.

    [4 markah]

    (ii) Terangkan syarat yang dimaksudkan oleh Encik Su. [4 markah]

    3755/2 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT

    [Lihat sebelah

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    22/36

    SULIT 8 3755/2

    5 (a) Gambar 3 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh Encik Kamal.

    Gambar 3

    (i) Cadangkan jenis insurans yang sesuai dibeli oleh Encik Kamal dan berikantiga alasan. [4 markah]

    (ii) Jelaskan prosedur yang perlu diketahuinya. [7 markah]

    (b) Nyatakan lima peranan pengangkutan. [5 markah]

    (c) Maklumat berikut berkaitan sejenis perniagaan.

    Pusat Tuisyen Skor baru dibuka di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

    (i) Cadangkan dua media pengiklanan yang sesuai digunakan untuk

    memperkenalkan pusat tuisyen tersebut

    [2 markah]

    (ii) Mengapakah media di 5(c) (i) digunakan? [7 markah]

    Saya nak beli insurans untuk memudahkan anak-

    anak saya belajar pada masa depan. Tapi saya tak

    tahu bagaimana caranya?

    3755/2 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    23/36

    SULIT 9 3755/2

    3755/2 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT

    [Lihat sebelah

    BAHAGIAN B

    [25 markah]

    Soalan ini wajib dijawab

    6 Syarikat Roti Herba Sendirian Berhad telah beroperasi di kawasan perusahaan Sungai Petani.Syarikat ini telah mengeluarkan berbagai jenis roti seperti roti planta, roti coklat dan roti

    sandwich. Semua jenis roti adalah menggunakan adunan tepung gandum berkualiti tinggi dan

    herba yang diimport dan disimpan di tempat khas di premisnya.

    Syarikat memasarkan roti menggunakan rak khas miliknya di kedai runcit seluruh Kedah.

    Pekerja syarikat memungut hasil jualan lima hari kemudian dan membayar komisen kepada

    peruncit berdasarkan hasil jualan. Kebanyakan peruncit telah menjual dengan laris dalam

    tempoh dua hari dan menghubungi syarikat untuk menghantar roti tambahan manakala

    beberapa peruncit lain enggan menghubungi syarikat kerana menambahkan bayaran bil telefon.

    Tambahan pula kawasan tersebut selalu berlaku kecurian kabel talian tetap.

    Sebaliknya jualan di beberapa kedai runcit tidak laris menyebabkan roti yang tamat tempohmasih dijual. Baru-baru ini sebuah keluarga telah keracunan makanan dan dihantar ke hospital.

    Pihak hospital mengesahkan bahawa keracunan makanan berpunca dari roti herba. Pihak

    syarikat bersetuju membayar kos perubatan dan gantirugi kepada keluarga tersebut. Pegawai

    kesihatan telah memeriksa kilang roti tersebut dan mendapati premis kilang bersih tetapi roti

    herba keluaran syarikat ini tidak mendapat pengiktirafan dari SIRIM Berhad.

    Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

    (a) (i) Apakah kaedah jualan yang diamalkan oleh Syarikat Roti Herba SendirianBerhad?

    [1 markah]

    (ii) Berikan empat alasan bagi kaedah jualan yang dipilih di (a) (i). [4 markah]

    (b) (i) Cadangkan dua perkhidmatan telekomunikasi lisan yang sesuai untukmemudahkan peruncit membuat pesanan.

    [2 markah]

    (ii) Berikan dua alasan bagi setiap perkhidmatan telekomunikasi yang dicadangkan. [4 markah]

    (c) Huraikan jenis gudang yang digunakan oleh syarikat tersebut? [3 markah]

    (d) Adakah Syarikat Roti Herba Sendirian Berhad telah menjalankantanggungjawabnya?

    Kemukakan alasan anda.

    [5 markah]

    (e) Huraikan dua peranan kerajaan yang sesuai untuk membantu

    Syarikat Roti Herba Sendirian Berhad.

    [6 markah]

    KERTAS SOALAN TAMAT

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    24/36

    PERATURAN PEMARKAHAN

    PERDAGANGAN KERTAS 1 (3755/1)

    2009

    No. Jawapan No. Jawapan

    1 D 21 C

    2 D 22 A

    3 C 23 C

    4 A 24 B

    5 A 25 C

    6 C 26 D

    7 D 27 B8 B 28 A

    9 A 29 B

    10 D 30 B

    11 D 31 B

    12 C 32 A

    13 B 33 A

    14 A 34 D15 A 35 D

    16 A 36 D

    17 C 37 A

    18 B 38 C

    19 D 39 D

    20 C 40 B

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    25/36

    SULIT 3755/2(PP)

    PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

    SEKOLAH MENENGAH

    NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

    PERDAGANGAN

    KERTAS 2

    PERATURAN PEMARKAHAN

    3755/2(PP) 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    26/36

    SULIT 3755/2(PP)

    Soalan Butiran Markah

    1 (a) (i) H1 - keperluan fisiologi 1

    (ii) H2 - terdiri daripada keperluan asas/ keselamatan 1

    H3 - diperlukan untuk hidup / kebebasan/perlindungan daripada

    segala bahaya

    1

    H4 - terdiri daripada makanan/ pakaian/tempat perlindungan /

    pasukan polis/tentera/ undang-undang 1

    Jumlah [3m]

    1 (b) (i) F1 - Tanah 1

    F2 - Buruh 1

    F3 - Modal 1

    [3 m]

    (ii) H1 - Tapak kilang membuat roti/tepung/contoh bahan mentah yang

    sesuai 1

    H2 - Pekerja yang terlibat di kilang roti tersebut/contoh yang sesuai

    1

    H3 - wang tunai/mesin pembakar roti/perabot/contoh yang sesuai

    1

    Jumlah [ 3 m]

    (c) F1 Pengkhususan mengikut kawasan 1

    H1 - disebabkan bentuk muka bumi / kesuburan tanah berbeza 1

    C1 - contoh Kedah (padi)/ Johor (nanas)/ Terengganu (perikanan) 1

    F2 - Pengkhususan mengikut profesion/ pekerjaan 1

    H2 - kemahiran/ kebolehan yang berbeza 1

    C2 - petani/nelayan/peladang/ usahawan 1

    Jumlah [ 6m]

    Soalan Butiran Markah

    (d) (i) Komunikasi membantu Encik Roslee

    3755/2(PP) 2 SULIT 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    27/36

    SULIT 3755/2(PP)

    H1 - Menyebarkan maklumat perniagaan 1

    H2 - menggunakan telefon/surat/faks/e-mel 1

    H3 - Memudahkan kegiatan promosi 1

    H4 - Mengiklankan perniagaannya menggunakan pelbagai saluran

    media seperti media elektronik/media cetak/contoh media

    yang sesuai 1

    H5 - Melicin / mempercepatkan aktiviti perniagaan/ tempahan 1

    H6 - meluaskan pasaran 1

    maks [ 4m ]

    (ii) Promosi membantu Encik Roslee

    H1 - Memperkenalkan/memberitahu syarikat ROSCAR Trading

    kepada orang ramai

    1

    H2 - Mengekalkan pasaran / mewujudkan kesetiaan pelanggan/

    mengekalkan pelanggan sedia ada

    1

    H3 - Memujuk/mempengaruhi pelanggan di kawasan utara 1

    H4 - memantapkan imej/ kelebihan kereta yang terdapat di

    syarikatnya

    1

    H5 - meluaskan pasaran / mewujudkan pasaran baru 1

    H6 - menambahkan jualan/ keuntungan 1

    H7 - Menyaingi/ mengatasi pesaing 1

    maks [ 5 m ]

    Soalan Butiran Markah

    2 (a) H1 - Modal yang kecil/ modal daripada simpanan sendiri/pinjaman

    daripada ahli keluarga/sahabat handai/institusi kewangan 1

    H2 - Ditubuhkan secara milikan tunggal/perkongsian 1

    H3 - Mudah dibentuk/ tidak banyak peraturan 1

    3755/2(PP) 3 SULIT 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    28/36

    SULIT 3755/2(PP)

    H4 - Mudah diurus/ditadbir oleh pemilik sendiri/ ahli keluarga/

    pembantu 1

    H5 - Lokasi perniagaan berdekatan pelanggan/ kediaman 1

    H6 - Layanan peribadi kepada pelanggan 1

    H7 - Perkhidmatan selepas jualan/penghantaran barang ke rumah/

    pembaikan / pemasangan

    1

    H8 - Kos overhead yang rendah/ tiada bayaran sewa/ cukai/ gaji/

    iklan 1

    maks [ 6m ]

    (b) (i) F1 - Gedung Aneka Jabatan 1

    [ 1m]

    (ii) Kelebihan Gedung Aneka Jabatan kepada peniaga

    H1 - Dapat membeli barang secara pukal dari pengeluar 1

    H2 - Pentadbiran menjadi cekap/ ada pengkhususan 1

    H3 - Menjimatkan kos promosi/ satu promosi meliputi semua

    jabatan

    1

    H4 - Risiko kerugian dapat dikurangkan/ keuntungan antara jabatandikongsi bersama

    1

    H5 - Jualan secara tunai/ tiada hutang lapuk 1

    [ 5m]

    Soalan Butiran Markah

    2 (c) (i) Sebut harga Senarai hargaB1 Menyatakan barang

    yang ditanya oleh

    pembeli sahaja 1

    B1 Mengandungi semua jenis

    barang yang dijual oleh

    pembekal 1 1+1

    B2 Berfungsi untuk

    menjawab pertanyaan

    tentang harga barang

    tertentu 1

    B2 Berfungsi secara am/memberikan harga semua

    barang yang dijual 1 1+1

    3755/2(PP) 4 SULIT 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    29/36

    SULIT 3755/2(PP)

    [4m]

    (c) (ii)

    H1 - Kemunculan peruncit besar-besaran/ contoh mempunyai

    modal yang besar / perolehan yang tinggi 1

    H2 - Kemunculan perniagaan jualan langsung/ contoh lain/ barang

    dijual tanpa melalui orang tengah/ menjual terus kepadapengguna 1

    H3 - Penubuhan kedai sejaras/ contoh rangkaian kedai sendiri 1

    H4 - Barang tempahan khas daripada pelanggan/ contoh 1

    H5 - Pengeluar melantik ejennya sendiri / contoh 1

    H6 - Kerajaan menubuhkan lembaga pemasaran/ contoh

    maks [4m]

    2 ( d ) (i) - Jumlah Faedah = (RM 300x24 bulan)/ = RM7 200 1

    - = (RM6 000 x 10% )/ = RM600 1

    - = (RM7 200 + RM600) - RM6 000/

    RM7 800 RM6000 1

    - = RM1800 1

    maks [3 m]

    (ii) - Jumlah faedah setiap tahun = RM1800 / RM900 1

    2

    - Kadar faedah setahun = RM900 x 100 1RM6 000

    - = 15% 1

    maks [2m]

    Soalan Butiran Markah

    3 (a) Kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengguna ialah;

    H1 - Meluaskan pilihan barang / memenuhi keperluan / kehendak 1

    H2 - Menikmati barangan lebih murah / bermutu 1

    H3 - Mendapat peluang pekerjaan 1

    H4 - Meningkatkan taraf hidup 1

    H5 - Menambah pengetahuan / pengalaman 1

    [ 5m ]

    b (i) Tatacara yang perlu dipatuhi ialah;

    3755/2(PP) 5 SULIT 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    30/36

    SULIT 3755/2(PP)

    H1 - Mematuhi kehendak undang-undang 1

    H2 - Membuat pesanan 1

    H3 - Mendapatkan dokumen import 1

    H4 - Membuat persiapan menerima barang / menunggu ketibaankapal 1

    H5 - Menuntut barang / bayar duti kastam 1

    H6 - Periksa / angkut barang 1Nota: Tatacara mesti ikut urutan [ 6 m]

    (ii) Tiga saluran yang sesuai digunakan ialah;

    F1 - Ejen import / Ejen pengembara 1

    F2 - Saudagar import 1

    F3 - Pejabat cawangan pengimport 1[ 3m]

    (iii) Cara mengatasi halangan tersebut ialah;

    H1 - Wujudkan kerjasama dengan peniaga luar negara 1

    H2 - Mengadakan promosi intensif 1

    H3 - Mengeluarkan barang berkualiti/ menepati piawaian SIRIM 1

    H4 - Mendapatkan bantuan MATRADE / agensi kerajaan 1

    H5 - Mendapatkan / kumpul maklumat pasaran 1

    H6 - Membuat penyelidikan dan pembangunan / R&D 1

    maks [ 5m]

    Soalan Butiran Markah

    3 (c) Kaitan IKS dengan industri berat berlaku melalui;

    F1 - Pemasaran bersepadu 1

    H1 - Pengeluar kereta beli barang keluaran IKS 1

    F2 - Pengaturan kontrak khas 1

    H2 - IKS bekalkan produk kepada pengeluar kereta mengikut perjanjian /

    kontrak 1

    F3 - Subkontrak 1

    H3 - Pengeluar kereta pindahkan proses pengeluaran komponen kepada

    3755/2(PP) 6 SULIT 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    31/36

    SULIT 3755/2(PP)

    IKS 1

    [ 6m]

    4 (a) H1 - Meningkatkan kecekapan pekerja 1

    H2 - Pekerja diberi tugas mengikut kebolehannya/ memberi latihan

    kemahiran dari masa ke semasa 1

    H3 - Menjaga kebajikan pekerja 1

    H4 - Menyediakan tempat penginapan/ ibadat/ riadah/ gaji setimpal/

    bonus/ perubatan/ percutian 1

    H5 - Mewujudkan hubungan yang baik 1

    H6 - Hubungan yang harmonis /baik /mesra 1

    H7 - Mematuhi undang-undang 1

    H8 - Akta Pekerja 1955 (Semakan 1981) / Akta keselamatan Sosial 1969/Ordinan KWSP 1955 1

    maks [6 m]

    Soalan Butiran Markah

    4 (b) F1 - Minat, pengetahuan dan pengalaman 1

    F2 - Modal yang mencukupi 1

    F3 - Jenis/ milikan perniagaan 1

    F4 - Undang-undang/ peraturan 1

    F5 - Sumber bekalan mencukupi 1

    F6 - Persaingan yang dihadapi 1

    F7 - Lokasi perniagaan/ strategik 1

    maks [5m]

    (c) (i) Jumlah dividen:

    = 10% x RM20 000 1

    3755/2(PP) 7 SULIT 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    32/36

    SULIT 3755/2(PP)

    = RM2 000 1

    [2m]

    Kadar rebat:

    (ii) = RM80 000 RM10 000 RM2 000 1

    = RM68 000 1

    Kadar rebat setiap ringgit belian

    = RM68 000

    RM100 000 1

    = RM0.68 1

    maks [4m]

    (d) (i) - Ya/ Tidak 1

    Alasan Ya: [1m]

    H1 - Tidak menganalisis risiko secara terperinci 1

    H2 - Bertindak berdasarkan sentimen / khabar angin 1

    H3 - Ingin mengaut keuntungan dalam jangka pendek/ singkat 1

    H4 - Bermatlamat mendapat keuntungan modal 1

    Nota: Jika jawapan Tidak calon hanya mendapat 1 markah sahaja

    maks [3m]

    Soalan Butiran Markah

    4 (d) (ii) F1 - Tujuan pinjaman 1

    H1 - Menghasilkan pulangan yang munasabah / potensi untung /sesuai

    dengan syarat yang ditetapkan oleh bank 1

    F2 - Kedudukan kewangan pemohon 1

    H2 - kemampuan membayar balik pinjaman/ rekod / reputasi baik. 1

    F3 - Nilai aset yang dicagarkan/ penjamin 1

    H3 - Cagaran berbentuk aset tetap/ kedudukan kewangan penjamin 1

    F4 - Dasar Bank Pusat / Dasar kerajaan/ keadaan ekonomi 1

    H4 - Keadaan ekonomi menentukan jumlah kredit yang diberi 1

    maks [6m]

    5 (a) (i) F1 - Insurans pendidikan: 1

    Alasan: [1m]

    H1 - Kos pendidikan semakin tinggi 1

    H2 - Membantu menabung untuk masa depan 1

    3755/2(PP) 8 SULIT 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    33/36

    SULIT 3755/2(PP)

    H3 - Peningkatan kesedaran kepentingan pendidikan 1

    H4 - Kesukaran mendapat pembiayaan pendidikan 1

    H5 - Pendidikan satu keperluan utama masa kini 1

    maks [3m]

    (ii) Prosedur membeli polisi insuransH1 - Menghubungi insurer/ ejen/wakil syarikat insurans 1

    H2 - Mendapatkan maklumat tentang risiko/ syarat / jumlah premium 1

    H3 - Mengisi borang cadangan / mematuhi prinsip penuh percaya mutlak/

    maklumat yang benar 1

    H4 - Pertimbangan/ kelulusan pihak insurer 1

    H5 - Membayar sumbangan / premium 1

    H6 - Menerima nota lindung/ polisi sementara 1

    H7 - Mendapatkan polisi insurans 1

    Nota:Prosedur mesti ikut urutan [7m]

    Soalan Butiran Marka

    5 (b) F1 - Mengelakkan lebihan/ kurangan barang di pasaran 1

    F2 - Meluaskan pasaran/ menggalakkan perniagaan antarabangsa 1

    F3 - Menggalakkan pengeluaran besar-besaran 1

    F4 - Mengurangkan kos penyimpanan stok 1

    F5 - Mempelbagaikan pilihan pengguna 1

    F6 - Membantu pertumbuhan ekonomi / pembangunan negara 1

    -

    F7 - Menyebarkan hasil ciptaan/ sains teknologi 1

    F8 - Menggalakkan pergerakan tenaga buruh 1

    F9 - Mengelakkan pembaziran 1

    F10 - Menggalakkan pengaliran modal/ industri pelancongan 1

    maks [5m]

    5 (c) (i) Media pengiklanan yang sesuai digunakan oleh Pusat Tuisyen Skor

    ialah:

    F1 - Risalah 1

    3755/2(PP) 9 SULIT 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    34/36

    SULIT 3755/2(PP)

    F2 - Poster 1

    [2m]

    (c) (ii) Media tersebut digunakan kerana:

    H1 - Kos murah/ jimat kos 1

    H2 - Hanya memerlukan helaian kertas bercetak 1

    H3 - Mudah disediakan 1

    H4 - Boleh dicetak/ dibuat sendiri/ difotostat 1

    H5 - Disampaikan terus kepada pengguna sasaran 1

    H6 - Diedar sekitar Sungai Petani/ ditampal di tempat strategik 1

    H7 - Boleh guna kreativiti sendiri/ berbentuk grafik/ berwarna 1

    [7m]

    Soalan Butiran Markah

    6 (a) (i) F1 - Jualan konsainan 1

    [1m]

    Alasan:

    (ii) H1 - Hak milik barang terus dipegang oleh syarikat / konsainor 1

    H2 - Menjimatkan masa/ belanja menjual roti 1

    H3 - Kedai runcit/Konsaini membantu menjual/ mengutip hasil jualan 1

    H4 - Dapat menjual di kedai/gedung yang mempunyai reputasi baik 1

    H5 - Hanya perlu membayar komisen kepada peruncit 1

    H6 - Mudah meluaskan pasaran 1

    maks [4m]

    6 (b) (i) F1 - Telefon bimbit 1

    F2 - Panggilan tanpa tol 1

    [2m]

    (ii) Telefon bimbit

    H1 - Menyampaikan/ menerima maklumat secara terus/ serentak 1

    H2 - Dapat berurusan secara langsung/ di mana-mana/ liputan luas 1

    H3 - Beroperasi/ berfungsi tanpa talian/ menggunakan gelombang radio 1

    maks [2m]

    Panggilan tanpa tol

    H1 - Panggilan pelanggan/ peruncit tidak dikenakan bayaran/ caj 1

    H2 - Caj panggilan ditanggung oleh syarikat. 1

    3755/2(PP) 10 SULIT 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    35/36

    SULIT 3755/2(PP)

    H3 - Menggalakkan pelanggan/peruncit membuat pesanan 1

    maks [2m]

    Soalan Butiran Markah

    6 (c) F1 - Gudang pengilang 1

    H1 - menyimpan bahan mentah/ barang siap 1

    C1 - tepung/ herba/ roti 1

    maks [3m]

    (d) F1 - Ya/ Tidak 1

    Alasan Ya: [1m]

    H1 - Mempraktikkan amalan perniagaan yang baik 1

    H2 - Menghasilkan roti dari tepung yang berkualiti 1

    H3 - Bersedia menerima rungutan/ mengambil tindakan pembetulan 1

    H4 - Syarikat membayar kos perubatan/ gantirugi 1

    H5 - Memelihara kebersihan/ kilang bersih/ menjamin keselamatan alamsekitar

    1

    maks [4m]

    Nota: Jika jawapan TIDAK ,calon hanya mendapat 1 markah

    sahaja(tiada markah untuk alasan)

    6 (e) F1 - Penyelidikan dan pembangunan 1

    H1 - Untuk meningkatkan kebajikan/ kesihatan/ keselamatan 1

    C1 - SIRIM Berhad 1

    [3m]F2 - Perundangan Perniagaan 1

    H2 - Untuk mengawal penjualan makanan supaya selamat/ kandungan tidak

    membahayakan pengguna 1

    C2 - Akta Makanan 1983 1

    [3m]

    F3 - Kemudahan infrastruktur 1

    3755/2(PP) 11 SULIT 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)

    j2kk

  • 8/14/2019 SPM Trial 2009 Pdg Q&A (Kedah)

    36/36

    SULIT 3755/2(PP)

    H3 - Memperbaiki kemudahan asas/ menaiktaraf talian tetap/ liputan/

    gelombang 1

    C3 - Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia/ Syarikat

    Telekom Malaysia Berhad/ STMB 1

    [3m]Nota: Pilih mana-mana 2F, 2H dan 2C maks 6m

    j2kk