140957190 1-big-2013-kertas-kerja-ceramah-1(1)
-
Upload
ana-marlia -
Category
Documents
-
view
327 -
download
3
Transcript of 140957190 1-big-2013-kertas-kerja-ceramah-1(1)
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SLIM,35800 SLIM RIVER,
PERAK.
KERTAS KERJA
“CERAMAH GURU INSAN MULIA”
TEMPAT:
MAKMAL KOMPUTER SK ULU SLIM, SLIM RIVER, PERAK.
HARI / TARIKH:
KHAMIS ( 14 MAC 2013 )
ANJURAN:
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
PELAJAR PPG PEMULIHAN 4.7 AMBILAN JUN 2011
( IPGM Kampus Ilmu Khas, Cheras )
KERJASAMA:
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SLIM,SLIM RIVER, PERAK.
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan 32. Nama program 3
3. Matlamat 3
4. Objektif 3
5. Butiran perlaksanaan 3
6. Sasaran penyertaaan 4
7. Sember kewangan 4
8. Jawatankuasa induk 4
9. Ahli jawatankuasa 5
10. Senarai tugas 6
~ 2 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
11. Anggaran penerimaan dan perbelanjaan 7
12. Tentatif program 7
13. Penutup 8
1.0 PENGENALAN
Ceramah Guru Insan Mulia adalah bertujuan untuk memberi motivasi dan semangat kepada guru agar menjadi seorang guru yang berdedikasi dan dapat menjalankan tanggungjawab mendidik sebaik yang mungkin untuk melahirkan insan yang seimbang. Selaras dengan tajuk Guru Insan Mulia menjadikan warga pendidik bangga dengan profesion seterusnya berusaha menjadikan ianya satu realiti bagi menjamin kualiti anak bangsa negara Malaysia. Dunia pendidikan semakin mencabar dan seharusnya guru perlu lebih komited untuk menyahut cabaran agar dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.
2.0 NAMA PROGRAM
~ 3 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
“Ceramah Guru Insan Mulia”
3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah :
1. Memupuk disiplin dan semangat kerjasama sesama rakan.2. Membina keyakinan dalam diri apabila berhadapan dengan situasi
mencabar.
3. Menerapkan nilai murni seperti hormat-menghormati sesama insan.
4. Menanamkan sifat kemulian ya ng sebenar bagi seorang pendidik
4.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat :
1. Memberi kesedaran bahawa guru sebagai insan yang mulia.2. Dapat meningkatkan kualiti peribadi dan profesionalisma seorang guru.
3. Memberi penghayatan bahawa pembelajaran adalah berterusan dan seluas hayat.
5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN
Ceramah tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :
i. Hari : Khamisii. Tarikh : 14 Mac 2013
iii. Masa : 2.00 hingga 4:00 petang
iv. Tempat : Makmal Komputer SK Ulu Slim
v. Jumlah Peserta : 17 orang guru
vi. Cadangan Aktiviti : 1. Ucapan Pengerusi
: 2. Penyampaian ceramah
: 3. Sesi soal jawab
: 4. Penyampaian cenderahati / saguhati
vii. Borang : 1. Pendaftaran peserta
: 2. Borang cadangan
viii. Surat : 1. Kebenaran penggunaan premis
~ 4 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
: 2. Jemputan penceramah
: 3. Jemputan majlis penutup
: 4. Penghargaan
6.0 SASARAN PENYERTAAN
Program ceramah ini mensasarkan kepada 20 orang guru di SK Ulu Slim.
7.0 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan bagi program ini adalah sumbangan ikhlas daripada Pentadbir dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Ulu Slim serta pelajar PPG yang terlibat. Sumbangan ini bagi tujuan menampung perbelanjaan seperti :
i. Makanan dan minumanii. Pengurusan program
8.0 JAWATAKUASA INDUK
PENAUNG
Encik Muhammad Razif bin Shaari (Guru Besar SK Ulu Slim)
PENASIHAT
Encik Gobalakrishnan A/L Mahalechumanan (GPK SK Ulu Slim)
PENGERUSI
Encik Muhamod Fahmir bin Mat Amin
NAIB PENGERUSI
Encik Abd Ghani bin Abdullah
SETIAUSAHA
~ 5 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
Encik Shaiful Rizal bin Ramlan
BENDAHARI
Puan Norfadilah binti Bahaudin
9.0 AHLI JAWATANKUASA
PERALATAN
1. Cik Puteri Nurai’naa binti Ab Samad2. Encik Rosman bin Ishak
MAKANAN DAN MINUMAN
1. Puan Norlaila bt Zainal Abidin2. Puan Nafiza binti Abu Seman
CENDERAHATI / SAGUHATI
1. Encik Muhamod Fahmir bin Mat Amin
PENGESAHAN PENDAFTARAN
1. Encik Abd Ghani bin Abdullah2. Encik Shaiful Rizal bin Ramlan
JURUKAMERA / DOKUMENTASI
1. Encik Muhamod Fahmir bin Mat Amin2. Encik Abd Ghani bin Abdullah
~ 6 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
3. Encik Shaiful Rizal bin Ramlan
10.0 SENARAI TUGAS
BIL JAWATANKUASA TUGASAN KERJA
1. PENGERUSI
Membentuk jawatankuasa;
Mempengerusikan mesyuarat;
Merujuk kepada penasihat.
2. NAIB PENGERUSIMembantu pengerusi menjalankan tugas-tugas.
3. SETIAUSAHA
Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan;
Mengurus surat menyurat dan borang.
4. BENDAHARI
Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program;
Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya.
5. PERALATAN
Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program;
Memastikan segala peralatan tersedia sebelum bermula sesuatu aktiviti;
Memastikan peralatan dijaga dengan baik dan disimpan semula setelah selesai digunakan.
6. MAKANAN DAAN MINUMANMerancang dan menentukan menu makanan;
Merancang jadual makan dan minum
~ 7 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
peserta dan tetamu;
Memastikan urusan semasa makan dan minum berjalan dengan lancar.
7. CENDERAHATI / SAGUHATIMenyediakan cenderahati / saguhati untuk penceramah program.
8.PENGESAHAN PENDAFTARAN
Memastikan para peserta sudah berada di Bilik Wawasan;
9.JURUKAMERA / DOKUMENTASI
Mencatat segala aktiviti yang berjalan;
Mengambil foto untuk setiap aktiviti;
Menyediakan laporan dan dokumentasikan;
Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.
11.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN
PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN
PENERIMAAN RM330.00
Sumbangan RM330.00
1. Makan tengahari 26X 5 RM130.00
2. Cenderahati / Saguhati 1 RM150.00
3. Pengurusan Program RM50.00
PEMBAYARAN RM330.00
12.0 TENTATIF PROGRAM
~ 8 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
MASA AKTIVITI
1.05 – 1.45 ptg
Jamuan Makan Tengahari
1.45-2.00 ptg
Pendaftaran
2.00 ptg – 2.05 ptg
2.05- 3-45 ptg
Ucapan Pengerusi
Penyampaian Ceramah Guru insan Mulia oleh Encik Saiful Fazli bin Abdul Shukor, Guru cemerlang daerah Slim River.
3.45 – 4.00 ptg
Sesi soaljawab
Penghargaan dan Bersurai
13.0 PENUTUP
Adalah sangat diharapkan melalui program Ceramah Guru Insan mulia ini dapat melahirkan insan yang cemerlang dengan jiwa yang bersemangat serta menjadi permulaan bagi meningkatkan kualiti peribadi dan profesionalisme sebagai seorang guru. Semoga segala perancangan ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat mengeratkan hubungan yang sedia terjalin di kalangan guru-guru SK Ulu Slim.
Disediakan oleh; Disemak oleh;
................................................................ ..................................................
(SHAIFUL RIZAL BIN RAMLAN) (MUHAMOD FAHMIR BIN MAT AMIN)
Setiausaha, Pengerusi,
Program Ceramah (BIG) 2013. Program Ceramah (BIG) 2013.
Disahkan oleh; Disahkan oleh;
~ 9 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
....................................................... .......................................................
(GOBALKRISHNAN AL MAHALECHUMANAN) (MUHAMMAD RAZIF BIN SHAARI)
GPK Pentadbiran, Guru Besar,
SK Ulu Slim, Slim River, Perak. SK Ulu Slim, Slim River, Perak.
GAMBAR SEKITAR PROGRAM CERAMAH GURU INSAN MULIA
~ 10 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
Menjamu Selera Makan Tengahari
Makmal Komputer
~ 11 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
Sebelum ceramah
Sebelum Ceramah
~ 12 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
Penceramah sedang menyediakan Bahan Ceramah
Sesi Ceramah
~ 13 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
~ 14 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
~ 15 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
REFLEKSI BIG PROGRAM CERAMAH
Pada 14 Mac 2013 yang lalu, satu program ceramah untuk para guru telah
dilaksanakan oleh kami pelajar PPG Institut Perguruan Khas dengan kerjasama
pihak sekolah SK Ulu Slim di bawah program Bina Insan Guru. Ceramah ini bertajuk
‘Guru Insan Mulia’ yang disampaikan oleh Encik Saiful Fadzli bin Abdul Shukor iaitu
Guru Cemerlang daerah Slim River. Ceramah ini diadakan di makmal komputer
Sekolah Kebangsaan Ulu Slim pada pukul 2 petang.
Oleh kerana aktiviti ini dijalankan di sekolah rakan saya Encik Muhamod
Fahmir bin Mat Amin, maka kami telah pun awal-awal lagi mengadakan
perbincangan disamping menyiapkan kertas kerja untuk program ini. Segala
persiapan tempat untuk dijalankan aktiviti ceramah ini memang telah diuruskan oleh
rakan saya Encik Muhamod Fahmir. Pada hari tersebut, saya telah memohon
perlepasan pulang awal dari pihak sekolah untuk membolehkan saya sampai ke
tempat program ini dijalankan tepat pada masanya. Memandangkan saya dan rakan
saya Encik Abdul Ghani dari Kuala Lumpur, maka kami telah berpakat untuk pergi
bersama ke SK Ulu Slim. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 11.00 pagi.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana semua guru-guru dapat memberi
kerjasama yang jitu dalam merealisasikan program ini. Ceramah yang telah
disampaikan pada kali ini mempunyai kekuatannya tersendiri. Ceramah ini
memberikan keseronokan bukan sahaja kepada penceramah malah kepada peserta
program itu sendiri. Hal ini demikian kerana penceramah boleh mendengar respons
yang pelbagai daripada para peserta. Sebagai contoh, apabila penceramah bertanya
tentang contoh-contoh guru yang mulia, beliau dapat mendengar pendapat yang
berbeza daripada kelas-kelas yang berbeza ini. Secara tidak langsung,
kepelbagaian pendapat ini menjadi input kepada peserta-peserta program.
Selain itu, ceramah yang bertempat di makmal ini telah memudahkan lagi
proses penyampaian ceramah ini dengan berkesan. Hal ini demikian kerana
kedudukan para peserta yang berdekatan dengan kedudukan penceramah
memudahkan kontak mata di antara kedua-dua pihak. Dengan adanya kontak mata
yang berkesan, para peserta dapat memberikan fokus terhadap ceramah yang ingin
~ 16 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
disampaikan. Malah, kedudukan tempat duduk ala-ala auditorium ini memudahkan
penceramah untuk meluaskan pandangan ke seluruh ruang dalam dewan.
Dalam setiap program yang dilaksanakan, sudah pastinya ada kelemahannya
yang tersendiri. Begitu juga dengan program ceramah ini yang mempunyai
kelemahannya tersendiri. Walaupun terdapat pelbagai jenis gangguan ketika
pelaksanaan ceramah ini, namun di sini para peserta program telah sedaya upaya
untuk memberikan fokus terhadap sesi ceramah ini. Gangguan yang terdapat di
sekitar telah kami gunakan sebagai peluang untuk fokus dan mendengar dengan
lebih baik setiap perkara yang disampaikan dan dibincangkan.
Selain itu, penglibatan semua guru juga telah memberikan peserta-peserta
program peluang untuk mendengar pendapat yang pelbagai dan juga memberikan
respons yang pelbagai kepada penyampai ceramah. Melalui interaksi dua hala ini,
kami dapat menerima banyak input yang berguna untuk kegunaan pada masa akan
datang.
Alternatif seterusnya ialah dalam pelaksanaan program seperti ceramah,
haruslah kiranya ada pemantau yang boleh memantau pergerakan para peserta. Hal
ini demikian supaya pemantau dapat memantau dan menegur perlakuan para
peserta yang tidak memberikan fokus terhadap sesi ceramah ini. Sebagai contoh,
sekiranya ada dalam kalangan para peserta yang bermain komputer dan telefon
bimbit, perkara ini haruslah ditegur oleh pemantau. Para peserta program yang
membuat bising juga perlu ditegur supaya peserta-peserta lain lebih selesa dan
seterusnya dapat mendengar ceramah dengan baik.
Secara kesimpulannya, pelaksanaan program ceramah ini mempunyai
kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Walaupun terdapat kekangan-
kekangan dalam penyampaian ceramah ini, hal itu bukan menjadi penghalang
kepada peserta-peserta program untuk menerima ilmu dan input-input baharu.
Malah, ia telah menjadi satu cabaran bagi para peserta untuk menjadi lebih fokus
dan lebih peka ketika ceramah ini dilaksanakan.
~ 17 ~
Program Ceramah “Guru Insan Mulia” 2013
~ 18 ~