Stpm Pam Kertas1 Set2

16

Click here to load reader

description

STPM PA SKOR A JPN 2005

Transcript of Stpm Pam Kertas1 Set2

Page 1: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

1

900/1 STPM 2005

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 1 SET 2

LEARNING TO SCORE

(ANEKA PILIHAN) (Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 15 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2005

STPM 900/1 [Lihat sebelah

SULIT*

Page 2: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

2

Pendekatan : • Membangunkan ilmu dan moral • Pembangunan seimbang • Keharmonian hidup masyarakat

1. Pernyataan di atas merujuk A Wawasan 2020 B Konsep Islam Hadhari C Kepimp inan Melalui Teladan D Dasar Pendidikan Kebangsaan

2. Antara berikut yang manakah benar tentang sasaran Pelan Integriti Nasional (PIN) ?

A Merapatkan jurang perbezaan antara sektor, kaum, dan wilayah B Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara

berkesan C Memajukan sumber manusia secara kolektif dan mewujudkan tenaga kerja yang

berdisiplin dan produktif D Menjadikan sains dan teknologi sebagai asas penting dalam perancangan dan

pembangunan sosio ekonomi

• Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan • Mewujudkan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial

3. Pernyataan di atas merujuk kepada

A Wawasan 2020 B Dasar Sosial Negara C Dasar Pembangunan Nasional D Dasar Pendidikan Kebangsaan

• Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,

kenegaraan, dan nasionalisme • Meninggikan taraf dan mutu kesenian

4. Pernyataan di atas merupakan strategi yang terkandung dalam

A Dasar Sosial Negara B Pelan Intergriti Nasional C Dasar Kebudayaan Kebangsaan D Dasar-dasar Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dalam

Perkhidmatan Awam

5. Antara berikut yang manakah dasar kerajaan yang berkaitan dengan usaha meningkatkan produktiviti?

I Dasar Pandang Ke Timur II Dasar Pendidikan Kebangsaan

III Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran IV Dasar Hala Cara Baru Pembangunan Kampung dan Desa

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 3: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

3

• Meningkatkan daya pengeluaran dan daya pembelian nasional • Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara

6. Antara berikut yang manakah merujuk kepada pernyataan di atas?

A Dasar Pandang ke Timur B Dasar Pengeluaran Negara C Dasar Kependudukan Negara D Dasar Peningkatan Produktiviti

• Fail meja dan manual prosedur kerja • Penggunaan tanda nama • Kad perakam waktu

7. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas

A Dasar Penswastaan B Dasar Pandang ke Timur C Dasar Pe rsyarikatan Malaysia D Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

8. Antara berikut yang manakah benar tentang objektif Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam ?

A Membangunkan dan memperkasakan insan sepanjang hayat B Menerapkan proses Islamisasi di kalangan rakyat Malaysia. C Memastikan keperluan individu, keluarga, dan masyarakat dipenuhi. D Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan

disegani oleh masyarakat lain. 9. Antara berikut yang manakah merupakan perbuatan rasuah ?

I Menteri Besar menerima cenderamata selepas merasmikan majlis keraian Persatuan Penduduk Desa.

II Anggota polis trafik yang menjalankan tugas hanya menolak sogokan pemandu kereta tanpa mengambil tindakan lanjutan.

III Seorang Ketua Jabatan telah meluluskan projek pembangunan yang salah seorang daripada pemajunya ialah adiknya sendiri.

IV Seorang ahli parlimen menunjukkan kad ahlinya kepada pegawai kastam supaya beg yang dibawanya tidak perlu diperiksa di lapangan terbang.

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

10.

Jenis bantuan dari Malaysia Negara penerima Hasil penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian Maldives Pengurusan pentadbiran Bangladesh Bantuan membangunkan industri kecil dan sederhana Papua New Guinea

Bantuan di atas dikendalikan melalui A Kerjasama Selatan-selatan B Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik C Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia D Rancangan Usaha sama Perindustrian ASEAN

Page 4: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

4

11. Perjuangan Malaysia dalam Dialog Selatan-Selatan adalah tentang I Hutang negara membangun

II Kerjasama dalam bidang pendidikan III Menarik pelabur asing menanam modal di negara anggota IV Membendung penguasaan media massa oleh negara-negara barat

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

12. Antara berikut yang manakah langkah yang diambil oleh ASEAN untuk mengadakan

kerjasama sosial dan budaya ? I Pesta Filem ASEAN

II Peraduan kereta berhias III Bengkel lukisan dan muzik IV Pertandingan antara pusat pelancongan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

13. Antara berikut yang manakah kejayaan Pertubuhan Negara -negara Islam ?

I Menolak pencerobohan Palestin oleh Israel II Pemberian pinjaman kewangan kepada Isreal

III Penubuhan pertubuhan kebudayaan sains dan pendidikan di Rabat IV Penubuhan Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan di Istanbul

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

14. Antara berikut yang manakah faktor-faktor yang diambilkira dalam pembentukan dasar

luar Malaysia ? I Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

II Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi III Ideologi dan fahaman politik sesebuah negara IV Penglibatan dalam Komanwel dan Suruhanjaya Selatan -Selatan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 5: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

5

15. Antara berikut, apakah peranan Malaysia dalam krisis Kampuchea? I Memperjuangkan satu penyelesaian politik secara aman

II Membuka pelaburan dalam bidang perkilangan dan pertanian III Terlibat dalam pembentukan Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea IV Mentadbir negara itu sementara menunggu kerajaan baru Kampuchea dibentuk

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

16. Antara berikut yang manakah dibincangkan dalam persidangan menteri luar OIC di Doha

pada bulan Februari 1998? I Krisis makanan Iraq

II Masalah pelarian Kosovo III Pertandingan ratu cantik dunia IV Penglibatan negara -negara Islam dalam Olimpik

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

17. Antara berikut yang manakah matlamat Malaysia dalam Warisan Bersama Antartika?

I Ekologi dan alam sekitar dipertahankan II Kawasan yang bebas daripada senjata nuklear

III Membenarkan penyelidikan iklim sahaja di Antartika IV Negara-negara yang ada kepentingan sahaja beroleh keuntungan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

• Membebaskan rantau Asia Tenggara daripada percaturan politik kuasa-kuasa besar • Mengelakkan perlumbaan senjata nuklear di rantau Asia Tenggara

18. Pernyataan tersebut mungkin merujuk kepada

A Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) B Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) C Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) D Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) • Memperbaiki hubungan Iran-Iraq • Menyelesaikan masalah Palestine-Isreal

19. Pernnyataan di atas merujuk kepada

A D-8 B Pertubuhan Negara-negar Islam (OIC) C Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) D Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Page 6: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

6

20. Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN yang bersidang di Kuala Lumpur pada 27 November 1971 telah menandatangani Deklara si Kuala Lumpur yang membawa pengisytiharan A Persatuan Asia Tenggara (ASA) B Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) C Skim Tarif Keistimewaan Sama Rata (CEPT) D Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)

21. Yang manakah antara berikut benar tentang kerajaan konfederasi ?

A Kerajaan pusat mempunyai kuasa autonomi dan kerajaan negeri mempunyai kuasa yang rendah

B Kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah seimbang dalam aspek pemerintahan negara

C Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi masing-masing dalam bidang tertentu

D Kuasa memerintah kerajaan pusat amat terhad dan kebanyakan kuasa terletak dalam tangan kerajaan negeri.

22. Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi

I Hak-hak asasi rakyat demi melindungi kepentingan rakyat II Undang-undang tertinggi yang penting untuk pembentukan negara

III Hak-hak istimewa orang bukan Melayu dan kaum Bumiputera yang lain IV Sejarah perkembangan kebudayaan dan agama kaum-kaum utama di Malaysia

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

23. Antara berikut yang manakah bidang kuasa kerajaan persekutuan dalam urusan

penubuhan sesebuah universiti awam ? I Pembekalan air

II Peruntukan kewangan III Pengeluaran sijil menduduki bangunan IV Perlantikan pihak pentadbir dan pensyarah

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

24. Yang manakah benar tentang fungsi Majlis Tanah Negara ?

A Meluluskan undang-undang tanah B Menyeragamkan hasil pungutan cukai tanah C Mengeluarkan lesen penukaran status penggunaan tanah D Menyelaraskan dasar penggunaan tanah di seluruh Persekutuan

25. Antara berikut yang manakah Jabatan Negeri yang utama di Kedah ?

A Jabatan Agama Islam Kedah B Pejabat Kewangan Negeri Kedah C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Page 7: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

7

26. Di Sabah badan yang mengandungi Exco Negeri yang memerintah Sabah dinamakan A Kabinet Negeri B Majlis Tertinggi C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sabah D Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah

• Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) • Jabatan Perangkaan • Jabatan Audit Negara • Jabatan Kemajuan Kraftangan Malaysia

27. Agensi-agensi di atas terletak di bawah bidang kuasa

A Kementerian Kewangan B Jabatan Perdana Menteri C Kementerian Sumbar Manusia D Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

28. Antara berikut yang manakah badan di bawah yang menyelesaikan sungutan orang

ramai tentang kementerian serta jabatan kerajaan ? A Jabatan Audit Negara B Biro Bantuan Guaman C Biro Pengaduan Awam D Badan Pencegah Rasuah

29. Antara berikut, yang manakah menggambarkan kebebasan dan kepentingan sesebuah

Suruhanjaya? I Suruhanjaya ditubuhkan melalui perlembagaan

II Saraan ahli Suruhanjaya ditetapkan oleh kabinet III Ahli Su ruhanjaya dipilih dalam pilihanraya umum IV Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh orang politik

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

30. Antara berikut yang manakah majlis yang ditubuhkan untuk tujuan penyelarasan antara

kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri ? I Majlis Tanah Negara

II Majlis Ekonomi Negara III Majlis Perhutanan Negara IV Majlis Keselamatan Negara

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 8: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

8

31.

• Bekalan air dan elektrik • Sistem perparitan dan saliran • Sijil Menduduki Bangunan

Pihak manakah yang mengeluarkan sijil menduduki bangunan ? A Pejabat Daerah B Majlis Perbandaran C Dewan Undangan Negeri D Pejabat Kemajuan Ekonomi Negeri

32. Antara berikut yang manakah tujuan utama kerajaan tempatan diwujudkan ?

A Menjaga kebersihan kawasan sekitar B Meningkatkan pendapatan melalui kutipan cukai pintu dan cukai yang lain C Menjamin Indah Water Konsortium menjalankan pelupusan air kumbahan dengan

baik D Memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam

pengurusan kewangan yang didiami oleh mereka

33. Encik Richard Edmond merupakan warganegara Amerika. Dia ingin mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Antara berikut, yang manakah syarat-syarat yang harus dipenuhi sebelum beliau layak memohon ?

I Mempunyai aset di Malaysia II Berkahwin dengan warganegara Malaysia

III Berpengetahuan Bahasa Melayu yang minimum IV Bermastautin di Persekutuan selama 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh

permohonan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

34. Antara berikut yang manakah merupakan pejabat kerajaan pusat di peringkat negeri ?

I Pejabat Kewangan Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak II Pejabat Setiausaha Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak

III Pejabat Kemajuan Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak IV Pejabat Penasihat Undang-undang Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

35. Antara berikut yang manakah benar tentang Ketua Setiausaha Negara ? A Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong B Boleh dilantik menjadi Ahli Dewan Negara C Boleh terlibat dalam bidang perniagaan secara aktif D Menjadi ketua kepada seluruh perkhidmatan awam kerajaan

Page 9: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

9

36. Antara berikut yang manakah memerlukan pilihan raya kecil diadakan ? I Seorang Ahli Dewan Negara meninggal dunia

II Seorang ahli Dewan Rakyat dituduh di Mahkamah Syariah atas kesalahan khalwat

III Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri diisytiharkan muflis setelah setahun menjadi ahli

IV Seorang Menteri Besar dijatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

37. Antara berikut yang manakah menyebabkan seseorang itu boleh dihadapkan ke

mahkamah atas tuduhan jenayah ? I writ

II Afidavit III waran tangkap IV tangkapan tanpa waran

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

38. Waris daripada isteri kedua Dato’ PQR ingin merebut harta perniagaan Dato’PQR yang telah diserahkan kepada anak-anak isteri pertamanya. Maka prosedur kes ini mengikut susunan yang betul ialah

I defenden membalas surat guaman II plaintif menuntut melalui surat guaman

III peguam plaintif memohon writ mahkamah IV defenden menyerahkan afidavit V keputusan dibuat oleh mahkamah

A I, II, III, V dan IV B II, III, IV, I dan V C II, IV. III, I dan V D II, III,I ,IV dan V

39. Antara kes berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa Mahkamah Tentera ?

I Anggota tentera yang tidak mematuhi peraturan dalam kem tentera II Anggota tentera yang tidak hadir bertugas selama 10 hari tanpa sebab III Anggota tentera yang ditangkap atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel IV Anggota tentera yang menggunakan senjatanya untuk melakukan jenayah

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

Page 10: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

10

40. Antara berikut yang manakah merupakan padanan betul berkaitan jenis mahkamah dengan gelaran pemimpin sidang perbicaraan

Jenis Mahkamah Mahkamah Pemimpin I Mahkamah Bagi Kanak-kanak Majistret Kelas I II Mahkamah Penghulu Ketua Kampung III Mahkamah Rendah Syariah Hakim Mahkamah Rendah Syariah IV Mahkamah Rayuan Hakim Besar

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

41.

• mengurus tuntutan ganti rugi terhadap pembekal • tuntutan sivil yang nilainya melebihi RM10,000.00

Pernyataan di atas merujuk kepada

A Tribunal Khas B Tribunal Timbang Tara C Tribunal Tuntutan Pengguna D Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

42. Antara berikut siapakah yang boleh dipecat melalui Tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ?

I Perdana Menteri II Hakim Mahkamah Tinggi

III Ketua Setiausaha Negara IV Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

43.

• Mengawal etika profesion • Berhak untuk melucutkan lesen pengamalan profesion anggotanya • Boleh menjatuhkan hukuman denda sehingga RM5,000.00

Pernyataan di atas merujuk kepada

I Majlis Peguam II Tribunal Tuntutan Pengguna

III Persatuan Perubatan Malaysia IV Pesuruhjaya Khas bagi Cukai Pendapatan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 11: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

11

44. Antara berikut yang manakah merupakan tugas Sultan dalam badan perundangan negeri ?

I Merasmikan pembukaan penggal Dewan Undangan Negeri II Membincangkan rang undang-undang negeri

III Melantik Ahli Dewan Undangan Negeri IV Membubarkan Dewan Undangan Negeri

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

45.

• Menyelaras dasar pinjaman luar • Mentadbir peraturan pinjaman kerajaan negeri • Meluluskan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan

Pernyataan di atas merujuk kepada peranan

A Bank Negara Malaysia B Kementerian Kewangan C Perbendaharaan Negara D Unit Perancang Ekonomi

Soalan 46 dan 47 berdasarkan jadual 1 di bawah

Jadual 1 : Jumlah Penduduk Di Kawasan Bandar Dan Luar Bandar, Negara X, dari Tahun 1990 hingga 2000 (Juta orang)

Tahun 1980 1990 2000 Kawasan Bandar Luar

Bandar Bandar Luar

Bandar Bandar Luar

Bandar Jumlah penduduk Mengikut kawasan Selatan Utara Barat Timur Tenggara

1704 247 218 318 678 143

2281 320 210 290 938 523

2585 368 427 280 880 630

3445 310 190 310 1400 1235

3953 486 390 320 1500 1257

2119 210 240 280 1300 89

46. Yang manakah antara pernyataan berikut benar mengenai penduduk bandar di negara X dari tahun 1998 -2000 ?

I pada tahun 1980, 12.79% daripada penduduk bandar di negara X terdapat di utara

II Di u tara, peratusan pertambahan penduduk bandar antara tahun 1980 hingga 2000 ialah sebanyak 7.8%

III Purata pertambahan penduduk bandar di kawasan timur pada tahun 1980-2000 adalah melebihi 40 juta orang setahun

IV Di kawasan selatan, pertambahan penduduk bandar didapati menunjukkan pertambahan yang ketara iaitu melebihi 40% dalam setiap 10 tahun antara tahun 1980-2000

A I dan II B I dan III

Page 12: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

12

C II dan IV D III dan IV

47. Yang manakah antara berikut mengalami peratusan pertambahan penduduk luar bandar

paling tinggi bagi tahun 1980-2000 ? A Barat B Timur C Utara D Selatan

Soalan 48 dan 49 berdasarkan Jadual 2 di bawah

Jadual 2 : Hasil Pengeluaran Koko Dunia Bagi Tahun 2002 dan 2003 (Juta RM)

Tahun Negara 2002 2003

Ivory Coast 11.85 12.75 Brazil 8.70 12.20 Ghana 4.74 4.95 Nigeria 3.45 4.50 Cameroon 3.24 3.60 Malaysia 2.40 3.00 Ecuador 1.80 2.25 Jumlah 36.18 43.25

48. Antara berikut yang manakah negara yang menghasilkan lebih kurang 7% daripada jumlah hasil koko dunia pada tahun 2002 dan 2003 ? A Brazil B Ghana C Malaysia D Ivory Coast

49. Antara berikut yang manakah benar tentang pengeluaran koko ?

I Pada tahun 2003, hasil pengeluaran koko meningkat sebanyak 10% II Pada tahun 2003, Brazil mengeluarkan koko hampir empat kali ganda

pengeluaran koko Malaysia III Pada tahun 2003, peratusan pengeluaran koko bagi Ghana lebih tinggi daripada

pengeluaran koko pada tahun 2002 IV Pada tahun 2003, jumlah pengeluaran koko bagi Ivory Coast dan Brazil lebih

setengah daripada jumlah pengeluaran koko negara-negara pengeluar yang lain

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

50. Encik Robert menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar syarikat dengan gaji RM60,000 setahun. Selain itu, beliau juga mendapat 1.2 % komisen daripada jumlah penjualan syarikat. Jumlah jualan tahun 2003 ialah RM10 juta dan RM7 juta untuk 6 bulan pertama tahun 2004. Secara purata, berapakah pendapatan bulanan beliau bagi tempoh Julai 2003 hingga Jun 2004 ?

Page 13: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

13

A RM10,000 B RM 14,000 C RM15,000 D RM17,000

Soalan 51 dan 52 berdasarkan Jadual 3 di bawah. Jadual 3 : Pasaran Saham bagi Negara-negara Terpilih (1.9.1998 hingga 29.8.2003)

Pasaran Saham 1 September 1998 (Mata)

31 Disember 2002 (Mata)

29 Ogos 2003 (Mata)

Bangkok Hong Kong Jakarta Kuala Lumpur London Manila New York Seoul Singapura Taipei Tokyo

211.09 7062.47 325.85 262.70 5118.70 1191.76 7821.43 309.71 823.33 6335.09 14639.63

356.48 9327.29 424.95 648.43 3940.40 1018.41 8341.63 627.55 7341.03 4452.45 8578.95

537.71 10908.99 529.68 743.30 4198.00 1192.83 9374.21 759.47 7599.25 5650.83 10343.55

51. Pasaran Saham yang mengalami peningkatan peratus perubahan terbanyak antara 1

September 1998 hingga 29 Ogos 2003 ialah pasaran saham bagi A Seoul B Bangkok C Hong Kong D Kuala Lumpur

52. Pilih pernyataan yang benar tentang Jadual 3.

I Bangkok mengalami peningkatan terkecil antara 1 September 1998 dengan 31 Disember 2002

II Pasaran Saham Tokyo menunjukkan perubahan mata yang tidak konsisten antara tempoh tersebut

III Singapura merupakan antara tujuh buah bursa saham yang mengalami peningkatan nilai mata secara berterusan

IV Taipei mengalami penurunan nilai mata sebanyak 10.8 peratus antara 1 September 1998 dengan 31 Disember 2002

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

53. A ialah anak B dan cucu C. Ketika A lahir, B sudah berusia 31 tahun 6 bulan dan C

sudah hampir 56 tahun. Dua puluh tahun kemudian, iaitu pada 30 Mei 1972, C meninggal dunia. Ketika itu A baru dua bulan menyambut hari jadinya. Bilakah A dilahirkan ? A 31 Mac 1928 B 31 Mac 1952 C 30 April 1952 D 31 Mei 1952

Page 14: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

14

Soalan 54 berdasarkan Jadual 4 di bawah Jadual 4: Perintah Penghukuman Muflis Oleh Mahkamah Kepada Individu Perseorangan Dari Tahun 1992 hingga November 1995.

Negeri 1992 1993 1994 1995* Kedah/Perlis Pulau Pinang Perak Selangor Wilayah Persekutuan Negeri Sembilan Melaka Johor Kelantan/Terengganu Pahang Sabah Sarawak

32 95 97 134 222 23 43 80 29 34 50 59

31 76 134 208 226 63 52 77 30 37 80 38

68 87 128 241 363 62 110 83 50 76 45 86

72 109 186 236 399 63 130 160 88 94 124 71

Jumlah 899 1052 1399 1741 Nota * Januari hingga November 54. Berdasarkan jumlah kemuflisan individu perseorangan pada tahun 1994, sebanyak 6.22

% daripadanya terdapat di A Johor B Melaka C Pahang D Pulau Pinang

Soalan 55 dan 56 berdasarkan Jadual 5 di bawah

Jadual 5 : Kaunter-kaunter Terpilih di Bursa Saham Kuala Lumpur (Sektor Perladangan) Yang Tutup pada 24.2.2005

Tahun

Tinggi Rendah Industri Harga

Tutup Perubahan harga (sen)

Jumlah(‘000)

2.34 6.40 4.52 2.80 1.51 5.25

1.63 5.60 3.10 2.20 0.34 4.30

Air Molek Batu Kawan Golden Hope NSOP MVest Utd Plantation

1.63 5.90 3.76 2.32

0.775 4.90

-4

kekal -6 -5 -2 -5

565 111 150 122

11400 90

55. Kaunter manakah yang mengalami peratusan perubahan harga tahunan yang paling

tinggi ? A NSOP B Air Molek C Golden Hope D Utd Plantation

Page 15: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

15

56. Kaunter manakah yang mengalami peratusan kejatuhan harian yang paling besar ? A NSOP B Air Molek C Golden Hope D Utd Plantation

57. Kos bahan binaan untuk sebuah bangunan setingkat dianggarkan RM650.00 semeter

per segi. Saiz bangunan yang akan dibina ialah 10 meter lebar dan 15 meter panjang. Dengan kadar keuntungan sebanyak 30% dan upah kerja RM65 semeter per segi, hitung harga jualan bangunan berkenaan. A RM 97500 B RM107250 C RM126750 D RM139425

Soalan 58 berdasarkan jadual 6 di bawah. Jadual 6 : Peruntukan Perumahan Sektor Awam dan Sektor Swasta pada Tahun 1995 di Malaysia

Sektor Awam Sektor Swasta Jenis Rumah Jumlah(unit) % Jumlah(unit) %

Kos Rendah 126800 72.9 217000 54.4 Kos Sederhana 44600 25.6 155900 39.1 Kos Tinggi 2600 1.5 26100 6.5

58. Antara berikut yang manakah benar tentang Jadual 6 ? I Perbezaan peratusan antara jumlah rumah kos tinggi awam dengan swasta

ialah 5% II Nisbah rumah kos sederhana antara sektor awam dengan se ktor swasta ialah

1: 3.49 III Rumah kos rendah yang akan dibina oleh sektor swasta adalah sebanyak 60%

daripada jumlah rumah IV Nisbah antara rumah kos sederhana dengan rumah kos rendah dalam sektor

awam ialah 1:2.84

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Harga Belian Kereta : Euro 25,000 Kos Pengangkutan : Euro 2,000 Cukai Import Kereta : 150% daripada harga belian yang dikira dalam RM Kadar Pertukaran satu Euro : Jualan - RM 5.10

Belian - RM5.03 59. Berdasarkan butir-butir di atas, berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Encik Y yang

tinggal di Kuala Lumpur untuk mengimport sebuah kereta dari Eropah ? A RM 135,810.00 B RM 137,700.00 C RM 324,435.00 D RM 328,950.00

Page 16: Stpm Pam Kertas1 Set2

SULIT*

Halaman

16

Soalan 60 berdasarkan permasalahan berikut. Encik James bekerja di Bandar A. Beliau tinggal di Bandar B. Jarak di antara Bandar A dan B ialah 85 kilometer. Bandar A dan B dihubungkan oleh sebuah lebuhraya yang kadar bayarannya ialah 9 sen sekilometer. Dia bekerja 6 hari seminggu .

60. Berapakah jumlah wang perbelanjaan tol yang terpaksa dikeluarkan oleh Encik James

dalam tempoh 4 minggu beliau menjalankan tugasnya? A RM 15.30 B RM 61.20 C RM 91.80 D RM 367.20