Post on 06-Feb-2018
02/2 BAHASA MELAYU/PERCUBAAN Kertas 2 Ogos 2012 2JAM
BAHASA MELAYU
Tingkatan 3
Kertas 2
Dua Jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Sahagian A, Sahagian 8, Sahagian C
dan Sahagian D.
2. Sahagian A terdiri daripada dua bahagian : Sahagian A(i) dan Sahagian A(ii). Anda
dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Sahagian B dan Sahagian D
juga mesti dijawab manakala Sahagian C mempunyai lima pi/ihan soalan dan anda diminta
supaya menjawab satu soa/an sahaja.
3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Sahagian A, 25 minit
untuk Sahagian B, 45 minit untuk Sahagian C dan 10 minit untuk Sahagian D.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.
Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak
[Lihat Halaman Sebelah]
www.lamanbahasa.wordpress.com
2 02/2
Sahagian A(i)- Ringkasan . [20 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan mewujudkan hutan rekreasi di negara kita. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud a sal petikan.
Kini penduduk dunia telah mula memberikan perhatian terhadap alam semula jadi.
Masyarakat mula menyedari pentingnya hutan kepada alam dan hidupan khususnya manusia.
Maka langkah-langkah yang pragmatik mula difikirkan demi kelangsungan hutan. Kawasan
hutan dijadikan kawasan rekreasi dan tempat beriadah, sesuai dengan persekitarannya yang
tenang, hijau dan damai. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil inisiatif
mewujudkan hutan rekreasi bagi memenuhi kepentingan yang tertentu.
Antara kepentingannya termasuklah menyediakan tempat-tempat untuk beristirahat dan
beriadah seperti tempat .untuk berkelah dan bermandi-manda, tempat menikmati keindahan
taman tumbuh-tumbuhan, tempat meninjau persekitaran hutan dan sebagainya. Selain itu,
dengan adanya hutan rekreasi ini, dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya
memelihara keaslian alam sekitar dan khazanah yang berharga. Dalam masa yang sama,
perasaan cinta dan menghargai alam sekitar dapat dipupuk dalam kalangan generasi muda.
Bagi individu yang sentiasa beke~a dalam tekanan, mereka dapat membebaskan diri
dan fikiran daripada kesibukan kerja harian dan kesibukan kota. Pelbagai aktiviti dapat
dilakukan di hutan rekreasi ini. Antaranya termasuklah aktiviti mendaki bukit dan gunung,
berkhemah di hutan, menyertai aktiviti lasak seperti menjelajah hutan, kawat berpandu dan
sebagainya. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat memberikan dorongan dan peluang untuk
menjelajah kawasan hutan sambil menikmati serta menghargai keindahannya.
Dengan adanya hutan rekreasi juga,pihak-pihak tertentu dapat menambah kawasan
kajian dan penyelidikan terhadap ekologi hutan tropika bagi tujuan pelajaran dan pengetahuan
sains, terutamanya golongan muda dan pelajar. Dengan itu, kawasan hutan dapat dikekalkan
supaya dapat berfungsi sebagai pengimbang alam sekitar dan bertindak sebagai penapis
kepada kegiatan pembangunan lain di sekelilingnya. Tarikan flora dan fauna daripada habitat
aslinya yang dipersembahkan dalam bentuk keunikan semula jadi mampu memberikan
kepuasan kepada para pengunjung yang benar-benar mencintai keindahan alam semula jadi.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rencana Hutan Rekreasi dan Muzium Terbuka Hutan
Hujan Tropika Sungai Udang, Dewan Siswa September 2005)
©2012 Hak Cipta MPSM Pahang
www.lamanbahasa.wordpress.com
3 02/2
Sahagian A(ii) - Pemahaman
[10 markah}
Berdasarkan petikan Sahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
1. Apakah maksud rangkai kata mengambil inisiatif? [2 markah]
2. Berdasarkan petikan , mengapakah langkah-langkah diambil untuk memastikan
kelangsungan hutan?
[4 markah]
3. Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya kita tidak memelihara hutan-hutan di
negara kita? [ 4 markah]
©2012 Hak Cipta MPSM Pahang
www.lamanbahasa.wordpress.com
4 02/2
Sahagian B
[20markah]
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca-punca keracunan
makanan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pengabaian kebersihan premis jualan
Makanan yang
terdedah
©2012 Hak Cipta MPSM Pahang
Tldak mencuci tangan sebelum makan
Peralatan yang tidak bersih
www.lamanbahasa.wordpress.com
5 02/2
Sahagian C
[40 markah]
Pilih satu daripada soalan di bawah. Tu/is sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.
1. Budi Bahasa Budaya Kita
Nyatakan ciri-ciri seorang yang berbudi bahasa.
2. lbu bapa merupakan ketua dalam institusi keluarga.
Huraikan peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia.
3. Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Tajuk
syarahan ialah" Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara ".
Sediakan teks syarahan selengkapnya.
4. Belakangan ini, kejadian jenayah sering berlaku di kawasan setempat.
Hal ini menjadi kebimbangan kepada pelbagai pihak.
Nyatakan peranan masyarakat dalam menjamin keselamatan setempat.
5. Peribahasa " Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" bermaksud
cita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai.
Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.
©2012 Hak Cipta MPSM Pahang
www.lamanbahasa.wordpress.com
6 02/2
Sahagian D
[10 markah]
Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang tefah anda kaji di sama ada di Tingkatan 1,
Tlngkatan 2 atau Tingkatan 3
i) Bukan Duniaku, karya Aida Shakira
ii) Le.stari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir
iii) Merenang Gelora karya Ruslan Ngah
Nilai
I I Kasih sayang Kerajinan Ketabahan
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai di atas.
KERTAS SOALAN TAMAT
020U Hak Cipta MPSM Pahang
www.lamanbahasa.wordpress.com