13. Pembentukan Kata Kerja Bahasa Melayu

Post on 29-Dec-2014

95 views 0 download

description

morfologi

Transcript of 13. Pembentukan Kata Kerja Bahasa Melayu

PEMBENTUKAN KATA KERJA BAHASA MELAYUKata kerja majmukKata kerja ganda

Disediakan: Mohammad Noor Safiq bin Junaidi

Kata Kerja Majmuk

•Kata kerja majmuk ialah rangkaian dua morfem bebas atau lebih.

•Beberapa contoh kata majmuk yang tergolong sebagai kata kerja:

a. kenal pastib. ambil alihc. campur aduk

•Namun begitu, terdapat satu bentuk kata kerja majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Contoh: beritahu

•Kata majmuk jenis kata nama, boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan.

•Kata majmuk menerima awalan, kata dasarnya tetap dieja terpisah, tetapi apabila menerima apitan, kata dasarnya dieja bercantum.Contoh:

a. satu padu : bersatu padu, menyatupadukan

b. anak tiri : beranak tiri, dianaktirikan

•Terdapat bentuk kata majmuk daripada jenis kata nama menerima awalan dan dieja bercantum. Contoh:

a. kerjasama : bekerjasamab. tanggungjawab : bertanggungjawab

Kata Kerja Ganda

•Kata kerja boleh diterbitkan melalui proses penggandaan, iaitu proses yang hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang imbuhan.

•Pembentukan kata kerja ganda:a. Penggandaan penuhb. Penggandaan separac. Penggandaan berentak

Penggandaan penuh kata kerja

•Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar.Contoh:

a. gelak - gelak-gelakb. geleng - geleng-gelengc. pusing - pusing-pusing

Penggandaan separa kata kerja

•Proses yang menggandakan sebahagian daripada kata dasar.

•Penggandaan separa berlaku pada kata dasar yang berimbuhan dengan hanya sebahagian daripada kata dasar itu yang digandakan, iaitu bahagian yang berimbuhan. Bentuk-bentuk ganda itu boleh diletakkan di belakang atau di hadapan kata dasar.

Contoh:(i) Penggandaan separa pada kata kerja

berawalan:ber- : berlari-lariter- : tersenyum-senyumdi- : dimarah-marah

(ii) Penggandaan separa pada kata kerja berakhiran –kan dan –IContoh:

-kan : risik-risikkan-i : pukul-pukuli

(iii) Penggandaan separa pada kata kerja berapitanContoh:

ber-…-an : bersalam-salamandi-…-kan : ditingal-tinggalkan

Penggandaan berentak kata kerja•Proses yang menggandakan kata dasar

berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.

•Penggandaan berentak persamaan bunyi konsonan. Contoh:bolak-balik, mandi-manda

•Penggandaan berentak persamaan bunyi vokal. Contoh:cerai-berai, gotong-royong

•Penggandaan berentak bebas. Contoh:ulang-alik

•Kata-kata yang mengalami penggandaan berentak dapat menerima awalan. Contoh:bergotong-rotong, berulang-alik

Makna bentuk perkataan

•Perkataan-perkataan yang terbentuk melalui proses penggandaan mempunyai beberapa makna tertentu, antaranya:

a. Perbuatan yang berulang-ulang:tertanya-tanya, melambai-lambai, berlari-larian

b. Perbuatan yang berpanjangan:berangan-angan, tersenyum-senyum, menanti-nanti

c. Perbuatan yang bersungguh-sungguh: bercerai-berai, memporak-perandakan

d. Perbuataan yang saling berbalasan: bersalam-salaman, berkasih-kasihan,

bertembak-tembakan