Post on 04-Jul-2015
LAPORAN CERAMAH BIG PPG PERINGKAT 2 FASA 2
Ceramah Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang untuk guru-guru SJK(C) Chung Hua
Rantau telah berjaya dilaksanakan pada 1 Mac 2013 (Jumaat). Ceramah ini bermula pada
pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Seramai 20 orang guru, termasuk Guru
Besar dan 3 orang Guru Penolong Kanan, telah menghadiri ceramah ini.
Ceramah ini dikelolakan sepenuhnya oleh 4 orang guru yang sedang mengikuti Program
Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, sebagai
memenuhi kehendak program Bina Insan Guru (BIG) Peringkat Kedua Fasa 2. 4 orang guru
tersebut telah memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Ceramah, di mana Puan Yong
Huei Bing bertugas sebagai Setiausaha, Puan Lee Ling Sze sebagai Bendahari, Cik Chin
Mei Yean sebagai AJK Makanan dan Puan Liew Sau Kum sebagai AJK Alatan ICT. 4 orang
guru tersebut juga menjadi penceramah dalam ceramah ini.
Sebelum ceramah bermula, guru-guru menikmati makan tengah hari di kantin sekolah.
Ceramah ini diadakan di Bilik Mesyuarat. Puan Yong Huei Bing memulakan ceramah dengan
slot ‘Teachers Change Lives’ sebagai set induksi. Slot seterusnya bertajuk ‘Guru Sebagai
Insan Mulia’ dan disampaikan oleh Puan Lee Ling Sze. Puan Liew Sau Kum menyampaikan
slot bertajuk ‘Kualiti Peribadi dan Profesionalisma Guru’ manakala Cik Chin Mei Yean
mengakhiri ceramah dengan slotnya yang bertajuk ‘Pembelajaran Berterusan dan
Sepanjang Hayat’.
Guru-guru yang menghadiri ceramah telah memberi respons yang merangsangkan.
Mereka berpendapat bahawa ceramah sebegini dapat memberi peringatan kepada mereka
tentang nilai-nilai dan tanggungjawab seseorang guru, seterusnya memberi motivasi kepada
mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.