1. Murid Tingkatan Tiga (3) tahun 2015 dipelawa untuk ... · PDF fileElektronik Industri ......

Post on 06-Feb-2018

225 views 2 download

Transcript of 1. Murid Tingkatan Tiga (3) tahun 2015 dipelawa untuk ... · PDF fileElektronik Industri ......

LAMPIRAN A

1. Murid Tingkatan Tiga (3) tahun 2015 dipelawa untuk memohon bagi mengikuti

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara

(IKTBN) berikut:

IKTBN Bukit Mertajam , Pulau Pinang

Kursus SKM

Teknologi Pemesinan CNC

Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die)

Mekanik Industri

Elektronik Industri

IKTBN Pagoh , Johor

Kursus SKM

Teknologi Pemesinan CNC

Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die)

Mekanik Industri

Kimpalan

Syarat Kemasukan Murid

Bagi Murid Tingkatan 3 Tahun 2015

(Aliran Perdana & Aliran Pendidikan Asas Vokasional)

Calon adalah Warganegara Malaysia;

Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan /

Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;

Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atau

Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;

Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing

manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh

mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);

Calon sihat tubuh badan;

Calon bebas daripada masalah mental ;

Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan

Calon berminat dengan kursus dipohon.

Kemudahan yang disediakan :

Asrama disediakan

Elaun RM 100/bulan (Tahap 1/2)

Elaun RM 200/bulan (Tahap 3)

Makan minum : ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan

Maklumat kursus :

Murid akan mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1/2/3 selama dua

(2) tahun di IKTBN yang terlibat.

Murid akan mengikuti On Job Trainning selama 3 bulan di bawah

tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Murid akan mengikuti modul pengajaran sepenuhnya oleh IKTBN dan KBS

Murid akan menjadi belajar sepenuh masa di bawah tanggung jawab KBS.

Permohonan :

Permohonan online Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Di Institut Kemahiran Tinggi

Belia Negara (IKTBN) Ambilan Januari 2016 dibuka mulai 26 November hingga 20

Disember 2015.

Sila layari laman sesawang KPM, http://www.moe.gov.my / http://www.sptv.moe.gov.my

Sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut, boleh terus menghubungi 03884 5067 /

5089 / 5088