Post on 04-Jul-2019
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK.
24 – 25 MEI 2014 / MYDIN HYPERMART MERU
1. OBJEKTIF
a) Menggalakkan guru menghasilkan inovasi
b) Menyediakan platform bagi guru menampilkan hasil inovasi mereka
c) Memberi pengiktirafan kepada guru yang menghasilkan inovasi
2. KELAYAKAN PENYERTAAN
a) Pertandingan ini terbuka kepada semua guru kecuali guru sekolah swasta
b) Bagi kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah diantara 2-3 orang. Ahli
kumpulan mesti dari sekolah yang sama.
c) Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan dalam pertandingan ini tidak layak
bertanding, kecuali telah dibuat penambahbaikan.
d) Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.
e) Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama (JOHAN) dalam pertandingan ini
atau pertandingan lain di peringkat kebangsaan atau antarabangsa tidak layak
dicalonkan.
3. KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori pertandingan iaitu:
A. Pembelajaran dan Pengajarani. Kategori Individu Prasekolahii. Kategori Individu Sekolah Rendahiii. Kategori Individu Sekolah Menengahiv. Kategori Kumpulan
B. Teknikal dan Perkhidmatan
C. Pengurusan
4. JUMLAH PENYERTAAN
Setiap PPD mestilah menghantar sekurang-kurangnya DUA penyertaan namun
digalakkan ada penyertaan bagi setiap kategori.
5. TEMPAT PERTANDINGAN
MYDIN HYPERMART MERU
6. BORANG PERTANDINGAN
a) Borang pertandingan boleh diperolehi di PPD masing-masing
b) Selain borang pertandingan, peserta diminta untuk menyediakan 1 salinan kertas projek dan diserahkan kepada PPD masing-masing sebelum atau pada 25 April 2014.
c) Setiap kertas projek perlu disertakan bersama salinan abstrak/ringkasan projek. (abstrak/ringkasan projek tidak melebihi 100 patah perkataan dan hendaklah ditaip dalam satu muka surat kertas bersaiz A4).
d) Satu salinan abstrak projek akan diberikan kepada hakim sebelum waktu perujian. Peserta dibenar mempamerkan salinan-salinan kertas kajian, jurnal projek dan item lain untuk dipaparkan di ruang pameran mereka.
e) Jawatankuasa penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan.
7. KOD ETIKA
a) Penghakiman dalam pertandingan ini juga mengambil kira etika dan integriti
terutamanya terhadap perkara-perkara berikut:
i) Ketulenan idea / plagiarisme
ii) Pengubahsuaian terhadap penyelidik lain
iii) Pemalsuan data
8. MAKLUMAT AM
a) Pihak urusetia berhak untuk memelihara, menyimpan dan membukukan hasil kajian
peserta.
9. PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK
Seperti dilampiran
10. FORMAT KERTAS PROJEK
Muka Surat Penerangan
Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta dan institusi. Tajuk perlu ditulis dengan “bold” dan mudah dibaca
Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian (nyatakan persoalan kajian hipotesis, metodologi, hasil, analisis dan kesimpulan kajian)
Isi kandungan Nyatakan bilangan dan nombor muka surat mengikut topik. Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah atau hujung kiri setiap muka surat.
Metodologi / Proses kajian Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan, rawatan dan prosedur yang dijalankan.
Manual operasi Terangkan proses kerja yang digunakan dalam pegumpulan data dan pemerhatian.
Hasil kajian Analisa kajian, tafsiran keputusan dan hasil dapatan
Perbincangan dan keputusan Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan perlu dianalisa secara terperinci, membuat perbandingan antara nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal dan sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada serta ringkasan perlu spesifik.
Rujukan Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan dokumentasi yang bukan hasil persendirian.
11. PENYAMPAIAN LAPORAN PROJEK
a) Peserta diberi masa selama 10 minit sahaja untuk membentangkan hasil
kajian/inovasi dalam Bahasa Melayu dan menjawab soalan yang diajukan oleh
hakim.
12. KRITERIA PENGADILAN
a) Panel hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan memilih
pemenang berdasarkan kriteria berikut:
i) Kreativiti dan Inovasiii) Bentuk Inovasiiii) Aplikasi Inovasiiv) Penggunaan Hasil Inovasiv) Potensi Inovasi Untuk Disebarluaskanvi) Keberkesanan Kos
b) Penghakiman akan juga mengambil kira pengetahuan peserta mengenai rekacipta
yang disertakan termasuklah penggunaan teknologi terkini, fungsi model serta status
rekacipta yang meliputi tahap penyelidikan, pembangunan dan penyediaan untuk
hasil tersebut. Berikut adalah perincian kriteria pemarkahan:
Instrumen pemarkahan adalah seperti berikut :
Bil Aspek Penyataan1 A
Kreativiti dan Inovasi(30%)
1.1 Idea yang kreatif (6%)1.2 Berfokus kepada objektif inovasi (6%)1.3 Pendekatan yang kreatif (6%)1.4 Relevan dengan keperluan semasa
(6%)1.5 Inovasi yang menarik perhatian (6%)
2 BBentuk Inovasi
(20%)
2.1 Jelas (4%)2.2 Kemas dan teratur (4%)2.3 Mesra pengguna (4%)2.4 Kepelbagaian guna (4%)2.5 Mesra alam (4%)
3 CAplikasi inovasi
(15%)
3.1 Hasil inovasi memudahkan guru/pengguna untuk mengajar (5%)
3.2 Hasil inovasi berupaya menjimatkan masa guru mengajar/pengguna (5%)
3.3 Hasil inovasi meyakinkan guru/pengguna (5%)
4 DPenggunaan hasil
inovasi(15%)
4.1 Menarik minat murid untuk belajar / pengguna baru (5%)
4.2 Membantu mueningkatkan keupayaan penghasilan produk/perkhidmatan (5%)
4.3 Meningkatkan prestasi murid/hasil kerja (5%)
5 EPotensi inovasi untuk disebar
luas(10%)
5.1 Berpotensi untuk disebarkan kepada pengguna dalaman (5%)
5.2 Berpotensi untuk disebarkan kepada pengguna luaran (5%)
6 FKeberkesanan
kos(10%)
6.1 Kos penghasilan bahan berpatutan (5%)
6.2 Kos berkurangan berbanding dengan pendekatan konvensional (5%)
13. ANUGERAH DAN HADIAH
a) Pemberian pingat adalah berdaarkan kepada kategori markah seperti berikut:
EMAS : 85% – 100%
PERAK : 70% - 84%
GANGSA : 60% - 69%
b) Setiap penyertaan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas, Perak atau
Gangsa.
c) Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.
14. PAMERAN
a) Setiap peserta disediakan ruang pameran yang mempunyai 2 meja dan 2 kerusi.
Semua peserta diminta menyediakan bahan keperluan (termasuklah label dan
abstrak) untuk tujuan pameran dan demonstrasi.
b) Kos persiapan ruang pameran adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
15. TARIKH TUTUP DAN PENGHANTARAN PENYERTAAN
Borang penyertaan yang lengkap mestilah di hantar kepada PPD masing-masing
beserta dengan “SOFTCOPY” sebelum atau pada 25 April 2014.
16. PENGISTIHARAN PEMENANG
a) Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan hadiah yang
diberi pada hari pertandingan.
17. UNTUK PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI
Nama : Saharuddin bin Bajuri
No H/P : 012 – 400 1800
Nama : En Razhari bin Ishak
No H/P : 012 – 372 2399
CONTOH CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN
Lampiran A
BORANG PENDAFTARAN
PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014
Arahan: Borang yang lengkap diisi bersama dengan ABSTRAK INOVASI / REKA CIPTA hendaklah dihantar kepada PPD masing-masing sebelum atau pada 25 APRIL 2014.
A. MAKLUMAT SEKOLAH
Nama sekolah : SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG
Alamat sekolah : Jalan Kota Bahru, 31600 Gopeng,
Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05 - 359 7688
No. Faks : 05 - 359 1788
Emel : SbpiGopengprk@yahoo.com
B. MAKLUMAT PESERTA
Butiran Peserta 1
Nama penuh (HURUF BESAR) : FARHAH NADHIRAH BT ABD MANAB
No. Kad Pengenalan : 950424-14-7348
Tingkatan : 5
Tarikh Lahir : 24/04/1995
Jantina : PEREMPUAN
CONTOH CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN
C. BUTIRAN PROJEK ATAU PENYELIDIKAN
Tajuk projek/penyelidikan : POWER GENERATION FOR A TRAFFIC LIGHT SYSTEM
BASED ON VIBRATION ENERGY
Pilihan Kategori :
Kelas A : Pembelajaran dan Pengajaran
i) Individu Prasekolahii) Individu Rendahiii) Individu Menengahiv) Kumpulan
Kelas B : Teknikal dan Perkhidmatan
Kelas C : Pengurusan
Adakah anda telah membuat ‘patent/novelty search’ projek/penyelidikan?
/////
/////
Adakah projek/penyelidikan ini pernah dipertandingkan pada tahun-tahun lepas?
Adakah projek/penyelidikan ini memerlukan bekalan kuasa elektrik?
Adakah projek/penyelidikan ini memerlukan bekalan air?
CONTOH MENULIS ABSTRAK
TAJUK
SISTEM PENJANAAN KUASA LAMPU ISYARAT BERASASKAN GETARAN
ABSTRAK
Pengumpulan tenaga merupakan proses dimana tenaga dikumpulkan melalui sumber luaran.
Pengumpulan tenaga ini dijana untuk menukarkan sesuatu ke dalam bentuk tenaga yang
tersedia sebagai contoh solar, angin, thermal dan tenaga mekanikal ke dalam bentuk tenaga
elektrik. Salah satu tenaga asli yang terdapat sekarang ini ialah tenaga getaran. Objektif utama
projek ini dibuat adalah untuk menghasilkan tenaga melalui getaran untuk digunakan oleh
lampu isyarat yang diperolehi daripada pergerakan kenderaan. Untuk menukarkan tenaga
getaran kepada tenaga elektrik. projek ini menggunakan konsep electrostatic, piezoelectric and
TIDAK
TIDAK
TIDAK
TIDAK
electromagnetic induction. Electromagnatic juga merupakan alat yang sesuai digunakan untuk
mengumpulkan tenaga. Sebagaimana yang kita ketahui kebanyakan lampu isyarat sekarang
menggunakan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad dan ia memerlukan
kos yang tinggi. Maka dengan menggunakan tenaga getaran ini, ia dapat menjimatkan kos
disamping dapat meminimumkan penyelengaraannya.
CONTOH CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN
D. PENGESAHAN DAN SOKONGAN PENGETUA
Saya telah menyemak setiap butiran yang dinyatakan dan mengesahkan bahawa semua
butiran adalah benar.
Tandatangan :
Nama Pengetua : Hajah Aziah binti Mohd Rafei
Cop Sekolah :
Tarikh : 25 APRIL 2014
Lampiran B
JABATAN PENDIDIKAN PERAK
PENGESAHAN MAKLUMAT CALON
SALINAN KAD PENGENALAN GURU YANG DICALONKAN
Bahagian hadapanKad pengenalan
Bahagian belakangKad Pengenalan
Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar (seperti ditunjukkan di atas) mengiringi penerangan inovasi yang dicalonkan oleh PPD ____________________________________________ adalah butiran kad pengenalan saya yang terkini.
______________________________ ___________________
(Tandatangan Guru yang Bertanding)(Tarikh)
Saya mengesahkan salinan kad pengenalan guru yang dicalonkan oleh PPD ________________________ untuk bertanding dalam Anugerah Guru Inovatif di bawah kategori Pembelajaran dan Pengajaran / Teknikal dan Perkhidmatan / Pengurusan. *(potong pilihan yang tidak berkenaan)
_____________________________________________________ ___________________
(Tandatangan dan Cop Pegawai Pertandingan Guru Inovatif PPD)(Tarikh)
Lampiran C
PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT NEGERI PERAK
PENERANGAN INOVASI
Guru yang dicalonkan oleh PPD untuk pertandingan Guru Inovatif hendaklah menyediakan satu penulisan yang mengandungi perkara-perkara berikut :
1. Tajuk Projek
2. Abstrak
3. Isi Kandungan
5. Metodologi / Proses Kajian
6. Manual Operasi
7. Hasil Kajian
8. Perbincangan dan Keputusan
9. Rujukan
10. Poster yang menerangkan keseluruhan berkenaan inovasi yang BERSAIZ BANTING 2X5
CONTOH POSTER