Post on 02-May-2017
2.0 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PENGENALAN
Bahagian ini memfokuskan kepada pengurusan kakitangan melalui perkhidmatan yang
ditawarkan. Pengurusan Perkhidmatan staf termasuklah urusan penyediaan anggaran
perjawatan, pengambilan, pelantikan, perkhidmatan (gaji, elaun, kenaikan pangkat,
penilaian prestasi, penganugerahan, perletakan jawatan,persaraan, urusan kebajikan iaitu
cuti dan perubatan serta pengurusan rekod).
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia terbahagi kepada dua (2) unit:
Unit Perjawatan (Anggaran Perjawatan, Pengambilan, Pelantikan, Kenaikan
Pangkat)
Unit ini menguruskan waran perjawatan dan pengambilan staf baru, kenaikan
pangkat, pelantikan dan penyambungan staf kontrak dan sambilan (Staf Akademik
dan Pentadbiran), Pelantikan Staf Akademik Kontrak/Sambilan dan Pelantikan
Profesor/Pensyarah Pelawat.
Unit Perkhidmatan (Gaji, Elaun, Prestasi, Persaraan, Kebajikan dan Rekod Staf)
Unit ini menguruskan perkhidmatan staf, persaraan, kebajikan staf, urusan tamat
perkhidmatan dan pengurusan rekod peribadi.
2.1 UNIT PERJAWATAN
2.1.1 Pengambilan dan Pelantikan
Unit ini berfungsi untuk penyediaan anggaran perjawatan, pengambilan dan
pelantikan baru kakitangan pentadbiran dan akademik. Dalam
melaksanakan fungsi-fungsi ini, diwujudkan dasar sebagai satu panduan
untuk pelaksanaan tugas dengan lebih cekap dan berkesan:
DASAR PEMILIHAN DAN PELANTIKAN STAF
STAF PENTADBIRAN
A) KUASA MELANTIK
Urusan pelantikan kakitangan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih terdiri dari
Pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak Pengurusan Universiti.
i. Jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional
o Naib Canselor - Pengerusi
o 2 Orang Wakil Senat - Ahli
o Pendaftar - Setiausaha
(Naib Canselor boleh menurunkan kuasa kepada Timbalan Naib
Canselor atau Pendaftar bagi mempengerusikan dan melantik ahli
jawatankuasa ini)
ii. Jawatan Kumpulan Sokongan
o Pendaftar - Pengerusi
o Bendahari - Ahli
o Ketua Pustakawan - Ahli
o Timbalan Pendaftar/Pen. Pendaftar - Setiausaha
(Pendaftar boleh menurunkan kuasa kepada Timbalan Pendaftar atau
Pegawai Kanan Perjawatan bagi mempengerusikan jawatankuasa ini)
Keputusan untuk pelantikan bagi jawatan Pendaftar/Bendahari/Ketua
Pustakawan diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilih dan diluluskan oleh
Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Keputusan pelantikan jawatan
pentadbiran Pengurusan dan Profesional serta sokongan akan diluluskan oleh
Mesyuarat Jawatankuasa Universiti (JPU)
B) SYARAT PELANTIKAN
Semua pelantikan ke dalam Perkhidmatan Universiti adalah mengikut syarat Skim
yang telah di tetapkan oleh Kerajaan dan Universiti.
C) URUSAN PENGAMBILAN & PELANTIKAN
Proses Pengambilan
Proses pengambilan pegawai meliputi beberapa peringkat, iaitu:
a) Pengiklanan jawatan;
b) Penerimaan permohonan;
c) Saringan;
d) Penilaian khas (jika diperlukan);
e) Temu duga ; dan
f) Pelantikan.
Tanggungjawab Pendaftar
Pendaftar bertanggungjawab untuk memastikan keperluan dan pengisian sesuatu
jawatan dilaksanakan sepenuhnya. Proses pengisian tersebut hendaklah dibuat
dengan berdasarkan syarat peraturan yang berkuatkuasa. Pendaftar juga
bertanggungjawab bagi memastikan kerahsiaan maklumat berkaitan proses
pelantikan dipelihara.
Pengiklanan
Pengiklanan bagi tujuan pengisian sesuatu jawatan akan diuruskan oleh Pejabat
Pendaftar mengikut peraturan yang ditetapkan seperti termaktub dalam Perintah
Am Bab A (P.U.A (176).
Bentuk Iklan
Iklan yang dibuat hendaklah ringkas dan mengandungi keterangan yang berikut:
a) Nama dan taraf jawatan;
b) Jadual/gred gaji perkhidmatan, kumpulan dan klasifikasi perkhidmatan;
c) Syarat lantikan termasuk kelulusan, kelayakan dan pengalaman (termasuk taraf
kerakyatan);
d) Berpandukan syarat skim perkhidmatan;
e) Alamat untuk mengirimkan permohonan; dan
f) Tarikh tutup permohonan.
Permohonan daripada Pegawai Sedang Berkhidmat
Semua permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan agensi
kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut peraturan semasa.
Proses Pengambilan meliputi beberapa peringkat iaitu:
Saringan
Proses saringan ini bertujuan untuk mengenal pasti calon yang dipilih telah
memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan
yang dipohon dan syarat lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik dan
juga untuk mengenal pasti calon yang paling sesuai untuk mengisi jawatan yang
diperlukan.
Pelaksanaan semasa saringan adalah seperti yang berikut:
a) Saringan dibuat oleh Jabatan Pendaftar (Pusat Tanggungjawab yang
berkaitan bagi pengisian jawatan akan dirujuk jika diperlukan); dan
b) Proses dan bentuk saringan yang lain boleh ditetapkan oleh Pendaftar, jika
difikirkan perlu.
c) Proses saringan dan criteria bagi setiap saringan hendaklah direkod dan
disahkan oleh pegawai-pegawai yang melaksanakan saringan.
Proses Saringan
1. Memenuhi kelayakan asas yang diperlukan seperti dalam skim.
Jawatan yang memerlukan kelayakan asas STP/STPM syarat kelulusan sijil
yang perlu dipatuhi.
2. Pengkelasan Borang Permohonan
Semua permohonan yang diterima akan melalui proses saringan umum
terlebih dahulu oleh Unit Perjawatan bagi memastikan permohonan adalah
mengikut kelayakan/syarat yang diperlukan.
3. Proses Saringan Permohonan sebelum panggilan temu duga atau ujian pra
temu duga:
i. Saringan untuk pemilihan Jawatan Gunasama
Kriteria kualiti, kelayakan akademik, pengalaman kerja dan khidmat
masyarakat digunakan.
ii. Saringan jawatan teknikal/kepakaran/kemahiran/bakat,
Saringan kelayakan asas dibuat oleh Jabatan Pendaftar dan saringan
seterusnya dibuat oleh Pusat Tanggungjawab yang memerlukan calon
yang sesuai dalam bidang berkaitan.
4. Ujian Pra Temu duga (Mengikut Keperluan)
a) Pengawal Keselamatan – Ujian Fizikal
b) Jawatan lain selain (a) di atas mengikut keperluan semasa.
Temu duga
Pemilihan calon untuk lantikan ke dalam perkhidmatan Universiti dijalankan oleh
Jawatankuasa Pemilih seperti para A di atas.
Pelantikan
Semua tawaran kepada calon yang terpilih dibuat secara bertulis oleh Pendaftar.
Surat tawaran pelantikan mengandungi perkara berikut:
a) Nama atau gelaran jawatan;
b) Gred jawatan;
c) Gaji dan elaun yang ditawarkan berserta jadual gaji;
d) Taraf jawatan;
e) Penempatan; dan
f) Syarat perkhidmatan.
Lapor Diri
Seseorang yang telah bersetuju untuk menerima tawaran pelantikan
bertanggungjawab untuk melaporkan diri untuk bertugas di Pejabat Pendaftar,
Ketua Jabatan tempat pegawai tersebut ditempatkan hendaklah membuat
pengesahan tarikh pengesahan melapor diri untuk bertugas bagi pegawai tersebut.
Pegawai yang baru melapor diri akan dibekalkan Buku Panduan Perkhidmatan Staf,
Universiti Utara Malaysia.
D) PRINSIP PENETAPAN GAJI PERMULAAN
1) Staf Pentadbiran
1) Penetapan gaji permulaan bagi calon yang pertama kali dilantik.
(Mengikut seperti yang disebut dalam skim)
2) Calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan
i. Calon yang telah disahkan dalam perkhidmatan:
a) Calon akan ditawarkan gaji permulaan P1T1 sekiranya gaji
jawatan lamanya lebih rendah daripada gaji permulaan dalam
tangga gaji jawatan baru; atau
b) Ditawarkan mata gaji yang lebih tinggi berhampiran dengan
gaji hakiki dalam jawatan lamanya pada P1 dan Tangga yang
bersesuaian bagi jawatan barunya sekiranya gaji jawatan
lamanya adalah sama atau lebih tinggi daripada gaji
permulaan dalam gred gaji jawatan barunya.
c) UUM juga boleh meletakkan seseorang calon yang mempunyai
kelayakan-kelayakan khas pada mana-mana Tangga atau P1
pada jawatan yang dipohon.
ii. Calon yang belum disahkan dalam jawatan
a) Ditawarkan gaji pada P1T1 dalam skim gaji jawatan yang akan
disandang
b) UUM boleh mempertimbangkan pemberian gaji yang lebih
tinggi mengikut perkiraan satu pergerakan mata gaji bagi satu
tahun genap pengalaman yang relevan dengan jawatan
barunya.
3) Calon yang berpengalaman berkhidmat dengan swasta, penetapan gaji
permulaan berdasarkan satu (1) kenaikan gaji untuk pengalaman kerja
selama dua (2) tahun bagi jawatan yang sama taraf atau sama gred dan
tugas yang relevan.
4) Pegawai-pegawai ikhtisas (yang memerlukan kelayakan Profesional),
pengalaman-pengalaman sesuai selepas mendapat kelulusan ikhtisas
yang boleh dibuktikan oleh mereka boleh diambil kira untuk menentukan
penetapan gaji mengikut kadar genap satu (1) tahun pengalaman bagi
satu kenaikan mata dalam tangga gaji.
5) Calon dari kalangan staf UUM bertaraf Kontrak/Sementara dan diperaku
ke jawatan bertaraf Tetap:
a) Ditawarkan mata gaji yang sama dengan gaji hakiki dalam jawatan
lamanya pada P1 bagi jawatan sama.
b) Ditawarkan gaji permulaan P1T1 atau gaji permulaan mengikut skim
perkhidmatan bagi pelantikan jawatan yang berbeza.
c) Bagi staf bertaraf sambilan, penetapan gaji mengikut gaji
permulaan skim perkhidmatan. Bagi jawatan yang sama satu
kenaikan bagi setiap dua (2) tahun pengalaman.
6) Gaji permulaan bekas tentera dan polis
(Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7/2001)
7) Sekiranya perlu dipinda/disemak semula gaji yang ditawarkan selepas
penama melapor diri, pindaan akan dibuat dengan persetujuan
Jawatankuasa Pemilih atau Pendaftar tanpa perlu dikemukakan semula
kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU)
E) TAWARAN PELANTIKAN
Semua tawaran kepada calon yang terpilih dibuat secara bertulis oleh Jabatan
Pendaftar. Surat tawaran pelantikan hendaklah mengandungi perkara berikut:
a) Nama Jawatan, Skim Perkhidmatan
b) Gred jawatan
c) Gaji yang ditawarkan
d) Taraf jawatan
e) Penempatan
f) Senarai tugas
STAF AKADEMIK
A) KUASA MELANTIK
Urusan pelantikan kakitangan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih terdiri dari
Pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak Pengurusan Universiti.
Jawatan Akademik (Kumpulan Pengurusan & Profesional)
o Naib Canselor - Pengerusi
o 2 Orang Wakil Senat - Ahli
o PNC Kolej/Wakil - Ahli (turut hadir)
o Pendaftar - Setiausaha
(Naib Canselor boleh mewakilkan mana-mana Timbalan Naib Canselor bagi
mempengerusikan mesyuarat ini)
Keputusan pelantikan akan diperakukan melalui Mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Universiti.
B) SYARAT PELANTIKAN
Semua pelantikan ke dalam Perkhidmatan Universiti adalah mengikut Skim yang
telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Universiti.
JAWATAN TETAP
Mengikut Skim Perkhidmatan
a) Pensyarah (Tetap)- Gred DS45
Syarat Lantikan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Kelayakan Untuk Lantikan:
i) Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii) Mempunyai Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iii) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan;
b) Pensyarah Kanan (Tetap)- DS51
Syarat Lantikan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Mempunyai Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan;
iv. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya;
dan
v. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
berkenaan
c) Prof. Madya (Tetap)- Gred DS53
Syarat Lantikan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Mempunyai Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan;
iv. Membukti tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa
mutunya: dan
v. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
berkenaan.
d) Profesor (Tetap)- Gred Khas C (VK7)
Syarat Lantikan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Mempunyai Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan;
iv. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka
mutunya; dan
v. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
tertentu.
e) Guru Bahasa (Tetap)- Gred DG41
Syarat Lantikan-mengikut skim perkhidmatan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iv. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
Kelayakan Untuk Lantikan – Yang ditetapkan oleh Universiti:
i) Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang Bahasa Inggeris
seperti TESL/ TEFL/ TESOL/ ELT/ English Literature yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
f) Tutor (Sementara)- Gred DA41
Syarat Lantikan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada
tarikh tutup iklan.
Kelayakan Untuk Lantikan:
i) Mempunyai Ijazah Sarjana dengan CGPA: 3.0 ke atas dalam bidang
berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki Sarjana Muda dengan
CGPA: 3.0 ke atas atau kepujian Kelas Kedua Atas
ii) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya
iii) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iv) Dalam kes-kes tertentu, Universiti boleh melantik sesiapa sahaja yang
didapati layak tanpa perlu memenuhi ke semua syarat kelayakan di
atas.
JAWATAN KONTRAK
a) Profesor (Kontrak) – VK7
Syarat Lantikan:
i. Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27 tahun
bagi bukan warganegara
ii. Had umur maksimum ialah 65 tahun.
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan
kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang disandang;
ii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan (sekiranya
Ijazah Sarjana Muda tidak diiktiraf tetapi Sarjana/PhD diiktiraf, calon
tersebut boleh dilantik);
iii. Disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;
iv. Lulusan tapisan keselamatan (bukan warganegara).
b) Prof. Madya (Kontrak) – DS53
Syarat Lantikan:
i Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27 tahun
bagi bukan warganegara.
ii Had umur maksimum ialah 65 tahun.
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan
kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang disandang;
ii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan (sekiranya
Ijazah Sarjana Muda tidak diiktiraf tetapi Sarjana/PhD diiktiraf, calon
tersebut boleh dilantik);
iii. Disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;
iv. Lulus tapisan keselamatan (bukan warganegara).
c) Pensyarah Kanan (Kontrak) – DS51
Syarat Lantikan:
i Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27 tahun
bagi bukan warganegara.
ii Had umur maksimum ialah 65 tahun.
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan
kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang disandang;
ii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan (sekiranya
Ijazah Sarjana Muda tidak diiktiraf tetapi Sarjana/PhD diiktiraf, calon
tersebut boleh dilantik);
iii. Disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;
iv. Lulus tapisan keselamatan (bukan warganegara).
d) Pensyarah (Kontrak) – DS45
Syarat Lantikan:
i Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27 tahun
bagi bukan warganegara.
ii Had umur maksimum ialah 65 tahun.
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan
kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang disandang;
ii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan (sekiranya
Ijazah Sarjana Muda tidak diiktiraf tetapi Sarjana/PhD diiktiraf, calon
tersebut boleh dilantik);
iii. Disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;
iv. Lulus tapisan keselamatan (bukan warganegara).
e) Guru Bahasa (Kontrak) – DG41
Syarat Lantikan:
i Had umur minimum ialah 18 tahun bagi warganegara dan 27 tahun
bagi bukan warganegara.
ii Had umur maksimum ialah 65 tahun.
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Mempunyai kelayakan akademik, pengalaman, kepakaran dan
kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang disandang;
ii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan (sekiranya
Ijazah Sarjana Muda tidak diiktiraf tetapi Sarjana/PhD diiktiraf, calon
tersebut boleh dilantik);
iii. Disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;
iv. Lulus tapisan keselamatan (bukan warganegara)
(Rujuk Pekeliling Skim Perkhidmatan Kakitangan Akademik –Kontrak)
f) Felo Universiti Utara Malaysia
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Seseorang individu akademik atau bukan akademik yang terkemuka
atau tokoh yang berpengalaman dan terkenal dalam bidang
kepakaran di peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa
bersesuaian dengan keperluan Kolej/Pusat/Institut;
ii. Felo Universiti terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara;
iii. Tidak ada had umur untuk pelantikan Felo;
iv. Keutamaan:
Kolej boleh memilih calon dari organisasi/universiti dalam atau
luar negeri yang diketegorikan pakar dan bersesuaian dengan
keperluan Kolej/Pusat/Institut sebagai Felo untuk memantapkan
program di Kolej;
Kolej menyediakan kertas latar diri, kepakaran,
kecemerlangan dan perancangan kerja calon Felo dengan
cadangan tempoh pelantikan;
Calon yang dicadangkan oleh Kolej/Pusat/Institut akan
diperakukan untuk kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti
(JPU);
Pendaftar akan mengeluarkan surat pelantikan.
(Rujuk Lampiran Skim Felo Universiti Utara Malaysia)
g) Profesor Adjung
Kelayakan Untuk Lantikan:
Profesor Adjung dilantik daripada kalangan tokoh dari bidang industri,
perkhidmatan awam dan profesional yang diiktiraf pakar dan mempunyai
peranan dan tugas tertentu untuk kepentingan Universiti Utara.
(Rujuk Lampiran Skim Pelantikan Profesor Adjung)
h) Felo Adjung
Kelayakan Untuk Lantikan:
Felo Adjung adalah dilantik daripada kalangan pengurus-pengurus yang
mempunyai pengalaman luas dalam bidang/kursus tertentu. Calon yang
dilantik mempunyai peranan dan tugas tertentu untuk memberi ”input” yang
lebih khusus dan mendalami bagi sesuatu bidang/kursus berkenaan.
(Rujuk Lampiran Skim Pelantikan Felo Adjung)
i) Karyawan Tamu
Kelayakan Untuk Lantikan:
Karyawan Tamu yang dilantik adalah terdiri di kalangan warganegara untuk
menghasilkan karya yang unggul dan signifikan, yang boleh menyumbang ke
arah memperkaya khazanah ilmu dan ketamadunan bangsa dalam bahasa
yang ditetapkan, di periangkat kebangsaan selaras dengan perkembangan
semasa dan akan datang.
(Rujuk Lampiran Skim Pelantikan Karyawan Tamu)
j) Kakitangan Pelawat
(Profesor/Prof. Madya/Pensyarah Pelawat)
Kelayakan Untuk Lantikan:
i Profesor Pelawat boleh dilantik mengikut gelaran jawatan seperti berikut:
a) Profesor Pelawat (Visiting Prof.)
b) Prof. Madya Pelawat (Visiting Associate Professor)
c) Pensyarah Pelawat (Visiting Lecturer)
ii Sebagai panduan, kakitangan pelawat akan diberi gelaran jawatan
mengikut jawatan yang ditentukan oleh Kolej. Kakitangan pelawat
boleh dilantik sepenuh masa daripada institusi pengajian tinggi yang
lain terutamanya kakitangan akademik dari luar Negara yang
diperlukan Universiti Utara Malaysia.
(Rujuk Lampiran Skim Pelantikan Profesor/Pensyarah Pelawat, Universiti
Utara Malaysia)
k) Pemeriksa/Penilai Luar Program
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Kolej/Pusat/Institut boleh memilih calon dari universiti dalam atau luar
negara yang dikategorikan pakar dan bersesuaian dengan keperluan
Kolej/Pusat/Institut sebagai Pemeriksa/ Penilai Luar Program untuk
menilai program Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah serta
program akademik yang berkaitan;
ii. Kolej/Pusat/ Institut menyediakan kertas latar diri, kepakaran dan
kecemerlangan calon pemeriksa/ Penilai Luar dengan cadangan
tempoh pelantikan;
iii. Kolej/Pusat/ Institut mendapatkan pelepasan organisasi asal calon
bertugas serta persetujuan calon mengikut tempoh yang dicadangkan;
iv. Calon yang diperakukan oleh Kolej/Pusat/ Institusi akan diperakukan
untuk kelulusan Senat dan pelantikan dibuat oleh Timbalan Naib
Canselor (Akademik dan Antarabangsa);
v. Calon Pemeriksa/Penilai Luar Program terbuka kepada warganegara
dan bukan warganegara;
vi. Tiada ada had umur untuk pelantikan Pemeriksa/Penilai Luar;
vii. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki PhD.
(Rujuk Lampiran Skim Perkhidmatan Pemeriksa Luar)
l) Pemegang Kursi
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Calon-calon yang layak dan boleh dipertimbangkan bagi mengisi
jawatan ini boleh;
a. Terdiri daripada ahli akademik khususnya Profesor Kanan atau
penyelidik kanan dari sesebuah Universiti atau institusi pengajian
tinggi;
b. Terdiri daripada ahli akademik yang ternama dan terulung
dalam bidang yang berkaitan;
c. Sekiranya calon bukan terdiri daripada ahli-ahli akademik yang
dinyatakan pada para i dan ii di atas, mereka hendaklah
seorang yang dianggap layak dan memenuhi kriteria pelantikan
profesor mengikut ketetapan dan perakuan oleh Jawatankuasa
Pemilih; dan
d. Terdiri daripada mana-mana orang tanpa mengambilkira
jantina, kaum dan kerakyatan.
ii. Calon-calon yang dilantik untuk memegang kursi ini hendaklah
diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilih dan diluluskan pelantikannya
oleh Lembaga Pengarah Universiti.
(Rujuk Lampiran Peraturan dan Garis Panduan Pelantikan Profesor bagi
Pemegang Kursi)
m) Staf Akademik (Sambilan)
Kelayakan Untuk Lantikan:
i. Kolej boleh memperakukan calon yang mempunyai pengalaman atau
pengetahuan dalam bidang pengajaran;
ii. Calon tenaga pengajar terbuka kepada warganegara dan bukan
warganegara;
iii. Tidak ada had umur untuk pelantikan Tenaga Pengajar;
(Rujuk Lampiran Skim Pelantikan Sambilan)
C) URUSAN PENGAMBILAN DAN PELANTIKAN
JAWATAN TETAP
Urusan pengambilan dan pelantikan meliputi beberapa peringkat:
1. Pengiklanan jawatan
Jabatan Pendaftar akan menguruskan pengiklanan menurut peraturan yang
ditetapkan. Untuk jawatan akademik, permohonan adalah terbuka sepanjang
tahun.
2. Pemilihan permohonan
Memenuhi kelayakan asas yang diperlukan seperti dalam skim.
3. Saringan Permohonan
a. Jabatan Pendaftar
i. Penerimaan borang permohonan, saringan mengikut kelayakan
seperti di B - Syarat Pelantikan;
ii. Sekiranya memenuhi syarat kelayakan, borang akan dikemukakan ke
Kolej Akademik bersama-sama ’Borang Catatan Kriteria’ untuk
penilaian peringkat Kolej.
b. Kolej Akademik
i. Kolej akan menjemput calon yang berkelayakan dan
memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk tujuan temu duga/temu
bual (tertakluk kepada Kolej);
ii. Mengembalikan borang permohonan berkenaan bersama-
sama keputusan ke Jabatan Pendaftar.
c. Jabatan Pendaftar
i. Menerima borang permohonan dan membuat tindakan
mengikut keputusan yang dicatatkan;
ii. Bagi calon yang diperakukan, akan dibuat ’short list’ tiap-tiap
calon untuk urusan panggilan temu duga peringkat Universiti.
4. Temu duga
a) Dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih Universiti (dianggotai oleh ahli
panel seperti perkara A di atas).
b) Sebelum Temu Duga:
i. Tetapkan tarikh temu duga dengan Jawatankuasa Pemilih
Universiti;
ii. Keluarkan surat panggilan panel dan calon;
iii. Sediakan fail, maklumat-maklumat dan borang-borang yang
diperlukan;
iv. Keperluan pensyarah di setiap Kolej;
v. Jamuan dan bilik temu duga.
c) Pada Hari Temu Duga
i. Taklimat kepada calon tentang perjalanan temu duga;
ii. Memastikan urusan temu duga berjalan lancar.
d) Selepas Temu Duga
i. Penetapan gaji kepada calon yang berjaya;
ii. Laporan Jawatankuasa Pemilih (Pelantikan) untuk
dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti untuk
pengesahan;
iii. Buka fail peribadi calon dan keluarkan surat tawaran kepada
calon yang berjaya selepas menerima minit mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Universiti.
5. Temu duga Terbuka (Walk In Interview)
a) Dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilih Universiti (dianggotai oleh ahli
panel seperti perkara A di atas).
b) Sebelum Temu Duga:
i. Tetapkan tarikh temu duga dengan Jawatankuasa Pemilih
Universiti, tempat temu duga di luar kampus;
ii. Keluarkan iklan temu duga sama ada dalam laman web Jabatan
Pendatar, emel UUM, surat/iklan kepada universiti-universiti
berhampiran lokasi temu duga;
iii. Keluarkan surat panggilan panel dan calon;
iv. Sediakan fail, maklumat-maklumat, keperluan pensyarah di setiap
Kolej dan borang-borang yang diperlukan serta tempahan
jamuan dan tempat temu duga.
c) Pada Hari Temu Duga
i. Taklimat kepada calon tentang perjalanan temu duga;
ii. Memastikan urusan temu duga berjalan lancar.
d) Selepas Temu Duga
i. Penetapan gaji kepada calon yang berjaya;
ii. Laporan Jawatankuasa Pemilih (Pelantikan) untuk dikemukakan
kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti untuk pengesahan;
iii. Buka fail peribadi calon dan keluarkan surat tawaran kepada
calon yang berjaya selepas menerima minit mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Universiti.
2.1.2 KENAIKAN PANGKAT
A) Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran
1. Melihat kekosongan yang wujud melalui kelulusan waran baru dari JPA dan
tamat perkhidmatan (letak jawatan/bersara/kematian).
2. Mengenalpasti calon yang layak untuk kenaikan pangkat bagi dikemukakan
ke Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.
3. Proses Temuduga (jika diputuskan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat)
mengeluarkan surat panggilan, menentukan tarikh temuduga, penyediaan fail
dan laporan temu duga.
4. Penyediaan surat makluman kepada calon-calon yang berjaya, simpanan
dan tidak berjaya.
a) Syarat Kelayakan
1. Sah dalam perkhidmatan
2. Purata markah prestasi tahunan tiga (3) tahun kebelakangan 85%. Bagi
staf cuti tanpa gaji, 3 tahun kebelakang terkini.
3. Lulus PTK sekurang-kurangnya PTK Aras III
4. Bebas daripada tindakan tatatertib/kesalahan jenayah atau telah
melepasi tempoh tatatertib yang ditetapkan.
5. Bagi lantikan baru – staf yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun dan
memenuhi syarat-syarat 1 – 4 di atas boleh dipanggil terus temu duga
tanpa melalui ujian saringan.
6. Bagi lantikan baru untuk jawatan umum yang tidak mempunyai
penilaian khusus oleh mana-mana jabatan di UUM, pihak urusetia akan
mengadakan ujian tapisan/penilaian sekiranya permohonan melebihi
tiga puluh (30) orang setelah memenuhi semua syarat-syarat asas yang
ditetapkan.
7. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang telah
berkuatkuasa.
8. Diperakukan Ketua Jabatan
B) Kenaikan Pangkat Staf Akademik
(i) Memproses permohonan kenaikan pangkat
Mengeluarkan surat makluman dan peringatan kepada semua
kolej pada awal bulan setiap tahun berkaitan kenaikan pangkat
staf akademik;
Menerima dan menyemak permohonan yang diterima dengan
memastikan calon yang layak;
Mengumpul CV serta bahan penerbitan dan penyelidikan calon
yang layak di peringkat kolej.
(ii) Menyediakan Laporan Penilai Luar
Mendapatkan nama-nama Penilai Luar daripada setiap kolej
selepas penilaian dibuat ke atas calon-calon yang layak.
Mengeluarkan surat pelantikan Penilai Luar
(iii) Menyediakan keperluan Mesyuarat Panel Penilai Peringkat
Universiti, Jawatankuasa Pemilih dan Temuduga.
(iv) Menyediakan statistik kenaikan pangkat staf akademik secara
bulanan dan laporan mesyuarat untuk pengesahan JPU dan
LPU
(v) Menguruskan pelantikan kenaikan pangkat termasuklah:
Membuat penetapan gaji permulaan bagi calon yang
berjaya.
Mengeluarkan surat tawaran kenaikan pangkat.
Urusan Pelantikan dan Pembaharuan Profesor /Pensyarah
Pelawat (Warganegara dan Bukan Warganegara).
a) Syarat Kenaikan Pangkat
1. Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti menetapkan bahawa kenaikan
pangkat seseorang staf akademik tidak berasaskan kekosongan jawatan
tetapi berasaskan kepada kecemerlangan akademiknya.
2. Pensyarah (DS45) adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke
jawatan Pensyarah Kanan (DS52); Pensyarah (DS51/52) layak
dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54) dan
Profesor Madya (DS53/54) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke
jawatan Profesor (VK7)apabila telah:
a) disahkan dalam perkhidmatan;
b) bebas daripada tindakan tatatertib;
c) telah mengisytiharkan harta;
d) mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya
dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh
Lembaga Pengarah Universiti;
e) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
dan
f) diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.
b) Syarat Perkhidmatan dan Kecemerlangan Akademik
1. Kenaikan Pangkat Pensyarah (DS45) Ke Pensyarah Kanan (DS52)
a) Bagi calon yang memiliki Ijazah Ph.D, tiada syarat tambahan yang
dikenakan.
b) Bagi calon yang lain, calon dikehendaki :-
i) berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun setelah
disahkan dalam jawatan/perkhidmatan;
ii) mendapat purata markah penilaian prestasi tahunan bagi tiga
(3) tahun ke belakang sekurang-kurangnya 80%;
iii) memperoleh markah kecemerlangan akademik sebanyak 100
daripada markah penuh 110.
2. Kenaikan Pangkat Pensyarah Kanan (DS51/52) Ke Profesor Madya
(DS54)
a) Calon hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
dalam jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51/52.
b) Mendapat purata markah penilaian prestasi tahunan bagi tiga (3)
tahun ke belakang sebanyak 85%.
c) Bagi calon yang memiliki Ph.D, calon dikehendaki memperolehi
markah kecemerlangan akademik sebanyak 85 markah daripada
markah penuh 115, atau
d) Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana, calon dikehendaki
memperolehi markah penuh sebanyak 115 markah. (Markah penuh
bagi setiap komponen).
3. Kenaikan Pangkat Profesor Madya (DS53/54) Ke Profesor (VK7)
a) Calon hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
dalam jawatan Profesor Madya DS53/54.
b) Mendapat purata markah penilaian prestasi tahunan bagi tiga (3)
tahun kebelakang sebanyak 90%.
c) Bagi calon yang memiliki Ph.D, calon dikehendaki memperolehi
markah kecemerlangan akademik sebanyak 100 markah daripada
markah penuh sebanyak 125 markah, atau
d) Bagi calon tanpa Ph.D, calon dikehendaki mendapat 180 markah.
Markah penuh 125 markah termasuk markah maksimum bagi setiap
komponen. Markah tambahan sebanyak 55 markah perlu dikumpul
daripada komponen Penyelidikan, Penerbitan dan Pengiktirafan
Akademik.
c) Sistem Penilaian Kenaikan Pangkat
1. Prinsip Umum
a) Penilaian adalah dibuat berasaskan kepada hasil dan bukannya
proses.
b) Agihan markah mengikut komponen bagi jawatan Pensyarah Kanan,
Profesor Madya dan Profesor mencerminkan hirarki kesarjanaan dan
kepimpinan akademik.
2. Kriteria Penilaian
a) Sistem penilaian untuk kenaikan pangkat staf akademik adalah
berasaskan kepada kriteria ”memenuhi tahap kecemerlangan
akademik” seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
b) Penilaian terhadap memenuhi tahap kecemerlangan akademik
dibuat berdasarkan kepada kesarjanaan dalam enam (6) komponen
berikut:
i) Pengajaran/Penyeliaan
ii) Penyelidikan
iii) Penerbitan
iv) Kepimpinan dan Pengiktirafan Akademik
v) Perundingan/Seminar
vi) Khidmat kepada Universiti/Masyarakat
3. Temu Duga
a) Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) dan
Profesor Madya (DS54), pemilihan adalah berdasarkan kepada
kecemerlangan akademik dan penilaian oleh Penilai Luar sahaja.
b) Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7), calon
diwajibkan menghadiri temu duga oleh Jawatankuasa Pemilih
Kenaikan Pangkat dan merupakan salah satu penentu kepada kriteria
kenaikan pangkat.
4. Penilai Luar
a) Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) Laporan
Penilai Luar tidak diperlukan.
b) Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54), diperlukan
laporan Penilai Luar dari dua (2) orang Profesor dalam bidang
kepakaran calon.
c) Bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7),
diperlukan Laporan Penilai Luar dari dua (2) orang Profesor (Dalam
Negara) dan seorang Profesor (Luar Negara) dalam bidang
kepakaran calon.
d) Laporan Penilai Luar adalah merupakan salah satu penentu kepada
penilaian kenaikan pangkat.
e) Kriteria pemilihan Penilai Luar:
i) Bukan merupakan penyelia tesis calon, rakan/bekas rakan
setugas calon atau merupakan suami/isteri kepada penyelia
tesis calon.
ii) Kolej boleh mencadangkan Penilai Luar tetapi pemilihan
ditentukan oleh Panel Penilai Universiti.
iii) Penilai Luar mestilah daripada Institut Pengajian Tinggi yang
setaraf dengan UUM atau lebih tinggi.
5. Aspek Penilaian
Aspek-aspek utama yang dinilai untuk menentukan tahap kecemerlangan akademik
bagi kenaikan pangkat seseorang staf akademik Universiti Utara Malaysia ialah:
i) Pengajaran/Penyeliaan
ii) Penyelidikan
iii) Penerbitan
iv) Kepimpinan dan Pengiktirafan Akademik
v) Perundingan/Seminar
vi) Khidmat kepada Universiti/Masyarakat
5.1 Pengajaran dan Penyeliaan
Pengajaran adalah merupakan aktiviti utama bagi setiap staf akademik dan
ianya dinilai bagi mengukur tugas rasmi calon. Namun begitu penyeliaan
juga diambilkira di dalam komponen ini. Tiada markah minimum yang
diperlukan sama ada untuk pengajaran dan penyeliaan bagi membolehkan
seseorang calon itu dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.
Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah
seperti berikut:-
DS45 ke DS52 DS52 ke DS54 DS54 ke VK7
50
40
Pengajaran Penyeliaan
15 15
5.2 Penyelidikan
Komponen ini merupakan aktiviti utama kepada percambahan ilmu yang
dapat menyumbang kepada pengajaran, penerbitan dan perundingan.
Markah akan diberikan bagi penyelidikan yang telah tamat dan laporan
penyelidikan diterima oleh pembiaya. Penyelidikan tanpa pembiayaan
perlulah berdaftar dengan Universiti Utara Malaysia bagi membolehkan
pemberian markah.
Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah
seperti berikut:-
DS45 ke DS52 DS52 ke DS54 DS54 ke VK7
15 20 25
5.3 Penerbitan
Penerbitan yang dihasilkan melambangkan kesarjanaan calon dalam bidang
kepakarannya. Penilaian yang lebih tinggi diberikan kepada penerbitan
yang diterima di peringkat antarabangsa. Markah hanya diberikan bagi
bahan-bahan yang telah diterbitkan. Calon dikehendaki mengemukakan
bahan-bahan untuk dinilai.
Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah
seperti berikut:-
DS45 ke DS52 DS52 ke DS54 DS54 ke VK7
20 25 30
5.4 Kepimpinan dan Pengiktirafan Akademik
Aspek ini adalah bagi menilai ketokohan seseorang calon di kalangan
akademia. Untuk kenaikan pangkat ke jawatan lebih tinggi, seseorang calon
perlu mendapat markah yang lebih tinggi dalam komponen ini bagi
membuktikan penerimaan beliau di dalam dunia akademik.
Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah
seperti berikut:-
DS45 ke DS52 DS52 ke DS54 DS54 ke VK7
5 10 20
5.5 Perundingan/Seminar
Perundingan merupakan ukuran penerimaan masyarakat terhadap
kemampuan Universiti Utara Malaysia untuk memberi khidmat nasihat dalam
penyelesaian masalah atau penghasilan projek. Penilaian diberikan
walaupun projek perundingan tidak menjana sumber kewangan.
Pembentangan kertas kerja di seminar atau persidangan akan dapat
membantu staf akademik menambahkan ilmu serta membina jaringan.
Penilaian diberikan kepada mereka yang menyumbang dari sudut akademik.
Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah
seperti berikut:-
DS45 ke DS52 DS52 ke DS54 DS54 ke VK7
10 10 10
5.6 Khidmat Kepada Universiti/Masyarakat
Sebagai seorang staf, calon perlulah memberi sumbangan kepada
institusinya dan juga menabur bakti kepada masyarakat di sekelilingnya bagi
membolehkan Universiti Utara Malaysia dikenali di kalangan masyarakat.
Markah maksimum yang boleh dikumpulkan bagi komponen ini adalah
seperti berikut:-
DS45 ke DS52 DS52 ke DS54 DS54 ke VK7
10 10 10
6 Kaedah Penilaian
6.1 Taburan markah kecemerlangan akademik secara umum bagi
kenaikan pangkat staf akademik Universiti Utara Malaysia adalah
seperti di Lampiran.
6.2 Wajaran markah secara terperinci komponen kriteria penilaian
kenaikan pangkat staf akademik Universiti Utara Malaysia adalah
seperti di Lampiran.
6.3 Penilaian bagi kecemerlangan akademik adalah dalam jawatan
semasa.
6.4 Markah boleh dikumpul mengikut komponen-komponen tertentu
tertakluk kepada markah maksimum bagi setiap komponen. Tiada
markah minimun yang disyaratkan bagi setiap komponen.
6.5 Pemohon yang layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat
adalah mereka yang melepasi markah keseluruhan minimum seperti
yang ditetapkan tertakluk kepada syarat-syarat lain yang
berkuatkuasa.
6.6 Bagi permohonan ke jawatan Profesor Gred C (VK7) untuk calon
tanpa PhD, markah boleh dikumpulkan tanpa had maksimum
daripada komponen-komponen penyelidikan, penerbitan dan
pengiktirafan akademik tertakluk kepada syarat calon telah
memenuhi markah maksimum komponen-komponen lain.
7 Proses Penilaian
7.1 Pelantikan Panel Penilai Kolej
7.1.1 Jawatan Pensyarah Kanan (DS52) dan Profesor Madya (DS54)
Permohonan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan
(DS52) dan Profesor Madya (DS54) dinilai oleh Panel Penilai Peringkat
Kolej. Panel Penilai ini hendaklah terdiri daripada:
Pengerusi
Penolong Naib Canselor atau seorang yang dilantik oleh Timbalan
Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang berjawatan tidak
kurang daripada Profesor Madya.
Ahli Tetap *
Dua (2) orang ahli Mesyuarat Eksekutif/Pengurusan/Akademik Kolej
Ahli Berubah *
Seorang Profesor/Profesor Madya Kolej dalam bidang kepakaran
calon
(* Salah seorang ahli hendaklah berjawatan Profesor)
Wakil Kolej Lain
Dua (2) orang wakil Kolej lain sekurang-kurangnya bertaraf Profesor
Madya
Setiausaha
Ketua Penolong Pendaftar
Perlantikan Panel Penilai Kolej adalah oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan
Antarabangsa)
7.1.2 Jawatan Profesor (VK7)
Pengerusi
Penolong Naib Canselor (dengan syarat berjawatan Profesor), jika
tidak, hendaklah dipengerusikan oleh seorang Profesor daripada Kolej
berkenaan atau Kolej yang lain.
Ahli-Ahli
Tiga (3) orang Profesor (seorang ahli tetap dan dua (2) orang
daripada bidang kepakaran calon)
Penolong Naib Canselor, sekiranya tidak menjadi Pengerusi.
Setiausaha
Ketua Penolong Pendaftar
Perlantikan Panel Penilai Kolej adalah oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan
Antarabangsa)
7.2 Panel Penilai Universiti
Pengerusi
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Ahli-Ahli
Timbalan Naib Canselor (HEPA)
Empat (4) orang Profesor yang dilantik oleh Naib Canselor
Pengerusi Panel Peringkat Kolej
Setiausaha
Pendaftar atau Wakil
7.3 Jawatankuasa Pemilih Kenaikan Pangkat
Pengerusi
Naib Canselor
Ahli-Ahli
Dua (2) orang Wakil Senat
Setiausaha
Pendaftar
8 PROSEDUR PERMOHONAN
8.1 Calon-calon yang memohon kenaikan pangkat dikehendaki mengisi borang-
borang berikut:-
UUM/KPA1/2010 - Borang Permohonan
UUM/KPA2/2010 - Borang CV
UUM/KPA3/2010 - Borang Pemberian Markah
UUM/KPA4/2010 - Borang Laporan Ketua Jabatan
8.2 Calon - calon juga dikehendaki menyerahkan bahan - bahan seperti
yang terkandung dalam borang UUM/KPA2/2010.
8.3 Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Unit
Kenaikan Pangkat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan
Pendaftar.
8.4 Pihak Kolej, setelah permohonan dinilai oleh Panel Penilai Kolej,
hendaklah mengemukakan borang permohonan UUM/KPA1/2010 ke
Jabatan Pendaftar berserta :-
UUM / KPA3a - Bagi Jawatan Profesor (VK7)
UUM / KPA3b - Bagi Jawatan Profesor Madya (DS54)
UUM / KPA3c - Bagi Jawatan Pensyarah Kanan (DS52)
8.5 Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Kali ke – 161 Bil. 6/2010 bertarikh 24
Jun 2010 telah bersetuju supaya calon yang memohon untuk kenaikan
pangkat perlu menyediakan maklumat berikut :
i. Justifikasi mengapa permohonan kenaikan pangkat mereka perlu
dipertimbangkan;
ii. Kelebihan dan kekuatan masing-masing; dan
iii. Perancangan sekiranya dinaikkan pangkat.
Staf akademik yang memohon kenaikan pangkat hendaklah
mengemukakan maklumat-maklumat ini dalam :
i. 3 muka surat bagi jawatan Profesor Madya (DS54); dan
ii. 5 muka surat bagi jawatan Profesor Gred Khas C (VK7)
Semua maklumat ini hendaklah ditaip menggunakan font ’Arial Narrow’, 12
point dan 1 1/2 spacing untuk dipertimbangkan oleh Panel Penilai
Universiti.